Anda di halaman 1dari 25

TUGASAN INDIVIDU 1

NAMA PELAJAR: NUR AFIQAH NADHRAH BINTI ALI HASSAN

NO MATRIK: BA19110404

PROGRAM: PENDARASAN ISLAM

NAMA PENSYARAH: DR. USTAZAH HJH SUHAILAH ABD MUIN

MATA PELAJARAN: ULUM AL HADITH

KOD KURSUS: AI20703

TAJUK TUGASAN 1: SEJARAH DAN FAKTOR KEMUNCULAN HADITH


MAWDHU’

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN...........................................................................................................2

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................3

2.0 TAKRIF HADITH MAWDHU’ DAN CIRI-CIRINYA.................................................4

2.1 TAKRIF HADITH MAWDHU’.......................................................................................................................4

2.2 CIRI-CIRI HADITH MAWDHU’...................................................................................................................4

3.0 SEJARAH KEMUNCULAN HADIS MAWDU’...........................................................9

4.0 FAKTOR KEMUNCULAN HADITH MAWDU’........................................................13

5.0 HUKUM MERIWAYAT HADITH MAWDU’............................................................22

6.0 KESIMPULAN.....................................................................................................24

2
1.0 PENGENALAN

Pada zaman Nabi SAW tidak timbul masalah Hadith Palsu atau Hadith Mawdu 1'. Hal
tersebut kerana umat Islam belum menghadapi banyak masalah dan mereka belum berpecah.
Antara lain juga, waktu itu wahyu masih diturunkan. Oleh itu, jika ada apa-apa masalah atau
pemalsuan hadith, Baginda SAW ada bersama atau wahyu diturunkan untuk mendedahkannya.
Pemalsuan yang berkaitan dengan hadith memang berlaku.

Seterusnya, kegiatan serta pemalsuan tersebut atas dasar dan dengan tujuan yang
berlainan di kalangan pereka Hadith Palsu 2. Sebagai contohnya: Setengah mereka adalah
kalangan orang munafik, tukang cerita, ahli politik dan mereka yang ingin mencari kemewahan
atau juga 432 golongan yang fanatik kepada sesuatu fahaman tertentu, seperti: Syiah.

Ulama Hadith tidak berdiam diri terhadap pemalsuan yang dilakukan oleh pendusta-
pendusta hadith ini. Justeru, muncul ulama yang membahaskan secara khusus hal-hal yang
berkaitan dengan hadith yang direka atau palsu. Mereka juga menjelaskan ciri-ciri Hadith Palsu,
golongan-golongan yang memalsukan hadith serta faktor mereka berbuat begitu.

Hadith sebagai sumber hukum Islam setelah Al Qur'an telah disepakati oleh ulama tokoh-
tokoh ummat Islam. Setiap gerak dan aktiviti ummat, harus dilakukan berdasarkan petunjuk
yang ada dalam al Quran dan hadith. Begitu pula jika ada permasalahan yang yang muncul di
tengah tengah masyarakat, tentunya harus diselesaikan dengan menemui jalan keluarnya.

Namun, keberadaan hadis baginda yang benar-benar berasal dari Rasulullah SAW sendiri,
dinodai oleh munculnya hadis-hadis maudhu (palsu) yang sengaja dibuat-buat oleh orang-
orang tertentu dengan tujuan dan motif yang beragam, dan masyarakat oleh sebagian orang
dengan tujuan yang beragam pula. Meyakini dan mengamalkan hadis maudhu merupakan
kekeliruan yang besar, kerana meskipun ada hadith maudlu yang isinya baik, tetapi kebanyakan
hadis palsu itu bertentangan dengan jiwa dan semangat Islam, lagi pula pembuatan hadis
mawdhu’ merupakan perbuatan dusta kepada Nabi Muhammad SAW.

1
Aslamiah, R. (2017). Hadis maudhu dan akibatnya. Al-Hiwar: Jurnal Ilmu dan Teknik Dakwah, 4(6).
2
Afwadzi B. Kritik Hadis dalam Perspektif Sejarawan. Mutawatir: Jurnal Keilmuan Tafsir Hadith. 2017 Jun 1;7(1):50-
75.

3
2.0 TAKRIF HADITH MAWDHU’ DAN CIRI-CIRINYA

Sekiranya telah disahkan perawi itu berdusta terhadap Rasulullah SAW, maka hadith yang
diriwayatkannya dikenali dengan Hadith Mawdhu’. Seterusnya, penjelasan mengenai takrif
Hadith Mawdhu’ sudut Bahasa dan Istilah dapat dikemukakan sebagaimana yang berikut:

2.1 TAKRIF HADITH MAWDHU’

Sudut Bahasa Mawdhu’ berasal daripada perkataan: Wada’, beerti: Letak, jatuh atau
rendah. Oleh itu, hadith Mawdhu’ dinamakan demikian kerana kedudukannya yang rendah 3.

Seterusnya, maksud hadith Mawdhu’ dari sudut Istila4h dapat dijelaskan sebagaimana berikut,

1. Hadith diriwayat oleh perawi dusta.


2. Khabar yang direka-reka dan disandarkan kepada Nabi SAW atau Sahabat atau Tabiin
secara dusta, ekoran ada muslihat tertentu.
3. Hadith dicipta dengan menisbahkannya kepada Nabi SAW, sama ada pendustaan itu
dilakukan secara sengaja atau tidak.

Rumusannya, seseorang perawi yang diketahui pernah berdusta dengan menyandarkan


riwayatnya kepada Rasululah SAW, walaupun hanya sekali sahaja dalam seemur hidup,
riwayatnya tidak dapat diterima.

2.2 CIRI-CIRI HADITH MAWDHU’

Hadith Mawdu' atau Hadith Palsu boleh dikesan walaupun tanpa mempelajari dan
mendalami tentang sanad atau isnadnya dengan terperinci. Ulama Hadith telah menetapkan
beberapa kaedah dan ciri-ciri untuk mengetahui kepalsuan sesebuah hadith. Antara cara untuk
mengenali Hadith Palsu dapat dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu tanda kepalsuan pada sanad
dan tanda kepalsuan pada matan.

Semenjak pemalsuan hadith berleluasa dalam masyaraket Islam, maka sebelum ulama
menerima sesebuah hadith mereka terlebih dahulu melakukan kritikan sanad serta berpegang

3
Hanapi, M. S., & Mokthar, W. K. A. W. (2016). Pengaplikasian Kaedah Hadith Al-Mawdu ‘iy Dalam
Penyelidikan Berkaitan Islam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(3), 132-
142.
4
Ibid

4
kepada sanad yang sahih. Terdapat banyak perkara yang dapat digunakan untuk mengetahui
kepalsuan sesebuah hadith jika dilihat sudut sanad 5.

Antarannya, Perawinya adalah pendusta dan hadith itu hanya diriwayatkan olehnya.
Selain itu, tidak ada seorangpun perawi thiqah yang meriwayatkan hadith daripadanya 6.

Seterusnya, orang yang memalsukan hadith mengakui sendiri perbuatannya memalsukan


hadith. Erti kata lain, perawi berkaitan mengakui pemalsuan yang dilakukannya pada hadith.
Sebagai contohnya: 'Abd al-Karim bin Abu al-'Awja' yang terbunuh tahun 160 Hijrah telah
mengakui beliau banyak mencipta Hadith Palsu sebagaimana yang dapat dipetik dari kata-
katanya: Demi Allah! Aku telah mencipta sebanyak 4000 buah hadith, antaranya berkaitan
mengharamkan perkara yang syarak telah halalkan dan menghalalkan perkara yang syarak
telah haramkan.Contoh lain juga bahawa Ibn Abu Maryam mengakui telah mencipta Hadith
Mawdu' mengenai kelebihan surah-surah di dalam Al Quran.

