Anda di halaman 1dari 18

Buku ‘Formula Solat'

Disambut Baik & Pembetulan


Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Segala puji bagi Allah s.w.t atas kurniaanNya yang tidak terkira. Terima kasih juga
kepada pembeli yang budiman, moga ia mampu memberi manfaat kepada
pembaca, jika tidak banyak, sedikit pun cukuplah. Terima kasih semua yang
memberi sokongan dan dokongan. Terutama isteri dan anak-anak saya yang
sentiasa menyokong dan memberikan inspirasi untuk terus berusaha melaksanakan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.

 
 

Tidak lupa kepada Telaga Biru Sdn Bhd yang mempersembahkan buku dalam
bentuk menarik. Juga promosi-promosi yang diberikan. Termasuk promosi di Pesta
Buku 2008. Namun malang, saya tidak membawa kamera pada hari tersebut.

Dari setiap lembaran buku tersebut, jika terdapat sebarang fakta yang anda tidak
setujui, tinggalkanlah ia dan ambillah yang anda setujui.

Imam Malik r.h berkata :-

‫كل أحد يؤخذ من كالمه وير ّد عليه إال صاحب هذا القبر‬
‫صلى هللا عليه وسلم‬
Ertinya : Tiada dari seorang pun kalangan kita ( Ulama dan ilmuan ) kecuali
boleh diterima dan ditolak pendapatnya kecuali tuan maqam ini (sambil Imam
Malik menunjukkan isyarat ke arah kubur Nabi s.a.w)

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi mengatakan bahawa "mengelakkan khilaf


(perbezaan pendapat) adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku, malah ia adalah
yang tidak dituntut dalam Islam, kerana sebab-sebab berlakunya perbezaan tadi
sentiasa wujud dan pasti berterusan" (Ummutuna Bayna Qarnain, hlm 223 : rujuk
huraian lengkap dalam As-Sahwah Al-Islamiyyah Baina Al-Ikhtilaf Al-Masru'..
oleh Al-Qaradawi)

Ia tidak dituntut kerana ia adalah hampir mustahil dan Allah tidak akan
menugaskan kita melakukan sesuatu yang tidak mampu dibuat oleh kita. Demikian
fakta yang pernah ditegaskan oleh Imam As-Syatibi ( wafat 790 H) di dalam
kitabnya "Al-Muwafaqat"

Sambutannya

Secara umumnya, menurut Telagabiru Sdn Bhd, buku saya yang bertajuk "Formula
Solat Sempurna" telah menerima sambutan yang amat amat baik semenjak
keluarannya 28 Mac 2008 yang lalu.

Menurut rekod mereka dari tempoh 28 Mac sehingga tamat pesta buku 2008 yang
lalu (13 April 08), jualan keseluruhan buku telah pun mencecah 5000 naskhah.
Alhamdulillah. Doakan saya agar jumlah-jumlah ini tidak mengelabui mata saya
dan juga penulis lain sehingga dihinggapi penyakit ‘riya', bangga diri dan lupa
daratan.

Jangan bimbang, royalti yang diperolehi tidak mungkin boleh mengkayakan saya
di dunia pun, tidak juga boleh melalaikan saya hingga lupa daratan dan terpesong
dari niat yang sebenar. InshaAllah.. Doakan, justeru anda tidak perlu berbisik,

"wa kayalah ustaz ye"

Oo, tidak perlu. Hanya beberapa sen sahaja untuk saya di dunia ini dari setiap
jualan.

Namun saya amat berharap isi dan manfaatnya dapat mengkayakan saya di alam
barzakh dan akhirat saya..ya Jutawan di Planet Akhirat!.. itu maha penting.
Ameeen Ya Rabb.

Cetakan Kedua

Pihak Telagabiru menjangkakan cetakan kedua akan dibuat dalam masa terdekat
memandangkan hanya tinggal sedikit cetakan pertama yang berbaki. InshaAllah,
cetakan kedua tidak akan ada sebarang perubahan kecuali pembetulan kecil
terhadap satu kesilapan saya dalam ‘naqal' (petikan) fakta di halaman 69. Bermula
dari ayat :

"pakar hadith kontemporari seperti Syeikh Syuaib al-Arnout juga mentarjihkan


pandangan ini"

Ayat ini akan dipadamkan bagi cetakan kedua kerana saya tersilap menaqalkannya,
Untuk info, Syeikh Syuaib mentarjihkan hadis ‘turun tangan dahulu'. Moga tidak
sebarang mudarat jatuh ke atas Syeikh Syu'aib dengan kesilapan kecil saya ini.

