Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENANGGUHAN BULAN DAKWAH SKKTS

2019
BIL TEKS PENGACARA

1. Yang Berusaha
Guru Besar
Yang di hormati,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Seterusnya Guru2 dan Murid2 yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, kerana dengan


izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Majlis Penangguhan Bulan Dakwah Peringkat Sekolah bagi
tahun 2019.
Untuk makluman hadirin sekalian..Bulan Dakwah merupakan
aktiviti yang julungkalinya diadakan di sekolah oleh Panitia
Agama Islam bagi memantapkan sahsiah
pelajar,meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat
muhibbah dan ukhuwwah antara satu sama lain.
Selain itu Bulan Dakwah ini juga merupakan slah satu
platform untuk menyemarakkan usaha dakwah di peringkat
sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan Syiar Islam
dapat dihayati bersama.

2. Seterusnya tanpa melengahkan masa,marilah sama-sama


kita memberi penghayatan kepada tazkirah yang akan
sampaikan oleh penceramah jemputan kita al-fadhil Ustaz
Bunyamin bin Bakri dengan tajuk tazkirah beliau ““Peribadi
Al-Qur’an Pencetus Kecemerlangan Ummah”.
Majlis dengan segala hormatnyna mempersilakan.
********************************************************************
Terima kasih di ucapkan kepaa al-fadhil ustaz atas tazkirah
yang disampaikan sebentar tadi. Semoga apa yang di
sampaikan tadi dapat memberi suntikan kepada kita semua
dalam mempertingkatkan ibadah kita kepada Allah s.w.t
sekaligus menjadi ummah yang Berjaya di dunia dan
akhirat.InsyaAllah.

3. Seterusnya, semua hadirin diminta berdiri bagi mengalunkan


zikir As-Maul Husna seterusnya menyanyikan lagu Negaraku.

Hadirin dipersilakan duduk.

Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan


persembahan nasyid dari murid-murid kelas 5 Titanium
******************************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid
kela 5T atas persembahan itu tadi.
Untuk makluman semua,kumpulan nasyid ini telah dilatih
sepenuhnya oleh cikgu Patmah Saidi.

4. Tanpa melengahkan masa,kita ke acara yang dinanti


nantikan iaitu Pertandingan Nasyid Tahap 1. Untuk maluman
semua, pada minggu lepas telah diadakan saringan untuk
pertadingan ini di mana sambutannya begitu amat
menggalakkan daripada murid tahap 1. Dan lebih menariknya
apabila murid-murid itu sendiri yang memilih lagu dan berlatih
sendiri. Ini menunjukkah bahawa murid kita tidak hanya
terdedah kepada lagu-lagu berentak kpop dan RnB tetapi
dalam diam mereka juga menyukai lagu-lagu dakwah.

Ikut giliran peserta.


Bacakan nama hakim dan kriteria yang akan dinilai.
5. Seterusnya, bagi memberi laluan kepada hakim untuk
membuat pengiraan markah, kita perdengarkan dahulu
alunan sajak yang akan dilantunkan oleh adik Masyitah
Ilham dan adik Nur Fitriyani Musa dengan sajak yang
berkisahkan Rasulullah s.a.w.

Majlis mempersilakan.

Jika tadi kita diperdengarkan dengan alunan sajak, sekarang


kita saksikan persembahan daripada Da’ei2 Junior kita ..

Daie Junior 1 : Siti Sarah Abidah binti M.Hassan Nordin


Daie Junior 2 : Nur Hidayatul Iqlimah binti Rusli
Daie Junior 3 : Nur Fatin Liyana binti Mohd Syahfarin

6. Seterusnya, tidak lengkap majlis kita tanpa persembahan


daripada guru-guru SKKTS. Tanpa membuang masa ,kita
saksikan dahulu persembahan daripada _____________
Dengan lagu nasyid bertajuk__________________.

7. Seterusnya, Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa


mendengar amanat dan ungkapan dua kata daripada Puan
Guru Besar .
Dengan ini dipersilakan …………………………………….untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

********************************************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru
Besar atas ucapan itu tadi.

8. Sekarang kita ke acara penyampaian hadiah bagi


pertandingan_____________(rujuk nama pemenang)
9. Seterusnya sebagai tanda simbolik Bulan Dakwah, pihak
panitia telah menyediakan satu Anugerah Tokoh Bulan
Dakwah Murid .Sebelum saya mengumumkan penerima
anugerah Tokoh, izinkan saya membaca serba sedikit
tentang diri beliau……….

7. Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka


selesailah sudah Majlis Penangguhan Bulan Dakwah
peringkat sekolah bagi tahun 2019.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Sekian sahaja, Wabillahitaufik wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai