Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

PELANCARAN IHYA’ RAMADAN

PERINGKAT SK KUNAK 1
TAHUN 2024

Oleh

En. Abd Mohmin Bin Kadir


Guru Besar Sk Kunak 1

1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam JPN Sepakat
Sabah Hebat, Salam PPD Kunak Bersama Menjana Kegemilangan dan
Salam SK Kunak 1 Bersama Membangun Potensi Menjana Prestasi.

SALUTASI

Yang Berusaha ________________________________________

Yang dihormati ________________________________________

Murid-murid Sk Kunak 1,

Seterusnya, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

KATA ALUAN

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya juga, kita dapat berhimpun di hari yang berbahagia ini
untuk bersama-sama menjayakan Pelancaran Ihya Ramadan
bagi tahun 2024 peringkat Sekolah kebangsaan Kunak 1.

2. Setiap tahun Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan


mengadakan pelbagai program untuk memeriahkan bulan Ramadan.
Dinamakan Ihya Ramadan, yang membawa maksud “ menghidupkan
Ramadan “.

3. Oleh itu saya dimaklumkan pelbagai aktiviti akan dijalankan dalam


bulan ini, mohon semua guru dan murid melibatkan diri secara aktitif
agar objektif Ihya ramadan dan Bulan dakwah ini tercapai.

4. Antara objektifnya adalah untuk menggalakkan warga SKK1 supaya


merebut peluang beribadat dengan bekerja pada siang hari sambil
beribadat seperti tadarus dan sedekah dan malamnya diisi dengan
pelbagai amalan sunat seperti solat sunat tarawih.

5. Namun begitu para murid diingatkan supaya mengekalkan prestasi


pelajaran walaupun sedang menjalani ibadah puasa. Jangan jadikan

2
alasan berpuasa untuk membolehkan para murid tidur dan tidak fokus
semasa PdPc.

Para Hadiran Dan Anak – Anak Yang Saya Sayangi Sekalian,

6. Jadikan Ramadan pada kali ini Ramadan yang sangat berkualiti dari
yang sebelumnya. Amatlah rugi sekiranya Ramadan yang mempunyai
banyak kelebihan ini kita sia-siakan dengan melakukan perkara yang
tidak berfaedah.

7. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan penghargaan


kepada penyelaras program dan barisan jawatankuasa yang berjaya
menganjurkan majlis perasmian pada hari ini.

Hadirin Hadirat Yang Dirahmati ALLAH SWT,

8. sebagai pengakhir kata marilah kita renung serta muhasabah


kekurangan diri semoga Ramadan ini dapat meningkatkan iman dan
ketakwaan kita.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini


merasmikan Pelancaran Ihya Ramadan bagi tahun 2024
peringkat SK Kunak 1.

Sekian saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai