Anda di halaman 1dari 12

Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD


inhad2019@gmail.com
https://inhad2019.wixsite.com/info-hadith--inhad

FAKTOR-FAKTOR DAN TANDA-TANDA


HADITH PALSU

ABU MUSLIM SYIMIR ASYRAAF

Info Hadith Est 2019 (INHAD), Malaysia

ABSTRAK
Kewujudan hadith palsu (mawd}u>’) telah ditentang dengan hebat oleh muhaddithin sejak zaman
kegemilangan Islam. Kewujudannya bagaikan parasit terhadap agama. Hal ini menjadi lebih
kritikal tatkala umat Islam sendiri semakin jauh dari pemahaman ilmu agama yang sahih. Umat
Islam kena sedar bahawa usaha untuk merosakkan agama ini bukan hanya datang dari luar,
bahkan ia datang dari dalam yakni penganut agama ini sendiri. Ada di antaranya ingin
merosakkan agama ini dengan niat yang jahat dan ada di antaranya merosakkan agama ini
dengan niat yang baik namun tidak bertepatan dengan disiplin agama, kesemua ini berlaku
disebabkan kejahilan dalam beragama secara sahih. Kupasan ini diharapkan dapat memberi
sedikit peringatan buat tim dan umat Islam secara umum, bahawa serangan terhadap agama ini
tidak hanya datang daripada kuffar, namun ia juga muncul daripada para ulama dan umat Islam
itu sendiri.

Kata Kunci: Hadith palsu; parasit; kuffar; niat

1 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

PENDAHULUAN
Hadith Mawd}u’ umpama parasit dalam agama Islam. Ia tidak diolah oleh musuh Islam
dalam kalangan kuffar sahaja, tetapi ia juga diolah oleh muslimin yang jahil atau ghuluw dalam
beragama. Membuat hadith palsu merupakan termasuk jenayah yang besar di dalam agama ini,
oleh itu baginda ‫ ﷺ‬bersabda dalam hadith yang mutawatir:
‫ب َعلَ َّي فَ ْليَ تَ بَ َّوأْ َم ْق َع َدهُ ِم َن النَّا ِر‬
َ ‫َم ْن َك َذ‬
“Barangsiapa yang berdusta atasku, maka siapkanlah tempatnya di neraka ”
(HR Al-Bukha>riy no. 107)
Hadith ini jelas ancamannya buat pelakunya, hal ini kerana apa yang dianggap sebagai
al-Quran atau al-Sunnah, maka ia akan menjadi syariat agama. Sejarah telah membuktikan
banyak agama-agama yang rosak akibat penyelewengan yang dilakukan oleh penganut dan
bukan penganutnya.
Maka, para muhaddithin melakukan pelbagai inisiatif untuk membanteras kegiatan-
kegiatan yang haram dan memudaratkan agama ini. Antara usaha-usaha tersebut adalah dengan
menjadi sangat tegas dalam menerima sebarang dakwaan bahawa sesebuah berita yang
disandarkan kepada baginda ‫ ﷺ‬itu benar-benar sahih, mengarang kitab yang mengumpulkan
biodata perawi-perawi yang pendusta dan mengarang kitab khas yang mengumpulkan hadith-
hadith palsu.
Usaha tegas dalam menerima sebarang dakwaan bahawa sesebuah berita itu hadith
baginda ‫ ﷺ‬dapat dilihat juga melalui pelbagai usaha para ulama dalam mengkritik dan memuji
para perawi yang meriwayatkan hadith atau lebih dikenali sebagai ilmu al-Jarh} wa al-Ta‘di>l.
Demikian juga usaha-usaha para muhaddithin dalam mengarang kitab-kitab biodata
perawi yang d}a‘i>f, matru>k atau palsu seperti al-Du‘afa wa al-Matrukin karya al-Nasa>’i, al-
Majru>h}i>n karangan Ibn Hibban, al-D}u‘afa> karangan al-‘Uqayli, al-Ka>mil fi> D}u‘afa> al-Rija>l
karangan Ibn ‘Adiy al-Jurja>niy dan banyak lagi.
Adapun kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu, antaranya al-Aba>t}i>l wa al-
Mana>kir karangan Abu ‘Abd Allah al-Jurqa>niy, al-Mawd}u‘a>t karangan Ibn al-Jawziy, al-
Fawa>’id al-Majmu>‘ah karangan al-Shawka>niy dan banyak lagi.
Semua ini merupakan usaha para muhaddithin dalam menjaga kesucian agama ini dari
sebarang bentuk pencemaran sama ada ia datang daripada kuffar atau muslim itu sendiri. Oleh
itu, moga-moga artikel ini memberi sedikit gambaran kepada pembaca, apakah faktor-faktor
hadith palsu diciptakan, apakah kerana niat jahat secara mutlak atau sebaliknya?

