Anda di halaman 1dari 9

Hukum Berdakwah

• Dakwah menjadi tanggungjawab dan kewajipan setiap


Muslim yang mukallaf
• Para ulamak membahagikan kewajipan berdakwah kepada 2,
fardu ain & fardu kifayah
• Perbahasan ulamak tentang hukum fardu ain atau fardu
kifayah berdasarkan kepada dalil al-Qur’an Surah Ali
‘Imran,ayat 104:
ٰۤ ُ
• ‫ك ُه ُم‬ َ ‫ٕى‬-.ِٕ ‫ول‬ ‫َو ْل َت ُكنْ ِّم ْن ُك ْم اُم ٌَّة ي َّْدع ُْو َن ِا َلى ْال َخي ِْر َو َيأْ ُمر ُْو َن ِب ْال َمعْ ر ُْوفِ َو َي ْن َه ْو َن َع ِن ْال ُم ْن َك ِر ۗ َوا‬
ْ ‫ْال ُم ْفل‬
‫ِحُو َن‬
Juga Surah Ali Imran, ayat 104

Imam Khazin menjelaskan: “Sesungguhnya kalimah


‘minkum’ di dalam Firman Allah (3:104) adalah li al-
tabyin, bukanlah li al-tab’id. Ini kerana Allah
mewajibkan amar makruf, nahi mungkar ke atas setiap
ummah sebagaimana di dalam ayat tersebut. Oleh
kerana itu, wajib ke atas setiap mukallaf
merealisasikan amar makruf, nahi mungkar sama ada
dengan tangannya, atau dengan lidahnya atau dengan
hatinya”.
Dr Abu al-Majd as-Sayyid Nawfal menjelaskan :
“Jadilah kamu orang-orang muslim sebagai umat yang
memerintahkan dengan makruf dan mencegah
kemungkaran
Hukum Dakwah

Setengah ulamak berpandangan dakwah adalah fardu kifayah, di mana apabila sebahagian
melaksanakannya, maka gugurlah tuntutan dakwah tersebut terhadap orang lain. Adalah
tidak dapat diterima akal bahawa setiap orang Islam menjadi pendakwah, sedangkan
terdapat dalam kalangan mereka adalah orang-orang yang jahil (juhala’) dengan agama dan
pelaku maksiat (al-’usat). Sedangkan dakwah adalah urusan yang besar lagi penting ,
memerlukan kepada pengetahun tentang Islam, serta penguasaan tentang uslub dan wasilah
dakwah. Justeru, ulamak yang memilih hukum dakwah sebagai fardu kifayah berpegang
kepada tafsiran kalimah ‘minkum’ dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 104 dengan tafsiran li at-
tab’idh, iaitu untuk menunjukkan sebahagian.
Hukum Berdakwah
Dr Abu al-Majd As-Sayyid Nawfal merumuskan
bahawa tidak ada masalah kepada kedua-dua
01 pandangan tersebut. Dakwah kadang-kadang menjadi
fardu ain dan ada ketika menjadi fardu kifayah
bergantung kepada situasi.
- Dakwah menjadi fardu ain dalam konteks
penyampaian mesej secara umum (umum) bergantung

02 kemampuan setiap orang berkaitan dengan


pengetahuan tentang asas/prinsip Islam. Beliau
memberi contoh dakwah dan penerangan tentang
keEsaan Allah, syhadah, kewajipan mendirikan solat,
puasa, zakat , haji dan berdakwah kepada kemuliaan
akhlak - semua orang Islam wajib dan mampu
melakukannya
Hukum Dakwah

- Ia menjadi fardu kifayah dalam konteks iltizam untuk menyediakan


pendakwah secara khusus. Bagi tujuan memelihara agama
,mempertahankan kekuatannya serta mempertahankan daripada
serangan musuh cubaan meragukan ajaran Islam, ia perlu kepada
pengetahuan ilmiah dan kemahiran khusus bagi melaksanakannnya.
Hal ini tidak dapat dilaksanakan oleh orag awam, tetapi perlukan
orang yang mempunyai pengetahun dan kemahiran yang khusus yang
membolehkan mereka berdakwah.
Kelebihan Dakwah

Berdakwah mempunyai kelebihan tertentu


berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an dan
hadith-hadith Rasulullah SAW.
Dalil al-Qur’an. Firman Allah:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang berdakwah ke jalan
Allah dan beramal soleh dan berkata aku
termasuk dalam kalangan Muslimin” (Surah
Fussilat:33)
Dalil Hadith
Sabda Rasulullah: “Barang siapa yang menunjukkan
kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang
melaksanakannya” (Hadith Nabi)

َ - ‫ َل‬-‫ ُك ْو َن‬--‫ َي‬-‫ ْن‬-َ‫ أ‬-‫ مِ ْن‬-‫ك‬


ِ ‫ َّلن َع‬--‫ حُمْ ُر ا‬-‫ك‬
--‫م‬ ً ‫ َر‬-‫ َك‬---‫ ِب‬----‫هللا‬
َ - ‫حِداً َخ ْي ٌر َل‬-‫جُال َوا‬ ُ ‫ِي‬ َ ‫ْه د‬- --‫ َي‬-‫) أِل َ ْن‬
“Demi Allah, Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran
engkau, adalah lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta
merah”
Kesimpulan
Pembahagian dakwah kepada hukum fardu ain dan
fardu kifayah oleh ulamak tidak menafikan
tangungjawab dan kewajipan dakwah kepada setiap
Muslim mukallaf. Hukum tersebut adalah
berdasarkan kapasiti dan keupayaan masing-masing.
Oleh itu, orang yang melaksanakan dakwah adalah
orang yang mulia dan mendapat keistimewaan dan
ganjaran tertentu daripada Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai