Anda di halaman 1dari 440

PTS Islamika Sdn Bhd

No 12, Jalan DBP,


Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor.
www.pts.com.my

Hak cipta © 2013 oleh Muhd Kamil Ibrahim dan Roza Roslan.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-


mana bahagian artikel ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa jua bentuk sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada PTS Islamika Sdn Bhd.
Nota Penerbit
Rasulullah atau Nabi Muhammad yang dimaksudkan di dalam buku ini
adalah Muhammad bin Abdullah. Beliau adalah nabi dan utusan Allah. Bagi
orang Islam, apabila bertemu dengan perkataan itu, digalakkan berselawat
(berdoa) untuknya.
S.A.W adalah singkatan daripada ‘shallahu ‘alaihi wasallam’ yang bermakna
Allah berselawat dan memberi salam sejahtera ke atasnya (Nabi Muhammad).
Pembaca Muslim disarankan membaca selawat apabila bertemu dengan
singkatan ini.
Dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang
bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas
nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya.”
An-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan,
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
Prakata Penulis
Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar.
Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog
Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari
Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji
(50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku
tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya
bersama pembaca.
Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan
perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon
Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar
kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan
menerbitkan buku ini.
THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap
dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air
mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun,
rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang
sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.
Saya solat dan berdoa pada satu per tiga hujung malam yang tersisa
memohon kepada-Nya supaya apa yang ditulis serta disampaikan kepada
khalayak tidak membabitkan rasa riyak, takbur, dan angkuh. Subhanallah, saya
mahu ia menjadi amal ibadat yang diterima-Nya.
Kami mohon keampunan-Mu, ya Allah.
Sekali pandang, benar telahan Puan Ainon. Ia kelihatan menjadi
kenyataan. Hampir tujuh tahun berlalu. Ia dicetak berpuluh-puluh kali
melalui pelbagai edisi. Hasilnya, saya berinteraksi dengan ribuan khalayak,
hasil daripada penulisan ini. Ia merentasi cetakan di kertas. THMSI turut
disampaikan melalui pelbagai kaedah lain seperti perbincangan, kuliah,
tazkirah, ataupun ceramah. Ia terlangsung di masjid, surau, pejabat, hotel,
ataupun TV dan radio. Kisah yang terkandung dalamnya didokumenkan
melalui penerbitan TV dan kajian universiti.
Tentu sekali saya tidak menduga begitu. Namun, itu adalah ketetapan
Allah s.w.t. yang perlu dilihat daripada perspektif menjadi manusia yang
hampir kepada-Nya. Ia ujian Allah s.w.t. yang perlu diperhalusi dengan teliti,
diamati dengan rasa hati-hati, dan melihat kehidupan berbaki sebagai masa
suntuk yang perlu dilayani dengan bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan ia
membantu supaya terpilih menjadi manusia istimewa memasuki syurga tanpa
dihisab.
Ibadat haji adalah asas kehidupan baru. Sekurang-kurangnya untuk diri
kami sekeluarga. Saya rasa begitu. Haji mabrur perlu dipertahankan sehingga
kita dipanggil oleh-Nya. Alasannya mudah, haji yang mabrur tiada balasan,
kecuali syurga. Ahli syurga sepatutnya dipanggil pulang oleh Allah s.w.t. dalam
keadaan yang menggambarkan mereka ahli syurga. Ia aturan umum. Maksud
saya, syurga itu milik Allah s.w.t. Lalu, ia hanya boleh dimasuki dengan izin
dan rahmat-Nya. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia yang maha
berkuasa atas segala-galanya. Kita tidak berhak mempertikaikan bagaimana
cara Allah s.w.t. mentadbir dunia dan isi kandungannya.
TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-
awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis
sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang
jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun
malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta
membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung
bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini
sebagaimana catatan dalam THMSI.
Ibadat haji menyingkap banyak rahsia. Saya menjadi manusia yang
bergantung pada-Nya. Keyakinan kepada kekuasaan-Nya menjadi mutlak.
Saya rasa begitu. Lalu, TDMHE adalah catatan bagaimana saya berdakwah
kepada diri sendiri. Ia bagi mengekalkan keinginan dan kemahuan yang
diluahkan kepada-Nya sebelum berangkat ke Makkah. Malah, ia
diperteguhkan lagi semasa berada di kedua-dua tanah suci.
Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar.
Benar. Saya mahu memastikan apa yang diingini tercapai. Hakikatnya, ia
tidak bersifat tunggal. Saya adalah ketua keluarga, pentadbir kepada sebuah
kampus universiti yang mempunyai lebih 6000 penghuni, dan mempunyai
sahabat handai, anak-anak murid dan jiran tetangga, serta anggota masyarakat
yang menyaksikan perkembangan kehidupan kami sekeluarga melalui
THMSI.
Ia ketentuan Allah s.w.t.
Secara luar sedar atas sifat manusia yang lemah, doktrin yang hanya
bermula kepada diri sendiri mula terbuka kepada mereka yang hampir. Dalam
ketakutan dan ketidakyakinan diri membawa saya mengajak mereka yang
hampir untuk sama-sama solat berjemaah di masjid, berpuasa sunat Isnin dan
Khamis, membaca Al-Quran, dan bangun malam. Malah, secara tersurat dan
tersirat saya mengajak mereka membersihkan hati supaya apa yang dilakukan
berniat semata-mata kerana Allah s.w.t.
Allah ya Allah, saya merayu dan merintih kepada-Nya supaya apa yang saya
lakukan ini tidak salah di sisi-Nya. Rasanya tidak berbaloi menghadapi hisab di
Padang Mahsyar dan terjerumus dalam lembah kehinaan akibat perbuatan
riyak, takbur, dan ujub dek penyampaian yang sedikit berkenaan pandangan
kebaikan.
Sungguh saya tidak menyangka ia menjadi teras kehidupan kami sekeluarga
dan mereka yang hampir. Sering saya menangis, berasa sayu dan sebak melihat
sifat maha pengasih dan maha penyayang Allah s.w.t. Saya melihat diri sebagai
manusia yang kerdil, tetapi dianugerahkan-Nya untuk berada di pelbagai
pentas membawa pesanan dan ajakan yang saya kir mampu dilaksanakan oleh
setiap lapisan masyarakat yang mahu hampir kepada-Nya.
Allah ya Allah, kami mohon keampunan-Mu ya Allah.
Lalu, ketika bertenang dan melihat beberapa detik ke belakang, saya
merasai betapa rukun Islam kelima, iaitu menunaikan fardu haji membawa
kesan besar kepada hati dan perasaan. Benar, ia mengubah sempadan iman. Ia
mungkin tiada apa-apa kesan untuk yang lain. Tetapi, pengalaman yang saya
lalui ini tidak mahu diganti dengan wang ringgit, emas, berlian, ataupun apa
sahaja yang mampu di kirkan oleh minda yang serba kekurangan.
Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang
dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog
haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca
Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih
berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya
menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa
berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak
bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu
dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.
50 tip bukan soal rukun dan wajib haji. Ia kisah kehidupan yang perlu
dilalui sebelum, semasa, dan selepas menunaikan haji. Ia soal kemahuan dan
perancangan yang perlu dilaksanakan sehingga kita dijemput pulang oleh-Nya.
Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH
bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat
kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas
tujuh tahun penghasilan buku THMSI. Kesukaran mencari ketiga-tiga buku
serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.
Terima kasih PTS yang memikirkan soal ini. Saya sentiasa mengenangi
saat-saat proses penerbitan buku THMSI bersama Puan Ainon, Tuan Faris,
Tuan Imran, dan Puan Firdaus pada 2007. Ada bekas di hati. Malah, saya
mengenangi Tuan Abdullah dan Puan Zarina Jan yang menerbitkan Iktibar
dari Tanah Suci (ASTRO OASIS) berdasarkan catatan buku ini. Saya juga
menghargai Dato’ Zaini Ariff yang membeli 1000 naskhah pertama yang
memulakan kepada puluhan cetakan ulangan.
Tentu sekali saya merindui perjalanan haji yang dilalui bersama isteri (Roza
Roslan), adik (Azlina), dan kakak (Shalmiah) yang memberi makna besar.
Namun di belakang kami, saya bersyukur mempunyai ahli keluarga, puluhan
ribu rakan FB, blog, serta anak-anak murid U-MKI (www.muhdkamil.org)
yang sentiasa memberi sokongan dan pengharapan.
Terimalah catatan-catatan yang dibekalkan ini dengan hati terbuka. Moga
Allah s.w.t. memudahkan perjalanan kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Insya Allah, kita berkumpul di jannah.
Kami mohon keampunan-Mu, ya Allah.

Muhd Kamil Ibrahim


Universiti Taibah Madinah
Madinah Al-Munawarrah
1 Muharam 1435
Buku 1 : Travelog Haji:
Mengubah Sempadan Iman

Catatan Pengarang

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian


makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu

Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-Alaq, ayat 1 hingga ayat 5)

Baca, pena, tulisan dan “dengan nama Tuhanmu” mempunyai maksud yang
sangat mendalam tentang kaitan antara ilmu dengan manusia. Itu adalah ayat-
ayat awal yang diturunkan dan disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia
terkandung melalui surah ke-96, iaitu surah Al-Alaq, ayat 1 hingga ayat 5.
Maha suci Allah yang memberi ilham dan memakbulkan doa untuk saya
menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Saya sentiasa berdoa
supaya ia menjadi ilmu yang bermanfaat selari dengan konsep baca, pena,
tulisan, dan “dengan nama Tuhanmu” sebagaimana yang diperintahkan oleh
Allah s.w.t.
Saya mohon keampunan Allah s.w.t. dan bersyukur atas sambutan yang
diberikan oleh masyarakat terhadap penulisan ini. Di sana sini, saya menerima
banyak teguran, tunjuk ajar, dan pandangan yang kesemuanya saya amati dan
berterima kasih.
Paling utama – bab Sesat di Arafah – saya menulis, “Sesiapa yang tidak
sempat berwuquf bermula daripada gelincir matahari pukul 12.30 tengah hari
sehingga terbenam matahari pukul 5.30 petang pada 9 Zulhijah di Arafah,
hajinya terbatal”. Ia adalah kejahilan saya. Itu adalah pemahaman – pada
ketika itu – apabila menerima bagaimana gerak cara rombongan Malaysia yang
kebiasaannya bergerak meninggalkan Muzdalifah selepas terbenam matahari
pada hari itu.
Saya mengulangi kenyataan itu dalam bab berikutnya – Wuquf - melalui
pesanan-pesanan mak dan abah. Ia terlangsung tanpa kami sedari. Saya ingin
mengekalkan proses penceritaan itu memandangkan ia adalah catatan yang
saya lalui. Bagaimanapun, saya mohon para pembaca melihat fakta sebenar
waktu wuquf di Arafah yang saya catatkan di bawah.
Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah adalah pada awal waktu zuhur, 9
Zulhijjah sehingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah. Ia perlu berhenti atau
singgah sebentar sahaja pada masa antara zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10
Zulhijjah.

Melalui edisi kemas kini ini saya menulis beberapa bab tambahan yang saya
kir amat signi kan dalam konteks catatan perjalanan haji. Pertama, kisah
bagaimana Azlina berdoa hampir dua tahun memohon dijemput ke Tanah
Suci ketika usia muda.
Ia dimakbulkan.
Saya juga mencatatkan perasaan kerinduan kepada Makkah dan Madinah
yang melanda hati dan perasaan sekembalinya kami ke Malaysia. Perasaan
dalaman yang meronta-ronta. Saya abadikan perasaan ini melalui tiga bab
tambahan di hujung catatan.
Akhirnya, saya membuat sedikit kesimpulan tentang kuasa doa. Ia senjata
umat Islam yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan khalayak
pembaca mendapat manfaat daripada tambahan bab yang tidak seberapa.
Saya mohon keampunan Allah s.w.t.
Buku ini diterbitkan pada 2007. Melaluinya, Allah s.w.t. mempertemukan
saya dengan ribuan kenalan baru. Saya dijemput untuk berceramah di merata
tempat, bermula di RTM 1, Surau Bukit Jelutong Shah Alam sehingga ke
Doha, Glasgow, Leicester, dan pelbagai majlis ilmu yang lain. Menerima SMS,
e-mel, dan panggilan telefon daripada pembaca THMSI adalah lumrah yang
perlu saya lalui dalam tempoh itu.
Saya bersyukur dan memohon keampunan Allah s.w.t.
Saya dikatakan sebagai seorang pendakwah. Sering kali saya menitiskan air
mata mengenangi jalan kehidupan yang sedang saya lalui. Hanya beberapa
tahun yang lampau, saya merayu dan merintih supaya Allah s.w.t.
mengampunkan dosa-dosa lampau, mengadu kepada-Nya yang saya tidak
pandai membaca Al-Quran, dan menerima saya menunaikan fardhu haji. Kini,
saya di pelbagai pentas memberitahu diri dan masyarakat yang Allah itu maha
pengasih, maha penyayang dan Allah itu penerima taubat. Masya Allah, saya
menyatakan sesuatu yang sudah diketahui ramai!
Mudah-mudahan saya menjadi seorang pendakwah sebagaimana yang
disarankan oleh Allah s.w.t. melalui surah Yasin, ayat 20 dan ayat 21.
Dan (semasa rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu
dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan berkata, “Wahai kaumku! Turutlah rasul-rasul
itu. Turutlah orang yang tidak meminta kepada kamu sebarang balasan, sedang mereka
adalah orang mendapat hidayah petunjuk.”

Saya mohon keampunan Allah s.w.t.


Muhd Kamil Ibrahim
Kata Pengantar

K
isah-kisah mereka yang menunaikan fardhu haji sentiasa menarik
minat terutamanya kepada saudara-mara dan sahabat handai. Malah,
ia sering kali membawa bersama perasaan insaf yang cukup terkesan.
Profesor Dr. Muhd Kamil melalui Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
berjaya melakukan perkara yang jarang dapat dilakukan oleh mereka yang
bergelar Haji. Beliau secara sepenuh perasaan berjaya merakamkan detik-detik
bersejarah sebelum, semasa, dan selepas menunaikan rukun Islam kelima
dalam sebuah buku yang menarik. Buku ini adalah sebuah karya ala Road to
Mecca hasil karya Muhammad Asad atau Leopold Weiss (1900-1992).
Karya ikhlas Muhd Kamil ini memberi banyak iktibar kepada khalayak
pembaca tentang kemungkinan yang ditempuhi ketika menunaikan fardhu
haji. Saya yakin, buku ini mampu memberi kepuasan kepada penulis bagi
meluahkan isi hati sebagai seorang yang benar-benar berjaya menghayati
maksud menjadi tetamu Allah s.w.t.
Penulis juga mengutarakan pelbagai idea bernas yang sama sekali bukan
ortodoks. Ia sepatutnya dapat dijadikan asas bagi mengubah pemikiran dan
kaedah lama umat Islam dalam amalan haji. Pembaharuan atau tajdid seperti
ini sebenarnya dapat menjadi pencetus kepada perubahan kepada imej orang
Islam.
Pengiktirafan penulis kepada isteri tercinta yang menjadi teman setia dalam
pengembaraan ke Makkah dan Madinah dan pendorong dalam menghasilkan
travelog ini dapat menjadi contoh dan motivasi kepada para suami supaya
lebih menghargai jasa isteri.
Semoga buku ini menjadi perintis kepada budaya mengarang buku-buku
berbentuk travelog dalam kalangan orang Melayu khasnya.
Profesor Dr. Abu Bakar Abdul Majeed
Dekan Fakulti Farmasi UiTM
Pengarang buku Making the Best of Both World.
Prakata Penulis

M
enunaikan fardhu haji adalah satu kewajipan untuk setiap umat
Islam. Setiap tahun, puluhan ribu rakyat Malaysia yang beragama
Islam berkunjung ke Tanah Suci Makkah, Arafah, Muzdalifah,
Mina, dan kembali ke Makkah bagi mengerjakan ibadat ini. Kemudian, sama
ada sebelum ataupun selepas, jemaah menziarahi makam Rasulullah s.a.w. di
Madinah.
Pada tahun 2006, saya, Raudzah atau Roza (isteri), Shalmiah atau Kak Mie
(kakak), dan Azlina (adik) terpilih untuk bersama-sama jutaan umat Islam
menunaikan fardhu haji. Ia adalah satu perjalanan dan pengembaraan rohani
dan jasmani yang cukup luar biasa. Kami sendiri terpegun dengan kehebatan
ibadat ini. Ia menyentap hati dan perasaan. Mengubah pandangan pada aspek
kehidupan semasa dan akan datang.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Kepada yang ber kir dan cuba menghayati ibadat ini sepenuh hati dan
perasaan, mereka pastinya melalui dimensi yang berbeza. Sekurang-kurangnya,
itu adalah anggapan kami yang dapat kami simpulkan selepas 44 hari kami
berada di Tanah Suci. Kami belajar banyak perkara. Kami diajar secara lebih
mendalam tentang konsep Tuhan dan hamba-Nya. Ia menyelinap masuk
melalui kuliah-kuliah yang terang dan jelas. Kuliah antara diri dengan Pencipta
yang disampaikan melalui amal ibadat semasa musim haji. Kami nampak
nyata lagi jelas sifat-sifat kekuasaan dan kehebatan Pencipta yang maha agung.
Itu adalah keseronokan dan kenikmatan yang kami alami sepanjang
menunaikan fardhu haji.
Sekiranya ada yang bertanya, apakah pengalaman di Makkah? Apakah yang
seronoknya menunaikan fardhu haji? Apakah pengajaran yang dipelajari?
Bagaimana persiapan? Apakah dugaan, cabaran, atau kesulitan semasa
menunaikan fardhu haji?
Buku ini cuba menjawab sebahagian besar pertanyaan itu berdasarkan
pengalaman sebenar. Namun, kami pergi lebih jauh lagi. Kami cuba melihat
ibadat haji melalui kaca mata seorang manusia yang serba kekurangan,
terutamanya dalam konteks pendidikan agama. Namun, pengalaman
menjalankan penyelidikan secara sainti k membantu membuka beberapa
persoalan asas supaya di kirkan secara kritikal. Melalui pembacaan dan
perbincangan dengan mereka yang tergolong alim, berpengetahuan, dan
terbuka, kami cuba berhujah dengan pemikiran sendiri. Ia berlaku selama
setahun sebelum kami berangkat ke Tanah Suci.
Bab 1 hingga bab 14 menceritakan pemikiran ini. Ia disampaikan secara
santai, mudah dibaca, tetapi mempunyai pelbagai pengertian yang tersirat dan
tersurat. Para pembaca perlu bijak berinteraksi dengan cerita-cerita yang
disampaikan. Misalnya, Bab 10, Bertaubat di Florence, kami kisahkan
bagaimana permohonan taubat yang dilakukan setiap hari seolah-olah tidak
mendapat perhatian Allah s.w.t. Dia membiarkan hati dan perasaan saya dalam
keadaan gelisah, bercelaru, dan sedih. Saya terus-terusan memohon perkara
yang sama ketika di dalam ataupun di luar negara semata-mata kerana mahu
menjadi manusia sesuci bayi.
Namun, kepada mereka yang ber kir, begitu banyak ayat Allah yang
menceritakan tentang sifat-Nya yang Maha Mendengar, Maha Pengasih dan
Maha Penyayang. Para hamba-Nya pula dituntut supaya bersabar,
mempercayai yang Allah s.w.t. memakbulkan permohonan dan doa hamba-
Nya yang benar-benar ikhlas. Pertembungan konsep antara Pencipta dan
hamba ini yang cuba disampaikan secara tersirat melalui penceritaan itu.
Secara keseluruhan, kami ingin sampaikan, ibadat haji bermula bukan
semasa kita berniat dan berpakaian ihram. Bukan pula berakhir selepas
meninggalkan Madinah ataupun Makkah. Pemahaman pada konsep haji ini
melangkaui semata-mata bagi memenuhi rukun Islam yang kelima ternyata
dapat mengubah perspektif ibadat haji. Kami berharap begitu. Bahagian awal
buku ini cuba mengupas isu-isu itu.
Pengembaraan dan penerokaan ilmu melalui ibadat haji secara spesi k
bermula semasa meninggalkan rumah. Azan yang diperdengarkan oleh anak
lelaki menimbulkan keinsafan. Pergerakan ke Kelana Jaya, KLIA, dan
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah ternyata
memberi kesan emosi yang besar. Ia pasti tidak sama semasa meninggalkan
tanah air menuju ke London semasa melanjutkan pelajaran di peringkat master
ataupun Ph.D. Bab 15 hingga 44 mengisahkan pengajaran, pelajaran, dan
kuliah kerohanian yang sempat diterima. Kami memilih bagi menulis
menggunakan konsep penceritaan bagi menyampaikan apa yang dialami dan
diperoleh supaya tidak menjemukan pembaca. Semoga niat murni ini
mencapai sasaran.
Banyak kali pengajaran diterima dengan cara yang agak dramatik. Misalnya
Bab 25, Maal Hijrah di Makkah dan Bab 33, Jamratul Aqabah mengajak
pembaca memahami bagaimana Allah itu maha berkuasa. Konsep “Akulah
yang Berkuasa” dan “Berdoalah kepada-Ku” jelas terpancar melalui dua
peristiwa itu. Hakikatnya, pengalaman di Makkah dan Madinah
kebanyakannya bersifat peribadi. Namun, pengajaran di sebalik setiap
pengalaman sepatutnya bersifat sejagat. Perkongsian pengalaman melalui
pelbagai perspektif dapat membantu ramai orang.
Bab 45 hingga 49 pula menyampaikan konsep pasca-haji selari dengan
pemahaman dan kepentingan ibadat haji itu sendiri. Sebagai contoh, kisah
Haji Mabrur dan Cabaran Sebenar adalah catatan ringkas yang perlu didalami.
Mereka yang ber kir pasti bersetuju, konsep ibadat haji adalah sempadan
penting bagi membantu manusia mencari keredhaan-Nya. Saya mencatatkan
kisah Haji Daud Tanjung Karang bagi menonjolkan sifat mulia dan ikhlas
seorang manusia. Ia dapat perhatian Penciptanya. Kenangan-kenangan
pertemuan seumpama ini semasa di Makkah dan Madinah membawa kita
ber kir tentang diri kita yang sebenar di sisi Allah s.w.t.
Sekiranya pembaca mencari-cari ibadat haji secara khusus, misalnya rukun
dan wajib haji, pantang larang dalam ihram, cara-cara melontar, niat haji,
bacaan-bacaan dan doa-doa alim ulama yang terdahulu yang digunakan dalam
ibadat ini, pembaca tersilap memilih buku. Doa-doa yang ditulis adalah
permintaan hati dan perasaan yang dilafazkan mengikut situasi semasa.
Hakikat sebenar, berdoalah sepanjang masa. Allah maha mendengar lagi maha
mengetahui.
Buku ini dituju khusus kepada mereka yang senasib, manusia yang jahil,
tetapi mahu mencari keredhaan-Nya. Dapat membaca dan mampu ber kir.
Namun, kami menjangka mereka yang benar-benar berilmu juga mendapat
manfaat daripada buku ringkas ini.
Di sana sini, terdapat perkara tersurat yang perlu diberi perhatian. Saya
mahu membiarkan ia begitu supaya buku ini sentiasa membuat manusia
ber kir sedalam-dalamnya, terutama dalam konteks kejadian dan peristiwa
yang kami lalui. Mungkin, bakal jemaah haji juga boleh mendapatkan sedikit
manfaat daripada penulisan ini.
Walau bagaimanapun, secara tersirat dan sepenuh kasih sayang, kami mahu
buku ini dibaca oleh mereka yang pernah menunaikan fardhu haji. Bukankah
hampir setiap orang yang pernah ke sana sentiasa berasa gembira apabila
mengingati pengalaman itu? Membaca buku ini diharap membantu
mengembalikan ingatan ini. Pada masa yang sama supaya mereka terus
mengingati kehebatan, kekuatan, dan kekuasaan Allah s.w.t.
Sepanjang tulisan ini, penggunaan kata ganti saya dan kami silih berganti.
Dalam kebanyakan kes, ia membawa pengertian yang sama. Terdapat juga
penggunaan kata ganti nama merujuk kepada saya, Roza, Kak Mie, Azlina dan
sekumpulan mereka yang hampir dengan saya. Mereka mungkin bersama-sama
berada dalam bahan penceritaan.
Walau bagaimanapun, saya cuba meminimumkan penggunaan ganti nama
'saya' kerana khuatir para pembaca membayangkan ini adalah kisah saya dan
bukan kisah mereka. Saya adalah pembaca. Cuma secara kebetulan, jasad dan
zikal yang melalui pengalaman ini adalah saya. Saya berharap ia tidak
mengganggu minat dan perasaan pembaca. Saya tidak mahu membayangkan
kesombongan, perasaan ego, ataupun kehebatan diri. Saya hanya manusia yang
cukup kerdil di sisi Allah s.w.t.
Saya hulurkan buku ini kepada pembaca dengan doa semoga ia memberi
manfaat. Hanya Allah s.w.t. yang tahu apa yang kita tidak tahu.
Saya memohon keampunan-Nya,

Muhd Kamil Ibrahim


19 Mei 2007
Kondo Kemuncak, Shah Alam, Selangor.
Prolog

“Apa jua amalan yang dilakukan, kita faham dan tahu ia juga adalah kurniaan Allah, bukan usaha
kita.”

Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Ya Allah, aku mohon kerahmatan-Mu. Ya Allah, aku
mohon tau k dan hidayah-Mu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, izinkan aku bercerita
berkenaan pengalaman dan pengajaran yang aku lalui semasa menunaikan fardhu haji. Ya
Allah, aku bukanlah ingin berlaku riyak, menyombong diri, apatah lagi bersikap angkuh.

Aku mohon izinmu semata-mata kerana aku ingin khabarkan berkenaan


keagungan-Mu, keesaan-Mu, dan kehebatan-Mu kepada sanak-saudaraku,
rakan-rakanku dan masyarakat umum. Ya Allah, berikan aku ilham, mudahkan
dan berikan kekuatan untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan
buku ini.
Itu adalah doa sebelum meninggalkan Masjidil Haram. Doa yang dibaca
bersama linangan air mata. Doa yang dilafazkan ketika menghadap Multazam.
Ia adalah doa sebelum solat subuh, sebelum melakukan tawaf wida’, dan
sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Masjidil Haram. Di kala ini,
bibir dan hati bertutur sepenuh perasaan, melahirkan keinginan luar biasa
kerana terpegun dengan kehebatan Pencipta sehingga meleburkan sekeping
hati selepas 35 hari berada di Masjidil Haram.
Dua hari sebelumnya, juga menghadap Multazam, solat istikharah
meminta petunjuk sama ada pengalaman menunaikan fardhu haji ini wajar
dibukukan, bermanfaat, ataupun mengundang kemudaratan. Akhirnya, hati
kecil kuat mahu berdoa sebelum meninggalkan kota Makkah, dan doa ini yang
dibaca tanpa skrip. Patah-patah perkataan yang muncul terus dari lubuk hati.
Sepanjang ingatan, ini adalah pertama kali saya berdoa memohon kepada Allah
s.w.t. secara bersungguh-sungguh ketika mahu memulakan sesuatu penulisan.
Malah, sekembali ke Malaysia beberapa kali saya berdoa dan solat hajat bagi
memohon keredhaannya supaya tidak tergelincir daripada niat sebenar buku
ini ditulis.
Mengapa? Hati takut dan risau. Tentu sekali keinginan supaya setiap
perkataan yang ditulis tidak menyebabkan termasuk dalam golongan orang
yang takbur, riyak, dan angkuh. Bagaimanapun, Allah s.w.t. memberi
keyakinan bagi memulakan dan menyudahkan penulisan ini selepas menerima
beberapa pandangan mereka yang berilmu. Antara beberapa pandangan, saya
tersentuh dengan tulisan seorang rakan, Nor Azma Mohamad Khassim, yang
mendalami pemikiran Bediuzzaman Said Nursi.
Bediuzzaman Said Nursi adalah seorang ulama Turki yang terkenal. Nor
Azma menyebut:
“Dalam kekurangan ilmu yang saya ada, saya mohon izin bagi menyebut pemikiran
Bediuzzaman Said Nursi berkenaan perbezaan antara karamah dan ikram Ilahi. Karamah
ialah kurniaan Allah kepada orang yang dekat dan hampir kepada-Nya. Ia meliputi
pelbagai keajaiban dan keistimewaan. Sekiranya karamah, dilarang untuk kita
menceritakannya kepada umum kerana boleh menimbulkan riyak. Merasa diri hebat dan
terpilih berbanding dengan yang lain. Ia boleh menggugat keikhlasan. Justeru, seboleh
mungkin karamah menjadi rahsia antara kita dengan Allah sahaja.”
“Membaca kisah-kisah yang Profesor tulis, saya dapat merasai, ia adalah ikram Ilahi,
berdasarkan kemuliaan yang Allah beri untuk para hamba-Nya. Dan siapa juga Mukmin
akan mendapat ikram Ilahi. Ia tidak semestinya kerana orang itu luas ilmunya, warak dan
dekat dengan Allah. Tetapi, Allah akan mengurniakan kemuliaan kerana kita berasa diri
kita hina. Hakikat sebenar, terserah kepada-Nya siapa jua yang ingin diberi kurniaan dan
kemuliaan (ikram).”
“Apa jua amalan yang dilakukan, kita faham dan tahu ia juga adalah kurniaan Allah, bukan
usaha kita. Allah yang memberi kekuatan dan kemampuan untuk kita beribadah dan
beramal. Apabila kita sentiasa mengingati, kita adalah insan miskin lagi fakir di
hadapannya, baru Allah kasihan dan memberi keistimewaan kepada kita.”
“Dan ikram Ilahi ini tidak mengapa sekiranya kita ceritakan kerana dikatakan ia tidak
mengurangkan keikhlasan kita kepada-Nya. Alasannya, kerana kita tidak menisbahkan
kemuliaan itu pada hasil usaha sendiri, sebaliknya adalah kepunyaan Allah semata-mata.
Malah, kisah-kisah seumpama ini perlu untuk kita ceritakan seperti mana yang ditulis oleh
Profesor.”

Mengapa pula ia perlu diceritakan? Saya kir ayat terakhir melalui surah Ad-
Dhuha sepatutnya menjawab persoalan ini:
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut dengan bersyukur.
(Surah Ad-Dhuha, ayat 11)
Ruang masa di Makkah dan Madinah, dipenuhi dengan rasa petunjuk yang
dipancarkan ke sudut hati. Setiap hari terasa seperti kami diberi pengajaran
melalui kejadian yang dipertontonkan di hadapan mata ataupun melalui
tafsiran pemikiran yang melihat setiap kejadian yang menimpa diri dan
keluarga. Ia adalah saat yang perlu diamati. Pengajaran Allah s.w.t. cukup
besar. Ia disampaikan dalam pelbagai bentuk. Maka, kami melihat ibadat haji
daripada perspektif yang berbeza. Pandangan seorang yang jahil, insan yang
berada dalam ketakutan, menderita hati dan perasaan kerana kekurangan itu.
Namun perjalanan kehidupan yang pelbagai, pada masa lampau menyebabkan
minda berfungsi secara kritikal dan ber kir sedalam-dalamnya apabila
berhadapan dengan persoalan-persoalan yang meredah benak kiran.
Saya memohon keampunan-Nya sekiranya kelihatan egoistik, riyak,
angkuh, dan sombong. Saya benar-benar tidak berniat begitu.
Aroma Haji

“Terbukti, ibadat haji mempunyai aromanya yang tersendiri. Ia begitu istimewa berbanding
dengan ibadat-ibadat lain.”

T
anya pengalaman mereka yang menunaikan fardhu haji. Pastinya
hampir setiap orang menjawab, “Ia adalah satu pengalaman menarik
yang tidak dapat dilupakan.”
Sememangnya ia menyeronokkan dan menggembirakan. Tidak ada tempat
lain yang dapat memberi satu perasaan dan pengalaman dalaman sehebat di
Masjidil Haram. Makkah tidak akan sama dengan London, Amsterdam, Paris,
ataupun New York.
Tidak ada bandar besar dunia mampu memberi perasaan keamanan
dalaman selain daripada Madinah. Sekurang-kurangnya, itu adalah gambaran
yang diberi oleh rakan-rakan dan sanak-saudara yang sudah menunaikan fardhu
haji.
Kenyataan ini perlu dipercayai. Mustahil mereka berbohong. Tidak
mungkin ia hanya satu khayalan yang perlu dijadikan nota kaki. Tidak
mungkin ia satu skrip ataupun hafalan pengucapan yang perlu dinyatakan oleh
setiap mereka yang pulang daripada menunaikan fardhu haji. Ketika kisah-
kisah itu disampaikan, terlalu sukar membayangkan keadaan sebenar Makkah,
Madinah,
Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi. Apatah lagi sekiranya ia membabitkan
soal hati dan perasaan seorang haji.
Fardhu haji adalah tuntutan agama. Ia adalah rukun Islam yang kelima. Ia
adalah satu tuntutan yang cukup besar. Menunaikan fardhu haji perlu diiringi
dengan pengorbanan. Dalam kebanyakan kes, kita perlu meninggalkan
keluarga, kerjaya, negara, dan segala-galanya hampir 30 hari hingga 45 hari.
Kita perlu mempunyai keinginan untuk pergi, sumber kewangan,
kelapangan masa, kesihatan dan yang paling penting, secara holistiknya kita
perlu dijemput sebagai tetamu Allah. Hanya Dia yang layak mengirimkan kad
jemputan itu, kad jemputan yang sah. Malah, secara hakikatnya tiada jalan
pintas bagi menerima kad jemputan itu.
Selepas melaksanakan ibadat haji, kita berasa lega dan girang. Maka ia
adalah perasaan yang adil dan saksama. Lalu, lekatlah gelaran haji ataupun
hajjah. Setiap orang kelihatan berbangga kerana berjaya menunaikan rukun
Islam yang kelima. Hilang satu beban yang tidak selesai sekiranya tidak
dilaksanakan.
Ia nyata berbeza dengan ibadat-ibadat lain. Sebagai contoh, sekiranya
seseorang itu malas solat, dia masih boleh main sembunyi-sembunyi di dalam
pejabat. Sekiranya malas berpuasa, dia tidak perlu makan di hadapan khalayak
ramai bagi melindungi kejahilan, kedegilan dan mungkin keangkuhannya
kepada Pencipta. Maksud yang lebih tepat, mereka masih dapat bersembunyi.
Haji? Untuk mereka yang belum menunaikan ibadat ini, ia kekal begitu
sampai bila-bila. Keluarga terdekat, rakan sepejabat, tetap mengetahui yang dia
masih belum sampai seru haji. Malah, haji itu sendiri diiktiraf sebagai sesuatu
yang berlainan.
Bayangkan kenyataan-kenyataan berikut, “Saya belum bersedia”, “Takut
untuk jadi baik,” dan “Bolehkah saya tinggalkan segala sifat nakal saya?” Secara
tidak langsung ia menggambarkan fardhu haji adalah sempadan, iaitu bakal
mengubah corak dan arus kehidupan seseorang insan. Pemisah antara baik dan
jahat, beriman ataupun tidak, dan syurga ataupun neraka. Walaupun ia tidak
sentiasa benar, namun begitulah pandangan umum.
Terbukti, ibadat haji mempunyai aromanya yang tersendiri. Ia agak
istimewa berbanding dengan ibadat-ibadat lain. Sekiranya ada yang hendak
menunaikan ibadat haji, kebiasaannya majlis kenduri dan doa selamat akan
diadakan, berhimpun sanak saudara dan sahabat handai. Ramai yang datang
berziarah, dan mereka mengucapkan, “Selamat menunaikan fardhu haji,
selamat pergi dan kembali, semoga mendapat haji yang mabrur dan sampaikan
salam kepada Rasulullah s.a.w.”
Sebelum pulang, mereka akan berpeluk “Arab”, berjabat tangan, dan
meninggalkan sedikit duit di telapak tangan sebagai sedekah untuk belanja di
Tanah Suci. Lebih besar pangkat kita, lebih banyak duit yang diterima.
Sekiranya tidak dapat bertemu mata sekalipun, mereka akan berkirim salam
dan berkirim hadiah.
Seorang teman rapat saya berziarah, memeluk erat, dan menitiskan air mata
sambil berkata, “Kamil, doakan saya di Makkah nanti. Minta dengan Allah
supaya saya dipanggil ke rumah-Nya. Biar terbuka hati saya.”
Dia sudah lama bersara, ada wang, tiada anak kecil yang tidak boleh
ditinggalkan. Dia bersungguh-sungguh mahu Allah s.w.t. membuka pintu
hatinya. Ironinya, sehingga ke hari ini dia masih belum mendaftar dengan
Tabung Haji. Bukankah ia satu keajaiban berkenaan ibadat haji? Kita terasa
mahu melakukannya, tetapi dalam masa yang sama ia seolah-olah sukar untuk
dicapai. Aromanya membakar hati dan perasaan.

Aku Manusia Jahil

“Sepanjang 42 tahun menjalani kehidupan, ia berombak-ombak di antara keinginan menjadi


manusia soleh dan kejahilan diri.”

S
ewaktu hati terbuka bagi menunaikan fardhu haji, hati mula merasai
kehebatan ibadat ini. Seluruh roh dan perasaan terarah ke satu perkataan,
iaitu haji, haji, dan haji. Ia seolah-olah satu magnet besar menarik segala
ingatan, kekuatan dan keinginan supaya bertumpu kepada ibadat itu. Ironinya,
beberapa ketika sebelumnya, ibadat haji langsung tidak termasuk dalam topik
yang mahu dibincangkan. Kisah-kisah haji yang diceritakan ke telinga hanya
satu cerita yang berlalu begitu sahaja. Tanpa kesan.
Mengapa begitu? Sebagai seorang insan, saya boleh dianggap sebagai
manusia luar biasa. Luar biasa dalam konteks kejahilan diri. Saya tidak tahu
membaca Al-Quran. Sekiranya adapun, hanya beberapa surah ringkas yang
dihafal semenjak kecil. Itu pun kerana ayah yang mengajar mengaji dan solat.
Bagaimanapun, ia terputus-putus sehinggakan lebih banyak tiada daripada ada.
Suasana keluarga dan masyarakat pada masa itu tidak begitu
menguntungkan. Tumpuan besar hanya diberikan kepada pendidikan rasmi di
sekolah. Saya adalah pemisah masa. Adik-adik yang lain hampir kesemuanya
khatam Al-Quran dan ada yang melalui pendidikan agama secara formal.
Mereka agak seimbang. Ilmu agama yang saya pelajari, hanya berkisar pada apa
yang diperoleh di sekolah rendah, MRSM, dan universiti. Itu yang membentuk
pengetahuan asas yang mengiringi saya sehingga membesar dan menjadi
dewasa.
Dalam konteks yang lain, kejayaan dalam pendidikan rasmi berlawanan.
Persekolahan rendah saya, berjaya ditamatkan hanya dalam tempoh lima tahun
dan saya muncul sebagai pelajar terbaik. Pelajar terbaik dan kedua terbaik
kumpulan semasa mengikuti program diploma dan sarjana muda. Malah
berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana sebulan lebih awal dari
masa yang sepatutnya. Ph.D. pula dianugerahkan hanya selepas 32 bulan
selepas mendaftar diri. Dalam kerjaya, jawatan profesor dianugerahkan ketika
umur belum mencecah 39 tahun.
Penceritaan latar belakang peribadi ini sengaja ditulis bagi menjadi
renungan bersama. Saya ingin menyatakan, sebagai seorang Muslim, setinggi
mana pun kita mampu ke atas, akhirnya tanpa didikan agama, kita tetap berasa
sunyi, kosong, dan rindu pada sesuatu yang sukar dinyatakan. Perkara asas yang
perlu ada untuk seorang Muslim adalah pengetahuan membaca Al-Quran.
Membaca Al-Quran bukan kerja yang mudah, ia tidak boleh dihafal membabi
buta. Sebaliknya, kita perlu mengenal huruf satu per satu terlebih dahulu,
mengeja, dan seterusnya membaca. Ibadat-ibadat lain lebih mudah
dilaksanakan apabila kita dapat membaca Al-Quran.
Sepanjang 42 tahun menjalani kehidupan, ia berombak-ombak antara
keinginan menjadi manusia soleh dan kejahilan diri. Ada ketikanya, saya
mengamalkan sikap bersegera dalam solat, tetapi dengan cara dan kaedah
sendiri. Solat laju-laju tanpa membaca bacaan-bacaan sunat, tanpa doa, tanpa
wirid, dan ia benar-benar minimum. Amalan-amalan saya hanya menyentuh
perkara wajib.
Bagaimanapun, ada masanya perkara wajib juga langsung tidak dipedulikan.
Sekiranya berjalan di pasar raya ataupun dalam perjalanan pulang ke kampung,
waktu solat bukan satu perkara yang perlu dipertimbangkan. Seluruh keluarga
boleh menonton wayang melepasi dua waktu solat tanpa rasa bersalah. Satu-
satunya amalan yang hampir 100 peratus dilaksanakan hanya berpuasa. Itu
pun, ternyata puasa lapar dan dahaga. Allah s.w.t. sudah memberi rasa,
perasaan, dan nikmat bagaimana puasa yang sebenarnya semasa menunaikan
fardhu haji.
Perkara-perkara sunat langsung diketepikan. Ia tiada dalam kamus diri.
Misalnya, solat sunat. Sunat dhuha, tahajud, hajat, isyraq, tasbih, dan taubat
hanya tajuk-tajuk kecil yang pernah dipelajari dan dilupakan. Malah, sangat
memalukan kerana saya tidak pernah cukup sebulan melaksanakan solat sunat
tarawih pada bulan puasa. Apatah lagi untuk berpuasa sunat pada bulan Syawal.
Langsung tidak pandai berdoa dalam bahasa Arab. Tidak hafal wirid selepas
solat. Tidak pandai membaca Yasin, tidak pandai bertahlil, tidak tahu membaca
ayat Kursi. Hatta bacaan untuk bertahmid semasa hari lebaran juga termasuk
dalam kategori ingat-ingat lupa. Lebih banyak lupa daripada ingat.
Bagaimanapun, seingat saya, sebagai seorang manusia saya tidak suka
menyusahkan orang lain (mohon ampun daripada Allah sekiranya tulisan ini
adalah kata-kata dusta yang tidak saya ketahui). Saya tidak suka membuat
tnah, sangat sukar membenci rakan-rakan. Malah, sekiranya ada yang datang
meminta pertolongan, saya cuba menghulurkan bantuan semampunya.
Saya masih ingat pesan ayah dengan kata-katanya, “Kamil, sebagai seorang
ketua, kita perlu jaga kebajikan anak-anak buah. Kepentingan diri ketepikan.
Jangan ambil kesempatan atas kuasa yang ada pada kita.” Itu satu ingatan yang
benar-benar berkesan di hati. Malah, hati kecil terperasan para pelajar
penyelidikan sangat menghormati dan menyayangi. Mungkin kerana sikap dan
amalan seorang profesor yang sentiasa melindungi, menjaga, dan menghormati
mereka.
Bagaimanapun, tulisan ini mengambil masa yang panjang untuk
dimulakan. Ini kerana, saya terpaksa ber kir secara mendalam, mencatat,
memperhalus, dan mempertimbangkan kisah-kisah di atas. Ia terlalu peribadi.
Namun, ia berniat murni kerana mahu pembaca mengetahui keadaan sebenar
ketika Allah s.w.t. mengirim kad jemputan untuk berkunjung ke rumah-Nya.
Tentu sekali melalui kisah dan cerita ini lebih memudahkan pemahaman para
pembaca mengapa buku ini ditulis.

Kad Jemputan

“Peristiwa ini yang menyedarkan diri. Pembohongan demi pembohongan dinyatakan tanpa belas
kasihan, amat melukakan hati.”

I
a sering dinyatakan, menunaikan fardhu haji secara holistiknya adalah satu
jemputan istimewa. Ramai yang ingin pergi, tetapi terhalang dengan
pelbagai sebab dan kejadian. Sehinggakan ada antara mereka yang sudah
mempunyai pasport dan gelang haji, namun terpaksa ditangguhkan pemergian.
Ada juga kes, secara tiba-tiba tergerak hati, isi borang, buat rayuan, dan
seterusnya tiba di Tanah Suci menunaikan fardhu haji. Benar, ia adalah satu
jemputan daripada Tuan Rumah, Pencipta yang maha agong. Dalam
kebanyakan kes, ia kelihatan dirancang, mengikut jadual dan tanpa sebarang
kecoh-kecoh yang luar biasa.
Pertimbangkan kisah ini yang diceritakan oleh seorang rakan, Dato’ XYZ.
“Dulu saya tidak memahami ataupun tidak ambil kisah apabila orang menyatakan yang
menunaikan fardhu haji hanya berlaku atas jemputan Allah. Saya kir ia semudah cari duit,
daftar Tabung Haji, dan pergi.

Pengajaran yang saya peroleh cukup hebat. Tahun 2004, saya menerima kad jemputan
daripada King of Saudi bagi mengikuti rombongan SPB Yang Di-Pertuan Agong
menunaikan fardhu haji. Tidak perlu VISA. Segala-galanya kelihatan istimewa. Saya
khabarkan kepada hampir semua orang dengan bangganya, saya pergi atas jemputan raja.
Kumpulan kami seramai 12 orang. Terdiri daripada mereka berkedudukan tinggi dalam
dunia korporat, berkuasa, dan hampir boleh melakukan apa sahaja. Kami pergi secara
berasingan daripada rombongan utama dan tiba sehari sebelum waktu wuquf.
Ringkaskan cerita, hari wuquf diawalkan sehari. Apabila kami tiba, terdapat pelbagai
masalah di lapangan terbang (masalah yang tidak sepatutnya berlaku). Kami terpaksa
bermalam di Golden Lounge dan terlepas hari wuquf. Pelbagai usaha dilakukan bagi
membenarkan kami memasuki Makkah. Tetapi, hampa.

Pada ketika ini, baru kami sedar betapa kerdilnya kami di sisi Allah. Undangan daripada
King of Saudi tidak dapat menyelamatkan keadaan. Kehebatan kami di dunia tidak bererti
langsung. Masing-masing terasa hina dan malu untuk pulang ke Malaysia. Lalu, kami
menyimpang ke Mesir dan berehat selama 7 hari di sana, melakukan tawaf di piramid.”

Bagaimanakah caranya saya dijemput? Ia menarik dan mungkin banyak


pengajaran yang dapat dijadikan pedoman.
Disember 2003. Hampir kesemua mereka yang berjawatan profesor madya
dipanggil untuk temu duga ke jawatan profesor gred khas C. Ia satu jawatan
yang menjadi impian pensyarah universiti. Maksud tersurat, itu adalah laluan
kerjaya yang sepatutnya disasarkan sebagai kakitangan universiti. Ketika itu usia
saya masih muda. Belum pun mencecah 39 tahun. Sekiranya berjaya, ia
menjadi rekod lantikan termuda untuk UiTM.
Dalam hati, saya berdoa dan berharap supaya berjaya. Ganjaran
kewangannya cukup lumayan. Hampir sekali ganda dengan apa yang diperoleh
sebagai seorang pensyarah yang menjawat jawatan profesor madya. Ia boleh
mengubah kedudukan kewangan kami sekeluarga secara signi kan. Atas segala-
galanya, jawatan profesor adalah satu pengiktirafan tertinggi kepada kerja-kerja
akademik dan bukan akademik yang kita jalankan sebagai seorang pensyarah.
Bagaimanapun, laluan proses kenaikan pangkat profesor sungguh susah.
Kami perlu melalui jawatankuasa di peringkat fakulti dan gugusan, sebelum
dipilih bagi menghadiri proses temu duga dengan pengurusan tertinggi UiTM.
Ia turut dianggotai oleh seorang panel penilai daripada universiti luar. Sekiranya
terpilih, kita dihadapkan pula dengan profesor dari dalam ataupun luar negara
yang menilai hasil-hasil kerja akademik. Melalui sokongan dan pengesahan
mereka, baru lembaga pengarah universiti mengesahkan pelantikan.
Hati berdebar-debar, dan pada ketika ini Roza memberi nasihat, “Allah
memberi awak satu rahmat. Awak mudah bangun tengah malam. Boleh
menulis. Orang lain susah hendak bangun. Saya payah. Alangkah baiknya
sekiranya sebelum menulis, solat tahajud, solat hajat, solat taubat, dan minta
dengan Allah supaya dapat apa yang kita kehendaki. Minta dengan Allah
supaya Dia bagi profesor. Dia yang menentukan rezeki seseorang manusia.”
Roza memberi nasihat, Allah membuka hati dan jawatan profesor menjadi
penyebab. Lalu hampir setiap malam saya berdoa memohon kepadanya supaya
dianugerahi jawatan profesor. Sudah mula pandai solat sunat hajat. Roza
memberi sokongan dengan membeli beberapa buku ringkas yang menceritakan
kelebihan dan bagaimana cara solat pada waktu tengah malam. Pada ketika ini,
seluruh hati menyerahkan jawatan profesor kepadanya.
Awal tahun 2005. Selepas hampir 12 bulan menunggu, senarai akhir mereka
yang berjaya diketahui umum. Itu pun secara tidak rasmi. Masih segar dalam
ingatan, selepas solat Jumaat, mereka yang sudah mendengar khabar-khabar
angin memberi ucapan tahniah. Rasa hati mahu melonjak setinggi-tingginya.
Mereka yang berjaya tersenyum girang. Mereka yang gagal, tetapi benar-benar
berharap dan yakin, hampir hilang pertimbangan. Ia nampak jelas di mata
umum.
Memang benar, proses kenaikan pangkat, profesor, ataupun mana-mana
jawatan sekalipun di universiti ataupun mana-mana organisasi cukup besar dan
bermakna. Pada masa ini, muncul tnah mem tnah, surat layang, tikam-
menikam antara kawan dan lawan. Mereka yang hilang pertimbangan
bertindak di luar batas-batas sebagai orang bijak dan pandai. Sepucuk surat
layang menceritakan keburukan kesemua 13 profesor yang dilantik sudah
disebarkan. Peluang membaca isi kandungan surat itu ternyata memilukan.
Daripada 12 muka surat, hampir empat muka surat merujuk kepada saya. Hati
berkata-kata, berkata-kata, dan berkata-kata.
Peristiwa ini yang menyedarkan diri. Pembohongan demi pembohongan
dinyatakan tanpa belas kasihan. Ini melukakan hati. Selama ini, saya tidak
ter kir ada musuh yang berhampiran. Tidak pernah ter kir tnah mem tnah,
tikam dari belakang, iri hati, cemburu dan hasad dengki memberi kesan kepada
kekuatan dan ketenangan diri.
Sekiranya itu yang mereka kirkan, maka penulis surat layang itu sudah
berjaya. Kesannya cukup besar. Perasaan gelisah, kecewa, dan berasa seperti
berada dalam kesulitan besar melanda diri saya. Siapa yang suka orang
membenci kita? Pada ketika ini, baru hati mula ter kir, “Ya Allah, aku terlalu
jauh daripada-Mu. Ampuni dosa-dosaku ya Allah. Kebenaran tanpa keredhaan
Allah tidak membawa sebarang ketenangan jiwa.”
Barangkali niat sebenar pengedar surat layang itu semata-mata mahu
menangguhkan pengumuman rasmi supaya pemilihan dapat dibatalkan
ataupun dilakukan semula. Ataupun sekurang-kurangnya dia menggunakan
pendekatan, sekiranya aku tidak dapat, biar semuanya tidak dapat.
Kelemahan dan keresahan diri menghasilkan tindak balas serta-merta.
Bertindak dalam konteks seorang insan yang lemah. Lalu saya lebih konsisten
menghadapnya. Hampir setiap penghujung malam, mengadu kepada yang
Maha Berkuasa.
“Ya Allah, aku di tnah. Ya Allah, tiada tempat untuk aku mengadu. Aku lemah.
Permudahkanlah kehidupanku. Ampunilah aku ya Allah. Berikan kekuatan dan tunjukkan
kebenaran.”

Akhirnya, surat pelantikan rasmi sebagai seorang profesor berserta tunggakan


melebihi RM80 ribu diterima. Kata-kata pertama saya kepada Roza adalah
seperti berikut, “Allah menunaikan permohonan saya. Saya solat hajat hampir
setiap malam setahun yang lepas. Saya merayu. Saya minta jawatan profesor,
Dia beri jawatan profesor, Dia bagi duit lagi. Ya Allah, saya tidak sepatutnya
berhenti daripada melakukan perkara yang sudah saya lakukan selama ini. Saya
mahu pergi menunaikan haji. Saya hendak bersyukur kepada-Nya.”
Dalam perbualan lain, seorang sahabat, Dr. Rashidee berkata, “Kamil, Allah
beri rezeki kepada kamu. Kamu adalah daripada golongan yang terpilih. Hati
kamu baik. Kamu tidak khianat kepada orang lain. Kamu selalu tolong orang.
Tidak pernah ada hasad dalam hati. Itulah maknanya rezeki adalah daripada
Allah. Kamu kena ingat, ada dua kemungkinan yang akan berlaku, sama ada
kamu akan jadi lebih merendah diri, lebih ingat kepada-Nya ataupun kamu jadi
sombong, angkuh, riyak dan lupa kepada-Nya.”
Kata-kata itu mengetuk pintu hati saya. Melahirkan rasa bersyukur dan
tidak mahu menjadi manusia ingat semasa susah, lupa semasa senang. Ketika
ini Allah s.w.t. menghulurkan kad jemputan bagi mengunjungi rumah-Nya
berserta dengan wang belanjanya sekali. Jemputan yang kelihatan dipenuhi
dengan kemewahan dan kemuliaan. Namun, pada ketika itu hati saya mula
berkata-kata dan menyedari betapa hina, fakir, dan dhaifnya saya di sisi Allah
s.w.t. Hakikat sebenar, perasaan ingin bersyukur kepada-Nya menjadi sukar
kerana terasa kekurangan ilmu. Apa yang saya ada hanya pengetahuan asas yang
dipelajari semasa remaja. Ia tidak mencukupi berbanding dengan rahmat dan
kasih sayang yang Allah s.w.t. berikan kepada kami sekeluarga. Tersangat jauh.
Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?

(Surah Ar-Rahman, ayat 36)

Saya gelisah mencari jawapan. Kad jemputan sudah ada di hati. Urusan dunia
muncul bersama rahmat-Nya.

Rahsia Satu Jemputan

P
ada hujung tahun 2005, kami adik-beradik berkumpul di Cameron
Highland bercuti hujung tahun. Hampir kesemua 12 adik-beradik
berhimpun sebagai pengikat ikatan persaudaraan selepas ayah dan wan
meninggalkan kami.
Barangkali doa-doa sepanjang malam yang dilafazkan oleh wan yang mahu
anak-anaknya bersatu, saling bantu membantu, tidak bergaduh sesama sendiri,
dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat dimakbulkan Allah s.w.t. Itulah doa,
pesan, dan harapan wan yang sering dinyatakan kepada kami adik-beradik.
Di sini – Cameron Highland – terjadi satu peristiwa yang kekal sebagai
pengajaran betapa agung dan hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. Dia yang maha
mendengar, maha pengasih lagi maha penyayang. Di antara kami 12 adik-
beradik, saya bertanya kepada Azlina, adik yang ke 11, “Abang dan Kak Roza
ingin menunaikan fardhu haji pada hujung tahun hadapan. Awak mahu ikut
sekali?”
Azlina menangis. Dalam sedu-sedannya beliau memberitahu, “Abang, sudah
dua tahun saya berdoa supaya Allah menjemput saya menunaikan fardhu haji.
Terima kasih abang, Saya mahu pergi”
Subhanallah. Maha mendengar Allah, yang maha pengasih lagi maha
penyayang. Begitulah, di sebalik jemputan yang Allah s.w.t. sampaikan kepada
Azlina melalui abangnya, terselit pelbagai pengajaran yang membuktikan
betapa Allah s.w.t. itu hampir dengan hamba-Nya yang sentiasa berdoa,
berharap, dan bergantung kehidupan dengan penuh keikhlasan.
Benar, doa dan harapan Azlina dimaklumkan kepada Allah s.w.t. hampir
setiap hari. Melalui catatan peribadi beliau Azlina bercerita, “Ketika usiaku
genap 24 tahun, aku berdoa, ya Allah, matangkan diriku, tambahkan ibadatku.
Ya Allah, moga aku dapat menggembirakan orang di sekelilingku. Ya Allah,
tunaikan hajatku untuk ke Tanah Suci. Ya Allah, tunaikanlah.”
Kemudian, saya tuju kepada kakak kedua. Saya nyatakan sebagaimana yang
saya ucapkan kepada Azlina. Mata Kak Mie tetap memandang saya. Barangkali
beliau tidak ter kir dan terduga untuk disoal berkenaan kemungkinan beliau
menunaikan fardhu haji. Ia keputusan yang tidak mudah untuk dilakukan. Ia
bukan keputusan yang boleh dibuat-buat, dilakukan dengan cara yang tergesa-
gesa, dan serta-merta.
Kak Mie ber kir sejenak. Haji? Beliau bertanya diri sendiri. Namun ia tidak
terlalu sukar untuk beliau. “Haji... Saya hendak, Saya hendak pergi,” beliau
memberi jawapan spontan. Saya kir ia jemputan yang dihulurkan kepada
beliau oleh Allah s.w.t. Ia tidak pernah dirancang oleh Kak Mie. Tinggal lagi
saya hanya seorang hamba yang dipertanggungjawab bagi menghantar kad
jemputan itu. “Baik, langkah pertama, Kak Mie perlu mohon izin suami, minta
izin dengan Abang Mid supaya beliau benarkan pergi bersama saya.”
Ya Allah, begitulah kehendak Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Mengikut
akal, saya bertanya dan mengajak Kak Mie bersama-sama saya bagi menunaikan
fardhu haji kerana memikirkan yang beliau tidak akan berpeluang menunaikan
ibadat haji bersama suaminya. Mengapa?
Pada ketika itu, saya ber kir Abang Mid lebih teruk daripada saya [Nota:
Mohon maaf Abang Mid kerana beranggapan begitu. Saya mohon keampunan
Allah].
Benar, kedua-dua kad jemputan khusus untuk Azlina dan Kak Mie
mempunyai seribu rahsia. Allah itu mendengar, maha pengasih lagi penyayang
kepada para hamba-Nya!
“Ia keputusan yang tidak mudah untuk dilakukan. Ia bukan keputusan yang boleh dibuat-buat,
dilakukan dengan cara yang tergesa-gesa
dan serta-merta.”

Konsep Haji

“Namun, jauh di sudut hati, masih lagi berasa sesuatu yang tidak kena. Hati masih mencari-cari
sesuatu yang mampu
menyentuh perasaan.”

M
engapa umat Islam ingin menunaikan fardhu haji? Jawapan mudah
adalah kerana ia rukun Islam yang ke lima. Sekiranya mampu, wajib
untuk setiap umat Islam melakukan ibadat ini. Realitinya, sukar
memberi jawapan yang tepat, mengapa seseorang boleh mengambil keputusan
drastik bagi menunaikan ibadat ini. Dalam konteks saya sendiri, penyebabnya
kelihatan mudah. Ini kerana, saya dianugerahkan jawatan profesor. Saya mahu
bersyukur dan menunaikan haji adalah langkah yang kelihatan logik dan masuk
akal.
Dan sempurnakan ibadat haji dan umrah kerana Allah.
(Surah Al-Baqarah, ayat 196)
“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (antaranya) Maqam Ibrahim. Sesiapa
memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia. Mengerjakan haji adalah kewajipan
manusia kepada Allah, iaitu (untuk) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke
Baitullah. Sesiapa yang mengingkari (kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah
maha kaya (tidak berhajat suatu pun) daripada semesta alam.”
(Surah Ali Imran, ayat 97)

Sebagaimana yang dikisahkan sebelumnya, Allah s.w.t. memberi tau k dan


hidayahnya secara luar biasa. Saya semakin sedar, seluruh kehidupan adalah di
bawah kawalan dan kekuasaan-Nya. Permohonan secara bersungguh-sungguh
hampir setiap malam untuk tempoh yang panjang, iaitu diberikan rezeki, sudah
dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Malah, Dia turut memberi kemuliaan yang tidak
pernah diimpikan. Hakikatnya, itulah peristiwa yang membawa pengajaran
tersirat untuk mereka yang mahu mengutip ilmu dan mahu menggunakan akal.
Konsep kekuasaan Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.
Apa pun alasan yang dikemukakan, pada saya menunaikan fardhu haji
adalah jemputan istimewa Allah s.w.t. kepada insan yang menjadi pilihan-Nya.
Hati saya melonjak-lonjak untuk pergi. Perasaan dalaman yang tidak dapat
digambarkan. Namun, perasaan takut juga muncul, silih berganti. Riang, ria,
gentar, dan resah bersimpang-siur. Kadang-kadang gelisah, terutamanya apabila
memikirkan keselamatan diri di sisi Allah s.w.t. semasa berada di Tanah Suci.
Kadang-kadang takut, apabila memikirkan diri saya yang jahil. Tambah-tambah
lagi terdapat satu segmen penceritaan yang menggambarkan bagaimana
Makkah adalah tempat pembalasan kepada yang berkelakuan tidak senonoh
semasa hidup lampau mereka.
Buku-buku berkenaan ibadat haji mula dicari. Ia sentiasa dibaca.
Perbincangan dengan emak dan abah menjadi lebih serius. Malah, saya lebih
tekun mendengar pelbagai pesanan daripada rakan-rakan ustaz di UiTM. Nota-
nota kaki berdasarkan cerita-cerita haji yang disampaikan oleh mereka yang
pergi sebelumnya tersimpan kemas di hujung memori. Terutamanya pelbagai
kisah peribadi yang memerlukan pengamatan berbeza-beza mengikut latar
belakang mereka yang bercerita.
Satu pengamatan penting, apabila kita bertanya kepada mereka yang
berpengalaman melakukan ibadat haji, mereka seronok bercerita dengan penuh
perasaan. Cuma, ia membawa kepada satu kesimpulan, ia adalah cerita yang
hampir sama dan berulang-ulang. Di sana sini terdapat tambahan isi cerita yang
tidak signi kan. Setiap yang mendengar perlu ber kir, menyelaras, dan
menyusun semua maklumat ini dengan cara sendiri sehingga benar-benar yakin
dengan apa yang diperoleh.
Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah aspek teknikal ibadat haji. Ia
adalah perkara asas. Kami membuat perbandingan di antara haji ifrad, tamatuk,
dan qiran. Keputusan awal, kami bersetuju memilih melakukan haji tamatuk
kerana ia kelihatan lebih mudah.
Prinsip asas, lakukan amal ibadat mengikut kemampuan diri sendiri. Dan
kami mula menumpukan sepenuh perhatian secara khusus bagi memahami
tatacara melaksanakan ibadat itu. Perkara yang perlu diberi tumpuan khusus
adalah berkaitan dengan rukun dan wajib haji dan umrah. Ia dilakukan secara
terperinci. Malah, pada setiap ketika, mengkaji pelbagai pilihan yang ada dalam
melakukan setiap ibadat, misalnya pilihan-pilihan bagi melakukan ibadat
melontar dilakukan secara bersungguh-sungguh. Hampir setiap hari, saya dan
Roza berbincang berkenaan aspek khusus ini dan akan bertanya sekiranya
terdapat persoalan-persoalan yang tidak terhurai.
Semakin memberi tumpuan, semakin jelas satu per satu tindakan yang perlu
dilakukan. Ia mengikut aturan mudah. . Jaga pantang larang dalam ihram. Itu
adalah yang utama.
Bertolak daripada rumah Kelana Jaya – Berpakaian Ihram – KLIA - Niat Umrah – Jeddah –
Makkah – Tawaf Umrah – Saie – Tahalul – Beramal Ibadat di Masjidil Haram – Wukuf di Arafah –
 Bermalam di Muzdalifah – Mina – Melontar 1 – Tahalul – Melontar 2, 3, 4 – Makkah – Tawaf
Haji – Saie – Tahalul – Beramal Ibadat  – Madinah – Beramal Ibadat di Masjid Nabi – KLIA –
Rumah

Lalu, diabadikan kesemua tindakan yang perlu dan ingin dilakukan melalui
bacaan doa yang cukup panjang pada setiap kali selesai solat sunat tahajud,
taubat, dan hajat (lihat lampiran 1). Bacaan doa ini adalah permintaan,
harapan, dan rasa hati saya kepada Allah s.w.t. secara terus sepanjang enam
bulan sebelum berlepas. Ia dibaca kerana saya benar-benar berada dalam
ketakutan. Tetapi, saya yakin dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah s.w.t.
pada hamba-Nya. Malah, ia juga dapat dilihat sebagai satu bentuk ulang kaji
kepada proses-proses yang perlu dilakukan di Tanah Suci.
Namun, jauh di sudut hati, masih lagi berasa sesuatu yang tidak kena. Hati
mencari-cari sesuatu yang dapat menyentuh perasaan. Kelihatan ia sesuatu yang
sukar. Ia tidak dapat memberi gambaran sebenar apa yang saya cari, tetapi lebih
menjurus kepada konsep haji itu sendiri. Mengapa haji? Hakikat nyata,
kesedaran diri sebagai manusia jahil, hina, dan kerdil di sisinya tidak
menghalang untuk ber kir dan tidak melakukan sesuatu tanpa memahami
mengapa ia perlu dilakukan. Maksud tersirat, sekiranya mahu melaksanakan
ibadat haji ini, kita perlu melakukannya dengan cara terbaik. Ini dapat dapat
meninggalkan kesan mendalam kepada diri sendiri, terutamanya dalam konteks
hubungan dengan Pencipta. Ia memerlukan pemahaman sepenuh hati dan
perasaan.
Jelas, langkah wajib yang perlu dilakukan adalah dengan membaca beberapa
aspek daripada falsafah ibadat haji. Ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang
dijadikan asas penulisan, melalui pelbagai buku yang dibaca kelihatan hampir
sama dan memudahkan pemahaman. Percubaan terus dilakukan secara
bersungguh-sungguh bagi melihat dan mengkaji ibadat haji daripada perspektif
yang berbeza.
Minda mula ber kir dan mencari jawapan kepada beberapa persoalan asas
yang terus-terusan menghujani akal kiran. Persoalan yang tidak mungkin
diurai semasa mendengar ceramah kursus haji bersiri. Itu lebih menitik
beratkan persoalan tatacara haji. Pada setiap waktu terluang, beberapa
pandangan yang dikutip cuba dihuraikan kepada mereka yang mempunyai latar
belakang pendidikan agama.
Apabila berkeyakinan, pandangan ini saya sampaikan kepada abah. Ia
adalah konsep haji menurut pandangan sendiri dalam bahasa yang mudah
untuk difahami.
“Abah, saya rasa Allah sengaja menganugerahkan ibadat haji kepada orang
Islam sebagai satu tanda ataupun manifestasi yang Allah itu maha pengasih lagi
maha penyayang. Dalam bahasa yang mudah, saya kir Allah mahu kesemua
umat Islam masuk syurga. Saya sudah mengkaji dalam beberapa segi, ibadat
haji adalah satu peluang yang perlu direbut oleh orang Islam. Ia satu
keistimewaan. Ia satu kewajipan. Malah, ia adalah rukun Islam yang kelima.
Untuk mereka yang ber kir, kewajipan ini, walaupun nampak sukar, ia adalah
satu anugerah bagi memudahkan manusia ditempatkan ke dalam syurga,
dengan rahmat-Nya.”
Mengapa? Hasil bacaan juga menunjukkan Allah s.w.t. benar-benar
pemurah kepada mereka yang menunaikan fardhu haji. Rasulullah s.a.w.
pernah berkata yang bermaksud:
Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Sekiranya mereka
memohon kepada-Nya, pasti akan diperkenankan. Dan sekiranya ia memohon keampunan
kepada-Nya, pasti akan diampunkan.
Tetamu Allah ada tiga, orang yang menunaikan haji, orang yang menunaikan umrah dan
orang yang berperang sabilillah.
(Hadith ini direkodkan oleh An-Nasaie, Ibnu Hibban, dan Hakim daripada Abu Hurairah)
Syarahan agama juga menyarankan supaya setiap jemaah haji memohon
keampunan, dan bertaubat semasa wuquf di Padang Arafah. Dikatakan
kesemua mereka yang bertaubat dengan penuh keikhlasan, dosa-dosanya
dinaikkan ke langit. Mereka ibarat bayi yang suci. Kemudian, perhatikan pula
bagaimana Allah s.w.t. memberi hadiah kepada mereka yang beramal ibadat di
Masjidil Haram. Sekali bersolat di sana pahalanya sama dengan 55 tahun 6
bulan dan 22 hari bersolat di tempat lain kecuali di Masjid Nabawi dan Masjid
Al-Aqsa. Apabila solat sehari semalam, pahalanya bersamaan dengan 277 tahun
9 bulan dan 10 hari. Dan Allah s.w.t. menurunkan 120 rahmat-Nya setiap hari
di Masjidil Haram, iaitu 60 rahmat untuk mereka yang mengerjakan tawaf, 40
untuk mereka yang solat, dan 20 rahmat untuk mereka yang hanya
memandang Kaabah.
Ustaz-ustaz juga bercerita berkenaan tempat-tempat yang mustajab ataupun
tanpa hijab untuk berdoa seperti di Multazam, Hijir Ismail, di bawah pancur
emas, di belakang Maqam Ibrahim, Bukit Safa, dan Raudhah. Maksudnya,
segala-galanya kelihatan seperti membantu manusia supaya ‘bersih sesuci bayi’
dan mampu pula mengumpul bonus pahala sebanyak mungkin kerana terpilih
sebagai tetamunya.
Cuba bayangkan senario ini. Sebelum berlepas ke Tanah Suci, kita bertaubat
dan taubat kita diterima. Kemudian, semasa wukuf di Arafah, sekali lagi kita
bertaubat dan berdoa memohon keredhaan-Nya. Kita bersungguh-sungguh
melakukan ibadat sepanjang masa semasa di Makkah dan Madinah. Untuk
mereka yang ber kir secara mendalam, tentu saranan kenyataan yang
menunjukkan ibadat haji adalah manifestasi sifat Maha Penyayang dan Maha
Pengasih Pencipta tidak menyongsang daripada logik akal. Sekiranya itu
berlaku, apakah yang ingin diminta, dimohon, dan merengek daripada Pencipta
yang menerima taubat dan bersedia menyucikan hamba-Nya ibarat bayi.
Dalam konteks ini, ibadat haji dapat dilihat sebagai mengubah sempadan
masa. Masa manusia berada dalam kekotoran berubah kepada alam kesucian.
Apatah lagi dalam kebanyakan kes, masa yang tinggal kelihatan lebih singkat
dari masa yang dilalui.

Jalan Pintas Ke Syurga


“Mengapa menunaikan fardhu haji tidak menjadi penyebab yang kuat bagi mengubah sempadan
masa kehidupan mereka?”

K
ita sudah dijemput ke rumah-Nya? Semangat berkobar-kobar bagi
menyatakan rasa syukur di atas segala nikmat yang dilimpah kepada
kami sekeluarga mahu dilakukan melalui ibadat haji. Itu adalah cara
bagaimana kad jemputan dihantar.
Apabila redha perasaan, mata, dan hati mula melihat diri sendiri dan berasa
takut, gelisah, dan mencari jawapan kepada beberapa persoalan asas berkenaan
fardhu haji. Dalam kenyataan yang lebih bersifat sainti k, ia perlu bermula
dengan membaca, mengkaji, dan menyertai perbincangan secara serius tentang
ibadat ini. Apabila membaca buku-buku berkenaan haji, tumpuan lebih
diberikan kepada falsafah dan konsep haji.
Akhirnya, konsep Allah maha pengasih dan maha penyayang dalam
menganugerahkan ibadat haji kepada umat Islam menyebabkan hati dan
perasaan menjadi aman. Kasih sayang Allah s.w.t. kepada umat-Nya
meyakinkan diri saya, Allah s.w.t. memelihara dan menjaga setiap jemputannya
semasa di Makkah dan Madinah. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada konsep
yang lebih besar, iaitu hamba dengan Pencipta. Benar, Allah s.w.t. memberi
kemuliaan dan kasih sayangnya. Tetapi sebagai seorang hamba, jemputan yang
diterima perlu diiringi dengan doa yang bersungguh-sungguh supaya kita
menjadi tetamu-Nya yang istimewa.
Allah turun ke langit dunia, ketika satu per tiga waktu malam masih tersisa. Dia menyeru,
“Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku, supaya Aku mengabulkan
permintaannya? Adakah di antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku, supaya aku
mengampuninya? Adakah di antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku, supaya aku
memenuhinya?
(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Namun, muncul persoalan yang lebih spesi k. Persoalan yang kelihatan senang,
tetapi memerlukan pemikiran kritis lagi analitis. Misalnya, terdapat rakan yang
hampir menceritakan berkenaan keseronokan dan kegembiraan menunaikan
fardhu haji. Tetapi, dalam masa yang sama masih meneruskan kegiatan yang
tidak melambangkan mereka berubah. Mengapa masih melakukan perkara-
perkara maksiat sehingga sanggup melakukan dosa besar? Bukankah biasa kita
mendengar kenyataan, “Dia sudah banyak kali menunaikan fardhu haji, tetapi
tidak berubah-ubah. Masih dengki kepada orang, jahat, tidak senonoh. Hatinya
masih tidak bersih.” Mengapa? Mengapa masih berlaku? Ia perlu dielakkan.
Kedua, hampir kesemua orang yang ditemui berkata berkenaan keseronokan
dan kegembiraan pengalaman menunaikan fardhu haji. Lalu, cuba kita
bertanya, “Apakah yang seronok? Apakah yang menggembirakan?” Jawapan
mereka berkisar kepada kegiatan amal ibadat, iaitu solat di Masjidil Haram,
dapat melihat Kaabah, dapat melawat maqam Rasulullah s.a.w., tanpa perlu
memikirkan soal-soal dunia. Sering kali ia berakhir dengan satu kenyataan,
“Pergilah sendiri, susah nak cerita, hanya mereka yang melaluinya dapat merasai
keseronokan dan kegembiraan.”
Apakah nilai kegembiraan hanya melewati unsur-unsur yang mereka
nyatakan? Apakah tiada soal pengajaran dan pembelajaran?
Ini adalah persoalan yang mengganggu pemikiran. Mengapa? Mengapa
menunaikan fardhu haji tidak menjadi penyebab yang kuat bagi mengubah
sempadan masa kehidupan mereka? Mereka pergi dalam keadaan berdebar-
debar, takut, dan gelisah. Apabila pulang ke tanah air, mereka menceritakan
keseronokan yang tidak terperi-peri dan ia bernoktah. Ataupun apakah yang
sebenarnya berlaku di Makkah dan Madinah? Benar-benarkah mereka beramal
ibadat di sana?
Sekiranya mahu ibadat haji mendapat kepuasan, semasa dan selepas, maka
persoalan-persoalan seperti ini perlu di kir dan dicari jawapan. Lalu, Allah
s.w.t. memberi ilham. Logiknya mudah. Apabila kita menunaikan fardhu haji
kerana rukun Islam yang kelima, maka kita mendapat gelaran haji dan hajjah.
Apa yang berlaku selepas pulang hanya satu kenangan yang menggembirakan.
Ia kenangan seumur hidup. Lalu, apabila berduit, kita mengulangi kenangan
itu dengan melakukan ibadat haji untuk kali kedua, ketiga, dan seterusnya
berulang kali melakukan umrah. Apabila pulang, kembali kepada kegiatan asal.
Astagh rullah.
Cuba bayang dan pertimbangkan keadaan ini. Kita sudah bertaubat di
Malaysia. Kemudian, kita bertaubat setiap hari di Masjidil Haram ataupun
Madinah. Ataupun semasa wuquf di Arafah. Amal ibadat dan doa-doa dilipat
ganda ganjarannya. Kita suci seperti bayi. Bonus pahala terkumpul pada bahu
sebelah kanan. Itu adalah janji Allah. Bukankah ini satu bentuk anugerah yang
sengaja dihulurkan kepada umat-Nya?
Duduklah bertafakur atas segala nikmat yang diberikan kerana menunaikan
fardhu haji. Sejahil mana kita di sisi Allah s.w.t., jalan ke syurga kelihatan
bercahaya. Manusia tidak berjaya memasuki syurga dengan amalannya tetapi
semata-mata dengan rahmat Allah s.w.t. Oleh itu, ibadat haji seolah-olah
menjadi jalan pintas ke syurga.
Sekiranya kita mahu begitu maka ibadat haji tidak terhenti di Makkah
ataupun Madinah. Ia hanya satu permulaan. Ia berakhir apabila Allah
menjemput kita untuk kali kedua. Kali ini bukan bagi menunaikan ibadat haji,
tetapi panggilan menuju ke alam akhirat. “Astagh rullah. Aku mohon
keampunan-Mu.”

Surat untuk Menteri

“Hampir setiap malam solat hajat, bermohon kepada Allah s.w.t. supaya
hajat kami tercapai.”

K
einginan bagi menunaikan fardhu haji secepat mungkin muncul. Itu
adalah tekad hati sejurus saya mendaftar bagi menunaikan fardhu haji.
Ia berlaku sekitar bulan Julai, 2005. Keinginan mengerjakan rukun
Islam yang kelima ini ternyata tidak dapat ditahan-tahan. Ia membuak-buak.
Otak sendiri tidak dapat memahaminya. Benar kata orang, apabila sampai seru,
mereka pasti mahu pergi ke Makkah. Maksudnya, hanya mereka yang terpilih
menjadi tetamu Allah s.w.t. Menurut giliran yang diberikan oleh Tabung Haji,
kami hanya boleh pergi pada tahun 2011.
“Saya hendak pergi. Saya hendak pergi. Hendak pergi secepatnya.”
Barangkali itulah pekikan hati. Hairan. Tahun sebelumnya, Roza sudah pun
berusaha memujuk saya supaya mendaftar. Namun, tidak ada tindak balas
daripada saya. Hanya senyum dan memberi jawapan acuh tidak acuh.
“Nantilah.”

Roza terpaksa memendam keinginannya kerana dia tidak akan pergi tanpa
suaminya. Tiba-tiba sahaja perasaan beria-ia mahu mempercepatkan tarikh
pergi. Pelik.
Februari 2006, surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Profesor Dr. Abdullah Md Zin dihantar. Saya merayu supaya dibenarkan pergi
pada tahun 2006. Sebagai menteri, berasal dari Besut (saya juga anak Besut),
sudah pasti dia dikenali oleh kami sekeluarga. Dia pula tidak tahu kewujudan
kami di atas muka bumi ini. Kami mencuba nasib, tetapi dengan penuh
harapan. Surat semuka itu menyenaraikan nama mereka yang akan pergi
bersama-sama, abah dan emak, isteri saya Roza, adik saya Azlina, kakak saya
Kak Mie, serta abang Man dan isteri iaitu keluarga kakak ipar. Surat yang sama
juga dihantar kepada CEO Tabung Haji. Entah, sukar mengetahui sama ada
kedua-duanya membaca rayuan yang dikemukakan kepada mereka.
Berdasarkan pengalaman bekerja sebagai pegawai khas naib canselor, tentu
sekali kedua-dua surat itu hanya diminitkan kepada pegawai yang menjaga
rayuan haji.
Hakikat sebenar, kami benar-benar merayu kepada Allah s.w.t. Hampir
setiap malam solat hajat, bermohon kepada Allah supaya hajat kami tercapai.
Pada ketika ini, doa yang dibaca adalah seperti berikut, “Ya Allah, terimalah
rayuanku ini. Aku benar-benar ingin menghadap-Mu, di rumah-Mu. Aku ingin
menunaikan fardhu haji pada tahun hadapan. Terlampau banyak nikmat yang
Engkau berikan kepada kami sekeluarga. Aku bersyukur, ya Allah. Terimalah
kami ya Allah. Tiada lagi tempat yang boleh aku mengadu ya Allah."
Ketika bakal jemaah haji yang lain sudah mula berkursus, kami belum
menerima sebarang maklum balas. Kami tidak berputus asa. Berdoa dan berdoa
supaya Allah s.w.t. mengirimkan kad jemputan. Kad jemputan yang istimewa.
Antara kami, saya, Roza dan Azlina, saling berbincang dan berhubung. Azlina
yang bertugas di Sabah sering berhubung dengan pejabat Tabung Haji Kota
Kinabalu (KK). Pada suatu hari, dia membuat panggilan, “Abang, saya sudah
terima panggilan haji. Orang Tabung Haji Kota Kinabalu sedang mencari-cari,
siapakah yang bernama Azlina. Saya dipilih atas kuota menteri. Tidak pernah
lagi orang Sabah dapat kuota Menteri. Abang pergilah semak nama di Tabung
Haji.”
Hati saya mula berdebar, bercampur dengan rasa yakin akan mendapat
tempat yang sama. Mengapa tidak. Logiknya begitu. Azlina adalah muhrim
saya dan dia hanya boleh pergi sekiranya saya turut serta. Dia belum bersuami.
Tanpa bertangguh kami bergegas ke pejabat Tabung Haji Shah Alam. Sah, saya
dan isteri terpilih. Lebih menakjubkan terdapat catatan yang meletakkan kami
terpilih melalui kuota menteri. Pegawai Tabung Haji berkata dan bertanya,
“Adakah Encik kenal dengan menteri? Ini makam tinggi. Kami tidak boleh
masukkan data dari sini. Encik kena pergi ke ibu pejabat di Kuala Lumpur.”
Jawapan saya mudah, “Semua orang kenal menteri tetapi dia tidak kenal
kami. Kami hanya tulis surat secara rasmi dan nampaknya menteri
membenarkan kami untuk pergi.”
Sesiapapun boleh mengambil tindakan yang sama. Namun jauh di sudut
hati, dia hanya penyebab, Allah s.w.t. yang mengirimkan kad jemputan itu.
Kami tidak mahu bersoal jawab walaupun terpaksa pergi ke Kuala Lumpur bagi
mengisi borang pengesahan penerimaan dan nama-nama ahli keluarga yang
turut serta. Tentu sekali kami tidak dapat berbohong. Perasaan terasa istimewa
muncul di hati. Kami benar-benar terasa istimewa.

Siapa Akan Menjaga Anak?

“Kami termenung memikirkan kejadian ini terutamanya apabila dikaitkan dengan tahun
pemergian kami ke Tanah Suci.”

I
a adalah isu besar yang sentiasa menghantui kiran mereka yang mahu
menunaikan fardhu haji. Kami juga begitu. Siapakah yang akan menjaga
Sara (16 tahun), Azrai (15 tahun), Amirul (9 tahun), dan Sofea (3 tahun).
Tambahan lagi atuk dan nenek juga mahu turut serta bersama kami. Ia
kelihatan rumit memandangkan musim haji tahun 2006 bersamaan dengan
musim cuti sekolah akhir tahun dan permulaan sekolah untuk tahun 2007.
Kami tidak mahu mengganggu persekolahan anak-anak, terutamanya Sara yang
akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Azrai pula sedang
menunggu keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan bercita-cita
ingin melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Akhirnya, kami bertekad meninggalkan anak-anak kepada pembantu
rumah, Bibit Anita dengan pantauan ibu saudara yang berada di sekitar
Lembah Kelang, pada hujung minggu. Rakan-rakan di UiTM juga sanggup
memberi bantuan. Ia satu keputusan yang sukar dan dipenuhi dengan perasaan
risau serta bimbang. Kami berdoa kepada Allah s.w.t.,
“Ya Allah, kami mohon keampunan-Mu. Tahun ini kami ingin menunaikan fardhu haji.
Permudahkan kami. Lindungilah kami. Ya Allah, hanya kepada-Mu kami berserah bagi
menjaga anak-anak kami. Jagalah keselamatan mereka. Berilah jalan dan permudahkanlah.”

Lapan bulan sebelum musim haji, Bibit Anita melarikan diri. Dia mengikut
kekasihnya. Sofea ditinggalkan berseorangan di dalam rumah dengan pintu
dikunci. Hampir satu jam dia berseorangan sehingga abang dan kakaknya
pulang dari sekolah. Kami termenung memikirkan kejadian ini terutamanya
apabila dikaitkan dengan tahun pemergian kami ke Tanah Suci. Akhirnya, kami
mengerti mengapa peristiwa itu berlaku. Allah s.w.t. benar-benar menjaga
keselamatan anak-anak kami. Apakah yang akan berlaku sekiranya dia
meninggalkan mereka ketika kami berada nun jauh beribu batu? Perancangan
kami tidak diizinkannya, namun kami bersyukur. Isu ini berlalu tanpa
penyelesaian.
Dua bulan kemudian, kami menerima surat tawaran menunaikan fardhu
haji. Azlina di Kudat juga menerima undangan. Kak Mie di Besut juga
bergembira. Abang Man dan isteri membatalkan niat untuk ikut serta.
Emak dan abah tidak berjaya. Mereka kelihatan benar-benar sedih. Sayu.
Keinginan menunaikan fardhu haji bersama anak dan menantu sukar ditolak.
Malah, kami sering berbincang berkenaan apa yang akan kami lakukan di sana.
Mereka berdua sudah beberapa kali menunaikan fardhu haji. Kali terakhir
mereka pergi adalah pada 2004. Oleh itu, mereka berdua sudah berpengalaman
dan benar-benar tahu secara serius bab haji. Malah, kerap kali abah bercerita
pelbagai perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana buku.
Mereka bercakap berkenaan pengalaman yang tidak mungkin sama dengan
teori ataupun pemahaman melalui pembacaan buku.
Pada ketika ini kami memberitahu mereka, “Abah, nanti saya akan ikut
sahaja apa yang dilakukan oleh abah. Saya malas hendak pergi kursus. Nanti
saya baca nota-nota yang penting. Saya tidak risau kerana abah ada bagi
menjadi pakar rujuk saya di sana.”
Namun, ia tidak menjadi kenyataan. Allah s.w.t. lebih tahu apa yang terbaik
untuk emak dan abah, juga untuk saya, Roza, Kak Mie, dan Azlina. Mungkin
supaya tidak terlampau bergantung kepada pengalaman orang lain walaupun
orang tua kami sendiri. Bukankah pengajaran untuk setiap jemaah haji berbeza-
beza mengikut kehendak dan kemahuan Allah s.w.t.? Emak nampak sedih.
Lalu, keluar kata-kata ini bagi memujuk beliau, “Emak, kami sentiasa berdoa
supaya ada orang yang boleh kami percayai bagi menjaga anak-anak semasa
kami menunaikan fardhu haji. Nampaknya Allah memilih orang yang terbaik,
iaitu datuk dan nenek mereka sendiri. Tidak ada orang lain yang lebih baik
selain daripada emak dan abah bagi menjaga mereka. Saya nampak ketetapan
Allah cukup adil dan sempurna.”
“Siapa yang akan menjaga anak?”
Soalan ini terjawab, Allah s.w.t. mendengar doa saya dan memberi laluan dan
kemudahan yang cukup luar biasa. Di sana sini kami mula nampak konsep
kekuasaan Allah yang sebenarnya. Ia adalah bagi mendidik kami, bukan berlaku
secara kebetulan.

Pemeriksaan Kesihatan

“Sebagai manusia biasa, semata-mata mahu mengelak daripada prosedur Ureteroscopy, saya
berusaha dengan pelbagai cara selama seminggu.”

L
ima bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci, Allah s.w.t. “melakukan”
pemeriksaan kesihatan ke atas saya. Bagaimana? Seketul batu sebesar
kepala batang mancis melekat di pintu masuk pundi bladder melalui
ureter di sebelah kiri tubuh. Batu sekecil itu menyebabkan kesakitan yang kuat.
Pukul 2.30 pagi, perut saya menjadi keras ibarat sekeping papan. Sakitnya
bertumpu di bahagian belakang tubuh, bergerak sehingga ke bahagian hadapan
perut. Saya seperti mengalami kekejangan perut.
Roza tersedar daripada tidur dan dia mengurut pada bahagian yang sakit. Ia
hanya memberi kelegaan sementara, tidak bertahan lama. Lalu, kami berkejar
ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), hospital yang hampir dengan
rumah. Dr. Masnor membuat diagnosis awal dan berdasarkan simptom yang
ada, dia mengesyaki terdapat batu karang. Beliau memberi ubat menahan sakit
dan saya dihantar ke wad. Ubat penahan sakit hanya memberi sedikit
perubahan. Sakitnya tidak tertahan. Lalu, setiap 10 minit keluar isi perut yang
berakhir dengan angin semata-mata.
Ujian-ujian klinikal, termasuklah abdominal x-ray dilakukan setiap lima
minit sebanyak enam kali. Ultrabunyi dan intravenous pyelography (IVP)
mengesahkan kenyataan awal Dr. Masnor. Dua pakar, Dr. Jamil (urologi) dan
Dr. Rahman kardiologi secara bersungguh-sungguh menerangkan apa yang
sedang dialami. Dr Jamil memberi tempoh selama 48 jam bagi melihat
kemungkinan batu itu dapat dikeluarkan secara semula jadi. Dia membekalkan
ubat khusus bagi membantu, iaitu Uracalun, sejenis herba berasal dari negara
Jepun.
Sekiranya tidak berjaya dikeluarkan secara semula jadi, doktor
mengeluarkannya secara mekanikal. Bahasa mudah, wayar dimasukkan melalui
kemaluan, bahasa perubatannya, Ureteroscopy. Setiap enam jam, sakitnya datang
berulang kali. Sakitnya tidak terkira. Menurut doktor, kesakitan yang
disebabkan oleh batu karang melebihi sakit bersalin. Dr. Jamil berkata,
“Lihatlah, hanya dengan sebutir batu yang sebegitu kecil menyebabkan
manusia berguling-guling kesakitan. Itu adalah kekuasaan-Nya yang
memerlukan kita merendah diri.”
Bagaimanapun, kejadian ini dapat dilihat daripada perspektif yang berbeza.
Maha besar Allah s.w.t. yang ingin memudahkan perjalanan menunaikan
fardhu haji. Bagaimana sekiranya ia berlaku semasa hendak berlepas ataupun
semasa di sana? Tentu sekali ia menimbulkan masalah lain. Mungkin ia
menyebabkan kami tidak dapat memenuhi jemputan. Allah yang maha
bijaksana mengatur perjalanan hidup umatnya dengan sebaik-baik aturan.
Ketika hampir bersetuju melakukan pembersihan batu karang, Dr. Rahman
memberi nasihat supaya melakukan pemeriksaan dan rawatan jantung di
Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Apa pula kaitan antara batu karang dan
sakit jantung?
Setahun lepas, saya menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh di
DEMC. Ujian ECG (elektrokardiogram) membawa petanda-petanda jantung
saya bermasalah. Lalu, kami beralih kepada stress test (ujian tekanan), juga
menunjukkan ada masalah yang sama. Ia semakin jelas. Terdapat sekurang-
kurangnya tiga saluran darah yang tersumbat. Pada ketika itu, Dr. Rahman
bercakap dengan suara yang cukup lembut, berhati-hati, dan memberikan
gambaran ia masih boleh dilengahkan lagi.
Hari ini Dr. Rahman berkata, “Seketul batu kecil membawa Prof. ke
hospital. Kesakitannya sudah hilang, tetapi ia masih ada di situ. Mengeluarkan
batu itu satu prosedur yang mudah, tetapi ia membawa risiko sekiranya
mempunyai masalah jantung. Nasihat saya mudah, Prof. akan berangkat ke
Tanah Suci, anggaplah ia gerak Allah untuk Prof. memastikan kesihatan
terjamin sebelum ke sana. Kita lakukan sesuatu yang terbaik, kita betulkan
jantung dan selepas itu kembali semula ke sini bagi mengeluarkan batu.”
Akhirnya saya dipindahkan ke SJMC. Bersegera mereka lakukan angiogram
pada esoknya. Pukul 4.10 petang, tiga jururawat muda datang ke wad. Saya
dibogelkan, satu suntikan diberikan pada punggung. Jururawat yang bernama
Kuldi, berkali-kali meminta maaf kerana terpaksa bekerja di kawasan terlarang.
Beliau mencari nadi arteri dan ditandakan dengan plaster. Kemudian saya
ditolak pantas ke makmal cardiomuscular. Perjalanan singkat, tetapi
mendebarkan. Minda mengatakan saya sakit, lalu tubuh terasa lemah.
Kedudukan dalam posisi tidur tidak membantu, ia memberi perasaan kurang
upaya dan tidak berdaya.
Sejurus sampai, saya dipindahkan ke katil makmal. Degupan jantung
semakin kencang. Jururawat-jururawat bekerja pantas. Sekali lagi mereka
memeriksa kawasan prosedur akan dijalankan. Iodin disapu bagi mencuci
kawasan itu. Sejuk. Mata melihat, hati mengira, ada tiga orang jururawat,
seorang menjaga x-ray, seorang membantu untuk berpindah katil, dan seorang
lagi membetulkan saluran air. Bayangan Dr. Nizar, pakar jantung nampak jelas
di dalam bilik berhampiran.
Apabila kesemuanya sudah tersedia, Dr. Nizar muncul dengan senyum di
bibir. Katanya, “Assalamualaikum, Kamil. Awak nampak gementar. Saya dapat
lihat daripada denyutan jantung awak.” Dia memeriksa paha kanan dan berkata
lagi, “Kita akan lakukan localise.” Terasa jarum menembusi kulit paha, ia ibarat
satu cubitan manja.
Dr. Nizar memujuk supaya bertenang, tidak sampai seminit, mata sudah
dapat memerhatikan arteri sebelah kiri sedang bekerja di skrin. Dr. Nizar
memberi beberapa arahan, “Tarik nafas panjang-panjang, lepas, dan bernafas
biasa,” beberapa kali. Tidak sampai 10 minit Dr. Nizar menyambung lagi,
“Arteri di sebelah kiri normal, tidak tersumbat dan baik. Kita pergi ke arteri
sebelah kanan.”
Di sebelah kanan beliau mengambil masa yang panjang. Terdengar suara
Dr. Nizar meminta cecair tambahan yang hendak dimasukkan. Mata tidak
berkelip melihat dengan tekun apa yang terpapar di skrin. Ada satu arteri yang
besar dan bercabang dua. “Sekali lagi, tarik nafas panjang-panjang, lepas dan
bernafas biasa,” kata Dr. Nizar. Sebentar kemudian, Dr. Nizar menyambung,
“Baik Kamil, kesemua arteri tiada masalah.”
Dia bangun menuju ke skrin dan menjadi seorang pensyarah. Mengapa saya
mengambil masa yang lama dengan arteri di sebelah kanan. Ini kerana, pada
awalnya ia menunjukkan ada sedikit tersumbat. Ujian susulan menyatakan
tidak. Ia penguncupan dan pengembangan saluran arteri.
Prosedur utama angiogram bersama Dr. Nizar selesai. Tubuh tidak
dibenarkan bergerak selama enam jam. Kaki kanan tidak boleh dibengkokkan,
kepala hanya dapat diangkat selepas tiga jam. Besoknya, pagi-pagi lagi Dr.
Nizar datang melawat di bilik. Katanya, “Kes ini adalah kes luar biasa dan
jarang ditemui. Apa yang pasti, ECG dan stress test bukan untuk kamu
sekiranya mahu membuat pemerhatian pada jantung. Apa yang dapat saya
cadangkan adalah kemungkinan masalah asid dalam badan yang memberi
kesan kepada jantung. Kita betulkan keadaan ini. Saya mahu kamu kembali ke
DEMC dan selesaikan masalah batu karang kerana ia memberi kesan kepada
buah pinggang.”
Dr. Nizar memberi cuti rehat selama seminggu. Hati kecil masih berdebar
kerana terpaksa berhadapan dengan proses mengeluarkan batu karang. Sebagai
manusia biasa, semata-mata mahu mengelak daripada prosedur Ureteroscopy
saya berusaha dengan pelbagai cara selama seminggu. Apa yang dicadangkan
oleh rakan-rakan, dicuba dengan sepenuh hati selagi di kirkan munasabah.
Antaranya:
(a) Berdoa, berdoa, dan berdoa serta solat hajat mohon dikeluarkan batu
kecil itu melalui cara semula jadi.
(b) Minum air kosong dengan banyak. Hidup sentiasa minum, minum,
dan minum. Setiap kali buang air kecil, diganti dengan segelas air
baru.
(c) Minum air lobak putih.
(d) Minum jus 21 helai daun mengkudu dicampurkan santan kelapa, dan
sedikit garam. Lalu, diperah menggunakan kain putih, dibaca Al-
Fatihah, selawat, dan doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam
perut ikan.
(e) Makan tembikai.
(f) Mengikuti amalan terapi medan elektrik selama tiga hari berturut-
turut.
(g) Sentiasa makan ubat Uracalun.
(h) Minum air barli panas.
Selepas pemeriksaan semula, Dr. Jamil berkata, “Prof., batu itu tidak ada lagi.
Jantung awak baik. Awak pun tidak sakit. Pergilah menunaikan fardhu haji
dengan senang hati.”
Hati terlalu gembira. Ya Allah, Engkau yang maha besar. Aku hanya insan
kerdil yang mengharap belas kasih-Mu. Aku bersyukur atas segala nikmat dan
kemuliaan yang Engkau berikan.
Itu adalah pemeriksaan kesihatan sebelum menunaikan fardhu haji yang
ditakdirkan oleh Allah s.w.t. kepada saya.

Bertaubat Di Florence

“Ketika menyebut dosa-dosaku hati dan minda membayangi segala dosa-dosa signi kan yang
dilakukan.”

I
badat haji benar-benar mengundang manusia supaya melihat kisah
lampau, ber kir sambil berpeluang merenung arah perjalanan baki
kehidupan. Terutamanya dalam konteks hubungan manusia dengan
Penciptanya. Mengapa tertulis kata-kata itu?
Saya menjadikan diri sendiri sebagai contoh. Misalnya, umur sudah
melebihi 42 tahun. Seorang yang jahil. Ilmu agama ternyata sedikit. Tentu
banyak dosa yang dilakukan. Dosa besar, dosa kecil, dosa yang dibuat secara
terang-terangan, dan dosa yang dibuat secara sembunyi-sembunyi. Kesemuanya
ada. Banyak buku ibadat haji yang sudah dibaca menyarankan supaya setiap
bakal haji membersihkan diri sebelum menjadi tetamu-Nya. Maksudnya, kita
perlu bertaubat dengan sungguh-sungguh.
Hampir kesemua rencana ataupun ceramah yang membincangkan soal
taubat mengatakan, seseorang yang benar-benar ingin bertaubat perlu meminta
ampun dengan sepenuh hati, berasa berdosa, berniat untuk tidak mengulangi
dosa-dosa lalu. Dikatakan, dosa seseorang hamba kepada Allah s.w.t. akan
terampun sekiranya syarat-syarat itu dipatuhi. Ia dinamakan taubat nasuha.
Antara kami, tidak pernah bertaubat mencukupi syarat-syarat di atas.
Maksudnya kita biasa menyebut, “Ya Allah ampunilah dosa-dosaku,” selepas
solat fardhu sebagai satu rutin doa. Ia kata-kata di bibir yang tidak turun ke
hati. Lalu kerana ibadat haji, terasa itu satu kewajipan besar untuk bertaubat
dan pergi dalam keredhaan-Nya.
Maka, solat sunat taubat menjadi satu kemestian. Kami berdoa
menggunakan doa taubat besar yang disusun oleh Ja’far Sabran melalui buku
Risalah Doa. Di sana sini terdapat perubahan pada sebutan dan kata-kata sesuai
dengan gaya dan intonasi sendiri. Bahasa pengantar untuk berdoa adalah dalam
bahasa Melayu supaya dapat merasai dan menghayatinya sehingga ke hujung
hati.
Keinginan untuk bertaubat dan mahu diam pun terlalu kuat. Ketika
menyebut dosa-dosaku hati dan minda membayangi segala dosa yang
dilakukan. Maka, doa yang dibaca adalah sepenuh perasaan dengan nada yang
sebak, pada hujung malam sehingga berkerut-kerut muka. Namun, ia bukan
satu tangisan. Setitis air mata pun tidak muncul. Ia tidak boleh dipaksa-paksa.
Jelas ia bukan satu permainan. Malah dari perspektif yang berbeza, terasa,
keikhlasan doa itu masih belum mencukupi. Ia seperti tidak bermula dari hati
sanubari dan pastinya tidak sampai ke atas. Di sana sini, terbayang yang ia tidak
dilayan olehnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan. Itu adalah
perasaan hati yang bercelaru mengharap simpati daripada Allah s.w.t.
Hari pertama, hari kedua, minggu pertama, minggu ketiga dan bulan
pertama, setiap hari berdoa. Berdoa dan berdoa dengan harapan Allah s.w.t.
memberi petunjuk dan isyarat, terutamanya dalam konteks mahu menitiskan
air mata. Ternyata hampa dan jauh di sudut hati perasaan kerisauan mula
muncul, “Ya Allah, mengapa taubatku tidak diterima?”
Mungkin ada orang yang menyatakan, “Kita berdoa, terima ataupun tidak
terpulang kepada Allah. Mustahil untuk kita mengetahui.”
Bagaimanapun, hati tidak kir begitu. Saya percaya, janji Allah s.w.t. adalah
benar. Dia berjanji sebagaimana Rasulullah s.a.w. menyebut:
Allah menyatakan, “Wahai anak Adam, sesungguhnya selagi kamu berdoa kepada-Ku dan
mengharap kepada-Ku, Aku akan mengampuni dosa dan kesalahanmu dan Aku tidak
peduli dengannya. Wahai anak Adam, sekiranya dosa-dosamu sampai ke langit, kemudian
kamu meminta ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dan Aku tidak peduli
dengannya. Wahai anak Adam., apabila kamu menjumpaiku (meninggal dunia) dengan
setompok kesalahan, sedang kamu menjumpaiku dalam keadaan kamu tidak
menyekutukanku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menjumpaimu dengan
setompok ampunan yang serupa dengannya.”
(Hadith ini direkodkan oleh Anas bin Malik)

Hakikatnya, setiap orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan terasa apabila
doanya didengari ataupun dimakbulkan. Namun, ia tidak dapat digambarkan.
Mei, 2006, saya berada di Florence, Itali bersama Roza kerana
membentangkan kertas kerja. Seminggu di sana. Segala kegiatan di Malaysia
masih diteruskan, terutamanya rutin qiamullail dengan solat sunat tahajud,
hajat, dan taubat. Malam terakhir di Itali. Kelihatan Roza benar-benar dalam
keletihan. Bisikan hati kuat tidak mahu mengganggu dia. Bangun perlahan-
lahan, mengambil wuduk dan solat sunat, dengan hanya menggunakan lampu
tandas, itu pun dengan menutup pintunya. Selepas solat, buku doa dibaca
menggunakan cahaya lampu kecil melalui celah-celah pintu tandas itu. Kaki
bertimpuh di muka pintu. Ia langsung tidak kondusif. Tidak selesa.
Apabila bibir menyebut, “Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu, aku
mohon keampunan-Mu, aku memohon keampunan-Mu. Ya Allah, aku
bertaubat kepada-Mu daripada segala dosa yang aku lakukan.”
Air mata bercucuran tanpa dipaksa-paksa. Sesiapa pun benar-benar tidak
menduga dengan apa yang Allah s.w.t. anugerahkan. Minda terbayang dan
yakin Allah s.w.t. mendengar permintaan hamba-Nya dan memberi isyarat
dalam keadaan yang tidak dijangkakan. Bukankah Allah maha berkuasa dan
Dia berhak menentukan apa yang ingin Dia anugerahkan? Astagh rullah.
Itu adalah perasaan yang menusuk kalbu. Entah. Benar ataupun tidak
seluruh tubuh merasai kenikmatan bertaubat terutamanya ketika air mata
menitis membasahi pipi. Seolah-olah wujud satu vakum antara hati dengan
persekitaran. Ia satu perasaan yang luar biasa. Sekiranya benar taubat itu
diterima, bukankah ada logiknya yang saya ibarat bayi yang suci?
Astagh rullah. Selama 42 tahun hidup di muka bumi ini, tidak pernah mampu
bertaubat seindah ini. Ia hanya berlaku ketika ingin menunaikan fardhu haji.

Tolol Dan Tongong

“Melalui buku, saya mengetahui yang satu pantang larang semasa berihram, iaitu tidak boleh
membunuh binatang buruan di
Tanah Haram.”
S
atu-satunya kursus haji yang dapat kami ikuti adalah kursus haji intensif d
Kelana Jaya. Kata Ustaz Hashim yang menyampaikan ceramah itu,
“Mereka yang wuquf di Arafah dan memohon keampunan Allah ke atas
dosa-dosa mereka akan menerima keampunannya. Selepas waktu Asar, Allah
membuat pengampunan itu. Padang Arafah, pada waktu haji adalah padang
keampunan.”
Bagaimana sekiranya jemaah yang tiba di Arafah hanya tidur, berborak, dan
terlupa untuk berdoa?
Buku Panduan Ibadat Haji dan Umrah sudah dibaca beberapa kali. Tetapi,
masih gagal mendapat markah 100 peratus pada ujian di awal sesi kursus yang
mengandungi 25 soalan objektif. Soalan pertama, “Apakah yang dimaksudkan
dengan bulan haji?”
Entah. Tidak pula ter kir itu adalah satu isu yang besar. Rasanya, lebih
senang menjawab soalan akaun. Kami lihat kiri dan kanan. Ramai orang-orang
tua yang kurang lancar membaca. Bertanya lagi, “Bagaimana mereka lakukan
kesemuanya tanpa tahu membaca?”
Saya dan Roza ketawa besar apabila Ustaz berkata, “Ada satu soalan
berkenaan tahalul. Siapa yang masih tidak boleh jawab memang tolol.” Roza
meniru jawapan saya. Jawapan saya pula salah.
“Awak dua kali tolol.” jawab Roza. “Bukan, Si Tongong tiru Si Tolol,” kata
saya.
Jangan silap faham. Ustaz bercakap dalam suasana yang kelakar. Malah, dia
merujuk kepada mereka yang sudah 16 kali mengikuti sesi ceramah di masjid
masing-masing. Katanya lagi, “Mereka yang tidak dapat menjawab adalah
mereka yang ponteng kursus.”
Kami tidak termasuk dalam golongan yang ponteng kerana tidak
berpeluang mengikuti sebarang kursus mingguan. Pertama kerana menunggu
surat jemputan. Kedua kerana sentiasa mendapat ‘kursus’ peribadi daripada
emak dan abah serta ustaz-ustaz UiTM yang sememangnya memberi ceramah
untuk Tabung Haji.
Bagaimanapun, pengalaman ringkas berkumpul sesama bakal jemaah haji
sudah cukup memberi beberapa gambaran awal. Kita dapat memerhatikan
berkenaan disiplin, perwatakan, dan pelbagai perkara yang tidak masuk akal
untuk orang yang sudah berumur. Misalnya berebut-rebut semasa makan.
Namun, kami seronok belajar memakai pakaian ihram, belajar melontar dan
sai, dan mendengar beberapa fakta penting berkenaan prosedur dan tatacara
pengurusan Tabung Haji semasa di Malaysia, Makkah, dan Madinah. Malah,
gambaran yang diceritakan terutamanya membabitkan tingkah laku jemaah
Malaysia menjadi satu ingatan yang terpahat di hati.
Melalui buku, saya mengetahui satu pantang larang semasa berihram adalah
tidak boleh membunuh binatang buruan di Tanah Haram. Hati kecil saya
berkata, “Siapa pula yang hendak memburu binatang semasa menunaikan haji.
Dekat sini pun tidak pernah, tidak minat, apatah lagi di Makkah.”
Tiba-tiba Ustaz menjawab persoalan itu dengan pesanan berulang kali, “Di
Makkah, jaga betul-betul pantang larang semasa berihram. Jangan disergah
burung merpati yang cukup banyak di sekitar hotel. Ataupun ditangkap
belalang yang bersepah semasa pertukaran cuaca. Kedua-duanya dianggap
binatang buruan.”
Ya Allah, mujurnya saya mendengar ceramah. Benar kata alim ulama,
berguru semata-mata dengan buku boleh menyesatkan. Saya lebih tertarik
menjadi bayi yang suci dan bersih. Pada ketika itu, tidak sabar rasanya hendak
berwuquf di Arafah.

Cik Bedah, Kamu di Mana?

“Tidak kuasa untuk campur tangan kerana percaya yang pengurusan Tabung Haji adalah yang
terbaik di dunia.”

S
ebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci, kami berpakaian ihram dan
berkumpul bersama 3000 bakal jemaah haji Negeri Selangor di Masjid
Negeri. Ia pengalaman pertama kali dalam pakaian ihram yang lengkap.
Pertama kali memakai, pertama kali solat, dan pertama kali ke hulu ke hilir
dengan pakaian itu. Sekejap sahaja, kami sudah membiasakan diri dan mula
jatuh cinta dengan keselesaannya. Pakaiannya ringkas, menarik, dan tidak sukar
sebagaimana yang dibayangkan sebelumnya. Manusia kelihatan semuanya
sama. Kesemuanya bergerak, ke hulu dan ke hilir dalam kesibukan. Sibuk
mendaftar, sibuk mencari tempat bagi mendengar taklimat dan mencari
pasangan masing-masing.
3000 orang adalah jumlah yang kecil berbanding dengan lima juta jemaah
haji yang akan berkumpul di Makkah. Namun, ia memberi sedikit bayangan
yang bakal kami tempuhi. Gerai-gerai jualan berdiri di tepi masjid. Di Makkah
nanti, jemaah haji berhadapan dengan urusan jual beli yang lebih hebat. Saya
mengagak.
Tidak sampai sejam berkumpul, sudah ada suami yang kehilangan isteri.
Kami tersenyum simpul apabila pengacara membuat pengumuman, “Cik
Bedah sila angkat tangan, suami sedang mencari anda. Sila tampil ke hadapan.”
Pada pengumuman yang lain, “Puan Asmina Maskom, suami Puan sedang
menyandar di tiang sebelah kanan, dia sedang menunggu puan.”
Hati saya bertanya, “Di sana nanti, bagaimana mahu membuat
pengumuman sekiranya kehilangan isteri? Mengapa tidak berbincang sebelum
berpisah. Kaji dahulu keadaan persekitaran. Di mana patut menunggu. Di
mana patut berjumpa. Berapa ramai pula yang kehilangan ataupun bertukar
selipar, beg, dan kain solat.”
Mereka yang hampir dengan saya tidak berhenti-henti bercakap. Dia
mengundang saya untuk bercakap dan bercerita. Saya tidak berminat. Saya
mahu melatih diri supaya lebih banyak menutup mulut daripada mengeluarkan
perkataan yang sia-sia. Saya hanya tersenyum, mengangguk-angguk kepala, dan
mengalih anak mata kepada pentas di hadapan. Sukarnya hendak mengawal
perasaan untuk tidak bersembang. Ada juga yang tidak habis-habis membebel
pengurusan Tabung Haji yang dikatakan tidak terurus. Tidak sistematik. Dia
meminta sokongan. Tidak kuasa untuk campur tangan kerana percaya yang
pengurusan Tabung Haji adalah yang terbaik di dunia.
Ketika duduk selesa, saya dihimpit oleh seorang wanita yang mahu duduk
berdekatan dengan ibunya. Saya yang sedang bertenang membaca risalah mula
terganggu. Alahai, rupa-rupanya di Malaysia sudah ada yang berperangai.
Belajar menyatakan dengan tutur kata. Bukannya dengan cara tolak menolak.
Adab dan tertib semasa menemui Allah s.w.t. sepatutnya lebih cemerlang
berbanding hari-hari biasa. Ia perlukan latihan. Ia perlukan keinginan. Saya
berseorangan. Terbayang apa yang akan dihadapi di Makkah. Biarlah begitu.
Semoga saya, Roza, Kak Mie, dan Azlina menumpukan sepenuh tenaga, rohani,
dan jasmani bagi mengerjakan ibadat haji.
Di Masjid Negeri, hati sentiasa berdoa, “Ya Allah, terimalah kami sebagai
tetamu-Mu, tetamu yang istimewa, tetamu yang mendapat perlindungan dan
kerahmatan-Mu. Ya Allah, hilangkan perasaan sombong, riyak, dan angkuh.
Aku mahu jadi manusia yang istimewa di sisi-Mu.”
Cik Bedah hilang di Masjid Negeri. Saya tidak mahu hilang roh dan
semangat bagi menjadi jemaah haji yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Semoga
Allah s.w.t. menerima permohonan hamba-Nya.

Ujian Wak Lampu

“Kesabaran adalah kunci utama apabila berhadapan dengan suasana baru yang bersesak-sesak.”

S
atu sikap yang sentiasa ditonjolkan oleh mereka yang berpengalaman di
Makkah adalah keperluan bersabar. Setiap saat perlukan kesabaran. Ia isu
yang kritikal.
Maka, kepada Allah s.w.t. tempat berdoa hampir setiap malam memohon
supaya diberi hati yang sabar. Hairannya, secara tiba-tiba darjah kesabaran
menurun secara mendadak. Ibarat pasaran saham merudum jatuh dilanda krisis
kewangan pada 1997.
Misalnya, ketika membeli-belah di Jaya Jusco, saya tergamak meninggalkan
kaunter pembayaran semata-mata kerana juruwang melayani barang yang
dibawa oleh suami kepada wanita di hadapan yang sudah selesai
pembayarannya. Selangkah beredar, terus tersedar dengan tindakan bodoh
sombong yang menggambarkan tahap kesabaran yang rendah. Hati terus
beristighfar dan mohon keampunan kepadanya.
Dalam kes lain, sebelum ke Makkah kami bercita-cita mahu melakukan
pengubahsuaian rumah yang baru dibeli. Kami berniat supaya emak, abah, dan
anak-anak selesa sepeninggalan kami nanti. Jadi, itu yang dilakukan.
Pada suatu hari, kontraktor utama menghantar seorang pekerja bagi
menjalankan kerja-kerja pendawaian semula elektrik. Tidak tahu namanya.
Telahan mengatakan yang dia berumur dalam lingkungan pertengahan 50-an.
Sesekali memanggilnya dengan panggilan Wak. Ada masanya dia
membahasakan dirinya sebagai Pak Cik. Di telefon bimbit, saya daftar
nombornya sebagai ‘Wak Lampu’.
Pada hari kejadian, dia sudah tiga hari bekerja di rumah baru. Tugas utama
Wak Lampu adalah memasang lampu, pemanas air bilik mandi, dan memeriksa
keseluruhan sistem pendawaian elektrik. Hari pertama dia muncul selepas
mendapat arahan kerja kontraktor utama. Dia berjanji untuk bekerja di sebelah
pagi esoknya. Namun, dia hanya sampai pada pukul 3.00 petang.
Hari seterusnya, dia berjanji akan sampai pukul 11.00 pagi. Apabila pukul
1.00 tengah hari dia tidak muncul, saya membuat panggilan dan bertanya:
“Wak datang ke tidak?” Dia berjanji lagi, “Pukul 2.00 petang,” katanya dengan
penuh keyakinan.
Pukul 2.30 petang saya mula mengamuk, “Saya tidak boleh bekerja dengan
orang semacam ini. Habis masa saya terbuang. Apakah Wak kir saya tidak
mempunyai kerja lain? Sekiranya Wak hendak tahu, apabila saya janji dengan
orang pukul 2.00, pukul 1.45 saya sudah bersedia.”
Mana tidak meradang, apatah lagi apabila dikaitkan dengan janji dan
ketepatan masa. Sebagai seorang pensyarah, para pelajar selalu diingatkan,
“Mereka yang berjaya adalah mereka yang berdisiplin. Ketepatan masa adalah
faktor utama. Apabila kamu berjanji, tunaikan janji itu dengan sedaya upaya.
Sekiranya terdapat halangan, maklumkan seberapa segera supaya orang tidak
ternanti-nanti.”
Lewat petang, kami berkunjung semula ke rumah dan berjumpa dengan
Wak. Dia meminta maaf, lengkap dengan penjelasannya. Saya nyatakan kepada
beliau, “Saya yang sepatutnya meminta maaf. Setiap malam saya berdoa kepada
Allah supaya saya diberi kesabaran semasa berada di Tanah Suci. Tuhan
menguji saya. Dia mengajar saya erti kesabaran.”
Kami bersalaman. Ironinya, Wak Lampu mengajar saya bagi membaca dan
mengamalkan ayat-ayat menahan sabar. Lalu saya nyatakan kepada Roza,
“Setiap hari saya berdoa supaya bersabar. Saya semakin hilang sabar. Saya bukan
seperti ini. Alih-alih saya marahkan Wak Lampu. Dia minta maaf dengan saya
dan bagi pula saya ayat untuk saya menahan sabar. Allah menguji, mengajar,
dan memberitahu saya supaya memahami, di Makkah cabarannya lebih besar.
Janganlah saya lebih teruk di sana.”
Pengajaran berlaku sebelum berada di Tanah Suci. Kesabaran adalah kunci
utama apabila berhadapan dengan suasana baru yang bersesak-sesak. Jutaan
manusia dengan sejuta perangai dengan budaya yang jauh berbeza. Kami selalu
ter kir, ketika berhadapan dengan dugaan, selalu kembali kepada tujuan asal
mengapa kita berada di Tanah Suci.
“Ya Allah, kami datang ke sini semata-mata kerana-Mu. Jangan Engkau palingkan niat dan
tujuan kami. Jangan Engkau uji kami dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan niat
dan tujuan kami. Ampunilah kami ya Allah.”

Wak Lampu ditugaskan membaiki lampu di rumah baru kami. Dia datang
dengan mencampak cabaran kepada saya supaya ber kir mengenai erti
kesabaran. Maha hebat Allah yang mahu mengajar umat-Nya yang mahu
ber kir, belajar, dan menginsa diri.
Astagh rullah. Astagh rullah. Astagh rullah. Kami mohon keampunan-Mu
ya Allah.

Mencari Keistimewaan

“Dua hari sebelum bertolak, saya dimaklumkan pada tahun ini dikatakan haji akbar kerana wuquf
jatuh pada hari Jumaat.”

M
ulut selalu bergurau dengan rakan-rakan rapat, “Allah akan
menjadikan kami sebagai tetamu-Nya yang istimewa.” “Mengapa?”
tanya seorang daripada mereka. “Hampir setiap hari saya berdoa, Ya
Allah, terimalah kami sebagai tetamu-Mu.” Selepas memberi jawapan, selalunya
saya berdiam diri sejenak menunggu reaksi balas mereka.
Seorang kawan saya bertanya, “Kamil, setiap orang yang akan ke Makkah,
berdoa perkara yang sama. Ertinya semua orang adalah istimewa?”
Saya ketawa dan menjawab, “Tidak. Tidak sama. Pasti tidak sama.
Sekiranya ada pun, bilangannya tidak ramai. Doa yang dilafazkan bukan
terhenti setakat itu sahaja. Masih panjang.” Lalu, doa yang panjang itu
dilafazkan kepada mereka. Ini adalah sebahagian lagi daripada doa yang
diucapkan hampir setiap pagi, selama enam bulan.
“Ya Allah, kami akan menunaikan fardhu haji pada penghujung tahun ini. Ya Allah,
terimalah kami sebagai tetamu-Mu, tetamu yang paling istimewa, tetamu yang paling,
paling, paling istimewa. Ya Allah, aku pergi kerana-Mu. Ampunilah diriku.”

Pastinya tidak kir ramai orang menyebut secara spesi k supaya jadi tetamu
istimewa. Beberapa orang yang ditanya, iaitu mereka yang sudah menunaikan
fardhu haji, tidak seorang pun membuat permohonan yang sama. Kami berdoa,
merayu, dan meminta dengan sepenuh hati dan perasaan. Ada masanya ia
begitu sayu, pilu, dan bersungguh-sungguh sehingga mengalirkan air mata.
Hati tahu dan yakin, Dia Maha Berkuasa melaksanakan apa yang dipohon.
Bukankah Dia Tuhan yang menciptakan kita semua. Dia Maha Perkasa, Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Malah, ada masanya saya mengadu seolah-olah
mengada-ada kepada-Nya.
“Ya Allah, Aku pergi ke rumah-Mu melalui Muassasah. Ya Allah, jangan Engkau bezakan
kami. Aku mahu menjadi tetamu-Mu yang istimewa.”

Mengapa begitu? Mengadu kepada Allah s.w.t. berkenaan Muassasah? Saya


adalah seorang profesor. Orang melihat profesor bergaji mahal dan kawan-
kawan semuanya adalah daripada golongan yang pastinya tidak memilih
Muassasah. Mereka berkata, “Muassasah buat haji secara susah-susah”.
Sekiranya ditanya mengapa Muassasah? Tiada jawapan yang konkrit walaupun
baru menerima tunggakan gaji profesor berjumlah hampir 14 bulan.
Gerak hati langsung tidak ke situ. Cuma, ada masanya kami berkira-kira
melakukan sesuatu dengan perbezaan kos antara pergi menggunakan Muassasah
dengan pakej termurah. Misalnya berbelanja di restoran yang terbaik. Apatah
lagi kami tidak mahu menyusahkan Kak Mie dan Azlina yang berada di bawah
naungan saya. Mereka perlu membuat tambahan hampir RM5000 seorang.
Setiap kali berjumpa dengan kakitangan UiTM ataupun teman-teman rapat
yang tahu kami akan menunaikan fardhu haji, soalan pertama yang muncul
adalah, “Kamil, awak pergi dengan pakej mana? Berapa bayarannya?” Jawapan
spontan, “Pakej Tabung Haji. Tidak mahal, lebih kurang RM10000 tetapi ada
diskaun lagi RM1000.” Mereka tercengang dengan kos yang murah dan cepat-
cepat saya ketawa, lalu memberitahu yang kami menggunakan pakej
Muassasah. Diam.
Ia adalah soalan rutin yang kelihatan begitu penting. Asalnya kami tidak
ambil pusing. Malah, menjadikannya sebagai satu jenaka. Lama-kelamaan
kerana kerap ditanya, ia menimbulkan perasaan waswas, gelisah, dan rimas.
Teruk sangat ke Muassasah. Apakah hotel yang disediakan oleh Tabung Haji
terlalu jauh? Apakah makanan yang dimasak oleh tukang masak Tabung Haji
tidak sedap?
Pertanyaan yang bersimpang-siur antara ketakutan pengalaman pertama
yang ditempuh dengan keperluan bagi meminimumkan halangan-halangan
yang dapat dielakkan. Hinggakan pada suatu ketika, kami kelihatan benar-
benar mahu mempertimbangkan bagi menggunakan pakej.
Kami sering berbincang berkaitan isu ini. Selalunya ia berakhir dengan
keyakinan, pengalaman pertama tidak memungkinkan kami membuat
perbandingan. Tentu sekali ia sentiasa menarik dan berpadanan. Kami selalu
membandingkan apa yang dialami oleh emak dan abah yang sudah beberapa
kali menunaikan fardhu haji menggunakan kemudahan Muassasah. Mereka
sentiasa gembira dan tidak pernah mengungkapkan sebarang masalah yang
mencacatkan kerja-kerja haji mereka. Barangkali selepas bertafakur,
memikirkan tanggungjawab kepada adik dan kakak, dan menginsa tujuan
sebenar kami ke sana, maka perasaan itu hilang. Ia hilang bersama doa kepada
Allah s.w.t. yang mahu kami diterima sebagai tetamu istimewa walaupun pergi
menggunakan Muassasah.
*Dalam ketakutan, kami benar-benar serius mencari keistimewaan. Kami
tidak mahu glamor, tetapi lebih kepada permintaan supaya Allah s.w.t.
memudahkan perjalanan, menggembirakan hati dan perasaan, benar-benar
melakukan ibadat, tidak terpesong daripada niat sebenar, mendapat petunjuk,
rahmat, keampunan, kesihatan yang baik, dan diiringi dengan sifat-sifat yang
membolehkan seseorang itu dianggap berjaya mendapat haji mabrur. Bahasa
mudah, kami mahu berasa istimewa di sisi Allah s.w.t.
Saya sendiri tidak tahu apakah yang didoakan oleh Roza, Kak Mie, dan
Azlina. Saya percaya mereka mempunyai cara dan gaya tersendiri ketika
menghadap Allah s.w.t. Pada saya, Roza dan saya sentiasa saling mengejut
untuk bangun solat tahajud, hajat, taubat, dan berdoa pada ketika manusia lain
sedang diulit mimpi. Kami bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.
Kami lakukan secara berterusan selama 6 bulan sebelum berlepas. Tanpa
penat. Tanpa henti. Sekiranya saya solat di bilik tidur, Roza solat di luar. Begitu
sebaliknya. Buku-buku panduan haji sentiasa menjadi teman. Penjelasan yang
dinyatakan oleh emak dan abah membantu dan memudahkan pemahaman
kami.
Allah s.w.t. menceriakan kami. Dua hari sebelum bertolak, saya
dimaklumkan, tahun ini dikatakan haji akbar kerana wuquf jatuh pada hari
Jumaat. Seorang Ustaz memberitahu saya, “Mana ada istilah haji akbar. Orang
kita sahaja yang membuat istilah itu.” Entah. Saya sendiri pun tidak kisah. Kata
orang, sekiranya ibadat haji semasa haji akbar diterima Allah s.w.t., pahalanya
70 kali ganda haji biasa. Akbar ataupun tidak, saya rasa istimewa. Tolak ke tepi
istilah haji akbar, wuquf ditetapkan pada hari Jumaat.
Saya meninggalkan rumah pada petang Jumaat dan apabila meninggalkan
Madinah, juga pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Ia
mungkin terjadi secara kebetulan, tetapi Allah s.w.t. selalu mengingatkan,
peristiwa-peristiwa ini terjadi dalam ketentuan-Nya. Dia yang menentukan
segala-galanya termasuk pemilihan hari untuk kami bertolak, melakukan ibadat
wuquf, dan pulang semula ke Malaysia. Astagh rullah
Kami terasa istimewa.

Jangan Hantar ke Kelana Jaya

“Bawa bertenang, bersabar, tidak perlu berebut-rebut, tidak usah memotong barisan, dan bersusah
hati takut ditinggalkan.”

K
ami terasa bangga dan terharu mendengar azan yang dilaungkan oleh
anak lelaki kami Azrai, ketika mula beredar meninggalkan Kondo
Kemuncak ke Kelana Jaya. Doa pula dibaca oleh abah. Terasa sayu,
sebak, dan sedih meninggalkan anak-anak. Bagaimanapun, kami langsung tidak
berasa risau meninggalkan mereka di rumah sendiri. Rasa cukup istimewa
kerana emak dan abah sanggup meninggalkan rumah mereka di Johor semata-
mata bagi menjaga cucu. Kami terasa selamat, dipermudah, aman, dan selesa.
Di Bangunan Tabung Haji Kelana Jaya juga tidak bermasalah. Semuanya
berjalan lancar. Permintaan saya supaya tidak ada sesiapa pun, terutamanya
sanak saudara menghantar kami ke Kelana Jaya. Pada kami, cukup bermaaf-
maafan dan berpelukan di rumah. Sahabat, Mustafa Yen yang menghantar kami
juga hanya berhenti menurunkan barang, bersalam, dan pulang. Itu adalah
permintaan yang dinyatakan kepadanya. Dia faham dan tidak berkecil hati.
Apatah lagi segala-gala diperjelaskan semasa dalam perjalanan, terutamanya,
falsafah di sebalik tindakan saya. Mungkin dia juga gembira kerana dapat
mengelak daripada kesesakan persekitaran.
Hakikat sebenar, kami tidak perlu risau dengan anak kecil berlari-larian,
tidak perlu berpura-pura bercakap, bertanya khabar, dan melayani sebarang
pertanyaan. Kami mahu fokus dengan apa yang ingin dilakukan. Kami
berempat berkumpul bersama, bergilir solat maghrib, dan berehat
menenangkan kiran sebelum dijemput masuk. Sebenarnya, kami tidak
perlukan sebarang bantuan untuk beratur dan membawa barang ke dalam
barisan. Saya hanya membawa sebuah beg kecil dan kesemua beg yang lain
tidak besar, ringan, dan mempunyai roda. Ia di bawah kawalan kami berempat.
Kawalan yang selesa, aman, dan tenteram.
Namun, bukankah kami sentiasa berdoa yang mahu menjadi tetamu
istimewa walaupun dengan hanya menggunakan Muassasah? Dia mendengar
dan Dia memudahkan. Di sebalik keinginan saya untuk bersendirian, seorang
saudara, Abang Yazam dan pelajar seorang Ph.D., iaitu Ridwan muncul ketika
kami ingin beredar masuk. Mereka berdua yang membantu mengangkat dan
menolak beg-beg itu. Ia tidak perlu, tetapi lebih memudahkan.
Di sini, kian terasa yang seolah-olah kami sudah menjadi tetamu-Nya. Mula
berpakaian ihram, dipanggil ‘haji’ dalam setiap urusan. Malah, 10 buah bas
yang membawa kami ke KLIA diiringi oleh pasukan polis. Mata liar memerhati
keadaan. Dalam setiap pergerakan, ketika hendak memasuki bangunan, check-
in, dan menaiki bas, terdapat mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda
suka berebut, tidak sabar, dan mementingkan diri sendiri.
Sekiranya kita seorang jemaah haji, saya ingin berpesan, “Bawa bertenang,
bersabar, tidak perlu berebut-rebut, jangan memotong barisan, dan takut
ditinggalkan. Kesemua bas yang membawa satu-satu kumpulan jemaah haji
bergerak serentak, dalam satu barisan, dan tiada seorang pun yang ditinggalkan.
Malah, kedudukan di dalam kapal terbang juga ditetapkan mengikut sektor
masing-masing.”
Bukankah kita adalah golongan istimewa di sisinya? Jangan rosakkan
keistimewaan itu dengan mempamerkan sikap yang menjadi kebenciannya.
Kami sudah menjelajah ke beberapa penjuru dunia. Pengalaman di London,
Rom, Istanbul, Jakarta, Bangkok, Amsterdam, Hawaii, dan pelbagai tempat
lain membantu saya bersabar dan bertenang. Perjalanan menunaikan fardhu
haji ataupun mana-mana perjalanan sekalipun, terdedah kepada pelbagai
rintangan dan halangan. Di mana-mana sahaja kita mungkin menghadapi
kerenah yang berbeza-beza mengikut tempat dan keadaan. Terutamanya,
membabitkan urusan check-in, transit, menunggu, imigresen, dan penghantaran
ke destinasi terakhir.
Bezanya, menunaikan fardhu haji adalah perjalanan secara spesi k, iaitu
perjalanan mencari keredhaan-Nya. Apatah lagi, kami selalu dipesan supaya
sentiasa mengingati-Nya dan menyebut subhanallah dan astagh rullah. Secara
keseluruhan, perjalanan dari Kelana Jaya - KLIA - Jeddah - Makkah diurus
dengan cemerlang oleh pihak Tabung Haji, Penerbangan Saudi, dan pihak
Muassasah.

Hotel Ekhwah

“Ternyata, sukar menggambarkan perasaan suspens, ingin lihat, dan


ketakutan untuk setiap saat yang datang dan berlalu.”

P
erjalanan hampir dua jam, Jeddah ke Makkah tidak menarik minat
kami. Keletihan. Lebih banyak melelapkan mata daripada
memerhatikan keadaan persekitaran. Sesekali terjaga, terus berdoa rabbi
yassir, wala tuassir yang bermaksud, “Permudahkan kami, jangan susahkan
kami, ya Allah.” Ia diselang-seli dengan bertalbiah. Buku doa sentiasa ada pada
tangan. Kami masih mengikut skrip yang diturunkan zaman berzaman.
Hati mula berdebar apabila melihat papan tanda Sempadan Tanah Haram.
Mata mengintai-intai mencari Masjidil Haram. Masih jauh lagi. Ia baru tiba di
pinggir bandar. Ada doa yang perlu dibaca. Mulut membacanya perlahan-lahan
sekadar didengari oleh Roza, Kak Mie, dan Azlina. Saya imam dan mereka
mengaminkan doa-doa itu. Hati makin berdebar. Ternyata sukar
menggambarkan perasaan suspens, ingin lihat, dan ketakutan untuk setiap saat
yang datang dan berlalu. Seluruh jasad dan perasaan menjadi segar.
Akhirnya, kami melalui Masjidil Haram. Kami melihat kawasan lapang
masjid dipenuhi orang. Kami dapat menyaksikan menara masjid. Kami
terpandang bangunan-bangunan yang mengelilingi kawasan Masjidil Haram.
Kepala masing-masing kelihatan mendongak-dongak melihat ke kiri jalan.
Hanya pada saat ini kami terasa bas bergerak pantas. Seolah-olah mencemburui
mata yang masih ingin melihat kawasan masjid.
Akhirnya, kami tiba di tengah-tengah kota Makkah sekitar pukul 11.25
pagi waktu tempatan. Lima jam lebih lewat dari waktu di Malaysia. Kami
menginap di Hotel Ekhwah. Menghitung perjalanan, ia mengambil masa lebih
20 jam. Bermula daripada azan yang dialunkan oleh Azrai sehingga kami tiba di
bilik hotel. Satu perjalanan yang panjang.
Kami tersenyum lebar. Bilik hotel hanya berada di tingkat tiga. Tidak perlu
menggunakan lif dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Bagaimanapun, kami
sebenarnya tidak pernah bermasalah dengan lif hotel kerana hampir setiap hari,
kami adalah kumpulan pertama yang bangun memulakan hari. Selepas subuh,
menjadi rutin kami untuk cepat-cepat naik ke bilik menggunakan tangga.
Bersarapan dan berehat. Roza, Kak Mie, dan Azlina ditempatkan dalam bilik
yang sama. Ia bersebelahan dengan bilik saya. Betul-betul di hadapan lif.
Jarak hotel dengan Masjidil Haram tidak sampai 400 meter. Lebih kurang
60 meter hingga 80 meter dari hotel kami terdiri megah Sheraton Makkah yang
menempatkan sebahagian daripada jemaah yang menggunakan pakej. Malah,
laluan kami adalah laluan landai, tidak bertanah tinggi, dan melalui pintu
Babus Salam. Laluan masuk kami terus menghadap Multazam, Pintu Kaabah,
dan Maqam Nabi Ibrahim. Ia juga perlu melalui laluan saie, iaitu antara Bukit
Safa dan Marwah.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Kami betul-betul rasa lega, aman,
dan istimewa.
Petugas Tabung Haji menasihati kami supaya solat dan berehat di bilik
hotel. Mereka membawa jemaah haji ke Masjidil Haram pada pukul lapan
malam. Pada waktu itu, dikatakan suasana di sana lebih selesa dan kurang sesak.
Ini kerana, sebahagian besar daripada jemaah haji sudah pulang ke hotel apabila
mereka selesai menunaikan solat Isyak. Saya kir itu satu langkah yang logik,
murni, dan bersesuaian untuk rombongan haji yang mempunyai pelbagai latar
belakang, pengalaman, ilmu, dan keberanian. Malah, saya kir, sesi pengenalan
seharusnya begitu. Biar ia lebih tenang bagi memudahkan jemaah yang pertama
kali tiba di sini.
Saya tidak membantah, cuma memberikan cadangan kepada Roza, Kak
Mie, dan Azlina. Saya kir, kami sudah melintasi kawasan Masjidil Haram dan
saya sudah mengkaji peta kedudukan hotel. Apa yang penting, Allah s.w.t.
menggerakkan hati dan kiran supaya mengambil langkah berbeza. Saya
mendapatkan Roza, Kak Mie, dan Azlina lalu berkata, “Sampai dalam bilik,
kita ambil air wuduk dan bersiap. Keluar dan berkumpul depan lif, saya rasa
kita patut terus ke Masjidil Haram.”
Tiada bantahan. Mereka semua bersetuju.
Hotel Ekhwah Universiti Baitullah

“Keajaiban yang kami tempuh bukan terjadi secara kebetulan. Kami berdoa, Allah s.w.t. mendengar
dan Dia berkuasa menunaikan apa
yang kami mohon.”

H
ari pertama, 11.45 pagi, kami berempat sudah berada di hadapan lif.
Roza mengingatkan saya supaya berdoa, “Ya Allah, ampuni kami,
berikan kerahmatan-Mu.

Ya Allah, kami ingin mengunjungi rumah-Mu. Ya Allah, kami datang ke sini semata-mata
kerana-Mu. Semata-mata untuk beribadat kepada-Mu, mudahkan kami. Ya Allah, berikan
ruang dan tempat yang mustajab untuk kami melakukan ibadat kepada-Mu.”
Roza memegang tangan saya dan Azlina memegang tangan kakaknya. Kami
memasuki lif tanpa berkata-kata. Lalu, perjalanan hampir 350 meter diiringi
dengan bacaan zikir, tasbih, Al-Fatihah, Al-Ikhlas, dan ayat Kursi. Ia berselang-
seli dengan doa rabbi yassir wala tu'assir. Permudahkan kami ya Allah.
Permudahkan kami ya Allah. Kami fokus dan berjalan pantas mengejar masa.
Tidak pernah terlintas di hati, yang pada waktu itu adalah cukup hampir
dengan waktu solat zuhur, iaitu pukul 12.35 tengah hari, haji akbar, dan tinggal
tujuh hari sahaja untuk wuquf di Arafah. Ini adalah waktu kemuncak, iaitu
hampir lima juta hingga tujuh juta manusia mula membanjiri kota Makkah
bagi menunaikan fardhu haji.
Namun, kami tidak ber kir panjang. Kelihatan masih ramai jemaah yang
sedang bergerak menuju ke masjid. Jadi, kami hanya mengikut arus laluan
pergerakan manusia selepas memastikan arah kedudukan sebenar masjid.
Ketika sampai di pagar luar Masjidil Haram, mata melihat manusia
melimpah ruah sehingga ke luar masjid. Bibir menghadiahkan Al-Fatihah
untuk Nabi Ibrahim.” Selesai membaca Al-Fatihah, kami terus mengangkat
tangan dan berdoa.
“Ya Allah, kami sudah berada di perkarangan Masjidil Haram. Bantulah kami. Berikan ruang
dan tempat yang mustajab untuk kami. Kami datang semata-mata kerana-Mu.”

Di kawasan lapang masjid, jemaah membina saf solat. Mengikut logik akal,
tentu sekali saf di dalam masjid sudah penuh. Malah, mungkin berhimpit-
himpit. Langsung kami tidak ter kir. Allah s.w.t. menutup perasaan itu. Dalam
minda saya, hanya terbayang cerita-cerita emak. Emak pernah berkata kepada
saya:
“Emak, sekiranya solat seboleh-bolehnya mesti mahu melihat Kaabah dan menghadap
Multazam. Emak datang awal bagi mencari tempat yang sesuai. Sedih rasanya apabila
orang tumpang solat sunat, dan merampas tempat kita. Terpaksa kita berkesot sehingga
kita pula yang jauh dari Kaabah dan tidak dapat menghadap Multazam.”

Kaki kami terus berjalan sehingga ke pintu utama. Menyelit-nyelit di tengah-


tengah ramainya manusia. “Assalamulaikum ya Nabi Ibrahim,” saya memberi
salam dan seterusnya kami menghadiahkan surah Al-Fatihah pula. Pesan abah
yang tidak pernah kami lupa. Abah juga pernah menceritakan kepada saya,
baginda Nabi Ibrahim yang membina Kaabah atas perintah Allah s.w.t.
Saya dan Roza mengintai-intai mencari ruang untuk masuk ke dalam
masjid. Kami mencari-cari pintu Babus Salam. Ditutup. Hanya jejambat Babus
Salam yang dibuka. “Sayang, ini buku doa. Kita baca doa apabila melalui pintu
Babus Salam,” kata Roza.
Kami masih boleh melalui jejambat Babus Salam, tetapi tidak dapat turun
kerana manusia sudah memenuhi setiap ruang Masjidil Haram. Ia kawasan
yang asing. Cukup asing. Jemaah haji berbeza-beza keturunan, rupa paras, dan
pakaian. Kedudukan mereka dalam saf kelihatan cukup rapat. Pandangan
pertama saya menyaksikan seolah-olah ia terlampau padat sehingga tidak
mungkin bergerak di antara mereka.
Kami terhenti di atas jejambat. Saya meninjau-ninjau Kaabah. Di manakah
Kaabah? Mana Kaabah? Hati saya bertanya-tanya. Mata saya masih mencari.
Bersungguh-sungguh mencari bayangnya dicelah-celah jutaan manusia. Gagal.
Tiada. Tiada Kaabah. Kaabah tidak muncul daripada atas jejambat Babus
Salam. Kaabah tidak dapat dilihat melalui celah-celah tiang masjid dan
kepadatan manusia. Ia masih jauh ke dalam. Kemudian, baru saya tahu yang
Kaabah berada di sekitar 100 meter ke 200 meter ke dalam masjid. Tidak pula
dapat saya agak secara tepat.
Saya gelisah. Di mana kami boleh solat? Masa terus bergerak. Terasa pantas.
Perlukah kami keluar dan solat di dataran, di bahagian luar kawasan masjid?
Kami merujuk kawasan masjid adalah kawasan di dalam bangunan. Istilah
kawasan masjid sebenarnya mungkin berbeza dengan istilah yang saya
nyatakan. Apa-apa pun, saya kir ketika kita ingin mencari yang terbaik, maka
lebih hampir dengan imam. Maka, ia adalah keadaan yang lebih baik. Saya dan
rombongan bercita-cita dan ber kir begitu.
Tiba-tiba saya terpandang anak tangga di sebelah kanan tempat kami berdiri
yang bersambung dengan jejambat itu. “Ada tangga, mari kita naik ke atas, kita
tengok apa yang ada di sana.” Kata saya kepada Roza. Kak Mie, dan Azlina
tidak membantah. Mereka sentiasa mengikut setiap keputusan yang saya dan
Roza bincangkan.
Kami mula mendaki tingkat satu. Jemaah haji sudah sampai ke anak tangga.
Mereka bersesak-sesak. Tiada laluan untuk ke dalam. Kami naik lagi. Tingkat
dua. Juga serupa. “Ya Allah, di mana kami mahu berlabuh? Mana Kaabah?”
Kami naik lagi. Hanya Allah s.w.t. yang tahu betapa berdebarnya saya, “Ya
Allah, mudahkan kami, mudahkan kami, berilah ruang untuk kami.
Subhanallah.” Akhirnya kami muncul di bumbung Masjidil Haram. Ia
kelihatan masih mempunyai ruang. Kami dapat melihat masih terdapat jemaah
yang sedang melakukan tawaf di sini. Pusingannya jauh lebih luas berbanding
dengan mereka yang tawaf di bahagian bawah.
Kami berjalan menuju ke tengah-tengah ruang sehingga ke kawasan lapang
yang menampakkan pemandangan terus ke tingkat bawah. Sayup-sayup saya
dapat melihat mereka yang berjalan perlahan-lahan mengelilingi Kaabah.
Ramainya orang. “Itu Kaabah! Ya, itu Kaabah. Bagi buku doa.” Saya
mendapatkan buku doa dan membaca doa apabila melihat Kaabah untuk kali
pertama. Air mata membasahi pipi, tanpa dipaksa-paksa. Di hadapan saya
tersergam Kaabah yang menjadi kiblat kami selama ini.
Saya sempat menoleh, Roza menangis. Azlina banyak mengalirkan air mata.
Kak Mie kelihatan kosong pandangannya. Dia melihat Kaabah dengan
pandangan yang satu. Tangisan hatinya mungkin hebat. Saya bertafakur
sejenak. Memerhatikan keadaan. Menikmati pemandangan Masjidil Haram
secara pandangan helikopter.
Lalu, saya bersuara kepada Roza, Azlina, dan Kak Mie, “Allah hantar kita ke
sini. Dia hendak kita tengok Masjidil Haram secara keseluruhan. Supaya kita
nampak segala-galanya. Tengok di bawah, di sebelah Hijir Ismail, antara tangga
dataran dengan Kaabah. Mengapa masih ada tempat kosong? Itu tempat kita,
saya rasa itu tempat untuk kita.”
Saya terpandang marble putih dataran sesempit kawasan yang boleh
memuatkan 10 orang. Kami bersetuju untuk turun semula. Kami beredar,
menuju ke tingkat dua, tingkat satu, dan seterusnya kami sampai ke bawah.
Ternyata, laluan turun lebih sukar berbanding semasa kami naik. Dalam masa
lima minit, ruang masjid berubah pantas. Malah, laluan tangga juga menjadi
lebih sempit.
Ya Allah, manusia memenuhi setiap ruang dewan solat. Kami tahu di
hadapan masih ada ruang. Kami tahu kami tidak akan kesusahan di hadapan
sana. Kami tahu yang Allah s.w.t. menyimpan ruang mustajab untuk kami
melakukan ibadat. Lalu, Kami meminta izin, “Minta maaf, tumpang lalu,
Assalamualaikum, subhanallah, minta maaf, tumpang lalu, subhanallah,” hanya
itu kata-kata yang keluar dari mulut kami. Tiba-tiba, kami sudah berada di
hadapan Kaabah. Ya Allah, Kaabah hanya 30 meter hingga 40 meter daripada
kami.
Kaabah di hadapan kami. Saya seperti mahu melompat kerana gembira.
Baru sekejap tadi, baru 30 minit yang lalu kami masih di hotel, tidak boleh
masuk ke ruang solat, dan terpinga-pinga mencari jalan. Kini, Kaabah di
hadapan kami.
Kami solat sunat tahiyatul masjid. Saya kelu dan tidak tahu apa yang perlu
dilakukan lagi. Kata Roza, “Kita tunggu solat zuhur.”
Tiba-tiba saya mendapat idea yang lebih luar biasa, “Apa kata kita tawaf?”
“Sempatkah?” tanya Roza.
Ringkaskan cerita, kami semua bersetuju untuk tawaf. Kami berjanji, sekiranya
berpisah, kami akan berjumpa di Bukit Safa. Saya merenung mata Azlina.
“Boleh?” tanya saya lagi. Saya tahu dia risau. Siapa yang tidak risau, kami baru
sahaja sampai dari Malaysia dan kini berada dalam jutaan manusia. Mungkin
akan berpisah. Saya tahu dia dan Kak Mie bergantung harap kepada saya. Janji
saya, saya menjaga mereka dengan sebaik-baiknya. Bukankah begitu ramai yang
sesat di dalam Masjidil Haram?
Saya memberi arahan, “Itu penjuru Hajarulaswad. Apabila berpandukan
buku, Bukit Safa sepatutnya berada di sebelah sana. Sekiranya terpisah, tanya
orang. Tunggu di sana sehingga abang sampai. Tunggu sampai abang datang.”
Azlina mengangguk-anggukkan kepala. Dia risau. Kak Mie hanya
mendiamkan diri. Saya juga risau, tetapi berserah kepada-Nya. Saya juga
percaya dan yakin Azlina dan Kak Mie bukan insan yang tidak berilmu. Mereka
adalah guru, lulusan universiti. Mereka boleh menjaga diri sendiri. Mereka
tidak riak, tidak takbur, dan tidak angkuh. Mereka dalam ketakutan. Mereka
akan dijaga oleh Allah s.w.t.
Roza memegang tangan saya dan kami mula berpusing dengan penuh rasa
nikmat. Orang ramai bersesak-sesak. Keajaiban berlaku kepada kami berdua.
Seorang tua yang bongkoknya 90 darjah, melakukan tawaf di hadapan kami,
berjalan seolah-olah robot, tidak melihat kiri dan kanan. Di sekelilingnya
sentiasa tiada orang. Dia bergerak pantas. Kami mengikut rapat. Serapat
mungkin. Saya rasa seolah-olah hanya kami bertiga melakukan tawaf walaupun
terdapat begitu ramai bayang-bayang manusia.
Saya hanya menyebut “Subhanallah, subhanallah, subhanallah,” pada setiap
pusingan. Sebutan-sebutan itu sudah cukup melahirkan perasaan syukur,
gembira, dan takut kepada Allah s.w.t. Saya menangis. Saya benar-benar terasa
sunyi, bersendirian dan khusyuk dengan apa yang sedang saya lakukan. Istilah
khusyuk yang baru pertama kali saya dapat rasakan. Tidak dapat saya catatkan
melalui tulisan ataupun kata-kata.
Doa bahasa Arab yang mudah semasa melalui Rukun Yamani juga hilang
dalam ingatan. Saya hanya menyebut maknanya, “Ya Allah, berikan
keselamatan dunia dan akhirat, jauhi kami daripada api neraka, tempatkan
kami di dalam syurga-Mu.”
Azan zuhur mula berkumandang 20 minit kemudian. Kami selesai
melakukan empat pusingan tawaf. Kami berhenti tawaf. Orang tua tadi juga
hilang daripada pandangan kami. Sehingga ke hari ini, saya masih dapat
membayangi wajahnya. Saya percaya, kehadiran beliau memudahkan tawaf
pertama saya. Kami mula mencari-cari tempat untuk solat fardhu yang
pertama. Saya sudah tidak dapat melihat bayang Azlina dan Kak Mie lagi.
Roza memberitahu saya. Tempat yang mustajab untuk berdoa dan solat
adalah sewaktu menghadap Multazam. Kami berundur daripada kawasan tawaf.
Sedikit demi sedikit kami mencari jaluran Multazam. Ya Allah, tersedia pula
tempat yang kami ingini, iaitu menghadap Multazam. Ia begitu hampir dengan
Kaabah. Cukup hampir. Dalam masa yang singkat, tidak sampai pun satu jam,
Allah s.w.t. menganugerahkan perasaan nikmat yang cukup luar biasa. Bahasa
mudah, Allah s.w.t. menganugerahkan rasa nikmat. Perasaan gembira berada di
dataran Kaabah belum pun reda. Kami sempat solat zuhur dengan menghadap
Multazam.
Saya ingin menggambarkan perasaan kami berdua ketika menunaikan solat
fardhu yang pertama di Masjidil Haram hanya selepas beberapa minit berada di
Kota Makkah. Ajaib, walaupun terpaksa menempuh ratusan ribu manusia,
kami masih mendapat tempat yang mustajab. Maha suci Allah yang mendengar
permintaan hamba-Nya. Keajaiban yang kami tempuh bukan terjadi secara
kebetulan. Kami berdoa, Allah s.w.t. mendengar dan Dia berkuasa menunaikan
apa yang kami pohon.
Kami menyambung tawaf, solat sunat tawaf, minum air zamzam, dan mula
berjalan ke arah Bukit Safa. Kesemuanya kami lakukan berdasarkan maklumat
yang kami baca, cerita-cerita yang kami dengar daripada emak dan abah,
penerangan daripada kursus haji selama dua hari yang dilakukan secara intensif
oleh Tabung Haji, dan bimbingan peribadi daripada para sahabat saya, Ustaz
Suud, Ustaz Wahairi, dan Tuan Haji Musa. Pergerakan menuju Bukit Safa juga
tidak sukar. Saya tidak tahu kawasannya. Sambil berjalan, saya sempat bertanya
kepada seseorang dengan berkata, “Safa? Safa? Safa?” Orang itu mengangkat
tangan sambil menunjuk arah, seperti memahami soalan saya. Bercakap bahasa
ayam dan itik pun, insya Allah masing-masing dapat mengerti dan dapat
memahami dengan jelas. Apabila saya kenang kembali kisah-kisah ringkas ini,
saya tahu pengalaman menunaikan fardhu haji terlampau indah untuk
diceritakan.
Dari jauh lagi sudah kelihatan, dua beradik sedang mengangkat tangan
berdoa kepada Ilahi. Barangkali juga mohon dipertemukan dengan abang dan
kakak ipar di penjuru Bukit Safa. Saya cuba mengusik mereka, saya berjalan
perlahan-lahan ke arah belakang Azlina. Saya memberi isyarat kepada Roza
supaya bergerak perlahan. Saya mahu mengejutkan mereka. Saya nampak air
mata mengalir di pipinya. Saya menepuk belakang. Kami semua gembira
kerana dapat bertemu di sini.
Kami mula melakukan saie antara Bukit Safa dan Marwah. Pada saat ini,
saya sudah mula penat, letih, dan tegang emosi dan zikal. Saya terasa jarak di
antara Safa dan Marwah terlalu jauh untuk dihabiskan pada setiap satu
pusingan. Saya berdoa, “Ya Allah, ampunilah diriku, rahmati daku, berikan
tau k dan hidayah, mudahkan perjalanan haji kami. Ya Allah, berilah kekuatan
kepadaku bagi menghabiskan ibadat saie ini.”
Akhirnya selepas satu jam, kami berjaya menamatkan ibadat ini. Saya
ter kir bagaimana agaknya Siti Hajar berulang-alik melalui kawasan yang
berbatu-batu, panas mentari, dan dalam keadaan kerisauan. Hebatnya cabaran
yang dilalui oleh beliau. Saya sendiri rasa masih tercabar walaupun laluan saie
diturap dengan marmar, udaranya nyaman, dan kepanasan mentari tidak terasa.
Selepas sampai di Bukit Marwah pada pusingan ke tujuh, kami berehat
seketika, menyandar pada dinding bangunan. Kami keletihan. Lalu bergilir-gilir
bertahalul. Maka, lengkap umrah wajib dan kami berlepas daripada syarat-
syarat berihram. Lega. Selepas Asar kami pulang ke hotel selepas hampir empat
jam berada di dalam masjid. Kami rasa sudah cukup pengalaman hebat untuk
hari itu dan berjanji untuk pergi semula sebelum waktu maghrib.
Apabila hampir waktu maghrib, manusia semakin ramai. Cukup ramai.
Ketika kami sampai, ia hanya tinggal beberapa minit lagi untuk solat. Pada
waktu ini, kami masih dapat memasuki masjid. Kami tidak boleh naik ke atas,
tidak boleh ke bawah, dan jalan kesemuanya terhalang. Tempat solat kami
cukup menghibakan. Kami hanya dapat solat di atas tangga, bersesak-sesak
dengan jemaah yang lain. Ia langsung tidak menyeronokkan. Namun, kami
masih bersyukur kerana tetap mempunyai ruang di dalam masjid.
Allah s.w.t. memberi pengajaran. Apabila Dia mahu memuliakan insan yang
dipilih-Nya, Dia mampu melakukannya. Segala-galanya adalah atas kuasanya
yang mencipta manusia supaya belajar, memahami, dan mengambil iktibar di
atas segala kejadian. Lalu selepas solat maghrib, kami cepat-cepat mencari ruang
yang lebih selesa. Sekurang-kurangnya kami mahu melihat Kaabah, menghadap
Multazam, dan tidak mahu solat di atas tangga. Alhamdulillah, itu yang dapat
kami capai.
Hari pertama di Masjidil Haram ibarat memasuki tiga dewan kuliah yang
berbeza. Kami berada di dataran, menghadap Multazam, dan berada tepat-tepat
di hadapan Kaabah. Kami berada di tangga masjid di tingkat satu dan
menghadap anak tangga yang lain. Kami juga berada di hadapan Kaabah,
menghadap Multazam, tetapi di dalam masjid. Kesemuanya kerana ingin
menghadap Allah yang maha agung. Ketiga-tiga tempat ini mempunyai
‘perasaan dan roh’ yang berbeza-beza kepada saya, Roza, Kak Mie, dan Azlina.
Selepas Isyak, kami berjalan pulang dalam keadaan tenang. Masing-masing
bercerita pengalaman hari pertama yang penuh dengan nikmat dan pengajaran.
Azlina berkata, “Seronoknya, saya tidak dapat gambarkan rasa gembira
kerana dapat berada di hadapan Kaabah. Saya tidak mahu solat di atas tangga
lagi.”
Saya berkata, “Tuhan memberi rasa nikmat yang tidak terucap apabila dapat
solat di hadapan Kaabah. Begitu hampir dengan-Nya. Kita juga dapat merasai
solat di tempat yang berbeza-beza. Betul, dapat solat di hadapan Kaabah, dapat
melihat Kaabah, adalah satu nikmat yang menakjubkan. Jadi, itu adalah tempat
kita. Besok kita bangun pukul 1.30 pagi dan kita bertolak pada pukul 2.00
pagi. Supaya kita dapat solat di hadapan Kaabah lagi.”
Allah s.w.t. mengajar kami bagi merasai nikmat-Nya. Ia datang dengan cara
yang cukup istimewa. Dia mahu kami merasai kehadiran, kewujudan, dan
kehebatannya. Allahuakbar, Subhanallah dan Alhamdulillah. Itu adalah
sebabnya kami sentiasa berusaha mencari tempat yang mustajab, tempat yang
terbaik semasa kami mengunjungi rumah-Nya. Nikmatnya tidak dapat ditulis
ataupun dituturkan.
Saya mohon keistimewaan. Allah s.w.t. memberikan keistimewaan. Ia
memberikan satu pelajaran yang besar untuk kami sekeluarga. Berdoalah
kepada-Nya, mintalah kepada-Nya, dan berserahlah kepada-Nya, sesungguhnya
Allah maha mendengar lagi maha mengasihi. Maksudnya, fardhu haji bukan
hanya bermula apabila kita sampai di Makkah ataupun Madinah. Ia bermula
lebih awal lagi, semasa kita masih berada di Malaysia. Ia bermula dengan
taubat, kesungguhan, dan keikhlasan kepada-Nya.

