Anda di halaman 1dari 15

lOMoARcPSD|22308668

Kertas Kerja Program Pemantapan Solat


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT
SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKAWI

Anjuran Mahasiswa UUM Cawangan Langkawi

1.0 PENDAHULUAN

Program Pembangunan Masyarakat yang bertajuk “Program Pemantapan Solat” akan


dijalankan di Masjid Aishah, Langkawi, Kedah. Dicetuskan melalui hasil perbincangan dan
kata sepakat yang telah dipersetujui sewaktu dalam mesyuarat yang telah dijalankan oleh para
ahli kumpulan Tobeq berdasarkan kepentingan solat dikalangan pelajar yang beragama islam.
Dimana para pelajar mempunyai kesedaran dan sikap keprihatinan serta rasa tanggungjawab
terhadap generasi masa kini yang kurang pengetahuan ilmu fardu ain dan ia penting kerana
solat merupakan kewajipan sebagai umat islam. Selain itu, mereka juga merupakan salah satu
aset negara serta generasi tersebut bakal menerajui negara islam di masa hadapan.
Solat menurut bahasa berarti doa, manakala menurut istilah adalah suatu bentuk
ibadah yang terdiri dari perbuatan dan ucapan yang di awali dengan takbiratul ihram dan
diakhiri dengan salam. Dan telah diwajibkan kepada manusia untuk beribadah kepada
Allah Swt
َُ َ‫يَاََ أََيَّهَُاََ اَلَنََّا‬
َ‫سَ اَ َْعَبَُ ُدَوَاَ َربَّ ُكََ ُمَ اَلَّ ِذََيَ َخَلَقََ ُكََ ْمَ َوَالَّ ِذََيَ َنَ ِمَ َْنَ قَ ْبَلَِ ُكََ ْمَ لَعَلَّ ُكََ ْمَ تَتَّقََُوَ َن‬
‘’Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang
yang sebelummu, agar kamu bertakwa’’, ( QS.2:21 ),
khusus dalam hal ini terhadap umat islam iaitu wajib menjalankan solat wajib 5
waktu sehari-semalam. Solat sangat besar pengaruhnya bagi kehidupan manusia, yang
oleh kerana Allah Swt mengajarkan bila hendak memohon pertolongan Allah SWT iaitu
dengan melalui solat dan dilakukan dengan penuh kesabaran serta solat dapat mencegah
untuk berbuat keji dan munkar.

1
lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

2.0 TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM

2.1 TUJUAN PROGRAM


1. Untuk mengetahui cara betul untuk kita berinteraksi dengan Allah.
2. Kecintaan dan istiqamah dalam menunaikan ibadah
3. Membentuk mukmin yang kuat dan sihat.
4. Untuk mengetahui keadah yang betul dan dapat membezakan mana yang benar dan mana
yang salah.

5. Untuk menghindarkan pelajar dari terpengaruh kefahaman yang sesat terutamanya sekali
dalam mengerjakan solat fardhu.

2.2 MATLAMAT PROGRAM

1. Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab pelajar untuk menunaikan solat


2. Sebagai melaksanakan tanggungjawab terhadap penciptaNya.
3. Murid yang menjaga solat fardhu dan melazimi solat sunat akan mencapai kejayaan di
dunia dan akhirat.
4. Melahirkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat.

2.2 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memastikan setiap murid-murid Islam di SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKAWI


menunaikan solat fardhu.

2. Melazimi murid-murid menunaikan solat dhuha pada setiap pagi.

3. Mengukuhkan peribadi dan sahsiah murid.


4. Membentuk pelajar yang sentiasa mengharapkan pergantungan kepada Allah S.W.T
melalui amalan fardhu dan sunat.

2
lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

2.3 PELAKSANAAN PROGRAM

1. Bilangan Penyertaan
Dianggarkan seramai 80 orang murid-murid tahun 5 yang akan hadir.

2. Tetamu Yang Dijemput


Antara tetamu yang di jangka hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung, Ajk Ajk Masjid
Aishah dan Tuan Imam Muda.

3.0 CADANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM

Pelaksaan program pembangunan masyarakat yang bertajuk “Program Pemantapan Solat”


akan diadakan di Masjid Aishah, Langkawi, Kedah. pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 27 Disember 2018 (Khamis) – 28 Disember 2018 (Jumaat).

