Anda di halaman 1dari 64

SOLAT-SOLAT SUNAT

MAKSUD SOLAT SUNAT

Solat sunat ataunawafiladalah solat-solat selain daripada yang


telah difardhukan. Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung
(melengkapi) sebarang kekurangan dalam amalan fardhu.
Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada
Allah SWT, disamping mengharapkan pahala dan Keredhaan-Nya.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW


bersabda:Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali
dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik
(diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya
rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya
terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: Periksalah,
adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung
solat fardunya?Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain
dihisab.(HR At-Tirmizi r.a.)

Peluang Meraih Ganjaran


Bagi meningkatkan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT di
samping meraih ganjaran pahala seberapa banyak yang mungkin,
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya mengerjakan berbagai jenis
solat sunat dimana baginda sendiri mengamalkannya. Dalam sehari
semalam, terdapat lebih lima puluh jenis solat sunat yang boleh
diamalkan mengikut waktu-waktu tertentu ataupun bila-bila masa yang
sesuai.

Solat Sunat Wuduk

Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk


mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga
dengan nama Solat Syukur Wuduk. Jika kebetulan berada di masjid, maka
boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat muqayyad iaitu solat bersebab
yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh
dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat.
Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan
solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana AllahSubhanahu wa
Taala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya


Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:
Hai Bilal .! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau
lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu
di syurga? Bilal menjawab: Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku
sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci
pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan
kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk
melakukan Solat Sunat Wuduk. (Muttafaq alaih)

CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK


1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat amat baik jika dapat dilakukan setiap kali
selepas kita selesai mengambil wuduk.
2. Lafaz dan niatnya ialah:

3. Bacaan surah selepas Fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas

Rakaat kedua: Surah An-Nas

KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK

Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana yang
terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullahshallallahu alaihi wasallam (SAW):

1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau


Uthman menyatakan bahawa RasulullahSAW pernahbersabda:
.
Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat, yang
pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya
dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan kepadanya
atas dosa-dosanya yang lalu. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga


Dari Uqbah bin Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
.
Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya
kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan
menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya,
melainkan telah wajib baginya syurga.

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat muakkad selamat datang bagi
menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja
memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu
yang lain.

Sabda Rasulullah SAW: Apabila salah seorang di antara kamu


mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan
solat dua rakaat. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, Jika salah seorang di antara kamu
memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua
rakaat. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat
fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu
dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah
dan Solat Tahiyatul Masjid.

Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus
menunaikan solat sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga memadai
kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu mendirikan solat dua rakaat.

Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang


itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan
memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.

Tujuan
1. Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
2. Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3. Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.
Tertib
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2
berikut:

1. Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan


membaca doa:

2. Berniat iktikaf.

3. Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan


kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:

Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid


Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua
rakaat. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja
yang berbeza.
1. Niatnya :

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:


Rakaat pertama Al-Kafirun.
Rakaat kedua Al-Ikhlas.
3. Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid
a. Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100
kali;

b. Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid,


tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.
FadhilatSolat Sunat Tahiyatul Masjid
1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
2. Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.
3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.
4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.
5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.

Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang


termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam
masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat
Sunat Tahiyatul Masjid.
Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja,
maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.
2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.
a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan
terus solat.
b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi
dibolehkan bangun bersolat.
3. Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka
perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan
solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi
tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang
dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat,
sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan
mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur
orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid
sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.

Dari Jabir bin Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang
pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu
dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:
Wahai Sulaik, berdiri dan rukulah dua rakaat serta pendekkanlah dalam
melaksanakannya. Kemudian beliau bersabda: Jika salah seorang di antara
kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah
dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya. (Hadis Riwayat alBukhari)
5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan
sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk
sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: Jika iqamah solat sudah
dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib. (Hadis Riwayat
Muslim)
6. Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul
Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya
membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan
daripada Rasulullah SAW: Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika
itu melainkan solat fardhu.(Hadis Riwayat Muslim)
Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan
sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai
jemaah solat fardhu.

7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar


masjid, contohnya di padang atau kaki lima. Sekiranya
datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam
mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi
khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat
Sunat Qabliyah Jumaat.
8. Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila
memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf
sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan
bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a.
Tahiyat Kaabah ialah Tawaf.
9. Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke
masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya,
sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat
Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.

Solat Sunat Rawatib

Rawatib berasal daripada perkataan raatib yang bermaksud berterusan.


Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan
sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum)
dan sunat Badiyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap
bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping
menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila
cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur,
kerjakanlah solat Badiyyah dua rakaat pula, bila ada masa
tambahkanlahdua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat


sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan
mengharamkan dirinya dari api neraka (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; Semoga Allah


merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat. (Hadis riwayat
Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga
empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Badiyyah. Rasulullah
SAW bersabda: Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah
akan mengharamkan jasadnya dari api neraka (H.R. At-Tabrani)

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib
Badiyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib
Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah
dan dua rakaat Badiyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat
sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Badiyyah
malah makruh solat selepas subuh.

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan


Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang muakkad (digalakkan) ialah 10
rakaat atau 12 rakaat, dalilnya:




Dari Ibnu Umar bahawa; Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat)
10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat
selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum
solat Subuh.(HR Bukhari-Muslim, Bukhari)





Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda,Sesiapa yang sentiasa
(berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina
rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan2 rakaat
selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2
rakaat lagi sebelum solat Subuh.(Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Solat sunat Rawatib yang muakkad


Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh.
Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Zuhur atau Jumaat.
Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Zuhur atau Jumaat.
Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Maghrib.
Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Isyak.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 rakaat Solat sunat rawatib
yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan
10 rakaat sahaja.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara
mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib
Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Badiyyah dan
dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).

2. Niat Solat Rawatib:


a. Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)

Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua
rakaat, kerana Allah Taala.
b. Solat Sunat Rawatib Badiyyah (selepas).

Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua rakaat,
kerana Allah Taala.
3. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1: Surah al-Kafirun
Rakaat 2: Al-Ikhlas

Peringatan:
Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib
diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak
perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjamaah.
Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
Jika lebih 2 rakaat, lakukan tiap-tiap 2 rakaat satu salam.

Qada solat Rawatib


Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solatsolat sunat, terutama yang muakkad. Rasulullah SAW bersabda;
Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.
(Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya
waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu
solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan
pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat
tersebut pada waktu berikutnya.

Daripada Aisyah r.a.; Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat


empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya
selepas Zuhur.(Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Daripada Kitab Mughni al-Muhtaj; Seandainya terluput akan
solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya. Maka
solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat
fardu.

Solat Sunat Awwabin

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut). Awwabin berasal dari
Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat dan kembali kepada Allah
Subhanahu wa Taala. Solat sunat tambahan ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6
rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat dengan sepuluh salam.

Solat Sunat Awwabin dilakukan selepas selesai mendirikan solat fardhu Maghrib
dan solat sunat Baadiah Maghrib, sebagai amal ibadat sementara menantikan
waktu Isyak. Ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika
tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk bersolat
jamaah di masjid.

Para ulama menganjur dilakukan solat sunat enam rakaat sesudah Maghrib agar
termasuk dikalangan awwabin. Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT merahmati
kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta
menghapuskan dosa-dosa kita.

Fadhilat Solat Awwabin


Solat Sunat Awwabin ini dapat menjaga dan memelihara keteguhan iman
seseorang, di samping menghapuskan dosa dan meraih banyak pahala. Dari Abu
Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda;





Sesiapa yang melakukan solat enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang
antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat
duabelas tahun.(Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)

Daripada Ammar bin Yasir, Rasulullah SAWbersabda: Sesiapa melakukan solat


6 rakaat setelah Maghrib, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak ombak
lautan. (Hadis riwayat at-Tabrani.)

Rasulullah SAWjuga bersabda: Sesiapa solat 20rakaat setelah Maghrib, maka


Allah mambangun rumah di syurga untuknya. (Hadis riwayat Abu Harairah
dan At- Tirmidzi.)
Doa Sebelum Solat Awwabin
Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:

CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT


AWWABIN:
1. Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin:

Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana
Allah Taala.
b. Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah
berikut:
1. Surah al-Qadr1 kali
2. Surah al-Ikhlas6 kali
3. Surah al-Falaq1 kali
4. Surah al-Naas1 kali

c. Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:

Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang


hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas segala sesuatu!

d. Baca lafaz berikut selepas memberi salam:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan
melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
2. Solat Sunat Awwabin
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin:

Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Taala.

b. Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah:


Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
3. Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah
Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:

Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana


Allah Taala.

b. Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:


Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 70
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 38)

c. Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:

Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan


keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu,
wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Solat Sunat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur,
afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat
sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang
hayat mereka.

Firman Allah SWT.:Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah


kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu
mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.(Surah Isra; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda:Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah


kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan
diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah
dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.(Riwayat
Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Tahajjud


1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara mendirikan Solat Tahajjud


Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan
kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat
memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap
malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:Amalan yang disukai oleh Allah, adalah


yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit. (Riwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1. Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut:

2. Niat solat Tahajjud:

Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Taala.
3. Surah selepas Al-Fatihah:
a, Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b. Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
c. Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat
Tahajjudnya.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah
doa berikut 3 kali:

5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh
Rasulullah SAW ini:

6. Doa Solat Sunat Tahajjud

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.


Doa dimakbulkan Allah.
Memperolehi ketenangan jiwa.
Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian SiratalMustaqim.

Memudahkan solat malam


Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat
tahajjud.
Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa yang hendak tidur dan
berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat
Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi,
maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala
tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang
diberikan kepadanya.(Riwayat al-Nasai dan Ibnu
Majah r.a.)

Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan
kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya
bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas
perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

Rasulullah SAW. telah bersabda:Sesiapa yang pernah melakukan


perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan
mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima
permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat
dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati
Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang
dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain
Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak
akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi
pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungaisungai dan disitulah tempat mereka selamanya.(HR Abu Daud,
NasaI, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila
masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam
dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Taubat:
1.
2.
3.
4.
5.

Diampunkan Allah SWT.


Dimudahkan segala urusan.
Menceriakan kehidupan seharian.
Menghilangkan perasaan yang menekan.
Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

CARA SOLAT TAUBAT


1. Niat Solat Taubat:

Daku mengerjakan solat Sunat Taubat dua rakaat, kerana Allah Taala.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut
40 kali:

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku
ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan
beristighfar:
a.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat
kepada-Nya.
b.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat
kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang
tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak
mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan
kebangkitan.

c. Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang


menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku
berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon
perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku
mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku
mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang
mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
5. Baca Doa Taubat

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat
atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi
mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu
perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu
dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan
usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah


SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk
dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.(Riwayat
At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda bahawa
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya,
kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah
memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun
lambat.

Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim
yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan
niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat,
perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada
pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian
sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3
malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening
suasananya.

Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan
sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini
mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang
melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan
niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa
sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

FADHILAT SOLAT HAJAT


1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
PANDUAN SOLAT HAJAT
1. Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum
melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu
kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah
pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.

2. Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi


pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur
dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.
3. Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum
melakukan Solat Sunat Hajat.
CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT
Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi
13 rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara
berikut:

1. Lafaz dan niat:

Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala.


2. Bacaan selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali
atau 11 kali)

Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus
mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi
syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apaapa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka
tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi
langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan
Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya). [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali).

Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada
pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di
mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi
dan Qulhu wallaahu Ahad.
3. Membaca Tasbih
a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud
sekali lagi dan bacalahtasbih ini 41 kali:

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini
dari golongan orang yang aniaya.

b. Atau Tasbih berikut 1 kali:

4. Wirid Selepas Solat Hajat


Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat
berikut:
a. Istighfar (10 / 100 kali)

Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan
daku bertaubat kepada-Nya.
b. Zikir

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

c. Selawat (10 / 100 kali)

Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke


atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

5. Doa Solat Hajat

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian


duduk semula dan bacalah doa berikut:

Solat Sunat Istikharah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi


menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau
keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis
Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat
Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di
antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah
daripada Allah pada segala urusannya.
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam
salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada
waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati
anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau
penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah


a. Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:


Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan
(tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana!
d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan
jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada
Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat
Islam.

