Anda di halaman 1dari 10

NAMA: NUR AFIQAH NADHRAH BT ALI HASSAN

NO. MATRIKS: BA19110404

KOS: PENDARASAN ISLAM

NAMA KURSUS: FIQH IBADAT

KOD KURSUS: AI20903

NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHD. ARIFFIN BIN ALI

TAJUK TUGASAN 3: ‫المسح على الجبيرة‬

1
PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 TAKRIF JABIRAH 4

3.0 HUKUM BAGI PERMASALAHAN MENYAPU WUDHUK BAHAGIAN YANG


BERBALUT 5

3.0 PENGAMBILAN DALIL BAGI PERMASALAHAN MENYAPU WUDHUK PADA


BAHAGIAN YANG BERBALUT 7

4.0 KESIMPULAN 9

RUJUKAN 10

2
1.0 PENDAHULUAN

Keadaan seseorang pesakit yang terpaksa memakai pembalut (Jabirah) pada bahagian
anggota yang bermasalah seperti luka, patah dan sebagainya, sangat penting untuk
dibincangkan, apatah lagi apabila ia berhadas samada hadas kecil atau hadas besar. Orang
yang sedemikian tidak mampu menggunakan air bagi bahagian anggota tersebur di mana kalau
ia menggunakan juga air bagi bahagian anggota tersebut di mana kalua ia menggunakan juga
air, ia akan memudaratkan dirinya.

Tugasan ini akan mengutarakan pandangan ulama islam mengenainya serta akan
mengemukakan beberapa cadangan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dialami oleh
mereka yang terlibat. Perbincangan berhubung dengan topik ini juga akan dikaitkan bersekali
dengan persoalan ibadat solat bagi pemakai jabirah atau pembalut. Isu ini amat penting kerana
ia membabitkan aktiviti ibadat harian setiap orang islam.

Islam sangat menggalakkan ibadah wudhuk, bahkan ia sampai ke tahap wajib jika ia
dilaksanakan untuk tujuan mendirikan solat. Tidak ada solat yang boleh dilakukan tanpa
berwuduk terlebih dahulu. Ini sesuai dengan pensyariatan wuduk yang berlaku serentak dengan
turunnya perintah solat ke atas seluruh umat Islam. 1

Demikian sabda Rasulullah saw:

" ‫حتى يتوضأ‬


ً ‫" ال تقبل صالة من أحدث‬
Maksudnya: “Tidak diterima solat seseorang yang berhadas sehingga dia berwuduk.”

Wuduk juga merupakan pengenalan diri umat Rasulullah saw di akhirat kelak sebagaimana
sabda Baginda saw ketika menjawab persoalan daripada para sahabat ra: "Ya Rasulullah,
engkau mengenali kami, bagaimana dengan umatmu yang engkau tidak kenal?” Baginda saw
menjawab persoalan mereka dengan satu soalan:

" ‫" أرأيت لو أن رجال له خیل عر محجلة بين ظهي خيل دهم بهم أال يغرف خيلة‬

1
Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul, ‘Abdul Rahman bin Abi Bakr bin Muhammad al-Suyuti, h.86, Beirut: Dar Ihya’
al-‘Ulum, t.t.

3
Maksudnya:"Apakah pendapatmu sekiranya ada seekor kuda yang berkepala putih dalam
kalangan 100 ekor kuda hitam, bolehkah kamu mengenalinya?” Para sahabat RA menjawab:
‫ رسول هللا بلى يا‬Sudah tentu wahai Rasulullah”. Kemudian Baginda saw bersabda: ‫فإنهم يأتون‬
‫ غرا محجلين من الوضوء‬Sesungguhnya umatku akan datang dengan wajah yang bercahaya
(kesan daripada) wuduk".2

Hadith ini jelas menunjukkan betapa besarnya hikmah wuduk sehingga Baginda saw dapat
mengenali umatnya di padang mahsyar hanya dari wajah yang bercahaya kesan daripada
kesempurnaan wuduk seseorang semasa di dunia.

Isu berkaitan tajuk tugasan ini akan dikupas mengenai takrif berkaitan takrif balutan atau
jabirah wudhuk, hokum bagi permasalahan isu tersebut tentang bagaiman menyapu bahagian
wudhuk dengan adanya balutan iaitu jabirah, dalil-dalil berkaitan masalah tersebut serta jalan
pengambilan dalil bagi isu tersebut dan pendapat para fuqaha berkaitan menyapu wudhuk pada
Bahagian yang berbalut, Hal ini kerana isu ini amat penting bagi mereka yang ditimpa penyakit
hingga menyebabkan perlunya kepada membalut pada bahagian yang cedera tentang
bagaimana mereka mengambil wudhuk ketika berbalut pada bahagian tertentu.

2.0 TAKRIF JABIRAH

Menurut istilah para ahli fiqih, makna jabirah adalah kain yang diikatkan pada anggota
badan yang sakit, atau ubat yang diletakkan pada anggota tersebut. Dalam mengikatnya tidak
disyaratkan harus diperkuat oleh kayu, buluh, pelepah kurma atau sejenisnya. Dan tidak
disyaratkan anggota yang diikat tersebut harus pecah atau luka. Melainkan yang menjadi
pegangan dalam hukum jabirah adalah adanya sakit pada anggota tubuh tersebut, baik itu
dalam keadaan pecah, remuk atau terdapat rasa sakit seperti rematik atau sebagainya.

Jabirah menurut para ahli fiqih adalah nama untuk sesuatu yang dikaitkan pada
anggota tubuh yang sakit atau ubat yang diletakkan pada anggota tersebut 3. Jabirah juga
bermaksud ikatan yang diletakkan di atas anggota yang patah bagi mengikat ataupun
membalut. Ianya diistilahkan bagi luka yang melibatkan bahagian dalaman. Contohnya seperti
simen kerana patah tulang, dibalut dengan anduh dan lain-lain lagi.

2
Sahih Muslim, Muslim bin al-Hajjajj, op. cit, j.1, Bab Mustahab Melebihkan Menyapu Air Pada Anggota
Wudhu’Ketika Berwudhu’, h.218, hadis no.249, Sahih.
3
Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi, 2011, Fiqh 4 Mazhab (Juzuk 1,2&3), Perniagaan Jahabersa, hal 172.

4
Maksud lain yang lebih jelas berkenaan jabirah ialah ubat yang dibubuhkan di atas luka,
dan pembalut yang membalutnya disebut dengan jabirah. Seseorang yang memiliki luka pada
anggota wuduknya, jika dia mampu berwuduk secara normal, maka dia harus berwuduk secara
normal. Sebagai contoh, permukaan luka terbuka dan air tidak berbahaya baginya dan
permukaan luka tertutup akan tetapi bias dibuka dan air tidak berbahaya baginya. Jika luka
pada wajah dan tangan, dan permukaan luka terbuka dan air bahaya baginya, maka membasuh
sekitarnya sudah cukup. Jika luka atau pecah di kepala bahagian depan atau di punggung kaki
(letak usapan)dan permukaan terbuka. Jika tidak diusap, meka letakkan kain yang suci di
atasnya dan usaplah permukaan kain tersebut dengan air wuduk yang tersisa di tangan 4

3.0 HUKUM BAGI PERMASALAHAN MENYAPU WUDHUK BAHAGIAN YANG BERBALUT

Para ulama Islam ada membincangkan persoalan kewajipan menyapu jabirah ketika
berwuduk sekiranya jabirah yang diletakkan melibatkan anggota wuduk atau ketika melakukan
mandi wajib. Berikut diutarakan pandangan-pandangan mereka.

Mengikut pandangan kebanyakkan ulama Islam seperti para ulama mazhab Hanafi,
Maliki, Syafi'i dan Hambali, sapuan ke atas jabirah adalah suatu yang dituntut ketika bersuci.
Pandangan ini juga diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Ubayd bin Umayr, Ata' Al Hassan, Al
Nakha, Ishaq, Abu Thawr dan lain-lain5. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

‫س َل َما ِس َوى‬ ِ ‫ضأَ و َك ُّفهُ معصوبةٌ فَمسح َعلَيها و َعلَى ال ِْع‬


َ َ‫صابَة َوغ‬
َ
ِ
َ َ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َّ ‫َن ابْ َن ُع َم َر َرض َي اللَّهُ َع ْن ُه َما َت َو‬
َّ ‫أ‬

َ ِ‫َذل‬
‫ك‬

Maksudnya:" Dari Ibnu Umar RA bahawa Rasul Allah SAW telah menyapu di atas
Jabirah"6

4
http://www.alhassanain.com/indonesian/book/book/jurisprudence_principles_library/jurisprudence_sciences
5
Al -Kasani (1986), op cit., j, l,h. 108, Al Dusuqi (t.t, op,cit., j, h, 163, al Kharsyi (t.t),op. cit., h 201, Al Nawawi (t.t),
op, cit,. j, 2, h,325, Al Syawkam (t.t), op, cit., j,l,h 257. Ibnu Qudamah (1983),op.cit., j,l, h. 280, Al Bahuti (1983), op.,
j,l,h, 112
6
Al-Daraquṭni, ʻAli b. ʻUmar, 1966, Sunan al-Daraquṭni, Beirut, Dar al-Maʻrifah, jld. 1, hlm. 205.

5
Jelas dari hadis ini bahawa Rasulullah SAW sendiri telah menyapu di atas Jabirah yang
menutupi anggot bersuci. Ini menunjukkan tentang tuntutan sapuan jabirah ketika bersuci. 7

Pandangan lain pula mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Ibnu Hazm, tokoh
ilmuwan Islam dari mazhab Zahiriyah, jabirah yang diletakkan di bahagian berkaitan tidak perlu
disapu ketika bersuci sama ada wuduk atau mandi hadas, Pandangan ini juga diriwayatkan
daripada al Sa'bi dan ilmuwan Islam dari kalangan mazhab Zaidiyah 8. Ini bermaksud bahawa
kewajipan membasuh atau menyapu anggota yang berkaitan adalah gugur. Antara hujah
syarak yang digunakan adalah melalui firman Allah SWT 9:

;‫سا; إِاَّل ُو ْس َع َها‬ َّ ;ُ ِّ‫اَل يُ َكل‬


ً ‫ف اللهُ; َن ْف‬
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" 10

Menurut mereka, air tidak dapat sampai ke anggota yang diletakkan jabirah dan oleh
sebab tidak ada nas khusus tentang penggantian yang basuhan tersebut, maka gugurlah
kewajipan membasush atau menyapu anggota berkenaan kerana ketidakmampuannya untuk
berbuat demikian, sedangkan bebanan syarak atau takhlif hanya dikenakan ketika seseorang itu
berada di dalam keadaan berkemampuan 11.

Selain itu, melalui hadis Nabi Muhamad SAW maksudnya:

"Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda: Apabila saya
memerintahkan kamu dengan sesuatu, maka lakukan perkara itu dengan kadar kemampuan
kamu.12"

Hadis ini menguatkan ayat Al-Quran sebelumnya, iaitu sesuatu perintah agama hanya
tertakhluk kepada kemampuan seseorang melakukannya. Oleh kerana tiada dapatan perintah
daripada baginda SAW untuk dilakukan sapuan atau basuhan ke tempat anggota yang
diletakkan jabirah, maka gugurlah kewajipan menyapu atau membasuh tersebut. 13

7
Ibid
8
Ibnu Hazm (t.t), op, cit., j. 2,h. 74-76,al Syawkani (t.t), op, cit., j.l, h, 208
9
ibid
10
Al Quran : Al Baqarah 286
11
Abd Al fattah(1995), op. cit,h.65
12
Abu Al Hassan Al Hanafi Al Sanadi (t.t) Syarh Sunan Ibnu Majah Al Qazwini. Kitab Al Iman, bab Itba' Sunnah Rasul
Allah SAW.,j.l,h.5
13
Abd Al fattah(1995), op. cit,h.65

6
3.0 PENGAMBILAN DALIL BAGI PERMASALAHAN MENYAPU WUDHUK PADA
BAHAGIAN YANG BERBALUT

Hadis Nabi SAW berkaitan isu ni dapat difahami melalui hadis yang berbunyi:

‫نكسرت إحدی زندى فسألت النبى صلى اهلل عليه وسلم فأمرني; أن أمسح على الجبائر‬14

Maksudnya:." Salah satu lengan tanganku patah lalu aku bertanya kepada Nabi SAW
dan baginda memerintahkan agar aku menyapu di atas balutan tersebut”

Hadis ini secara jelas telah menunjukkan bahawa sapuan ke atas jabirah adalah suatu yang
dituntut oleh Rasulullah SAW ketika bersuci. Hadis Nabi SAW yang lain pula:

,ً‫ول اَللَّ ِه – صلى اهلل عليه وسلم – َس ِريَّة‬


ُ ‫ث َر ُس‬
َ ‫ َب َع‬:‫ال‬
َ َ‫َو َع ْن َث ْوبَا َن رضي اهلل عنه ق‬
ِ ‫ اَلْعمائِم –والتَّس‬:‫ب يعنِي‬
ِ ‫ اَل‬:‫ يعنِي‬-‫اخي ِن‬
ُ‫اف – َر َواه‬
َ ‫ْخ َف‬ َْ َ َ َ ََ ْ َ ;ِ ِ‫صائ‬ َ ‫فَأ ََم َر ُه ْ;م أَ ْن يَ ْم‬
َ ‫س ُحوا َعلَى اَل َْع‬

‫ْحاكِ ُم‬
َ ‫ص َّح َحهُ اَل‬
َ ‫ َو‬,‫ َوأَبُو َد ُاو َد‬,‫َح َم ُد‬
ْ‫أ‬
Maksudnya :"Daripada Rasyid bin Sa'd daripada Thawban RA bahawa Nabi SAW telah
mengutuskan satu pasukan tentera, lalu mereka ditimpa cuaca sejuk yang amat sangat.
Apabila mereka berjumpa Rasulullah SAW baginda memerintahkan mereka supaya
menyapu balutan-balutan dan khuf-khuf mereka"15

Rasulullah SAW di dalam hadis ini telah memerintahkan para sahabatnya yang terlibat dalam
kegiatan ketenteraan supaya menyapu balutan-balutan dan khuf-khuf yang mereka pakai ketika
menghadapi darurat cuaca sejuk. Jabirah yang dipakai oleh pesakit juga menepati makna
balutan, maka adalah terlebih wajar disapu pada jabirah demi menjaga diri dari sebarang
kemudaratan16. Hadis Nabi SAW yang lain pula:

14
Ibn Majah, Muhammad b. Yazid, 1997, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Taharah, Bab al-Mash ʻAlaal-Jaba’ir, No. Hadis
701,Beirut, Dar al-Jil, jld. 2, hlm. 383
15
Abu Abdullah Muhamd Al Hakim Al Naisaburi (1978) Al Mustadrak A'la Al Sahihain Fi Al Hadith Kitab Al Taharah,
bab al Mash Ala Al 'Asa'ib, j,l ,h. 169, Nur Al Din Abi Al Hassan Ali bin Abi Bakr Al Haitami Al Syafi'I (2001), Ghayah Al
Maqsad Fi Zawaid Al Musnad, Kitab AL Taharah, bab Al Mash Ala Khufain. no, hadith 361,j,l.h. 145.
16
Abd Al fattah(1995), op. cit,h.62

7
‫ إنما كان يكفيه أن يتيمم‬.‫فتوة قتلهم اهلل األ سألوا إذ لم يعلموا فإنما شفاء العى; السؤال‬

‫ويعصر أو يعصب (شك موسى); على جرحه خرقة ثم يمسح عليها ويغسل سائر جسده‬

Maksudnya:”Maksudnya: Mereka telah membunuhnya, moga Allah membunuh mereka


(kerana mengeluarkan fatwa yang menyebabkan orang lain terbunuh). Mengapa mereka
tidak bertanya kalau tidak tahu kerana penyembuh bagi kejahilan itu ialah bertanya./
Sebenarnya cukup sekadar dia tayamum dan membalut pada luka atau mengikat lukanya
(Musa tidak pasti)dengan kain. Kemudian menyapu di atasnya dan basuh bahagian tubuhnya
yang lain.17”

Di dalam hadis ini, Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya dilakukan tayamum bagi
mengganti tempat luka yang tidak boleh dibasuh atau disapu dengan air dan juga diletakkan
pembalut di tempat yang luka serta di sapu air di atasnya. Jabirah juga boleh dikategorikan
sebagai pembalut. Oleh itu, semestinya disapu di atas jabirah sebagai ganti basuhan anggota
yang berkaitan di samping tayammum.

Seterusnya, mereka berdalil zahir riwayat yang mauquf pada Ibn Umar
R.anhuma yang disebut oleh Imam al-Baihaqi dan dinaqalkan juga oleh Imam al-
Nawawi dalam al-Majmu’ (2/324-325) :

‫س َل َما ِس َوى‬ ِ ‫ضأَ و َك ُّفهُ معصوبةٌ فَمسح َعلَيها و َعلَى ال ِْع‬


َ َ‫صابَة َوغ‬
َ
ِ
َ َ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َّ ‫َن ابْ َن ُع َم َر َرض َي اللَّهُ َع ْن ُه َما َت َو‬
َّ ‫أ‬

َ ِ‫َذل‬
‫ك‬

Maksudnya : “Sesungguhnya Ibn Umar R.anhuma berwudhuk dan tangannya dalam


keadaan berbalut, lalu dia menyapu (air) ke atas tangannya serta ke atas balutan, serta
membasuh yang selainnya”.

17
Abu Dawud, Sulaiman b. al-Asyʻath, t.th, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Taharah, Bab Fi al-Majruh Yatayammam, No.
Hadis 337, Beirut, Dar al-Kitab al-ʻArabi, jld. 1, hlm. 133.

8
Menurut Al Mundhiri, ini adalah sahih dan oleh sebab ia berkaitan dengan sesuatu
ibadat, maka perbuatan sahabat ini dianggap hadis marfu iaitu setanding dengan hadis Nabi
kerana mustahil ia dilakukan melainkan setelah mengetahui hukumnya daripada baginda SAW.
Walaupun dalam hadis ini hanya disebutkan balutan, tetapi dari segi makna merangkumi juga
jabirah18.

Pandangan ini juga disokong oleh ijma' iaitu sumber yang ketiga dalam syariah Islam
selepas Al Quran dan Al Sunnah. Ijma' ini dapat dikesan melalui perlakuan para sahabt Nabi
Muhamad SAW yang tidak menunjukkan sebarang proses atau bangkangan kepada Ibnu Umar
RA yang telah menyapu di atas jabirah yang dipakainya. Ini bermakna mereka (para sahabat)
sepakar bersetuju dengan sapuan di atas jabirah bagi pesakit 19.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya seseorang yang sakit itu diberi dua pilihan. Pertama dia boleh menyapu
atas balutan tanpa perlu tayamum sekiranya anggota yang berbalut sedikit seperti
tampalan plaster. Kedua ialah pesakit boleh terus bertayamum jika menggunakan air
memudaratkan seperti balutan simen. In iberdasarkan perintah ayat al-Quran dan tujuan
pensyariatan tayamum itu sendiri sebagai keringanan untuk kita bersuci dan penyempurnaan
nikmat agar kita bersyukur. Ini kerana solat wajib dilaksanakan walaupun ketika sakit. Hadis
Sahabat Nabi yang cedera dan kesungguhannya untuk bersuci hingga meragut nyawa
menunjukkan kepentingan menjaga kewajipan solat walau dalam apa juga keadaan.

RUJUKAN

Abu Dawud, Sulaymān b. al-Asy‘ath al-Sajistāni. t.th.Sunan AbiDawud, taʻliq: Muhammad Nāṣir
al-Din al-Albāni, 4 jld., Beirut: Dar al-Kitab al-ʻArabi
18
Ibnu Hummam (t.t).op., cit.,j.l,h. 139, Al Nawawi (t.t). op, cit.j 2,h.324
19
ibid

9
Abu Abdullah Muhamd Al Hakim Al Naisaburi (1978) Al Mustadrak A'la Al Sahihain Fi Al Hadith
Kitab Al Taharah

Abi Bakr Al Haitami Al Syafi'I (2001), Ghayah Al Maqsad Fi Zawaid Al Musnad, Kitab AL
Taharah, bab Al Mash Ala Khufain. no, hadith 361

Abd al-‘Aziz b. Muhammad b. Ibrāhim al-‘Abd al-Laṭif, Dr. 1425H/2004.Ḍawābiṭal-Jarhwa al-


Ta‘dil Maʻa Dirasah Tahliliyyah li Tarjamah Isra’il b. Yunus b. AbiIshaq al-Sabiʻi, Arab
Saudi: Maktabatal-‘Abikān

Al-ʻAini, Mahmud b. Ahmad al-Hanafi.1420H/1999.Syarh Sunan Abi Dawud, 6 jld., Riyad,


Maktabah al-Rusyd
Ahmad b. Ḥanbal, Abū ‘Abdillah Ahmad b. Muhammad b. Ḥanbal al-Syaibāni. 1995.Al-Musnad,
20 jld., tahqiq: Ahmad Muhammad Syākir, Kaherah: Dār al-Ḥadith.
Al-Bayhaqi, Abū Bakr Ahmad b. al-Ḥusain b. ‘Ali.1344H.Al-Sunan al-Kubrā, 10 jld., India:
Dā’iratal-Ma‘ārif al-Niẓāmiyyah.
Al-Dāraquṭni, ‘Ali b. ‘Umar Abū al-Ḥasan Baghdādi.1386H/1966.Sunan al-Dāraquṭni, 4 jld.,
Beirut: Dār al-Ma‘rifah
Ibn Mājah, Abū ‘Abdillah Muhammad b. Yazid al-Qazwini. 1418H/1997.Sunan Ibn Mājah,
tahqiq:Basysyar ʻAwwad Maʻruf, Beirut:Dar al-Jil.
MusaʻUmar Kita. Dr. 2018. Al-Farq Baina al-Fardwa al-Wajib wa ʻAlaqatuh bi Mas’alatal-Ziyadah
ʻalaal-NasʻInda al-Hanafiyyah. Dicapai darilaman web: http://mylibrary.mediu.edu.my.(1 April
2018)
Al-Nawawi, Muhyi al-Din AbiZakariyyā Yahyā b. Syaraf. 1405H/1985.Al-Taqri@b wa al-Taysi>r li
Ma‘rifah Sunan al-Basyir al-Nadhir, Beirut: Dār al-Kitāb al-‘Arabi
Al-Nawawi, Muhyi al-Din AbiZakariyyā Yahyā b. Syaraf. t.th.Al-Majmu‘ Syarhal-Muhadhdhab, 20
jld., t.tp: Dar al-Fikr
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2018. Irsyad Fatwa. Dicapai dari laman
web: http://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/924-irsyad-al-
fatwa-ke-186-hukum-bagi-mereka-yang-uzur-dan-tidak-dapat-mengambil-wudhu-dengan-air. (2
April 2018).

10

Anda mungkin juga menyukai