Anda di halaman 1dari 19

NAMA: NUR AFIQAH NADHRAH BT ALI HASSAN

NO. MATRIKS: BA19110404

KOS: PENDARASAN ISLAM

NAMA KURSUS: FIQH IBADAT

KOD KURSUS: AI20903

NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHD. ARIFFIN BIN ALI

TAJUK TUGASAN 1: HUKUM WANITA HAID DUDUK DI MASJID

1
ISI KANDUNGAN M/SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3-4

2.0 TAKRIF HAID DAN MASJID 5

2.1 TAKRIF HAID 5

2.2 TAKRIF MASJID 5-6

3.0 HUKUM PERMASALAHAN WANITA HAID DUDUK DI MASJID 6

4.0 PENGAMBILAN DALIL PERMASALAHAN WANITA HAID DUDUK DI MASJID 7

5.0 ISTINBAT HUKUM PERMASALAHAN WANITA HAID DUDUK DI MASJID 9

6.0 KESIMPULAN 17

RUJUKAN 18

2
1.0 PENDAHULUAN

Semua orang yang mengaku beriman kepada Allah baik lelaki maupun perempuan, dituntut
supaya ikut memakmurkan masjid. Di dalam Al-Quran ditegaskan secara terang bahwa orang-
orang yang dipandang layak untuk memakmurkan masjid adalah orang-orang yang beriman
dan bertaqwa kepada Allah SWT. Jadi ada kaitan yang erat antara keimanan dan ketaqwaan
dengan kegemaran beribadah di masjid. Bagi orang yang beriman beribadah di masjid saban
hari dipandang sebagai suatu keperluan hidup dan merupakan bagian dari hidupnya. Dalam
konteks ini, terdapat firman Allah SWT dalam Al-Quran:

ِ ِ ِ ِ ِ ‫إِ نَّ م ا ي عْم ر م‬


‫الص اَل َة َو آتَ ى‬ َ َ‫آم َن بِ اللَّ ه َو ال َْي ْو م ا آْل خ ِر َو أَق‬
َّ ‫ام‬ َ ‫س اج َد اللَّ ه َم ْن‬
َ َ ُُ َ َ
‫ين‬ ِ ‫َن ي ُك ونُوا ِم ن ال‬ ٰ ‫الز َك اةَ و لَ ْم ي ْخ ش إِ اَّل اللَّ ه ۖ َف ع س ى أ‬
َ ِ‫ُولَ ئ‬ َّ
َ ‫ْم ْه تَ د‬
ُ َ َ ْ‫كأ‬ ََٰ َ َ َ َ

Maksudnya: “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut
(kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk
golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah:18)

Sesungguhnya, umat Islam itu tidak dapat dipisahkan dari masjid. Ke mana sahaja mereka
pergi pasti mencari masjid. Maka mereka juga akan mengambil inisiatif untuk membina masjid,
bahkan ada yang mengatakan, untuk mengukur tahap keagamaan sebuah komuniti, cukup
sekadar memperhatikan masjid. Pada prinsipnya, Islam memberikan peluang dan kemudahan
yang sama bagi lelaki dan wanita untuk menjalankan aktiviti amalan soleh dan ibadah di masjid,

begitu juga untuk masuk ke syurga. Allah SWT berfirman:

َ ِ‫ت ِم ۡنذَ َك ٍر اَ ۡواُ ۡنثٰى َو ُه َو ُم ۡؤِم ٌن فَاُو ٰلـئ‬


ِ ‫الصلِ ٰح‬ ِ
‫ك يَ ۡدُخلُ ۡوَن ا ۡل َجـنَّةَ َواَل يُ ۡظلَ ُم ۡوَن‬ ٓ
ّٰ ‫َو َم ۡنيَّ ۡع َم لۡ م َن‬

4:124﴿  ‫﴾ نَِق ۡيًرا‬

Maksudnya: “Dan barangsiapa melakukan perbuatan baik, sama ada lelaki atau perempuan,
semasa dia beriman, mereka akan masuk ke syurga dan mereka sama sekali tidak akan
dianiaya.” (Surah An-Nisa:124)

3
Namun, kerena wanita sesuai dengan sifatnya setiap bulan biasanya mengalami haid, maka
dilarang melakukan berbagai jenis kegiatan ibadah, tidak terkecuali masuk masjid. Dalam
tugasan ini, penulis cuba menerangkan permasalahnya.

Wujud kesamaran isu muslimah yang dalam keadaan haid atau nifas yang diyakini
darahnya tidak mencemari masjid dibolehkan atau sebaliknya berada di dalam masjid bagi
mengikuti kelas pengajian agama, akad perkahwinan dan sebagainya. Begitu juga situasi
tenaga pengajar muslimah yang uzur syar’ei mengajar di dalam masjid. Kesamaran juga
wujud untuk menentukan tempat atau ruang yang ditegah muslimah haid atau nifas
memasuki masjid, adakah ia merangkumi kesemua kawasan masjid atau sudut-sudut
tertentu sahaja. Ini dibuktikan melalui proses pengajian kelas fiqh wanita yang terdiri
daripada mahasiswa mahupun orang awam dewasa di masjid dan surau. Tugasan ini akan
merungkaikan kesamaran tersebut dengan dinyatakan pandangan-pandangan fuqaha’
berserta dalil-dalil penghujahannya serta menyatakan pandangan terpilih untuk diamal oleh
kaum muslimah dan sebagai garis panduan kepada setiap individu muslim.

2.0 TAKRIF HAID DAN MASJID

2.1 TAKRIF HAID

Dalam bahasa haid bermaksud mengalir. Bagi istilah syarak adalah darah yang keluar dari
pangkal rahim wanita ketika dia sihat, bukan disebabkan kelahiran anak atau kerana sakit. 1
Sementara itu, menurut pakar perundangan, istilah darah biasanya keluar pada wanita pada
hari-hari tertentu. Haid mempunyai kesan yang membolehkan meninggalkan ibadah dan
menjadi penanda aras penyelesaian iddah bagi wanita yang bercerai. Biasanya darah berwarna
hitam atau merah tua dan panas, menyakitkan dan berbau tidak sedap. 2 Sesuai dengan istilah
syarak, apa yang disebut haid adalah darah yang digunakan untuk keluar dari faraj (alat

1
Syaikh Sulaiman Ahmad Yahya, Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq, Cet ke-1, Jilid 2, Terj.Tirmidzi et.al (Jakarta: Pustaka Al-
Kautsar, 2013), h. 51
2
Wahbah az-Zuhaili, Fiqih Islam Wa Adilatuhu,Cet ke-5, Terj.Abdul Hayyie alKattani, et.al, (Jakarta: Gema Insani,
2014), h. 508.

4
kelamin) seorang wanita berusia sembilan tahun, bukan kerana melahirkan anak, dalam
keadaan sihat dan warna merah semu hitam yang terik. 3

2.2 TAKRIF MASJID

Masjid bahasa adalah tempat beribadat. Kata akar masjid adalah sajada ( ‫)سجد‬di mana
sajada bermaksud sujud atau tunduk. Perkataan masjid itu sendiri mempunyai akar bahasa
Arab. Ia juga diketahui bahawa, kata masgid (m-s-g-d) terdapat dalam prasasti dari abad ke-5
SM yang bermaksud "tiang suci" atau "tempat penyembahan". Wahyudin Sumpeno memberi
makna masjid secara harfiah sebagai perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Kata utamanya
adalah sujudan, masjidun yang bermaksud tempat sujud atau tempat solat, sehingga masjid itu
membawa erti tempat untuk melaksanakan kewajiban bagi orang-orang Islam untuk
menunaikan solat lima waktu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Definisi masjid yang lain
adalah bahawa seluruh permukaan bumi, kecuali kuburan, adalah tempat sujud atau tempat
beribadat bagi umat Islam.4 Masjid adalah tempat ibadat, jadi ia mesti dijaga kebersihannya
dan semua kotoran dan bau yang tidak menyenangkan kerana masjid adalah tempat yang
paling disukai oleh Allah SWT. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

‫ورا‬ ِ ُ ‫ت لِي األَر‬ ِ


ً ‫ض َم ْسج ًدا َوطَ ُه‬ ْ َ ْ َ‫َو ُجعل‬
Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”

Riwayat al-Bukhari (438)

Masjid secara fizikalnya adalah bangunan yang merupakan tempat untuk berdoa dan
sujud serta berzikir kepada Allah SWT. Masjid ini juga merupakan tempat yang paling digemari
oleh nama Allah SWT melalui Adzan, iqomat, tasbih, tahmid, tahlil, istigfar, dan ucapan lainnya
dianjurkan membaca di masjid sebagai bagian dari lafaz yang berkaitan dengan penggunaan
asma Allah SWT.5 Oleh itu, masjid adalah tempat suci bagi umat Islam yang berfungsi untuk
melaksanakan solat dan berbagai macam ibadah lainnya. Di samping itu, masjid juga berfungsi
untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan yang lain, seperti penyelenggaraan majlis taklim,

3
Al Imam Al Hafizh, Ibnu Hajar Al Asqalani, Fathul Baari Syarah: Sahahih Bukhari, Terj. Gazirah Abdi Ummah,
(Jakarta: Pustaka Azam, 2002), h. 558
4
Aisyah Nur Handryant, Masjid Sebagai Pusat Pengembangan Masyarakat Intregrasi Konsep Habluminallah,
Habbluminannas, dan Habluminal’alam, h. 53
5
Moh.E.Ayub, Muhsin MK, Ramlan Marjoned, Manajemen Mesjid, (Jakarta: Gema Insane Press, 1996), h. 7.

5
tempat bermusyawarah dan sebagainya. Sehingga, masjid mempunyai peranan yang sangat
penting dalam kehidupan kaum muslim.

3.0 HUKUM PERMASALAHAN WANITA HAID DUDUK DI MASJID

Sebagian ulama menyamakan konteks haid dengan junub disebabkan sama-sama berada
dalam keadaan berhadas besar. Maka, ada ulama yang menyamakan konteks hukum
perempuan haid dengan hukum orang yang junub, dan ada juga sebagian ulama yang
membezakannya. Perbezaan pandangan ini menimbulkan perbezaan penetapan hukum dalam
hal hukum memasuki masjid bagi perempuan haid. Berikut merupakan pandangan ulama
mazhab terhadap wanita yang haid berada di dalam masjid:

Madzhab Imam Syafi’i mengharamkan orang yang junub dan wanita haid baik dalam
keadaan duduk, berdiri, atau dalam keadaan apapun, samada dia telah berwudhu atau dalam
keadan selain yang demikian. Dan diperbolehkan baginya melewati dengan berdiam diri
(mendiami), dan samada dalam keadaan ada kepentingan atau tidak. Berdasarkan dalil firman
Allah Subhaanahu wa Ta’ala,

‫الصالةَ َوأَْنتُ ْم ُس َك َارى َحتَّى َت ْعلَ ُموا َما َت ُقولُو َن َوال ُجنُبًا إِال‬
َّ ‫آمنُوا ال َت ْق َربُوا‬ ِ َّ
َ ‫ين‬
َ ‫يَا أ َُّي َها الذ‬
)٤٣( ‫يل َحتَّى َت ْغتَ ِسلُوا‬
ٍ ِ‫َعابِ ِري َسب‬

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri
masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu
mandi”.

(Q.S An-Nisa’:43)

Menurut Madzhab Hanbali, madzhab ini sependapat dengan madzhab Imam Syafi’i,
mereka hanya membolehkan berlalu saja manakala ada kepentingan tertentu, seperti
mengambil sesuatu, meninggalkan sesuatu, atau kerana merupakan jalan. Adapun selain yang
demikian maka tidak boleh.6 Mazhab ini juga mengukuhkannya dengan dalil Al Quran pada ayat
yang sama dengan mazhab Syafi’i.
6
Al-Mughni, Ibnu Qadamah, Jilid 1, hlm. 200-201.

6
Manakala, menurut ulama madzhab Imam Hanafi dan Imam Maliki mereka berpendapat
bahwa orang junub juga diharamkan menetap di masjid atau hanya sekedar lalu dalam
keadaan dan dalam bentuk apapun. Mereka beralasan dengan hadis Jasyrah dan hadis Abu
Sa’id al-Khudriy, dan mereka mengatakan bahwa hadis yang diriwayatkan oleh keduanya
adalah merupakan dalil Imam Syafi’i perihal diperbolehkannya orang junub masuk masjid
secara mutlak walaupun hanya berjalan, (karena di dalamnya tidak ada isyarat yang
membezakan antara berjalan melewati dengan berdiam diri atau menetap). Adapun Madzhab
Hanafi membolehkan baginya melewati jika mengharuskanya lalu, dengan cara berwudhu atau
tayamum lalu lewat, sebagaimana pendapat ini dinukil dari Sufyan al-Tsauri dan Ishaq bin
Rahawaih juga.7

4.0 PENGAMBILAN DALIL PERMASALAHAN WANITA HAID DUDUK DI MASJID

Para ulama yang melarang wanita haid duduk di masjid berbeza pendapat mengenai
wanita yang sekadar lewat di dalam masjid untuk mengambil sesuatu atau meletakan sesuatu
atau hanya ada satu jalan di dalamnya, Madzhab hambali dan Syafi’i dari yang paling sahih.
Juga sebagian ulama malikiyah, dan menjadi pilihan Al- Hasan. Mereka berhujjah dengan dalil
berikut ini:

‫يل َحتَّى َت ْغتَ ِسلُوا‬


ٍ ِ‫َوال ُجنُبًا إِال َعابِ ِري َسب‬

Maksudnya: jangan pula hampiri masjid sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali
sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi”. (Qs An-Nissa:43)

Pengambilan dalil:

Sesungguhnya Allah melarang orang yang junub untuk mendekati tempat solat, iaitu
masjid. Apabila hal ini dilarang bagi orang yang junub, maka bagi wanita yang haid akan lebih
dilarang, karena hadasnya lebih berat. Itulah sebabnya dilarang melakukan hubungan suami
istri, puasa dan shalat. Keduanya disamakan dalam kebanyakan hukum. 8 Namun, yang
dimaksud dengan ayat di atas adalah mendekati tempat solat kerana tidak ada dalam solat
melewati jalan. Yang ada adalah melewati jalan di tempatnya iaitu di masjid. Pengecualian dari

7
Al-Muhallaa, Jilid II, h. 184-187 dan Al-Mujmu’, Jilid I, hlm. 173.
8
Shalih bin Abdullah Al-Laahim, Fiqih Darah Wanita, h. 78.

7
larangan menunjukan pembolehan apabila hal ini di bolehkan bagi orang yang junub maka
wanita yang haid adalah sama.9

Namun ayat tadi boleh ditakwilkan secara majazi maupun secara hakiki. Jika di takwili
secara majazi, berarti adalah kalimat yang dibuang, iaitu kalimat tempat solat. Kalau
dimunculkan berbunyi, “janganlah kamu mendekati tempat solat,” jadi, orang yang hanya
sekedar lewat, dikecualikan dari larangan mendekati tempat solat. Dan jika ditakwili secara
hakiki, berarti tidak ada kalimat yang dibuang sama sekali. Pemahaman kita harus kembali
kepada hakikat, dan apa yang tampak pada ayat tersebut. Kalau begitu, kalimat yang melintasi
jalan berarti seorang musafir yang dalam keadaan junub dan tidak menemukan air. 10

Para ulama yang menafsirkan majazi ayat di atas, membenarkan orang junub untuk
melintas dan berjalan di masjid. Sementara itu, para ulama yang memahami ayat ini,
menyatakan bahawa ayat ini tidak boleh dijadikan hujah bagi kes orang junub yang dilarang
tinggal di masjid. Perbezaan antara ulama fikih dalam masalah wanita yang sedang haid sama
dengan perbezaan pendapat mereka mengenai masalah orang yang sedang junub.

Wanita haid tidak boleh lewat di dalam masjid. Demikian pendapat madzhab Hanafi,
Maliki Dan Syafi’i mereka berhujah dengan dalil berikut ini, Rasulullah Saw bersabda:

ٍ ِ‫الَ أ ُِح ُّل ال َْم ْس ِج َد لِ َحائ‬


ٍ ُ‫ض َوالَ ُجن‬
‫ب‬

Maksudnya: "Aku tidak menghalalkan masjid bagi perempuan yang haid dan bagi orang yang
berjunub."(Riwayat Abu Daud, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Khuzaimah, al-
Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra).

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu anha, beliau berkata 11:

‫ص ْوتِِه إِ َّن ال َْم ْس ِج َد اَل‬ َ َ‫ص ْر َحةَ َه َذا ال َْم ْس ِج ِد َفن‬


َ ‫ادى بِأَ ْعلَى‬
ِ
َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
ِ ُ ‫َد َخل رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ََُ
‫ض‬ ٍ ِ‫ب َواَل لِ َحائ‬ ٍ ُ‫يَ ِح ُّل لِ ُجن‬
Maksudnya: “Baginda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam masuk ke pintu gerbang masjid ini
lalu menyeru dengan suara yang lantang: "Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk
9
Ibid
10
Ibn Rusyd, Bidayatul Mujtahid Jilid 1, h.76
11
Muhammad bin Ismail Al-Kahlany, Subussalam, Bandung Jilid III, Tahun, 1972

8
perempuan haid dan orang yang berjunub. ”(Riwayat Ibn Majah dan al-Tabarani dalam al-
Mukjam al-Kabir).

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;

‫ث فِي ال َْم ْس ِج ِد َو ُك ُّل َه َذا ُمَّت َف ٌق َعلَْي ِه‬ ِ ‫صح‬


ُ ‫ف َو َح ْملُهُ َواللُّْب‬ ُّ ‫س ِاء َم‬
َ ْ ‫س ال ُْم‬ َ ‫الن َف‬ ِ ِ‫ْحائ‬
ُّ ‫ض َو‬ َ ‫يَ ْح ُر ُم َعلَى ال‬
‫ِع ْن َدنَا‬
Maksudnya: “Haram ke atas perempuan haid dan nifas menyentuh dan membawa
mushaf al-Quran serta berdiam (duduk) di dalam masjid . Semua ini telah disepakati dalam
kalangan kami (ulama mazhab Syafi'i)."(Al-Majmuk).

Justeru, menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi


Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-49, yang bersidang pada 19 September 2000 dan
keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang
pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H, telah memutuskan bahawa
perempuan yang dalam keadaan haid haram berada atau duduk di dalam masjid walaupun
untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.

5.0 ISTINBAT HUKUM PERMASALAHAN WANITA HAID DUDUK DI MASJID

Para fuqaha mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sama ada dibenarkan atau tidak
Wanita haid memasuki masjid untuk tujuan selain solat. Ada tiga pendapat mengenai hal ini,
seperti yang dijelaskan oleh Ibn Rushd, 12 iaitu: Pertama, sekelompok ulama yang melarangnya
secara mutlak. Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan pengikutnya. Kedua, ulama lain
melarangnya, kecuali bagi mereka yang hanya melewati masjid dan tidak tinggal di dalamnya.
Imam Syafi'i adalah antara mereka yang berpendapat demikian. Ketiga, pendapat yang
membenarkan wanita haid memasuki masjid dan ini pendapat Zahiri.

Dalam masalah yang pengkaji bincangkan antara beberapa mazhab fiqh ada perbezaan
yang ketara. Perbezaan pendapat mazhab ini berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ada dalil yang
bermaksud bahawa mereka hanya boleh melewati masjid dan ada hujah yang sama sekali tidak

12
Ibn Rusyd, Bidayatul Mujtahid Jilid 1, Terj. Al-Mas’udah, (Jakarta: Pustaka AlKautsar, 2016), h.75

9
dibenarkan tinggal(duduk) di masjid. Oleh itu, majoriti ulama mazhab, termasuk empat imam
mazhab dan pengikutnya.13 Pendapat kedua, wanita haid tidak boleh masuk ke dalam masjid.

1. Pendapat pertama: Ulama yang melarang.


Seperti yang dijelaskan oleh Ibn Rusyd 14 iaitu: Pertama, sekelompok ulama yang
melarangnya secara mutlak. Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan pengikutnya. Demikian
madzhab Hanafi, Maliki, Mereka berhujah dengan dalil berikut ini 15:

ٍ ِ‫الَ أ ُِح ُّل ال َْم ْس ِج َد لِ َحائ‬


ٍ ُ‫ض َوالَ ُجن‬
‫ب‬

Maksudnya: “Aku tidak menghalalkan masjid untuk wanita yang haid dan orang yang
junub.” (HR. Abu Daud).

Petikan ini jelas tidak menunjukkan illat, tidak ada illat sorih (jelas), dalalah (sebutan), atau
qiyas. Bagaimanapun nas ini adalah mutlak, bukan muqayyad yang dilarang tinggal di masjid
adalah wanita haid, sama sekali. Sama ada wanita yang sedang haid akan dapat mencemarkan
masjid, atau tidak akan mencemarkan masjid. Memakai tuala wanita atau tidak memakai tuala
wanita. Jadi, selagi tidak ada dalil yang memberikan taqyid (batasan atau ciri tertentu).
Misalnya, hanya wanita haid yang boleh mencemarkan masjid, maka dalil hadis tetap berlaku
untuk setiap wanita yang sedang haid.

Dalam hadis ini terkandung hukum ketidakbolehan perempuan haid melakukan aktiviti di
masjid. Bahwa suatu kali Rasulullah Saw, masuk ke dalam masjid (Masjid Nabawi) dengan
maksud untuk menyuruh orang untuk membersihkannya, maka beliau menghimbau dengan
suara keras setelah beberapa orang datang, dan beliau bersabda bahwa sesungguhnya masjid
tidaklah halal bagi orang yang sedang junub dan wanita haid. Secara umum Hadits ini dijadikan
hujah untuk melarang wanita haid untuk lewat dalam masjid. Oleh karena ia merupakan tempat
yang tidak boleh bagi wanita haid untuk duduk diam di dalamnya, maka lewat dan lalu juga
tidak boleh.

13
Shalih bin Abdullah Al-Laahim, fiqih darah wanita, h. 77
14
Ibn Rusyd, Bidayatul Mujtahid Jilid 1, Terj. Al-Mas’udah, (Jakarta: Pustaka AlKautsar, 2016), h.75
15
Wahbah az-Zuhaili, Fiqih Islam Wa Adilatuhu,Cet ke-5,Ter.Abdul Hayyie alKattani et.al, (Jakarta: Gema Insani,
2014), h. 521.