Demikian juga pada halaman 121, pada zikir ke-9, terjemahan yang betul adalah
membacanya 10 kali dan bukan seratus kali. 

Oh ye, jika ada sesiapa yang sudi membuat semakan lagi atau terjumpa kesilapan
lain-lain, bolehlah memberitahunya kepada saya dengan kadar segera sebelum
cetakan kedua dibuat. Usaha anda amat dihargai demi manfaat terbaik untuk
semua. Namun perlu saya ingatkan, tidak semua yang anda rasa silap adalah silap,
demikian juga sebaliknya.

Mungkin akan ada yang berkata :- 

"tapi ustaz, kesilapan yang ditemui ini dalam bab dalil hadis yang digunakan..dhoif
ni"  

Anda perlu ketahui, urusan penilaian sesuatu hadis itu sohih dan dhoif juga adalah
perkara ijtihadiyyah yang tidak dapat dielakkan berlakunya perbezaaan penilaian
dan pendapat para ulama hadis silam dan kontemporari, Justeru tidak perlulah
terlalu rigid dengan satu pendapat ulama hadis. Kecualilah ia disepakati hadis
rekaan (Maudu'), atau sangat dhoif dan yang sepertinya.

Lihatlah bagaimana Syeikh Nasiruddin Albani, seorang ilmuan hadis kontemporari


yang terulung juga banyak melakukan semakan semula ke atas hadis yang telah
dinilainya sebelum ini, sehingga hadis-hadis ini dikumpulkan oleh anak muridnya
dan diletakkan di dalam sebuah kitab. Berikut gambar kitabnya.

 
  Terjemahan Tajuk Kitab : Albani Menarik Balik Dalam Penilain Sohih dan Dhoif

Jika anda inginkan buku saya tiada silap langsung dan tepat seratus peratus, maka
saya tidak dapat menjaminnya. Teringat saya pernah membaca kata-kata salah
seorang antara anak murid Imam Syafie yang paling utama kepada gurunya iaitu
Imam As-Syafie. 

َ َ‫َوقَا َل ْال ُم َزنِ ّي قَ َرْأت ِكت‬


َ ِ‫اب الرِّ َسالَ ِة َعلَى ال َّشافِ ِع ِّي ثَ َمان‬
ً‫ين َم َّرة‬
‫ ِهي ِه َأبَى‬: ‫ف َعلَى َخطٍَإ فَقَا َل ال َّشافِ ِع ُّي‬ ُ ِ‫فَ َما ِم ْن َم َّر ٍة إاَّل َو ُكنَّا نَق‬
‫ص ِحيحًا َغ ْي َر ِكتَابِ ِه‬َ ٌ‫ون ِكتَاب‬ َ ‫هَّللا ُ َأ ْن يَ ُك‬
Ertinya : "Berkata Al-Muzani : Aku telah membaca kitab "Ar-risalah" di depan As-
Syafie sebanyak 80 kali, dan tiada sekali pun kecuali  mesti kami akan menemui
adanya kesilapan (dalam karangan itu).

Lalu Imam Syafie berkata : "Ehh, Allah SWT enggan membenarkan ada satu kitab
yang sempurna kecuali kitabnya (Al-Quran)"

Soalan Lanjutan

Telah banyak soalan-soalan susulan diutarakan dari pembaca buku saya ini.
InsyaAllah jika ada kemampuan dan kesempatan, saya akan memberikan
jawapannya. Teringat saya kata-kata Imam As-Syafie dalam bab disoal ini :-

‫ فيثبت‬، ‫ العالم يسأل عما يعلم وعما ال يعلم‬: ‫الشافعي يقول‬


، ‫ والجاهل يغضب من التعلم‬، ‫ ويتعلم ما ال يعلم‬، ‫ما يعلم‬
‫ويأنف من التعليم‬
Ertinya : "Orang yang alim ditanya perkara yang diketahuinya dan juga yang
tidak diketahuinya. Maka apa yang telah diketahuinya telah sabit manakala dia
akan belajar pula dari apa-apa (soalan) yang tidak diketahui. Adapun (sifat)
orang jahil adalah sering marah untuk belajar (apabila cuba diajar atau tegur),
dan membesar diri ketika memberi pengajaran"

Semoga kita semua terpelihara dari sifat si jahil yang disebut oleh Imam As-Syafie
tadi.