f. Membaca doa solat sunat Istikharah:

g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa


sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin
diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: Ya Allah!
Jika Dikau mengetahui urusan ini.... (sebutkan
perkaranya).
h. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT.
sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk,
sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau
dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah
dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut,
mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi
kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat
sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Solat Sunat Tasbih

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak


300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih
dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup,
kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada
Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda: Jika
kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak
mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan
sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali . ( HR. A
bu Daud dan Ibnu Majah )
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas
segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja
atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib:

Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benarbenar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan sepuluh sifat jika
engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang
pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja
maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi
maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau
melaksanakan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat AlFatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama
dan engkau masih berdiri, maka ucapkanlah: Subhanallah
Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali,
Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk,
kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud,
kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan
bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah
75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat
rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap
hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika
tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali
dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur
hidupmu. (H.R. Abu Daud)

Cara mengerjakan solat Sunat Tasbih


Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam
sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada
malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama
(lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat
jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca
adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali.

Caranya;
1. Niatnya:

Daku menunaikan solat sunatTasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:


Rakaat 1: Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
Rakaat 2: Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
Rakaat 4: Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

6. Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Lakukan


perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7
sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
7. Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat,
bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
8. Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat
(siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga
Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

9. Membaca doa solat tasbih;

Solat Sunat Witir

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan
digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamsentiasa
melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim
ataupun ketika bermusafir.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi


Wasallamtidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda
Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallamdari Abu Hurairah: Sesiapa yang
tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan
kami.(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda lagi: Sesungguhnya Allah


SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada
bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat
Witir.(Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

Dinamakan Solat Sunat Witir kerana bilangan rakaatnya ganjil.


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Wahai ahli Al-Quran,
kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka
sekali kepada ganjil. (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, alTurmudzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11


rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau
berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

Witir Penutup Solat

Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh).
Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih.
Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda: Akhirilah solat malammu


itu dengan Solat Witir. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi,


maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat
Isyak.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda:Sesiapa yang berasa


dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya
mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang
berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung
malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana
solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah
yang lebih utama. (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu
Majah)

Fadhilat Solat Witir


1. Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallamdi akhirat kelak.
Cara Melaksanakannya:
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

Sahaja daku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala
2. Bacaan selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Alaa
Rakaat kedua: Surah Al-Kafiruun
3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir.
4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

Sahaja daku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.

5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir;


Dibaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas (Muawwidzatain).

Al-Nasai meriwayatkan daripada Kaab r.a., ia berkata: Rasulullah Sallallahu


Alaihi Wasallammembaca dalam solat Witir dengan Surah Al-Alaa, AlKafiruun dan Al-Ikhlas.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.


Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami,
Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari
Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: Saya bertanya kepada Aisyah,
membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammengerjakan
solatwitir?Aisyah menjawab: Baginda membaca pada rakaat pertama
dengan: Sabbihisma Rabbikal Alaa, Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun pada rakaat
kedua dan Qul Huwallaahu Ahad dan Muawwidzatain pada rakaat ketiga.

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR


1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

Maha Suci Tuhan Yang Maha Kudus (Suci) (3 kali).

Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan
suara. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamsetelah salam dari solat witir
berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya
pada zikir yang ketiga. (Hadis dari Ubay bin Kaab)

2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

Tuhan Yang Menguasai malaikat dan roh.


.
3. Boleh dibaca doa-doa berikut:

Ya Allah! Bahawasanya Dikaulah Tuhan yang memberi keampunan dan


Dikaulah Tuhan yang suka memberikan keampunan. Oleh itu
ampunilah daku. (3x).

Ya Allah! Sesungguhnya daku memohon Keredhaan-Mu dan


hindarkanlah daku dari Kemurkaan-Mu dan dari api neraka. (3x).

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

5. Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja
dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain
pada tengah malam.

Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup


selepas solat sunat lain pada tengah malam.

Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu
mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat
lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat
witir lagi. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: Tidak ada
dua witir pada satu malam.

Imam Ahmad berkata: Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia


seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima
persaksiannya.
.


.
Daripada Abu Hurairah, katanya,Telah berpesan kepadaku temanku
(Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3
harisetiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat Witir sebelum
tidur. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Anda mungkin juga menyukai