Anda di halaman 1dari 7

( 3R )

Tarikh:
17-18 April 2021
(05-06 Ramadan 1442H)

Tempat:
Masjid Seberang Ramai, Kuala Perlis

Sasaran:
Remaja 13-17 Tahun

Anjuran Bersama:
Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Perlis
Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Cawangan Perlis
Hidayah Centre Foundation, Perlis
Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Perlis
Masjid Seberang Ramai, Kuala Perlis
KERTAS KERJA
REMAJA RAIKAN RAMADAN (3R) 1442H

1.0 PENDAHULUAN

Program 3R ini mengambil keberkatan bulan Ramadan untuk pembangunan


remaja. Konsep dan tema Program 3R dirangka berasaskan bulan yang mulia ini.
Program 3R diaturkan dengan sebaik mungkin untuk mencapai objektif-objektif
yang telah digariskan. Bagi mengumpul serta mendidik jiwa-jiwa remaja ini
supaya taat dan patuh kepada Allah SWT, masjid merupakan tempat yang paling
sesuai dan berkesan.

Program 3R ini terbuka kepada semua remaja yang berminat khususnya remaja
Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis untuk melalui dan mengalami ‘madrasah’
Ramadan dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan bermanfaat.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Menghayati bulan Ramadan sebagai bulan ibadah.


2.2 Memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
2.3 Menyemarakkan ukhuwwah di kalangan remaja.
2.4 Membangunkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati
Islam sebagai cara hidup.
2.5 Menyelami sejarah Islam untuk dijadikan suri tauladan.

Tema: "Indahnya Ramadan"

3.0 PERINCIAN PROGRAM

3.1 Penganjur :

(i) Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Perlis


(ii) Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Cawangan Perlis
(iii) Hidayah Centre Foundation, Perlis
(iv) Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Perlis
(v) Masjid Seberang Ramai, Kuala Perlis

3.2 Tarikh program:

17-18 April 2021 (05-06 Ramadan 1442H)


3.3 Masa Program:

Bermula pukul 8.00 pagi (17 April 2021)


Berakhir pada 2.00 petang (18 April 2021)

3.4 Cadangan lokasi:

Masjid Seberang Ramai, Kuala Perlis

3.5 Penyertaan:

Terbuka kepada REMAJA berumur di antara 13 hingga 17 tahun.


(Maksimum penyertaan 25 orang sahaja)

3.6 Yuran Pendaftaran:

RM 1.00
4.0 ATURCARA PROGRAM

Hari Pertama : 17 April 2021 (Sabtu)

Masa Aktiviti Catatan


8.00 pagi Pendaftaran Peserta
9.00 pagi Perasmian 3R
9.15 pagi Slot 1: Salam Perkenalan Salam Ukhuwah
10.00 pagi Solat Dhuha & HAQ*
11.00 pagi Slot 2: Pemuda Kahfi
12.30 tgh HAQ & Qailulah**
1.30 petang Solat Zuhur
2.00 petang Slot 3: LDK “I Know What You Did Last Ramadan”
4.00 petang HAQ
4.45 petang Solat Asar
5.15 petang Slot 4: Jalan-Jalan Cari Jawapan
6.30 Petang Khidmat Diri
7.30 Malam Berbuka Puasa & Solat Maghrib
8.30 Malam Solat Isya’ & Tarawih
10.15 Malam HAQ & Tidur

Hari Kedua : 18 April 2021 (Ahad)

Masa Aktiviti Catatan


4.30 pagi Qiamulail & Bersahur
5.30 pagi Solat Subuh & Tazkirah Subuh
7.00 pagi Khidmat Diri
7.30 pagi HAQ & Solat Dhuha
9.00 pagi Slot 5: LDK “Sudut Kreatif”
10.15 pagi Rehat
10.30 pagi Slot 6: Dunia Islam
11:30 pagi Sesi Perkongsian Peserta
12.30 pagi Kemas Diri dan Masjid Seberang Ramai
1.30 Petang Solat Zohor
2.00 Petang Penutup dan Bersurai

* HAQ = Halaqah Quran


** Qailulah = Rehat / Tidur
Huraian Aktiviti

Aktiviti Huraian
Slot 1: Salam Objektif :
Perkenalan Salam  Menyemarakkan ukhuwah sesama peserta.
Ukhuwah  Mempersiapkan persediaan minda peserta.

Kaedah :
 Permainan indoor.
 Permainan dalam kumpulan.
 Nasyid Ukhuwah.

Slot 2: Pemuda Kahfi Objektif :


 Mengambil pengajaran dari peristiwa Al-Kahfi dalam konteks
seorang pemuda.

Kaedah :
 Ceramah
 Tayangan Multimedia

Slot 3: LDK “I Know Objektif :


What You Did Last  Mengenalpasti kekurangan dan amalan yang tidak baik yang ada
Ramadhan” pada diri sendiri pada Ramadan tahun-tahun sebelumnya.
 Menyenaraikan aktiviti dan amalan yang bermanfaat yang boleh
dilakukan oleh remaja pada Ramadan tahun ini.

Kaedah :
 Pelajar melaksanakan aktiviti dalam kumpulan yang dibimbing
oleh fasilitator.
 Pembentangan aktiviti.

Slot 4: Jalan-Jalan Cari Objektif :


Jawapan  Memupuk keimanan dengan menghayati kebesaran Allah Taala
melalui alam ciptaan-Nya.

Kaedah
 Aktiviti riadah dan explorace

Slot 5 : LDK “Kreatif” Objektif


 Menyemai sifat kreatif di kalangan peserta dalam mencari
penyelesaian kepada sesuatu masalah.
 Memupuk sifat kerjasama dalam kumpulan.
Kaedah
 Peserta menyelesaikan masalah yang diberikan secara bersama
di dalam kumpulan.
 Pembentangan hasil kumpulan.

Slot 6 : Dunia Islam Objektif :


 Membina jatidiri peserta dengan menyelami sejarah
kegemilangan Islam.

Kaedah :
 Tayangan multimedia.

Solat Dhuha  Cara & Faedah Solat Dhuha akan diterangkan.


 Solat secara berjemaah.

HAQ Surah Al-Kahfi  Halaqah Quran secara berkumpulan (kecil) bersama fasilitator
terlatih.
 Tadabbur ayat-ayat Quran selepas tilawah.

5.0 BELANJAWAN

PENDAPATAN RM RM
Yuran (RM1 x 25 orang) 25
Sumbangan MAIPs 1,640
TOTAL 1,665
PERBELANJAAN
Makanan
Iftar (RM10 x 30 orang) 300
Sahur (RM7 x 30 orang) 210
TOTAL 510
Keperluan Peserta
Fail, Alat Tulis, Tag Nama dll (RM5 x 25 orang) 125
Sijil (RM3 x 30 orang) 90
Hadiah Pertandingan (RM30 x 3 kumpulan) 90
Keperluan Lain 50
TOTAL 355
Honorarium
Saguhati Penceramah (RM300 x 1 orang) 300
Saguhati Fasilitator (RM100 x 5 orang) 500
TOTAL 800
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN 1,665

* Sumbangan MAIPs sebanyak RM 1,640 diperlukan untuk menampung perbelanjaan


program 3R ini.

6.0 PENUTUP

Semoga Program 3R menjadi salah satu platform untuk para remaja di Kampung
Seberang Ramai memperoleh manfaat sepertimana yang telah digariskan dalam objektif
program ini.

Yang benar,

……………………………..
(SHAHRIR RIZAL BIN KASJOO)
Pengarah Program 3R

Anda mungkin juga menyukai