Tanda kepalsuan pada sanad juga apabila terbongkar pendustaan orang yang
meriwayatkan hadith tersebut. Dimana al-'Iraqi berkata: Ada seseorang menceritakan sebuah
hadith, dia mengaku bahawa mendengarnya dari seorang syeikh pada tahun sekian, padahal
syeikh tersebut telah meninggal dunia tahun sebelumnya. Selain itu hadith tersebut hanya
diriwayatkan daripadanya sahaja. Ada bukti kukuh menunjukkan perawi hadith tersebut adalah
seorang pendusta. Sebagai contohnya: Ada kenyataan bahawa dia seorang Syi'ah yang fanatik
kepada golongannya, kemudian dia meriwayatkan hadith yang mencela para Sahabat dan
mengagungkan Ahli al-Bait.

Di samping itu, terdapat ada petunjuk yang mengukuhkan ada pendustaan. Iaitu pereka
Hadith Mawdu' dan orang yang didakwa dia mengambil hadith tersebut tidak pernah sezaman
atau tidak pernah bertemu atau tidak pernah pergi ke tempat hadith itu diambil. Sebagai
contohnya, Ma'mun bin Ahmad al-Harawiy mendakwa beliau mendengar sendiri hadith daripada
Hisyam bin 'Ammar. Namun begitu, apabila Ibn Hibban bertanya beliau: Bilakah awak pergi ke
Syam? Jawabnya: Tahun 250H. Ibn Hibban mengatakan: Hisyam meninggal dunia tahun 245H.
Ini menunjukkan mereka tidak pernah bersua, apatah lagi untuk meriwayatkan hadith. Selain
itu, seorang perawi mengaku menerima hadith daripada seorang guru, padahal ia tidak pernah

5
Mubarak bin Muhamad bin Hamad Al Da ailij (2000) Al Wad’u Fi Al Hadith, Al Riyadh: Maktabah Al Malik fahd Al
Wataniah, cet. 1,h. 241-244.
6
ibid

5
bertemu dengan guru tersebut atau menerima dari seorang guru yang telah meninggal dunia
sebelum ia dilahirkan.

Di samping itu juga, sikap atau keadaan perawi juga merupakan tanda kepalsuan pada
sanad. Sebagai contohnya: Kisah yang berlaku pada Sa'd bin Tarif. Anaknya telah menemuinya
dalam keadaan menangis, lantas beliau bertanya sebabnya. Dimana anaknya memberitahu:
Gurunya telah memukulnya. Justeru, Sa'd berkata : Aku akan memalukannya satu hari nanti dan
mengatakan: 'Ikrimah telah meriwayatkan kepadaku daripada Ibn Abbas daripada Nabi,
maksudnya: Guru-guru anak kamu adalah orang yang memalukan kamu di khalayak ramai,
orang yang amat tidak mengasihani anak yatim dan bersikap kasar terhadap fakir miskin .
Keadaan tersebut, Sa'd telah membawa Hadith Palsu ini dengan mencipta sendiri sanad dari
kalangan perawi thiqah, seperti: 'Ikrimah dan Ibn Abbas serta Nabi SAW sendiri tujuan
menghina dan memalukan guru kepada anaknya.

Ciri yang seterusnya dalam hadith Mawdhu’ adanya tanda kepalsuan pada matan. Matan
adalah kalam atau perkataan yang disampaikan oleh sanad yang terakhir, iaitu lafaz hadith.
Landasan untuk mengenali Hadith Palsu sudut matan. Antaranya adalah hadith yang
menunjukkan ganjaran pahala besar untuk amalan atau perbuatan kecil. Ataupun hadith yang
menyebutkan tentang ancaman begitu dahsyat akibat dosa kecil. Hadith seumpama ini banyak
dijumpai kalangan Ahli Sufi, sebagai contohnya ialah:

Hadith Mawdu' mengenai kelebihan solat bersiwak:

‫صالة يسواك خري من سبعني صالة بغري سيواك‬

Maksudnya: Solat bersiwak lebih baik daripada solat tidak bersiwak sebanyak 70 kali
ganda. (al-Syawkani, al-Fawa'id al-Majmu'ah, Kitab al-Taharah: 22)

Hadith Mawdu’ mengenai kelebihan ditimpa sakit:

‫مرض يوم كفارة ثالثني سنة‬

Maksudnya: Jatuh sakit sehari kaffarah (penebus dosa) tiga puluh tahun . (Ibn Al Jawzi, Al
Mawdu’at, Kitab Al-Malahim: 1630)

6
Selain itu, menunjukkan erti yang tidak betul dan menyalahi akal waras, bahkan ia tidak
dapat ditakwilkan. Antara lain, makna hadithnya adalah rosak. Hal itu selaras kata-kata Ibn Al
Jawzi: Jika engkau melihat ada sesebuah hadith yang bertentangan dengan akal sihat atau
bercanggah dengan dalil qat’ie serta bertentangan dengan dasar hokum, ketahuilah bahawa itu
adalah sebuah hadith palsu. Sebagai contohnya:

Hadith Mawdu’ mengenai kelebihan makan daging:

‫ اللحم‬%‫سید طعام ادلنيا واآلخرة‬

Maksudnya: Penghulu makanan di dunia dan akhirat ialah daging. (Ibn Al Jawzi, Al Mawdu’at,
Kitab Al-At’imah:1248)

Hadith Mawdu’ mengenai kebersihan:

‫بين ادلين عىل النظافة‬

Maksudnya: Agama diasaskan atas kebersihan. (Al Syawkani, Al Fawa’id Al Majmu’ah, Kitab al-
Tahara: 27)

Seterusnya, hadith Mawdu’ menyalahi pancaindera serta sudut hakikat. Sebagai


contohnya, hadith Mawdu’ mengenai kelebihan buah terung. Berdasarkan hadis yang berbunyi:

%‫إمنا الباذجنان شیفاء من لك داء وال داء فيه‬

Maksudnya: Sesungguhnya buah terung itu ubat segala penyakit dan tiada penyakit
padanya. ( Al Fattani, Tazkirah Al Mawdu’at:1117)

Hadith Mawdu’ mengenai kelebihan makan labu:

‫ ويكرب ادلماع‬، ‫ فإنه يزيد يف العقل‬، ‫عليمك ابلقرع‬

Maksudnya: Hendaklah kamu makan labu kerana ia dapat menambahkan akal dan otak. (Al
Syawkani, Al Fawai’d Al Majmu’ah, Kitab Al At’imah Wa Al Asyribah:24)

Menunjukkan maksud matan yang melucukan. Sebagai contohnya Hadith Mawdu'


mengenai Musim Bunga:

7
‫ربيع أميت العنب والبطيخ‬

Maksudnya: Musim bunga umatku ialah anggur dan tembikai. (al-Kannani, Tanzih...:
1533)

Menunjukkan ada percanggahan dengan Maqasid al-Syari'ah dan apa yang sarankan oleh
syarak. Sebagai contohnya Hadith Mawdu' tidak berkahwin dan tanpa anak:

‫إذا أحب هللا عبدا اقتناه لنفسيه ومل يشغهل يزتوجة وال ودل‬

Maksudny: Apabila Allah mengasihi seseorang hamba dia akan kekal bujang, tanpa disibukkan
dengan isteri dan anak. (Ibn al-Jawzi, al-Mawdu'at: 1199)

Hadith ini jelas bertentangan dengan kaedah Sunnah Baginda SAW juga syariat yang
menggalakkan umat Islam beristeri, mempunyai zuriat serta keturunan yang ramai.

Terdapat percanggahan dengan bidang perubatan dan fakta Sains, sebagai contohnya
Hadith Mawdu' mengenai keburukan makan ikan:

‫ألك السمك يذيب اجلسد‬

Maksudnya: Memakan ikan boleh melemahkan badan. (al-Syawkani, al-Fawa'id al-Majmu'ah:


508)

Sudut hakikat dan ilmu Kesihatan, ikan mempunyai banyak protein sama ada ikan yang
hidup di lautan atau sungai. Hadith yang menyatakan tentang tarikh tertentu, sebagai
contohnya Hadith Mawdu' jika berlaku gerhana bulan pada bulan Muharram:

‫ وشغل السلطان‬، ‫ والقتال‬، ‫إذا انكسف يف احملرم اكنت تكل السنة البالء‬

Maksudnya : Apabila berlaku gerhana bulan pada bulan Muharam : Pada tahun tersebut
akan berlaku bencana ( bala ) , peperangan dan pemerintah akan sibuk . ( lbn al - Jawzi , al -
Mawdu'at : 217 )

8
Terdapat percanggahan jelas dengan dalil Al - Qur'an dan Hadith sahih , sebagai
contohnya Hadith Mawdu mengenai anak zina tidak dapat masuk syurga :

‫ وال يشء من نسهل إىل سبعة آابء اجلنة‬، ‫ال يدخل ودل الزان‬

Maksudnya : Anak zina tidak dapat masuk ke syurga hingga 7 keturunan . ( Ibn al -
Jawzi al - Mawdu'at : 1487 )

Hadith ini jelas bertentangan dengan nas atau Al - Qur'an yang menyatakan bahawa seseorang
itu tidak akan menanggung kesalahan atau tidak dibebani dengan dosa orang lain .
Sebagaimana firman Allah :

‫ وزر أخرى‬%‫وال تزر وازرة‬

Terjemahan : Dan seseorang yang boleh memikul , tidak akan memikul dosa perbuatan orang
lain ( bahkan dosa usahanya sahaja ) . ( Surah al - An'am 6 : 164)

Gaya bahasa yang lemah juga pengertian yang tidak sesuai dengan taraf Nabi 7. Erti kata lain ,
ia menunjukkan kecacatan sudut bahasa serta keseniannya . Sebagai contohnya ialah Hadith
Mawdu ' mengenai kelebihan nasi :

‫ إخل‬... ‫األرز مين واان من األرز‬

Maksudnya : Nasi itu sebahagian daripadaku dan daku sebahagian daripada nasi . ( al –
Syawkani, al - Fawa'id al Majmu'ah : 485)

Oleh itu, boleh dilihat dan ditentukan ciri-ciri hadith Mawdu’ atau hadith palsu. Dimana
ianya boleh dikesan walaupun tanpa mempelajari dan mendalami tentang sanad atau isnadnya
dengan lebih terperinci.

3.0 SEJARAH KEMUNCULAN HADIS MAWDU’

Kemasukan secara ramai penganut agama-agama lain ke dalam Islam, hasil daripada
penyebaran dakwah ke pelosok dunia, secara tidak langsung menjadi faktor kepada bermulanya
penciptaan hadith-hadith mawdu'. Tidak dapat dinafikan terdapat sebahagian daripada mereka

7
Mubarak bin Muhamad bin Ahmad Al Dailij (2000), Al Wad’u Fi Al Hadith, h, 246-254.

9
memeluk Islam kerana benar-benar ikhlas dan tertarik dengan kebenaran ajaran Islam. Namun
begitu terdapat juga segolongan daripada mereka yang menganut agama Islam hanya kerana
terpaksa mengalah kepada kekuatan Islam pada masa itu 8.

Golongan ini sentiasa menyimpan dendam dan dengki terhadap Islam dan penganutnya
dan sentiasa menunggu peluang yang ada untuk merosakkan dan menimbulkan keraguan di
dalam hati orang ramai terhadap Islam. Antara peluang yang terbaik ialah semasa
pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan (W35H hasil daripada sikap tolak ansur dan lemah-
lembut akhlaknya terhadap orang ramai, golongan ini mula menaburkan benih-benih fitnah
yang pertama9.

Antara individu yang memainkan peranan ini ialah Abdullah bin Sabak, seorang Yahudi
yang mendakwa telah memeluk Islam. Dengan bertopengkan pembelaan dan kasih kepada
Sayyidina Ali dan ahli Bait, beliau menjelajah ke segenap pelosok untuk menabur fitnah kepada
orang ramai. Beliau mendakwa Ali (W40H) yang lebih layak menjadi khalifah daripada Uthman
bahkan daripada Abu Bakar (W13H) dan Umar (W23H), kerana ianya telah diwasiatkan oleh
Nabi s.a.w. Lalu, beliau dipercayai telah mencipta satu hadith mawdu' yang bermaksud: "Setiap
Nabi itu ada penerima wasiatnya dan penerima wasiatku adalah Ali 10." Kemunculan Ibnu Sabak
ini dikatakan berlaku di akhir pemerintahan Uthman 11.

Walaubagaimanapun, penyebaran hadith maudhu' pada masa ini belum lagi meluas
disebabkan kewujudan ramai para sahabat-sahabat utama yang mengetahui dengan penuh
yakin akan kepalsuan hadith. Sayyidina Uthman sebagai contohnya, apabila mengetahui hadith
Mawdu' yang dicipta oleh Ibnu Sabak, telah mengambil tindakan dengan menghalau Ibnu
Sabak dari bumi Madinah. Begitu juga dilakukan oleh Sayyinia Ali selepas daripada itu 12.

Mereka menyedari bahaya hadith maudhu' kerana amaran keras telah dikeluarkan oleh
Nabi s.a.w terhadap orang yang mencipta hadith seperti mana sabda Nabi s.a.w, "Sesiapa yang
berdusta di atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di dalam
neraka.13“ Walaupun begitu, kumpulan ini terus mengambil peluang yang ada, terutama selepas
8
Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudhuat fi Kutub al-Tafsir, h. 20
9
ibid
10
ibid
11
Said Ramadhan al-Buti, Fiqh al-Sirah, h. 369.
12
Muhammad Abu Syahbah, op. cit
13
Al-Imam al-Nawawi, Muqaddimah Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Bab Taghliz al-Kizb ala Rasulillah, hadith
no.3

10
pembunuhan Uthman. Munculnya kumpulan-kumpulan tertentu seperti kumpulan yang
kononnya ingin menuntut bela di atas kematian Uthman, kumpulan yang menyokong Ali
mahupun kumpulan yang tidak memihak kepada-mana-mana dua kumpulan ini, menyebabkan
hadith-hadith yang menunjukkan kelebihan kumpulan masing-masing dicipta untuk
mempengaruhi orang ramai14.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim (W261H) daripada Tawus (W106H) bahawa pernah suatu
ketika dibawakan kepada Ibnu Abbas (W68H) suatu bukU yang di dalamnya mengandungi
keputusan- keputusan Ali r.a. Lalu Ibnu Abbas menyapunya kecuali sebahagian daripadanya
(yang tidak disapu). Sufyan bin Uyainah (W198H) mentafsirkan bahagian yang tidak disapu itu
sekadar sehasta. 15

Imam al-Zahabi (W748H) pula meriwayatkan daripada Khuzaimah bin Nasr katanya: Aku
mendengar Ali berkata di Siffin:"Moga-moga Allah melaknati mereka (iaitu golongan yang putih
yang telah menghitamkan) kerana telah merosakkan hadith-hadith Rasulullah' 16.

