Anda di halaman 1dari 2

TERDAPAT PERSAMAAN ASAS DALAM MENENTUKAN STATUS HARAM DALAM KEDUA-DUA

AGAMA DALAM MENETUKAN STATUS DAGING BABI. – LARANGAN MEMAKAN DAGING KHINZIR

Tuhan menyatakan dalam asas berkaitan larangan kepada penganut Kristian memakan daging
babi , dalam Perjanjian Lama (Taurat) Imamat 11:7-8 seperti berikut : “Jangan makan babi.
Babi mesti dianggap haram kerana walaupun berkuku belah, tetapi tidak memamah biak.
Jangan makan binatangbinatang itu dan jangan sentuh bangkainya; binatang-binatang itu
haram”.

Perkara haram yang dinyatakan dalam Islam melibatkan makanan yang tidak dibenarkan ialah
seperti daging babi dan makanan terbitan atau campuran daripadanya, arak (alkohol), daging
binatang yang mati (bangkai), daging binatang yang disembelih dengan menyebut selain dari
nama Allah, darah, dadah dan lain-lain lagi. Makanan yang diharamkan oleh Allah telah
dinyatakan dalam firmanNya39 yang berbunyi :

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih, darah daging
babi (termasuk semua bahagian haiwan itu)40 , binatang yang disembelih kerana yang lain dari
Allah, binatang yang mati tercekik, yang mati terpukul, yang mati kerana terjatuh dari tempat
yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas kecuali yang
sempat kamu sembelih (dengan cara sewajarnya ) dan yang disembelih atas nama berhala.” 39
Al-Ma’idah 6:3. 40

Pengaharaman ini bukan sekadar daging babi sahaja, tetapi termasuk tulang lemak, urat dara,
bulu serta organ-organ babi tersebut. jumhur ulama bersetuju dengan pengharaman semua
anggota babi walaupun Allah SWT menyebut perkataan daging sahaja. Ini kerana kebanyakan
manfaat diambil daripada dagingnya. Maka yang lainnya juga sama hukum haram
memakannya. Tegasnya, semua produk makanan melibatkan sumber yang berasaskan khinzir
adalah haram dan dikategorikan sebagai najis. Oleh yang demikian, kedua dua agama tidak
membenarkan memakan daging babi dan hukum ini secara jelas dinyatakan di dalam kedua-
dua kitab agama masing-masing.

HIKMAH LARANGAN MEMAKAN DAGING KHINZIR


1-Hikmah larangan memakan daging khinzir juga untuk menjamin supaya manusia terjamin dari segi
fizikal, emosi dan spiritual terus cemerlang. Ini adalah kerana antara tujuan larangan pengambilan
makanan itu adalah untuk memastikan bahawa kesempurnaan kejadian seseorang dapat dipertahankan
dan membolehkan kita beribadat kepada Allah SWT menurut Islam. Menurut Luqman bin Abdullah,
Islam bukan sahaja menjaga soal halal haram semata-mata tetapi turut menitik beratkan soal-soal yang
berkaitan dengan kebaikan dan keselamatan penganutnya. Makanan yang halal tetapi jika
mendatangkan kemudaratan dalam semua aspek kehidupan maka ia perlu dijauhi, cuma tahap
penentuan hukum kemudaratan yang sejauh mana boleh membawa kepada hukum haram atau makruh

2. Mampu Mengekalkan kesihatan seseorang. Justeru, di samping kita memilih makanan yang berzat dan

berkhasiat adalah lebih penting lagi pada masa yang sama, kita juga hendaklah perlu memastikan
makanan tersebut dijamin bersih dan suci . Ini bertujuan memastikan makanan itu tidak memudaratkan
manusia itu sendiri. Rahsia di sebalik pengharaman atau larangan terhadap makanan-makanan yang
jelas haram dimakan juga telah berjaya dibongkar melalui kajian sains oleh para saintis masa kini.
Misalnya, telah diharamkan daging babi kerana kajian sains membuktikan bahawa terdapat Cacing Pita
dan Virus JE (Japanese Encephalitis) di dalam daging babi. Kedua-duanya dikatakan sukar untuk dibunuh.
Dalam kajian yang lain pula saintis telah membuktikan bahawa daging babi mengandungi kuman dan
virus yang amat berbahaya kepada manusia. Kajian ini juga mendapati pada kerongkong haiwan
tersebut terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman dan virus ini kepada  bentuk
yang lebih berbahaya kepada manusia

Anda mungkin juga menyukai