10
Al-Qarafi salah satu ulama madzhab Al-Malikiyah di dalam kitab Adz-Dzakhirah 16
menuliskan sebagai berikut:

‫ ال يحل المسجد لحائض وال جنب‬: ‫وأما المسجد فلقوله عليه السالم‬

As-Sarakhsi salah satu ulama madzhab Al-Hanafiyah dalam kitab Al-Mabsuth 17 yang menuliskan
berikut:

‫وليس للحائض مس المصحف والدخول المسجد‬

Ini menunjukkan haramnya wanita haid berdiam diri apatah lagi duduk di masjid. Dan hal ini
tidak bermaksud bertentangan dengan dibolehkannya melintasi didalam masjid untuk suatu
keperluan. Apapun alasannya keringanan ini tidak bertentangan dengan haramnya berdiam di
masjid secara mutlak. Adapun sekedar melintas tanpa berdiam di dalamnya maka hal ini tidak
diharamkan.

2. Pendapat memperbolehkan wanita haid masuk masjid dengan syarat.


Wanita yang haid dilarang memasuki masjid, meskipun hanya sekadar lewat tanpa berdiam diri
di dalamnya dan tanpa keperluan yang mendesak (darurat). Pendapat ini diikut oleh kalangan
ulama Madzhab Hanafi dan Maliki dengan mengqiyaskannya pada larangan serupa atas orang
yang melakukan junub dalam ayat junub. Adapun Imam Asy-Syafi’i dan Ahmad membolehkan
wanita yang haid dan nifas untuk melewati masjid jika memang darahnya tidak mengotori
masjid, merujuk pada firman Allah Swt18. Mereka berhujah dengan dalil berikut ini:

‫وال جنبا إال عابری سبیل حتى تغتسلوا‬

Maksudnya: “Jangan pula hampiri masjid sedang kamu dalam Keadaan junub, terkecuali
sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi”(QS. An-Nisa’: 43).

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa pintu rumah sebagian golongan Ansar melalui masjid.
Ketika mereka junub dan tidak mempunyai air, mereka tidak mendapatkan air kecuali
16
Syihabuddin Ahmad bin Idris Al-Qarafi Al Maliki, Adz-Dzakhyaroh, Jilid 1, (Beirut: Dar Al-Gharb, 1994), h. 379
17
Syaikh Syamsuddi As-Sarakhsi, Al-Mabsuth, Jilid 3, (Beirut: Dar Al-Ma’rufah, 1989), h. 195
18
Abdul Aziz Muhammad Azzam dan Abdul Wahhab Sayyed Hawwas, fiqih ibadah, (Jakarta: Amzah, 2009), h. 133

11
hendaklah melalui masjid. Maka Allah menurunkan ayat tersebut di atas yang membolehkan
orang junub melewati masjid.

Adanya pengharaman itu sebagaimana pendapat jumhur ulama mereka umumnya memakai
dalil qiyas, iaitu menyamakan orang yang sedang haid dengan orang junub sebagaimana Allah
melarang orang yang junub untuk mendekati tempat solat, iaitu masjid. Apabila hal ini dilarang
bagi orang yang junub, maka bagi wanita yang haid akan lebih dilarang, karena hadasnya lebih
berat.19

Dalil di atas disanggah daripada dua aspek, iaitu:

Pertama, hal ini tidak dapat diterima kerana masjid tidak disebut di awal ayat, sehingga
akhir ayat kembali kepadanya. Yang disebut hanya solat dan ia tidak di bolehkan bagi orang
yang junub, kecuali dia tidak mendapatkan air kemudian bertayamum dengan debu. 20

Kedua, seandainya apa yang disebutkan dapat diterima, namun ayat tersebut bagi
orang yang junub. Tidak ada dalil di dalamnya yang melarang wanita haid kerana adanya
perbezaan iaitu kemampuannya untuk segera mensucikan diri daripada hadas.

Imam Syafi’i berkata, “Ibrahim bin Muhammad memberitahu kami dari Utsman bin Abu
Sulaiman bahwa ketika kaum musyrikin Quraisy datang ke Madinah untuk menebus tawanan,
mereka bermalam di masjid. Diantara mereka terdapat Jubair bin Muth’am. Jubair berkata,
“Aku mendengar bacaan Nabi Saw.” Imam Syafi’i berkata, “Tanah tidak menjadi najis akibat
dilewati wanita yang haid, orang yang junub, orang musyrik, atau dilalui mayat, karena dalam
diri manusia yang hidup tidak mengandung najis”. Imam Syafi’i menjelaskan dalam
perkataannya, “Aku memakruhkan orang haid untuk melewati masjid namun bila ia
melewatinya ia tidak menjadikan masjid tersebut najis”. 21

Ulama Syafi’i dan Hambali membolehkan wanita yang sedang haid atau nifas berlalu di
dalam masjid jika ia yakin tidak mengotori masjid kerana hukum mengotori masjid dengan najis
atau kotoran lainnya adalah haram. Juga kerana terdapat riwayat Aisyah yang menyatakan
bahwa Rasulullah Saw22, berkata kepadanya:

19
Shalih bin Abdullah Al-Laahim, Fiqih Darah Wanita, (Surabaya: Pustaka Elba, 2011), h. 78
20
Shalih bin Abdullah Al-Laahim, Fiqih Darah Wanita, h. 79.
21
Imam Asy-Syafi’i, Al Umm, Jilid 1,Terj. Ismail Yakub, (Jakarta: Pustaka Azzam, 2014), h. 132
22
Wahbah az-Zuhaili, Fiqih Islam Wa Adilatuhu, h. 521

12
‫ ناوليني الخمرة من‬: ‫ قال لي رسول اهلل صلى اهلل و عليه و سلم‬: ‫عن عائشة قال‬

‫ إن خيضتك ليست‬: ‫ فقال رسول اهلل صلى اهلل عليه و سلم‬. ‫ إني خائض‬: ‫ فقلت‬. ‫المسجيد‬