Menyedari hal ini, para sahabat mula memberi perhatian terhadap hadith yang disebarkan
oleh seseorang. Mereka tidak akan mudah menerimanya sekiranya mereka meragui kesahihan
sesuatu hadith itu. Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Mujahid (W104H)
satu kisah berlaku kepada Ibnu Abbas: "Busyair bin Kaab telah datang menemui Ibnu Abbas
lalu beliau (Busyair) mula menyebutkan satu hadith dengan katanya "Rasulullah telah
bersabda", "Rasullulah telah bersabda ". Walaubagaimanapun, Ibnu Abbas tidak mendengar
hadithnya itu dan tidak memandang pun kepadanya. Lalu Busyair berkata kepada Ibnu Abbas
"Wahai Ibnu Abbas ! Aku hairan mengapa engkau tidak mahu mendengar hadith yang aku
sebut. Aku menceritakan perkara yang datang daripada Rasulullah tetapi engkau tidak mahu
mendengarnya. Ibnu Abbas lalu menjawab: "Kami satu ketika dulu apabila mendengar
seseorang berkata "Rasulullah bersabda", pandangan kami segera kepadanya dan telinga-
telinga kami memberi tumpuan untuk mendengarnya. Tetapi apabila orang ramai mula
melakukan yang baik dan yang buruk, kita tidak menerima hadith daripada seseorang
melainkan kami mengetahuinya"17.

14
Abdul Fatah Abu Ghudah, op.cit, h.45; Muhammad Abu Syahbah, op. cit. h. 20-21.
15
Al-Imam al-Nawawi, op.cit, h. 77.
16
Muhammad Abu Syahbah, h. 22.
17
Al-Imam al-Nawawi, op.cit, Bab al-Nahyu An al-Riwayat An al-Dhu’afat wa al-Ihtiyat fi Tahammuliha, hadith no. 7,
h. 76

11
Selepas zaman sahabat, berlaku kelemahan dalam penelitian dan mempastikan hadith-
hadith, tidak seperti di zaman sahabat. Ini menyebabkan berlaku banyaknya periwayatan-
periwayatan dan penyebaran hadith yang secara tidak langsung telah turut menyebabkan
berlakunya pendustaan terhadap Rasulullah dan sebahagian daripada sahabat. Ditambah lagi
dengan konflik politik di antara umat Islam yang semakin hebat, telah membuka peluang
kepada golongan tertentu yang cuba mendekatkan diri dengan pemerintah untuk mencipta
hadith18.

Sebagai contoh, pernah berlaku di zaman Khalifah Abbasiyyah, hadith-hadith maudhu'


dicipta bagi mengambil hati para khalifah. Antaranya seperti mana yang berlaku kepada Harun
al-Rasyid (W191H) di mana seorang lelaki yang bernama Abu al-Bakhtari (seorang qadhi)
masuk menemui beliau ketika beliau sedang menerbangkan burung merpati. Lalu beliau berkata
kepada Abu al- Bakhtari: "Adakah engkau ada menghafal sesuatu hadith berkenaan dengan
burung ini?“ Lalu dia meriwayatkan satu hadith, katanya: "Bahawa Nabi s.a.w selalu
menerbangkan burung merpati." Walaubagaimanapun, Harun al-Rasyid menyedari kepalsuan
hadith tersebut lalu mengherdiknya dan berkata: "Kalaulah bukan kerana engkau daripada
keturunan Quraisy, pasti aku akan mengusir engkau." 19

Peristiwa seperti ini juga berlaku di zaman Khalifah al-Mahdi (W169H) di mana seorang
bernama Ghiyath bin Ibrahim masuk menemui beliau yang sedang bermain dengan burung
merpati. Ghiyath meriwayatkan satu hadith kepada khalifah: "Tidak ada pertandingan
melainkan pada anak panah atau kuda atau burung." Dia sebenarnya telah menambah 'atau
lelaki yang burung' untuk mengambil hati Khalifah al-Mahdi. Diriwayatkan bahawa Khalifah al-
Mahdi telah berkata kepada Ibrahim ketika dia melangkah keluar: "Aku bersaksi bahawa
belakang tengkuk engkau adalah belakang tengkuk seorang pendusta." Selepas itu khalifah
telah memerintahkan supaya disembelih burung itu. Pendustaan dalam hadith ini hanya berlaku
pada lafaz yang akhir sahaja (atau burung). Manakala lafaz-lafaz hadith yang lain ianya adalah
thabit kerana diriwayatkan oleh Imam Ahmad (W241H) dan ashab sunan-sunan yang lain 20.

Walau bagaimanapun, tahap penyebaran hadith-hadith maudhu' di peringkat ini masih lagi
kecil berbanding dengan zaman-zaman berikutnya. Ini lagi tabiin yang menjaga hadith-hadith
dan menjelaskan di antara yang lemah dan yang sahih. Begitu juga kerana zaman mereka ini
18
Muhammad Abu Syahbah, op.cit, h. 23
19
ibid
20
Ibid., h. 23-24

12
masih lagi dianggap hampir dengan zaman Nabi s.a.w dan disebut oleh Nabi sebagai di antara
sebaik-baik zaman. Pengajaran-pengajaran serta wasiat daripada Nabi masih lagi segar di
kalangan mereka yang menyebabkan mereka dapat mengesan kepalsuan-kepalsuan sesuatu
hadith.21

4.0 FAKTOR KEMUNCULAN HADITH MAWDU’

Faktor dan punca utama menyebabkan munculnya Hadith Mawdu ' yang dapat
dikemukakan di sini ialah disebabkan adanya perselisihan politik. Golongan al - Rafidah yang
merupakan sebahagian daripada Syiah menentang para Sahabat yang memberi bai'ah atau taat
setia kepada Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah . Golongan ini seterusnya berpecah pula
kepada beberapa kumpulan .

Dimana mereka banyak mencipta hadith untuk mengukuhkan parti atau fahamannya. Hal
itu sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Malik apabila beliau ditanya mengenai golongan
al - Rafidah , jawabnya : Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meminta
pendapat daripada mereka , kerana mereka itu adalah golongan pendusta. Seterusnya
pendapat Imam al Syafi'i terhadap al - Rafidah , katanya : Daku tidak dapati satu golonganpun
yang lebih mengikut hawa nafsu dengan memberi saksi bohong , kecuali golongan al – Rafidah .