Ajaibnya Bumi Makkah

“Secara keseluruhannya, saya melihat pelbagai peristiwa luar biasa yang berlaku, menggambarkan
bagaimana sifat Allah yang maha pengasih
lagi penyayang.”

R
akan-rakan sering bertanya, “Kamil, apa yang ajaib berlaku di
Makkah?” Bahagian ini menceritakan beberapa kejadian luar biasa
yang melanda kami semasa di Tanah Suci. Luar biasa yang biasa
diceritakan. Malah, kami kir cerita-cerita keajaiban di Makkah ataupun
Madinah sering dinyatakan dan dibukukan. Mungkin cerita yang sama, tetapi
diulang-ulang, turun-temurun, zaman berzaman sebagai satu peringatan kepada
mereka yang akan menjadi tetamu Allah s.w.t.
Saya sendiri pernah terbaca Koleksi Kisah & Teladan, Iktibar Tanah Suci
Makkah & Madinah (2006). Ditulis ataupun dicadangkan bagaimana sifat-sifat
takbur, marah, khurafat, kelancangan mulut, keghairahan, bodoh sombong,
pengotor, dan kecetekan ilmu pengetahuan mengundang kepada pelbagai
peristiwa yang mendukacitakan. Ia seolah-olah pembalasan serta-merta. Ada
yang menggunakan istilah bayaran tunai. Membaca kisah-kisah ini, dapat
menjadi panduan dalam menjaga tatatertib, akal budi, dan tingkah laku sebagai
seorang manusia.
Kami mempunyai pendekatan dan pandangan yang berbeza. Istilah
pembalasan tunai menggambarkan satu keadaan yang negatif. Benarkah begitu?
Benarkah Allah s.w.t. yang bertanggungjawab menghantar kad jemputan
kepada sesiapa yang dipilihnya. Kemudian apabila tiba di rumahnya, Allah
s.w.t. memberikan pembalasan serta-merta ke atas tetamunya? Tidak masuk
akal.
Secara keseluruhannya, saya melihat pelbagai peristiwa luar biasa yang
berlaku, menggambarkan bagaimana sifat Allah yang maha pengasih lagi
penyayang. Misalnya, seorang yang angkuh, sombong, dan degil tidak mahu
bertaubat sebelum ke Tanah Suci, ditunjukkan bagaimana mata zikal mereka
tidak dapat melihat Kaabah.
Apakah erti peristiwa ini? Allah s.w.t. mahu kita ber kir dan mengenal
keesaan dan kehebatannya. Mereka yang mengalami peristiwa seumpama ini
sepatutnya berasa kerdil di sisi Allah s.w.t. dan berubah 100 peratus apabila
pulang ke Malaysia. Adakah itu satu pembalasan ataupun pengajaran? Pada
saya, ia adalah perlambangan kepada konsep Allah maha pengasih lagi maha
penyayang kepada hamba-Nya. Allah s.w.t. mahu kita disedarkan supaya
menjadi manusia yang lebih baik di sisi-Nya.
Pelbagai cerita menarik yang lucu, mendukacitakan, dan menyedihkan
berlaku. Menurut cerita emak, pernah berlaku seorang wanita tidak dapat
melihat Kaabah walaupun sudah berada di hadapannya. Mata zikalnya hanya
dapat memandang lautan manusia yang sedang berpusing-pusing mengelilingi
sebuah lubang yang besar. Apabila ditanya, wanita itu berkata, “Mungkin
kerana saya selalu berkata, Makkah ini sama sahaja seperti Singapura. Macam
pergi membeli-belah sahaja.” Lalu, disarankan supaya dia solat taubat dan
minta ampun dengan-Nya. Akhirnya, masalah tidak nampak Kaabah selesai.
Apakah ia satu pembalasan ataupun pengajaran?
Saya juga mengalami peristiwa yang hampir serupa. Pada suatu subuh,
seorang lelaki tua kelihatan melihat ke kiri dan ke kanan di kawasan sai,
berdekatan dengan Bukit Marwah. Dia memegang tangan saya dan berkata,
“Anak, di mana masjid. Mana Masjidil Haram? Pak Cik tidak nampak
Kaabah.”
Lalu, saya memimpin tangannya masuk ke dalam masjid. Menurutnya, dia
datang dari Kedah bersama anak lelaki. Mana anak? Dia masih lagi tidur. Lalu,
saya bawa Pak Cik itu ke satu ruang yang nampak secara jelas kedudukan
Kaabah. Itu Kaabah, kata saya. Pak Cik nampak? Dia kelihatan gelisah.
Matanya memandang ke tempat lain. Saya tidak tahu apa yang di kirkannya.
Namun, dia meminta kami meninggalkannya di situ. Saya tidak puas hati dan
berasa bimbang. Saya tunjukkan arah jalan keluar. Dia mengangguk-anggukkan
kepala.
Hari kedua di Makkah. Seorang lelaki berusia lebih kurang 50-an,
memasuki bilik ketika saya berseorangan. Saya kir, umurnya di sekitar lewat
50-an. Dia kelihatan baik. Nampak sihat. Cakapnya jelas dan teratur. Dia
bertanya kepada saya, “Berapa kali encik mengikuti kursus haji?” Mengapa dia
menyindir saya? Prasangka seorang manusia muncul di kalbu. Mana dia tahu
yang saya tidak banyak berkursus. Hanya kursus intensif selama dua hari di
Kelana Jaya dan kursus Haji Perdana di Masjid Negeri, Shah Alam. Itu pun
tidak sempat menerima ijazah.
Saya menjawab soalan itu dengan ringkas, sekadar melindungi kegagalan
saya menghadiri kursus-kursus haji.
“Saya sebenarnya lambat dapat surat. Saya termasuk dalam golongan orang
yang membuat rayuan. Jadi, saya tidak sempat hendak pergi kursus yang dibuat
setiap minggu. Saya hanya sempat ikut kursus dua kali, itu pun dicampurkan
dengan kursus haji perdana.”
Mengapa saya bercerita sebegitu rupa? Entah. Saya tidak dapat menduga
perasaan sendiri. Tiba-tiba dia berkata, “Saya pun sama encik. Saya belum
tamat kursus lagi. Hari ini saya hendak pergi ke Kuala Lumpur, sambung
kursus lagi.”
Meremang bulu roma. Saya terkejut sehingga tidak dapat berkata-kata.
Rupanya benar cerita-cerita yang dikisahkan melalui Seruan Dari Kaabah:
Himpunan kisah benar karya Ustaz Haji Daud Che Ngah. Sekiranya tidak
kerana tergamam, saya pasti memegangnya, menepuk belakang, dan membaca
Allahuakbar serta berselawat. Dia pergi dan meninggalkan saya dalam keadaan
terpinga-pinga.
Saya juga menyaksikan sendiri di Makkah, bagaimana teman sebilik seorang
warga emas, hilang ingatan selepas pulang dari Mina. Kesejukan yang tinggi di
Muzdalifah menyebabkan ramai golongan warga emas terlantar di katil.
Kasihan. Mereka tidak dapat bertahan dan mula menyebut kampung halaman.
Apa yang diingati adalah Tepoh, Kuala Terengganu, dan Dungun. Mereka tidak
dapat membayangkan, mereka sebenarnya sedang berada di Makkah dan
sedang menunaikan fardhu haji.
Pada hari lainnya, saya terdengar riuh-rendah di luar bilik. Saya bergegas
keluar, bimbang ada malapetaka yang memerlukan bantuan. Seorang isteri
meninggikan suara kepada suami yang kelihatan tunduk memandang lantai.
Saya terdengar patah-patah perkataan yang keluar, nyaring dan kuat, “Awak
memang mementingkan diri sendiri. Mengapa tinggalkan saya. Bukankah awak
berjanji hendak pergi bersama saya? Awak memang tidak guna. Tidak guna.”
Dalam kes yang berbeza, seorang lelaki berpusing mencari Masjidil Haram
selepas berniat di Tanah Halal bagi mengerjakan umrah sunat. Pemandu teksi
yang beliau naiki sudah hilang punca. Malah, dia hilang sabar. Tidak masuk
akal untuk sesat di kawasan itu kerana ia adalah laluan biasa.
Laluan Tanaim – Haram adalah laluan standard yang tidak mungkin
menjadi satu masalah kepada pemandu-pemandu teksi. Dia memberhentikan
teksi dan meminta lelaki itu turun sambil berkata, “Bertaubatlah kepada Allah.”
Rupa-rupanya, pada pagi itu dia sepatutnya pergi ke Tanah Halal bersama
dengan isteri. Dia meninggalkan isterinya kerana lambat bersiap. Masya-Allah.
Adakah peristiwa seumpama ini satu pembalasan ataupun pengajaran?
Musim haji adalah beberapa bulan yang ditentukan. Sesiapa yang menetapkan niatnya
dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh mencampuri isteri, berbuat fasik,
dan berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan
berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-
baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Aku wahai orang-orang yang berakal.
(Surah Al-Baqarah, ayat 197)

Kisah-kisah yang saya ungkapkan sepintas lalu sebenarnya agak terpinggir dan
bukan berlaku pada setiap waktu. Setiap individu yang berada di Tanah Suci,
berkemungkinan berhadapan dengan cerita-cerita seumpama ini. Saya pula
lebih suka beranggapan yang ia hanya satu proses pelajaran, pengajaran, dan
pembelajaran zikal yang memerlukan kita ber kir secara lebih mendalam.
Berapa banyaknya kota yang Kami membinasakannya, penduduknya dalam keadaan zalim,
maka (tembok-tembok) kota itu roboh menutupi atap-atapnya dan (berapa banyak pula)
sumur yang ditinggalkan dan istana yang tinggi. Maka, apakah mereka tidak berjalan di
muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami
ataupun mempunyai telinga untuk mendengar? Sesungguhnya bukan mata itu yang buta,
tetapi hati yang di dalam dada.
(Surah Al-Haj, ayat 45 hingga ayat 46)

Akhirnya, saya percaya dan yakin kita perlu kembali kepada asas yang lebih
penting, iaitu kekuasaan Allah s.w.t. dan bagaimana Dia mahu hambanya
belajar daripada pelbagai peristiwa yang dihadapkan di depan mata. Bukan
sahaja apa yang berlaku di Makkah dan Madinah, tetapi sepanjang masa
terutamanya ketika pulang ke Malaysia.

Tolong Jaga Ibu Saya

“Maha suci Allah, maha suci Allah. Hanya Engkau tempat kami berlindung. Kepada-Mu tempat
kami berserah.”

I
ni pula kisah yang sedikit berbeza. Ia berlaku di Masjidil Haram pada
hari-hari permulaan kami tiba di Makkah. Kami sedang menunggu untuk
solat asar berhampiran dengan kawasan laluan ke Dataran Kaabah, iaitu
menghadap ke arah Multazam. Ia kelihatan seperti kawasan yang strategik.
Seorang pemuda bersama ibunya yang sudah tua menghampiri Roza. Matanya
memandang kami berempat dan berkata dalam bahasa Inggeris, “Saya minta
tolong jaga ibu saya. Dia tidak tahu apa-apa. Saya terpaksa keluar sekejap.
Sekejap lagi saya datang kembali. Tolong, dia tidak tahu apa-apa.”
Roza mengangguk-anggukkan kepala. Dia pergi dengan perasaan yakin
yang kami boleh menjaga ibunya. Kuasa Tuhan. Tidak sampai seminit dia
beredar, kami didatangi oleh pegawai keselamatan yang mahu kami
mengosongkan kawasan itu. Kesemua jemaah yang berada di kawasan itu
cepat-cepat beredar mencari tempat baru.
Roza dalam keadaan serba salah memikirkan apa yang patut dilakukannya.
Tidak mungkin kami dapat membawa ibu tua itu bersama kami. Kami tidak
cam anaknya. Di Masjidil Haram, perubahan tempat walau sedekat mana
sekalipun dapat menyebabkan orang terpinga-pinga dan tidak dapat
mengingatinya. Ramai yang tertipu dengan daya pengecaman mereka.
Malah, kami tidak dapat berdiri pun di kawasan itu. Lalu, Roza
mengalihkan ibu tua itu ke tepi tiang di kawasan yang sama. Tempat itu tidak
sampai satu meter dari tempat asal. Roza berkata dalam bahasa Melayu,
“Makcik, saya kena pergi. Makcik pegang tasbih ini dan sebut Allah, Allah, dan
Allah. Anak makcik ada kerja. Selepas dia selesai kerja nanti, dia datang ambil
makcik di sini. Makcik jangan pergi ke mana-mana. Duduk di sini. Sebut
Allah, Allah, Allah.”
Ibu itu merenung Roza. Perlahan-lahan dia mengangguk-anggukkan
kepalanya. Roza menangis teresak-esak. Dia rasa bersalah. Roza merasakan dia
yang sepatutnya memegang amanah itu. Roza benar-benar risaukan
keselamatan orang tua itu. Melihat keadaan itu, Kak Mie dan Azlina juga
menitiskan air mata. Kami sedih dan bimbang apatah lagi terbayang orang tua
itu seolah-olah arwah ibu kami, Wan.
Akhirnya kami terpaksa beredar 20 meter hingga 30 meter dari kawasan itu.
Roza berbisik kepada saya supaya menunaikan solat hajat. Lalu, keempat-empat
kami solat hajat minta Allah s.w.t. tidak memisahkan ibu itu dengan anaknya.
Mohon doa supaya ibu itu dilindungi daripada pegawai keselamatan yang
meminta supaya kami mengosongkan tempat itu. Kami berdoa biar dia kekal di
situ. Entah mengapa saya benar-benar berasa pilu.
Hampir setiap minit, mata kami memandang ke arah ibu itu. Allah maha
mendengar. Allah maha pengasih. Allah maha penyayang. Ibu itu, satu-satunya
yang masih kekal di kawasan itu, memegang tasbih, menyebut Allah, Allah,
Allah.
Beberapa ketika kemudian, dari jauh kami dapat menyaksikan anaknya
terpinga-pinga mencari ibunya. Semasa ditinggalkan, kawasan itu dipenuhi
oleh manusia. Kini ia kosong. Dia mengangkat-angkat tangan seolah-olah
berkata, “Mana ibu saya?” Dia berpusing-pusing mencari di kawasan sekitar.
Dia tidak sedar yang ibunya berada di hujung kaki. Dia tidak nampak. Saya
kir ibunya seolah-olah dilindungi oleh satu tabir yang tidak dapat disingkap.
Roza berbisik, “Ya Allah, sudah selesai urusan anaknya. Temukan mereka
berdua.”
Kelihatan kedua-duanya berpelukan. Saya merenung Roza yang meneruskan
zikirnya. Dalam diam, saya mengalirkan air mata. Maha suci Allah, Maha suci
Allah. Hanya Engkau tempat kami berlindung. Kepada-Mu tempat kami
berserah. Terlintas di hati saya, Roza bukan seorang wali, tetapi doanya yang
bersungguh-sungguh dimakbulkan Allah s.w.t. Di depan mata saya. Secara luar
biasa, saya berdiam diri merasai kehebatan Allah s.w.t.

Malaikat Ataupun Wali Allah

“Ya Allah, saya ingin merasai bagaimana suasana kepadatan


manusia. Maka, Allah memberi rasa dan suasana sebenar di sekitar
Kaabah.”

S
etiap orang yang menunaikan fardhu haji boleh menjadi malaikat
ataupun wali Allah. Terutamanya semasa di Masjidil Haram. Setiap kali
saya mengungkapkan kata-kata di atas, nampak jelas wajah gelisah rakan-
rakan. Ketika itu kami baru beberapa hari pulang dari Madinah. Ziarah pulang
haji yang patutnya penuh kegembiraan bernada santai bertukar menjadi
perbincangan serius. Saya bercakap dengan nada bersemangat. Penuh
bertenaga. Malah tidak bertapis-tapis. Saya nyatakan, “Di Makkah saya
mungkin dianggap wali Allah ataupun malaikat.”
Gila! Saya mungkin dianggap rosak akal kiran selepas 44 hari di Makkah
dan Madinah. Mungkin hati mereka berkata-kata, “Apakah ini sebahagian
daripada kifarat kepada dosa-dosa yang dilakukannya?”
Apabila orang bertanya berkenaan pengalaman haji, maka isu menjadi wali
Allah ataupun malaikat ini sering menjadi minat perbualan. Dalam kebanyakan
kes, kesemua mereka yang bertanya terdiam dan risau dengan kenyataan ini.
Saya tidak membiarkan mereka terlalu lama bermain dengan perasaan
bercelaru, simpati, dan tertanya-tanya dengan kenyataan itu. Saya tidak mahu
mereka menganggap saya tidak siuman. Saya mahu mereka mendengar
penjelasan, melihat konsep dan falsafah yang diutarakan. Saya mahu mereka
ber kir berdasarkan kebijaksanaan pemikiran mereka.
Pertimbangkan keadaan ini. Kita sering mendengar cerita yang berulang-
ulang bagaimana mereka yang berkunjung ke Tanah Suci berhadapan dengan
pelbagai peristiwa yang benar-benar sukar dan mencabar. Misalnya, ada orang
yang tersepit, lemas, dan tidak terdaya melepasi kesesakan orang ramai, sama
ada semasa tawaf ataupun melontar. Mereka selalunya diselamatkan oleh insan
bertubuh besar yang kemudiannya hilang begitu sahaja.
Kita juga mendengar cerita bagaimana selepas berdoa, mereka diberi ruang,
dikawal, dan dibenarkan solat oleh orang yang tidak dikenali di kawasan yang
dikatakan benar-benar mustajab. Contohnya di hadapan Kaabah, di antara
Hajarulaswad dan pintunya Multazam, di dalam Hijir Ismail, dan kawasan
Raudhah di Masjid Nabi.
Malah, ada yang hampir pengsan ketika bersesak-sesak hendak mencium
Hajarulaswad tiba-tiba diselamatkan. Ada juga yang didorong oleh seseorang
secara tiba-tiba dan ruang Hajarulaswad muncul di hadapan mereka.
Apabila pulang, mereka bercerita berulang kali kepada sanak saudara dan
sahabat handai berkenaan kisah-kisah keajaiban yang mereka lalui. Malah, ada
ketikanya, mereka menitiskan air mata membayangi yang Allah s.w.t. benar-
benar memberi pertolongan kepada mereka. Mereka kelihatan bersyukur dan
selalunya pandangan mata menunjukkan kesedaran betapa agungnya Allah
s.w.t. yang menjamin keselamatan mereka.
Kebiasaannya juga, respons kepada cerita-cerita ini berkisar kepada
kewujudan dan kehadiran wali-wali Allah ataupun malaikat yang berada di
Tanah Suci. Mereka mungkin berkata, “Barangkali wali Allah ataupun malaikat
yang sentiasa melakukan tawaf di Baitullah membantu kita.”
Seorang teman saya bercerita, “Saya berada di dalam kawasan Raudhah. Ia
sesak dan tiada tempat untuk solat. Saya hanya dapat berdiri dan meninjau-
ninjau keadaan. Tiba-tiba ada orang yang bertubuh sasa menarik saya dan
memberi ruang untuk solat. Dia menghilang diri. Saya rasa dia adalah malaikat
ataupun wali Allah yang dihantar bagi menolong saya. Mungkin.”
Dia ber kiran begitu tentunya bersebab. Tidak ada alasan yang munasabah
untuk sesiapa yang tidak mengenali beliau membantu dan menolong, kecuali
dengan bantuan Allah s.w.t. semata-mata. Dia meyakini yang Allah s.w.t.
membantunya kerana dia yang membiayai kesemua ahli rombongan. Juga
mungkin.
Saya kir, tanggapan mereka benar, sentiasa benar. Saya juga turut
mengalami kisah aneh seperti mereka.
Empat hari menjelang hari wuquf. Jutaan manusia sudah berada di Makkah.
Dari bilik hotel, saya dapat menyaksikan di sepanjang jalan menuju ke Masjidil
Haram, sentiasa ada manusia. Ketika hampir waktu solat, laluan ini ternyata
lebih padat.
Di dalam Masjidil Haram kesesakannya tidak dapat digambarkan. Sekiranya
ada pun, sedikit ruang yang melegakan adalah pada sekitar jam 10 malam
sehingga 3 pagi. Itu hanya kelegaan yang dibuat secara perbandingan relatif
dengan waktu-waktu yang lain. Kesimpulan sebenar, Masjidil Haram sentiasa
sibuk dengan jemaah haji yang sedang mengambil peluang melakukan ibadat
sepenuhnya pada musim haji.
Ketika di waktu puncak, ruang tawaf sentiasa berhimpit-himpit dan
dipenuhi oleh manusia. Pada hari ketiga di Makkah, iaitu selepas waktu Asar,
saya melihat Dataran Kaabah dipenuhi oleh manusia. Ia kelihatan benar-benar
padat. Sebahagian besar daripada mereka yang melakukan tawaf perlu membuat
pusingan yang jauh lebih besar daripada biasa. Saya kir itu jumlah yang ramai
sepanjang tiga hari saya berada di Masjidil Haram. Saya memberitahu Roza,
“Cuba tengok, ramainya orang sedang melakukan ibadat tawaf. Nampak padat.
Kamu semua duduk di sini, saya hendak masuk ke dalam bersama mereka. Saya
bukan hendak tawaf, saya cuma hendak rasa macam mana keadaan sebenar
ketika manusia paling padat. Ketika kemuncak musim haji.”
Saya meninggalkan Roza, Kak Mie, dan Azlina di barisan belakang Dataran
Kaabah. Perlahan-lahan, sedikit demi sedikit saya menuju ke arah pintu
Kaabah. Saya melepasi Maqam Ibrahim. Saya bercadang untuk mula bergerak
mengelilingi Kaabah apabila saya cukup hampir dengannya.
Ya Allah, saya ingin merasai bagaimana suasana kepadatan manusia. Maka
Allah memberi rasa dan suasana sebenar di sekitar Kaabah. Saya benar-benar
dapat merasai betapa rapat dan padatnya manusia yang sepatutnya bergerak
secara perlahan-lahan mengelilingi Kaabah.
Saya terasa dihimpit. Bahang kepanasan manusia bercampur dengan
pelbagai bau badan menyelinap masuk ke dalam rongga hidung. Deria bau
kelihatan bekerja keras. Sesuatu yang tidak pernah saya rasa sepanjang dua hari
sebelumnya. Saya lemas. Sukar bernafas. Nafas saya pendek-pendek. Saya tidak
dapat bergerak. Setapak ke hadapan menjadi terlalu sukar. Ajaibnya kuasa
Tuhan. Dia benar-benar membenarkan saya merasai suasana sebenar
berdasarkan niat dan permintaan hati. Saya tewas dan tidak dapat bertahan
lama.
Ketika hati mula berkira-kira untuk keluar daripada kesesakan, ekor mata
terpandang seorang lelaki tua, berhampiran dengan Hijir Ismail, terkial-kial
mencari jalan keluar. Sebenarnya dia melawan arus. Setiap kali dia bergerak, dia
dirempuh oleh mereka yang bergerak ke hadapan. Saya nampak dia dalam
kesusahan. Saya terus membatalkan niat meninggalkan kawasan itu.
Lalu tanpa ber kir panjang, saya mengangkat tangan kiri sambil menyebut
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah dan mula bergerak ke arahnya. Saya
memaut bahunya, menarik tubuhnya supaya mengikut saya keluar. Tangan kiri
memegang tangan kanannya dan sambil mengangkat sebelah tangan kanan,
memberi isyarat untuk keluar. Saya meninggikan suara sambil menyebut,
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, berulang-ulang tanpa henti. Sebutan
sepenuh perasaan. Saya menangis. Air mata mengalir perlahan sambil hati
memohon perlindungan Allah s.w.t. Tidak ada apa yang saya kirkan kecuali
ingin membawa orang tua itu keluar dari himpunan dan himpitan ribuan
manusia.
Perjalanan panjang meninggalkan kesesakan ternyata mudah. Kami dapat
berlari-lari anak. Seolah-olah terdapat satu laluan kecil khusus memuatkan
kami berdua. Lorong VIP tanpa permaidani merah. Mungkin lorong VVIP.
Barangkali laluan VVVIP. Ketika nampak sudah selamat, saya melepaskan
pegangan orang tua itu. Dia keletihan. Nafasnya juga pendek-pendek. Saya
tercungap-cungap. Jantung bekerja keras mengepam oksigen. Dia memegang
kemas tangan saya sambil matanya kelihatan berkaca berasa lega. Mulutnya
berulang kali menyebut-nyebut, “Syukran, syukran, syukran.” Beg sandangnya
menyatakan dia dari Turki. Saya senyum dan bersegera meninggalkan lelaki
Turki itu.
Saya sendiri tidak memahami mengapa boleh bertindak sedemikian rupa.
Saya boleh memilih untuk berdiam diri, beredar, dan tidak mempedulikan
kisah ataupun nasib orang lain. Kuasa dalaman menggerakkan dan menolak
melakukan sesuatu yang cukup luar biasa. Sekurang-kurangnya untuk diri
sendiri. Pada ketika ini, minda teringat kata-kata seorang ustaz, “Masjidil
Haram pada waktu musim haji adalah bayangan padang Mahsyar. Setiap orang
tidak mempedulikan orang lain. Masing-masing berebut mencari tempat untuk
beramal ibadat. Tidak bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, dan ada
sanggup melangkah, memijak, dan menolak orang tanpa ber kir itu adalah satu
kesalahan. Di Masjidil Haram, pergerakan manusia sentiasa pantas dan kelam
kabut.”
Dalam keletihan, saya mencari-cari kawasan untuk solat sunat. Saya kir
saya mendapat satu lagi pengalaman yang menakjubkan. Bayangan wajah orang
tua itu bermain-main di kepala, merenung mata saya, bersyukur, dan berasa
bertuah kerana diselamatkan dalam kesesakan manusia. Melihat wajah
kelegaannya adalah satu nikmat yang tidak dapat digambarkan. Allah s.w.t.
memberi satu rasa ataupun perasaan yang cukup luar biasa. Kenikmatan yang
tidak pernah dirasai.
Berapa ramai yang pernah merasai perasaan ini? Saya rasa bertuah, saya rasa
istimewa.
Itulah (kurnia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan para hamba-Nya yang beriman
dan mengerjakan amal soleh. Katakan, ‘Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun
atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan’. Dan siapa yang mengerjakan
kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya
Allah maha pengampun lagi maha mensyukuri.
(Surah As-Syura, ayat 23)

Ketika berseorangan saya ter kir. Ia datang berulang-ulang. Allah s.w.t.


memberi ilham. Apakah mungkin orang tua itu, apabila dia pulang ke Turki
nanti, dia bercerita dengan sahabat ataupun sanak saudara, dia diselamatkan
oleh seorang lelaki dalam kesesakan orang ramai. Kemudian, sekelip mata lelaki
itu hilang daripada pandangan mata. Mungkin ada yang memberi cadangan,
“Barangkali itu adalah malaikat ataupun wali Allah.”
Hakikat sebenar, lelaki itu hanya seorang manusia jahil yang masih
terpinga-pinga mencari keredhaan Allah s.w.t. Malah, tindakan yang
dilakukannya hanya mengikut gerak hati. Cerita ini sentiasa diulang-ulang
terutamanya ketika ada dalam kalangan mereka yang akan menunaikan fardhu
haji pada musim-musim haji yang berikutnya.

Hadiah Untuk Ibu

“Bagaimanapun rasa nikmat dan seronok solat hampir dengan kaabah tidak dapat ditolak”
eristiwa menyelamatkan lelaki Turki memberi ilham yang lebih besar. Saya

P
mula ter kir, mengapa kita perlu mementingkan diri sendiri? Mengapa
kita tidak mahu bersungguh-sungguh membantu mereka yang berada
dalam kesusahan? Saya mula yakin dan mempercayai satu prinsip yang
sering dinyatakan, ‘Anda melakukan kebaikan kepada orang, orang juga
melakukan perkara yang sama.’ Keyakinan yang bersungguh-sungguh.
Keyakinan yang saya kir diperbaharui bersama peristiwa membantu lelaki
Turki. Lalu, saya panjangkan lagi keyakinan itu dengan mengingati kata-kata
berikut, ‘Ingat Allah, Allah akan ingat kita’.
Maka, saya bertekad menjadi manusia baik sepanjang berada di Makkah
dan Madinah. Saya sudah mula merasai nikmat menjadi orang baik, seronok
melihat orang gembira dengan kebaikan yang kita lakukan, teruja dalam
kesayuan melihat orang menadah tangan minta kesejahteraan semata-mata
kerana kita memberi sedikit pertolongan. Bayangkan, kemungkinan kita
dianggap sebagai wali Allah ataupun malaikat seumur hidup mereka. Malah, itu
adalah janji-janji Allah s.w.t. seperti yang dinyatakan melalui Al-Quran, iaitu
dalam surah As-Syura, ayat 43 di atas tadi.
Pada ketika ini, hati dan perasaan mula ter kir, ibadat haji ini bukan
semata-mata beramal secara khusus kepada Allah s.w.t. Ia juga wajib
mempertimbangkan hubungan sesama manusia. Ya Allah, aku mohon
keampunan-Mu.
Hobi saya adalah berada hampir dengan Kaabah. Pada suatu ketika, 60
minit sebelum waktu solat, saya berada antara dua kaki hingga empat kaki
sahaja dari dinding Kaabah, di sebelah kiri Hijir Ismail dan di sebelah kanan
Hajarulaswad. Saya memerhatikan tindak tanduk mereka yang suka mengelap
dan menyapu dinding Kaabah dengan sejadah, serban, ataupun apa-apa sahaja
yang mampu dilakukan oleh mereka. Pada saya, mereka tidak perlu berbuat
demikian, saya tidak berminat untuk ikut serta.
Kebiasaannya, saya solat sunat dua rakaat. Ia satu kedudukan yang sukar
kerana orang sentiasa bergerak menghampiri dinding Kaabah. Bagaimanapun,
rasa nikmat dan seronok solat hampir dengan Kaabah tidak dapat ditolak. Ia
solat ringkas yang tidak sampai pun lima minit. Pada ketika ini, saya juga dapat
memerhatikan, ramai kaum wanita bersungguh-sungguh solat sunat, sehampir
mungkin dengan Kaabah. Tetapi, terhalang akibat kesesakan orang ramai dan
kelemahan zikal mereka. Setiap kali mereka berdiri mengangkat takbir, tubuh
mereka terdorong ke hadapan.
Mereka berdiri dengan wajah sayu. Lalu saya bertanya mereka, “Solat?”
Mereka mengangguk-angguk kepala. Saya mengarahkan mereka supaya berdiri
di hadapan saya menghadap kiblat. Lalu, saya mengangkat dan mendepakan
tangan, menahan badan sambil menjerit, “Solat, solat, solat,” apabila ada orang
cuba menolak. Dengan izin Allah, ketika saya memberi khidmat, mereka
berjaya solat dalam ketenangan. Wajah mereka lega. Puas dapat solat dua kaki
hingga tiga kaki dari Kaabah.
Apabila selesai, ibu-ibu ini memandang saya, sambil mengalirkan air mata,
mereka mengangkat tangan berdoa untuk kesejahteraan saya. Saya tahu mereka
cukup gembira kerana ada seorang insan yang sanggup menghabiskan masa
memberi peluang untuk mereka mencapai apa yang mereka hajati. Mungkin
apabila sampai di kampung halaman, mereka berulang-ulang menceritakan
peristiwa ini dan menganggap mereka bertemu dengan seorang insan berhati
mulia. Tidak mustahil untuk mereka berkata, “Barangkali insan itu adalah
jelmaan wali Allah ataupun malaikat yang turun membantu saya yang
memerlukan bantuan.”
Hakikat sebenar, saya hanya seorang manusia biasa yang tidak langsung
pandai berdoa dalam bahasa Arab, belum pun pernah khatam membaca Al-
Quran, dan sedang mencari-cari keredhaan-Nya. Cuma saya berasa lega, puas,
teruja setiap kali menatap wajah ibu-ibu yang puas menikmati hasrat hati. Pada
saat ini, saya hanya membayangi wajah ibu dan ayah saya yang mungkin
dibantu oleh insan lain ketika mereka menunaikan fardhu haji.

Berkongsi Saf

“Apabila pulang ke Malaysia, teruskan amalan baik yang kita lakukan di


Makkah dan Madinah.”

B
ukankah bersifat mulia, bertimbang rasa, dan mahu membantu sesama
insan adalah sifat kekasih Allah s.w.t.? Dalam kejahilan diri, saya ter kir
begitu. Saya kerap melihat begitu ramai jemaah yang tercari-cari saf
ketika benar-benar hampir waktu solat. Mereka berjalan di antara saf sambil
merayu di beri ruang. Siapakah yang sanggup memberi keselesaan dan
menggantikannya dengan rasa berhimpit-himpit? Nyata, ia satu rayuan yang
cukup sukar untuk ditunaikan.
Hampir 95 peratus saf solat saya adalah di dataran Kaabah. Beberapa kali
dapat solat di saf pertama untuk orang awam, tepat berada di belakang, sebelah
kanan imam. Malah, puluhan kali solat menghadap Multazam di saf-saf yang
hadapan, di antara saf kelima hingga saf ke-30, semata-mata kerana saya
sememangnya bercita-bercita sedemikian. Prinsip saya cukup mudah, lebih
dekat dengan imam, lebih baik dan cemerlang. Saya mahukan yang terbaik.
Di kawasan ini saya memerhatikan tindak-tanduk manusia yang mahukan
pujian dan perhatian Allah s.w.t. Mahu menghadap Allah s.w.t. sehampir
mungkin. Mahukan keselesaan. Malah, cukup bergembira kerana dapat berada
sehampir mungkin dengan kiblat dan imam. Tentu sekali perasaan nikmat ini
tidak dapat digambarkan dengan tutur kata ataupun tulisan beberapa patah
perkataan. Ia adalah perasaan yang cukup luar biasa.
Malah, saya sendiri tidak dapat menerima kenyataan rakan-rakan yang
menyatakan, “Buat apa hendak bersusah-susah, berebut-rebut solat di dataran
Kaabah, sedangkan di tingkat dua, di tingkat tiga masih ada tempat yang
nyaman dan selesa.”
Jawapan saya cukup mudah, “Saya datang ke sini semata-mata untuk
beramal ibadat kepada Allah. Saya mahukan yang terbaik. Saf pertama lebih
baik daripada saf kedua, saf kedua lebih baik daripada saf ketiga. Mungkin itu
perasaan saya. Ia mungkin baik untuk saya dan keluarga saya.”
Namun, saya juga tidak dapat menerima hakikat yang manusia
mementingkan diri sendiri ketika melakukan amal ibadat. Saya disedarkan
perasaan menjadi wali Allah ataupun malaikat selepas menyelamatkan orang
Turki sebelumnya. Bagi orang lelaki, sekiranya kita merapatkan kaki,
mengecilkan bukaan tangan ketika sujud, maka tempat yang kita duduki boleh
dimasuki oleh seorang lagi jemaah. Maka, ketika hampir benar waktu solat,
ketika berdiri-diri menanti bilal selesai iqamat, saya mengangkat tangan dan
berdoa.
“Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Aku mohon kerahmatan-Mu. Terimalah solatku ini.
Ya Allah, sekiranya ada sesiapa yang belum mendapat saf, mereka berada dalam kesukaran,
Engkau hantarlah kepadaku.”
Hampir setiap waktu saya menerima tetamu. Ketika mereka melintasi di
hadapan, saya memerhatikan anak mata mereka. Merenung dengan wajah sayu
sambil mengharap simpati. Saya membiarkan mereka melintasi sedikit, dan
terus memegang bahu kanan. Saya mengecilkan tapak kaki dan terus menarik
mereka ke dalam saf. Jemaah di sebelah kanan juga serta-merta terpaksa
mengecilkan tapak kaki mereka walaupun dalam keadaan terpaksa. Mereka
yang saya bantu, hampir keseluruhannya memegang tangan saya dan
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Sejurus selesai solat, dia
bangun memeluk dan berdoa ke atas kesejahteraan saya.
Rasa nikmat ini yang menyebabkan saya tidak putus-putus berdoa supaya
dapat membantu mereka yang dalam kesusahan mencari saf. Pada setiap waktu
solat.
Namun, perasaan nikmat yang tidak dapat saya gambarkan adalah pada hari
terakhir di Masjidil Haram ketika mahu menunaikan solat subuh. Saya berada
hampir dengan Kaabah, bersiap sedia dan membaca doa.
“Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Aku mohon kerahmatan-Mu. Terimalah solatku ini.
Ya Allah, ini adalah solat terakhir aku di sini pada musim haji ini. Ya Allah, Engkau hantarlah
kepadaku sesiapa yang belum mendapat saf sebagai khidmat terakhirku di Masjidil Haram.
Ya Allah, aku mohon keredhaan-Mu.”

