Anda di halaman 1dari 7

PPPN1153

HADIS HUKUM

TAJUK TUGASAN :
SYARAH HADIS PILIHAN DARIPADA KITAB TAISIRUL ALAM WA TANBIYATUL
AFHAM

PENSYARAH
DR. MOHD ARIF NAZRI

DISEDIAKAN OLEH
DALILAH BINTI MUNAZAH (A183760)
HADIS 94

‫ "ال صالة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب‬: ‫أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال‬,‫" عن عبادة بن الصامت رضى هللا عنه‬.

Maksudnya : Daripada U’badah Bin As-Samit R.A. dari Rasulullah SAW beliau bersabda :
Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al-Fatihah.

(Bukhari & Muslim)

Huraian Hadis

Perawi Hadis
Ubadah Ibn Al Samit merupakan salah seorang dari pemimpin yang berikrar dengan
Rasulullah SAW pada malam Aqobah (Baia’h Aqobah). Beliau turut serta dalam perang
Badr dan peperangan yang seterusnya. Ubadah bertindak sebagai pengawal dan
mengantarkan rombongan Bani Qaynuqa hingga ke Dhubab pada peristiwa pengusiran
Bani Qaynuqa. Beliau merupakan orang pertama yang menjadi Qadi untuk wilayah
Palestin. Beliau meninggal di Ramlah, Palestin pada tahun ke 34H.

i. Tema Hadis
Menceritakan hukum solat yang tidak membaca Al Fatihah.

ii. Syarah Kalimah


 ‫“ ال صالة‬Tidak ada solat”
Tidak sah solat bagi solat yang gugurnya salah satu fardu dan naqli solat
tersebut.

 ‫“ لمن لم يقرأ‬bagi orang yang tidak membaca”


Merujuk kepada orang yang membaca adalah samada imam ataupun makmum.

 ‫“ بفاتحة الكتاب‬Al-Fatihah”
Al Fatihah di sini merujuk kepada wajib membaca surah Al Fatihah iaitu
daripada basmalah hingga ke akhir ayat surah tersebut; kerana kitab (Al Quran)
dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah. Perkataan ‫“ الكتاب‬Kitab” adalah
merujuk kepada bagi Al Quran. Ia juga merupakan nama lain bagi Al Quran.

iii. Syarah Ijmali


Surah Al Fatihah merupakan suatu perkara yang penting dan mempunyai
banyak fadhilatnya. Oleh kerana itu, ia digelar ‫( أم القرءان‬Ummul Quran) iaitu Ibu
Al Quran. Surah Al Fatihah mempunyai tujuh ayat dan surah yang paling agung
dalam Al Quran. Disebabkan itu, surah ini wajib dibacakan pada setiap rakat dalam
solat. Seperti mana hadis dari Ubadah Ibn Al Samit di atas menyatakan Rasulullah
menegaskan bahawa solat itu tiada juzu’ nya dan tidak boleh juga separuh-separuh
seperti seorang yang menunaikan solat tetapi tidak membaca surah Al Fatihah.
Mestilah sempurna rukunnya. Jika tidak membacanya pada setiap rakat dalam
solat, maka tidak sahlah solatnya.
iv. Fawaid Hadis
1. Wajib ke atas seseorang yang menunaikan solat untuk membaca surah Al
Fatihah kerana ia merupakan rukun solat; tidak sah solat tanpanya.
2. Barang siapa yang meninggalkan surah Al Fatihah, maka batallah solatnya
kecuali jika dia adalah seorang makmum yang masbuk.
3. Terdapat banyak kelebihan dalam membaca Al Fatihah.

