Anda di halaman 1dari 26

CABARAN DALAM PROFESION PERGURUAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES KERJA DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI DUA BUAH SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

MAHARIZON BT CHE SEMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CABARAN DALAM PROFESION PERGURUAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES KERJA DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

MAHARIZON BT CHE SEMAN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2007

ii

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W.

Buat Keluarga Tercinta,

Tiada apa yang dapatku bicarakan, hanya doa kalian mengiringi setiap detik perjalanan hidup ini. Harapan kalian lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua. Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan kalian tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata.

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu RahmatNya.

Rakan-rakanku yang banyak menyuntik kata-kata semangat di kala aku kegusaran, agar kita dapat menghadapi cabaran dan hambatan globalisasi yang semakin menghimpit.

Jutaan terima kasih ku ucapkan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Tn. Hj. Mohd Anuar Bin Abdul Rahman di atas di atas penat lelah beliau menyemak, menyumbangkan idea bernas, memberi kerjasama, bimbingan, dorongan, teguran, nasihat serta cadangan dalam tempoh penyediaan projek ini. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru kerana memberikan peluang kepada saya mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan 2004/2007. Rakaman penghargaan juga kepada pihak-pihak yang terlibat iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Pengetua serta guru-guru sekolah-sekolah yang terlibat amatlah dihargai. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala dorongan yang diberikan serta kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan laporan projek penyelidikan ini dan kepada semua insan yang mendoakan kejayaan dan kebahagian saya.

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan melihat tahap keupayaan menghadapi cabaran dalam profesion perguruan dan tahap stres kerja di kalangan guru-guru teknikal di dua buah Sekolah Menengah Teknik di Wilayah Persekutuan. Kajian ini juga melihat hubungan di antara cabaran dalam profesion perguruan dengan stres kerja guru dan perbezaan stres kerja berdasarkan jantina guru. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian dan data dianalisis menggunakan program Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) for Window 11.0. Responden kajian yang terlibat adalah seramai 59 orang. Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi bagi item cabaran dalam profesion perguruan ialah 0.85 dan 0.78 bagi stres kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap Ujian kolerasi keupayaan guru menghadapi cabaran dalam profesion perguruan adalah tinggi manakala stres kerja guru berada pada tahap sederhana. membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan sederhana di antara cabaran dalam profesion perguruan dengan stres kerja guru. Hasil Ujian-t pula mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara stres kerja berdasarkan jantina guru. Beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir kajian ini.

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study was to identify the level of ability to facing the challenging in teaching profession and to identify the level of job stress among technical teachers at two Technical Schools in Wilayah Persekutuan. This study also shows correlation between challenging in teaching profession and job stress, differences job stress level based on gender. The data is obtained from set of questionnaires and the SPSS Program for windows 11.0 is used to analyze the collected data. Fifty nine respondents were involved in this study. The analysis of questionnaires reliability showed for the challenging was 0.85 and 0.78 for the stress job on the Cronbachs Alpha scale. The finding showed that the level of technical teachers ability to facing the challenging in teaching profession was high and the level of job stress was moderate. Pearson correlation test showed that there was a significant relationship between the challenging in teaching profession and job stress but moderate. The t-test, result also showed that there was no significant differences job stress among teachers gender. Several recommendations were suggested from results of this study.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian

1 1 3 6 7 7 8

viii 1.7 1.8 1.9 Kepentingan Kajian Skop dan Batasan Kajian Definisi Kajian 1.9.1 Cabaran 1.9.1.1 Peningkatan Ilmu Pengetahuan 1.9.1.2 Berkemahiran Sebagai Seorang Pendidk 1.9.1.3 Berkebolehan Dalam Menguasai IT 1.9.1.4 Berkebolehan Menggunakan Bahasa Inggeris 1.9.1.5 Peka Dalam Menangani Masalah Moral Dan Sosial Pelajar 1.9.2 1.9.3 1.9.4 1.9.5 1.10 Stres Sekolah Menengah Teknik Guru Teknikal Profesion Perguruan 12 12 13 13 13 14 11 11 10 10 8 9 9 9

