Anda di halaman 1dari 2

Bolehkah Ganti Sujud Sejadah?

 
Soalan

Mengikut hukum, kita perlu sujud sejadah apabila terbaca ayat-ayat tersebut di
dalam Al-Quran. Saya pernah diberitahu oleh beberapa sumber bahawa kita boleh
menggantikan sujud sejadah dengan membaca ayat sejadah tersebut sebanyak 3
kali. Apakah itu benar? Ataupun ada cara lain yang boleh menggantikan sujud
sejadah?

Kiriman Wardatun Salma

Jawapan Ust Zaharuddin:

Tempatnya di dalam al-Quran sekitar 15 ayat. Perbuatan sujud ini  disunatkan bagi
orang yang membaca dan mendengar, tetapi bagi orang haid dan nifas ia tidak di
tuntut menurut pendapat yang disepakati (Al-Fiqh al-islam wa Adillatuhu, 2/1128)

Sujud semasa sampai ke ayat-ayat sujud adalah sunat sahaja menurut majoriti
mazhab dan wajib menurut mazhab Hanafi (Rujuk Fath al-Qadir, 1/380; Mughni al-
Muhtaj, 1/214; al-Mughni 1/616), Ini kerana Rasulullah SAW pernah tidak
melakukan sujud ketika dibacakan satu ayat sujud dari surat an-Najm kepada
baginda; ini menyebabkan semua sahabat yang ada ketika itu tidak sujud (Hadith
ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud Ad-Dar al-Qutni dan lain-lain - hadith
Shohih). 

Bagaimanapun secara umumnya Allah SWT menegur orang yang tidak melakukan
sujud apabila dibaca ayat-ayat sujud sebagaimana firman Allah SWT : erti :"Dan
apabila di bacakan kepada mereka ayat al-Quran mereka tidak sujud" ( al-
Insyiqaq : 21)

Manakala hadith yang menyebut tentang kepentingan sujud ini adalah datangnya
dari Abu Hurairah (ra) : Ertinya"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia
sujud , maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : „celaka
ia, di perintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah di
suruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka" (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no
133;  dan Ibn Majah)

Alternatif jika si pembaca atau pendengar ayat-ayat sujud dalam keadaan yang
tidak sesuai untuk sujud, maka harus kepadanya untuk membuat isyarat sujud
sahaja (iaitu menundukkan kepala sedikit sambil membaca tasbih yang biasa. Ini
disepakati oleh seluruh mahzab (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/301, cet Dar al-Fikr )
Ia berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar
ertiya :"Sesungguhnya Nabi SAW membaca ketika hari pembukaan Mekah, ayat
Sajdah, maka semua sahabat sujud, ada di anataranya yag berada di atas
kenderaan dan dan di atas bawah, dan terdaat yang menunggang sujud di atas
tangannya" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Abu Daud, no 1411, ms 171)  
Manakala berkenaan membaca doa sujud 3 kali sahaja tanpa melakukan sebarang
isyarat sujud, maka tidaklah diketahui dari mana sumber yang mencadangkan
amalan sedemikian. Wallahu a'lam

Last update: 30-01-2007 08:54


Published in : Soal Jawab, Ibadah

Users' Comments (2) Add your comment


Posted by Guest, on 07-12-2007 19:28, IP 60.52.97.151, Guest
1. ...
sujud saja tanpa baca tasbih/doa sebab lupa tak pe ke ust?
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdul Rahman bin Bakar, on 07-12-2007 19:25, IP 60.52.97.151, Guest


2. ...
1. Bagaimana tatacara sujud sahwi dan bacaannya. 
 
2. Bagaimana bacaan sujud sajadah dan tatacaranya

Anda mungkin juga menyukai