2 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

HADITH MAWD}U>’ (PALSU)


Hadith Mawd}u>‘ mengandungi dua kalimat, yakni hadith dan Mawd}u>‘. Hadith dari
aspek bahasa bermakna baharu atau khabar. Dari aspek istilah pula bermakna apa-apa yang
disandarkan kepada baginda ‫ ﷺ‬sama ada dari aspek perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat
zahir atau batin.
Hadith Mawd}u>‘ pula berasal daripada kalimat ‫ وضع – يضع – وضعا و موضوعا‬yang mengandungi

pelbagai makna, namun sesuai dimaknakan sebagai mencipta sesuai konteks pembahasan.
Oleh itu, hadith Mawd}u>‘ (‫ )املوضوع‬adalah hadith yang direka ke atas baginda ‫ ﷺ‬atau

selainnya dari aspek perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat dengan pendustaan. Dari aspek
darjat, ia adalah seburuk-buruk jenis hadith yang d}a‘i>f. Tidak halal untuk meriwayatkannya
atau menyebarkannya melainkan dengan penjelasan ia adalah palsu.
Al-Nawa>wi berkata dalam kitabnya Tadri>b al-Ra>wi fi> Sharh} Taqri>b, hadith mawd}u>’
adalah hadith yang direka atau dicipta dan ia adalah seburuk-buruk hadith yang d}a‘i>f.
Sekiranya ia palsu, mengapa tetap dikatakan sebagai hadith? Jawapannya, ia tetap
dinamakan sebagai hadith mawd}u>‘ kerana khabar yang direka-reka tersebut disandarkan
kepada baginda ‫ ﷺ‬dan setiap apa yang disandarkan kepada baginda ‫ ﷺ‬diklasifikasikan sebagai
hadith.

FAKTOR KEWUJUDAN HADITH MAWD}U>’


Setiap perkara yang berlaku di alam ini ada sebab dan akibatnya, sesuai dengan
peraturan yang telah ditetapkan Allah r. Demikian juga dengan kewujudan hadith mawd}u>‘
yang mempunyai faktor-faktor tersendiri. Faktor-faktor ini terbahagi kepada dua, yakni sengaja
menciptakannya dan tidak disengajakan untuk menciptakannya. Antara faktor-faktor direkanya
hadith palsu secara sengaja adalah:

1. Dendam terhadap agama Islam dan pengikutnya.


Ini merupakan sebab awal untuk manusia membuat hadith palsu. Faktor ini muncul
daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi kerana benci terhadap agama Islam atau pengikutnya.
Contoh perilaku ini dapat kita lihat pada anak Yahudi yang berasal dari Yaman yang bernama
‘Abd Allah bin Saba’. Contoh-contoh hadith buatan golongan ini dapat kita lihat melalui hadith-
hadith yang mengandungi usaha-usaha untuk menyimpangkan akidah umat Islam seperti
berikut:
.‫لو حسن أحدكم ظنه حبجر لنفعه هللا به‬
Jika kamu berbaik sangka dengan batu nescaya Allah akan membuat batu itu bermanfaat untuknya

3 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

2. Memenangkan kepentingan atau kecenderungan politik.


Faktor ini dapat dilihat pada kerasnya usaha pengikut ‘Ali bin Abi T}a>lib dan
Mu‘a>wiyah bin Abi Sufya>n, kedua-duanya menzahirkan kecenderungan sokongan dengan
membuat hadith-hadith yang menjelaskan kelebihan pemimpin mereka. Tidak terkecuali juga,
sebahagian pengikut Ahli Sunnah turut terjebak dalam hal ini seperti membuat hadith-hadith
palsu berkenaan dengan ‘Uthma>n, Khali>fah al-Ra>shidi>n dan banyak lagi. Contohnya:
.‫من شتم الصديق فإنه زنديق ومن شتم عمر فمأواه سقر ومن شتم عثمان خصمه الرمحن ومن شتم عليا فخصمه النيب‬
Barangsiapa yang menghina al-Siddiq maka dia adalah zindiq. Barangsiapa yang menghina Umar
maka tempat tinggalnya adalah neraka Saqar. Barangsiapa yang menghina Uthman maka musuhnya
adalah Allah dan barangsiapa yang menghina Ali maka musuhnya adalah Nabi.

‫إذا رأيت م معاوي ة على منربي فاقتلوه‬


Jika kalian semua melihat Muawiyah di atas mimbarku maka bunuhlah dia.

3. Memenangkan mazhab akidah tertentu.


Sejak kurun awal hijrah, kewujudan kelompok-kelompok Ahli Bid‘ah sudah mulai
muncul, antaranya al-Qadariyyah, al-Jabariyyah, al-Murji’ah dan al-Jahmiyyah, masing-
masing kelompok ini mempunyai pemikiran yang menyimpang daripada Ahli Sunnah wal
Jamaah. Kelompok-kelompok ini telah mencipta hadith palsu untuk menyokong mazhab akidah
dan pandangan yang batil mereka. Tidak dapat dinafikan, sebahagian pengikut Ahli Sunnah
turut membuat hadith-hadith palsu berkenaan dengan keburukan kelompok-kelompok ini
ataupun untuk menyokong pendirian mereka. Contohnya seperti hadith yang menyeru kepada
mazhab Ra>fidah:
.‫أان الشجرة وفاطمة وفرعها وعلي لقاحها واحلسن واحلسني وشيعتنا ورقها واصلها يف جنة عدن‬
Aku adalah pokok. Fatimah adalah rantingnya, Ali adalah debunganya, al-Hasan dan al-Husain serta
pengikut kita adalah daunnya dan asal kesemua ini adalah dari syurga ‘Adn.

.‫ ومين خرج‬، ‫ والقرآن كالمي‬، ‫ ومن أدخلته جنيت ؛ فقد أمن‬، ‫ أان هللا ال إله إال أان كلميت من قاهلا ؛ أدخلته جنيت‬: ‫يقول هللا‬
Allah berfirman: “Kalimah-Ku: Akulah Allah tiada Tuhan selain Aku; siapa yang menyebutnya, Aku
akan masukkan dia ke dalam syurga-Ku. Dan siapa yang Aku masuk dia ke dalam syurga-Ku, maka
dia telah aman. Al-Qur’an ialah kalam-Ku dan ia keluar daripada-Ku.”

. ‫ فإنه بكل مكان‬،‫ وال تصفوه ابلزوال‬،‫ وال تضربوا هلل األمثال‬،‫ وال شبيه وال نظري‬،‫ فإنه ال مثل له‬،‫ال تتفكروا يف هللا‬
Janganlah kamu berfikir tentang Allah; kerana Dia tiada ada semisalnya, seumpamanya, mahupun
sepertinya. Dan janganlah kamu menyamakan apa sahaja dengan Allah, dan jangan kamu
mensifatkan-Nya dengan (sifat) yang hilang; kerana sesungguhnya Dia di setiap tempat.

4 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

4. Melampau dalam berkabilah, bahasa, bangsa atau negara/negeri.


Faktor ini sangat jelas muncul pada abad kedua hijrah dengan munculnya hadith-hadith
yang direka cipta berkenaan kelebihan sesebuah kabilah, negeri, nasab, bahasa dan banyak lagi.
Contohnya:
.‫لسان أهل اجلنة العربية والفارسية الدرية‬
Bahasa ahli syurga ialah bahasa arab dan juga bahasa parsi yang indah seperti permata.

5. Hasrat untuk memperbaiki manusia.


Faktor ini selalunya muncul dalam kalangan umat Islam sendiri yang bersemangat
untuk mengembalikan manusia kepada agama Islam. Namun, sebahagian orang niatnya benar,
namun metodenya silap. Golongan ini mencipta hadith-hadith palsu untuk menggalakkan
manusia bersikap zuhud, wara’ dan bertakwa. Golongan ini menggalakkan manusia
melaksanakan kebaikan dan menjauhkan diri daripada maksiat. Contohnya:
. ‫الصالة يف العمامة تعدل بعشرة آالف حسنة‬
Solat dengan memakai serban menyamai sepuluh ribu kebaikan.