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 April 2008

Last update: 01-05-2008 20:56


Published in : Soal Jawab, Ibadah

Users' Comments (42) Add your comment


Posted by rosmainie, on 16-03-2009 05:19, IP 58.26.136.5, Guest
1. salam
ustaz buku ustaz sama tak dengan buku solat nabi oleh albani 
 
UZAR : Tentulah tidak sama, jika sama namanya 'ciplak'. dan jika sama mana boleh nama
pengarangnya zaharuddin
 
» Reply to this comment...

Posted by Shameel, on 02-09-2008 20:32, IP 194.80.178.1, Guest


2. ...
Tahniah juga Ustaz. Buku ni memang menarik dan mudah difahami. Nak tanya ustaz,
bagaimana dengan kedudukan hadis dan fakta-fakta dalam kitab Minyatul Musolli(Sheikh
Daud Abdullah Fatani)
 
» Reply to this comment...

Posted by maslina mohd, on 31-05-2008 06:16, IP 60.52.96.28, Guest


3. ...
salam, 
 
sy dah membaca buku ini, kandungannya mmg bagus tp ada satu kemusykilan sy yg tidak di
nyatakan di dlm buku tersbut. 
mengenai angkat jari telunjuk semasa membaca tahiyat adakah jari telunjuk perlu di angkat
sehingga selesai baca tahiyat atau habis selawat kena jatuhkan semula? 
 
terima kasih 
 
» Reply to this comment...

Posted by Mang, on 28-05-2008 09:28, IP 60.52.97.238, Guest


4. ...
Assalamualaikum Ustaz... boleh pos ke UK tak buku tu ? Kalau boleh, saya tambah beberapa
lagi buku karangan ustaz...
 
» Reply to this comment...

Posted by faizul said, on 20-05-2008 08:26, IP 211.25.51.200, Guest


5. ...
(DELETED BY ADMIN : KESILAPAN TEKNIKAL TU TELAH DIBETULKAN DALAM
CETAKAN KEDUA) 
 
» Reply to this comment...

Posted by zamry, on 07-05-2008 06:48, IP 60.52.96.181, Guest


6. ...
Assalamualaikum 
Tak patut betul la buku macam ni rm 25.90... 
Jarang jumpa buku macam ni harganya rm 25.90 
ISI KANDUNAG DISUSUN CANTIK, PENERANGAN MENARIK, PERSEMBAHAN
CANTIK, KERTAS BERKUALITI: 25.90 je? 
Syabas, ustaz... Menunjukkan bukan 'duit dunia' yang ustaz kejar tetapi 'duit akhirat' lebih
dipentingkan... 
Tak Sabar menanti buku seterusnya
 
» Reply to this comment...

Posted by Albanna, on 01-05-2008 20:51, IP 60.52.96.43, Guest


7. ...
Petikan dari kata UZAR: 
"Teringat saya pernah membaca kata-kata salah seorang antara anak murid Imam Syafie
yang paling utama kepada gurunya iaitu Imam As-Syafie. Namun maaf, saya terlupa
sumbernya. 
 
"Setiap kali aku mengulangi pembacaanku terhadap kitabmu ( Ar-Risalah) nescaya akau
akan menjumpai satu kesalahan" 
 
As-Syafie membalas : "Jika engkau inginkan sebuah kitab yang sempurna dari sebarang
kesilapan ia adalah Al-Quran sahaja"  
 
Saya ada jumpa kata-kata ini dalam Kitab: Kasyful Asrar, teksnya: 
 
َ ‫َوقَا َل ْال ُمزَ نِ ّي قَ َرْأت ِكت‬
ُ ‫ ِهي ِه َأبَى هَّللا‬: ‫َاب ال ِّر َسالَ ِة َعلَى ال َّشافِ ِع ِّي ثَ َمانِينَ َم َّرةً فَ َما ِم ْن َم َّر ٍة إاَّل َو ُكنَّا نَقِفُ َعلَى َخطٍَإ فَقَا َل ال َّشافِ ِع ُّي‬
‫ص ِحيحًا َغي َْر ِكتَابِ ِه‬ َ ٌ‫َأ ْن يَ ُكونَ ِكتَاب‬ 
 
Wallahu a3lam 
 
UZAR : ALHAMDULILLAH YE TEPAT SEKALI. INILAH TEKS YANG SAYA
MAKSUDKAN. TERIMA KASIH.
 
» Reply to this comment...

Posted by IAS78, on 30-04-2008 15:00, IP 60.52.100.145, Guest


8. ...
Assalamualaikum Ustaz, 
 
Semalam saya ada mengikuti Kurus Penghayatan Kesempurnaan Solat oleh Ustaz di pejabat
saya di Lembaga Getah Malaysia. Ternyata kursus tersebut telah meleraikan segala
kemusykilan dan kekeliruan yang selama ini bermain dalam fikiran kita tentang perihal solat
sedang kita tahu akan kepentingan solat ini. Walaupun hanya sehari tapi pengisiannya cukup
mantap dengan hujah yang bersandarkan Al-Quran dan Hadith serta hujah 4 Mazhab. Saya
akan simpan kertas kerja Ustaz untuk rujukan saya kerana ianya amat membantu. Terima
kasih dan tahniah saya ucapkan kepada Ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sa'aidan, on 30-04-2008 12:07, IP 60.52.100.145, Guest


9. ...
UZAR, buku tuan saya beli 4 hari lepas. 
 
Syukur alhamdulillah, buku yang melapangkan jiwa & fikiran saya berkaitan solat fardhu
kerana rata-rata kebanyakan buku di pasaran yang saya teliti terlalu taksub kepada satu aliran
sahaja. 
 
Saya cadangkan tuan hasilkan pula buku bahagian II yang menerangkan formula
kesempurnaan untuk segala jenis solat-solat sunat. 

 
» Reply to this comment...

Posted by bobok, on 27-04-2008 17:11, IP 60.52.99.72, Guest


10. ...
Asm Ustaz, saya dah beli buku edisi pertama. Saya cadangkan supaya ustaz dapat kumpulkan
semua kesilapan dalam edisi pertama dan kemudian buat pembetulan dan keluarkan risalah
yg dipanggil "ralat" atau "pembetulan" dalam format pdf . Dan poskan dalam blog ustaz
supaya boleh dimuatturun dan dicetak. Jadi kami boleh lekatkan kpd buku edisi pertama yg
telah dibeli.
 
» Reply to this comment...

Posted by TasbihPutih, on 25-04-2008 17:41, IP 60.52.101.71, Guest


11. ...
Terima kasih UZAR kerana menerbitkan buku yang sungguh bermanafaat ini, saya telah
memilikinya.
 
» Reply to this comment...

Posted by naji, on 21-04-2008 14:01, IP 60.52.100.140, Guest


12. ...
lepas departure ust nanti, dah tak boleh beli onlinela? dah takda special price la? atau tibyan
akan teruskan? ke guano? 
 
UZAR : YE, SEKITAR DUA MINGGU DEPAN, SEMUA PEMBELIAN TERPAKSA
DITUTUP..TIBYAN PUN TUTUP. 
 
SEMUA PEMBELIAN HANYA BOLEH DI MPH, TELAGA BIRU DAN KEDAI BUKU
SAHAJA. NO MORE DISCOUNT FROM THE AUTHOR
 
» Reply to this comment...

Posted by ano, on 21-04-2008 13:43, IP 60.52.100.140, Guest


13. ...
Assalamualaikum UZAR, 
 
Rasa macam tak lengkap je buku ni sebab bab "qunut" tak di masukkan. Ana cadangkan bab
qunut ini dimasukkan dalam next version. Tks. 
 
Uzar : qunut tu lain kali ye
 
» Reply to this comment...

Posted by b281282, on 20-04-2008 13:01, IP 60.52.101.46, Guest


14. ...
I am really excited. Keep up the great work. Good resources here.
 
» Reply to this comment...

Posted by masri, on 19-04-2008 17:30, IP 60.52.103.62, Guest


15. ...
aslm wbt 
 
ada yg bertanya knp ust dhaifkan hadith2, shaikh muqbil antara yg dhoifkan hadith2, gi2 gak
shaikh syuaib al-arnouth. sbb hadith2 bertentgn dgn hadith2 lain yg xsebut pun gerakkan jari,
atau dlm istilahnya mudhtarib. 
 
 
mmg al-albani sahihkan hadith2 sbb sanadnya elok. 
 
so rasanya sesape yg belajar pengkhususan hadith x patut tanya soklan ni sbb dorg patut tahu
kt mana titik beza ulama2 tu wkt wat penilaian, sbb apa dorg berbeza, n benda ni dah ma'ruf
bg org yg dok kaji isu gerak atau xgerak jari. 
 
bab kata uzar, itu ijtihad ulama dan uzar pilih ijtihad yg lbih diyakini. 
 