Hampir 70 meter di sebelah kiri saf, saya melihat seorang jemaah berjalan
tertunduk-tunduk mencari ruang untuk solat sambil memegang sejadah. Dia
menghulur-hulur tangan memohon izin, tetapi pastinya ia sukar. Apatah lagi
apabila saf solat berhampiran dengan Kaabah. Hati saya berkata, “Datanglah ke
sini, datanglah ke sini, di sini tempat kamu.”
Benar. Dia muncul di hadapan saya. Kami bertentang mata. Dia memohon
persetujuan secara gerak hati dan perasaan. Saya membiarkan dia berlalu.
Selepas bergerak setapak melintasi saf, saya memegang tangan kanannya dan
menarik ke dalam saf. Dia sangat gembira lalu menghampar sejadah untuk
dijadikan alas sujud untuk kami berdua.
Selesai solat fardhu, saya terus mengangkat tangan untuk bersolat sunat dua
rakaat sebelum solat sunat jenazah. Dia mengambil sejadah lalu
membentangkannya secara memanjang khusus untuk digunakan oleh saya
seorang. Kemudian, dia juga mengangkat takbir dan turut solat sunat dengan
hanya berlapikkan batu marmar.
Peristiwa kecil ini menyentuh hati. Tindakan beliau menyentuh hati. Saya
hiba. Saya menitiskan air mata. Dia memberikan kemuliaan kepada saya hanya
kerana memberikan ruang kepadanya untuk solat.
“Ya Allah, janjimu adalah benar, Ya Allah janjimu adalah benar. Aku mohon keampunan-
Mu.”
Saya membaca bacaan solat dalam linangan air mata yang cuba ditahan-
tahan. Nyata Allah s.w.t. mengajar saya, kebaikan dibalas dengan kebaikan.
Kemuliaan manusia terletak pada hati dan perasaan. Sekecil mana pun
perbuatan ikhlas yang cuba kita lakukan, ia pasti mendapat balasan. Ia adalah
rasa nikmat yang hanya saya sendiri mengerti dan memahaminya. Subhanallah,
Astagh rullah.
Selesai solat, saya melipatkan sejadah dan menyerahkan kembali kepadanya.
Dia memeluk saya kiri, kanan, dan kiri, sambil mengucapkan terima kasih. Dia
juga menyebut, “Kamu seorang yang baik, semoga Allah memberkati hidup
kamu.”
Maka, sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya).
(Surah Az-Zalzalah, ayat 7 hingga ayat 8)

Saya ter kir, kita boleh menjadi wali Allah ataupun malaikat di Masjidil Haram
bukan secara jasad dan zikal. Malaikat sentiasa melakukan ibadat kepada Allah
s.w.t. Wali pula adalah kekasih Allah. Mungkin kita boleh menjelmakan diri
kita sebagai wali ataupun malaikat dengan melakukan sesuatu yang membuat
orang ber kir begitu. Ia mudah dilakukan semasa menunaikan fardhu haji.
Namun, idea sebenar adalah menyucikan diri dan mencari keredhaan Allah
s.w.t.
Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidak merasa enggan
menyembah Allah dan mereka bertasbih kepadanya dan hanya kepadanya mereka
bersujud.
(Surah Al-A’raf, ayat 206)

Apabila pulang ke Malaysia teruskan amalan baik yang kita lakukan di Tanah
Suci Makkah dan Madinah.
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan
tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu
bertakwa.
(Surah Yunus, ayat 62 hingga ayat 63)

Akhirnya, kesemua yang mendengar penjelasan berkenaan konsep wali ataupun


malaikat di Tanah Suci mula ber kir kebenarannya. Mereka tidak lagi ketawa
atau risau dengan kegilaan saya memberi penerangan kepada rakan-rakan dan
sanak-saudara.

Strepsil Di Masjidil Haram

“Kami percaya strepsil adalah sebahagian daripada sedekah atau hadiah yang dapat diberikan
kepada mereka yang memerlukan.”

K
ami memanggilnya Azman Shah Putra. Dia adalah Executives
Chairman Kolej Shah Putra. Sebelum ke Makkah, dia mengajar saya,
“Kamil, bawa strepsil banyak-banyak. Hampir semua orang akan batuk
di sana. Semasa saya di sana, saya selalu sedekah strepsil kepada mereka yang
batuk di dalam Masjidil Haram. Kamu akan tengok bagaimana orang
bersyukur dan berdoa kepada kita.”
Saya tidak sempat membeli strepsil sebelum berlepas. Sebenarnya lupa.
Bagaimanapun, saya beli beberapa paket di farmasi bersebelahan dengan hotel.
Harganya mahal. Lebih mahal daripada strepsil di Malaysia, dua kali ganda.
Lalu, strepsil itu digunting supaya menjadi sebiji-sebiji dan dimasukkan ke
dalam beg sandang.
Di Masjidil Haram, mereka yang batuk membina satu irama. Teruk
bunyinya. Kadangkala ia menyeksa dan mengganggu untuk beramal ibadat.
Kami berempat sentiasa bernasib baik. Batuk hanya di hotel. Sampai sahaja di
dalam Masjidil Haram, ia seolah-olah hilang. Ia semacam dilupakan.
Ini yang kami lakukan setiap hari. Ia tindakan rutin. Setiap kali sebelum
melangkah kaki ke Masjidil Haram, ketika di pintu masuk utama, kami
mengambil air zamzam, sambil menghadap kiblat, kami membaca surah Al-
Fatihah satu kali, berselawat kepada Nabi Muhammad 11 kali, dan seterusnya
berdoa.
“Ya Allah, ampunilah kami, berikan kerahmatan-Mu, berikan tau k dan hidayah-Mu. Ya
Allah, jadikan air zamzam ini sebagai penawar kepada segala penyakit. Hilangkan batuk
kami, hilangkan demam-demam kami, hilangkan lenguh-lenguh kami. Ya Allah berikan
kesegaran kepada mata kami, minda yang cergas, dan hati yang sihat. Ya Allah, kami datang
ke sini semata-mata kerana-Mu, semata-mata kerana-Mu. Kami mahu beramal ibadat
kepada-Mu. Bantulah kami ya Allah.”

Ia cukup makbul untuk 35 hari di Makkah.


Di dalam beg sandang terdapat strepsil yang dileraikan. Lalu setiap hari,
saya meluangkan masa melihat dan mendengar mereka yang batuk di sekitar
saya. Sekiranya batuk mereka berterusan dan seperti menyeksa, saya sedekahkan
ataupun hadiahkan strepsil itu. Ajaib dan sememangnya ia adalah ajaib. Strepsil
yang diberi biasanya menjadi penyebab untuk mereka berdiam diri di dalam
Masjidil Haram. Saya jadi seronok melihat kesan segera. Benar, Allah itu maha
berkuasa di atas segala-galanya.
Dalam satu peristiwa, seorang wanita muda Iran batuk tanpa henti. Teruk.
Dia berada di belakang kami. Batuknya benar-benar mengganggu dia dan
jemaah yang berhampiran. Lalu, saya hulurkan sebiji strepsil kepada Azlina dan
minta dia sampaikan kepada wanita itu. Kata Azlina, “Kepada perempuan yang
batuk, abang hendak beri, mengapa orang lelaki yang batuk itu tidak diberikan
juga?”
Saya tersenyum mendengar komen Azlina. Adik sendiri pun cemburu
dengan apa yang saya lakukan. Saya jelaskan kepada Azlina, “Wanita adalah
kaum yang lemah. Orang lelaki itu duduknya jauh dengan kita. Abang minta
kamu yang beri, bukannya abang beri sendiri. Tolong beri strepsil in
kepadanya, kasihan dia.”
Strepsil itu benar-benar membantu. Dia lega dan mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih kepada Azlina. Pertolongan sekecil itu sebenarnya
memberikan perasaan betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t. Orang yang tidak
dikenali membantu dengan menghulurkan strepsil dan menjadi penyebab
kepada kelegaan tekak. Kami percaya strepsil adalah sebahagian daripada
sedekah yang dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Dalam kebanyakan kes, mata mereka dibantu nampak bersinar melihat saya
dan selalunya mereka berdoa memohon kesejahteraan. Terima kasih Dato’
Azman. Dato’ juga mungkin mendapat manfaat atas ilmu yang diberi.
Dalam konteks yang berbeza, ketika melihat kecantikan dan keunikan
Masjidil Haram, Roza menasihati supaya memberi hadiahkan surah Al-Fatihah
kepada arkitek dan mereka yang terlibat dalam proses pembinaan bangunan ini.
Hadiah tidak semestinya bermula dengan ringgit dan sen. Saya menghargai
pelajaran mudah tetapi signi kan.

Hajarulaswad

“Bagaimana mereka beredar selepas berjaya mencium Hajarulaswad. Mengapa ada yang tertolak
keluar selepas begitu hampir dengan
Hajarulaswad.”

M
encium Hajarulaswad bukan perkara wajib. Namun, penjuru
Hajarulaswad sentiasa dipenuhi orang. Ramai yang beratur panjang
bermula dari Rukun Yamani, menunggu dengan sabar bagi
mengambil giliran mencium batu hitam yang dikatakan diturunkan dari
syurga. Selain daripada mereka yang beratur panjang, jemaah juga turut
bertolak-tolak, himpit-menghimpit, dan ada juga yang sanggup menggunakan
kekuatan zikal semata-mata bagi menghampiri Hajarulaswad. Lalu, mereka
menyembamkan muka sambil mengucupnya dengan penuh rasa nikmat.
Hakikatnya, manusia sentiasa berusaha mencium Hajarulaswad, dan mereka
bergerak dari setiap penjuru. Tanpa ruang kosong.
Di Malaysia, berkali-kali abah berpesan kepada kami. Satu pesan yang
dinyatakan secara bersungguh-sungguh berkenaan petua mencium
Hajarulaswad. Kata Abah, “Kamil, sekiranya teringin hendak mencium
Hajarulaswad, mohon kepada Allah. Minta dengan Dia. Solat hajat. Setiap kali
abah berniat menciumnya, maka dengan izin Allah, setiap kali itu abah dapat,
kecuali sekali. Itupun kerana Abah riak dengan seorang kawan. Ini hanya petua
abah selepas berkali-kali diberi izin mencium Hajarulaswad. Kamil perlu masuk
ikut laluan XYZ, diam sahaja, ikut arus, berzikir, berdoa, dan jangan bertolak-
tolak. Dalam masa yang singkat, Insya Allah muka kita berada di dalam bulatan
Hajarulaswad. Ingat Kamil, ini hanya satu petua. Segala-galanya adalah dengan
izin Allah.”
Saya dan Roza benar-benar teringin mencium Hajarulaswad. Apatah lagi
apabila mendengar seorang ustaz membacakan sebuah hadith.
“Dilaporkan oleh Ibnu Abbas, Nabi s.a.w. berkata, ‘Pada hari kiamat kelak batu
(Hajarulaswad) ini akan datang dengan sepasang mata yang dapat melihat, dan sebuah
lisan yang berbicara, bagi memberikan kesaksian untuk orang yang pernah menyentuhnya
secara hak (benar).”

Saya juga teringat, dalam satu khutbah Arafah ada dinyatakan, “Hajarulaswad
menyerupai satu makhluk dan dia tidak memasuki syurga sehingga kesemua
yang menyentuhnya masuk terlebih dahulu.”
Namun, kami gentar melihat suasana di sekitar penjuru Hajarulaswad.
Kami nampak secara jelas bagaimana ada yang tersepit. Ada yang menjerit
minta pertolongan. Ada yang terpaksa berundur selepas beberapa ketika berada
dalam kelompok orang ramai yang ingin menghampiri penjuru itu. Ada
masanya tentera yang mengawal keadaan terpaksa campur tangan menarik
keluar mereka yang bertindak ganas.
Malah, saya saksikan sendiri bagaimana ada jemaah yang cukup hampir
dengan Hajarulaswad secara tiba-tiba tertolak ke tepi. Mereka gagal. Ada juga
yang berjaya mencium, tetapi gagal keluar sehingga terpaksa naik ke tembok
bersebelahan dengan pintu Kaabah. Kemudian mereka terpaksa ‘terbang’ di atas
kepala jemaah yang sedang bersesak-sesak berebut bagi mengambil peluang
mencium Hajarulaswad. Ia satu misi yang sukar.
Saya teringat pesan abah, petua yang dapat diikut bagi memudahkan
pergerakan mencium Hajarulaswad. Lalu saya memerhatikan laluan yang
dicadangkan oleh abah. Saya lakukan sedikit kajian menggunakan kaedah
pemerhatian langsung. Saya berdiri dan memerhatikan suasana dan keadaan di
sekeliling penjuru Hajarulaswad. Soalan penyelidikan saya adalah seperti
berikut:
Mengapa laluan XYZ yang dicadangkan oleh abah mendorong jemaah ke
arah Hajarulaswad?
Saya memerhatikan arah pergerakan manusia. Apakah yang sedang mereka
lakukan. Bagaimana tolakan dan tekanan yang dilakukan pada orang di
belakang kepada mereka yang di hadapan. Bagaimana mereka beredar selepas
berjaya mencium Hajarulaswad. Mengapa ada yang tertolak keluar selepas
begitu hampir dengan Hajarulaswad. Semakin lama saya memerhati, jawapan
kepada persoalan itu semakin jelas. Akhirnya, selepas memerhatikan keadaan
dengan tekun, saya mula berani membuat kesimpulan dan berkeyakinan,
menemui jawapannya kepada beberapa persoalan asas. Nyata apa yang
dicadangkan oleh abah mempunyai kebenaran dan logik sains. Abah memberi
idea berdasarkan pengalaman dan saya memberi penjelasan secara sainti k.
(Nota: Penerangan dan nota secara terperinci dinyatakan melalui Lampiran 1).
“Bismillahirrahmanirrahim, Subhanallah, Allahuakbar.”

Saya berdiri di laluan itu, memberatkan badan ke arah kanan, membiarkan


mereka yang berada di belakang menolak ke hadapan dengan kepercayaan dan
harapan supaya amalan sunat tidak menjadi haram. Kedua-dua tangan saya
berpegangan dan diletakkan searas dengan bahagian ‘kawasan larangan’.
Saya tidak mahu menolak sesiapa tetapi cuba sedaya upaya menguatkan
kuda-kuda. Saya terasa ia semacam satu perlawanan bola sepak yang
memerlukan stamina tinggi. Namun, saya sentiasa bergerak ke hadapan kerana
mereka yang mencium Hajarulaswad hanya seketika. Tiba-tiba, seluruh muka
saya berada di dalam ‘sarang’ Hajarulaswad. Ia cukup ajaib. Saya terasa seolah-
olah saya bersendirian dalam dunia sendiri. Dapat memerhatikan bentuk
sebenar batu itu. Masa yang cukup panjang dalam keadaan yang memerlukan
kecepatan tindakan. Lalu, saya mengucup Hajarulaswad. Realiti sebenar, ia
berlaku pantas. Kaki saya menolak tebing Kaabah dan meluncur ke belakang
tanpa sebarang masalah.
Alhamdullillah.

Saya benar-benar gembira. Lalu, saya bercerita kepada Roza, Kak Mie, dan
Azlina, “Hari ini saya berjaya mencium Hajarulaswad mengikut teori abah.
Tidak sampai 10 minit. Saya rasa sekejap sahaja. Apabila saya perhatikan, laluan
yang abah cadangkan secara relatifnya lebih mudah dan mengambil masa yang
singkat. Bagaimanapun, saya percaya hanya mereka yang mempunyai tenaga,
stamina, dan kuat sahaja yang dapat mencium Hajarulaswad.”
Sambil memandang kepada Roza, saya menyambung, “Perbuatan ini hanya
sunat. Sesuai untuk orang lelaki. Orang perempuan tidak perlu, lagi pun ia
bahaya untuk kaum wanita.”
Roza merenung saya dan berkata, “Sekiranya Allah izin, saya hendak cium
Hajarulaswad juga.”
Saya diam, membiarkan persoalan itu berlalu begitu sahaja.

Maal Hijrah Di Makkah


"Di depan adalah dinding kaabah dan di atas kepala adalah cucur
emas. Selepas Solat sunat hajat. taubat dan berdoa ketika sujud
sepenuh hati dan perasaan."

B
uat pertama kali dalam hidup, saya berpuasa sunat menyambut maal
hijrah. Sambutan tahun baru untuk umat Islam. Sebagai satu rekod ia
adalah sambutan untuk tahun 1428 Hijrah. Sambutan menjadi lebih
signi kan kerana saya berada di Tanah Suci Makkah dan selesai menunaikan
fardhu haji. Sambutan tahun baru ini tetap menjadi ingatan kerana pada masa
ini saya diajar berkenaan kekuasaan, keesaan, dan keagungan Allah s.w.t. yang
menusuk kalbu. Saya ditunjukkan, “Tiada Tuhan yang berhak disembah,
melainkan Allah”. Dia yang berkuasa di atas segala-galanya.
Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah. Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
hari, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy bagi mengatur segala urusan. Tiada seorang
pun yang memberi syafaat, kecuali selepas ada izinnya. (Zat) yang demikian itu Allah, Tuhan
kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?
(Surah Yunus, ayat 3)

Bagaimana?
Hari terakhir 1427 Hijrah, selepas waktu Asar dan menjelang waktu
Maghrib kami semua membaca doa akhir tahun sambil menghadap Multazam.
Benar, selama ini saya tidak pernah ambil kisah berkenaan sambutan tahun
baru, sama ada Islam ataupun tidak Islam. Apatah lagi membaca doa-doanya.
Tahun baru berlalu ataupun tiba tanpa sebarang reaksi daripada saya. Ia adalah
hari cuti yang biasanya dipenuhi dengan perlawanan golf bersama rakan-rakan.
Itu adalah tahap kejahilan diri sendiri. Sesekali ter kir, “Masih banyak perkara
yang perlu saya pelajari. Apakah masih sempat sebelum saya dipanggil oleh
Allah?”
Tahun ini berbeza. Saya diajar oleh Roza dengan beberapa perkara sunat
yang dapat dilakukan sempena berakhirnya satu tahun. Seterusnya menyambut
tahun baru untuk orang Islam. Amalan-amalan ini menjadi lebih mudah
dilakukan kerana kami sememangnya sedang melakukan ibadat sepenuhnya.
Itu adalah tujuan asal berada di Tanah Suci Makkah ataupun Madinah. Kami
mahu mencari keredhaan-Nya. Lalu, di hadapan Kaabah kami menyatakan
keinsafan kepada apa yang kami lalui setahun yang lalu. Tentu sekali kami
bersyukur dengan segala nikmat yang dianugerahi olehnya. Kami memohon
keampunan dengan Allah s.w.t.
“Ya Allah apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang engkau larang, tetapi kami tidak
bertaubat dengannya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya. Engkau
masih berlembut kepada kami padahal Engkau berkuasa menyeksa kami sampai kami
bertaubat daripada-Mu selepas dengan beraninya kami menderhakai-Mu, maka kami
memohon keampunan-Mu, maka ampunkan kami.”

Sejurus selepas maghrib, bermula tahun baru. Kami memulakan tahun 1428
Hijrah dengan membaca doa awal tahun yang secara umumnya memohon
kerahmatan, keselamatan, tau k, dan hidayah-Nya.
“Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim dan awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang
besar dan pemurah-Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami
pohonkan kepada-Mu supaya terpelihara daripada syaitan yang direjam, para
penolongnya, dan tentera-tenteranya. Dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu
yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dengan amalan
yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya.”

Kami memang berniat bagi memulakan tahun baru ini dengan amal ibadat
sepenuhnya. Pertama dengan berpuasa. Mengerjakan umrah sunat dan
melakukan tawaf sunat berselang-seli dengan solat sunat dan bacaan Al-Quran.
Pada hari itu, kami tiba dari Tanaim (Tanah Halal) sekitar pukul 2.50 pagi.
Kami terus bertawaf, solat sunat tawaf, berdoa, minum air zamzam, saie, dan
bertahalul yang mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit. Itu adalah satu
tempoh masa yang pantas berbanding waktu siang.
Saya kir, itu adalah anugerah Allah s.w.t. kepada hambanya yang bangun
awal. Selesa, pantas, dan tenang. Selesai bertahalul, kami beredar kembali ke
dataran utama mencari tempat mustajab bagi memulakan solat tahajud, taubat,
hajat, dan membaca Al-Quran sementara menunggu waktu solat subuh. Waktu
pagi kami berakhir sekitar pukul 7 pagi. Pada ketika ini, kami berada di dalam
bilik dan bersiap sedia melelapkan mata.
Pukul 10 pagi, kami sudah bersiap untuk kembali ke Masjidil Haram. Pada
waktu ini, saya dapat menumpukan masa bagi membaca Al-Quran. Sasaran
saya, 30 muka surat sehingga 35 muka surat sehari. Saya sudah mengenal
huruf, tetapi bacaan tidak selancar mereka yang bertahun-tahun hidup bersama
Al-Quran. Saya memerlukan masa yang lebih panjang. Namun, saya bertuah
kerana mempunyai seorang adik yang sanggup membantu. Azlina yang sentiasa
berada di sisi mendengar dan membetulkan bacaan.
Malah, beliau berkorban masa ibadatnya semata-mata membantu abangnya
yang tidak pernah khatam Al-Quran. Saya mengucapkan terima kasih kepada
Azlina. Saya katakan kepadanya, “Semoga apa yang Azlina lakukan ini
mendapat ganjaran lumayan di kemudian hari. Abang sentiasa mengingati dan
menghargai saat-saat ini.”
Namun, dalam kesibukan Azlina memerhatikan bacaan saya, dia sendiri
berjaya khatam Al- Quran bersama-sama saya dan Roza pada tempoh waktu
yang sama.
Selepas zuhur, kami berjalan pantas pulang ke hotel. Masanya cukup
pendek. Kami perlu sedikit rehat terutamanya untuk ke tandas. Sekiranya
diizinkannya melelapkan mata, 10 minit ataupun 20 minit dapat
mengembalikan tenaga untuk digunakan pada sebelah petang. Kami sampai di
hotel sekitar pukul 1.10 tengah hari. Pukul 2.30 petang kami mula beredar
menunaikan solat asar yang berlangsung pada pukul 3.40 petang. Masa di
Masjidil Haram hanya berakhir sekitar pukul 8 malam.
Pada hari maal hijrah, selesai solat asar, dalam keadaan letih selepas
menunaikan umrah, dan masih berpuasa, saya berjalan perlahan-lahan
melakukan tawaf sunat. Selesai tawaf dan solat sunat tawaf, saya bangun dan
bergerak menuju ke penjuru Hajarulaswad. Saya sendiri tidak dapat memahami
tindakan yang diambil. Tubuh benar-benar letih, lesu, dan tidak bermaya.
Apatah lagi ini bukan kali pertama saya mencium Hajarulaswad. Namun, kaki
terus bergerak ke sana. Tidak sampai enam minit, saya diizinkannya mencium
Hajarulaswad.
Saya menangis teresak-esak. Sekali lagi saya berjaya mencium Hajarulaswad.
Kali ini hati saya betul-betul tersentuh. Allah s.w.t. benar-benar menyayangi
saya dan memberi satu pengajaran yang cukup besar. Ia melibatkan persoalan
tauhid.
Saya berjalan dan sekali sekala berlari anak mencari Roza dengan air mata
berlinangan. Apabila mendapatkan Roza, saya bercerita, “Hari ini Allah
mengajar saya sesuatu. Ketika pertama kali saya mencium Hajarulaswad, saya
nyatakan kepada awak yang kita memerlukan stamina, kekuatan, dan tenaga
yang tinggi. Hari ini, ketika kaki saya longlai, letih, malah saya kir saya cukup
lemah, tiba-tiba saya tergerak hati untuk pergi mencium Hajarulaswad. Hati
saya merintih, ‘Saya nak cium Hajarulaswad? Aku letih ya Allah?’ Kaki
membawa saya pergi dan berjaya melakukannya dengan lebih cepat, mudah,
dan senang. Allah mengajar saya, Dia yang berkuasa di atas segala-galanya.
Walaupun kita letih, lemah, tidak berupaya, tetapi sekiranya Allah izinkan, kita
dapat melakukannya. Roza, saya sudah bersedia membawa awak mencium
Hajarulaswad. Solat taubat, hajat, dan minta doa banyak-banyak.”
Pada hari yang lain, sebelum subuh, saya membawa Roza ke arah
Hajarulaswad. Saya mengikuti laluan yang diajar oleh abah dan membiarkan
Roza bergerak di hadapan. Kami berdiri dan bergerak setapak demi setapak ke
hadapan. Tiada masalah. Tiada tolakan yang membebankan. Malah, Roza
boleh menjawab pertanyaan askar yang sedang berkawal, “Malaysia?” “Ya,
Malaysia,” jawab Roza. Akhirnya, Roza sampai di hadapan Hajarulaswad. Roza
melonjakkan badan ke atas supaya dapat mencium Hajarulaswad.
“Allahuakbar!” saya menjerit kuat dan menarik Roza keluar. Dia menangis
bahagia.
Saya meninggalkan Roza, Kak Mie, dan Azlina, beredar menuju ke Kaabah
bagi menjalankan tugas rutin membantu ibu-ibu yang mahu solat dalam jarak
sekaki dua di hadapan Kaabah. Tiba solat maghrib, sekali lagi saya berjaya
mendapat tempat di saf pertama untuk orang awam. Betul-betul di sebelah
kanan Imam Abdul Rahman, imam maghrib yang cukup terkenal. Ketika kami
selesa menunggu masuk waktu berbuka, pegawai masjid bertanya: “Rosa?
Rosa?, Puasa? Puasa?” Saya mengangkat tangan dan saya dibekalkan dengan tiga
jenis kurma bermutu tinggi. Saya makan sebiji dan menyimpan selebihnya di
dalam beg sandang untuk berkongsi rasa dengan Roza, Kak Mie, dan Azlina
yang berada di barisan belakang dataran.
Sebagaimana yang saya nyatakan dalam bab terdahulu, saya memahami dan
merasai istilah khusyuk di Masjidil Haram. Saya menghayati sepenuh perasaan
bacaan Imam Abdul Rahman As-Sudaisy yang memecah kesunyian waktu
maghrib. Saya tidak memahami makna sebenar ayat yang dibaca, tetapi benar-
benar merasai rasa marah, sedih, sayu, rayu, amaran melalui bacaan surah
beliau. Nikmatnya menyambut maal hijrah di Kota Makkah, berbuka puasa di
Masjidil Haram, melakukan ibadat umrah, mencium Hajarulaswad, dan
bertawaf sunat dalam suasana yang cukup istimewa. Apakah ia sudah berakhir
di situ?
Selepas selesai solat maghrib, sekali lagi saya cuba melakukan tawaf sunat.
Ketika menuju pusingan pertama untuk berniat, hampir di pintu Hijir Ismail,
saya menjenguk-jenguk kawasan dalamnya. Manusia kelihatan padat. Tiba-tiba,
ada jemaah yang cuba merempuh masuk. Saya terdorong ke hadapan ke arah
ruang Hijir Ismail. Ya Allah, aku tidak berniat ke sini. Tetapi, atas kekuasaan
dan ketentuannya, saya berada betul-betul di bawah cucur emas, satu tempat
yang mustajab untuk berdoa. Di hadapan adalah dinding Kaabah dan di atas
kepala adalah cucur emas. Selepas solat sunat hajat, taubat, dan berdoa ketika
sujud sepenuh hati dan perasaan. Diam-diam saya memohon doa supaya
seluruh keluarga diberkatinya.
Sekiranya Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada-Mu, maka tidak ada yang dapat
menghindarkannya kecuali Dia. Dan sekiranya Allah menghendaki kebaikan untuk kamu,
maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada
siapa yang dikehendakinya, antara hamba-hambanya dan Dia yang maha pengampun lagi
maha penyayang.
(Surah Yunus, ayat 107)

Niat saya bagi melakukan ibadat tawaf terbatal akibat kesuntukan masa. Selepas
isyak, kami berempat menyeberangi Kaabah, terus menuju ke pintu satu, iaitu
kawasan mewah bagi menjamu selera. Hadiah untuk diri sendiri. Hadiah
kerana berpuasa menyambut maal hijrah. Mulut tidak putus-putus bercerita
pengalaman kami menyambut maal hijrah di Masjidil Haram.
Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau anugerahkan.
Ampunilah dosa-dosa kami. Subhanallah, Allahuakbar, Astagh rullah.

Kuat dan Bertenaga?

“Saya sentiasa berhati-hati kerana pergerakan kami sentiasa di awal


pagi ketika majoriti jemaah yang lain masih diulit mimpi.”

K
ami memang berniat bagi memulakan tahun baru ini dengan amal
ibadat sepenuhnya. Pertama dengan berpuasa, mengerjakan umrah
sunat, dan melakukan tawaf sunat berselang-seli dengan solat sunat
dan bacaan Al-Quran. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk berniat
umrah di Tanaim, iaitu Tanah Halal.
Pukul 2 pagi, kami berkumpul di hadapan lif hotel. Kesemua menghadap
kiblat, saya membaca doa rutin dengan diaminkan oleh tiga pengikut setia,
iaitu Roza, Azlina, dan Kak Mie. Kami berdoa dan memohon kepada Allah
s.w.t.
“Ya Allah, kami bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau berikan sepanjang kami
berada di Makkah. Kami mohon keampunan, berikan keberkatan-Mu, kerahmatan-Mu, dan
tau k hidayah-Mu. Ya Allah, kami mahu melakukan ibadat umrah sunat dan permudahkan
kami, jauhi kami daripada mereka yang suka menipu, berikan ruang dan tempat yang
mustajab di Masjidil Haram dan jangan Engkau pesongkan hati kami. Kami datang ke mari
semata-mata untuk-Mu ya Allah. Semata-mata untuk beramal ibadat kepada-Mu ya Allah.
Ampunilah kami ya Allah.”

Setiap kali berkunjung ke Tanah Halal untuk berniat umrah, kami pasti
memasukkan doa supaya Allah s.w.t. menghindarkan kami daripada mereka
yang suka menipu. Sebenarnya, ia dituju khusus kepada pemandu teksi
ataupun van yang dikatakan suka mengambil kesempatan daripada jemaah haji.
Saya sentiasa mengingati pesan orang ramai. “Sekiranya menaiki teksi bersama
isteri, pastikan orang lelaki yang masuk dahulu dan sekiranya keluar, biar kita
yang terakhir.”
Sudah banyak kes yang berlaku, kaum wanita dilarikan oleh pemandu teksi
dan hilang untuk selama-lamanya. Saya sentiasa berhati-hati kerana pergerakan
kami sentiasa di awal pagi ketika majoriti jemaah yang lain masih diulit mimpi.
Namun di atas segala-galanya, kami mempunyai keyakinan yang Allah s.w.t.
tempat untuk kami mengadu dan berserah. Keyakinan dan keikhlasan kepada-
Nya menyisihkan kami daripada menghadapi masalah itu. Malah pada setiap
ketika, kami menemui pemandu teksi yang bertimbang rasa, beradab, dan
tertib. Dia langsung tidak membebankan. Kos pengangkutan untuk perjalanan
dua hala Makkah – Tanaim – Masjidil Haram untuk sebuah teksi adalah 20
riyal. Ada masanya saya tergerak hati untuk bersedekah kepada mereka lantaran
adab dan tertib murni yang mereka pamerkan kepada kami sekeluarga.
Kami menyambut tahun baru dengan menggandakan amal ibadat. Namun
hakikat sebenar, hampir setiap hari kami berumah tangga di Masjidil Haram.
Kami meninggalkan hotel pada pukul
2 pagi dan pulang untuk bersarapan, tidur, dan berehat pada pukul 7 pagi.
Pukul 10 pagi kami beredar semula untuk solat sunat dhuha, membaca Al-
Quran, dan solat zuhur. Pukul 1.30 petang kami pulang ke hotel semula bagi
melelapkan mata dan mengumpul tenaga. Akhir sekali kami bertolak
menunaikan fardhu asar pada pukul 3 petang dan hanya pulang selepas waktu
isyak di sekitar pukul 8 malam. Jumlah keseluruhan kami berada di Masjidil
Haram adalah 13.5 jam.
Ada orang bertanya kepada saya, “13 jam di Masjidil Haram? Saya tidak
dapat melakukan seperti saudara. Saudara masih muda dan kuat.”
Jawapan saya ringkas, “Saya tidak kuat. Saya ada penyakit darah tinggi dan
diabetes. Dua bulan sebelum ke sini, saya dimasukkan ke hospital. Saya
terpaksa melakukan pemeriksaan Angiogram, iaitu pemeriksaan jantung kerana
disyaki terdapat sekatan kepada tiga saluran darah. Saya tidak dapat berjoging
kerana denyut nadi saya akan naik sehingga mengganggu pernafasan. Secara
zahirnya, saya bukan seorang insan yang mempunyai tahap kesihatan terbaik.”
Namun, enam bulan sebelum berangkat, kami sentiasa berdoa kepada Allah
s.w.t.
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, berilah rasa kasih, sayang, cinta kami kepada Masjidil
Haram supaya hati kami sentiasa berada di sana, supaya kami dapat beramal ibadat
kepada-Mu. Ya Allah aku dijemput oleh-Mu, terimalah aku sebagai tetamu-Mu yang
istimewa. Ya Allah, tetamu yang istimewa.”

Saya kir Allah s.w.t. mendengar permintaan hamba-Nya. Dia


mempertimbangkan permohonan saya dan secara jelas dan nyata, Allah s.w.t.
memberi segala kekuatan zikal dan mental. Sebagai seorang manusia, saya
tahu kekuatan yang ada pada diri sendiri. Apa yang berlaku di Masjidil Haram
adalah di luar batas-batas kebiasaan yang tidak pernah saya lalui selama 42
tahun hidup di muka bumi ini. Malah, ada ketika, saya meminta kepada Allah
s.w.t. dengan permintaan yang mungkin tidak pernah dipohon oleh orang lain.
Saya mohon kepadanya secara spesi k.
“Ya Allah, aku berkunjung ke rumah-Mu nanti hanya semata-semata untuk beramal ibadat
kepada-Mu. Jangan Engkau pesongkan hasrat kami ini. Jangan Engkau duga kami dengan
dugaan yang tidak mampu kami hadapi. Ya Allah, tutup pintu hati kami daripada
berbelanja yang sia-sia di Makkah dan Madinah. Tutuplah pintu hatiku, isteriku, adikku, dan
kakakku supaya kami tidak menghabiskan masa dengan berbelanja semata-mata sehingga
melalaikan daripada melakukan amal ibadat kepada-Mu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu
dengan sebenar-benar permohonan. Aku mohon keredhaan-Mu.”

Namun di atas segala-galanya, kita perlu tahu apa yang kita kehendaki daripada
kegiatan menunaikan fardhu haji. Konsep dan falsafah haji yang dapat
menyentuh hati dan perasaan perlu difahami bagi membangkitkan rasa mahu
yang terbaik di sisi Allah s.w.t.
Teori Saf

“Teori saf mengajak kita mencari tempat terbaik untuk solat di masjidil Haram.”

A
sar dan zuhur adalah dua waktu solat untuk Roza, Kak Mie, dan Azlina
berada di luar kawasan dataran. Pastinya mereka tetap menghadap
Multazam, dapat melihat Kaabah secara jelas, dan solat dengan selesa.
Bukankah itu doa mereka hampir setiap waktu, setiap hari, dan berbulan-bulan
lamanya.
Saya terkecuali. Saya masih mahu solat sehampir mungkin dengan imam.
Sehampir mungkin dengan Kaabah. Panas mentari bukan satu alasan. Apatah
lagi selepas bertahun-tahun biasa bermain golf ketika matahari berada di
puncak kepala. Cuma, selepas beberapa ketika belajar dan mengkaji suasana
dan kedudukan Masjidil Haram, akhirnya saya berjaya mengemukakan satu
teori berkaitan dengan saf.
“Selagi ada jemaah yang sedang melakukan tawaf, selagi itu kita mempunyai saf untuk
solat sehampir mungkin dengan Kaabah.” (Teori Saf Masjidil Haram)

Bagaimana? Sebagai seorang lelaki, Allah s.w.t. memberi sedikit kelebihan.