‫في يدك‬

Maksudnya:“Dari Aisyah r.a. dia berkata: Rasulullah Saw. pernah bersabda kepadaku
dari masjid: “Ambilkanlah untukku al-khumrah (sajadah kecil yang cukup untuk sujud) di
masjid” Aku berkata: “Saya Haid!” Rasulullah Saw. bersabda: “Sesungguhnya haidmu bukan di
tanganmu.” (HR. Muslim)23

Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis fi’li menceritakan tentang perempuan haid tidak
boleh melakukan sebarang aktiviti di masjid. Jika sekiranya perempuan haid itu boleh masuk
masjid, tentunya Rasul membolehkan Aisyah mengantarkan sajadah itu ke dalam masjid,
namun Rasul hanya menyuruh mengulurkan saja. Maksudnya bahwa haid itu bukan berada di
tanganmu”. Dalam hadis ini terkandung hukum ketidakbolehan perempuan haid melakukan
aktiviti di masjid. Hadis yang di atas menunjukkan bolehnya masuk masjid bagi orang haid
dengan adanya hajat, jika badannya tidak terkena najis maka tidak ada halangan bagi untuk
masuk masjid kecuali khawatir adanya najis.

Ulama Syafi’iyah berkata, “Jika wanita haid khawatir darahnya yang dapat mengotori
masjid karena tidak mampu mencegahnya, atau karena banyaknya darah, maka haram baginya
melintasi masjid. Dalam hal ini ulama tidak berbeza pendapat. Namun jika dia mampu
menjaganya, maka terdapat dua pendapat, pendapat yang shahih adalah membolehkannya.
Ketentuannya hukum melintas masjid tersebut ketika wanita haid masih mengalami keluarnya
darah. Namun, jika darahnya telah berhenti dan belum mandi maka pendapat madzhab
membolehkannya melintasi masjid.24

Menurut madzhab Hambali di makruhkan bagi siapa pun untuk masuk ke dalam masjid
jika hanya sekadar untuk lewat saja, apalagi bagi mereka yang sedang dalam keadaan junub,
karena hukumnya sama seperti orang yang berlama-lama di dalam masjid tanpa memiliki

23
Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Shahih Sunan Abu Daud, (Jakarta: Pustaka Azam, 2007), h. 98
24
Munir bin Husain Al-‘Ajuz, Haidh dan Nifas Dalam Pandangan Madzhab Imam Asy-Syafi’i, Terj. Ryan Arief
Rahman, (Solo: Pustaka Arafah, 2012), h.25-26

13
wudhu, iaitu di haramkan. Hukum makruh juga berlaku bagi perempuan yang sedang haid atau
nifas apabila mereka dapat menjamin untuk menjaga kesucian masjid dari haid dan nifasnya.
Dan, hukum makruh ini berlaku bagi mereka semua jika tanpa kepentingan yang mendesak,
namun apabila ada kepentingan yang mendesak dan dengan memasuki masjid dapat
mempersingkat jalannya, maka hukumnya tidak dimakruhkan. 25

Dalam kitab Al-Mugni Ibnu Qadamah, Hambali berkata:

ٍ ِ‫الَ أ ُِح ُّل ال َْم ْس ِج َد لِ َحائ‬


ٍ ُ‫ض َوالَ ُجن‬
‫ب‬

Maka hukumnya menurut madzhab Hambali boleh lewat, Madzhab ini sependapat
dengan madzhab Syafi’i, hanya saja mereka membolehkan berlalu saja manakala ada
kepentingan tertentu, seperti mengambil sesuatu, meninggalkan sesuatu, atau adanya jalan
yang harus melewati masjid, selain yang demikian maka tidak boleh.

Berdasarkan hadits tersebut, jumhur ulama termasuk empat Madzhab madzhab


(Madzhab Syafi’i, Madzhab Maliki, Madzhab Hambali dan Madzhab Hanafi) melarang wanita
yang sedang haid untuk masuk dan berdiam di dalam masjid. Yang dimaksud berdiam di dalam
masjid adalah seperti duduk untuk mengisi atau mendengarkan pengajian, atau tidur di dalam
masjid, hal ini tidak dibolehkan. Adapun jika seorang wanita yang sedang haid hanya sekedar
lewat atau melintas (al-murur) di dalam masjid kerana ada suatu keperluan tertentu, maka hal
seperti itu dibolehkan, tetapi dengan catatan tidak ada kekhawatiran wanita itu akan mengotori
masjid dengan darah haidnya.

Dengan adanya kupasan diatas sesuai dengan Al-Qur’an dan Hadits serta teori yang
didapati bahwa empat madzhab dasar hukumya mengunakan Al-Qur’an, As-Sunnah, Ijma dan
Qiyas. Sehingga lebih di khususkan hukum wanita haid berdiam di dalam masjid di haramkan,
namun untuk sekedar lewat diperbolehkan tanpa berdiam.

3. Pendapat Membolehkan Wanita Haid Masuk Masjid Secara Mutlak

25
Syaikh Abdurrahman Al-Juzairi, Fikih Empat Madzhab, Jilid 1(Jakarta: Pustaka AlKautsar, 2015), h. 488-489

14
Wanita haid boleh masuk dan berdiam di masjid, Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah
ra. bahwasannya seorang budak hitam milik salah satu suku Arab yang mereka memerdekakan.
Ia datang kepada Rasulullah Saw dan masuk Islam. Dia memiliki bilik di masjid. 26 Abdurrahman
bin Abdullah menceritakan kepada kami, Ibrahim bin Ahmad menceritakan kepada kami, Al-
Farburi menceritakan kepada kami, Al-Bukhari menceritakan kepada kami, Ubaid bin Ismail
menceritakan kepada kami, Abu Usamah menceritakan kepada kami dari Hisyam, dari Urwah,
dari ayahnya, dari Aisyah Ra, bahwa seorang ibu yang berkulit hitam pernah menjadi (budak)
sekelompok orang arab, lalu mereka memerdekakannya. Wanita itu kemudian datang kepada
Rasulullah Saw dan masuk islam. Ia kemudian memiliki tenda atau rumah kecil di dalam
masjid27. Wanita haid boleh masuk dan berdiam di masjid. Demikian madzhab Dawud, Ibn
Hazm dan Al-Muzani. Ibnu Hazm dalam kitab al- Muhalla mengatakan boleh saja bagi wanita
yang haid dan nifas memasuki masjid:

