Anda di halaman 1dari 4

Bayangkan, pernah kita terfikir untuk lari dari dunia yang tiada apa makna ini.

Melainkan hanyalah satu wasilah untuk melakukan taat dengan sesungguhnya dan
mencapai Redha Allah. Dunia yang sesak dengan libang libu noda. Panas benar dunia
ini dengan dosa dan noda. Sesak jiwa dan raga di dalam fatamorgana ini

Di dalam bebrapa bulan yang lepas semasa harus mencari satu kitab untuk ditulis
review dalam madah Islamic Critical Thinking, terjumpa satu kitab karangan Imam
al-Ghazali bertajuk " Munqidh min ad-dholal".

Bagaimana perjalanan Imam al-Ghazali mencari kebenaran. Bayangkan betapa ketika


Imam al-Ghazali berada di kemuncak kerjayanya, hati resah gelisah, lidahnya kelu
tidak boleh bercakap. Oh aku ingin pergi sebentar dari dunia ini. Imam Ghazali
kemudiaanya menyatakan hasrat untuk berhenti dari pekerjaan nya sebagai profeser
di Bahgdad dan ingin pergi ke Damsyiq. Namun, pada umum, dinyatakan ingin ke
Makkah. Dalam pencariaan makna penciptaan Al-Ghazali menerusakan perjalanan menuju
Allah. Beruzlah, berkhalwah selama hampir sepuluh tahun di menara masjid di
Damsyiq. Setelah sepuluh tahun, Imam al-Ghazali kembali mengajar, kali ini ke
tempat lain. Selepas itu, mulalah imam al-Ghazali menulis kitab ini.

Bayangkan, alangkah tenangnya rasa andai boleh kita begitu, melarikan diri
sebentar dari dunia yang sangat tiada erti ini. Alangkah!

Namun, kita akui mana mungkin kita beruzlah ke padang pasir, atau ke menara
masjid, atau ke mana-mana. Kerana uzlah jasadiah tiada lagi. Yang ada hanya
sekali-sekali kita mampirkan diri dengan sekadarnya penuh perhatian pada mengenal
ihsan. Pada jalan yang kita pilih.

Benarlah kata-kata Syeikh Abu Hassan Ali An-Nadawi: " Ketinggian ilmu, kekuatan
hujah, kepintaran lisan, tidak akan memberi makna yang mendalam andai tiada
kekuatan rohaniyah yang tinggi."

Ilmu, setinggi mana, setinggi mana pun hujah kita tiada makna andai ruh, hati dan
jasad tidak mengenal Allah. Kita mungkin mempunyai Master, Phd, Mumtaz, pakar di
dalam segala , namun kalaulah kamu mendakwa kamu itu benar, mengapa kalam kamu itu
sangat tidak boleh diterima oleh mu�min???Sedang kalam Baginda s.a.w sangat halus
dan mudah diterima malah sangat meresap masuk ke dasar hati-hati mu�min.

Telah berkata Imam As-Syadzili R.H " Sesiapa yang mengamalakan tasawwu, namun
bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w tidaklah dia melainkan seorang
pendakwa "

Sedang Imam Ibn taimiyah R.H sendiri mengkagumi ahli-sufi. Jadi, jangan pula
keluar kalam dari bibir kita. Sufi iu sesat. Oh Astaghfirullah. Yang salah adalah
tidak mengenal syariat. Asal kepada tasawwuf adalah syariat dan tauhid. Semua
ulama� mengakuinya. Sudah ittifaq. Bacalah bab as-suluk di dalam majmu� fatawa Ibn
taymiyah.

Semoga jangan mudah benar kita mengungkap sesat pd mereka yang hatinya ada kalam
LAILAHAILLAH.

Mempelajari tasawwuf atau apa sahaja nama, tazkiyatun an-nafs tidak mesti dengan
memilih tariqah khusus. Ada yang memilih ada yang tidak. Jesteru, usah mudah
melatah andai dia berbicara tentang tasawwuf atau perbersihan hati, maka dia itu
begini-begitu. Berhati-hati wahai Muslim terhadap untaian kata-kata kamu.

Semoga Allah kurniakan kita hati yang sangat jernih, jiwa yang sangat tunduk,
perasaan yang sentiasa husnu-dzhon. Dan Bersihkanlah ya Allah, segala diri kami
dari perkara-perkara terlarang dan cintakan dunia.Amin..
p/s: Banyak sebenarnya amanah yg tak terlunas, jawapan yang belum terjawab, namun
terpaksa tawaqquf disebabkan perkara2 yang lebih awla. Namun, kita telah memegang
amanah, kepada Allahlah jua kita memohon agar dikurniakan ruang dan masa untuk
melakukan taat dengan lebih lagi..
Usah biarkan walau selembar benang pun menjauhkan diri kamu dri Allah.

Sama-sama kita memohon doa, moga-moga malaikat juga mengaminkannya�

Ya Allah, kami datang padaMu, dengan pakaian kehinaan, memohon dikuYa rniakan
aqidah yang soheh, syariat yang benar, akhlak yang luhur. Muraqah yang tidak
pernah pudar, ihsan yang indah, taubat yang tidak putus, segenap tubuh yang
berdzikir mengingatiMu penuh kecintaan, jiwa-jiwa yang segar dengan selawat tanpa
henti, dan hati-hati yang sentiasa mendoakan di antara satu sama lain. Agar
terhimpun kebaikan dinantara mu�min-mu�min. Dengan RahmahMu yang tiada
bandingannya, kami memohon ya Allah. Dan kami tahu ya Allah, tiadalah melainkankan
Kau akan menerima segala permohonan yang meminta-meminta

Kami yang lemah di sisiMu ya Allah

WaAllahua�lam.