v. Makna Ijmali
Surah Al Fatihah merupakan ‫( أم القرءان‬Ummul Quran) iaitu Ibu Al Quran dan
ruhnya; kerana terkumpul padanya kepujian dan sifat-sifat tertinggi Allah SWT,
merujuk kerajaan(raja) dan taklukannya(penakluk), kebangkitan dan pembalasan,
ibadah dan niat. Kemudian, ia termasuk doa yang paling terbaik, waktu yang
dituntut, membantu seseorang yang berperilaku degil dan sesat kepada perilaku
berilmu dan beramal.
Kerana itu, difardukan membaca surah Al Fatihah pada setiap rakat dan telah
ditetapkan sahnya solat dengan membaca surah Al Fatihah. Diperkuatkan lagi
dengan penafian hakikat pengsyaritan yang dikeluarkan oleh Ibn Khozimah, dari
Abi Hurairah R:-

((‫))ال تجزئ صالة ال يقرأ فيها بأم الفاتحة‬


“Tidak lengkap solat yang padanya tidak membaca Ibu Al Quran(Al Fatihah)”

vi. Pengajaran Hadis


1. Wajib membaca Al Fatihah pada setiap rakat dalam solat,
2. Batal solat bagi yang meninggalkan Al Fatihah sekalipun ia dengan sengaja
atau jahil atau lupa.
3. Adapun wajib membaca Al Fatihah bagi makmum yang solat secara perlahan
dibelakang imam dan digugurkan baginya dengan suara yang kuat.

vii. Isu berkaitan hadis


 Solat bagi makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah selepas imam
kerana telah masuk ke rukun solat seterusnya seperti imam sudahpun ruku’,
maka adalah dibolehkan bagi makmum tersebut untuk tinggalkan bacaan Al
Fatihah dan terus turut serta melakukan ruku’ bersama-sama imam.

viii. Kesimpulan
1. Membaca surah Al Fatihah merupakan salah satu daripada rukun yang wajib
dilakukan dalam solat.
2. Tidak sah solat bagi orang yang meninggalkan atau tidak membaca surah Al
Fatihah.
HADIS 102

‫ فقام في الرکعتين األوليين ولم‬,‫ أن النبي (ص) صلى بهم الظهر‬: - ‫ وکان من أصحاب النبي‬- ‫عن عبد هللا بن بحينة‬
‫ ثم‬,‫ فسجد سجدتين قبل أن يسلم‬.‫ کبر وهو جالس‬:‫ وانتظر الناس تسليمه‬,‫ حتى إذا قضى الصالة‬,‫ فقام الناس معه‬, ‫يجلس‬
‫سلم‬.

Dari Abdullah bin Buhainah R - Beliau adalah daripada sahabat Nabi - : Bahawa Nabi SAW
solat zohor bersama mereka. Baginda berdiri pada dua rakaat pertama dan tidak sempat
duduk tasyahud awal. Orang-orang pun ikut berdiri bersama baginda sehingga baginda
akan mengakhiri solat dan orang-orang menunggu salamnya. Baginda takbir dalam keadaan
duduk. Kemudian baginda sujud dua kali sebelum salam, lalu baginda salam.

Huraian Hadis

i. Perawi Hadis
Abdullah Bin Malik bin Jundub Al Azdi R., dan Buhainah ialah nama ibunya iaitu
Buhainah binti Harith bin Abdul Mutollib. Beliau telah memeluk Islam sejak lama
lagi. Semenjak peristiwa pembunuhan khalifah Uthman, beliau mengasingkan diri di
sebuah tempat yang lebih kurang tiga puluh batu jauhnya daripada kota Madinah.
Beliau meninggal dunia pada tahun 56H.

ii. Tema Hadis


Hukum terlupa mengerjakan tasyahud awal dalam solat.

iii. Syarah Kalimat


 ‫“ وکان من أصحاب النبي‬Beliau adalah daripada sahabat Nabi”
Abdullah Bin Malik Bin Buhainah: Menunjukkan kemuliaan atas sahabat Nabi
SAW. ‫“ الصحابي‬sahabat” : Orang -orang yang pernah bersemuka dengan Nabi
Muhammad SAW, beriman dan mati dengannya.

 ‫“ صلى بهم الظهر‬solat zohor bersama mereka”


Nabi Muhammad SAW solat zohor bersama mereka.

