Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2018


TARIKH: 27 OGOS 2018
TEMPAT: DATARAN SK SIMPANG

NO CUE ANN CATATAN


1 KETIBAAN Diminta semua hadirin dapat bertenang dan
mengambil tempat masing-masing kerana
majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.

2 Salutasi Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang berusaha En. Fezarudin Bin


Mahamudin,
Guru Besar Sk simpang

Yang Dihormati En. Shamsuddin Bin Ismail


Penolong Kanan Pentadbiran Sk Simpang
Yang Dihormati Puan Hairul Hazlina Binti
Abd Ghani
Pk Hal Ehwal Murid Sk Simpang
Yang Dihormati En Muhammad Suhaimi Bin
Idris,
Pk Kokurikulum Sk Simpang
Barisan guru-guru Sk Simpang,
Staf-staf sokongan seterusnya murid-murid
yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu
h
dan selamat sejahtera...
1
Selamat datang ke Majlis Pelancaran
Bulan Kebangsaan peringkat Sekolah
Kebangsaan Simpang bagi tahun 2018.

3 BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,


untuk memberkati majlis kita hari ini,
dipersilakan adik
____________________________________
untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan, terima kasih kepada,


adik ____________________________________
di atas bacaan doa sebentar tadi.

4 Nyanyian Lagu Hadirin sekalian,


Negaraku, Negeri Acara diteruskan lagi dengan nyanyian 3
Perak & Lagu sekolah buah lagu.

Untuk itu, diminta kepada guru-guru dan


murid-murid berdiri tegak bagi menyanyikan
lagu Negaraku, Negeri Perak, dan Lagu
sekolah dengan penuh semangat dan
serentak.

~Nyanyian lagu~

5 Bacaan Ikrar Acara diteruskan lagi dengan bacaan ikrar


dan rukun negara.
Untuk itu saya mempersilakan
....................................
Untuk mengetuai bacaan ikrar .

~Bacaan Ikrar~

2
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada
….……………………………………………
Atas pimpinan bacaan ikrar sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.


6 Ucapan aluan Ceria wajah dalam majlis,
pengerusi majlis Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnia dan keizinan Nya dapat kita
bersua di Majlis Pelancaran Bulan
Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan
Simpang bagi tahun 2018 dengan temanya “
Sayangi Malaysiaku”

7 Ucapan perasmian Hadirin sekalian,

Tanpa membuang masa majlis diteruskan lagi


dengan ucapan En Fezarudin Bin
Mahamudin Guru Besar Sk Simpang ,
sekaligus merasmikan Pelancaran Bulan
Kebangsaan tahun ini.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada En. Fezarudin Bin Mahamudin
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

3
8 Nyanyian lagu Hadirin sekalian,
patriotik Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-
lagu patriotik.
Diminta semua guru-guru dan murid-murid
berdiri dan menyanyikan lagu-lagu ini
dengan penuh bersemangat…

1) Kita punya Malaysia


2) Jalur Gemilang
3) Tanggal 31

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


nyanyian yang begitu bersemangat tadi.
Berikan tepukan untuk diri sendiri.

9 Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,

Sekian sahaja Majlis pelancaran Bulan


Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf
andai ada salah dan silap.

Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat


kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan,
terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun
kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada
agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai