Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR: NUR AFIQAH NADHRAH BINTI ALI HASSAN

NO MATRIK: BA19110404

PROGRAM: PENDARASAN ISLAM

NAMA PENSYARAH: DR. USTAZAH HJH SUHAILAH ABD MUIN

MATA PELAJARAN: ULUM AL HADITH

KOD KURSUS: AI20703

TAJUK TUGASAN 2: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ZAMAN TADWIN AL


HADIS DAN KEPENTINGANNYA KEPADA UMAT ISLAM

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PENGERTIAN TADWIN DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH 5

3.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ZAMAN TADWIN AL-HADITH 5

3.1 TADWIN HADITH ZAMAN TABI’IN 5

3.2 TADWIN HADITH PADA ZAMAN MUTA’AKKHIRIN DAN SEMASA 9

4.0 FAKTOR TADWIN AL-HADITH 15

5.0 KEPENTINGAN TADWIN AL- HADITH KEPADA UMAT ISLAM 16

6.0 PENUTUP 17

RUJUKAN 18

2
1.0 PENGENALAN

Mempelajari hadis dapat mewujudkan rasa cinta Umat Islam kepada Rasulullah SAW,
kerana hanya dengan mempelajari hadis dan sunnahnya, umat islam akan mengenal,
memahami, sekaligus mempraktikan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan sehari-hari.
Penulisan hadis pada zaman Nabi SAW Sesungguhnya hadith-hadith yang membuktikan adanya
penulisan hadits sejak zaman Nabi SAW terhitung banyak jumlahnya perintah menulis hadis ini
antara lain didasarkan pada riwayat Abu Dawud dari Ibnu Umar:

‫ أكتب غي فو اذلي نفيس بيده ما خرج من مفی إال حق‬: ‫عن ابن معر ريض هللا عنه أن النيب صىل هللا عليه وسمل قال‬

Maksudnya: Dari Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:Tuliskanlah dariku,


demi Tuhan yang diriku ada dalam lindunganNya, tidaklah segala ucapanku yang keluar
dari mulutku kecuali yang haq (benar) adanya
(HR Abu
Dawud,tth:318)

Meskipun di kalangan orientalis tidak ada kaitan antara mempelajari ilmu hadis dengan
perwujudan kecintaan kepada Nabi Muhammad. Oleh kerana itu, penelitian sekaligus analisis
terhadap hadis sangat diperlukan agar motivasi buruk yang biasanya muncul dari kaum
orientalis dalam memepelajari ilmu hadis dapat dibendung secara ilmiah. 1

Suasana dan keadaan berubah selepas Islam berkembang pesat serta jajahan Islam
bertambah. Justeru, mulalah timbul pelbagai perselisihan dalam kalangan muslimin, khasnya
setelah kemunculan puak-puak dan aliran mazhab, seperti: aliran Syiah, Khawarij, Ahli Sunnah
Wal Jamaah, dan Muktazillah yang menyentuh isu politik kemudian merebak pula kepada isu
akidah. Lantaran itu, lahir Hadith Palsu yang sengaja direka untuk kepentingan puak dan
menyokong aliran dan fahaman mereka.

Bagi menangani masalah yang timbul, ulama hadis mula mengkaji dan melakukan usaha
yang bersungguh-sungguh untuk menapis dan meneliti kebenaran sesebuah riwayat. Usaha
murni yang dirintis oleh khalifah Umar bin Abd Aziz diteruskan pula oleh khalifah Abu Ja’far Al
Mansur. Di mana beliau mengarahkan Imam Malik bin Anas agar menyusun sebuah kitab

1
Mustafa Hasan, Ilmu Hadis, (Bandung: Pustaka Setia, 2012), 5

3
berkaitan hokum-hukum Fiqh yang berlandaskan hadis nabi. Berkat usaha gigih Imam Malik,
terhasil kitab Al-Muwatta yang berkekalan hingga ke hari ini.

Zaman Tadwin merupakan period ke empat dalam sejarah Perundangan Islam yang juga
dikenali dengan zaman pembukuan serta kematangan Fiqh. Ia bermula pada awal kurun kedua
Hijrah dan berakhir pada pertengahan kurun keempat Hijrah, yang berlangsung lebih kurang
selama 250 tahun. Zaman penuh kegemilangan tersebut dikenali sebagai Zaman Tadwin kerana
pada waktu berlaku secara meluas kegiatan mengumpulkan dan membukukan berbagai jenis
ilmu, seperti: Fiqh, Hadis, Fatwa, Usul al-Fiqh juga Tafsir. Waktu itu juga munculnya para imam
mujtahid yang sekaligus bertindak sebagai Imam Mazhab Sunni utama, seperti: Imam Abu
Hanifah, Imam Malik ibn Anas serta Imam Syafi’i.

Apa yang pentingnya, waktu itu Fiqh Islam mulai berkembang pesat serta lahir berbagai
aliran Fiqh di wilayah Islam, seperti: Mesir, Syam, Hijaz juga Iraq. Namun begitu, antara aliran
Fiqh yang paling berpengaruh serta tersebar secara meluas ialah: Madrasah al-Ra’yi di Kufah
dan Basrah, Iraq serta Madrasah Hadis di Madinah dan Mekah, Hijaz. Justeru,pada zaman
tersebut pintu ijtihad terbuka luas serta mulai terbentuk penetapan hukum-hukum berdasarkan
andaian. Seterusnya pada zaman tersebut telah bertambah secara mendadak koleksi
perbendaharaan fatwa yang diistinbatkan oleh para mujtahid Mutlak serta para sahabat
mereka, seperti: Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan al-Syaibani dari kalangan Mazhab
Hanafi serta al-Muzani dan al-Buwaiti kalangan mazhab Syafi’i.

2.0 PENGERTIAN TADWIN DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH


Tadwin atau Kodifikasi Hadis yang dimaksudkan disini ialah: Pembukuan hadis secara
rasmi atau Tadwin al Hadith Rasmiyyan 2. Di mana ia berbeza dengan penulisan Hadith atau
Kitabah al Hadith. Oleh itu, Tadwin Al Hadith sudut bahasa beerti:Perakaman, penulisan dan
pembukuan. Selain itu, penghimpunan, pengumpulan serta penyusunan atau penyusunan
menurut aturan atau system tertentu.

Seterusnya sudut istilah, Tadwin al Hadith membawa maksud:Penulisan hadith Nabi


yang dilakukan oleh pemerintah yang disusun menurut aturan dan sistem tertentu yang diakui
oleh masyarakat. Untuk itu, tadwin bukanlah semata-mata beerti: Penulisan, namun ia
mencakupi penghimpunan, pembukuan dan pendokumentasian.

2
Jannah, W. (2020). Pengertian hadist tematik dan sejarah perkembangan.

4
Justeru, terdapat perbezaan antara Kodifikasi atau Tadwin Al Hadith secara rasmi
dengan penulisan Hadith. Antaranya:

1. Kodifikasi atau Tadwin al-Hadith secara rasmi dilakukan oleh suatu Lembaga khusus
yang diakui oleh masyarakat, sedangkan penulisan hadith boleh dilakukan oleh individu
atau peseorangan.
2. Kegiatan Kodifikasi Hadith bukan hanya sekadar menulis, tetapi ia juga meliputi aktiviti
mengumpul, menghimpun atau membukukannya atau mendokumentasikannya.
3. Tadwin al-Hadith dilakukan secara umum yang melibatkan segala peringkat yang
dianggap menyeluruh terhadapnya, sedangkan penulisan hadith dilakukan oleh orang
tertentu.3

3.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ZAMAN TADWIN AL-HADITH

3.2 TADWIN HADITH ZAMAN TABI’IN


Pada zaman Tabi’in, telah merebak dan meluas Hadith palsu. Erti kata lain, ia mulai
muncul setelah umat Islam berpecah menjadi beberapa golongan. Iaitu perselisihan yang
asalnya berorientasikan politik telah berubah menjadi perselishan keagamaan, seperti:
Khawarij, Syiah dan Murji’ah.

Dimana Tadwin Al-Hadith secara rasminya adalah rancangan untuk mengumpulkan


hadith pertama kalinya dicetus oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab. Namun dengan berbagai
pertimbangan, Hasrat tersebut tidak dilaksanakan. Alasan utamanya kerana waktu itu
masih berlangsung pengumpulan Al Quran.4 Majoriti Ulama Hadith menyatakan bahawa
Tadwin al- Hadith secara rasmi bermula awal abad ke 2H. Iaitu masa khalifah Umar Ibn
Abd Al- Aziz. Di mana beliau telah memerintahkan kepada semua gabenor dan ulama di
wilayah kekuasaannya untuk mengumpulkan hadith-hadith nabi.5

Sebagai bukti perintah khalifah Umar Abd Al-Aziz tersebut ialah beliau mengarahkan
Ibnu Syihab Al- Zuhri menerusi surat yang antara lain isi kandungannya: Perhatikanlah
hadith Rasulullah SAW lalu tulislah kerana daku bimbang lenyapnya ilmu itu dan hilangnya
para ahlinya.
3
t.n (2000),Dilema Umat Islam- Antara Hadis dan Quran, Risalah No 2, Pulau Pinang: Forum Iqra’ Berhad.
4
Muhamad Mustafa Al A’adzamy (1981), Dirasat Fi Al Hadith Al Nabawiy Wa Tarikh Tadwinuhu, Riyadh: Syarikat
Al- Tiba’ah Al Arabiah Al Saudiah, Juzuk :2, cet. 3,h. 392 dan 393.
5
Mubarak bin Muhamad bin Hamad al- Da’ailili (2000), Al Wad’u Fi Al Hadith, Riyadh: Maktabah al Malik Fahd Al
-Wataniyah, cet,1.

5
Selain itu, beliau juga mengarahkan Abu Bakar Muhamad Ibn Amr Hazm yang antara lai
menyatakan: Tuliskan kepadaku hadith dari Rasulullah yang ada padaamu dan hadith yang
ada pada Amrah binti Abd Rahman (m.98H) serta al-Qasim bin Muhamad bin Abu Bakar al-
Sidiq (m.107H)6

Dimana kedua-dua merupakan murid kepada Aisyah binti Abu Bakr dan berada di
Madinah. Namun begitu, bukti penulisan, pengumpulan serta peninggalan yang
dilaksanakan oleh Abu Bakr Muhamad Ibn Amr Ibn Hazm tidak diperolehi hingga kini. Erti
kata lain, penulisan hadith yang sudah ada tetapi belum selesai ditulis pada masa Nabi,
baru diusahakan kodifikasinya secara rasmi pada awal abad ke-2H. Iaitu diusahakan oleh
Syihab al Zuhri pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz.

Justeru, Ibnu Syihab Al Zuhri (m.124H) merupakan orang mula-mula mengumpulkan


hadith dalam satu kitab dan menyalinnya untuk dihantar kepada berbagai wilayah,
sebagaimana pernyataannya: Umar bin Abd Aziz memerintahkan kepada kami
menghimpunkan hadith, lalu kami meulisnya menjadi beberapa buku. Kemudian beliau
mengirimkan satu buku kepada setiap wilayah yang berada dalam kekuasaannya . Berkat
usaha gigih Ibnu Syihab Al Zuhri serta ekoran terdapat bukti peninggalan, beliau dianggap
sebagai seorang orang pertama yang bertindak mengumpulkan serta menyusun hadith
Nabi SAW.

Sememangnya terdapat perbezaan dalam pengumpulan hadith dengan Al-Quran.


Dimana hadith mengalami masa yang lebih Panjang berbanding dengan Al Quran yang
hanya memerlukan waktu yang pendek. Apa yang dimaksudkan dengan penyempurnaan
Tadwin Al Hadith di sini adalah tahap-tahap yang ditempuh dalam sejarah pembinaan dan
perkembangan hadith zaman Tabi’in dan selepasnya sehingga wujudnya kitab-kitab hadith
yang dapat disaksikan sekarang ini.

Lalu, munculnnya kitab himpunan hadith. Walaupun Khalifah Umar bin Abd Aziz telah
meninggal dunia, namun kegiatan penghimpunan hadith terus berlangsung selepas itu.
Dimana sekitar pertengahan abad ke 2H telah muncul berbagai kitab himpunan hadith di
berbagai wilayah. Namun begitu, ulama berbeza pendapat tentang karya siapa yang
muncul terlebih dahulu, iaitu:7
6
Muhamad Adib Salih (1997) Lamahat Fi Usul Al- hadith, Beirut: Al Maktab al-Islami, cet,6
7
Muhamad bin Ali Al Syawkani (1392H), Al Fawaid Al Majmuah Fi Al Hadith Al Mawduah, Beirut: T.P., cet.2.

6
1. Ada mengatakan yang paling awal muncul adalah, karya: Abd Malik bin Abd Al Aziz
bin Juraij Al Bisri (m.150H)
2. Ada yang menyatakan karya: Imam Malik bin Anas (179H). Hal itu kerana karya
Imam Malik yang dikenali dengan nama: Al Muwatta’ masih wujud sampai sekarang.
Iaitu di dalamnya terdapat 1726 hadith dari Nabi, Sahabat dan Tabiin.

Menurut hasil penilitian ulama, daripada jumlah 1726 hadith itu pula dipecahkan kepada
beberapa kategori, iaitu:

1. Sejumlah 600 Musnad.


2. Sejumlah 228 Mursal.
3. Sejumlah 613 Mawquf.
4. Sejumlah 285 Maqtu’.

Seterusnya, sudut sanad hadithyang terkandung di dalamnya ada yang sahih, Hasan dan Dhaif.
Namun begitu, setengah ulama mengatakan kitab Al-Muwatta’ belum termasuk kategori kitab
hadith, antara sebabnya belum mencakupi seluruh hadith yanag ada, lebih menekankan pada
hokum dan pelaksanaan ibadah serta kurang mengarah kepada penyelidikan dan
penghimpunan hadith. Serta tidak hanya mengandungi hadith, tetapi juga fatwa sahabat, fatwa
Tabi’in dan amalan masyarakat Islam Madinah.

Manakala karya-karya ulama berikutnya disusun berdasarkan nama sahabt sebagai


periwat hadith. Karya yang berbentuk demikian ini dikenali dengan Al Musnad, jamak al
Masanid. Ulama ulung yang Menyusun kitab al Musnad ialah Abu Daud (m.204H), kemudian
diikuti oleh Abu Bakr Abdullah bin Al Zubair Al Humaidi (m.219H), seterusnya Ahmad bin Hanbal
(m.241H)8. Dimana berbagai hadith yang terhimpun dalam kitab-kitab hadith tersebut. Iaitu ada
yang bertaraf Sahih dan ada yang tidak sahih. 9

Pada abad ke-3H dan 4H ini mulai dibuat kaedah-kaedah dan syarat -syarat untul
menentukan apakah suatu hadith itu Sahih atau Da’if. Seterusnya, para periwayat hadith itu
sahih atau Dai’f dengan Sahih ataupun hadith yang Maudu’ masih bercampur dengan Sahih.

8
Muhamad mahfuz bin Abd Allah Al Tirmisi (1974), Manhaj Zawi Al Nazar,Indonesia: Maktabah Ahmad bin S’ad,
cet.3.
9
Muhamad tamir dan Abd Al Aziz Mustafa (t.t), Al Ahadith Al Qudsiyah Al Sahihah Wa Syuruhuha, Mesir: Dar Al
Taqwa.

7
Justeru, pada abad ke-3H dan ke 4H ini mulai dibuat kaedah-kaedah dan syarat-syarat
untuk menentukan apakah suatu hadith itu sahih atau Daif. Seterusnya, para periwayat hadith
juga tidak terlepas daripada sasaran untuk diteliti sudut: Kejujuran dan keadilan atau Thiqah,
kekuatan hafazan atau dobit dan lainnya.

Zaman ini merupakan zaman kegemilangan dalam pembukuan hadith, sebagai


contohnya: Munculnya dua kitab Sahih yang dikira paling autoriti. Iaitu yang menghimpunkan
hadith-hadith Sahih yang dikenali dengan Kitab Sahih Al Bukhari (m.256H) dan Sahih Muslim
(m.261H)10

Seterusnya, ia disusuli oleh empat buah kitab Sunan. Iaitu kitab hadith yang disusun
berdasarkan bab, seperti bab Fiqh. Namun begitu, empat buah kitab Sunan tersebut majoritinya
hanya menghimpun hadith marfu’ sahaja, iaitu Sunan Ibnu Majah (m.273H), Sunan Abu Daud
Al Sijistani (m.275H), Sunan Al Tirmizi (m.279H) dan Sunan Al Nasai’e (m. 304H).

Keenam-enam kitab hadith tersebut kemudian dikenali dengan Kutub As-Sittah yang
dikira sebagai sumber hadith yang utama dan paling dipercayi, biarpun masing-masing kitab
tersebut memiliki martabat yanag berbeza. Sehubungan dengan itu, ulama hadith
menumpukaan pemeliharaan hadith Nabi SAW sebagai usaha mempertahankannya. Seterusnya
ulama melakukan pengkelasan hadith yang disandarkan kepada para sahabt atau hadith
mawquf dan yang disandarkan kepada Tabi’in atau hadith Maqtu’ serta pembahagian hadith
kepada: Sahih, Hasan, dan Dai’f.

Sebagai rumusannya, bentuk penyusunan kitab hadith zaman Tabiin yang utamanya
adalah Kitab Sahih. Iaitu kitab ini majoritinya menghimpun hadith -hadith Sahih, manakala yang
tidak Sahih tidak dimasukkan ke dalamnya yang termasuk dalam kitab Sahih ialah Sahih Al
Bukhari dan Sahih Muslim. Selain itu, Kitab Sunan. Di mana dalam kitab ini selain dijumpai
hadith- hadith Sahih, juga dijumpai hadith yang bertaraf Daif dengan syarat tidak terlalu lemah
dan tidak munkar. Kitab hadith yang termasuk kategori ini ialah Sunan Abu Daud, Tirmizi,
Nasai’e dan Ibnu Majah11 dan Kitab Musnad. Iaitu di dalam kitab ini juga dijumpai hadith-
hadith yang disusun berdasarkan urutan kabilah, seperti: Mendahulukan bani Hasyim daripada

10
Muhamad Murtada Al Husainiy, Al Zabidi (1985), Luqat Al-Lali’ Al Muthanathira Fi Al Ahadith Al Mutawathirah,
Beirut. Dar al-Kutub al Illmiyyah, cet.1.
11
Muhamad Al Mustafa Al Adzamiy (1981), Dirasat Fi Al hadith Al nabawiy Wa Tarikh Tadwinuhu, Riyadh: Syarikah
Al Tiba’ah Al Arabiah Al Saudiah, Juzuk 2. Cet.,3.

8
selainnya. Ada juga yang menurut urutan lainnya, seperti: Huruf Hijaiyah dan sebagainya. Yang
termasuk kategori kitab ini ialah: Musnad Ahmad ibn Hanbal.

Penyusunan ketiga bentuk kitab Hadith tersebut merupakan keperluan untuk


menyenaraikan bahawa hadith tersebut bersumber atau pasti daripada Nabi SAW dengan sanad
dan perawi yang dapat dipertangunggjawabkan. Oleh itu, hadith tersebut dapat dijadikan
sumber hukum dan hujah.

3.2 TADWIN HADITH PADA ZAMAN MUTA’AKKHIRIN DAN SEMASA


Maksud Muta’akkhirin ialah zaman antara abad ke-4 hingga ke-10 H. Zaman ini antara
lain disebut dengan pemeliharaan, penyusunan, penambahan dan penghimpunan hadith-hadith
Nabi SAW.

Pemeliharaan dan pengembangan hadith pada zaman bermula pada abad pertama,
kedua, dan ketiga hijrah hadith mengalami masa periwayatan, penulisan, pembukuan rasmi
serta penyimpangan dari fatwa-fatwa Sahabat dan Tabi’in. Dimana system pengumpulan
hadithnya di dasarkan pada usaha pencarian sendiri untuk menemui sumbr secara langsung
kemudian menelitinya.

Pembukuan hadith pada abad ke-4H ini pula lebih mengarah kepada usaha
mengembangkan variasi pembukuan atau Tadwin terhadap kitab-kitab hadith yang sudah ada.
Maka setelah kemunculan al-Kutub al-Sittah, al-Muwatta' Imam Malik ibn Anas dan al-Musnad
Ahmad ibn Hanbal, ulama mengalihkan perhatian untuk menyusun kitab-kitab berbentuk:
Jawami', Takhrij, Atraf, Syarah dan Mukhtasar serta menyusun hadith untuk topik tertentu.

Oleh itu, biarpun zaman ini kerajaan Abbasiyah mulai lemah dan akhirnya runtuh, ia
tidak mempengaruhi kegiatan. ulama dalam melakukan kegiatan memelihara dam
mengembangkan hadith. Pada zaman ini, ulama umumnya banyak berpegang kepada kitab-
kitab hadith terdahulu.. Hal itu kerana pada sebelum abad ke-4H hadith-hadith telah terkumpul
dan dikodifikasi dalam bentuk kitab.

Rumusannya, kegiatan paling menonjol kalangan ulama zaman ini dalam melakukan
pemeliharaan dan pengembangan hadith Nabi SAW ialah: Mempelajari, menghafaz, memeriksa
dan menyelidiki sanad-sanad dan menyusun kitab-kitab baharu atas dasar memelihara. Antara
lain, mereka mentertibkan dan menghimpun segala sanad dan matan yang saling berhubungan

9
serta yang telah termuat secara terpisah dalam kitab-kitab yang telah disusun oleh ulama
zaman Mutaqadimmin

Ulama hadith pada zaman ini selain mengumpul dan menyusun hadith dalam bentuk
Musannaf dan Musnad, mereka juga menyusun kitab dengan sistem baharu, seperti: Atraf.
Mustakhraj, Mustadrak, dan Jami'. Kitab-kitab yang disusun dalam bentuk tersebut dapat
diklasifikasikan berdasarkan penyusunnya sebagaimana berikut:

I. KITAB ATRAF: lalah kitab yang disusun dengan cara menyebutkan bahagian-bahagian matan
dari hadith-hadith tertentu, kemudian menjelaskan sanad dan matannya. Antara kitab- kitab
yang disUsun dalam bentuk ini ialah12:

1. Atraf al-Sahihain. Karya Ibrahim al-Dimasyqi (m. 40OH).

2. Atraf al-Sahihain. Karya Abu Muhammad Khalaf ibn Muhammad al-Wasti (m. 401H).

3. Atraf al-Sunan al-Arba'ah. Karya Ibn 'Asakir (m. 571H).

4. Atraf Kutub al-Sittah. Karya Muhammad ibn Tahir al-Dimasyqi (m. 507H).

II. KITAB MUSTAKHRAJ: lalah kitab hadith yang memuatkan matan-matan hadith yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim atau selain keduanya. Kemudian penyusun
meriwayatkan matan-matan hadith tersebut dengan sanad yang berbeza. Antara kitab-kitab
yang tersusun dalam bentuk ini ialah:

1. Mustakhraj Sahih al-Bukhari. Karya al-Jurjani (m. 371H).

2. Mustakhraj Sahih al-Bukhari wa Muslim. Karya Abu Bakar ibn 'Abdan al-Syirazi (m.
388H).

III.KITAB AL-MUSTADRAK: lalah kitab hadith yang disusun berdasarkan syarat-syarat al-Bukhari
dan Muslim atau salah satu antara keduanya." Antara kitab-kitab hadith yang disusun dalam
bentuk ini ialah:

1. al-llzamat. Karya al-Daruqutni (m. 385H).

2. al-Mustadrak. Karya al-Hakim al-Naisaburi (m. 405H).


12
Mustafa Abdul Rahman (1988), Hadith Empat Puluh Dengan Pendahuluan Ringkasan Ilmu Mustalah Hadith,
Diterjemah, Disyarah dan Disusun, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, cet.2.

10
IV. KITAB JAMI :lalah kitab himpunan hadith dari kitab-kitab yang telah ada. Antara kitab-kitab
yang tersusun dalam bentuk ini ialah:

1. Kitab yang menghimpun hadith Sahih al-Bukhari dan Muslim: al-Jami' Baina al-
Sahihain. Karya Ibn al-Furat, Ismail ibn Muhammad (m. 414H). a. b. al-Jami' Baina al-
Sahihain. Karya Muhammad ibn Nasr al-Humaidi (m. 488H). 40 al-Jami' Baina al-
Sahihain. Karya al-Baghawi (m. 516H).

2. Kitab yang menghimpun hadith dari Kutub al-Tis'ah:

A. Tadrij al-Sihhah. Karya Razim Mu'awiyah, kemudian ia disempurnakan oleh Ibn al-Asir
al-Jazairi pada kitab yang diberi judul: al-Jami' al-Usul Min Ahadith al-Rasul.

B. al-Jami'. Karya Ibn al-Kharrat (m. 582H).

3. Kitab yang menghimpun hadith dari berbagai kitah hadith:

A. Masabih al-Sunnah. Karya al-Baghawi, kemudian a. ia disaring oleh al-Khatib al-


Tabrizi dengan judul: Misykat al-Masabih.

B. Bahr al-Asanid. Karya al-Hasan ibn Ahmad al-Samarqandi (m. 491H). C.Jami' al-
Masnid Wa al-Alqab. Karya Abd al- Rahman bin Ali al-Jawzi (m. 579H), kemudian kitab
ini ditertibkan oleh al-Tabari.

4.Kitab hadith yang menghimpun hadith berdasarkan masalah tertentu dari kitab-kitab
hadith:

A. Himpunan hadith-hadith hukum, iaitu:

i. al-Ahkam al-Sugra, karya ibn al-Kharrat (m. 582H).

ii. 'Umdah al-Ahkam, karya Abd al-Ghani al-Maqdisi (m. 582H). b. Himpunan hadith-
hadith al-Targhib wa al-Tarhib. Salah satu di antara kitab tersebut ialah: Kitab al-Targhib
wa al-Tarhib, karya al-Munziri (m. 656H).

Selain karya-karya ulama dalam bidang hadith disusun bentuk: Mustakhrajat dan Atraf,
ulama abad tersebut dan seterusnya juga menyusun karya dalam bentuk: Syuruh, Mukhtasarat,
al-Zawa'id dan Ma'ajim. Justeru, karya tersebut dapat diklasifikasikan sebagaimana berikut:

11
I.KITAB AL-SYURUH

la merupakan kitab hadith yang memuatkan huraian dan penjelasan terhadap


kandungan hadith yang terdapat dalam kitab-kitab karya ulama Mutaqaddimin. Adapun
kitab yang disusun dalam bentuk syarah dapat diklasifikasikan berdasarkan kitab-kitab
himpunan antaranya sebagaimana berikut:

1. Kitab syarah untuk Sahih al-Bukhari:

a. Fath al-Bari oleh Ibn Hajar al-'Asqalani (m. 852H).

b. Umadah al-Qari oleh al-'Aini (m. 855H).

c. Irsyad al-Sari oleh al-Qastalani (m. 923H).

2. Kitab syarah untuk Sahih Muslim:

a. al-Minhaj oleh al-Nawawi.

b. Ikmal al-lkmal oleh al-Zawawi (m. 743H)

3. Kitab syarah untuk Sunan Abu Daud:

a. Ma'alim al-Sunan oleh al-Khattabi (m. 388H).

b. Aun al-Ma'bud oleh Syams al-Haq al-'Azim al-Abadi bersama dengan syarah Ibn al-
Qayyim al-Jawziyyah.

II. KITAB MUKHTASARAT

lalah kitab yang mengandungi ringkasan daripada satu kitab hadith. Antara kitab yang disusun
bentuk Mukhtasarat ialah:

1. Kitab al-Jami' al-Saghir karya al-Suyuti.

2. Kitab Mukhtasar Sahih Muslim.

Setelah hadith dibukukan pada zaman Mutaqaddimin dan disempurnakan pada zaman
Muta'akkhirin, ulama hadith pada zaman Semasa dan Terkini melakukan kajian dan penelitian
terhadap hadith-hadith dan mengembangkannya dengan menggunakan berbagai bentuk metod

12
dan sistem. Antara metod dan sistem yang digunakan oleh ulama hadith zaman Semasa dalam
melakukan penelitian terhadap hadith Nabi SAW.

Antaranya adalah metod takhrij laitu melakukan penelitian terhadap karya-karya ulama
Muta'akkhirin yang belum tersentuh oleh takhrij. Salah seorang ulama yang mengabdikan diri
dalam melakukan pengkajian dan penelitian hadith pada zaman ini adalah Syeikh Muhammad
Nasiruddin al-Albani (m. 1426H). Antara karya beliau adalah: Irwa' al-Ghalil fi Takhrij Ahadith
Manar al-Sabil. laitu kitab yang mentakhrij dan menjelaskan hukum-hukum hadith yang
terdapat dalam kitab Syarh al-Dalil karya: Ibrahim bin Muhammad bin Dawiyan.

Selain itu, metod ikhtisar hadith. Antara karya ulama hadith semasa dalam meringkas
hadith-hadith yang telah dihimpun oleh ulama terdahulu, sama ada kalangan mutaqaddimin
ataupun muta'akkhirin ialah: karya syeikh muhammad nasiruddin al-albani, iaitu: Mukhtasar
sahih al-bukhari dan mukhtasar sahih muslim.

Seterusnya, Metod Tematik laitu mengumpulkan hadith yang mempunyai topik tertentu,
kemudian melakukan takhrij dan penelitian terhadap sanad dan matan untuk mengetahui
kesahihan hadith tersebut. Seterusnya penulis memberikan penjelasan dan huraian terhadap
hadith-hadith tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Penelitian dengan metod ini
mulai dikenal selepas munculnya Metod Tematik dalam bidang Tafsir Al-Qur'an.

Metod digital juga digunakan laitu dengan melakukan penelitian hadith melalui program-
program hadith yang telah dirancang dengan baik untuk memberikan kemudahan kepada para
peneliti hadith zaman ini. Antara program-program tersebut ialah:

1. Program Kutub al-Tis'ah. Program ini merupakan program yang memuatkan 9 kitab
hadith, iaitu: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al- Tirmizi, Sunan al-
Nasa'i, Sunan Ibn Majah, Muwatta' Malik, Musnad Ahmad dan Sunan al-Darimi. Dimana masing-
masing kitab disertai dengan penjelasan lafaz, kalimah, perawi dan salsilah sanad.

2. Program Alfiyah al-Sunnah. Program ini memuat seluruh kitab-kitab hadith, sama ada
bentuk himpunan Riwayah, Mustakhrajat, Syarah maupun Zawa'id. laitu baik yang telah terbit
maupun yang masih dalam bentuk manuskrip. Selain kitab-kitab himpunan hadith, program ini
juga memuatkan kitab-kitab yang berkaitan dengan Ulum al-Hadith.

13
3. Program Maktabah al-Syamilah. Program ini merupakan program Alfiyah al-Sunnah
dengan tambahan dari beberapa cabang ilmu lainnya, seperti: Tafsir, Ulum Al- Qur'an, 'Aqidah,
Firqah-Firqah dan Agama-Agama.

4.1 FAKTOR TADWIN AL-HADITH


Terdapat beberapa alasan dan faktor tertentu yang menyebabkan khalifah Umar Abd Aziz
mengarahkan ulama melaksanakan Tadwin al-Hadith, antaranya ialah beliau khuatir hilangnya
hadith-hadith dengan sebab syahid ramai kalangan penghafaz hadith dan ulama di medan
perang. Ini merupakan antara faktor utama menyebabkan beliau bertindak demikian 13.

Para sahabat telah tersebar di berbagai daerah, bahkan ramai juga yang telah meninggal
dunia. Manakala hadith-hadith yang ada di dalam dada mereka belum tentu semuanya sempat
diwariskan kepada generasi berikutnya.

Pada masa pemerintahan khalifah Umar bin Abd Aziz, Islam sudah meluas sampai ke
daerah-daerah luar semenanjung Arab sekaligus pemelukan Islam bukan kalangan bangsa
Arab, seperti: Jajahan Rom dan Parsi. Oleh itu. Tentunya pemahaman dan pemikiran mereka
khususnya tentang agama Islam itu sendiri perlukan bantuan hadith untuk mendapat
pengajaran di samping Al-Quran. Justeru, beliau mengambil inisiatif mengumpulkan hadith-
hadith.

Idea Tadwin al-Hadith dilaksanakan ekoran semakin meluas daerah kekuasaan Islam,
sesetengah sahabat dan Tabii’n tinggal di merata tempat. Di samping itu, kemampuan ilmu dan
penguasaan hadith kalangan mereka tidak sama. Justeru, antara cara terbaiknya ialah hadith-
hadith yang berada merata tempat perlu dikumpulkan dan serta dibukukan.

Perselisihan politik yang terjadi dalam kalangan umat Islam juga semakin meluas. Dimana
ada beberapa puak dan kelompok dalam Islam itu sendiri cuba menyelewengkan sabda-sabda
Rasulullah SAW, seperti: Kewujudan Hadith palsu oleh golongan Syiah dan Khawarij. 14

Rumusannya, dengan demikian faktor pendorong dilakukan pengkodifikasian hadith adalah


untuk menyelamatkan hadith-hadith Nabi dari hilang dan sebarang pemalsuan untuk tujuan
Tadwin ini, Khalifah Umar memberikan amanah kepada beberapa ulama kalangan Tabi’in,
antaranya: Muhamad ibn Syihab al- Zuhri (m.124H), seseorang ulama besar di Hijaz dan Syam.
13
Muhamad Abu Rayyah (t.t.), Adwa’ ‘Ala al Sunnah al-Muhamadiyyah,T.T.P: Dar Al-Ma’rif,cet. 5.
14
Al- Siba’I, Mustafa (1978), Al Sunnah Wa Makanatuha Fi Al Tasyri’ Al- Islami, h.125.

14
Walau bagaimanapun, pada abad ke 2H ulama hadith hanya melakukan penyaringan dan
pemisahan daripada berbagai kategori hadith. Justeru, mereka tidak membukukan hadith-
hadith sahaja, tetapi fatwa Sahabat dan Tabi’in juga dimaksudkan sama ke dalam kitab-kitab
mereka. Hasilnya, dalam kitab-kitab tersebut terdapat hadith Marfu’, Mawquf serta Maqtu’.

5.0 KEPENTINGAN TADWIN AL- HADITH KEPADA UMAT ISLAM


Sebagaimana maklum, hadith merupakan sumber kedua selepas Al-Quran. Begitu juga,
sudut hakikatnya kedua-duanya daripada Allah sekaligus perlu diikuti dan dipelihara sebaik-
baiknya. Dimana secara tidak langsung Allah telah memberikan tanggungjawab agar menjaga
hadith daripada lupa dan luput. Antara dalilnya:

Sebagaimana firman Allah SWT:

‫ِااَّن حَن ۡ ُن نَ َّزلۡنَا ِّاذل ۡك َر َواِاَّن هَل ٗ ل َ ٰحـ ِف ُظ ۡو َن‬


Maksudnya: “ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang
memeliharanya.” (Surah Al-Hijr 15:9)

Apa yang dimaksudkan dengan perkataan: Al Zikr dalam ayat tersebut ialah Al-Quran dan
Hadith. Hal itu sebagaimana yang ditafsirkan oleh majoriti ulama tafsir.

Allah juga akan menyediakan lelaki-lelaki yang berjaga malam dan bermatlamat untuk
menjaga hadith dengan penjagaan yang betul-betul teliti. Dimana semua itu dilakukan agar ia
dapat disampaikan kepada masyarakat. Maka hasilnya, muslimin kalangan masyarakat khalaf
dapat menerima dan memindahkan hadith daripada ulama salaf seolah-olah ia bagaikan masih
baharu diucapkan oleh Nabi SAW.

Selain itu, kepentingan tadwin Al-Hadith juga kepada umat Islam adalah kita dapat
memahami serta mengikut sirah Nabi SAW. Dimana terdapat juga hadith yang dikaitkan dengan
Sirah Nabi SAW dan para sahabat khususnya mengenai penjagaan hadith. Oleh itu, secara tidak
langsung kita dapat mengetahui kisah-kisah Nabi SAW menerusi hadith baginda, maka
kecintaan kita kepada baginda dapat dipupuk.

Hal ini dapat dilihat menerusi hadith riwayat Abu Hurairah, ketika mana Nabi Muhamad
SAW membuka Mekah, Baginda bangun berkhutbah kepada orang ramai, tiba-tiba ada

15
seseorang lelaki bangun dan berkata: Tolong tuliskan untukku hadith-hadith Nabi, lalu
Rasullulah SAW bersabda: Tuliskan hadith-hadith untuknya. Justeru, hasil penelitian dan
memahami sirah baginda dan sahabat serta ulama selepas mereka ialah dapat mengetahui
bagaimana penulisan hadith pada zaman Nabi SAW, penulisan hadith pada zaman Tabii’in
sekaligus untuk menjaga autoriti hadith.

Seterusnya, kepentingnya adalah untuk menangkis serangan pemikiran Orientalis dan


gerakan Anti- Hadis. Gerakan Anti- Hadis juga menggunakan gelaran Al- Quraniyyun yang tidak
menerima hadith sebagai sumber perundangan Islam. Oleh itu, melalui inisiatif ini dapatlah
mengurangkan sedikit tanggapan dan pemikiran buruk Orientalis dan gerakan Anti-Hadis
kepada umat Islam.

Di samping itu,,mana-mana dalil yang didapati menunjukkan larangan daripada menulis


hadith, dalil itu hendaklah diihtimalkan atau disandarkan kepada sebab-sebab itu hilang maka
hilanglah laragan atau tegahan menulis hadith itu.

Akhir sekali, kita dapat mengetahui tentang Al Quran dan hadith berada pada
kedudukan yang sama dari segi hujah dan pengiktibaran dalam mengisbatkan hukum syarak
serta mengetahui tentang kesungguhan ulama berkhidmat kepada hadith sepanjang zaman.
Semuanya dilakukan supaya menjadi dekat kepada masyarakat dan demi menjaganya daripada
luput atau diselewengkan.

6.0 PENUTUP

Kodifikasi iaitu mengumpulkan şahifah-şahifah (lembaran-lembaran) hadis yang telah


ditulis oleh Ibnu Shihāb al-Zuhri dan Abi Bakr Muhammad Ibn Hazm ke dalam satu Kitab atas
perintah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Kodifikasi dimulai ketika penghujung abad I H dan awal
abad II H iaitu masa Umar bin Abdul Aziz manjabat Khalifah Umayyah. Kodifkasi mencapai
puncak kejayaan pada abad III H dengan tersusunnya kitab-kitab hadis kutub al-tis'ah, dan
pada abad berikutnya, Ulum al-Hadi"th juga mengalami kemajuan yang pesat seiring hadis
dibukukan. Langkah- langkah dalam kodifkasi, boleh dengan mengumpulkan hadis-hadis Nabi
SAW atau dengan rihlah dalam mencari hadis.

Oleh itu, secara tidak langsung kita dapat mengetahui kisah-kisah Nabi SAW menerusi
hadith baginda, maka kecintaan kita kepada baginda dapat dipupuk. Justeru,melalui hasil

16
penelitian dan memahami sirah baginda dan sahabat serta ulama selepas mereka ialah dapat
mengetahui bagaimana penulisan hadith pada zaman Nabi SAW dan penulisan hadith pada
zaman Tabii’in sekaligus untuk menjaga autoriti hadith. Akhir sekali, kita dapat mengetahui
tentang Al Quran dan hadith berada pada kedudukan yang sama dari segi hujah dan
pengiktibaran dalam mengisbatkan hukum syarak serta mengetahui tentang kesungguhan
ulama berkhidmat kepada hadith sepanjang zaman.

RUJUKAN

Al- Siba’I, Mustafa (1978), Al Sunnah Wa Makanatuha Fi Al Tasyri’ Al- Islami, h.125. Jannah, W.
(2020). Pengertian hadist tematik dan sejarah perkembangan.

Muhamad Mustafa Al A’adzamy (1981), Dirasat Fi Al Hadith Al Nabawiy Wa Tarikh Tadwinuhu,


Riyadh: Syarikat Al- Tiba’ah Al Arabiah Al Saudiah, Juzuk :2, cet. 3,h. 392 dan 393.

Mubarak bin Muhamad bin Hamad al- Da’ailili (2000), Al Wad’u Fi Al Hadith, Riyadh: Maktabah al
Malik Fahd Al -Wataniyah, cet,1.

Muhamad Adib Salih (1997) Lamahat Fi Usul Al- hadith, Beirut: Al Maktab al-Islami, cet,6

Muhamad bin Ali Al Syawkani (1392H), Al Fawaid Al Majmuah Fi Al Hadith Al Mawduah, Beirut: T.P.
cet.2.

17
Muhamad Mahfuz bin Abd Allah Al Tirmisi (1974), Manhaj Zawi Al Nazar,Indonesia: Maktabah Ahmad
bin S’ad, cet .3.

Muhamad tamir dan Abd Al Aziz Mustafa (t.t), Al Ahadith Al Qudsiyah Al Sahihah Wa Syuruhuha,
Mesir: Dar Al Taqwa.

Muhamad Murtada Al Husainiy, Al Zabidi (1985), Luqat Al-Lali’ Al Muthanathira Fi Al Ahadith Al


Mutawathirah, Beirut. Dar al-Kutub al Illmiyyah, cet.1.

Muhamad Al Mustafa Al Adzamiy (1981), Dirasat Fi Al hadith Al nabawiy Wa Tarikh Tadwinuhu,


Riyadh: Syarikah Al Tiba’ah Al Arabiah Al Saudiah, Juzuk 2. Cet.,3.

Mustafa Abdul Rahman (1988), Hadith Empat Puluh Dengan Pendahuluan Ringkasan Ilmu Mustalah
Hadith, Diterjemah, Disyarah dan Disusun, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, cet.2.

Muhamad Abu Rayyah (t.t.), Adwa’ ‘Ala al Sunnah al-Muhamadiyyah,T.T.P: Dar Al-Ma’rif,cet. 5.
Mustafa Hasan, Ilmu Hadis, (Bandung: Pustaka Setia, 2012)

t.n. (2000). Dilema Umat Islam- Antara Hadis dan Quran. Risalah No 2, Pulau Pinang: Forum Iqra’
Berhad.

18

Anda mungkin juga menyukai