Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yg berusaha En.Ideris Bin Hj.Abdul Rahim


Yg dihormati barisan penolong-penolong kanan, guru-guru kanan,
kaunselor-kaunselor, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih junjung dibuat hantaran,
Hadirin hadirat selamat datang,
Ke majlis penutupan bulan kemerdekaan.
Alhamdulillah, dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini
dalam Majlis Sambutan Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan,
Peringkat SMK. Kuala Ketil bagi tahun 2015.
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput para guru dan
pelajar berdiri untuk sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku.
Terima kasih diucapkan.
Bagi memberkati majlis ini, dijemput saudara ___________________________
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan...
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput guru bertugas, Pn. Mashitah Che
Mat untuk menyampaikan sepatah dua kata . Dipersilakan.
Terima kasih.
Marilah kita sama-sama hayati bacaan perutusan yang akan disampaikan
oleh En. Ahmad Nizal Daud, Penolong Kanan Tg. Enam. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika suaranya tanpa berbicara

Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Ideris Bin Haji Abdul
Rahim, Pengetua SMK Kuala Ketil untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya menutup Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SMK
Kuala Ketil. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
1

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan daripada para pelajar SMK. Kuala Ketil.
Dipersilakan
Terima kasih diucapkan.
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh lapan tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman dan damai.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian sekolah kita telah mengadakan
beberapa pertandingan sempena bulan kemerdekaan. Antaranya ialah
pertandingan mendeklamasi sajak ,pertandingan menulis esei pendek
kemerdekaan, kuiz kemerdekaan ,pertandingan melukis poster dan
pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan.
Dengan ini, dijemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.
Dengan ini diumumkan pemenang bagi Pertandingan mendeklamasi
sajak.
.
Seterusnya diumumkan pemenang bagi Pertandingan menulis esei
pendek kemerdekaan.
Pemenang bagi Kuiz Kemerdekaan
Pemenang bagi Pertandingan melukis poster
Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya diumumkan pemenang bagi Pertandingan kebersihan dan


keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis
mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan jayanya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Semua pelajar dan guru diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan
tiga buah lagu iaitu
1. Lagu Tema Hari Kemerdekaan ( Sehati sejiwa )
2. Tanggal 31 Ogos
3. Jalur Gemilang
Seterusnya saya serahkan majlis ini kepada En. Rusafzanizam bagi acara
yang seterusnya.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai