Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

KURSUS TAHSIN SOLAT

TARIKH

15 DISEMBER 2018

TEMPAT

MASJID AD-DINIAH KAMPUNG RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

ANJURAN:

PELAJAR KURSUS PENGURUSAN MASA DAN HUBUNGAN INSAN, PUSAT CITRA


UNIVERSITI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA

SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT (SRAR) AL-KHAIRIYYAH RAMBAI TUJUH


DAN
MASJID AD-DINIAH KAMPUNG RAMBAI TUJUH

TEMA

“MEMBENTUK INSAN RABBANI”


KERTAS KERJA
KURSUS TAHSIN SOLAT

1.0 PENGENALAN

Solat merupakan perkara yang amat dititik beratkan di dalam agama Islam dan perkara
pertama yang akan dihisab pada hari akhirat kelak. Solat yang menjadi tiang agama menjadi
sarana penting dalam membentuk jati diri peribadi seorang Muslim yang bertakwa.
Kesempurnaan solat yang bermula dengan penguasaan tentang perkara-perkara rukun dan
sunat perlulah ditekankan ketika masih di bangku persekolahan lagi.
Hal yang demikian bertepatan dengan intisari ayat al-Quran yang menyarankan solat
sebagai wahana penting dalam mencegah seseorang dalam menghadapi kemungkaran dan
kebejatan zaman.
Pemilihan Kursus Tahsin Solat ini dianggapkan pemilihan yang tepat dalam
menghadapi suasana zaman mutakhir ini yang penuh dengan cabaran dalam menghakis jati
diri para pelajar. Jati diri yang bermula dengan memasakkan akidah yang kukuh dan amalan
yang sempurna seperti solat dilihat mampu menjadi benteng yang kukuh terhadap para
pelajar dalam usaha mengekang arus deras serangan pemikiran Barat seperti sekularisme dan
liberalisme masa kini.
Justeru, mengambil semangat dari al-Quran yang menggalakkan umatnya berlumba-
lumba melakukan kebaikan dan kebajikan, disamping dalam usaha mencapai kehendak
dalam Kursus Pengurusan Masa dan Hubungan Insan untuk menyiapkan tugasan secara
berkumpulan maka lahirlah Kursus Tahsin Solat ini.
Sementalahan pula sekarang sudah bermula cuti persekolahan bagi para pelajar
sekolah di seluruh negara. Cuti persekolahan hujung tahun ini perlulah dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para pelajar agar tidak disia-siakan berlalu begitu sahaja. Dalam era
Revolusi Industri ke-4 ini masa menjadi begitu berharga sehingga setiap detik begitu
berharga dengan perubahan-perubahan begitu pantas berlaku di seluruh dunia terutamanya di
dalam bidang teknologi dan komunikasi.
Di samping itu, tanpa sebarang program diatur untuk para pelajar, dikhuatiri para
pelajar akan menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti leka dengan
permainan video atau terjebak dengan ketagihan dengan gajet yang menjadi kerisauan ibu
bapa dewasa kini.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Diakhir program, peserta dapat menyebut Rukun Qauli di dalam ibadah solat dengan
betul.
2.2 Melakukan rukun-rukun Fi’li di dalam ibadah solat dengan betul.
2.3 Membezakan antara rukun dan sunat di dalam ibadah solat.

3.0 TEMA

“MEMBENTUK INSAN RABBANI”

4.0 ANJURAN

Pelajar Kursus Pengurusan Masa dan Hubungan Insan, Pusat Citra Universiti,Universiti
Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-
Khairiyyah Kampung Rambai Tujuh dan Masjid Ad-Diniah Kampung Rambai Tujuh

5.0 TARIKH DAN MASA PROGRAM

Tarikh : 15 Disember 2018


Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari

6.0 TEMPAT PROGRAM

Masjid Ad-Diniah, Kampung Rambai Tujuh

7.0 INOVASI

Menjadikan program ini sebagai satu landasan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap
kepentingan solat dan aspek kualiti solat yang mampu membentuk jati diri peribadi Muslim
yang berjaya.

8.0 SASARAN PESERTA

Para pelajar Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) al-Khairiyyah Kg. Rambai Tujuh
9.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk lampiran A

10.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran B

11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang
terlibat dalam usaha mempertingkatkan kualiti solat para pelajar di samping mendapat
sokongan dan dokongan dari pihak ibu bapa. Penganjuran kursus ini diharap dapat berjalan
dengan jayanya disamping menjadi penanda arasan dalam penganjuran aktiviti-aktiviti yang
boleh dimanfaatkan untuk mengimarah masjid dengan anak muda remaja.
Penganjuran kursus ini sebagai serampang dua mata dalam usaha memupuk minat
para pelajar untuk dekat dan rapat dengan masjid serta menjadi asas kepada pembentukan
masyarakat kampung yang harmoni dan sejahtera.
Disediakan oleh :
…………………………
ZULFITRI AMINI BIN ZAINAL AZMI
Setiausaha,
Kursus Tahsin Solat.

Disemak oleh :
…………………………
MUHAMAD KHAIRUL RIJAL BIN HASSAN
Pengarah,
Kursus Tahsin Solat.

Disahkan oleh :
………………………….
DR SYAIDATUN NAZILAH BT ABU ZAHRIN
Penasihat,
Kursus Tahsin Solat.
LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
KURSUS TAHSIN
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2018/2019
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penasihat
Dr Syaidatun Nazilah Binti Abu Zahrin
Pusat Citra Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengarah
Muhamad Khairul Rijal Bin Hassan

Timbalan Pengarah
Muhamad Naim Bin Hassan

Setiausaha
Zulfitri Amini Bin Zainal Azmi

Bendahari
Mohamad Nidzam Bin Roslan

AJK
Mohamad Nazran Aqil Bin Md Badran
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi : Ice breaking

9.00 pagi : Ceramah Teori Ibadat Solat


10.00 pagi : Rehat/Minum pagi

10.30 pagi : Amali berkumpulan


11.30 pagi : Kuiz

12.30 tgh : Majlis Penutup


1.00 petang : Solat Zohor dan Jamuan
LAMPIRAN C

BELANJAWAN

BIL PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM


1 Sumbangan masjid 250.00 Makan peserta 34 x RM 8.00 227.00
2 Sumbangan sekolah 77.00 Bahan fotokopi 50.00
3 Banner 50.00
JUMLAH 327.00 JUMLAH 327.00

Anda mungkin juga menyukai