Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM KURSUS PENYEMBELIHAN 1.

MUQADDIMAH Kursus penyembelihan adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh Badan Dakwah dan Rahani (BADANI) bagi memberi pengalaman dan kemahiran kepada pelajar tingkatan lima SMK Agama Slim River. Ia juga sebagai satu persiapan apabila menghadapi masyarakat nanti serta mampu untuk melakukan amalan-amalan masyarakat Islam setempat. 2. MATLAMAT Program yang dirancang adalah untuk kecemerlangan sahsiah pelajar SMK Agama Slim River sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program yang dirancang, perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga SMKA yang memiliki ilmu di dalam amalan masyarakat Islam. 3.2 Mewujudkan suasana keakraban dan kemesraan antara pelajar semasa program berjalan. 3.3 Mencungkil bakat sedia ada di kalangan pelajar dalam kemahiran Menyembelih binatang. 3.4 Membimbing pelajar menyembelih binatang dengan cara yang betul dan sah menurut Islam. 4. JAWATANKUASA Pengerusi : Ketua Biro Kebajikan BADANI

Timb. Pengerusi : Timbalan Ketua Biro Kebajikan BADANI Setiausaha : Setiausaha Biro Kebajikan BADANI

Timb. Setiausaha : Timbalan Setiausaha Biro Kebajikan BADANI Bendahari : Bendahari Biro Kebajikan BADANI

AJK 5. AKTIVITI

: Semua AJK Biro Kebajikan BADANI

a. Taklimat penyembelihan. b. Tunjuk cara penyembelihan c. Pelajar menyembelih d. Gotong royong membersih ayam e. Jamuan makan 6. KUMPULAN SASARAN Semua murid tingkatan 5 SMK Agama Slim River, Perak Darul Ridzuan. 7. Harapan Program yang dirancang oleh BADANI diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid SMK Agama Slim River. Semoga program yang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepada semua pihak khususnya murid. 9. ULASAN PENOLONG KANAN HEM . . 10. KELULUSAN PENGETUA Disediakan; ................................................... ( HJ JAMALUDDIN BIN HALID )

Guru Penasihat BADANI SMK Agama Slim River.

Anda mungkin juga menyukai