Allah s.w.t. mengajar saya supaya mengkaji dan meneliti keadaan secara ilmiah.
Membuka pintu hati bagi melihat apakah yang sebenarnya berlaku di kawasan
solat yang begitu hampir dengan Kaabah. Saya cuba ber kir bagaimana kita
dapat memanfaatkan keadaan itu bagi mendapat saf yang terbaik. Apatah lagi
pengalaman hampir setiap waktu di hadapan Kaabah memudahkan saya
membuat pemerhatian. Itu yang ingin saya sampaikan kepada adik-beradik,
sahabat handai, dan mereka yang sudi mendengar dan berkongsi pengalaman.
Pertimbangkan keadaan ini. 30 minit hingga 40 minit sebelum masuk
waktu, askar-askar yang mengawal di kawasan hadapan Kaabah mula
mengarahkan jemaah haji membina saf pertama. Sekiranya kita bercadang
untuk solat di saf yang paling depan untuk orang awam, berdiri di sini dan
tunggu arahan mereka. Sekiranya kita diizinkannya, secara mudah kita berada
pada saf pertama. Saf-saf berikutnya terbina secara automatik. Mereka yang
sedang bertawaf beranjak ke belakang secara spontan.
Saf-saf juga terbina bermula dari belakang dataran Kaabah sehingga ke
tempat orang sedang bertawaf. Maksud saya, ketika hampir waktu solat, orang
yang sedang tawaf akan bertawaf di antara dua kumpulan saf. Satu kumpulan di
hadapan Kaabah dan satu kumpulan lagi berada di belakang mereka.
Jemaah yang tawaf tidak pernah berhenti kecuali ketika imam sudah benar-
benar mahu memulakan solat fardhu. Sekiranya kita mahu solat hampir dengan
Kaabah, tetapi masa kian suntuk, percaya apa yang perlu kita lakukan adalah
dengan bergerak secara beradab dan tertib ke arah kumpulan yang sedang tawaf
sehingga kepada saf yang terakhir di hadapan Kaabah.
Duduk di mana-mana yang kita suka. Saya syorkan supaya menghadap
Multazam. Mereka yang sedang tawaf akan berkurang dan beranjak satu saf ke
belakang. Tidak sampai 30 saat kemudian, saf yang kita mulakan dipenuhi oleh
jemaah lain. Begitu seterusnya sehingga imam memulakan solat dan setiap saf
dipenuhi.
Teori saf mengajak kita mencari tempat yang terbaik untuk solat di Masjidil
Haram. Ia bukan satu perkara yang sukar, cuma perlukan kemahuan dan
keinginan yang tinggi. Bukankah kita mahu menjadi jemaah yang terbilang di
sisinya?

Talbiah

"Ironinya apabila pulang dari Mina, mereka terus berehat dan


membesarkan tidur seolah-olah kesihatan menjadi lebih utama."

M
enunaikan fardhu haji selalunya diiringi dengan impian dan
harapan. Namun, di sana-sini, realiti selalunya berbeza dengan
harapan dan impian. Saya menyangka, di Makkah manusia sentiasa
berlumba-lumba bagi melakukan amal ibadat. Tiada yang lain kecuali
meluangkan masa sepenuhnya bagi menghadap-Nya dengan sungguh hati dan
perasaan.
Realitinya tidak begitu. Di sekeliling Masjidil Haram, suasana keagamaan
tidak muncul. Manusia sibuk membeli-belah, mengingati siapa lagi yang belum
dibeli cenderamata, walaupun meninggalkan waktu solat di Masjidil Haram
dan sanggup solat di Masjid Kuching, di atas jalan raya.
Ramai pula yang sentiasa mencari-cari waktu supaya waktu rehatnya
mencukupi, dengan alasan menjaga kesihatan. Ini supaya ketika wuquf nanti
mereka sihat sejahtera. Kata mereka, Wuquf di Arafah, berada di Muzdalifah
dan melaksanakan ibadat melontar di Mina adalah kemuncak haji. Jaga
kesihatan sebelum selesai kesemua ibadat itu.
Ironinya, apabila pulang dari Mina, mereka terus berehat dan membesarkan
tidur seolah-olah kesihatan yang menjadi lebih utama. Masa tidur dijaga
sepenuhnya. Hatta sampai azan berbunyi mereka masih lagi berdengkur
mencari kesihatan yang berpanjangan. Lalu, mereka solat di bilik hotel,
ataupun ketika berkejar ke Masjidil Haram, mendapat tempat di kaki lima,
ataupun di kawasan saie yang jelas bukan sebahagian daripada kawasan Masjidil
Haram.
Kejahilan saya, dengan ilmu yang sedikit, saya menjadi pendakwah
sepanjang masa khas untuk rakan sebilik. Saya membaca dengan kuat kelebihan
berada di Masjid Haram. 20 peratus khusus ganjaran melihat Kaabah, 40
peratus solat di hadapannya, dan 60 peratus melakukan tawaf. Saya bertanya
kepada diri sendiri, tetapi bercakap dengan nada yang kuat.
“Mengapalah kita sanggup membodohkan diri sendiri dengan tidak melakukan amal
ibadat di tempat yang sepatutnya? Di Malaysia kita adalah manusia yang sibuk. Di sini, kita
tetap sibuk.”

Saya sedih melihat tidak sampai 50 peratus daripada rakan sebilik yang sanggup
berhempas pulas berkejar ke Masjidil Haram. Di mana silapnya? Entah.
Dari sudut yang berbeza, saya menyangka, apabila kita berada dalam ihram,
kesemua jemaah haji lelaki akan bertalbiah dengan suara yang kuat dan lantang.
Ini sebagaimana yang diajar dan disaksikan melalui video-video haji yang
terdahulu. Di Kelana Jaya, suara kaset yang membantu laungan talbiah jemaah
haji. Saya sendiri masih teragak-agak untuk bertalbiah sekuat hati.
Saya sendiri tidak pandai bertalbiah. Asalnya, berbelit-belit macam mualaf
yang baru belajar Al-Quran. Itu adalah tahap kemampuan saya. Lalu saya minta
guru Al-Quran saya mengajar secara khusus bagaimana untuk bertalbiah. Dia
senyum, tetapi kagum dengan kehendak dan kemahuan saya. Apabila pandai,
saya nyatakan kepada Roza, “Apabila berada dalam kapal terbang nanti, saya
akan minta pembesar suara daripada pramugari. Saya akan menjadi ketua
untuk kita bertalbiah.”
Roza ketawa dengan keinginan dan kesungguhan itu. Ringkaskan cerita,
apabila sudah sampai di Miqat, diumumkan sudah boleh berniat dan boleh
bertalbiah, seluruh kapal terbang sunyi sepi. Mengapa mereka tidak bertalbiah?
Halus-halus terdengar suara saya yang masih lagi ketakutan sama ada sebutan
Arab bersesuaian dengan sebutan yang sebenarnya. Akhirnya, saya tertidur
dalam kerunsingan sama ada saya berada di pihak yang benar ataupun seorang
insan yang over-excited.
Perjalanan Makkah - Arafah juga tidak terkecuali. Namun, saya bertekad.
Saya tidak mahu mensia-siakan ibadat haji saya. Hampir separuh perjalanan,
saya seorang sahaja yang bertalbiah, sekuat-hati, sepenuh perasaan, sepenuh
jiwa, sesekali diikuti oleh mereka yang berada di sekitar saya. Pada ketika itu,
saya ter kir biar saya menjadi manusia ekstrem.
Setiap kali menunaikan umrah, saya diajar supaya sentiasa bertalbiah selepas
berniat di Tanah Halal. Di dalam van, saya menyaksikan bagaimana manusia
lebih suka bersembang-sembang sepanjang perjalanan ke Masjidil Haram.
Lalu, saya bertalbiah. Lebih kuat mereka bercakap, lebih kuat suara saya.
Akhirnya, seorang demi seorang menjadi pengikut setia. Seluruh van bergema
tanpa henti dengan suara memuji-muji kebesaran Allah. Si kaki sembang
akhirnya terdiam dalam kebencian yang tersimpan di dalam hati. Buktinya,
apabila sampai di Masjidil Haram, saya terdengar suara yang bertanya, “Sudah
habis?”
Ibadat haji adalah tempoh masa bagi melakukan amal ibadat semaksimum
mungkin. Biar kita sibuk menghadap Allah s.w.t. Berjuang bagi menjadi yang
terbaik. Berserah kepada-Nya semoga kita tidak menjadi manusia yang riyak,
takbur, dan berbangga diri.
Astagh rullah.

Sesat Di Arafah

“Mulut tidak henti-henti berdoa supaya dipermudahkan untuk kami sampai ke khemah.
Alhamdulillah, Akhirnya selepas lima jam , kami sampai jua di khemah padang Arafah.".”

Astagh rullah. Astagh rullah. Astagh rullah.


ab ini dimulakan dengan menyebut Astagh rullah yang bermaksud ‘aku m

B
keampunan-Mu ya Allah’ kerana beberapa sebab. Satu sebab utama
kerana tidak mahu berburuk sangka kepada sesetengah masyarakat kita
yang suka mendengar kisah-kisah yang bersangkut dengan kesusahan,
cabaran, atau dugaan yang dialami di Makkah dan Madinah.
Apabila ditanya, jawapannya mudah. Kami tidak mengalami kesusahan,
yang ada hanya dugaan dan setiap dugaan itu membawa nikmat tersendiri.
Setiap peristiwa sentiasa membawa sesuatu pelajaran dan pengajaran. Kita
sentiasa belajar. Ubat kepada cabaran, dugaan atau kesusahan cukup mudah
untuk diatasi di Makkah dan Madinah. Tanpa kos. Malah ia cukup mujarab.
Berbisiklah pada diri sendiri dengan sesungguh hati dan perasaan, dan
berdoa kepada Allah s.w.t.
“Astagh rullah, Subhanallah, Alhamdulillah, Ya Allah, ampuni diriku, aku datang ke sini
semata-mata kerana-Mu, lindungilah diri kami sekeluarga, permudahkan kami, ampunilah
kami.”

Akhirnya, kesusahan, dugaan ataupun cabaran bertukar menjadi satu


pengalaman yang memberi pengajaran betapa agung dan esanya Allah s.w.t.
Bukankah segala-galanya terletak di atas kepercayaan dan keyakinan kepada
yang Satu?
Wuquf di Arafah, 8 Zulhijah. Kami diminta bersiap sedia untuk bertolak ke
Arafah. Bas dijangka tiba pada pukul 9 pagi. Perjalanan Makkah – Arafah,
kebiasaannya mengambil masa hanya 40 minit. Ini adalah kemuncak kepada
kegiatan haji. Sesiapa yang tidak sempat berwuquf (bermula daripada gelincir
matahari pukul 12.30 tengah hari sehingga terbenam matahari pukul 5.30
petang pada 9 Zulhijah di Arafah, hajinya terbatal. Jemaah perlu berada di
Arafah hanya seketika di antara masa itu. Tiada dam atau denda yang dapat
menggantikan ibadat ini.
Penantian satu penyeksaan. Bas dijangka tiba pada pukul 9 pagi. Kami
sudah bersiap sedia bermula jam 8 pagi. Namun, bas tidak muncul-muncul.
Pukul 2 petang, bas masih belum muncul. Pukul 6 petang. Kami masih di bilik.
Akhirnya selepas menunggu hampir 12 jam, baru bas yang sepatutnya
membawa kumpulan kami muncul. Itu pun tidak serentak. Kami bertolak tepat
jam 9 malam.
Apabila bas mula bergerak, saya bertalbiah kuat-kuat dengan harapan ada
jemaah lain yang mengikut. Saya lakukan selama 30 minit tanpa henti. Namun,
tiada pengikut. Mereka lebih suka bersembang dan mula bersungut mengenai
kelewatan 12 jam yang dialami. Akhirnya, saya tewas bersama keletihan badan.
Diulit mimpi.
Cabaran atau dugaan kami tidak berakhir di sini. Perhatikan catatan Azlina
yang menceritakan perasaan diri semasa perjalanan Makkah ke Arafah bagi
menunaikan ibadat wuquf:
Logiknya, perjalanan ke Padang Arafah memakan masa 30 minit hingga 40
minit sahaja. Namun, bas yang kami naiki mengambil masa sehingga 5 jam.
Mengapa? Saya tidak kir yang faktor kesesakan jalan raya menjadi penyebab.
Bagaimanapun, saya lebih berkeyakinan yang kumpulan kami kurang
bertalbiah. Bukan mengata orang sekeliling, tetapi memang kurang yang
bertalbiah. Ya Allah, inikah bentuk ujian-Mu. Namun kami redha. Ketika bas
asyik berpusing-pusing di tempat yang sama. Mulut tidak henti-henti berdoa
supaya dipermudahkan untuk kami sampai ke khemah. Alhamdulillah.
Akhirnya, selepas lima jam kami sampai jua di khemah Padang Arafah.
Saya sendiri melakukan perkara yang sama. Berzikir, berdoa, dan bertalbiah
sepenuh perasaan. Juga, membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya tahu sambil
memohon keampunan-Nya. Saya yakin, proses pengajaran dan pembelajaran
sentiasa berlaku. Namun pada ketika itu, bukan tiada jemaah yang sudah
mengeluarkan kata-kata kecewa dalam nada yang membayangkan ia adalah
kesilapan manusia, kesilapan yang ditujukan kepada pihak Tabung Haji.
Percayalah, keistimewaan yang Allah s.w.t. beri bukan setakat dapat dilihat
ataupun dirasai oleh deria enam, tetapi nikmat Allah s.w.t. itu adalah ketika
senang ataupun susah.
Bukankah Allah lebih mengetahui berkenaan apa yang kamu tidak ketahui? Maka nikmat
Tuhan yang manakah kamu dustakan?

(Surah Ar-Rahman, ayat 36)

Kami tiba di Arafat sebelum pukul 12 malam. Tiada kesesakan lalu lintas.
Kesemuanya kelihatan tenang. Masalahnya, kami tidak berjumpa dengan
khemah sendiri. Bas berpusing-pusing di tempat yang sama. Pemandu dan
pihak Muassasah yang menjadi penunjuk arah juga sudah kebingungan.
Akhirnya, kami berhenti pada suatu tempat dan menunggu bantuan. Kami
tiba di khemah di sekitar pukul 2 pagi selepas lima jam berlepas daripada
Makkah. Besoknya baru kami tahu, hampir kesemua kumpulan kami memang
lewat sampai di Arafah. Namun, ia tidak mengganggu jadual wuquf yang
bermula selepas gelincir matahari pada hari yang sama.
Adakah ia satu pembalasan ataupun pengajaran?

Wukuf

“Saya berniat untuk keluar khemah semula 30 minit sebelum masuk waktu maghrib. Ia
dijangkakan waktu yang indah. Dosa-dosa akan diangkat ke langit.”

E
mak dan abah beria-ia menasihatkan kami supaya melakukan ibadat
sepenuhnya semasa wukuf di Arafah. Pesan ini yang menjadi penanda
aras kami.
“Kamil, wukuf di Arafah adalah kemuncak haji. Ia masa yang pendek. Mula masuk waktu
zuhur sampai terbenam matahari. Di sana lebih kurang lima jam sahaja. Ajak Roza dan
keluarlah dari khemah. Cari tempat lapang ataupun berlindung di bawah pokok sekiranya
panas. Berdoalah kepada Allah. Tuhan sudah berjanji, doa kita diangkat ke langit dan diberi
pengampunan. Kita akan suci sebersihnya. Bawa buku doa. Baca semua sekali, doa untuk
anak-anak dan doa untuk kerjaya. Paling penting, bertaubat. Makan awal. Masuk sahaja
waktu zuhur tidak perlu bersembang-sembang ataupun baru hendak makan. Saat ini
adalah saat beramal ibadat sepenuhnya.”

Ajaib. Melekat di hati kami seolah-olah ia adalah waktu yang penting sepanjang
musim haji. Wuquf di Arafah. Lalu, kami memerhatikan jadual kegiatan yang
dimaklumkan kepada jemaah. Kami bermula dengan solat zuhur berjemaah
dan diikuti dengan khutbah Arafah. Ia dijangka tamat pada pukul 2 petang.
Selepas itu, para jemaah boleh melakukan kegiatan bebas. Terpulang kepada
setiap individu.
“Ok. Nanti selepas khutbah Arafah, ramai orang akan keluar khemah dan mencari tempat
lapang untuk berdoa dan beramal ibadat. Kita kena cepat. Cari tempat yang strategik. Habis
sahaja khutbah, kita berkumpul di sini.”

Saya memberi arahan kepada Roza, Kak Mie, dan Azlina. Roza sendiri sudah
membuat tinjauan tempat yang dianggap lapang dan membolehkan kami
berempat duduk bersama-sama. Ia tidak jauh dari khemah kami sendiri.
Cuaca agak panas. Namun, sesekali tiupan angin kering melegakan keadaan.
Kami segera mencari tempat idaman. Tempat yang ditempah melalui hati dan
perasaan, dengan Allah semoga jemaah lain tidak mengambil tempat itu. Kami
berempat memilih tempat yang membolehkan kami memandang terus ke
langit. Pesan abah dan emak nampak logik dan kami yakin dengan apa yang
mahu kami lakukan. Sekurang-kurangnya kami fokus dan berniat menghadap
Allah s.w.t. dengan cara yang bersungguh-sungguh. Cara kami.
Pusingan pertama. Saya menjadi imam mengetuai bacaan doa. Kami
bermula dengan bacaan Al-Fatihah dan doa taubat. Benar, janji Allah s.w.t.
sentiasa benar. Dalam cuaca dan keadaan yang tidak kondusif, malah kami
belum benar-benar selesa untuk beramal ibadat, bibir mula menyebut, “Ya
Allah kami mohon keampunan-Mu,” air mata terus jatuh bercucuran
membasahi pipi.
Itu adalah kehebatan ataupun kenikmatan yang Allah s.w.t. berikan semasa
memohon kepada-Nya. Kami tidak dapat menahan sebak. Tersedu-sedu ibarat
kanak-kanak kecil yang ditinggalkan ibu. Niat kami satu. Mengharapkan
keampunan-Nya. Kami mahu Allah s.w.t. menerima kami dalam keadaan yang
bersih. Ia berlaku secara semula jadi.
“Ya Allah, sekiranya Engkau panggil kami, Engkau jemput kami, tempatkan kami dalam
kalangan orang-orang yang beramal soleh. Ya Allah, dengan rahmat-Mu, masukkanlah
kami ke dalam syurga-Mu. Syurga yang istimewa. Syurga yang istimewa. Syurga Firdaus, ya
Allah. Temukan kami di sana ya Allah.”

Esakan dan tangisan kami menarik minat jemaah yang berhampiran. Mereka
keluar silih berganti. Saya ternampak bayang-bayang mereka. Barangkali di hati
mereka berkata-kata, “Siapa yang gila duduk di luar khemah, berdoa, dan
menangis. Ini mesti golongan yang melampau.” Kami tidak mempedulikan apa
yang mereka kata, semuanya hanya sementara.
Kami habiskan satu buku himpunan doa. Bacaan doa yang paling panjang
yang pernah dibaca, melebihi dua jam. Air mata silih berganti bertukar. Sekejap
kering, sekejap basah. Tidak terasa masa berlalu pantas.
Selepas itu, kami pulang ke khemah bagi melakukan ibadat secara individu.
Saya ingin membaca Al-Quran dan berzikir sementara menunggu terbenamnya
matahari. Saya berniat keluar khemah semula 30 minit sebelum masuk waktu
maghrib. Ia dijangkakan waktu yang indah. Dosa-dosa diangkat ke langit.
Apabila sampai di khemah, saya dapat memerhatikan terdapat jemaah yang
sedang membaca Al-Quran, bertafakur sambil berzikir, dan ada yang sedang
solat sunat. Namun, lebih ramai yang membentuk kumpulan kecil untuk
bersembang dan ada yang sedang tidur menghilangkan kepenatan. Secara kasar,
ia terbahagi kepada dua. Mereka yang sedang beramal ibadat dan mereka yang
mungkin sedang berehat-rehat. Apa yang tersirat di hati mereka hanya Allah
s.w.t. yang tahu.
Sebelum maghrib, kelihatan awan kehitam-hitaman. Ia bergerak pantas
meninggalkan bumi Arafah. Beberapa orang daripada khemah kami berada di
luar menyaksikan kesayuan dan kesyahduan suasana. Kami membaca doa. Doa
yang saya baca hanya apa yang terlintas di hati. Berulang-ulang bibir menyebut
perlahan:
“Ya Allah, ampunilah aku. Ya Allah, ampunilah aku, Ya Allah, ampunilah aku. Ya Allah,
ampunilah aku.”

Matahari terbenam. Mata tunduk memandang bumi. Kami melalui satu saat
bermakna dalam konteks kehidupan seorang hamba kepada Penciptanya. Dosa-
dosa lampau, saya yakin diampunkan oleh-Nya. Mahukah kita berterusan
memainkan diri sendiri? Persoalan yang memerlukan jawapan segera.
Allahuakbar.
Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?
(Surah Ar-Rahman, ayat 36)

Perjalanan Makkah – Arafah yang kami tempuh cukup panjang walaupun


jaraknya hanya 21.9 kilometer. Namun, hakikat sebenar wuquf di Arafah cukup
singkat untuk mereka yang ingin mendapat keredhaan-Nya. Ia satu pengalaman
yang menarik.
Astagh rullah.

Sejuknya Muzdalifah

Saya masih ingat pesan ustaz yang memberi ceramah di kalana


jaya,"Tiada sesiapa yang akan ditinggalka".

ami bertolak ke Muzdalifah selepas solat maghrib dan isyak. Kelegaan selesai
berwuquf cukup hebat. Mengapa? Kemuncak ibadat haji adalah berwuquf di
K
Arafah. Mereka yang tidak berwuquf, maka tiada haji untuk mereka.
Ibadat-ibadat lain seperti melontar, tawaf, dan saie masih mempunyai
ruang masa dan tidak spesi k daripada tempoh waktunya.
Perjalanan Arafah – Muzdalifah tidak bermasalah. Ia melalui lebuh raya dan
jaraknya pun di sekitar 8 kilometer. Tidak sampai pun 10 minit. Menurut
cerita seorang teman, mereka sesat selama 18 jam, terlepas bermalam di
Muzdalifah dan terpaksa membayar dam.
Cabaran paling besar yang kami hadapi adalah pengalaman bermalam di
Muzdalifah. Ia menjadi  sebutan kerana kami melalui ujian zikal dan
kerohanian yang besar. Ia mencabar minda, zikal, dan janji kami kepada Allah
s.w.t. Ia membawa pengertian yang cukup besar. Malah, sekiranya saya
dibenarkan memberi pandangan, ingin saya katakan, peristiwa ini seolah-olah
mahu memberitahu kami, ‘sekiranya kita dapat melaluinya dengan tenang dan
sabar, nescaya tiada lagi cabaran yang lebih hebat’. Astagh rullah. Mengapa?
Penceramah Tabung Haji sering menyatakan jemaah haji Malaysia buruk
sifatnya apabila hendak menaiki bas.
“Mereka suka berebut-rebut, tidak mengikut arahan, dan mementingkan diri sendiri. Ia
memalukan. Jadi, saya mahu tuan-tuan semua tidak mengambil tindakan yang serupa.
Jaga nama baik Jemaah Haji Malaysia. Ingatlah, tingkah laku kita juga menjadi lambang
kepada jenis haji yang kita peroleh. Haji mabrur ataupun Marlboro. Masya Allah.”

Lalu, saya mengangkat tangan dan bertanya, “Ustaz, sekiranya saya tidak
berebut, adakah kemungkinan saya ditinggalkan?”
Ustaz itu menjawab, “Petugas Tabung Haji bertanggungjawab. Mereka akan
pastikan kesemua jemaah tidak ditinggalkan.”
Mengapa kita perlu berebut? Mereka yang berebut adalah mereka yang tidak
bersekolah. Tidak berilmu. Hati kecil berbisik-bisik, “Ya Allah, ampuni para
hamba-Mu ini.” Saya tidak dapat menerima kelakuan itu. Malah pada saya, ia
adalah kelakuan yang tidak logik dan tidak munasabah. Lalu saya nyatakan
kepada Roza, “Saya tidak mahu kita termasuk dalam masyarakat yang suka
berebut. Saya tidak kisah sekiranya kita yang terakhir meninggalkan mana-
mana tempat. Saya mahu yang terbaik di sisi-Nya.”
Itu adalah janji saya di Malaysia. Maka, saya peruntukkan sebahagian
daripada doa memohon supaya Allah s.w.t. memberi kesabaran kepada saya.
Hampir setiap malam saya menadah tangan dan berdoa:
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu. Semasa aku di Tanah Suci, jadikanlah aku sebagai
seorang yang sabar. Sabar dengan isteriku, sabar dengan adikku, sabar dengan kakakku,
sabar dengan rakan sebilik, sabar dengan semua orang. Ya Allah, hilangkanlah panas
baranku, berikanlah perasaan kasih sayang, cinta mencintai sesama kami.”

Kami tiba di Muzdalifah sekitar pukul 9 malam. Kumpulan kami diletakkan di


kawasan lapang yang mempunyai kemudahan tandas yang mencukupi. Tiada
masalah. Kami berdoa, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memerhatikan
keadaan sekitar. Ramainya orang. Semuanya masih dalam Ihram. Putih, bersih,
dan seragam dalam samar-samar cahaya lampu.
Selepas tengah malam, bas mula mengambil jemaah haji untuk bergerak ke
Mina. Ia menggunakan sistem shuttle, iaitu bas sentiasa berulang-alik tanpa
henti. Teorinya begitu, amalannya nyata berbeza. Pusingan bas kelihatan
lambat. Benar-benar lambat.
Kami bertekad untuk tidak berebut. Kami berempat masih muda. Biar
mereka yang bersama  golongan tua  mendahului barisan. Apa yang hendak
dikejar. Saya masih ingat pesan ustaz yang memberi ceramah di Kelana Jaya,
“Tiada sesiapa yang ditinggalkan.”
Lalu, kami bentangkan tikar. Berbantalkan beg pakaian, saya cuba mencuri
tenaga selepas sekian lama berjuang tanpa rehat. Pesan saya pada Roza,
“Kejutkan saya apabila semua orang sudah beredar.” Saya tertidur sehingga jam
3 pagi. Saya menjeling ke tempat jemaah berbaris. Kelihatan jemaah di kawasan
kami masih ramai yang belum beredar. Bas kelihatan tidak cukup lancar. Saya
tidak tahu mengapa. Sama ada disebabkan jumlah yang ramai ataupun jalan
yang sesak?
Cuaca semakin sejuk. Saya menggigil kesejukan. Ia lebih sejuk daripada
musim sejuk di Dundee ataupun Wales. Apatah lagi saya hanya diselimuti
dengan pakaian ihram. Roza, Azlina, dan Kak Mie mungkin lebih bernasib baik
kerana sempat membeli baju Long John yang sepatutnya dapat menahan
kesejukan sehingga di bawah paras beku. Mereka juga boleh menambah
pakaian sejuk sekiranya mahu. Saya tidak mempunyai selimut yang tidak
berjahit dan terpaksa bertahan dengan kain ihram yang tidak setebal mana. 
Saya tidak dapat melelapkan mata. Berpusing-pusing berjalan, menggosok-
gosokkan tangan, berzikir, berdoa, dan berdoa supaya tabah menghadapi
kesejukan yang cukup hebat. Badan menggigil. Tahap kesejukan sampai ke
otak. Terbayang yang minda sedang dibekukan secara perlahan-lahan. Hampir-
hampir tidak dapat ber kir. Pada ketika itu saya melihat ada jemaah yang
menghidupkan unggun api. Saya menumpang haba mereka. Kami bergilir-gilir
menghampiri api yang marak menyala. Allah s.w.t. menyelamatkan kami
daripada kesejukan. Pada ketika itu, ia sampai ke tahap maksimum. Kesejukan
ini menyebabkan dua rakan sebilik, iaitu warga emas demam dan hilang
ingatan sementara di Mina. Kedua-dua mereka dimasukkan ke hospital selepas
pulang semula ke Makkah.
Ringkaskan cerita, kami adalah kumpulan terakhir meninggalkan
Muzdalifah. Allah s.w.t. memberi izin dan kekuatan kepada kami sekeluarga
menunaikan janji memberi laluan kepada mereka yang lain. Hampir pukul 6
pagi baru kami muncul di khemah Mina. Ini adalah cabaran besar yang dapat
kami kirkan. Cabaran yang mengindahkan lagi pengalaman menunaikan
fardhu haji.
Pergerakan Haji Tamatuk

P
ergerakan haji tamatuk adalah seperti rajah berikut:

NOTA

Jaga pantang larang dalam ihram. Itu yang utama.

Rajah 1: Susunan mengerjakan haji tamatuk. Ia bermula dengan mengerjakan


ibadat umrah. Selesai tahalul umrah, jemaah haji bergerak ke Arafah bagi
memulakan ibadat haji.
Rajah 2: Sambungan ibadat haji tamatuk. Selepas wukuf di Arafah dan
melontar di Mina, para jemaah bertahalul awal. Kemudian, mereka bergerak
ke Masjidil Haram bagi mengerjakan tawaf dan sai. Sebelum meninggalkan
Makkah, diwajibkan mengerjakan tawaf widak. Kemudian, jemaah haji
digalakkan menziarahi Madinah, iaitu terletaknya makam Rasulullah s.a.w.
Akhirnya, mereka pulang dengan membawa kenangan yang manis.

Jamratul Aqabah

“Kami benar-benar ketakutan. Air mata saya mengalir selebat-


lebatnya. Ia tidak terkawal. Ia doa khusyuk yang pernah dilafazkan
kepada Pencipta.”

elepas wuquf di Arafah dan bermalam di Muzdalifah, kami bertolak ke Mina

S
S
bagi melakukan ibadat melontar. Walaupun ia mempunyai pelbagai
pilihan, kami memilih bagi melontar pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah.
Hati tergerak membuat pilihan ini selepas solat hajat, berdoa, dan
memohon kepadanya supaya diberikan ilham, dapat melakukan ibadat
melontar dengan cara yang terbaik. Terbaik untuk kami sekeluarga.
Mengikut jadual, kami melontar Jamratul Aqabah secara berkumpulan
pada sebelah malam, 10 Zulhijjah. Pada masa itu dikatakan keadaannya agak
selamat, tidak sesak, dan tidak mendapat gangguan daripada mereka yang
kurang bersopan santun.
Berkali-kali membelek dan membaca buku panduan haji. Secara jelas
dinyatakan, waktu yang baik melontar pada 10 Zulhijjah adalah pada waktu
dhuha. Sebelum waktu subuh, kami bangun solat hajat dan taubat supaya
memberi kekuatan akal dan zikal. Hati mula membuat pilihan, “Aku mahu
yang terbaik.” Tetapi, dalam masa yang sama masih berada dalam kegelisahan
dan ketakutan.
Pada 10 Zulhijjah, 7.30 pagi, kami bermesyuarat ringkas dan saya
mengemukakan satu pertanyaan kepada Roza, Kak Mie, dan Azlina, “Tabung
Haji bawa kita pada waktu malam, tetapi waktu yang baik adalaah waktu
dhuha. Waktu dhuha dikatakan tidak selamat, bahaya, dan orang bersesak-
sesak dengan mereka yang besar, gagah, dan ganas. Apa pendapat kamu?”
“Saya ikut Kamil,” jawab Kak Mie. “Saya juga,” jawab Azlina.
Roza mencelah, “Sekiranya boleh, kita pergi waktu paling baik.”
“Saya setuju kita pergi waktu dhuha. Jadi, pukul 9.30 pagi berkumpul di
sini,” Saya membuat keputusan.
Tentu sekali saya berbohong apabila mengatakan hati berasa tenang, aman,
dan yakin dengan keputusan yang dilakukan. Terpalit sedikit perasaan takut
dengan keselamatan tiga wanita yang menjadi tanggungjawab saya. Lalu,
ketika berkumpul di luar khemah sepenuh hati dan perasaan kami berdoa.
“Ya Allah, Engkau ampunilah kami, berikan keberkatan-Mu, tau k hidayah-Mu, dan
kerahmatan-Mu. Ya Allah, kami mahu melakukan ibadat melontar pada pagi ini. Dikatakan
pada waktu ini adalah waktu yang baik, tetapi keadaannya sesak dan keselamatan tidak
terjamin. Ya Allah, kami ingin pergi juga pada waktu ini, kami datang ke sini semata-mata
kerana-Mu.”
“Namun, kami takut, ya Allah. Bersama aku adalah isteriku, adik perempuanku, kakakku,
mereka adalah kaum yang lemah, aku tidak upaya menjaga keselamatan mereka, aku
serah mereka kepada-Mu. Engkau peliharalah keselamatan kami. Hanya engkau tempat
kami berserah. Berikan laluan dan lorong. Tidak ada yang lebih berkuasa selain daripada
Engkau. Tidak ada, ya Allah. Ampuni kami ya Allah. Ampuni kami ya Allah.”

Kami benar-benar ketakutan. Air mata saya mengalir selebat-lebatnya. Ia tidak


terkawal. Ia satu doa yang khusyuk, pernah dilafazkan kepada Pencipta.
Seumur hidup, ini adalah saat dan ketika seluruh tubuh dan perasaan
menyerah nasib dan takdir bulat-bulat kepada-Nya. Mata Roza, Kak Mie, dan
Azlina kemerah-merahan, merasai betapa kami akan melalui satu perjuangan
yang cukup besar. Selesai berdoa, Roza memegang tangan kiri saya dan Azlina
memegang tangan kiri Kak Mie. Saya berpesan, “Ikut sahaja ke mana saya
pergi.”
Kami melangkah dengan membaca Subhanallah, bertalbiah tanpa henti
dan berselang-seli dengan rabbi yassir, wala tuassir, “Ya Allah, mudahkan kami,
berikan laluan, berikan laluan.” Air mata sentiasa mengalir. Benar, saya benar-
benar takut dan berserah kepada-Nya. Gema bunyi tapak kaki dan suara
ribuan manusia yang melalui terowong Muassim benar-benar memberi
tambahan perasaan ketakutan.
Ya Allah, Subhanallah, maha suci Allah, maha pengasih Allah, saya tidak
berbohong sepanjang perjalanan kami sejauh 2.9 kilometer, Allah s.w.t.
sentiasa memberi ruang di antara tiga kaki hingga empat kaki dengan mereka
yang berada di hadapan kami. Kami bergerak ibarat lipas kudung. Sekejap ke
kiri, sekejap ke kanan. Apa yang pasti, hati dan mulut kami berzikir tanpa
henti.
Lebih kurang satu kilometer dari Jamratul Aqabah, kami dapat
menyaksikan jutaan manusia berpusu-pusu melalui beberapa haluan yang
berbeza menuju ke tempat yang satu. Aneh, di hadapan kami sentiasa ada
ruang untuk kami bergerak, berasa selesa, dan selamat. Tiba-tiba, saya dan
Roza berada di hadapan Jamratul Aqabah, di hadapan sekali. Kami mula
melontar secara bertenang, tertib, dan bersopan-santun. Saya menjeling ke kiri,
Kak Mie dan Azlina ada bersebelahan. Saya berasa teruja. Kegirangan yang
cukup hebat.
Selepas melontar, membaca doa lepas melontar, dan bergunting rambut,
terserlah perasaan lega, syukur, nikmat, dan bahagia. Saya membayangi yang
Allah s.w.t. menyayangi kami. Air mata masih mengalir walaupun dalam
keadaan yang cukup perlahan.
Lalu, saya ungkapkan kata-kata ini kepada Roza, “Allah benar-benar
menjadikan kita sebagai tetamu yang istimewa. Doa kita dimakbulkannya.
Sejak kita sampai di Makkah sehingga ke hari ini, Dia sentiasa bersama kita.
Dia banyak memberi pengajaran kepada saya. Allah menunjukkan kebesaran-
Nya. Saya banyak mendapat petunjuk. Apabila saya balik ke Malaysia, saya
masih lagi tidak takut, tidak gentar kepada-Nya, masih membuat dajal, saya
tidak tahu saya ini jenis manusia apa, saya adalah sejahat-jahat manusia.”
Ketika dalam perjalanan pulang ke khemah, kiran saya merenung jauh
maha suci Allah sambil mengingati segala petunjuk yang Allah s.w.t.
anugerahkan. Hati tidak putus-putus mentafsir hakikat sebenar di sebalik
peristiwa dan kejadian yang baru saya lalui. Benar, pengalaman di Jamratul
Aqabah mengubah kepercayaan dan keyakinan seorang manusia. Pada saya,
sekali lagi Dia nyatakan secara jelas dan nyata: “Aku berkuasa di atas segala-
gala-Nya. Aku yang mencipta segala kejadian, maka berserahlah kapada-Ku.”
Katakanlah, Dia Allah, yang maha esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya
segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun
yang setara dengan Dia.
(Surah Al-Ikhlas, ayat 1 hingga ayat 4)

Di khemah, saya mula menjawab seribu pertanyaan daripada rakan-rakan yang


berhampiran. Saya nyatakan kepada mereka, perjalanan hampir tiga kilometer
bukan satu halangan besar. Panas matahari bukan satu dugaan. Jutaan manusia
belum tentu menyesakkan. Orang selalu berkata, Allah s.w.t. sentiasa memberi
ruang kepada mereka yang menunaikan ibadat haji dengan penuh keikhlasan.
Pengalaman saya membenarkan kenyataan itu. Pesan saya, berdoalah dengan
sesungguh doa supaya Allah s.w.t. melindungi ibadat melontar yang bakal
mereka jalani pada malam nanti.
Lalu, saya ambil sekeping kertas dan pen dan mula melakarkan laluan
perjalanan yang saya kir dapat membantu rakan-rakan melontar dengan
aman dan tenteram. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan ilham yang
diberikan oleh Allah s.w.t. (Lihat lampiran 2)

Tua Di Mina
“Sempadan masa muncul di Mina. Antara muda dan tua. Apa lagi yang hendak diucapkan. Allah
memberi peringatannya ketika berumur 42 tahun, ketika menunaikan fardu haji”

D
i Mina, tangan mencapai air mineral dan membelek-belek tulisan di
botolnya. Mata cuba membaca setiap maklumat yang tertulis. Ada
beberapa ruang tulisan yang kelihatan kelabu. Saya gerakkan botol
itu mencari posisi yang sesuai. Dekat, jauh, dekat, jauh, dan dekat. Akhirnya,
pada satu posisi yang tidak pernah dilakukan, tulisan halus itu terfokus dan
membolehkan maklumat itu dibaca. “Ya Allah, aku sudah rabun dekat.”
Tentu sekali ia satu kejadian yang tidak mahu diterima. Tangan mencapai
bahan-bahan bertulis yang lain. Sama. Tulisan yang bersaiz kecil kelihatan
sukar diamati. Sah. Sempadan masa muncul di Mina. Antara muda dan tua.
Apa lagi yang hendak diucapkan. Allah s.w.t. memberi peringatannya ketika
berumur 42 tahun, ketika menunaikan fardu haji, berada di Mina, dan semasa
sibuk membaca Al-Quran. Saya tidak muda lagi. Panggilan kematian lebih
hampir dari semalam.
Hakikatnya, perasaan bersyukur muncul kerana Allah s.w.t. memberi
ingatan pada ketika dan suasana yang tepat. Isyarat yang dihantar kelihatan
jelas diterima, lalu diterjemahkan dalam suasana yang hampir dengan
kerahmatan-Nya. Isyarat yang tidak berlalu begitu sahaja.
Pada ketika ini mata memerhati teman-teman sekhemah. Di sebelah kiri
saya, dua warga emas terlantar kerana di serang demam seram sejuk selepas
melalui rukun bermalam di Muzdalifah. Wak kelihatan bertenang
memerhatikan keadaan. Tidak banyak bercakap. Malah, makan minumnya
juga menjadi sukar. Semuanya tidak dapat di makan. Hilang selera. Hampir
sepanjang masa dia berada di bilik semasa di Makkah dan hanya keluar apabila
perlu melakukan perkara-perkara wajib. Itu pun dengan menggunakan kerusi
roda. Di Mina dia tidak melontar. Dia hanya solat duduk.
Pak Syeikh juga sudah uzur. Umurnya menjangkau 90 tahun. Ketika
sampai di Makkah dia boleh bercakap, bergurau senda, dan masih boleh
bercerita. Dia kelihatan bersemangat dan bergembira kerana akhirnya dapat
menunaikan fardu haji bersama anak lelaki. Di Mina, akibat kesejukan di
Muzdalifah dia hilang ingatan. Tidak mampu bercakap dan sentiasa dalam
keadaan yang kurang selesa. Kadang-kadang dia meracau-racau tetapi dengan
suara yang perlahan. Saya kasihkan mereka berdua. Ketika waktu terluang dan
ketika anaknya tiada, saya mengusap-usap tangannya sambil membaca ayat-
ayat lazim. Dia lupa, tetapi masih mampu mengikut setiap bacaan yang di
baca.
Ketika hampir kesemua jemaah haji Malaysia melakukan ibadat melontar
pada sebelah malam, mereka yang tua dan uzur berada di bawah kawalan
kami. Roza, Kak Mie, dan Azlina di khemah perempuan, manakala saya di
khemah lelaki. Allah s.w.t. mengatur seadilnya. Ketika kami mengejar waktu
paling baik bagi melontar pada siang hari, pada sebelah malam kami bertugas
dengan penuh perasaan. Nikmat yang tidak tergambar dengan kata-kata.
Barangkali pengajaran utama yang ingin kami kutip kepada pembaca
adalah berdoa.
“Ya Allah, tunaikan permohonan hamba-Mu ini. Aku teringin menunaikan fardu haji.
Jemputlah aku ya Allah. Berikan kecukupan wang ringgit. Berikan tubuh badan yang sihat.
Berikan kelapangan masa. Beri keringanan hati bagi mengadap-Mu.”

