Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MEMBAIKI TANDAS SURAU AL


FIRDAUS SMA DATO’ HAJI
TAN AHMAD, SIMPANG
DURIAN, NEGERI SEMBILAN
1.0 PENGENALAN

Surau merupakan aset penting dan amat sinonim dengan sekolah terutamanya sekolah-
sekolah agama. Surau sekolah merupakan tempat melaksanakan ibadat solat dan
menjalankan kegiatan amali pendidikan Islam di sekolah-sekolah . Ia bertujuan untuk
menanamkan semangat mencintai agama dan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam serta meningkatkan penghayatan Islam di kalangan para
pelajar. Hasrat ini telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1989 dan
telah menetapkan bahawa surau-surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat pelajar
untuk menunaikan solat, tetapi lebih kepada untuk menjadi “Makmal Pendidikan Rohani.”

Oleh kerana surau sekolah terletak di kawasan sekolah yang merupakan pusat keilmuan
maka sewajarnya ianya boleh digunakan sepanjang masa oleh para pelajar dan guru bagi
aktiviti-aktiviti pendidikan Islam. Dan tandas merupakan elemen yang penting yang mana
pelajar gunakan untuk membersihkan diri dan berwuduk. Ini selaras dengan hasrat matlamat
Pendidikan Islam untuk membentuk muslim yang berilmu, beriman dan beramal salih dan
berkeperibadian mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah Allah yang bertakwa.

2.0 RASIONAL

"Dari Abu Malik al-As'hari berkata : Sabda Rasullullah yang bermaksud: Kebersihan itu
sebahagian daripada iman." Riwayat Imam Muslim

Para ulama fiqah telah memberikan perhatian tentang kebersihan apabila memulakan
perbincangan dalam kitab-kitab fiqah dengan bab taharah, iaitu kebersihan terlebih
dahulu. Ini membuktikan bahawa kebersihan itu sangat dititikberatkan dalam semua hal
khususnya dalam ibadat.

Umat Islam juga hendaklah peka dan bertanggungjawab untuk menjadikan tempat-
tempat ibadat seperti masjid dan surau agar sentiasa dalam keadaan bersih, tidak
dicemari dengan kotoran atau bau busuk dan begitu juga dengan segala kemudahan
yang disediakan seperti tandas perlulah dijaga dengan baik dan memastikan
kebersihannya. Sabda Rasullullah yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dari Abu
Hurairah Radhiallahuanhu yang bermaksud:

"Bahawasanya masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis dan kotoran kerana ia adalah
tempat berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan membaca Al-Quran."
Tambahan lagi, surau ini juga telah memohon untuk menunaikan solat jumaat dari
pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) kerana para pelajar tidak
dibenarkan untuk keluar dari sekolah kerana wabak COVID 19.

Sehubungan itu, Surau Al Firdaus ini memerlukan beberapa penambahbaikan


terhadap tandas dan lain-lain infrastruktur agar sesuai dengan keperluan para pelajar
yang akan terlibat dalam sesi PDPC serta solat jumaat yang akan diadakan di surau
ini dan aktiviti ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih bersemangat.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan suasana kondusif dan menjadi tempat pilihan utama para pelajar
untuk belajar dan menenangkan jiwa.
3.2 Menaikkan imej surau sesuai dengan peranan sekolah agama.
3.3 Mendidik pelajar akan kepentingan menjaga kebersihan tandas.

4.0 AHLI JAWATANKUASA

PENGETUA
Pn. Rohani Binti Daharun
Pengetua SMADATA

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK


Pn. Baizurah Binti Jamal Rashid

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


En. Mohd Razip Bin Adam

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


Pn. Nazlina Binti Sadali

SETIAUSAHA SURAU
Pn. Fadzilah Binti Abdul Haliff
5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH RM SUMBER


1 Memasang mozek lantai baharu Mozek RM 3,000.00 Sumbangan
ukuran 1ft x
1frt
2. Memasang mozek separuh Mozek Rm 3,000.00 Sumbangan
dinding ukuran
2ftx1ft
3. Membina dinding penghadang Zink Rm 2,000.00 Sumbangan
tempat wuduk dan tandas
perempuan yang baharu
4. Meninggikan kedudukan tandas Rm 2,000.00 Sumbangan
cangkung kedua-dua tandas
JUMLAH RM 10,000.00
Tiada peruntukan khusus bagi pemasangan penghawa dingin tambahan di Surau Al
Firdaus ini. Antara inisiatif yang akan dilakukan adalah:

5.1 Menubuhkan tabung khusus pembangunan Surau Al Firdaus SMADATA.


5.2 Menubuhkan satu jawatankuasa khusus serta melantik pegawai kewangan
sebagai wakil kutipan dana bagi tujuan membuat edaran surat dan kertas
kerja memohon sumbangan ke syarikat-syarikat korporat.
5.3 Memohon wakaf/sumbangan ikhlas orang ramai/organisasi dengan
kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
5.4 Sumbangan peribadi dari kalangan ibubapa pelajar.

6.0 PENUTUP

Diharapkan agar permohonan ini mendapat perhatian, disokong dan diluluskan oleh pihak tuan.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

Fadzilah Abdul Haliff


Setiausaha Surau Al Firdaus

Anda mungkin juga menyukai