.‫لو خشع قلب هذا؛ خشعت جوارحه‬


Jikalau hati si dia ini khusyuk, nescaya khusyuklah anggota badannya.

6. Memenangkan mazhab fiqh tertentu.


Perbezaan pendapat dalam hal ijtihadi fiqh yang furu’ adalah perkara yang normal dan
bukan sesuatu yang luar biasa. Namun, kerana kejahilan pengikut mazhab, mereka mereka-reka
hadith palsu kerana taksub dengan mazhab yang dianuti. Ada di antara mereka membuat hadith
palsu berkenaan kelebihan imam mereka dan pendapat-pendapat yang menyebelahi mazhab
mereka. Contohnya seperti pengagungan terhadap al-Ima>m Abu H}ani>fah:
.‫ النعمان بن اثبت ويكىن أاب حنيفة ليحيني دين هللا وسنيت على يديه‬:‫سيأيت من بعدي رجل يقال له‬
Akan datang seorang lelaki yang bernama Al-Nu‘man Bin Thabit dan digelar Abu Hanifah, agama
Allah dan sunnah aku akan hidup di tangannya

7. Kepentingan dunia yang bersifat peribadi.


Dari aspek ini, para pemalsu hadith cenderung membuat hadith palsu untuk
menyebelahi pemimpin agar mendapat sesuatu kepentingan untuk dirinya, munculnya para
panglipurlara, peniaga yang ingin menguntungkan perniagaannya dan banyak lagi. Contohnya
sebuah hadith yang cenderung untuk mempromosikan kelebihan garam seperti berikut:
.‫عليكم ابمللح فإنه شفاء من سبعني داء‬
Wajib bagi kalian untuk makan garam kerana garam adalah ubat bagi 70 jenis penyakit.

5 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

Adapun faktor-faktor direkanya hadith palsu yang tidak disengajakan adalah seperti
berikut:
1. Tidak adanya proses tadwin al-sunnah pada dua kurun pertama.
Hal ini berlaku kerana pada peringkat awal, pemeliharaan Al-Quran adalah lebih
utama, bahkan terdapat juga larangan daripada baginda ‫ ﷺ‬terhadap beberapa para sahabat untuk
menulis wahyu selain Al-Quran.

2. Bertebarannya para sahabat ke pelbagai negara yang dibuka.


Setelah wafatnya baginda ‫ﷺ‬, para sahabat banyak merantau ke pelbagai negara,
antaranya Mekah, Taif, al-Yama>mah, Yaman, Bahrain, Mesir, Sham, Kufah, Basrah, Khurasan,
Asbahan, Samarkand dan banyak lagi.
Hijrah para sahabat ini memberi kesan yang besar terhadap kesahihan riwayat hadith.
Di samping semakin hebatnya penyebaran hadith baginda ‫ﷺ‬, ini menjadi sebab kemunculan
ramai perawi-perawi pendusta. Oleh itu negara Iraq dan Sham terkenal sebagai negara yang
banyak pendusta dalam hadith.

3. Para pemimpin yang bermudah-mudah terhadap para pemalsu hadith.


Hal ini dapat diperhatikan pada zaman Abbasiyyah, para pemimpin bermudah-mudah
atau meremehkan kemunculan pemalsu hadith. Sebagaimana segelintir pemimpin yang tidak
menjatuhkan hukuman yang sesuai terhadap pemalsu-pemalsu hadith seperti Ghiya>th bin
Ibra>him, Nu>h} bin Abi Maryam, H}a>mid bin A>dam dan ramai lagi. Antara contoh perihal ini
adalah seperti peristiwa yang berlaku antara Abu al-Bakhatariy dengan khalifah al-Ra>shid, Abu
al-Bakhatariy berkata:
! ‫أن النَِّ َّيب َكا َن يُطَِِريُ احلَ َم َام‬
‘Bahawasanya Nabi dahulu suka bermain burung merpati!’