 ‫ األوليين‬Š‫“ في الرکعتين‬pada dua rakaat pertama”


Pada rakat yang ketiga

 ‫“ قضى الصالة‬baginda akan mengakhiri solat”


Habis sebelum memberi salam.

iv. Syarah Ijmali


Abdullah Bin Malik Bin Buhainah menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW
sedang solat zohor bersama mereka, baginda lupa untuk melakukan tasyahud awal
lalu baginda terus berdiri pada rakat ketiga dan tidak duduk semula. Malah
meneruskan solatnya. Kemudian, sebelum mengakhiri solat dengan salam, baginda
melakukan sujud sebanyak dua kali iaitu sujud sahwi; sebagai ganti tasyahud awal
yang baginda tinggalkan, kemudian barulah baginda memberi salam.
v. Fawaid Hadis
1. Terjadi sujud sahwi dalam solat Nabi kerana disebabkan lupa, lupa merupakan
tabiat manusia.
2. Jika terlupa mengerjakan tasyahud awal sehingga dia bangun untuk rakaat
yang ketiga, maka tidak perlu kembali melakukannya semula dan hanya perlu
diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam.
3. Tasyahud awal bukan terdiri daripada rukun solat, kerana itu cukup dengan
menggantikannya dengan sujud sahwi.
4. Makmum perlu mengikut imam. Jika imam bangun dan meninggalkan
tasyahud awal, maka tidak perlu duduk semula.

vi. Makna Ijmali


Nabi Muhammad SAW solat zohor bersama-sama sahabat-sahabat baginda.
Pada dua rakaat pertama, baginda terus berdiri untuk rakaat yang ketiga dan tidak
duduk melakukan tasyahud awal (antara dua sujud). Lalu makmum juga
mengikutnya.
Sehingga waktu rakaat yang terakhir, disaat baginda sudah tasyahud akhir,
Nabi berhenti seketika dan para makmum menunggunya, baginda takbir lalu
melakukan sujud. Mereka juga turut sujud, melakukan dua kali sujud (sujud sahwi)
sebelum memberi salam. Setelah itu, barulah baginda memberi salam.

vii. Pengajaran hadis


1. Wajib sujud sahwi bagi yang lupa dalam solat dan meninggalkan tasyahud
awal.
2. Tasyahud awal bukan terdiri daripada rukun solat.
3. Bilangan sujud sahwi cukup hanya dengan dua kali sujud.
4. Kepentingan dalam mengikut imam.
5. Hendaklah sujud tersebut dilakukan sebelum memberi salam.

viii. Isu berkaitan


 Sujud sahwi hanyalah bertujuan untuk menggantikan sunat-sunat aba’dh
dalam solat dan ia hanyalah cukup dengan mengerjakan dua kali sujud
sebelum memberi salam. Adapun, bagi solat yang tertinggal salah satu
daripada rukun solat, adalah batal. Hendaklah ia mengulangi solatnya
kembali daripada awal seperti terlupa membaca surah Al Fatihah.

ix. Kesimpulan
1. Sifat lupa merupakan tabiat manusia.
2. Wajib sujud sahwi jika terlupa melakukan tasyahud awal.
3. Makmum hendaklah sentiasa mengikut imam sekalipun imam terlupa.
HADIS 107

‫ إذا دخل أحدكم‬:‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬: ‫عن أبي قتادة – الحارث بن ربعي – األنصاري رضي هللا عنه قال‬
‫المسجد فال يجلس حتى يصلي ركعتين‬.

Dari Abi Qatadah - Al Harith bin Ribi’ – Al Ansari RA berkata: Telah bersabda Rasulullah
SAW: Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke dalam masjid, maka janganlah dia
duduk sehingga dia selesai solat dua rakaat.