Penutup

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Peranan dan Tanggungjawab Guru Cabaran Dalam Profesion Perguruan 2.3.1 2.3.2 2.3.3 Peningkatan Ilmu Pengetahuan Berkemahiran Sebagai Seorang Pendidik Berkebolehan Dalam Menguasai Teknologi Maklumat (IT)

15 15 15 18 19 20 21

ix 2.3.4 2.3.5 2.4 2.5 2.6 Peka Dalam Menangani Masalah Moral Dan Sosial Pelajar Berkebolehan Dalam Menggunakan Bahasa Inggeris Faktor-Faktor Stres Kajian-Kajian Lepas Penutup 24 25 29 30 23

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Pengenalan Rekabentuk Kajian Tempat Kajian Populasi Kajian Instrumen Kajian Kajian Rintis Prosedur Kajian Analisis Data Penutup

31 31 31 32 32 33 35 36 36 39

ANALISIS DATA 4.1 4.2 Pengenalan Analisis Data Bahagian A: Latar Belakang Responden 4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur

40 40 40 41 41 42

x 4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Jawatan Yang Disandang 4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 4.3 Kajian 4.3.1 Tahap Kemampuan Guru Menghadapi Cabaran dalam Profesion Perguruan 4.3.1.1 Aspek Peningkatan Ilmu Pengetahuan 4.3.1.2 Aspek Berkemahiran Sebagai Seorang Pendidik 4.3.1.3 Aspek Berkebolehan Dalam Menguasai IT 4.3.1.4 Aspek Berkebolehan Dalam Menggunakan Bahasa Inggeris 4.3.1.5 Aspek Peka Dalam Menangani Masalah Moral dan Sosial Pelajar 4.3.2 Tahap Stres Kerja Guru 4.3.3 Hubungan Di Antara Cabaran Dengan Stres Kerja Guru 4.3.4 Stres Kerja Berdasarkan Jantina Guru 4.4 Penutup 60 61 51 53 59 49 48 46 45 44 . 43 44 Analisis Berdasarkan Persoalan dan Hipotesis 42

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 5.3 Pengenalan Rumusan Perbincangan 5.3.1 Keupayaan Guru-guru Menghadapi Cabaran Dalam Profesion Perguruan

62 62 63 64 64

xi 5.3.2 5.3.3 Stres Kerja Guru Hubungan Di Antara Cabaran Dalam Profesion Perguruan Dengan Stres Kerja Guru 5.3.4 5.4 5.5 5.6 Stres Kerja Berdasarkan Jantina Guru Cadangan Tindakan Cadangan Lanjutan Penutup 70 70 71 72 73 68

RUJUKAN LAMPIRAN

74 80

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 3.2

Taburan Guru Di Dua Buah SMT Di Wilayah Persekutuaan Item-Item Soalan Dalam Melihat Tahap Kemampuan Guru-Guru Teknikal Menghadapi Cabaran Serta Cara Pemarkatan

33 34

3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

Item-item Soalan Stres Serta Cara Pemarkatan Kaedah Penganalisaan Data Berdasarkan Persoalan Kajian Pemarkatan Item Positif Dan Negatif Tahap Pengukuran Min Klasifikasi Kekuatan Kolerasi Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Jantina Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Bangsa Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Umur Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Jawatan Yang Disandang Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Pengalaman Mengajar Analisa Keseluruhan Tahap Keupayaan

34 37 38 38 39 41 41 42 43 43

xiii Guru Menghadapi Cabaran Dalam Profesion Perguruan 4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Peningkatan Ilmu Pengetahuan 4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Berkemahiran Sebagai Seorang Pendidik 4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Kebolehan Dalam Menguasai IT 4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Kebolehan Dalam Menggunakan Bahasa Inggeris 4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min bagi Aspek Peka Dalam Menangani Isu Moral dan Sosial 4.12 4.13 4.14 Analisa Peratus Dan Min Bagi Tahap Stres Kerja Guru Nilai Kolerasi Cabaran Dengan Stres Kerja Guru Analisis Ujian-t Terhadap Stres Kerja Keseluruhan Berdasarkan Jantina 61 60 53 51 50 48 47 45 44

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH 2.1

PERKARA Model Stres Guru

MUKA SURAT 27

xv

SENARAI SINGKATAN

PTV SMT IT SPSS PIBG IPTA IPTS KPM

Pendidikan Teknik dan Vokasional Sekolah Menengah Teknik Teknologi Maklumat Statiscal Packages For Social Science Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Institut Pengajian Tinggi Awam Institut Pengajian Tinggi Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B C

TAJUK Borang Soal Selidik Surat Kebenaran EPRD Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran Negeri Untuk Membuat Kajian Ke Sekolah

MUKA SURAT 80 86

87 88 90 91

D E F

Surat Pengesahan Bilangan Responden Dari Sekolah Surat Pengesahan Pelajar Keputusan Analisis Kajian Rintis

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Wawasan 2020 yang diisytiharkan oleh Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada 28 Februari 1991 yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju berasaskan perindustrian moden. Teknologi dan industri merupakan faktor penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Oleh itu, perkembangan pendidikan negara perlu selari dengan perkembangan teknologi dalam merealisasikan matlamat tersebut.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) yang ditubuhkan pada tahun 1964 adalah satu pemangkin kepada negara yang akan merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan untuk

menyediakan pelajar-pelajar untuk memasuki bidang pekerjaan. Ia juga merupakan satu langkah untuk menyokong dan mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan bidang ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan vokasional (Laporan Jawatankuasa Kabinet: Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1997).

Peranan PTV amat penting dalam sistem pendidikan negara. Ia bukan sahaja untuk menampung sebilangan murid yang berminat dalam bidang teknik dan vokasional tetapi adalah untuk memenuhi permintaan keperluan tenaga mahir. Pendidikan ini amat penting dalam usaha untuk menyediakan pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan industri.

2 Bagi memenuhi keperluan industri tersebut, sekolah memainkan peranan penting bagi mempastikan guru-guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap.

Menurut Abdul Rahim (2000), pada abad ke 21 menjanjikan satu zaman yang serba canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat. Segala industri akan berasaskan teknologi terkini. Lantaran itu, tenaga buruh yang diperlukan mestilah serba mahir. Oleh itu, anjakan paradigma yang strategik perlu dibuat supaya Malaysia mampu menghadapi suasana global yang lebih mencabar. Justeru itu, golongan pendidiklah yang memainkan peranan untuk melahirkan tenaga mahir yang diperlukan itu.

Usaha-usaha ke arah melakukan perubahan dalam dunia pendidikan memanglah wajar dilakukan supaya sistem pendidikan negara yang sedia ada tidak ketinggalan. Namun, reformasi pendidikan yang telah diperkenalkan telah memberi pelbagai masalah dalam pendidikan khususnya kepada warga pendidik. Hal ini diperakui oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammudin Hussien yang menyatakan bahawa berdasarkan Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) 1930 yang membenarkan tempoh bekerja 48 jam seminggu untuk menjalankan tugas termasuk 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Kesan daripada itu, ramai guru merasa tertekan dan memberi satu tekanan dalam kerjaya mereka (Utusan Malaysia, 7 Julai 2005). Ini turut diperkukuhkan apabila satu tinjauan oleh Dunham (1992) yang dijalankan selepas Education Reform Act 1998 yang dikuatkuasakan di Britain mendapati bahawa kewujudan stres juga disebabkan oleh peranan dan tugas yang perlu dimainkan oleh guru.

Natijah daripada fonemena tersebut, ianya secara tidak langsung menyumbangkan kepada situasi stres di mana guru kurang berupaya untuk menyerap semua tekanan diterima. Terdapat sebahagian guru yang sedang dalam keadaan dilema kerana berasa kurang berkeyakinan untuk bersaing dengan kehendak sukatan yang digariskan serta tuntutan kurikulum yang pelbagai dan kerumitan melaksanakan rutin harian di sekolah.

Akibat daripada perubahan dalam pendidikan ini juga memberi pelbagai cabaran dan implikasi yang timbul dan ini memerlukan keprihatinan semua warga

3 pendidik. Kajian yang dijalankan oleh Rohani (1991) telah mendapati berlakunya peningkatan beban kerja setelah perubahan kurikulum dilaksanakan. Reformasi

pendidikan itu akan menyebabkan kerjaya perguruan menjadi lebih mencabar lagi dan masalah stres mungkin akan timbul pada peringkat permulaan apabila guru menghadapi keadaan kekurangan masa dan sumber untuk melaksanakan perubahan atau pembaharuan tersebut.