Khalifah al-Ra>shid menyedari kebohongan ini, lalu beliau berkata:


‫ك‬ ٍ ْ‫َّك ِم ْن قُ َري‬
َ ُ‫ش لَ َع َزلْت‬ َ ‫ لَ ْوالَ أَن‬،‫ُخ ُر ْج َع ِِين‬
ْ‫أ‬
‘Keluar dari sini! Kalau bukan kerana engkau berbangsa Quraysh, pasti aku telah telah menghukum
engkau dibuang daerah.’

4. Kesalahan perawi disebabkan lemah atau lupa.


Faktor ini merupakan antara faktor yang berlaku pada setiap generasi perawi kerana
manusia itu lemah dan mudah lupa, bahkan para sahabat juga tidak terkecuali daripada
kesalahan ini. Meskipun begitu, berbeza dengan generasi perawi yang lain, perawi dalam
kalangan sahabat saling membetulkan sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kelupaan
dalam kalangan mereka yang meriwayatkan hadith. Antara contoh kesilapan perawi dalam hal
ini dapat dilihat pada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ma>jah dalam al-Sunan:

6 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

َ ‫ص َالتُهُ ِابللَّْي ِل َح ُس َن َو ْج ُههُ ِابلن‬


‫َّها ِر‬ َ ‫ت‬
ْ ‫َم ْن َكثُ َر‬
‘Barangsiapa yang banyak solatnya pada waktu malam, akan indah wajahnya pada waktu pagi.’

Al-Dhahabi menukilkan daripada Muhammad bin ‘Abd Allah bin Numayr yang
menjelaskan bahawa dalam hadith ini Tha>bit keliru. Tha>bit terkenal sebagai seorang yang
soleh, Tha>bit keliru ketika beliau memasuki majlis Sha>rik yang sedang membacakan sanad
hadith:
‫عن األعمش عن أيب سفيان عن جابر عن النيب صلى هللا عليه وسلم‬

Setelah membaca sanad di atas, Sha>rik melihat Tha>bit memasuki majlisnya, lalu Sha>rik
menyebutkan kata-kata yang dianggap sebagai hadith di atas untuk beramah mesra dengan
Tha>bit.

TANDA-TANDA HADITH MAWD}U>’


Para ulama telah melakukan pelbagai inisiatif untuk membanteras kegiatan
memalsukan hadith dan selainnya. Termasuk salah satu panduan yang disumbangkan oleh para
ulama untuk kita adalah bagaimana mengesan sesebuah hadith tersebut adalah palsu melalui
tanda-tandanya. Antara tanda-tanda hadith palsu adalah:
1. Pengakuan sang pemalsu hadith.
Ini merupakan tanda yang paling jelas dan kuat. Hal ini sebagaimana yang diakui oleh
Nu>h} bin Abi Maryam yang mengaku telah mencipta hadith-hadith yang berkaitan dengan
kelebihan-kelebihan setiap surah dalam al-Quran.
Demikian juga seorang pemalsu hadith yang bernama ‘Umar bin Subh} yang telah
mencipta hadith-hadith palsu Nabi ‫ ﷺ‬berkenaan dengan khutbah ‫ ﷺ‬sebagaimana yang
diriwayatkan oleh al-Bukha>ri dalam kitabnya al-Ta>rikh al-Awsat}.

2. Perawi terkenal dengan kegiatan berdusta.


Kewujudan perawi yang terkenal dengan kegiatan memalsukan hadith dalam sesebuah
sanad hadith merupakan petanda yang kuat dan jelas ia merupakan hadith mawd}u>‘. Contohnya
seperti seorang perawi yang bernama Ahmad bin ‘Abd Allah (al-Juwayba>riy, salah seorang
pendusta) yang meriwayatkan hadith berikut:
ْ ‫لسلَ ِم ُّي َحدَّثَنَا أ‬ ِ ‫ني ب ِن َعلِ ٍي حدَّثَنَا ُُمَ َّم ُد بن جع َف ِر ب ِن َعلِ ٍي الت‬
ِ ‫َّم‬
‫َمحَ ُد بْ ُن عبد هللا اجلويبارى أَنبأَ َان عبد‬ ُّ ‫َمحَ َد ا‬ْ ‫يم ُّي َحدَّثَنَا َمأ ُْمو ُن ابْن أ‬ ِ ْ َْ ُْ َ ِ ْ ِ ْ ‫َحدَّثَنَا ُُمَ َّم ُد بْ ُن ا ْحلُ َس‬
‫ضُّر َعلَى أ َُّم ِيت ِم ْن‬ ِِ ُ ‫ " يَ ُكو ُن ِيف أ َُّم ِيت َر ُج ٌل يُ َق‬:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬ ٍ ِ‫س ب ِن مال‬ ُّ ‫هللا بْ ُن َم ْع َدا َن األ َْزِد‬
َ َ‫يس أ‬
َ ‫ال لَهُ ُُمَ َّم ُد بْ ُن إ ْدر‬ َ ‫ول هللا‬ ُ ‫ال َر ُس‬ َ َ‫ك قَ َال ق‬ َ ْ ِ َ‫ي َع ْن أَن‬
‫اج أ َُّم ِيت‬ ِ ِ ِ ُ ‫ َويَ ُكو ُن ِيف أ َُّم ِيت َر ُج ٌل يُ َق‬،‫يس‬ ِِ
ُ ‫اج أ َُّم ِيت ُه َو س َر‬ ُ ‫ال لَهُ أَبُو َحني َفةَ ُه َو س َر‬ َ ‫إبْل‬
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin al-H}usayn bin ‘Ali, telah menceritakan kepada kami
Muhammad bin Ja‘far bin ‘Ali al-Tami>miy, telah menceritakan kepada kami Ma’mu>n bin Ah}mad al-
Sulamiy, telah menceritakan kepada kami Ah}mad bin ‘Abd Allah al-Juwayba>riy, telah memberitakan
kepada kami ‘Abd Allah bin Ma‘da>n al-Azdiy daripada Anas bin Ma>lik berkata, Rasulullah ‫ﷺ‬
bersabda: ‘Akan muncul pada umatku seorang lelaki yang digelar Muhammad bin Idri>s, dia lebih

7 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

memudaratkan ke atas umatku daripada Iblis. Dan akan muncul pada umatku seorang lelaki yang
digelar Abu H}ani>fah, dia adalah pelita umatku, dia adalah pelita umatku.’

3. Hadith yang diriwayat bertentangan dengan Al-Quran atau kaedah-kaedah


agama.
Bertentangan dengan al-Quran atau kaedah-keadah agama dalam hal ini bermakna
hadith mawd}u>‘ tersebut bertentangan dengan prinsip agama yang diketahui secara umum. Hal
ini contohnya dalam hadith-hadith yang menjelaskan perihal hari kiamat berlaku pada hari-hari
yang khusus. Sebagaimana juga sebuah hadith yang bertentangan dengan ayat al-Quran surah

ْ ‫وَال تَ ِزُر َوا ِزَرةٌ ِوْزَر أ‬,


al-An‘am ayat 164 yang berbunyi ‫ُخَرى‬ َ hadithnya adalah:
ِِ ‫ولد‬
‫الزَان َال ي ْدخل ا ْجلنَّة‬
‘Anak zina tidak memasuki syurga’

Hadith ini bertentangan dengan ayat al-Quran. Ayat al-Quran dengan terang
menjelaskan manusia tidak memikul dosa-dosa orang lain. Adapun hadith di atas menjelaskan
seorang anak zina tidak memasuki syurga kerana dosa kedua ibu bapanya.

4. Hadith yang diriwayat bertentangan dengan hadith yang telah thabit


kesahihannya.
Hadith yang telah thabit kesahihannya bermaksud hadith-hadith yang s}ah}i>h} atau h}asan
secara umumnya. Antara contohnya adalah hadith yang menjelaskan perihal orang yang
bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan memasuki neraka. Ibn al-Qayyim menjelaskan
bahawa hadith ini bercanggah dengan apa yang telah jelas dalam agama. Ganjaran syurga tidak
diberi kepada seseorang kerana nama atau gelarannya.

