Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA


MASJID AL-HUSSAIN

TARIKH:
27 NOVEMBER 2022

MASA:
8.30 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT:
KAWASAN DAN DALAM MASJID

ANJURAN:
JAWATANKUASA
MASJID AL-HUSSAIN
KERTAS CADANGAN
Gotong Royong Perdana Masjid Al-Hussain

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran


untuk mengadakan gotong royong di sekitar kawasan luar dan dalam Masjid
Al-Hussain.

2.0 Pendahuluan

Lajnah Keceriaan dengan kerjasama Lajnah Pendidikan bercadang untuk


mengadakan gotong royong membersihkan kawasan masjid serta
memulihara taman-taman dan mempertingkatkan keceriaan kawasan Masjid
Al-Hussain.

3.0 Objektif

3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu


diantara jawatankuasa masjid dengan anak khariah.

3.2 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan masjid agar lebih


kondusif dan lebih terjamin akan  keselamatan para pelangcong serta anak
khariah semasa waktu menunaikan solat lima waktu.
4.0 Kumpulan Sasaran

 Penduduk setempat / Anak Khariah


 Pelajar KUIPs

 AADK

 APM

 Bomba

 Trash Hero Perlis

5.0 Rasional Menjayakan Program

5.1 Bersama-sama mengembeling tenaga antara ahli jawatankuasa masjid,


anak khariah dan agensi-agensi kerajaan dalam membantu menceriakan
kawasan masjid.

5.2 Memberi peluang kepada anak khariah, penduduk kampung serta agensi
-agensi kerajaan yang terlibat untuk menyediakan suasana yang ceria,
selesa, bersih dan harmoni untuk solat dan melakukan aktiviti untuk anak
khariah.

5.3 Memberi gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat akan suasana
pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di masjid sewaktu hari biasa
dan cuti sekolah.

6.0 Justifikasi

Ahli jawatankuasa masjid, penduduk setempat, anak khariah dan beberapa


agensi kerajaan dapat bekerjasama dalam menyediakan suasana yang lebih
ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke
masjid demi menimba ilmu dalam kuliah yang dianjurkan serta solat lima
waktu di masjid.
7.0 Anjuran

Jawatankuasa Masjid Al-Hussain

8.0 Lokasi Cadangan

Kawasan luar dan dalam Masjid Al-Hussain

9.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan

Tarikh cadangan : 27 November 2022 (Ahad)

Tempat : Kawasan luar dan dalam Masjid Al-Hussain

Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang

Pakaian : Pakaian sukan

10.0 Cadangan Aktiviti & Skop Tugas

4.1 Pembersihan tandas dan tempat wuduk


 Tugas membersihkan ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran
air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu
sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang
dikhuatiri akan memberi kesan kepada muslimin dan muslimat
khususnya yang berada di Masjid Al-Hussain untuk menunaikan solat.
4.2 Pembersihan dinding marmar ruang dalam masjid
 Dinding marmar masjid merupakan kawasan tarikan bagi pelangcong
dan pelawat yang datang ke masjid ini. Melalui kerja gotong-royong
perdana di kawasan tersebut ini para sukarelawan akan membersihkan
dinding dan sekitarnya.

4.3 Kawasan tempat letak kenderaan


 Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan
sampah di sekitar Kawasan tersebut dan luar pintu pagar masjid.

4.4 Mengecat tanda ruang letak kenderaan


 Bagi memberikan kesan keceriaan pada masjid, di bahagian tempat
letak kenderaan akan dicat semula supaya lebih jelas kepada orang
ramai untuk parking di kawasan masjid.

4.5 Kiosk
 Ruangan Kiosk perlu dibersihkan

4.6 Persisiran Pantai Masjid

 Ruangan tepi setiap Kawasan masjid perlu dibersihkan.


11.0 Struktur Organisasi

Penasihat:
(1) Pengerusi Masjid : Dr Muhammad Fathullah Al-Haq bin Mohamad Asni

JAWATANKUASA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA


Pengerusi : Al Fadhil Ustaz Mazlan bin Mohd Ibrahim
Naib Pengerusi : Muhamad Akmal bin Mohd Nazari
Setiausaha : Al Fadhil Ustaz Zaim Muzakir bin Omar

Ahli Jawatankuasa:
12.0 Tentatif Program

  8:30 pagi               Berkumpul di Tapak Perkarangan Masjid

  8:45 pagi               Ucapan Pengerusi Masjid Al-Hussain

  9:00 pagi              Taklimat Ringkas

  9:15 pagi               Gotong Royong bermula

12:30 tengahari            Berkumpul dan menyimpan alatan

1:00 petang      Jamuan dan Bersurai

13.0 Anggaran Perbelanjaan

1.  Peralatan mengecat                 RM500.00

2. Alatan membersih RM 500.00

2.  Jamuan  RM1000.00

                                Jumlah           RM2000.00


14.0 Penutup

Program gotong royong perdana ini adalah salah satu rancangan bagi Lajnah
Keceriaan dan Lajnah Pendidikan untuk masyarakat setempat demi
menceriakan Kawasan masjid dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan
sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari penduduk setempat
anak khariah dan agensi kerajaan yang terlibat. Semoga rancangan ini dapat
membantu menceriakan kawasan Masjid Al-Hussain.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(ZAIM MUZAKIR BIN OMAR)
Setiausaha
Masjid Al-Hussain
Kuala Perlis

Disahkan oleh,

....................................................
(DR. MUHAMMAD FATHULLAH AL-HAQ)
Pengerusi
Masjid Al-Hussain
Kuala Perlis

Anda mungkin juga menyukai