Konteks tersebut, terdapat Hadith Palsu yang dicipta oleh golongan al - Rafidah dengan
mencela dan mencaci Muawiyah. Selain itu ada pula golongan fanatik kepada Muawiyah akan
mencipta Hadith Palsu mereka22. Seterusnya terdapat Hadith Palsu yang dicipta oleh golongan
memusuhi Muawiyah dan Ali serentak , antaranya ialah:

Hadith Mawdu ' yang dicipta atas membenci Muawiyah :

%‫ فاقتلوه‬، ‫إذا رأيمت معاوية خيطب عىل منربي‬

Maksudnya : Apabila kamu melihat Muawiyah berkhutbah di atas mimbarku hendaklah kamu
bunuh dia . (Al Syawkani , al - Fawa'id al - Majmu'ah , Bab Manaqib al Khulafa ' al - Arba'ah Wa
Ahl al - Bait , Zikr Muawiyah : 157 )

Golongan yang fanatik kepada Muawiyah juga mencipta Hadith Mawdu’:


21
Ajaj al-Khatib, op.cit, h. 417.
22
Ajaj al Khatib (1967) Usul Al hadith Ulumah Wa Mustalahu, h. 182 dan 183.

13
‫ ومعاوية‬، ‫ وجربيل‬، ‫ أان‬: ‫ألمناء عند هللا ثالثة‬

Maksudnya : Orang - orang yang amanah itu ada tiga iaitu : Aku , Jibril dan Muawiyah . ( al -
Suyuti , al - Lali ' al Masnu'ah : 1012 )

Hadith Mawdu ' yang dicipta atas dasar taksub kepada Ali 23:

‫النظر إىل عيل عباة‬

Maksudnya : Memandang kepada Ali suatu ibadat . ( Al - Syawkani , al - Fawa'id al - Majmu'ah ,


Bab Manaqib al Khulafa ' al - Arba'ah Wa Ahl al - Bait, Zikr Ali : 54)

Hadith Mawdu ' yang dicipta atas dasar memusuhi dan membenci Ali serta Muawiyah 24:

‫أول من خيتصم من هو األمري عيل ومعاوية‬

Maksudnya : Orang mula - mula bermusuhan kalangan umat ini : Ali dan Muawiyah . ( Al -
Syawkani , Al - Fawa'id al Majmu'ah , Bab Manaqib Al - Khulafa ' Al - Arba'ah Wa Ahl Al - Bait ,
Zikr Muawiyah : 147 )

Selain itu, golongan Zindiq dan Mulhid umumnya merupakan kalangan orang yang
mengubah serta menukar makna Al - Qur'an dan Hadith dengan makna yang bercanggah
daripada akidah.Antara lain, mereka juga terdiri kalangan orang yang pura - pura beriman .
Dimana hakikatnya mereka golongan munafik juga kafir yang menyimpan perasaan dengki ,
dendam dan benci terhadap Islam.

Dimana golongan Zindiq dan Mulhid tersebut berusaha merosakkan Islam serta umat
Islam dengan berbagai cara, antaranya: Mencipta Hadith Palsu dalam jumlah yang banyak,
kemudian mereka sebarkan hadith - hadith tersebut atas nama Nabi SAW. Sebagai contohnya,
Hammad bin Zaid pernah berkata: Kaum Zindiq telah memalsukan hadith atas nama Rasulullah
SAW sebanyak 14,000 buah. Begitu juga, sewaktu salah seorang Zindiq bernama Abdul Karim
bin ' Awja ' akan dijatuhkan hukuman mati oleh seorang penguasa Basrah pada zaman khilafah
al - Mahdi tahun 160 H , ia berkata: Sesungguhnya aku telah memalsukan sebanyak 4000 buah

23
Muhamad Ali Al Syawkani (1392H) Al Fawaidh Al Mujmuah Fi Al Hadith Mawdhu’ah, h. 359sw
24
Ibid h.403

14
hadith, antaranya: Aku haramkan padanya perkara yang halal dan aku telah halalkan padanya
perkara yang haram.

Erti kata lain , golongan Zindiq dan Mulhid tersebut membenci ajaran Islam dan
umatnya terutamanya apabila jajahan Islam serta agama Islam telah tersebar meluas hingga
wilayah Rom dan Parsi sekaligus golongan bukan Arab memeluk Islam beramai – ramai 25. Oleh
itu , mereka menaruh perasaan dendam dan irihati lalu bertindak merosakkan syariat Islam
sekaligus mempermainkan agama Allah dengan menanamkan tasykik atau keraguan di dalam
hati kaum muslimin. Antara Hadith Palsu yang dicipta ialah dengan memburuk - burukkan
agama Islam dan kesuciannya.

Sehubungan dengan itu , golongan Zindiq tersebut disokong oleh penentang Islam dan
mereka yang membenci Islam , sama ada kalangan individu atau pemimpin yang telah
kehilangan kuasa dalam pemerintahan Islam. Justeru, mereka berusaha untuk mengembalikan
kekuasaan dan kedudukkan dengan memburuk - burukkan Islam.

Antara lain, golongan sesat ini berusaha memesongkan akidah umat Islam dan
menimbulkan huru hara dalam masyarakat Islam dengan cara mencipta Hadith Palsu kemudian
dinisbahkan kepada Nabi SAW. Contohnya, Hadith Mawdu ' yang dicipta dan disebarkan ialah:

Hadith Mawdu ' yang dicipta tentang kelebihan malaikat:

‫خلق هللا تبارك وتعاىل املالئكة من شعر ذراعيه‬

Maksudnya: Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan – Nya

Hadith Mawdu ' yang menyatakan bahawa sesiapa mengatakan Al - Qur'an itu makhluk adalah
kafir:

‫ فقد كفر‬، ‫من قال القرآن خملوق‬

Maksudnya: Sesiapa yang mengatakan Al - Qur'an itu makhluk , dia adalah kufur . (Al - Suyuti ,
al- Lali ' al - Masnu'ah , Kitab al - Tauhid : 2)

Hadith Mawdu' yang dicipta menyatakan iman adalah : Ucapan dengan lidah serta amalan
sudut anggota sahaja:
25
Ajaj Al Khatib (1967). Usul Al hadith Ulumah Wa Mustalahuh, h.206-208.

15
‫ فهو مبتدع‬، ‫ ومن قال غري هذا‬، ‫ ويزيد وينقص‬، ‫إلميان قول ومعل‬

Maksudnya : Iman adalah ucapan pada lidah dan amalan dengan anggota sahaja , sesiapa

yang mengatakans elain daripada ini , dia adalah sesat. ( Al - Suyuui , Al - Lali ' Al - Masnu'ah,
Kitab al - Iman : 88 )

Umumnya, golongan Zindiq ini ialah kalangan mereka tidak mampu


menghancurkan Islam secara terbuka , lalu mereka memilih cara yang keji ini . Mereka
mencipta sejumlah hadith tujuan merosakkan Islam dan menyerangnya. Antara
golongan Zindiq yang dihukum bunuh ialah Muhammad bin Sa'id al - Syami . Dimana
antara Hadith Palsu yang beliau sandarkan kepada Nabi SAW ialah:

‫ ال نيب بعدي إال أن يشاء هللا‬، ‫أان خامت النبيني‬

Maksudnya: Daku adalah penutup sekalian Nabi , tidak ada Nabi selepasku kecuali siapa yang
Allah kehendaki. ( Al - Suyuti , al- Lali ' al - Masnu'ah, Kitab al - ' Ilm : 618)

Seterusnya adalah disebabkan sikap taksub atau fanatik terhadap negara, bahasa atau
golongan tertentu juga menjadi faktor pemalsuan hadith. Erti kata lain, golongan ini
memalsukan hadith ekoran mengikut hawa nafsu. Dimana golongan ini mengajak orang ramai
mengikuti mereka , seperti : Fanatik terhadap mazhab atau imam tertentu, golongan,
kelompok, kabilah atau suku - suku , negeri atau bahasa dan lain - lain. Justeru , terdapat
berbagai bentuk Hadith Palsu yang dicipta oleh golongan fanatik atau taksub ini, antaranya
ialah26:

Hadith Mawdu ' yang dicipta menyatakan cintakan negara sebahagian iman. Berbunyi:

‫حب الوطن من اإلميان‬

Maksudnya : Cintakan kepada negara sebahagian daripada iman . ( Mulla ' Ali al - Qari, Harf
al - Ha ' al Muhmalah : 164 )

26
Ajaj Al Khatib (1967). Usul Al hadith Ulumah Wa Mustalahuh, h.208-210.

16
Hadith Mawdu ' yang dicipta menyatakan tentang kelebihan bandar : Mekah , Madinah , Baitul
Maqdis dan Damsyiq27:

‫ وبيت املقدس ودمشق‬%‫ مكة واملدينه‬: ‫أربع مدائن من مدن اجلنة يف ادلنيا‬

Maksudnya : Empat bandar syurga yang terdapat di dunia , iaitu : Mekah , Madinah , Baitul
Maqdis dan Damsyiq . ( Al - Syawkani, Al - Fawa'id al - Majmu'ah : 1 )

Hadith Mawdu ' yang dicipta oleh golongan fanatik kepada imam tertentu , seperti : Abu
Hanifah.