Kitab�s suggest to be read.. :)

1) Mafahim Yajibu an-Tusohhah: By As-Syeikh Sayyid Muhammad Alawi almaliki

2) Raseilin Nur: Badieuzaman Said an-Nursi

3) Bidaah Satu penjelasan rapi: Abdulullah Siddiq al-Ghumari.(ter)

+ Plus a very nice, beautiful and sweet Burdah Imam Busiri by Muhammad AlHusayyan
and also tazdkirah by Habib Omar that no words could describe it..
9 Comments ?

The URI to TrackBack this entry is:


http://alqasam.blogsome.com/2007/05/15/uzlah/trackback/

1.

�Hanyalah dengan berzikir hati-hati itu akan menjadi tenang�

Dicadang juga baca Risalah Mustarshidin al-Muhasibi..

�Senja�yang memisahkan siang dan malam�


Melabuhkan tirai gelap memekatkan alam�
Di sana ada insan terhijab oleh zulumat kelam�
Di sana ada sufi lemas dalam hakikat yang dalam��
(kiriman seorang teman)

Comment by Ukhti Nur � June 12, 2006 @ 2:09 pm


2.

Kekanda Nur,

:)

Jazakillah..memang nak tulis semalam,tp lupa nama penuh kitab tu..(penting


kitab ni, sebab akak perkenalkan..terima kasih..)
Dan terima kasih juga atas untaian kata-kata itu..

Ukht, terima kasih juga atas ilmu, makna dan pengertian. Dan moga Allah
himpunkan kita dikalangan muqarrabin dan satukan hati2 kita dalam kebaikan, khauf,
hub dan raja�. Doa pd Tuhan, yang tak pernah tidur..

Comment by itabAdministrator � June 13, 2006 @ 7:03 am


3.

hidup kita bukanlah seperti lukisan di mana kita bebas melakarkan segala
macam perkara� keindahan yang kita gambarkan dan inginkan. kerana yang indah dan
tak indah itu telah ditentukan. kadang2 yang tak indah itulah sebenarnya keindahan
hakiki kita� maka bersyukurlah.

nur� sedap ya kata2 tu.. :-)

Comment by imam � June 13, 2006 @ 9:26 am


4.

terima kasih pd saudara Imam..

Teringat akan kisah Abid pd zaman Nabi Musa R.A, walau taubatnya berkali-
kali tidak pernah putus asa, namun beliau berkata dengan kata-kata yang amat
mengharukan dan sangat menggetarkan hati-hati yang sangat dekat dengan Allah..�>
buku yg Kekanda Nur beri pinjam..;)

� Walau Engkau menghalauku, aku akan tetap menunngu di pintuMu��

Dan akhirnya Allah mengampunkan dosanya, Sesungguhnya benarlah Allah itu


Maha Pengampun dan Penyayang, cuma saja kita yang belum benar-benar meminta dan
memohon harap dan taubat..

Comment by Administrator � June 13, 2006 @ 3:09 pm


5.

Assalamualaikum,

Bahana besar bila seseorang itu tidak memahami bahawa dia tidak faham.
Kritikan tanpa kefahaman itu menurut seorang Syaikh ana, menonjol-nonjolkan
kebodohan diri sahaja. Imam Al-Ghazali pernah menyeru kita menjauhi golongan yang
la yadri wala yadri annahu la yadri. Teruskan menulis ya ustazah.

Btw, ada typo sikit pada nama Syaikhuna Assayyid Muhammad bin *Alawi
Almaliki, mafahim yajib an tusahhah.

Siiri �Ala barakatillah

Comment by aljoofre � June 13, 2006 @ 5:15 pm


6.

tahniah dan terima kasih kerana menjadikan blog ukhti blog penuh ilmu. ana
kagum. sesungguhnya Allah jua yg beri kekuatan dan ilham.. Dialah yang maha
Bijaksana

Comment by yamin � June 14, 2006 @ 8:31 am


7.
Aljoofre: Waalaikumsalam ustaz. Terima kasih di atas naqal pesanan itu.
Benar ustaz, betapa mudah manusia yg sering terlupa mengungkap sesuatu yang amat
berat pada mizan syariah dan pada pandangan Allah.Semoga Allah menjauhikan kita
daripada kesalahan terhadapNya dan terhadap mu�min dan memelihara setiap tubuh
kita dengan Nur dan BashirahNya..

afwan..:) silap ana taip.. jazakAllah tolong betul dan ingatkan..kena p


betul �alatull�

yamina: Ukht, Shukuran Lillah, tiadalah apa lansung jika dibandingkan dengan
Fadhilat Allah yang besar, tiada nilai dan ukuran dengan nikmat Allah yang luas,
walau setitik dari lautan, juga tak layak dibandingkan. AllahuAkbar!
Alakullihal jazakillah ukht..:)

Comment by Administrator � June 14, 2006 @ 12:45 pm


8.

salam�
lama beruzlah.. udah hampir seminggu� insyaAllah� terus beruzlah�

Comment by imam � June 15, 2006 @ 4:46 am


9.

waalaikumsalam..

memikirkan banyak awalawiyat yang lain..terpaksa menguzlah minda dr beberapa


perkara.:)

Anda mungkin juga menyukai