5. Hadith tersebut tidak wujud dalam kitab-kitab hadith yang muktabar.


Sekiranya sesebuah berita yang didakwa sebagai hadith tidak dijumpai dalam sumber-
sumber hadith yang muktabar, ini menjadi petanda bahawa hadith tersebut adalah hadith yang
mawd}u>‘. Hal ini kerana ketiadaan sesebuah hadith tersebut di dalam kitab-kitab hadith yang
muktabar menunjukkan ada kemungkinan besar hadith tersebut tidak mempunyai asal.
Contohnya seperti berikut:
ِ ‫اَّللَ يَتَ َجلَّى لِلن‬
َّ ‫َّاس َع َّامةً َوألَِيب بَ ْك ٍر َخ‬
ً‫اصة‬ َّ ‫إِ َّن‬
‘Sesungguhnya Allah menampakkan diri kepada manusia secara umum dan secara khusus kepada Abu
Bakr.’

Hadith ini dinukilkan oleh Muh}ammad T}a>hir dalam kitabnya Tadhkirah al-Mawd}u>‘a>t
dan beliau tidak menjumpai asal hadith ini.

8 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

6. Lafaz dan makna hadith tersebut lemah.


Termasuk tanda-tanda sesebuah hadith itu adalah palsu adalah lemah lafaz dan
maknanya. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬ialah seorang yang paling fasih bahasa arabnya. Antaranya
seperti hadith berikut:
‫ عمارة ينزل كل يوم على محار من حجارة فيسعر األسعار‬:‫إن هللا ملكا من حجارة يقال له‬
‘Sesungguhnya Allah memiliki seorang malaikat yang diperbuat daripada batu, dia digelar sebagai:
‘Uma>rah. Setiap hari dia ke atas seekor keldai yang juga diperbuat daripada batu, lalu dia
menawarkan harga kepadanya.’

7. Hadith tersebut mengandungi unsur muja>zafah


Muja>zafah bermaksud adanya unsur berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa
atas amalan yang kecil, inilah juga definisi yang ditakrifkan al-Dhahabi berkenaan dengan
muja>zafah. Contoh hadith sebegini adalah hadith yang menjelaskan perihal kelebihan ucapan
La> Ila> Illa> Allah maka diciptakan burung yang mempunyai 70000 lidah dan setiap lidah tersebut
mempunyai 70000 bahasa yang akan memohon keampunan kepada Allah untuknya.
Antara hadith yang mengandungi unsur muja>zafah juga adalah hadith berkenaan
dengan galakan berpuasa pada hari raya Aidilfitri yang diganjari dengan seolah-olah berpuasa
setahun. Demikian juga hadith yang menjelaskan kelebihan solat duha dengan jumlah rakaat
yang tertentu akan diberi pahala 70 orang nabi.

8. Hadith tersebut mengandungi unsur bid‘ah yang mufassiqah dan perawi yang
meriwayatkannya termasuk perawi yang menyeru kepada bid‘ah yang
dianutinya.
Antara bid‘ah yang masyhur dalam zaman periwayatan adalah Khawa>rij, Jah}miyyah,
Ra>fid}ah, Murji’ah, Mu‘tazilah, Qadariyyah dan Jabariyyah. Walaupun para ulama berbeza
pendapat dalam menerima riwayat-riwayat daripada perawi yang terjebak dengan pemikiran
bid‘ah, adapun riwayat yang secara jelas menyeru kepada bid‘ah yang dianutinya ditolak.
Antara contohnya adalah hadith berkenaan dengan unsur bid‘ah Ra>fid}ah:
‫عبدت هللا مع رسول هللا سبع سنني قبل أن يعبده أحد من هذه األمة‬
‘Aku telah menyembah Allah bersama Rasulullah tujuh tahun sebelum sesiapa pun dalam kalangan
umat ini.’

9 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

KESIMPULAN
Hadith Mawd}u>‘ adalah seburuk-buruk hadith d}a‘i>f. Pengetahuan berkenaan sebab-
sebab kemunculan dan tanda-tanda hadith mawd}u>‘ sangat wajar dipelajari agar umat Islam
tidak terjebak dalam sebarang kegiatan penyebaran hadith mawd}u>‘. Umat Islam wajib untuk
ingat bahawa pendustaan ke atas nama manusia biasa pun dianggap jenayah, apatah lagi
pendustaan ke atas nama baginda ‫ ﷺ‬yang merupakan Rasulullah dan menjadi contoh teladan
buat manusia. Setiap apa yang datang daripada baginda ‫ ﷺ‬menjadi sumber rujukan agama
untuk setiap lapisan masyarakat. Moga Allah memberkati setiap usaha para ulama hadith dan
umat Islam yang bersama-sama membanteras sebarang kegiatan penyebaran hadith mawd{u>‘
dalam umat Islam dan moga Allah memberi petunjuk kepada manusia-manusia yang pernah
terlibat dalam aktiviti yang diharamkan ini.

Wa Allah a‘lam.

10 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

RUJUKAN
‘Abd al-Rah}man ‘Ali. Al-Mawd}u>‘a>t. Madinah: Muh}ammad ‘Abd al-Muh}sin S}a>h}ib al-Maktab
al-Salafiyyah, 1966.

‘Abd al-Rah}man al-Suyu>t}i. Tadri>b al-Ra>wi fi> Sharh} Taqri>b al-Nawa>wi. Kaherah: Da>r al-
H}adi>th, 2010.

‘Abd al-Rah}man al-Suyu>ti. Al-Ziya>da>t ‘ala> al-Mawd}u>‘a>t. Riyadh: Maktabah al-Ma‘a>rif li al-
Nashr wa al-Tawzi>‘, 2010.

‘Ali Muh}ammad. Al-Asra>r al-Marfu>‘ah fi> al-Akhba>r al-Mawd}u>‘ah al-Ma‘ru>f bi al-Mawd}u>‘a>t


al-Kubra>. Bayrut: Muassasah al-Risa>lah.

‘Ali ‘Umar. Al-‘Ilal al-Wa>ridah fi> al-Ah}a>di>th al-Nabawiyyah. Riyadh: Da>r T}ayyibah, 1985.

Muh}ammad ‘Abd Allah. Al-Mustadrak ‘Ala> al-S}ah}i>hayn. Bayru>t: Da>r al-Kutub al-
‘Alamiyyah.

Muh}ammad ‘Abd al-H}ay Muh}ammad. Al-A<tha>r al-Marfu>‘ah fi> al-Akhba>r al-Mawd{u>‘ah.


Baghdad: Maktabah al-Sharq al-Jadi>d.

Muh}ammad Abu Bakr. Al-Mana>r al-Muni>f fi> al-S{ah}i>h} wa al-D}a‘i>f. H}alb: Maktabah al-
Mat}bu>‘ah al-Isla>miy, 1970.

Muh}ammad Abu al-Layth. ‘Ulu>m al-H}adi>th As}i>luha> wa Ma‘a>s}iruha>. Selangor: Da>r al-Sha>kir,
2011.

Muh}ammad ‘Amr ‘Abd al-Lat}i>f. Takmi>l al-Naf‘i bima> lam Yathbut bih wa Waqf wa La> Raf‘u.
Giza: Maktabah al-Taw‘iyyah al-Isla>miyyah li Ih}ya>’ al-Tura>th al-‘Arabiy, 1989.

Muh}ammad Ah}mad. Talkhi>s} Kita>b al-Mawd}u>‘a>t li Ibn al-Jawziy. Riyadh: Maktabah al-Rushd,
1998.

Muh}ammad Isma>’i>l. Al-Ta>ri>kh al-Awsat}. H}alb: Maktabah Da>r al-Tura>th, 1977.

11 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022


Abu Muslim Syimir Asyraaf Faktor-Faktor dan Tanda-Tanda Hadith Palsu

Muh}ammad Mukarram. Lisa>n al-‘Arab. Bayrut: Da>r S{a>dir, 1414H.

Muh}ammad T}a>hir ‘Ali. Tadhkirah al-Mawd}}u‘> a>t. Ida>rah al-T}aba>‘ah al-Muni>riyyah, 1343.

Muh}ammad T}a>hir. Tadhkirah al-H}uffa>z}. Riyadh: Da>r al-S}umay‘iy li al-Nashr wa al-Tawzi>‘,


1994.

Mus}t}afa> al-Siba>’i>y. Al-Sunnah wa Maka>natuha> fi> al-Tashri>’ al-Isla>miy. Al-Maktab al-Isla>miy,


2000.

12 Al-Athar: Jurnal Ilmu Hadith INHAD Volume 1 Nombor 1 2022

Anda mungkin juga menyukai