bukak buku sifat solat shaikh al-albani, shaikh bin baz, shaikh muqbil, shaikh at-torifi pas2
akan jmpa perbezaan antara satu sama lain. sume pegang pd nas tp dorg berbeza sama ada
nas2 sahih atau x. tu shj. 
 
wallahu'alam 
 
wslm wbt
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammady7, on 18-04-2008 10:41, IP 211.25.51.200, Guest


16. ...
ustaz,jangan marah ya,sekadar bertanya,syeikh ghumari yg dlm buku ni syeikh ghumari yg
mana satu ek? 
 
lagi satu,ustaz Arif,memberi komentar tentang hadith gerak jari,katanya kenapa ust
Dhaifkan?
 
» Reply to this comment...

Posted by HMH, on 17-04-2008 21:00, IP 60.52.96.124, Guest


17. ...
Assalamuialaikum..saya raya ada kesilapan sedikit dalam buku tu ustaz..Pada halaman 103,
ustaz membentangkan hadis yang membuktikan Nabi s.a.w ketika memberi salam tiada
menambah di belakangnya "wabarakatuh"..Matan hadis tu betul tapi terjemahan hadis dalam
buku tu ada perkataan "wabarakatuh"..so confius bagi pembaca yang baca terjemahan je.. 
 
UZAR : OK BETUL-BETUL...TERIMA KASIH..
 
» Reply to this comment...

Posted by ano, on 17-04-2008 17:55, IP 60.52.96.124, Guest


18. ...
Assalamualaikum UZAR, 
 
Alhamdulillah saya dah memiliki buku Formula Solat Sempurna ni. Cuma saya musykil
sikit, dalam bab ketika sujud di mana ditunjukkan gambar cara sujud yang betul ialah dengan
merapatkan kedua-dua belah kaki. Ustaz tak ada berikan penerangan secara
terperinci(sumber2). 
 
UZAR : ada kesilapan sikit, gambar kaki yang tak rapat tu patutnya tak disekalikan dengan
kaki yg lain. Ia tidak salah cuma kurang sempurna
 
» Reply to this comment...

Posted by SHAHRIZAL, on 17-04-2008 17:41, IP 60.52.96.124, Guest


19. ...
Alhamdulillah....byk yang respon tentang buku UZAR ni yek? Moga kalian beroleh
manfaat...amin. Bagus btul saudara "abu luqman". =) UZAR..nk tanye sikit..UZAR sambung
PhD kat mane yerk?
 
» Reply to this comment...

Posted by nora, on 17-04-2008 17:39, IP 60.52.96.124, Guest


20. ...
Assalamualaikum,  
 
Saya amat berminat dengan buku 'Formula Solat Sempurna', dimanakah saya boleh dapati?
adakah di kedai2 buku yang besar sahaja atau pun dimana2 kedai buku pun ada. 
 
Teruskan perjuangan demi islam tercinta.
 
» Reply to this comment...
Posted by puteri islam_77, on 17-04-2008 15:38, IP 211.25.51.200, Guest
21. ...
salam. 
 
Uzar , saya x dapat memiliki buku uzar ini semasa ke pesta buku d pwtc kerana di beritahu
sudah kehabisan stok !! aduhh...hampa dan sedih betul rasanya.....
 
» Reply to this comment...

Posted by PakLong, on 17-04-2008 14:32, IP 211.25.51.200, Guest


22. ...
Assalamuálaikum, 
 
PakLong sarankan sesiapa yang belum dapatkan buku ni, segera dapatkan....Memang sangat
sesuai untuk semua peringkat umur...  
 
Jangan lupa dapatkan juga buku "WANG, ANDA DAN ISLAM". 
 
Alhamdulillah, PakLong dah dapatkan kedua-duanya.
 
» Reply to this comment...

Posted by 84, on 17-04-2008 13:12, IP 211.25.51.200, Guest


23. ...
Assalamualaikum... 
 
waaa jutawan akhirat la UZAR ye? (bila ramai yang ambil manfaat dari buku ni) 
 
Ada tak tips yang boleh uzar kongsi untuk jadikan saya dan orang lain sebagai 'milionare in
hereafter' jugak? jeles la... 
 
Syabas sekali lagi UZAR... 
Harap lepas ni menyusul buku2 menarik lagi ya.... Selamat berusaha dan berjaya. 
Wassalam..... 
 