Masa Pendaftaran : 3.30 petang.

Tempat : Masjid Aishah, Langkawi, Kedah.

Sasaran : Semua Murid Tahun 5.

4.0 METHODOLOGI

4.1 Mengenal potensi diri.


4.2 Teori dan praktikal cara berwudhu dengan betul.
4.3 Teori dan praktikal pergerakan dalam solat.
4.4 Aktiviti dalam kumpulan.
4.5 Qiamullail.
4.6 Motivasi.
4.7 Kuliah dan ceramah.
4.8 Muhasabah diri.

3
lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

5.0 TENTATIF PROGRAM

“Program Pemantapan Solat”

Tarikh : 27 Disember 2018 (Khamis) – 28 Disember 2018 (Jumaat).

Masa Pendaftaran : 3.30 petang.

Tempat : Masjid Aishah, Langkawi, Kedah.

Sasaran : Semua Murid Tahun 5.

HARI KHAMIS 27 DISEMBER 2018


3.30ptg…………………………..…………………………….……… Pendaftaran peserta
4.00ptg…..………………….…………….Taklimat program dan pembahagian kumpulan
4.30ptg……………………….………………………..……….….Persiapan diri solat asar
5.00ptg………………………….…………………..……………………….Minum petang
5.30ptg……….……………………………………………….…LDK 1 (pengenalan solat)
6.30ptg……………….….……………………………………Persiapan diri makan malam
7.10mlm..……………….……..Zikir munajat solat maghrib, bacaan yassin dan solat isyak
9.30mlm…………….……………………………………………..…… Ceramah motivasi
11.00mlm…………………………………………………………..………..Minum malam
11.30ml……………..…………………………………………………….Lambaian syahdu

HARI JUMAAT 28 DISEMBER 2018


4.00pg…………………….…………………………...…….Persiapan diri untuk qiamullail
6.00pg…………..………………………………….…...…......…..Solat subuh kuliah subuh
7.30pg……….……………………………………………Perhimpunan pagi senaman pagi
8.00pg…………………………………………………………………………Sarapan pagi
8.30pg……………….……………………...……..….…LDK 2 (teori & praktikal wudhu)
10,00pg……………………………………….………………………………..Minum pagi
10.30pg….…………………………………………...……LDK 3 (teori & praktikal solat)

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

12.30tghari….…………………………………..……..…..Persiapan diri makan tengahari


1.00ptg………………….………………………………….……………………..Solat jumaat
2.30ptg…………………………………………………….……………………Ujian prestasi
4.30ptg………………………………..…………………….………………………Solat asar
5.00 ptg…………..……………………………………Majlis penutup dan penyampaian sijil
5.45ptg……………………..…………………………………………………………Bersurai

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

6.0 JAWATANKUASA KERJA

6.1 AHLI JAWATAN KUASA KERJA PROGRAM

JAWATAN NAMA

PENASIHAT PUAN ASMALINDA ADNAN

PENGERUSI MOHD NASRI BIN YAH

TIM. MOHD FAZLI BIN AZIZAN


PENGERUSI

SETIAUSAHA JOHAN BIN JOHARA

BENDAHARI MOHD AZIZAN BIN RAZAK

6.2 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

JAWATAN NAMA

AJK PENGURUSAN ZULKARNAIN BIN MAHRUM

AJK TEMPAT AMIR BIN ABDULLAH

AJK JAMUAN RAHMAN BIN ABDULLAH

AJK CENDERAHATI & BANNER SUREANTI BINTI ARIFIN

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 SUMBER KEWANGAN


 Kutipan sumbangan daripada badan korporat : RM 150.00
 Kutipan sumbangan daripada Sekolah Rendah Kuah : RM 700.00
 Kutipan sumbangan ikhlas daripada YB oleh ahli kumpulan : RM 1000.00

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN


1 Makan dan minum -Mineral Water & Minuman Kotak bagi semua yang
terlibat :
20 kotak : RM10.00 x 20 = RM 200.00
20 Kotak : RM 20.00 x 30 = RM 400.00

-Jamuan Ringan
RM 5 x 50pax = RM 250.00
2 Banner RM 100.00
3 Cenderahati (Plaque) RM 150.00
4 Penceramah RM 300.00
5 Perbelanjaan Luar Jangka RM 150.00
6 Fail dan Photostat nota- RM 300.00
nota
Jumlah Perbelanjaan RM 1850.00

8.0 PENUTUP

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

“Hendaklah engkau bertemankan orang-orang yang benar supaya engkau dapat menghayati
kehidupan dalam lingkungan mereka”. Umar Al-Khattab. Adalah sangat diharapkan
“Program Pemantapan Solat” ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat manfaat
dikalangan pelajar demi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan solat dalam membentuk jati
diri yang lebih baik. Selain itu, diharapkan program ini dapat mencapai objektif dan matlamat
yang telah ditetapkan disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara pelajar
serta para pelajar Pusat Pengajian Jarak Jauh (PJJ), Universiti Utara Malaysia (UUM)
Cawangan Langkawi, Kedah. Sekaligus menanamkan sifat keprihatinan serta rasa
tanggungjawab dikalangan pelajar dalam menyumbang khidmat dan bakti terhadap
masyarakat sekeliling.

Diharapkan agar Kertas Kerja bagi Program Pemantapan Solat ini mendapat pertimbangan
serta kelulusan dari pihak tuan sewajarnya bagi bersama-sama menjayakan program tersebut
sekaligus membantu masyarakat dalam dan luar Pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi dalam
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan solat. Kerjasama dan keprihatinan tuan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

(JOHAN BIN JOHARA)


Setiausaha Program Pemantapan Solat,
Mahasiswa Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 12 Disember 2018

Disahkan oleh,

(MOHD NASRI BIN YAH)


Pengerusi Program Pemantapan Solat
Mahasiswa Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 12 Disember 2018

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

9.0 MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT, BIL 1/2018

TARIKH : 15 Disember 2018

MASA : 09.00 Pagi – 11.00 Pagi

TEMPAT : Bilik Kuliah The Datai, UUM Cawangan Langkawi

SENARAI KEHADIRAN:

1. Mohd Nasri Bin Yah - Pengerusi


2. Mohd Fazli Bin Azizan - Timbalan Pengerusi
3. Johan Bin Johara - Setiausaha
4. Mohd Azizan Bin Razak - Bendahari
5. Zulkarnain bin mahrum - Ajk pengurusan
6. Amir bin abdullah - Ajk tempat
7. Rahman bin Abdullah - Ajk jamuan
8. Sureanti binti arifin - Ajk cenderahati & banner

AGENDA MESYUARAT

1.0 ALUAN PENGERUSI

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dan ribuan terima kasih daripada Pengerusi
kepada ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat Program Pemantapan Solat Bil 1/2018
yang diadakan di bilik Kuliah The Datai, Pengerusi juga turut memaklumkan kepentingan
Program ini diadakan kepada pelajar.

2.0 PERBINCANGAN PROGRAM


2.1 Mesyuarat mengambil maklum tentang :
2.1.1 Cadangan program diadakan di Masjid Aishah Langkawi dan
melibatkan anggaran kehadiran murid-murid sekitar seramai 80 orang.

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

2.1.2 Mahasiswa Universiti Utara Malaysia akan mengendali program


berkenaan yang akan diadadakan pada 27 Disember 2018.
2.1.3 Ketiadaan modal untuk menjayakan program berkenaan
2.1.4 Keperluan seorang penceramah berkenaan ibadah solat

2.2 Mesyuarat bersetuju :


2.2.1 Ahli mesyuarat bersetuju program diadakan di Masjid Aishah
Langkawi dan anggaran kehadiran pelajar seramai 80 orang kerana
tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.
2.2.2 Mesyuarat bersetuju program dikendalikan dan dijayakan oleh
mahasiswa Universiti Utara Malaysia dan turut dicadangkan
melibatkan pengendalian bersama pengurusan masjid.
2.2.3 Pengerusi mencadangkan agar memohon sumbangan kewangan
daripada badan koporat, badan kerajaan, YB kawasan dan orang
kebanyakan.
2.2.4 Mesyuarat bersetuju untuk memohon Tuan Iman Muda Masjid sebagai
penceramah program berkenaan dengan bayaran tertentu.