‫ اهلل انه لقيه النبي صلى اهلل عليه وسلم في طريق من أطرق المدينة وهو‬: ‫عن أبي هريرة‬

‫جنب فانسل فذهب فاغتسل فتقده صلى اهلل عليه وسلم فلما جاءه قال أين كنت ؟ يا أبا هريرة‬

‫ فقال رسول اهلل الى‬. ‫ يا رسول اهلل القيتني وأنا جنب فگرفت أن أجالسك حتى أغتسل‬: ‫قال‬

‫ سبحان اهلل ! إن المؤمن ال ينجس‬: ‫اهلل عليه وسلم‬

Maksudnya: “Dari Abu Hurairah, bahwa ia bertemu dengan Nabi Saw, di salah satu jalan
Madinah, sedangkan ia dalam keadaan junub, maka ia menyelinap dan pergi untuk mandi
sehingga Rasulullah Saw, mencari-carinya. Ketika ia datang lagi, beliau bertanya:” Ke mana
kamu, Abu Hurairah?” Ia menjawab:”Wahai Rasulullah, anda bertemu saya, sedangkan saya
dalam keadaan junub, maka saya merasa kurang enak duduk bersama anda sebelum saya
mandi.” Rasulullah Saw, bersabda:”Maha Suci Allah! Sesungguhnya orang mukmin itu tidak
najis.” (HR. Bukhari).28

26
syaikh Abdurrahman Al-Juzairi, Fikih Empat Madzhab, Jilid 1, h. 489
27
Imam Abi Husein Muslim Ibnu Hajjaj Al Qusyairy An Nalsabury, Shahih Muslim Juz 1, (CV. Asy Syifa’: Semarang,
1992), h.461
28
Imam Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm Al-Andalusi, Al Muhalla, jilid 2, h.293.

15
Ali berkata, “Wanita itu tinggal di masjid Nabi Saw, sementara kaum wanita itu di
ketahui mengalami haid, namun beliau tidak melarangnya untuk tinggal di dalam masjid. Dalam
hal ini perlu di maklumi bahwa semua yang tidak di larang oleh Rasulullah Saw adalah boleh.
Tadi kami telah menyebutkan sabda Rasulullah yang menyatakan, “Tanah telah dijadikan
untukku sebagai masjid”, sementara tidaka ada silang pendapat bahwa wanita yang haid dan
orang yang junub boleh tinggal di seluruh penjuru bumi, padahal seluruh penjuru bumi adalah
masjid (tempat bersujud).

Kefahaman umum dari hadith ini menunjukkan bahawa seorang Muslim itu adalah suci
dan tidak najis walau dalam apa jua keadaan, maka wanita yang haidh boleh masuk ke masjid.
Menurut Ibn Hazm lagi, penafsiran bagi surah al-Nisaa’ ayat 43 di atas perlu difahami dalam erti
kata wanita haidh tidak boleh solat, dan bukannya tidak boleh mendekati tempat solat.
(Rujuk Al-Muhalla 1/347 dan 400)

Rasulullah Saw bersabda, “orang beriman tidak najis.” Di lain pihak Ahlush-Shuffah
sering menginap di dalam masjid dengan di saksikan Rasulullah Saw, sementara tidak di
ragukan bahwa di antara mereka ada orang yang bermimpi (melakukan hubungan badan)
namun mereka tidak dilarang untuk melakukan itu (menginap di dalam masjid). Selain itu, hal
ini juga tidak diperselisihkan oleh seorang pun berkaitan haid, kecuali thawaf mengelilingi
ka’bah, sebab wanita yang sedang haid boleh mengelilingi ka’bah 29. Hal ini berdasarkan Sabda
Rasulullah Saw kepada Aisyah ra, ketika haid dalam keadaan ihram:

‫افعلى مايفعل الحاج عيران ال تطوفي بالبيت‬

Maksudnya:” Lakukan segala yang dikerjakan oleh orang yang berhaji, kecuali jangan
thawaf di ka’bah. (HR. Bukhari).”

Ibnu Hazm berkata: Seandainya tidak dibolehkan bagi wanita yang haid, sudah tentu
Rasulullah saw. juga melarang Aisyah ketika dia haid (memasuki masjid), tapi nabi tidak
melarangnya melakukan kecuali thawaf. Dan yang salah adalah meyakini bahwasanya tidak
dihalalkan bagi wanita haid itu memasuki masjid, dan tidaklah ada larangan daripada Rasulullah
saw atas yang demikian larangan Rasulullah saw untuk wanita haid hanya dalam pelaksanaan
thawaf saja. Menurut Ibn Hazm merupakan suatu kebatilan yang meyakinkan jika seorang
29
Imam Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm Al-Andalusi, Al Muhalla, jilid 2, h.289.

16
perempuan tidak halal masuk ke dalam masjid. Sementara Rasulullah tidak pernah melarang
hal tersebut, padahal Rasulullah telah melarang perempuan haid untuk melakukan thawaf,
pendapat Al- Muzani, Daud, dan yang lain.