UZAR : INSHAALLAH, MUNGKIN LEPAS INI SAYA AKAN BUAT MODUL KURSUS
ATAU BUKU TAJUK "JUTAWAN PLANET AKHIRAT" 
 
BAGI MENJAWAB SOALAN SAUDARA 84 INI..
 
» Reply to this comment...

Posted by abu luqman, on 17-04-2008 13:01, IP 211.25.51.200, Guest


24. ...
Assalamualaikum Ustaz, 
 
Sekadar pencerahan untuk point (2) dari respond Ustaz 
 
Muka surat italic iii tu pada muka surat IsiKANDUNGAN 
 
Muka surat italic x tu pada KataPENGARANG, di halaman terakhir di bawah sub tajuk
"Buah Tangan untuk Dewasa" perenggan ke-3 
 
Wallahu'alam bissawab. 
 
UZAR : OK ALHAMDULILLAH, TELAGBIRU PUN DAH CALL MINTA SAYA HARI
INI JUGA BERIKAN SEBARANG PEMBETULAN.  
 
BOLEHLAH SAYA FORWARDKAN KOMEN ABU LUQMAN..THANKS A LOT
CREDIT GOES TO YOU..BARALAH FIKA WA AHLIKA WA MALIKA 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 17-04-2008 12:57, IP 211.25.51.200, Guest


25. ...
Salam, 
 
Ana mmg nak sgt join course HALAL HARAM DALAM  
URUSAN KEWANGAN HARIAN ustaz. sbb tak pernah join, tp mungkin ni ujian dr Allah
ana terpaksa batalkan hasrat ana ni. Suddently ada project urgent pula. Weekend ni terpaksa
datang kerja.macam mana ni ustaz, tertekan sangat...dahlah kene guna tools baru,
development within one week only (ni mmg kerja pecah kepala)...bila lagi ade course ustaz ? 
 
UZAR : SAYA BERSIMPATI, NAMUN RASANYA INI YANG TERAKHIR KERANA
SAYA AKAN BERLEPAS KE LUAR NEGARA UNTUK PHD SAYA DALAM TEMPOH
DEKAT INI
 
» Reply to this comment...

Posted by Aizuddin, on 17-04-2008 12:56, IP 211.25.51.200, Guest


26. ...
Assalamualaikum... 
 
Ustaz saya telah menempah buku ustaz tapi belum sampai lagi. Saya nak minta izin ustaz.
Boleh tak isi kandungan buku tu nanti saya gunakan untuk buat kursus pemantapan solat
untuk pelajar baru semester depan. Walaupun mungkin kursus yang saya nak jalankan tak
sehebat kursus ustaz tapi saya harap usaha ini berjaya. Sedih mengenangkan warga kampus
harini ramai yang tak solat dan tak tahu solat. Patut sahaja kemungkaran dan maksiat di
kalangan pelajar terlalu teruk. 
 
UZAR : Boleh tapi penerbit tidak membenarkan buku tu di fotocopy dan macam-macam
lagi.. SO untuk jadikannya komersial..kena rujuk telagabiru, jika untuk tidak
komersial..digalakkan seratus peratus. Moga anda dan saya boleh menjadi "Jutawan Planet
Akhirat"
 
» Reply to this comment...

Posted by azmaini, on 17-04-2008 12:53, IP 211.25.51.200, Guest


27. ...
Assalamualaikum UZAR, 
 
Saya nak minta izin UZAR untuk benarkan saya beli dan kemudian wakaf buku formula
solat ni di surau-surau dan masjid-masjid sebagai bahan rujukan. 
 
UZAR : TERLALU BOLEH DAN DIGALAKKAN.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nawawi, on 17-04-2008 09:52, IP 60.52.96.124, Guest


28. ...
as-Salaamu 'alaikum, saya menyampaikan beberapa persoalan yg ditimbulkan oleh beberapa
rakan yang membaca buku ust tersebut. Pertamanya, kenapa ustaz memasukkan nama al-
Ghumari sebagai salah satu rujukan? Sekian dulu utk soalan pertama... 
 
UZAR : KENAPA PULAK TAK BOLEH?  
 
ALGHUMARI TU KAFIR KE? 
 
ALGHUMARI INI SALAH SEORANG GURU DR YUSUF ALQARADHAWI JUGA. 
 
MAAF, PERTANYAAN SEBEGINI TIDAK AKAN DILAYAN SELEPAS INI. KERANA
IA MENUNJUKKAN KETIDAKTERBUKAAN PEMIKIRAN DALAM MENERIMA
ILMU. 
 