3.0 PENGISIAN PROGRAM


3.1 Mesyuarat mengambil maklum tentang :
3.1.1 Cadangan menyediakan air mineral semasa ceramah dijalankan bagi
mengurangkan kehausan dikalangan peserta program
3.1.2 Ahli Mesyuarat mencadangkan dibuat banner dan cenderahati kepada
penceramah program

3.2 Mesyuarat bersetuju :


3.2.1 Bersetuju penyediaan air mineral semasa ceramah dijalankan.
3.2.2 Banner mesti diwujudkan agar dapat diwar-warkan kepada masyarakat
setempat berkenaan program berkenaan dan cenderahati mesti diberi
kepada penceramah namun pengerusi mengingatkan agar perbelanjaan
membuat banner dan cenderahati dijimatkan sebaik mungkin.

10

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 Mesyuarat bersetuju supaya turut mengurangkan perbelanjaan dalam penyediaan
jamuan disebabkan kekurangan modal serta peruntukan kewangan yang terhad.

4.2 Mesyuarat turut mengingatkan agar masa program diadakan dengan tepat dan tidak
memanjangkan masa program disebabkan program tamat hampir waktu solat Asar.

5.0 PENUTUP
Pengerusi berharap setiap ahli mesyuarat dapat memainkan peranan dan tugas masing-masing
dalam menganjurkan Program Pemantapan Solat dikalangan Generasi Kanak-Kanak Masa
Kini dan diharapkan juga program ini dapat dicapai objektif tujuan diadakan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi dengan ucapan terima kasih kepada pengerusi.

Disediakan Oleh: Tarikh: 20 Dis 2018

(JOHAN BIN JOHARA)


Setiausaha Program Pemantapan Solat,
Mahasiswa Universiti Utara Malaysia.

11

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

10.0 PROSEDUR DAN JADUAL KERJA

Peringkat Pertama

Menyediakan segala butiran perancangan program dan mengenal pasti lokasi program yang
akan dijalankan. Ajk dilantik bagi melancarkan lagi proses perancangan program. Merancang
jumlah kewangan yang diperlukan

Peringkat Kedua

Semua ahli jawatankuasa yang terlibat membuat lawatan ketempat cadangan program dan
menemubual pihak pengurusan tempat serta mengambil maklum tentang kekurangan dan
kelebihan tempat yang akan dijalankan program. Membuat segala tempahan yang dirancang
dari aspek makanan dan peralatan yang akan digunakan

Peringkat Ketiga

Membuat persiapan terakhir segala aspek jamuan, peralatan dan penyediaan tempat program.

12

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

11.0 SURAT PERMOHONAN KELULUSAN KERTAS KERJA

UUM/PJJ/KPPACE-1(1)
23 Disember 2018

Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah

Melalui dan Salinan Kepada:

Penyelaras Akademik
Pembangunan Masyarakat II
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah.

Tuan,

PERMOHONAN MELULUSKAN KERTAS KERJA BAGI PROJEK ‘ PROGRAM


PEMANTAPAN IBADAH SOLAT DIKALANGAN GENERASI KANAK-KANAK
MASA KINI’ ANJURAN PELAJAR PJJ SESI 2017/2018

Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini, dikemukakan Kertas Kerja berkenaan untuk
pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Untuk memudahkan tuan, maklumat tentang
program berkenaan adalah seperti di bawah:

NAMA PROGRAM : PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT


TEMPAT : MASJID AISHAH, LANGKAWI, KEDAH.
TARIKH : 27-28 DISEMBER 2018.
PESERTA TERLIBAT : 100 ORANG.

13

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)


lOMoARcPSD|22308668

VKMB 1021 PEMBANGUNAN


MASYARAKAT

Besarlah harapan kami sekiranya permohonan kami ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan
agar dapat merialisasikan program yang dirancang ini. Di atas kerjasama yang bakal
diberikan oleh Tuan, saya mengucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

‘KUN FAYAKUN

Saya yang benar,

(JOHAN BIN JOHAR)


Setiausaha,
Program Pemantapan Solat,
Mahasiswa Universiti Utara Malaysia.
s.k - Penyelaras Akademik
Pembangunan Masyarakat II
Universiti Utara Malaysia

14

Downloaded by Farid Zainal (karkunsejati@gmail.com)

Anda mungkin juga menyukai