‫ أبو حنيفة هو رساج بنيت‬%‫ وكنيته‬، ‫يكون يف أميت رجل امسه العامن‬

Maksudnya : Akan lahir kalangan umatku seorang lelaki bernama Abu Hanifah , dia adalah
penerang ( lampu ) umatku . ( Ibn al - Jawzi, al - Mawdu'at, Bab Fadal Abi Hanifah : 774 )

Hadith Mawdu ' yang dicipta oleh golongan yang membenci imam tertentu , seperti : Al -
Syafi'i.

‫يكون من أميت رجل يقال هل محمد بن إدريس أرض عىل أميت من إبليس‬

Maksudnya : Dan akan ada dari kalangan umatku seorang lelaki bernama Muhammad bin
Idris ( al - Syafi'i ) , fitnahnya terhadap umatku lebih bahaya daripada iblis. ( al - Fattani ,
Tazkirah al - Mawdu'at : 731 )

Hadith Mawdu ' yang dicipta oleh golongan yang membenci bahasa tertentu , seperti : Parsi 28.

%‫أبغض الالكم إىل هللا الفارسييه‬

Maksudnya : Percakapan yang paling Allah benci ialah : Pars . ( al - Syawkani, Al - Fawa'id al -
Majmu'ah : 1216 )

Hadith Mawdu ' yang dicipta oleh golongan yang fanatik kepada bangsa dan kaum tertentu ,
seperti : Arab dan kaum Quraisy29.

27
Muhamad bin Ali Al Syawkani (1892H), Al Fawaidh Al Majmuah Fi Al Hadith Al Mawdu’ah, h.428.
28
Ibid. h 414
29
Ibid h. 414

17
‫ وخري‬, ‫ وخري قریش بنو هاشمی خري النايس العرب‬, ‫العرب قریش‬

Maksudnya : Sebaik - baik manusia bangsa Arab , sebaik - baik Arab kaum Quraisy dan sebaik -
baik Quraisy ialah Bani Hasyim. (Al - Syawkani, Al - Fawa'id al- Majmu'ah : 1215 )

Hadith Mawdu ' yang dicipta oleh golongan yang fanatik terhadap bahasa tertentu, seperti:
Parsi.

‫إن الكم اذلين‬

‫ وإ ذا أوى أمرا فيه شيئة أوحه ابلعربية‬، ‫ يرس أوحه ابلفارسية‬%‫ وأن هللا إذا أوى أما فيه‬، ‫حول العرش ابلفارسية‬

Maksudnya : Sesungguhnya bahasa para Malaikat yang berada di sekitar ' Arasy adalah bahasa
Parsi. Dan apabila Allah mewahyukan sesuatu hal yang sifatnya lembut, maka Dia
mewahyukannya dengan bahasa Parsi . Namun jika wahyu itu bersifat keras, maka Dia ( Allah )
menggunakan bahasa Arab. ( Al - Suyuti, al - Lali al - Masnu'ah: 27 )

Terdapat pula Hadith Mawdu ' yang dicipta oleh golongan yang fanatik kepada bahasa Arab.

‫الكم أهل اجلنة ابلعربية‬

Maksudnya : Percakapan penghuni syurga menggunakan bahasa Arab . ( Ibn al - Jawzi, al -


Mawdu'at : 1402 )

Terdapat sesetengah tukang cerita ( ‫ )قصاص‬yang berusaha mencari rezeki dengan

menyampaikan Hadith Palsu kepada orang ramai . Dimana mereka sengaja membawa cerita -
cerita yang menghiburkan dan pelik sehingga orang ramai memberi perhatian dan
menghulurkan hadiah atau habuan tertentu kepada mereka , antara mereka ialah : Abu Sa'id al
- Mada'ini30. Selanjutnya, terdapat juga kalangan Tukang Cerita tersebut mencipta hadith tujuan
mencari pengaruh dan kemasyhuran31. Dimana bentuk dan caranya ialah dengan
mengemukakan hadith- hadith pelik.

Antara lain , mereka juga menukarkan sanad hadith supaya kelihatan ganjil . Erti kata
lain , penciptaan kisah dan riwayat yang direka oleh tukang cerita dengan menyandarkannya

30
Al Suyuti, Jalal Al-Din Abd Rahman (1972), Tahzir Al Khawas Min Akazib Al Qussas, T.T.P: Al maktab Al Islami
31
Ajaj Al Khatib (1967). Usul Al hadith Ulumah Wa Mustalahuh, h.210-212.

18
kepada Nabi SAW untuk menarik orang ramai mendengar cerita dan riwayat mereka bawa 32.
Sebagai contoh Hadith Mawdu yang diciptakan ialah :

Hadith Mawdu ' mengenai kelebihan memakai cincin permata Yakut:

‫ختمتواابلياقوت فإنه ينفي الفقر‬

Maksudnya : Pakailah cincin perkata Yakut , kerana ia boleh menghindari kepapaan . ( Ibn al -
Jawzi , al- Mawdu'at : 1377 )

Hadith Mawdu' mengenai kapal Nabi Nuh tawaf di Kaabah :

‫إن سفينة نوح طافت ابلبيت سبعا وصلت خلف املقام ركعتني‬

Maksudnya : Sesungguhnya kapal Nabi Nuh tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan dan
solat di Maqam Ibrahim dua rakaat.( Ibn al -Jawzi, al - Mawdu'at : 161 )

Disamping itu, muncul juga pencipta Hadith Palsu kalangan mereka yang bertujuan
menyokong fahaman dan mazhab. Dimana setiap kumpulan menciptakan hadith masing -
masing bagi menyokong fahaman mereka, sebagai contohnya 33 :

Golongan Syiah mencipta Hadith Palsu tentang kelebihan Ali. Anntaranya :

‫من مل يقل عىل خري الناس فقد كفر‬

Maksudnya : Sesiapa tidak berkata Ali sebaik - baik manusia , ia kafir . (Ibn al - Jawzi , al -
Mawdu'at : 555 )

Pertelingkahan pendapat dalam masalah Fiqh juga Ilmu Kalam menyebabkan mereka mencipta
Hadith Palsu. Antaranya34 :

Hadith Mawdu ' tegahan mengangkat tangan ketika solat :

‫من رفع يديه فال صالة هل‬

32
Muhamad Al Sabbagh (1972), Ahadith Al Qusas, T.T.P.: Al maktab Al Islami, cet. 1, h. 6.
33
Ajaj Al Khatib (1967). Usul Al hadith Ulumah Wa Mustalahuh, h.215-216.
34
Ibn Al Salah, Abu Amur Uthmaan Ibn Abd Al Rahman Al Syahrazuri (1972) Al Madhkal Ila Ulum Al Hadith, h.44.