1.2

Latar Belakang Masalah

Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam teknologi maklumat, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan jati diri dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia perlu menyediakan program pembangunan teknik dan vokasional yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi kehendak ini.

Peranan guru semakin mencabar dalam melaksanakan wawasan dan idealisme bagi pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik komputer, berilmu pengetahuan dan dapat menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk perubahan dan kemajuan (Abdul Rahim, 2000). Dengan berlakunya perkembangan terbaru pembentukan MCS (Multimedia Super Coridor) sebagai infrastruktur teknologi maklumat yang canggih dan termoden yang akan berperanan menyediakan program pendidikan dan berbagai-bagai maklumat ke sekolah dan juga ke institusi pendidikan umumnya, maka peranan guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan semakin tergugat kewibawaannya jika sekiranya paradigma tugas dan peranan guru tidak berubah selaras dengan rol baru yang dilakukan dalam era perkembangan teknologi maklumat.

Untuk menangani perkembangan teknologi yang memberi kesan yang luas kepada dunia pendidikan dan profesion perguruan, maka kaum guru perlu mengadaptasikan diri dan profesion mereka mengikut arus perubahan yang berlaku.

4 Menurut Abdul Rahim (2000), profesion perguruan perlu bergerak secara berterusan sebagai satu profesion yang mementingkan ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang secara dinamis mengikut tuntutan reformasi baru dalam perkembangan teknologi maklumat. Tambahnya lagi, perjuangan profesion

perguruan ini adalah untuk melatih guru-guru menguasai ilmu pengetahuan terkini dan kritikal, mereformasikan budaya mengajar serta meningkatkan komitmen guru supaya mampu berperanan sebagai agen perubahan sosial ke arah membentuk masyarakat bestari yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cekap dalam era globalisasi ini.

Guru hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000). Beliau juga mengatakan bahawa abad ke 21 adalah era maklumat maka amatlah kita perlu kita dapat melihat jauh ke depan dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang dibawa oleh era cybercafe dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir di samping berakhlak dan beradab.

Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia telah mengharungi pelbagai liku-liku dan cabaran bagi menjadikan sesebuah negara untuk tingkatkan martabatnya. Guru-guru adalah ahli untuk membimbing pelajar ke arah pegangan hidup yang sempurna, berakhlak dan berpengetahuan dalam bidang ilmu yang berfaedah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah timbul telah menjadi sebahagian daripada cabaran dalam kerjaya profesion perguruan. Misalnya kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris berpunca daripada sikap guru yang terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang konvesional (Utusan Malaysia, 9 Januari 2002).

Adalah wajar sekiranya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ingin melakukan sesuatu pembaharuan, misalnya dalam sistem persekolahan, kurikulum, dan pelaksanaan dasar-dasar baru, lazimnya guru-guru akan diberi pendedahan secara berperingkat-peringkat melalui kursus yang dianjurkan melalui Jabatan

5 Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah supaya tidak menimbulkan tekanan kepada guru-guru (Utusan Malaysia, 11 Julai 1998).

Guru kerap mengalami stres pekerjaan adalah disebabkan wujudnya suasana takut dan tegang, hanya memikirkan tentang sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dan bukannya apa yang diperlukan, apa yang dirasakan, apa yang harus diketahui dan apa yang boleh dibuat oleh pelajarnya. Tanpa disedari situasi ini mewujudkan kesan stres dari aspek bebanan kerja (work overload) yang berpanjangan (Noran Fauziah, 1991).

Di seminar mengenai psikiatri di Pulau Pinang pada tahun 2003, Ketua Unit Psikiatri Hospital Pulau Pinang, Dr Balbir Kaur telah mengenal pasti guru sebagai golongan yang mudah mengalami kemurungan, iaitu tanda yang mungkin berakhir dengan penyakit gangguan mental akibat tekanan di tempat kerja. Tambahnya lagi, guru adalah golongan yang berisiko tinggi menghadapi tekanan di tempat kerja, terutamanya yang sering murung kerana tekanan sepanjang waktu kerja khususnya guru wanita (Utusan Malaysia, 23 Disember 2004).

Kementerian memahami bahawasanya wujud tekanan kerja (stres kerja) kepada guru semasa menunaikan tanggungjawab mereka akibat beban tugas yang terlalu banyak mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang efektif

Datuk Seri Najib Tun Razak (1998) (Menteri Pelajaran)

Kenyataan di atas telah dinyatakan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu dan beliau sememangnya mengakui terdapat kesan stres yang terpaksa ditanggung oleh guru sewaktu melaksanakan tugas mereka.

Unsur-unsur tekanan yang negatif mengakibatkan guru kurang minta untuk bekerja, berasa terasing di tempat kerja, kerap ponteng dan meninggalkan profesion perguruan kesan dari halangan kepada perkembangan kerjaya guru secara tidak langsung akan mendorong untuk membuat keputusan bersara lebih awal atau terus

6 berhenti dari perkhidmatan sebagaimana kajian ILO pada tahun 1981 seperti dalam Anuar (2000). Kesan stres yang tinggi ialah pemberhentian kerja dan ini merupakan ancaman amat serius dalam konteks pendidikan negara.

Kajian turut menunjukkan bahawa stres kerja guru di Malaysia semakin meruncing dan membimbangkan (Rohani, 1991). Malah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin membimbangkan ekoran daripada beban kerja yang meningkat apabila pelbagai perubahan yang dilaksanakan (Utusan Malaysia, 18 Ogos 2005). Walaupun impak daripada situasi ini sedikit sebanyak berupaya diatasi oleh guru, namun ianya tidak dapat dihindari daripada rutin seorang guru. Tidak ada banyak alternatif bagi guru untuk mengatasi keadaan tersebut. Walau bagaimanapun,

sekiranya tekanan yang dihadapi tidak ditangani dengan baik, ia akan memberi kesan buruk ke atas emosi dan fizikal individu tersebut.

1.3

Pernyataan Masalah

Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan bukan sahaja perlu diterapkan dengan teknologi tinggi (Hi-Tect) semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai-nilai moral dan etika yang murni (Mohd Yusman, 1996).

Oleh itu, tidak hairan jika didapati guru-guru yang berada dalam profesion ini juga tidak terlepas daripada masalah stres. Beban kerja yang terpaksa dihadapi oleh guru bukan sahaja melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bahkan terpaksa menghadapi masyarakat yang sentiasa memerhati dan meninjau segala perkara yang berkaitan dengan perguruan.

Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap keupayaan guru menghadapi cabaran dalam profesion perguruan ini dan melihat perhubungan antara cabaran dalam profesion perguruan dengan stres kerja di kalangan guru-guru teknikal.

7 1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk :-

i)

Mengenal pasti tahap keupayaan guru-guru teknikal menghadapi cabaran dalam profesion perguruan di dua buah SMT di Wilayah Persekutuan.

ii)

Melihat tahap stres kerja di kalangan guru-guru teknikal di dua buah SMT di Wilayah Persekutuan.

iii)

Mengenal pasti hubungan cabaran dalam profesion perguruan dengan stres di kalangan guru-guru teknikal di dua buah SMT di Wilayah Persekutuan.

iv)

Melihat perbezaan stres kerja guru-guru teknikal di dua buah SMT di Wilayah Persekutuan berdasarkan jantina.

1.5

Persoalan Kajian

i)

Apakah tahap keupayaan guru-guru teknikal menghadapi cabaran dalam profesion perguruan di dua buah SMT di Wilayah Persekutuan?

ii)

Apakah tahap stres kerja di kalangan guru-guru teknikal di dua buah SMT di Wilayah Persekutuan?

iii)

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara cabaran dalam profesion perguruan dengan stres kerja di kalangan guru-guru teknikal di dua buah SMT di Wilayah Persekutuan?

iv)

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan stres kerja di kalangan guru-guru teknikal SMT di Wilayah Persekutuan berdasarkan jantina?

Anda mungkin juga menyukai