Huraian Hadis

i. Perawi Hadis
Al Haris Bin Ribi’ Al Ansari RA, lebih dikenali sebagai Abu Qatadah merupakan
salah seorang sahabat Nabi yang turut serta dalam peperangan Uhud dan peperangan
yang seterusnya. Beliau berasal dari Bani Sulaym, cabang dari suku Khazraj. Beliau
menetap di Kufah, Madinah dan meninggal pada tahun ke 54H.

ii. Tema Hadis


Hukum orang yang duduk dalam masjid sebelum mendirikan solat dua rakaat.

iii. Syarah Kalimat


 ‫“ المسجد‬masjid”
Tempat yang diambil untuk ummat Islam solat
 ‫“ فال يجلس‬maka janganlah dia duduk”
Jangan duduk atau jangan kekal, kalimah ‘‫ ’ال‬merujuk kepada larangan.

iv. Syarah Ijmali


 Setiap masjid yang ada adalah rumah Allah SWT dan ia merupakan tempat untuk
beribadah. Abu Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah SAW melarang orang
yang masuk ke masjid lalu terus duduk kecuali dia telah mengerjakan solat dua
rakaat terlebih dahulu sebagai tanda memuliakan rumah Allah. Solat dua rakaat
tersebut dinamakan solat Tahiyyatul Masjid.

v. Fawaid Hadis
1. Larangan bagi orang yang masuk ke dalam masjida lalu terus duduk tanpa
mendirikan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu.
2. Pada umumnya hadis mengharuskan solat dua rakaat walaupun dia masuk ke
dalam masjid pada waktu-waktu yang dilarang.
3. Semestinya ia bukanlah satu rakaat dan juga bukan solat jenazah
4. Tanda menghormati kesucian masjid.

vi. Makna Ijmali


 Pada hari Jumaat, Sulaik Al Ghatofanin memasuki Masjid Nabawi. Pada Ketika
itu, Rasulullah SAW sedang berkhutbah dan Sulaik terus duduk bersamanya. Lalu
Rasulullah menyuruh beliau berdiri mengerjakan solat dua rakaat. Kemudian
baginda memberitahu masjid adalah tempat yang disucikan dan dihargai. Maka
hendaklah maksud ke dalamnya dengan salam ‘solat Tahiyyatul Masjid’, dan
janganlah duduk sehingga dikerjakan solat dua rakaat dahulu.

vii. Pengajaran Hadis


1. Disyariatkan solat Tahiyyatul Masjid apabila memasuki masjid.
2. Hendaklah solat Tahiyyatul Masjid pada setiap kali masuk ke dalam masjid,
meskipun ia pada waktu-waktu yang di larang.
3. Disunatkan seseorang itu dalam berwuduk ketika memasuki masjid.
4. Jika memasuki Masjidil Haram dengan bertujuan untuk melakukan tawaf, adalah
lebih baik mengerjakan tawaf terlebih dahulu. Tetapi jika tidak, adalah lebih baik
untuk dirikan solat dua rakaat.

viii. Isu berkaitan


 Hendaklah solat Tahiyyatul Masjid terlebih dahulu apabila memasuki masjid,
meskipun ia pada waktu-waktu yang dilarang seperti waktu selepas subuh.
Adapun, jika seseorang itu memasuki Masjidil Haram dengan bertujuan untuk
melakukan tawaf, adalah digalakkan untuk melakukan tawaf terlebih dahulu.
Akan tetapi jika ia tidak ingin melakukan tawaf, hendaklah dia mengerjakan
solat dua rakaat sebagai tanda salam menghormati rumah Allah.

v. Kesimpulan
1. Masjid adalah rumah Allah yang harus dimuliakan.
2. Hendaklah solat dua rakaat iaitu solat Tahiyyatul Masjid apabila memasuki
masjid.
3. Larangan masuk ke dalam masjid tanpa memulakan dengan solat Tahiyyatul
Masjid.
4. Dibolehkan melakukan solat Tahiyyarul Masjid meskipun ia pada waktu-waktu
yang dilarang.
5. Jika memasuki Masjidil Haram dengan bertujuan untuk melakukan tawaf,
adalah lebih baik mengerjakan tawaf terlebih dahulu. Tetapi jika tidak, adalah
lebih baik untuk ia dirikan solat dua rakaat dahulu.

Anda mungkin juga menyukai