Anda di halaman 1dari 1

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU DAN KELAS PENDIDIKAN

ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

1. PENDAHULUAN

Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat dan
pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mendirikan solat,beribadah dan
menjalankan aktiviti-aktiviti kerohanian yang telah dirancang untuk tempoh sepanjang
tahun. Di SMK KATU juga terdapat sebuah surau, namun perlu diberi penambahbaikan.

Begitu juga dengan kelas Pendidikan Islam SMK KaTU, yang menghadapi
masalah tempias air hujan yang menyebabkan cat dinding rosak, kelas banjir dan
perabot kelas rosak.

Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam ingin menambahbaik seterusnya


menaiktaraf surau dan kelas yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik, selesa
dan berinformasi kepada semua murid khususnya melibatkan mata pelajaran dan
aktiviti kerohanian Pendidikan Islam di sekolah.

2. OBJEKTIF

1. Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan sekolah untuk


mengerjakan solat.

2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa Kelas PAFA dan amali Kem Ibadah

3. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau dan kelas yang
telah sedia ada kepada yang lebih baik.

4. Menjadikan surau dan kelas lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk
digunakan.

Anda mungkin juga menyukai