Metode mereka dalam memahami dalil tersebut itu secara dhohiri bukan berdasarkan
illah, qiyas, sebab menyebabkan lebih sering berbeza pendapat dengan ulama yang lain.
Misalnya memahami hadis tadi, secara kontekstual berdasarkan apa adanya teks hadits.
Mungkin hadits-hadits lain berkaitan wanita haid belum sampai ke beliau, jadi pendapatnya itu,
Sehingga Madzhab Zahiri hadits dan teori yang didapat dari mazhab ini hanya tertumpu kepada
nas Al-Qur’an dan As-Sunnah saja, sehingga untuk penjelasannya masih umum untuk hukum
wanita haid berdiam di dalam masjid.

Dengan adanya perbedaan pendapat seperti disebutkan di atas, dimana masing-masing


madzhab memiliki pendapat yang didasarkan pada Al-Qur’an dan Hadits-hadits Nabi saw, maka
semua kembali kepada masing-masing individu. Namun bila wanita haid hanya sekedar lewat
atau melintas atau melewati bagian masjid (luar maupun dalam masjid) karena ada suatu
keperluan tertentu, maka hal itu dibolehkan, sepanjang tidak ada kekhawatiran bahwa wanita
itu akan mengotori masjid dengan darah haidnya.

6.0 KESIMPULAN

Mengikut jumhur ulama, wanita yang sedang haid dilarang menetap,tinggal dalam erti kata
lain duduk di masjid. Adapun jika sebatas lewat dan berlalu maka tidak menjadi masalah.
Menurut Mazhab Zhahiri dan ulama lain dibolehkan bagi wanita yang sedang haid melakukan
aktiviti di masjid, Ibn Hazm berkata: (Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis). Ia
bermaksud Wanita haid dan orang yang junub tidak najis, begitu juga boleh melakukan aktiviti
dan tinggal di masjid. Jadi, menurut peneliti wanita yang sedang haid boleh melakukan aktiviti
di masjid asalkan darah haidnya tidak tinggal di masjid dengan tidak berdiam lama hingga
dapat mengotori masjid. Sekiranya perempuan haid tersebut ada keperluan mendesak atau
dalam keadaan darurat mengharuskan ia masuk masjid maka hendaklah perempuan tersebut
memakai pembalut yang benar-benar menjamin agar tidak mengotori masjid.

Namun secara tuntasnya, pandangan yang mengharamkan wanita duduk di dalam masjid
adalah lebih selamat, tepat dan rajih. Hal ini kerana jika dibenarkan mereka memasuki masjid
secara bebas, dibimbangi akan mengotorkan ruangan solat. Begitu juga kerana nas yang

17
mengharamkan duduk di dalam masjid adalah lebih kuat dan lebih banyak, selain keperluan
untuk melihat isu ini dari sudut hukum ta’abbudi. Antara cadangan yang sepatutnya dilakukan
adalah dengan perkembangan moden zaman sekarang ini dan berdasarkan kemampuan
kewangan, agar dikhaskan satu dewan berhampiran masjid atau surau sebagai markaz ilmu
kepada wanita dalam keadaan haid untuk sama-sama menuntut ilmu walaupun tidak berada
dalam masjid. Ini akan memberi banyak kebaikan kepada wanita yang dalam keadaan haid ini.

RUJUKAN

Al-Nawawi. (1990). Al-Majmu'Sharh al-muhadhdhab. Dar al-fikr.

Al-Naisaburi, I. A. H. M. (1983). Ibn Hajjaj al-Qusyairi, Shachih al-Muslim. Dar al-Fikr, Beirut.

Al-Qarafi, A. A. A. S., & Al, A. D. A. I. I. Maliki, Al-Thakhirah.

Al-Juzairi, S. A. (2015). Fikih Empat Madzhab Jilid 1 (Vol. 1). Pustaka Al-Kautsar

Al-Sarakhsi, S. A. D., & Ahmad, I. (1978). al-Mabsut. In Cairo: Dar-al-Ma'rifah. Usmani, MT (2007). Sukuk
and their contemporary applications (Sheikh Yusuf Talal DeLorenzo, Trans.). Saudi Arabia: AAOIFI
Shari’a Council Meeting.

Asy-Syafi’I, A. I. (1984). Al–Umm (Kitab Induk)

Al-Albani, M. N., Razak, A. S. A., Utsman, A. R. I., & Arief, T. (2006). Shahih Sunan Abu Daud. Pustaka
Azzam.

Asqalani, I. H. A. (2002). Al Imam Al Hafizh. Fathul Baari syarah Shahih Al Bukhari, terj. Gazirah Abdi
Ummah. Jakarta: Pustaka Azzam.

Al-Zahiri, I. H. (1960). al-Muhalla. Kairo: Maktabah al-Jumhuriyah al-'Arabiyyah .

Aisyah Hadriyant, A. N. (2010). Masjid sebagai pusat pengembangan masyarakat: Integrasi konsep
habluminallah, habluminannas, dan habluminal'alam.

Awwam, Q. (2017). Fiqih Wanita. Cerdas Interaktif.

Ayub, M. (1996). dkk, Manajemen Masjid, Jakarta.


Az-Zuhaili, W. (2011). Fiqih Islam Wa Adillatuhu terj. Abdul Hayyie al-Kattani, dkk. Jakarta (ID): Gema
Insani.
Azzam, A. M. (2009). Abdul dan Abdul Wahhab Sayyed Hawwas. Fiqh Ibadah. Jakarta: Amzah.

Hazm, I. (1933). al-Muhalla. Juz IX. Beirut: Dar Al-Alaq.

Ibnu, Q. (2008). Al Mughni, jilid. V, Jakarta: Pustaka Azzam.

Mughniyah, M. J. (2015). Fiqih lima mazhab: Ja ‘fari, Hanafi, Maliki, Syafi ‘i, Hambali (Gold Edition). Shaf.

Rusydi, I. (1996). Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid. Trigenda Karya.

Sabiq, S. (1972). Fiqh Sunnah, terj. Semarang: Toha Putra.

18
19

Anda mungkin juga menyukai