19
Maksudnya : Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika solat , tidak sah solatnya. ( Ibn
al Jawzi , al - Mawdu'ah: Bab al - Nahy ' An Raf'i al - Yadain Fi al - Solah Illa ' lnd al - Iftitah )

Hadith Mawdu ' tentang Al - Qur'an bukan makhluk:

‫ فقد كفر‬، ‫من قال القرآن خملوق‬

Maksudnya : Sesiapa berkata Al - Qur'an makhluk ia kafir. (Al - Suyuti, al - Lali 'al - Masnu'ah,
Kitab al-Tauhid :2)

Faktor lain juga adalah disebabkan kejahilan dan pengetahuan tentang Islam tidak
begitu dalam, namun niat dan tujuan untuk membela agama menyebabkan golongan ini
mencipta Hadith Palsu, antaranya: Ahli Sufi. Erti kata lain , terdapat golongan yang
memalsukan hadith yang menurut sangkaan mereka ia dianjurkan dalam agama.

Selain itu, terdapat juga sekumpulan ahli Bidah yang dikenali sebagai : Al - Karamiyah.
Dimana mereka mendakwa harus mencipta hadith - hadith berhubung galakan dan ancaman.

( ‫) الرتغيب والرتهيب‬Mereka beralasan ingin mendekatkan diri kepada Allah . laitu dengan mencipta
hadith - hadith yang menggalakkan manusia kepada kebajikan dan hadith - hadith yang
menakutkan melakukan kemungkaran.

Oleh itu , disebabkan kejahilan mereka bertindak mencipta Hadith Palsu mengenai kelebihan
sesuatu amalan, sesebuah surah Al Quran dan lainnya. Mereka juga mencipta hadith palsu
tentang keutamaan amalan sunat dan lain-lain. Justeru, golongan ini mengharuskan mencipta
hadith palsu dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, antara hadith yang dicipta ialah 35:

Hadith Mawdu’ mengenai kelebihan memandang wajah elok :

‫النظر إىل وجه العامل عبدة‬

Maksudnya : Memandang kepada wajah orang alim suatu ibadat . ( al - Syawkani, Al - Fawa'id al
-Majmu'ah : 52 )

Hadith Mawdu ' mengenai kelebihan berfikir36:

35
Salih Al Subhi (1988), Ulum Al Hadith Wa Mustalahuh, h.35.
36
Ibid

20
‫فكرة ساعة خري من عباير ستني سنة‬

Maksudnya : Berfikir satu saat lebih baik daripada ibadat enam puluh tahun . ( al - Syawkani ,
al - Fawa'id al - Majmu'ah : 75 )

Konteks tersebut , apabila golongan ini diingatkan bencana yang akan menimpa mereka akibat
mencipta Hadith Palsu menerusi sabda Nabi :

‫ فليتبوأ مقعده من النار‬، ‫من كذب عيل متعمدا‬

Maksudnya : Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja , hendaklah dia
mempersiapkan tempat duduknya di Neraka. ( Muslim , Tahzir al - Kazib : 4 )

Dimana mereka menjawabnya dengan berkata : Kami tidak berbohong untuk merosakkan nama
Baginda atau syariat Nabi , tetapi kami berbohong untuk membela Baginda SAW .

Sebahagian mereka yang lemah iman juga akan menjadi pengampu atau berusaha
mendekatkan diri kepada raja, pemimpin dan pemerintah dengan mencipta hadith yang sesuai
dengan kehendaknya.

Golongan ini kadang kala terdiri kalangan mereka yang berpengetahuan agama , tetapi
sanggup menukar dan menjual beli agama dengan habuan dunia yang sedikit. Sebagai
contohnya, kisah Ghiyath bin Ibrahim al - Nakha'l al - Kufi dengan al - Mahdi ketika beliau
datang menemui al Mahdi yang sedang bermain - main dengan burung merpati.

Lantaran itu beliau membawakan Hadith Palsu dengan menambahkan perkataan burung
merpati ) demi Khalifah al - Mahdi serta dikaitkan sanadnya kepada Rasulullah SAW:

‫ از تصل أو جناح‬، ‫ از خار‬، ‫ال سبق إال يف حف‬

Maksudnya: Tidak boleh mengadakan perlumbaan ( pertarungan ) kecuali naik unta, kudo,
ponah - memanah atau bermain burung. (Al - Shawkant, Al - Fawa'ld at Mamu'ah : 504)

5.0 HUKUM MERIWAYAT HADITH MAWDU’

21
Umat Islam telah ijmak bahawa hukum mencipta dan meriwayatkan hadith maudhu’
dengan sengaja adalah haram, untuk apa tujuan sekalipun, sama ada dalam perkara-perkara
hukum-hukum syarak, cerita-cerita, targhib dan tarhib dan sebagainya melainkan (jika
meriwayatkannya) hendaklah menyatakan kedudukan hadith tersebut adalah
maudhu’37.Menyalahi ijmak ini adalah sekumpulan ahli bid’ah iaitu kumpulan Karramiyah, di
mana mereka mengharuskan mencipta hadith-hadith yang menggalakkan kepada kebaikan
(targhib), menakutkan kepada kejahatan (tarhib) dan menggalakkan kepada kezuhudan.
Pendapat mereka ini pula diikuti oleh sekumpulan yang jahil yang dikenali dengan nama al-
Zuhhad (golongan zuhud), dengan anggapan mereka untuk menggalakkan orang ramai kepada
kebaikan38.

Pendapat mereka ini adalah suatu kesilapan yang berlaku hasil daripada kejahilan mereka
kerana targhib dan tarhib itu termasuk dalam kategori hukum-hukum syarak. 39 Lebih jelas lagi
Nabi SAW telah pun memberi peringatan terhadap orang-orang yang berbohong di atas nama
baginda secara umum tanpa membataskannya kepada perkara-perkara tertentu, seperti mana
sabdanya, “Sesungguhnya pembohongan di atas namaku tidak seperti pembohongan ke atas
sesiapapun. Sesiapa yang berbohong di atas nama aku, maka dia dengan sengaja menempah
tempatnya di dalam neraka”, “Janganlah kamu berbohong di atas namaku, kerana
sesungguhnya orang yang berbohong ke atasku akan masuk neraka”.

Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak ada perbezaan di antara berbohong di dalam
perkaraperkara yang berkaitan dengan hukum dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
targhib dan tarhib. Semuanya haram dan termasuk di dalam salah satu daripada dosa-dosa
besar. Lebih-lebih lagi ulama juga telah ijmak bahawa haram untuk seseorang itu berbohong di
atas nama seseorang, maka bagaimana pula boleh diharuskan berbohong ke atas seorang yang
diturunkan wahyu kepadanya40. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat di kalangan
ahli Sunnah wal Jamaah berkenaan dengan kedudukan orang yang mencipta hadith tersebut,
adakah dia menjadi kafir dengan perbuatannya itu dan adakah periwayatannya diterima
kembali sekiranya dia bertaubat. Mengikut Jumhur Ahli Sunnah orang yang mencipta hadith-
hadith maudhu’ tidak menjadi kafir dengan pembohongannya melainkan dia menganggap

37
Ushlu al-Hadits, h. 427
38
Ibid
39
Ibn Al Jawzi, Abu Al Faraj Abd Al Rahman bin Ali (19950, Kitab Al Mawdu’at, Beirut: Dar Al Kutub Al Ilmiyyah,
cet.,1, Juzuk: 1, h. 154-155.
40
Muhamad Bin Ali Al Syawkani (1392H), Al Fawaid Al Mujmuah Fi Al Ahadith Al Mawdu’ah

22
perbuatannya itu halal. Tetapi mengikut Abu Muhammad al-Juwaini, ayah kepada Imam al-
Haramain Abu al-Ma’ali (W478H), salah seorang daripada tokoh dalam mazhab Syafie, orang
tersebut menjadi kafir dengan melakukan pembohongan tersebut secara sengaja dan boleh
dijatuhkan hukuman bunuh. Pendapat ini dianggap lemah oleh Imam al-Haramain sendiri 41.

