Anda di halaman 1dari 2

TEKS YDP SEMPENA SOLAT HAJAT UPSR

Segala puji-pujian kepada tuhan semesta alam. Selawat dan salam untuk
junjungan Rasulullah S.A.W dan para sahabat Terlebih dahulu marilah kita
memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang amat bermakna ini,
iaitu Majlis Solat Hajat Perdana untuk Pelajar Tahun 6, pada tahun ini.

2) Sempena majlis ini, saya bagi pihak Encik Ali YDP PIBG ingin menyampaikan
salam takzim daripada beliau yang tidak dapat hadir bersama dalam majlis yang
diberkati ini. Bagi pihak sekolah pula, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada ibu bapa kerana dapat meluangkan masa untuk
bersama-sama dalam Program Solat Hajat Perdana kali ini. Sesungguhnya,
kehadiran kita semua mencerminkan iltizam dan sikap prihatin beliau kemajuan
akademik anak-anak yang kita kasihi ini..

3) Syabas dan terima kasih juga saya hulurkan kepada para ibu bapa yang
sanggup berkorban serta sentiasa memberi dorongan, bimbingan dan didikan
kepada anak-anak sehingga mereka menggapai kejayaan yang cemerlang dalam
sesi persekolahan di sekolah ini. Tidak dilupakan kepada para pendidik yang tidak
pernah jemu meneruskan perjuangan dalam membentuk generasi muda yang
mempunyai pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif.

Hadirin dan hadirat sekalian,

12) Dalam majlis yang penuh berkat ini juga, saya menyeru semua palajar tahun 6
supaya menggunakan masa yang berbaki ini untuk kita melipatgandakan usaha-
usaha terakhir kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Solat
hajat, munajat, doa dan amal-amal soleh yang kita lakukan adalah pemangkin
kepada kejayaan yang cemerlang. Teruskan mengulangkaji pelajar di samping
menjaga hubungan kita dengan ALLah untuk kejayaan yang cemerlang.

13) Kepada ibu bapa sekalian, berilah sokongan, dokongan, belaian dan semangat
kepada anak-anak kita di saat-saat akhir ini sebagai pemacu dan penguat
semangat kepada anak-anak kita dalam menghadapi saat getir setelah enam
tahun berpenat lelah dalam pelajaran mereka.

14) Kepada ibu bapa dan anak-anak yang dikasihi, setelah kita berusaha dan
berikhtiar, kita serahkan segalanya kepada Allah. Apa sahaja yang bakal dikurniai
Allah kepada kita nanti, kita sambut dengan penuh lapang dada dan redha. Itulah
sifat hamba kepada Tuhannya. Jangan cepat berputus asa kerana perjalanan
anak-anak dalam pelajaran masih jauh dan banyak lagi ranjau yang perlu
ditempuhi.

15) Sama-sama lah kita berdoa kepada Allah agar majlis kita malam ini diberkati
Allah dan diterima segala amal kita

Sekian terima kasih. WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH,


WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

Anda mungkin juga menyukai