INI BAB YANG SAYA KATA, JIKA TIDAK SETUJU, TINGGALKAN..AMBIL YANG
SETUJU.
 
» Reply to this comment...

Posted by abu luqman, on 17-04-2008 09:50, IP 60.52.96.124, Guest


29. ...
Assalamualikum Ustaz,  
 
Mabruk kerana menghasilkan kitab yang berkualiti alhandulillah. 
 
Sekadar bertanya, ana alhamdulillah dah baca kita anta sepintas lalu cuma nak tanya di dalam
Glosari muka surat 161, berkenaan ayat seribu dinar surah at-Talaq ayat 2-3. Semasa ana
baca kitab tersebut, tak jumpa di mana ayat seribu dinar itu dinyatakan. Mungkin ustaz boleh
bagi pencerahan. 
 
Berikut adalah beberapa perkara untuk penambahbaikkan kitab Formula Solat Sempurna: 
 
1. pada muka surat italic iii, (punctuation) 
Di bawah Bab Tiga, urutan nombor 4, noktah "." yang tidak disengajakan 
 
2. pada muka surat italic x, (punctuation)  
Di perenggan yang ke-3, tanda " " digunakan betul pada ayat pertama tetapi ayat kedua tidak
dimulai dengan " dan sebetulnya diakhiri dengan ." 
Mungkin ustaz nak dakap kedua-dua ayat tersebut dengan sepasang " " sahaja. 
Satu " di awal ayat pertama dan kedua " di akhir ayat kedua selepas noktah 
 
3. pada muka surat 71, (nota kaki,footnote) 
nota kaki nombor 156 tidak dinyatakan di bawah muka surat 71  
 
4. pada muka surat 121, Zikir 9 (terjemahan) 
matan bahasa arab baris ke-3 yang berbunyi  
"....a'syara marratin..." 
terjemahan maksudnya pada baris ke-5  
" ...sebanyak seratus kali..." 
berdasarkan matan hadis, terjemahannya sepatutnnya  
" ... sebanyak sepuluh kali.." 
Mungkin ustaz boleh semak semula matan hadis tersebut. 
 
Wallahu'alam bissawab. 
abuluqman@gmail.com 
 
UZAR : WAH..INI DAH BOLEH NAIK PANGKAT JADI EDITOR SAMBILAN DI
TELAGABIRU NI. 
 
1) AYAT SERIBU DINAR DI PAGE 142 
2) ANDA TIDAK NYATAKAN DI PAGE BERAPA. 
3) NOTA KAKI 156, YE TAK YE JUGA, MANA PULA DIA HILANG YE.. 
4) TELAH DISEDARI..YE 10 KALI,BUKAN SERATUS KALI.  
 
TERIMA KASIH..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 17-04-2008 09:37, IP 60.52.96.124, Guest


30. ...
salam Uzar, 
 
Harapnya ustaz bawa stok yang mencukupi ke politeknik Sultan Azlan Shah esok dlm
ceramah khas nanti yer..dan harapnya saya tak terlepas memilikinya..insyaAllah.. 
 
jumpa nanti di sini..PSAS
 
» Reply to this comment...
Posted by shiha, on 17-04-2008 09:37, IP 60.52.96.124, Guest
31. ...
Salam.. 
 
Perasaan riya' adalah sesuatu yg amat perlu diperhatikan. Kerana kadang - kadang ia datang
tanpa sedar. Bagi academician, perasaan riya' terhadap sedikit ilmu yg dimiliki, bukan mudah
untuk dihalang. Kerana setiap hari student sentiasa saja memandang tinggi kepada
pensyarahnya (sesuatu yg fitrah bagi kebanyakan student). Perlukan penghadang setebal
tembok besar negeri China. Bagaimana ye?
 
» Reply to this comment...

Posted by syedali, on 17-04-2008 09:36, IP 60.52.96.124, Guest


32. ...
assalamualaikum. 
minta pencerahan ya ustaz.boleh tak ustaz terangkan dengan lebeh lanjut mengenai Hadith
Nabi S.A.W. mengenai larangan jangan duduk cara syaitan dan menghamparkan dua
lengannya saperti binatang buas (contohnya saperti anjing atau sebagainya) semasa sujud dan
duduk diantara dua sujud. 
 
UZAR : PENERANGAN DALAM BUKU SUDAH MEMADAI RASANYA,
 
» Reply to this comment...

Posted by IsmailNihat, on 17-04-2008 09:33, IP 60.52.96.124, Guest


33. ...
Tahniah UZAR semoga Allah memberkati usaha murni ini. Saya amat berterima kasih atas
kursus solat tempoh hari, banyak perkara baru yang dpt saya pelajari.  
 
Saya mohon izin agar dpt menggunakan buku ini sebagai rujukan kerana saya juga mengajar
di masjid-masjid.  
 
Mudahan-mudahan para jamaah dpt manfaatnya. Kpd yg belum memiliki buku ini saya
cadangkan agar mendapatkannya, kerana ia amat menarik dengan contoh dan gambar-
gambar yg mudah di fahami. 
 
UZAR : DIIZINKAN..IA AMAT BAIK UTK SAYA MENJADI 'JUTAWAN PLANET
AKHIRAT'..DAN ANDA JUGA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Harith, on 17-04-2008 07:36, IP 60.52.96.124, Guest


34. ...
‫هللا يفتح عليك‬..‫ برك هللا فيك‬UZAR,
 
» Reply to this comment...
Posted by Abu Ayyub, on 16-04-2008 22:16, IP 60.52.101.206, Guest
35. ...
Tahniah uzar!!!!!! 
MOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MEMELIHARA USTAZ... 
 
BERBAHAGIALAH SESIAPA YANG MENGATAKAN: 
 
SESUNGGUHNYA AGAMA INI APA YANG DISEBUT OLEH ALLAH DAN APA
YANG DISEBUT OLEH RASULNYA..... 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Ayyub, on 16-04-2008 22:15, IP 60.52.101.206, Guest


36. ...
Tahniah UZAR, 
 
semoga Allah memberkati dan memelihara ustaz.......
 
» Reply to this comment...

Posted by Shahmuzir, on 16-04-2008 22:10, IP 60.52.101.206, Guest


37. ...
Alhamdulillah, 
 
Buku ke2 ustadz ni telah saya perolehi setelah memiliki buku pertama ustadz. Utk
pengetahuan, saya belinya di kedai alatulis di kawasan perumahan saya.  
 
Penyampaian & persembahan buku ke2 ni lebih user-friendly & menarik. Mungkin,
disebabkan oleh targeted reader, penerbit & dll sebab. 
 
Apapun, tahniah ustadz . 
 
Saya 100% RECOMMEND kalian memilikinya! 
 
SHAHMUZIR NORDZAHIR 
www.takafulonline.net
 
» Reply to this comment...

Posted by zue hamid, on 16-04-2008 22:07, IP 60.52.101.206, Guest


38. ...
luihmyd@yahoo.com.my  
 
Alhamdulillah .. kiranya benar buku sampai perlu diulang cetak dalam masa yang begitu
singkat.  
 
Saya sudah membelinya ketika menghadiri Kursus Solat di UIA tempoh hari. Memang
berbaloi membelinya.  
 
Kini saya kongsikan ilmunya dengan saudara mara. Semuga cetakan kedua juga mendapat
sambutan menggalakkan.  
 
Insya Allah. Saya doakan uzar sentiasa diberi kekuatan dan kelapangan waktu untuk terus
menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada semua muslimin dan muslimat.
 
» Reply to this comment...

Posted by am0i ida, on 16-04-2008 22:07, IP 60.52.101.206, Guest


39. ...
Tahniah Uzar, saya dah dapatkannya di kursus solat dan saya selalu refer untuk memperbaiki
mutu solat saya.  
 
Semoga usaha Uzar diredhai Allah dan mendapat ganjaran yang selayaknya disisi Allah. 
 
Moga istiqamah...
 
» Reply to this comment...

Posted by razali, on 16-04-2008 18:16, IP 60.52.101.206, Guest


40. ...
tahniah...! saya pun belum dapatkanya lagi, insyaallah saya akan dapatkan secepat
mungkin.... syabas dan teruskan perjuangan
 
» Reply to this comment...

Posted by razali, on 16-04-2008 18:15, IP 60.52.101.206, Guest


41. ...
saya belum dapat lagi. insyaallah saya akan dapatkan secepat mungkin.... tahniah... memang
dinanti2 kan.
 
» Reply to this comment...

Posted by PakLong, on 16-04-2008 17:23, IP 60.52.101.206, Guest


42. ...
UZAR, 
 
Tahniah kerana berjaya menghasilkan sebuah buku dengan presentation yang sgt menarik
dan baik... 
 
Teruskan perjuangan demi Islam tercinta

Anda mungkin juga menyukai