Seseorang yang berdusta ke atas Nabi walaupun hanya satu hadith sahaja, ia telah
menjadi fasik dan riwayat-riwayatnya yang lain juga ditolak dan tidak boleh dijadikan hujah.
Sekiranya ia bertaubat dan taubatnya telah mengelokkannya, sebahagian daripada ulama
seperti Ahmad bin Hanbal, Abu Bakar al-Humaidi (W219H) (guru Imam Bukhari dan rakan
Imam Syafie), Abu Bakar al Sairafi (W330H) (salah seorang fuqaha` mazhab Syafie), ashabul
wujuh dalam mazhab Syafie dan fuqaha’ mutaqaddimin dalam usul dan furu’ mengatakan
bahawa taubatnya tidak memberi kesan dan tidak boleh diterima riwayatnya buat selama-
lamanya, bahkan kesalahannya itu dikekalkan ke atasnya sampai bila-bila. 42

Walaubagaimanapun mengikut Imam Nawawi (W677H) pendapat kumpulan ulama ini


lemah kerana bercanggah dengan kaedah syarak. Mengikut pendapat yang dipilih oleh beliau
ialah sah taubatnya secara pasti dan riwayatnya boleh diterima selepas dia bertaubat apabilah
sah taubatnya mengikut syarat-syarat taubat yang sedia maklum. Beliau berdasarkan dengan
apa yang diijmakkan oleh ulama bahawa sah riwayat orang-orang yang kafir selepas mereka
memeluk Islam dan kebanyakan sahabat adalah dahulunya kafir kemudian mereka memeluk
Islam dan persaksian mereka adalah diterima sedangkan tidak ada perbezaan di antara
persaksian dan periwayatan43.

Sebagaimana ijmak ulama mengatakan haram mencipta hadith-hadith maudhu’, ulama


juga telah ijmak bahawa haram meriwayatkan atau menyebarkan hadith-hadith maudhu’ bagi
seseorang yang mengetahui dengan yakin atau zann kedudukan hadith tersebut adalah
maudhu’. Sesiapa yang meriwayatkan dan menyebarkan juga hadith-hadith maudhu’ dalam
keadaan mengetahui dengan yakin atau zann kedudukan hadith tersebut dan tidak
menerangkan kedudukannya itu, ia termasuk di dalam kumpulan pendusta di atas nama
Rasulullah s.a.w dan ini telah dijelaskan oleh hadith yang sahih maksudnya , “Sesiapa yang
menceritakan satu hadith daripada aku dan dia berat sangka bahawa hadith itu adalah dusta,

41
Ibid
42
Ibid
43
Nur Al Din Ali bin Muhamad bin Sultan, Mulla Ali Al Qari (1986), Al Asrar Al Marfu’ah Fi Al Akhbar Al Mawdu’ah,
Beirut: Al Maktab Al Islami, cet. 2, h.377.

23
maka dia termasuk di dalam salah seorang pendusta ”. Oleh sebab itu, ulama mengatakan
sepatutnya bagi seseorang yang hendak meriwayatkan sesuatu hadith atau menyebutkannya
hendaklah dia mempastikan kedudukan hadith tersebut mestilah sahih ataupun hasan.

Manakala meriwayatkan hadith-hadith maudhu’ berserta dengan menyatakan kedudukan


hadith tersebut adalah maudhu’ tidak menjadi suatu kesalahan kerana dengan menjelaskan
kedudukan hadith tersebut membolehkan orang ramai membezakan di antara hadith yang sahih
dengan yang maudhu’ dan sekaligus dapat menjaga Sunnah daripada dimasuki oleh perkara-
perkara yang tidak benar44.

6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, sewajarnya semua umat Islam perlu peka dan mengambil
perhatian yang serius terhadap perkara dasar dalam agama kita. Para agamawan juga perlu
lebih serius memastikan keaslian syariat Islam agar terus bebas daripada sebarang pemalsuan
buat selama - lamanya. Kegagalan kita mempertahankan keaslian hadith - hadith Nabi SAW ,
menyebabkan umat Islam generasi mendatang akan terdedah kepada bidaah dan khurafat
yang ditentang oleh Rasulullah SAW. Dengan dikemukakan tentang faktor berlakunya
penyebaran hadith - hadith palsu ini dan ciri-ciri hadith mawdu’, membolehkan kita lebih berhati
- hati dalam aspek penyebarannya . Ianya menjadi kewajipan kepada umat Islam agar
menyemak terlebih dahulu hadith yang hendak disampaikan kepada orang ramai bagi
mengelakkan kita tidak terjebak kepada pendustaan atas nama Nabi Muhammad SAW.

RUJUKAN

Abdul Fatah Abu Ghudah, op.cit, h.45; Muhammad Abu Syahbah.

Ajaj al Khatib (1967) Usul Al hadith Ulumah Wa Mustalahu, h. 182 dan 183.

Al-Imam al-Nawawi, Muqaddimah Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Bab Taghliz al-Kizb ala
Rasulillah, hadith no.3

Al Suyuti, Jalal Al-Din Abd Rahman (1972), Tahzir Al Khawas Min Akazib Al Qussas, T.T.P: Al
maktab Al Islami
44
ibid

24
Aslamiah, R. (2017). Hadis maudhu dan akibatnya. Al-Hiwar: Jurnal Ilmu dan Teknik Dakwah

Afwadzi B. Kritik Hadis dalam Perspektif Sejarawan. Mutawatir: Jurnal Keilmuan Tafsir Hadith.
2017 Jun 1;7(1):50-75.

Hanapi, M. S., & Mokthar, W. K. A. W. (2016). Pengaplikasian Kaedah Hadith Al-Mawdu ‘iy
Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 1(3), 132-142.

Ibn Al Jawzi, Abu Al Faraj Abd Al Rahman bin Ali (19950, Kitab Al Mawdu’at, Beirut: Dar Al
Kutub Al Ilmiyyah, cet.,1, Juzuk: 1

Mubarak bin Muhamad bin Hamad Al Da ailij (2000) Al Wad’u Fi Al Hadith, Al Riyadh:
Maktabah Al Malik fahd Al Wataniah.

Mubarak bin Muhamad bin Ahmad Al Dailij (2000), Al Wad’u Fi Al Hadith.

Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudhuat fi Kutub al-Tafsir

Muhammad Abu Syahbah.

Muhamad Ali Al Syawkani (1392H) Al Fawaidh Al Mujmuah Fi Al Hadith Mawdhu’ah

Muhamad Al Sabbagh (1972), Ahadith Al Qusas, T.T.P.: Al maktab Al Islami, cet. 1, h. 6.

Nur Al Din Ali bin Muhamad bin Sultan, Mulla Ali Al Qari (1986), Al Asrar Al Marfu’ah Fi Al
Akhbar Al Mawdu’ah, Beirut: Al Maktab Al Islami, cet. 2, h.377.

Said Ramadhan al-Buti, Fiqh al-Sirah

Salih Al Subhi (1988), Ulum Al Hadith Wa Mustalahuh

25

Anda mungkin juga menyukai