Kami nyatakan, tubuh badan yang sihat, dengan izinnya amat membantu
dalam melakukan ibadat haji. Pergilah ketika muda sekiranya berkemampuan.
Semoga Allah membuka pintu hati dan memberi kad jemputan seawal
mungkin.
“Aku mohon keampunan, mohon kerahmatan, dan mohon tau k dan hidayah daripadamu
ya Allah.”
Khatam Quran

“Terbukti, ibadat haji mempunyai aromanya yang tersendiri. Ia istimewa berbanding dengan
ibadat-ibadat lain.”

S
ekiranya ada kesukaran yang menyedihkan untuk seorang Profesor Perakaunan
UiTM, Muhd Kamil Ibrahim adalah kerana dia tidak tahu membaca Al-
Quran. Perasaan rendah diri menusuk hati. Bayangkan, dia tidak dapat
membaca Yassin untuk arwah ibu dan ayahnya yang banyak berjasa. Dia kelihatan
sukar menghafal doa-doa dan wirid-wirid kerana tidak mengenal huruf. Bacaan
solatnya hanya berkisar kepada surah-surah lazim yang dihafal semenjak kecil. Entah
betul entahkan tidak.
Ketika saya di hospital, seorang teman membuat panggilan, “Kamil, baca ayat
Kursi satu nafas sebanyak 10 kali.” Saya tersenyum dalam kejahilan. Satu nafas?
Sepuluh nafas pun belum tentu berjaya.
Itu adalah saya.
Allah s.w.t. membuka pintu hati bagi menunaikan fardhu haji. Dia juga
membuka hati bagi merasai kehinaan untuk mereka yang buta Al-Quran. Saya
ter kir sekiranya benar-benar mahu berubah dan beramal dengan penuh
kenikmatan, maka kunci utama terletak kepada Al-Quran. Bayangkan bangun pada
tengah malam membaca Al-Quran, menghafal doa-doa yang berasal daripada Al-
Quran dan dapat pula bersedekah ayat Al-Quran kepada orang yang kita kasihi.
Lalu, Allah s.w.t. hantarkan seorang penghafaz Al-Quran, iaitu Ha zi yang
sedang mencari pekerjaan di rumah. Dia baru sahaja selesai menamatkan pengajian
di pondok Pasir Mas. Dia berada di Shah Alam kerana menjadi imam solat terawih.
Lalu saya nyatakan kepada Ha zi, “Ha zi, di dunia Allah memberi kemuliaan
secukupnya kepada saya. Saya mendapat gelaran profesor ketika berumur 38 tahun.
Saya ada Ph.D. Bagaimanapun, di akhirat esok saya mungkin orang yang hina di sisi-
Nya. Saya tidak pandai membaca Al-Quran. Ajar saya. Sekiranya Ha zi berjaya
mengajar saya sehingga pandai, banyak pahala. Tahun hadapan saya mahu ke
Makkah. Saya mahu pergi dalam keadaan saya pandai membaca Al-Quran.”
Di pejabat, pada setiap hari Isnin, Selasa, dan Rabu tepat pukul 5.05 petang saya
akan bergegas pulang. Ia bukan kebiasaan. Sampai di rumah, saya mandi dan solat
asar. Kemudian, terus membaca apa yang saya pelajari pada petang itu. Azrai dan
Sara yang lama khatam menjadi guru saya sebelum Ha zi tiba.
Saya belajar bersungguh-sungguh. Sepenuh hati dan perasaan. Kelas bermula
pada pukul 6.30 petang. Saya belajar selama 30 minit, diikuti dengan Roza, solat
maghrib, makan malam bersama Azrai, Sara, Amirul dan berakhir dengan solat isyak
berjemaah. Tentu sekali saya dapat memperuntukkan masa yang panjang dengan
rezeki profesor yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
Saya bermula dengan alif, ba, ta. Saya sebut a-ba-ba, ba-sa-ba dengan
menggunakan kaedah qiraati. Ketika saya baru mempelajari qiraati dua, emak dan
abah tiba di rumah. Di dalam bilik, hati bersimpang siur mahu keluar belajar
ataupun berdiam diri. 18 tahun berkahwin dengan anak mereka, mereka tidak tahu
yang saya buta Al-Quran. Barangkali baru mereka tahu yang selama ini saya hanya
olok-olok membaca ketika menghadiri majlis tahlil ataupun bacaan doa selamat di
kampung.
Saya malu dan meminta pendapat Roza. Kata Roza, “Tidak kisah. Terpulang
kepada awak. Sekiranya rasa malu, tidak payah belajar hari ini. Saya boleh belajar
dahulu. Tetapi, sebenarnya apa yang hendak dimalukan. Awak buat benda yang
betul.”
Benar. Tidak tahu membaca Al-Quran lagi memalukan. Bertahun-tahun saya
sudah malu pada diri sendiri. Saya keluar dan mula belajar. Abah dan emak melihat
apa yang sedang saya pelajari. Apabila selesai saya ceritakan kepada abah, “Abah, saya
malu hendak memberitahu, sebenarnya saya tidak pandai membaca Al-Quran. Jadi,
saya belajar daripada alif, ba, ta.”
Dia membalas kata-kata saya dengan memberi semangat, “Bagus Kamil. Payah
orang mahu mengaku kelemahan sendiri. Cara Kamil belajar ini bagus. Abah dahulu
pun tidak macam ini. Abah tabik atas kesungguhan Kamil belajar ketika umur
begini.”
Saya gembira. Sebenarnya tidak ada satu sebab pun untuk kita berasa malu
kerana belajar Al-Quran. Namun, naluri manusia memang begitu. Malu kerana
kekurangan diri. Namun, saya dipermudah. Tidak sampai sebulan, saya
menghabiskan buku-buku qiraati yang berjumlah enam jilid. Saya sudah mengenal
huruf. Sebulan kemudian, saya berjaya habiskan muqqadam. Kemudian, saya mula
belajar membaca Al-Quran. Saya rasa begitu seronok.
Ketika saya meninggalkan Shah Alam untuk bertolak ke Makkah, saya sudah
membaca sehingga juzuk sembilan. Saya berbangga dan apabila pulang ke Besut
menziarahi kubur ibu dan ayah, saya tunjukkan kepada mereka, saya boleh membaca
surah Yassin, ayat Qursi, dan surah-surah lain. Ya Allah, aku bersyukur di atas segala
nikmat yang Engkau berikan.
Saya bercita-cita mahu menghabiskan bacaan semasa di Tanah Suci. Itu adalah
satu sasaran utama semasa di Masjidil Haram. Mengikut perkiraan, sekiranya dapat
menghabiskan 35 muka surat sehari, maka dalam tempoh 25 hari hingga 30 hari
dapat khatam untuk pertama kali dalam sejarah hidup.
Saya dapatkan adik saya Azlina, saya katakan kepadanya, “Azlina, abang perlukan
bantuan kamu. Azlina belajar sekolah agama dan sudah khatam Al-Quran. Bolehkah
Azlina dengar bacaan abang setiap hari, abang hendak khatam Al-Quran di sini.
Betulkan bacaan abang sekiranya tersilap.”
Kami duduk bersama di dalam masjid. Azlina perlu mengorbankan waktu
ibadatnya bagi membantu abangnya yang jahil. Dia tersenyum dan berbangga kerana
dapat membantu. Azlina berkata kepada saya, “Abang bawa saya ke sini pun satu
rahmat besar. Ini yang saya impikan selama ini. Saya akan bantu abang, tetapi
izinkan saya melakukan beberapa amalan asas seperti berdoa, solat sunat tahajud,
hajat, dan taubat dahulu.”
Azlina meluangkan masa bersama Al-Quran kecilnya menyemak bacaan saya.
Kebiasaannya, saya dapat membaca 15 muka surat di sebelah pagi, dan lima muka
lagi untuk setiap waktu solat yang lain. Ada ketika, saya masih mahu membaca
ketika Azlina sedang beramal ibadat. Lalu, saya berdoa kepada Allah s.w.t. “Ya Allah,
ya Tuhan kami. Aku mahu membaca Al-Quran, tetapi aku tidak pandai. Aku tiada
guru ya Allah. Ampunkanlah sekiranya ada salah dan silapku semasa membaca ini ya
Allah. Aku mohon keredhaan-Mu.”
Tuhan maha mendengar lagi mengetahui. Di Masjidil Haram saya berjumpa dengan
beberapa orang penghafaz Al-Quran yang datang membantu apabila saya dalam
kesusahan. Dengan bantuan mereka, saya dapat membaca antara 30 muka surat
hingga 50 muka surat. Malah ketika di Mina, kami terpisah di dalam khemah yang
berbeza. Tiada Azlina yang dapat memerhatikan bacaan.
Seorang abang yang tidur di sebelah saya sentiasa membaca Al-Quran. Dia
kelihatan pandai dan sedap suaranya. Lalu kami berbual-bual. Rupa-rupanya dia
adalah sepupu kepada abah. Maha Besar Allah. Selama tiga hari di Mina, dia yang
membetulkan bacaan. Dia bersemangat. Dia bercakap kuat. Tegurannya didengari
oleh seluruh ahli khemah. Akhirnya semua orang tahu, saya adalah profesor yang
tidak tahu membaca Al-Quran dan saya tidak malu. Jadi, sepanjang masa saya
membaca Al-Quran, saya tidak pernah berhenti walaupun ketika berada di Mina.
Selepas 30 hari berada di Makkah, surah An-Nas menjadi penutup kepada satu
perjalanan yang panjang.
Katakan, “Aku berlindung kepada Tuhan manusia, raja manusia, sembahan manusia, daripada
kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia,
daripada golongan jin dan manusia.”
(Surah An-Nas, ayat 1 hingga ayat 6)

Air mata berderai. Saya benar-benar sayu dan sebak. Saya sujud ke bumi menginsa
kekuasaan-Nya. Ya Allah, akhirnya aku khatam di Masjidil Haram. Di hadapan
Kaabah. Di rumah Pencipta yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana. Ia cukup istimewa.
Siapa sangka dengan tau k dan hidayahnya sesuatu yang kelihatan mustahil menjadi
kenyataan.
Lalu saya berdoa, “Ya Allah ampunilah diriku. Ya Allah, Engkau berkati guru Al-
Quranku, Ha zi supaya dia diberi keampunan-Mu. Murahkan rezekinya. Mudahkan
hidupnya. Berilah ganjaran yang setimpal kepadanya atas bantuan yang dia berikan
kepadaku. Ampunilah kami ya Allah.”
Saya bertekad ingin terus mempelajari Al-Quran dengan membetulkan tajwid
apabila pulang ke Malaysia. Terbayang apa yang ingin saya katakan kepada Ha zi.
Ajaibnya, tiba-tiba saya menerima mesej daripadanya, “Prof, saya tidak boleh
mengajar Prof apabila Prof balik daripada haji nanti. Saya akan melanjutkan
pelajaran ke Yaman. Saya minta maaf Prof.”
Bukankah Allah s.w.t. lebih mengetahui daripada hambanya dalam setiap
kejadian? Saya sedih mendapat khabar itu apabila memikirkan diri sendiri. Tetapi,
lebih teruja mendengar Ha zi akan melanjutkan pelajaran. Saya berdoa supaya dia
mendapat kebahagiaan. “Ya Allah, apabila pulang nanti, Engkau temukan aku
dengan seorang guru Al-Quran yang terbaik untukku. Aku mahu belajar tajwid ya
Allah. Amin.”

Ya Allah, Aku Mahu Tidur

“Malah, tahap kesabaran saya di Tanah Suci nyata di bawah perlindungan Allah. Dia mengajar saya
secukupnya
di Malaysia.”

S
aya sudah kisahkan cabaran di Muzdalifah. Cabaran kedua tidak besar, tetapi
dapat dijadikan panduan untuk bakal-bakal jemaah haji. Cabaran ini boleh
diistilahkan sebagai cabaran ‘rakan Muassasah’. Saya ditempatkan bersama
enam rakan yang lain. Cukup seronok kerana dapat berkenalan dengan pelbagai
watak yang berbeza. Seorang pengikut jemaah Tabligh dan ayahnya, pensyarah di
Maktab Perguruan dan ayahnya, peladang, dan pesara kerajaan. Secara keseluruhan,
hubungan kami berada di atas paras cemerlang. Tambah-tambah lagi kerana separuh
daripada masa saya berada di luar kawasan bilik.
Namun, di sana sini watak dan tingkah laku kami nyata berbeza. Di Makkah,
saya memulakan hari seawal jam 1.30 pagi. Pada sebelah malam, paling lewat saya
perlu tidur pada sekitar jam 10 malam. Maka saya dapat berehat selama tiga jam
hingga 4 jam. Terdapat rakan sebilik yang sememangnya sudah cukup rehat dan
tidur sepanjang hari. Apabila tiba waktu malam, tentu mereka tidak dapat
melelapkan mata. Masya Allah, ketika saya mahu menutup mata, ketika ini mereka
mahu menonton TV. Sukarnya untuk saya tidur. Hendak ditegur, mereka juga
mempunyai hak menggunakan kemudahan itu.
Malah, tahap kesabaran saya di Tanah Suci nyata di bawah perlindungan Allah
s.w.t. Dia mengajar saya secukupnya di Malaysia. Di Malaysia, saya seorang
pensyarah ataupun pentadbir yang suka berterus-terang. Di sini, saya lebih suka
berdiam diri daripada menyatakan perasaan tidak puas hati kepada orang lain. Saya
kir lebih baik begitu. Lebih baik menggunakan akal kiran yang membawa
keuntungan kepada saya.
Apa tindakan saya? Saya bangun mengambil wuduk dan terus solat hajat. Doa
saya, “Ya Allah, mudahkanlah hidupku. Ya Allah, aku mahu tidur. Mudahkan ya
Allah.” Selagi TV terpasang, selagi itu saya terus solat. Allah maha mendengar dan
maha mengetahui. Saya bertekad, saya terus solat, berzikir, mohon keampunan-Nya
walaupun sampai ke pagi. Paling lama saya solat hajat adalah enam rakaat. Akhirnya,
TV ditutup dan dia meninggalkan bilik.
Mengapa saya bercerita berkenaan cabaran yang kelihatan remeh? Alasannya
mudah. Sekiranya kita mempunyai rakan sebilik, beri perhatian kepada kepentingan
umum melangkaui kepentingan sendiri. Berkorban dengan niat ikhlas pastinya
mendapat balasan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Sifat-sifat mulia seperti saling
membantu, mengingati, dan tidak mengambil kesempatan atas kebaikan orang
mengekalkan tahap kesabaran diri sendiri. Malah, apabila pulang ke Malaysia,
hubungan ini berkekalan.
Kesemua cabaran yang kami lalui terlalu kecil berbanding dengan nikmat yang
dianugerahkan. Sekelip mata, cabaran atau dugaan yang kelihatan seperti kesusahan
berakhir dengan perasaan puas, bergembira, dan bersyukur kepada-Nya. Saya pernah
terbaca satu kenyataan yang menyebut, bukankah kenyang dan lapar itu satu nikmat
yang sama? Di sini saya memahami erti kenyataan itu. Kita memperoleh pengajaran
yang bermakna sekiranya kita mahu belajar dan memahami apa yang diajar kepada
kita. Astagh rullah.
Rokok di Makkah

“Hati bengkak melihat puntung-puntung rokok dicampakkan sesuka hati di


dalam bilik air, mangkuk tandas, dan sinki.”

R
okok adalah haram di Makkah. Itu adalah fatwa yang dikeluarkan oleh
pihak kerajaan Arab Saudi. Rokok tidak boleh dijual secara halal tetapi
pasaran gelapnya semudah membeli barangan lain. Penjual rokok haram
tahu siapa yang perlu didekati. Rokok adalah haram, tetapi merokok di khalayak
ramai kelihatan tidak mengapa.
Saya adalah perokok. Bertahun-tahun semenjak di tingkatan tiga. Di MRSM.
Tidak pernah tertangkap. Anehnya, apabila pulang ke kampung halaman, amalan
merokok boleh terhenti serta-merta. Sekiranya sebulan cuti semester, maka sebulan
berpuasa daripada merokok. Apabila dewasa, sudah berwang mula bergaya dengan
menghisap curut. Lebih bergaya apabila menghisap curut sambil bermain golf.
Bergaya dan ada kelas.
Apabila diumumkan kepada pembaca blog [http://muhdkamil.net/mystory] yang
saya akan menunaikan fardhu haji, adik saya Shaiful menghantar komen yang
berbunyi, “Tahniah kerana diizinkan oleh-Nya. Kena faham betul-betul tatacara
melakukan haji. Kemudian, moga diberikan haji mabrur. Tanda haji mabrur, selepas
pulang lebih dekat kepada Allah s.w.t. dan tidak melakukan perkara yang dilarang,
juga menjauhi perkara makruh, dan banyakkan amalan sunat.”
Biasanya, apabila saya menerima komen daripada adik kandung, ia seperti masuk
telinga kanan dan keluar telinga kiri. Namun, komennya kali ini begitu menyentuh
hati. Lalu, saya ber kir bagi membuktikan yang saya benar-benar serius menunaikan
fardhu haji. Apakah perkara terlarang yang mesti saya jauhi? Apakah perkara makruh
yang dapat saya tinggalkan? Apakah perkara sunat yang dapat saya amalkan? Ia
adalah simbol kepada keikhlasan dan keinginan bagi mendapatkan keredhaannya.
Pertama, perkara terlarang. Golf adalah permainan terbaik yang pernah dicipta
oleh manusia. Saya gila golf. Setiap kali bermain bersama rakan-rakan rapat, kami
bertaruh pada setiap lubang. Ia bukan pertaruhan yang besar. Semata-mata sebagai
satu tanda yang ada antara kami yang berjaya mengambil wang rakan sendiri. Jumlah
kemenangan pada setiap kali bermain berbeza-beza mengikut hari. Dalam
kebanyakan kes, tidak sampai pun RM20. Belanja makan pun jauh melebihi jumlah
wang kemenangan.
Pemain golf menyatakan ia bukan satu judi ataupun satu dosa besar, tetapi
sebagai pertandingan yang memerlukan kepandaian dan kemahiran seseorang
pemain. Ia bukan memperjudikan nasib. Malah, untuk mereka yang tidak pandai,
permainan golf membekalkan mereka dengan sistem handikap yang memberi
peluang bagi bermain seadilnya.
Nun jauh di sudut hati, saya yakin pertaruhan adalah judi. Pada ketika itu, saya
rela berkorban sekiranya tidak ada rakan-rakan yang sudi bermain tanpa pertaruhan.
Ketika saya melafazkan doa taubat dan berjanji kepada-Nya, maka pertaruhan ketika
bermain golf termasuk dalam janji-janji itu. Semoga Allah s.w.t. memberkati pilihan
dan tindakan yang dilakukan.
Kedua, perkara makruh. Rokok ataupun curut adalah pilihan terbaik bagi
membuktikan saya dapat meninggalkan perkara-perkara makruh. Lalu, tanpa soal
jawab saya tinggalkan amalan merokok yang berlangsung selama hampir 30 tahun. Ia
sukar, tetapi dengan semangat dan keinginan yang tinggi, tiada gunung yang tinggi
untuk didaki ataupun hutan mana yang tidak boleh diredah.
Ketiga, banyakkan perkara sunat. Seumur hidup, saya tidak pernah cukup 30 hari
solat terawih. Malah, tidak pernah berpuasa sunat Syawal. Ia terlalu sukar
dilaksanakan. Maka, saya bertekad bagi memulakan amalan-amalan ini sebelum
menunaikan fardhu haji. Puasa tahun 2006 membawa satu perubahan yang besar.
Astagh rullah. Catatan di atas hanya satu kisah bagaimana persediaan bagi
menunaikan fardhu haji bermula sebelum berlepas ke Tanah Suci. Saya ketakutan
dan sentiasa berdoa supaya apa yang saya ceritakan ini bukan menimbulkan tnah
ataupun menyebabkan saya berlaku angkuh. Ya Allah, ampuni diriku.
Berbalik kepada kisah rokok di Makkah. Dua rakan sebilik adalah perokok.
Perokok yang hebat. Seorang daripada mereka merokok tanpa mempertimbangkan
rakan-rakan yang lain. Tidak mempertimbangkan kedua-dua warga emas yang dalam
kedudukan tidak sihat. Tidak mempertimbangkan keadaan cuaca di Tanah Suci yang
terdedah dengan pelbagai kekotoran ekoran berjuta manusia yang datang dari
seluruh pelosok dunia. Asap rokok yang dihembus keluar sebenarnya menambah
beban kepada udara di Kota Makkah. Apatah lagi apabila ia dihisap di dalam bilik
yang sememangnya padat dengan penghuni yang mempunyai pelbagai kemungkinan
penyakit.
Hati bengkak melihat puntung-puntung rokok dicampakkan sesuka hati di
dalam bilik air, mangkuk tandas, dan singki. Sifat pengotor dan tidak
bertanggungjawab ini yang perlu dikikis oleh jemaah haji supaya dapat membantu
rakan-rakan lain.
Ia bukan isu kecil. Ia adalah kisah kemanusiaan. Bagaimana manusia perlu
ber kir berdasarkan logik akal. Di Makkah ataupun Madinah, ia kelihatan lebih
signi kan.

Membeli-belah

“Barangan yang dibeli mengalah seorang saudagar besar. Habis seluruh


sahabat, rakan taulan, dan sanak saudara yang diingati dibelikan cenderamata.”

A
da empat cabaran utama yang perlu diatasi ataupun dijaga oleh jemaah haji.
Pertama, mereka suka berehat. Kedua, membeli belah. Ketiga, suka solat di
bilik, di surau hotel atau di masjid lain, selain daripada Masjidil Haram. Dan
keempat gangguan daripada ustaz-ustaz tanpa tauliah yang suka mengganggu dengan
memberi pelbagai doktrin sehingga menimbulkan waswas jemaah haji yang tidak
berpengetahuan. Itu pesan seorang penceramah Tabung Haji. Malah, pesan yang
sama didengari daripada mereka yang lain.
Kami amati dengan bersungguh-sungguh keempat-empat cabaran itu. Membeli-
belah (shopping) yang merisaukan. Bersama saya adalah tiga wanita. Naluri shopping
memang sedia ada tertanam di hati. Lalu, saya masukkan maklumat ini dalam doa
yang dibaca pada setiap malam.
“Ya Allah, aku mahu menunaikan fardhu haji semata-mata kerana-Mu. Berikan perasaan cintakan
Masjidil Haram dan Masjid Nabi. Aku mahu beramal ibadat di sana. Ya Allah, tutup pintu hatiku
daripada shopping di sana. Tutuplah pintu hati isteriku, adikku, dan kakakku. Kami pergi semata-
mata untuk beramal ibadat di sana. Untukmu ya Allah. Ya Allah, permudahkanlah kami. Jauhi kami
daripada malapetaka dan sebarang kesusahan.”

Bacaan doa ini diceritakan kepada Roza. Dia ketawa. Takut-takut nanti pembaca doa
yang terlebih membeli-belah. Kami saksikan bagaimana mereka yang pulang dari
Makkah membeli-belah. Barangan yang dibeli mengalah seorang saudagar besar.
Habis seluruh sahabat-handai, rakan taulan, dan sanak saudara yang diingati
dibelikan cenderamata.
Kami saksikan sendiri di Makkah. Ramai jemaah yang sentiasa mengira apa yang
perlu dibeli, siapa yang masih terlupa, dan mengingati kedai mana yang bagus, kedai
mana yang patut dilawati semula. Kaum wanita lebih luas pengalaman dalam urusan
membeli-belah. Mereka lebih sibuk. Waktu yang diminati bagi membeli-belah adalah
pada sebelah pagi, selepas subuh di antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Apakah yang berlaku?
Urusan membeli-belah bukan satu urusan yang mudah. Ia ada proses tinjauan.
Ada proses pembandingan. Juga ada ulasan selari sesama mereka. Maksud saya,
kerana masa yang panjang di Makkah, kebanyakan pembeli berhati-hati membeli
kerana memikirkan yang ‘esok masih ada’. Ia adalah kegiatan harian. Dalam
kebanyakan kes, mereka pulang ke hotel sebelum solat zuhur. Apabila badan letih,
mereka cenderung solat di hotel sahaja. Apakah kesan dan implikasi tindakan ini
kepada konsep ibadat haji yang mahu kita laksanakan?
Di Malaysia, hampir kebanyakan daripada kita sibuk dengan dunia pekerjaan.
Amal ibadat kelihatan tidak berada di tempat yang sepatutnya. Ramai yang berkejar-
kejar bagi menunaikan solat yang hanya mengambil masa 5 minit hingga 10 minit.
Sekiranya berhadapan dengan bos yang tidak mementingkan solat, mesyuarat juga
berkemungkinan berlanjutan melewati waktu utama solat. Kita benar-benar sibuk.
Sememangnya sibuk.
Semasa menunaikan fardhu haji, niat sebenar adalah bagi mencari keredhaannya.
Pengurusan masa menunaikan amal ibadat hampir 100 peratus terletak di tangan
sendiri, kecuali faktor-faktor di luar kawalan. Sekiranya kita mahu menyibukkan diri
dengan kegiatan membeli-belah, itu adalah pilihan sendiri. Apakah pandangan yang
Maha Berkuasa melihat bagaimana manusia masih menyibukkan diri mereka
sehingga menolak ganjaran 100 ribu kali solat di Masjidil Haram kerana letih
membeli-belah? Membeli-belah bukan satu kesalahan. Bagaimanapun, pilih masa
dan ketika ia tidak mengganggu amal ibadat utama di Makkah ataupun Madinah.
Sudah saya nyatakan pada peringkat awal yang ibadat haji mempunyai aromanya
tersendiri. Sahabat handai dan sanak saudara memberi hadiah kepada mereka yang
menunaikan ibadat ini. Kami nyatakan, semakin tinggi pangkat kita, semakin
banyak sumbangan yang kita terima. Saya sendiri menerima kira-kira 5 ribu hingga 6
ribu ringgit, suami-isteri.
‘Orang berbudi, kita berbahasa’. Kita teringat bagi membeli sesuatu kepada
mereka yang memberi hadiah, ia seperti suatu tradisi. Natijahnya, hampir setiap hari
kita ter kir- kir urusan membeli hadiah yang tidak pernah selesai sehingga hari
keberangkatan pulang ke tanah air. Ia nampak isu yang mudah diselesaikan.
Realitinya, ia menjadi satu kemestian yang membebankan amal ibadat yang
sepatutnya dilakukan sepenuh perasaan.
Lalu, kami mahu mengubah tradisi. Saya katakan kepada Roza, “Saya tidak mahu
minda kita sentiasa memikirkan isu membeli hadiah. Percayalah, mereka
menyumbang kepada kita kerana ikhlas. Mereka mahu kita berbelanja di sini sebagai
sumbangan yang memberikan mereka pulangan dalam bentuk yang lebih baik.
Orang tidak mengata sekiranya kita tidak membeli sesuatu untuk mereka. Sekiranya
berlaku demikian, maka sia-sia sumbangan ikhlas mereka. Kita beli sahaja kurma di
Madinah selepas selesai segala-galanya.”
Kami bersetuju bagi mengubah tradisi. Saya bukan seorang yang kedekut, tetapi
mahu melakukan yang terbaik untuk kami dan kesemua rakan-rakan dan sanak
saudara. Lalu, ketika hari yang selesa, di hadapan Kaabah kami berdoa sesungguh
hati dan perasaan.
“Ya Allah, ampunilah diriku. Aku mohon kerahmatan-Mu. Aku mohon tau k dan hidayah-Mu. Ya
Allah, cukup ramai sahabathandai dan sanak saudaraku yang memberi hadiah dan menyumbang
kepada kami sekeluarga. Ya Allah, balaskan segala niat ikhlas mereka dengan keredhaan-Mu.
Ampunilah dosa-dosa mereka, bukalah pintu hati mereka bagi menunaikan fardhu haji supaya
mereka dapat merasai nikmat sebagaimana yang engkau berikan kepadaku. ya Allah,
murahkanlah rezeki mereka.”

Pada hari yang lain, saya dan Roza membeli naskhah Al-Quran dan membawanya ke
Masjidil Haram. Ketika meletakkannya di rak-rak Al-Quran, kami berdoa.
“Ya Allah ampunilah diriku. Aku mohon kerahmatan-Mu. Aku mohon tau k dan hidayah-Mu. Ya
Allah, aku wakafkan naskhah-naskhah Al-Quran ini, untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia
adalah sebahagian daripada wang yang disumbangkan oleh rakan-rakan dan sahabat handai
kami. Sekiranya ada manfaat ataupun keberkatan daripada penggunaan naskhah-naskhah ini,
Engkau pulangkan kepada mereka ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.”

Saya terasa lega dan puas. Nun jauh di sudut hati kami benar-benar berasa lega
dengan tindakan yang diambil. Kami tidak terbeban dengan perasan tradisi turun-
temurun, zaman berzaman. Maha suci Allah yang memberi kekuatan dan akal kiran
untuk kami mengambil tindakan itu. Kami kir ia adalah sebahagian daripada
termakbulnya doa kami supaya tidak dipalingkan hasrat dan niat utama untuk
beramal ibadat di sini.
“Astagh rullah. Aku mohon keampunan dan keredhaan-Mu,
ya Allah.”

Selamat Tinggal Makkah

“Dalam udara nyaman pada penghujung malam seluruh tubuh terasa sayu,
sebak, dan syahdu. Terasa seolah-olah bersendirian mengelilingi Kaabah.”

elepas hampir 35 hari, tiba masanya meninggalkan Kota Makkah dan bertolak ke
Kota Madinah bagi melakukan ziarah. Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Sesiapa

S
S
yang menunaikan fardhu haji ke Baitullah dan tidak menziarahi aku,
sesungguhnya dia menjauhkan dirinya daripada aku.” (Hadith ini direkodkan
oleh At-Tabrani).
Sepanjang sejarah kehidupan, tidak ada saat yang paling menyedihkan untuk
berpisah dengan sesuatu tempat, kecuali dengan Masjidil Haram. Kami rindukan
Kaabah. Kami rindukan suara Imam Abdul Rahman yang mengimami solat maghrib
dan isyak. Kami rindukan suasana kelam-kabut mereka yang mencari tempat
mustajab untuk beramal ibadat. Malah, secara lebih khusus kami merindui bangun
seawal jam 1.30 pagi, melakukan umrah sunat, bertawaf sunat, bersaie, dan
melakukan pelbagai amalan lain yang memberi ganjaran cukup luar biasa. Kaabah,
Hijir Ismail, dan Hajarulaswad yang berada di tengah-tengah Masjidil Haram
mempunyai tarikan yang cukup luar biasa.
Selama 35 hari di sini, Allah s.w.t. memberi pengajaran yang cukup bermakna
dan terkesan di hati. Kami meyakini, Allah itu satu, maha berkuasa, Tuhan yang
kami sembah dan maha mendengar, maha pengasih dan maha penyayang. Dia
mengajar kami melalui pelbagai kegiatan yang membuka hati dan minda supaya
ber kir dan mengakui keesaannya. Pengajaran langsung dari Universiti Baitullah
terutamanya daripada aspek tauhid menjadikan kami sebagai insan kerdil yang hanya
bergantung harap kepada satu-satunya Pencipta kami.
Hari terakhir di Masjidil Haram. Lebih tepat lagi waktu subuh terakhir di
hadapan Baitullah, kiblat kepada seluruh umat Islam. Kami bangun pagi-pagi lagi.
2.30 pagi. Suasana sebak mula terasa apabila kami melalui Gaza Street menuju ke
pintu Babu Salam, pintu bernombor 25 yang menjadi laluan harian kami. Kami
terus mengekalkan rutin kami, menghadiahkan Al-Fatihah kepada Nabi Ibrahim di
pintu pagar luar, berdoa supaya kami diberi tempat yang mustajab di dalam masjid,
minum air zamzam supaya hilang segala batuk dan demam, serta mengucapkan
salam kepada Nabi Ibrahim di pintu Babu Salam.
Pagi itu, kami terus melakukan ibadat tawaf sunat. Saya hanya membaca
Subhanallah, Subhanallah, dan Subhanallah. Dalam udara nyaman pada penghujung
malam seluruh tubuh terasa sayu, sebak, dan syahdu. Terasa seolah-olah bersendirian
mengelilingi Kaabah. Air mata menitis tanpa dipaksa. Lebih syahdu apabila berdoa
yang lahir dari hati sendiri. Doa yang dilafazkan oleh hati dan perasaan.
“Ya Allah ampunilah diri kami. Ini adaah tawaf sunat aku yang terakhir untuk kali ini. Aku
bersyukur di atas segala nikmat, pelajaran, dan pengajaran yang Engkau anugerah kepada kami
sekeluarga. Aku tahu Engkau Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, dan Maha Pengampun. Ya Allah,
sekiranya ini tawaf sunatku yang terakhir dan sekiranya dijemput oleh-Mu, maka Engkau
ampunilah dosa-dosaku. Tempatkan aku dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal
soleh. Ya Allah, ketika aku mempunyai rasa gentar, takut, dan tunduk kepada kekuasaan-Mu,
jangan Engkau alih perasaan ini dengan rasa riyak, takbur, angkuh, dan sombong serta berbesar
diri. Ya Allah aku mahu menjadi manusia yang lebih baik di sisi-Mu ya Allah.”

Kami teruskan ibadat kami seperti sebelumnya. Solat tahajud, hajat, dan taubat.
Berzikir dan berdoa tanpa henti sehingga azan subuh. Cuma, pada pagi ini saya
berdoa mohon keizinannya bagi menyampai pengalaman menunaikan fardhu haji
kepada masyarakat umum. Saya nyatakan kepada Allah, “Ya Allah, akan aku
hadiahkan sebahagian daripada royalti buku ini kepada Tabung Kecemerlangan
Pelajar Sekolah Rendah Tengku Mahmood, Besut, Terengganu yang berjaya
mendidik aku sehingga ke tahap ini.”
Selepas subuh, kami melakukan tawaf wida' atau tawaf perpisahan. Saya
membacakan doa perpisahan bersama Roza, Kak Mie, dan Azlina. Kesemua kami
menangis tanpa malu, tanpa segan. Di sana sini terdapat kumpulan-kumpulan lain
yang bersedia untuk beredar. Mata mereka kemerahan. Kesedihan yang sangat. Ia
adalah suasana yang tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak ada istilah keras hati ataupun
hati kering di sisi Allah s.w.t. untuk manusia yang kerdil. Saya berpendapat, hampir
setiap orang menitiskan air mata apabila melakukan tawaf wida'. Paling tidak pun
hati mereka menangis.
“Kami meninggalkan rumah-Mu, ya Allah dengan penuh rasa nikmat. Maha suci Allah yang
mengajar manusia berkenaan kebesaran-Nya. Secara langsung. Allahu Akbar.”

Nasi ataupun Solat?

“Saya mahu mencari pintu Babus Salam, pintu bernombor 1. Laluan bagi


menuju ke Maqam Rasulullah s.a.w.”

K
ami sampai di Madinah sebelum waktu isyak. Perjalanan Makkah ke
Madinah lancar. Kami berhenti di dua hentian untuk bersolat dan berehat.
Hentian ketiga adalah ketika sampai di Madinah, iaitu kesemua jemaah haji
dikumpulkan di Pusat Pemeriksaan Setempat. Hampir satu jam. Saya sempat
bersolat maghrib di sini. Kebanyakan jemaah berehat di dalam bas sambil
mengumpul kembali tenaga yang lebih sebulan digunakan di Makkah, Arafah, dan
Mina.
Kami sampai di hotel 20 minit sebelum solat isyak. Ketika bas berhenti, petugas
Tabung Haji membuat pengumuman. “Kita tiba di Madinah. Selamat Datang.
Masjid Nabawi hanya di hadapan hotel, menyeberangi jalan. Makanan disiap di
tingkat Mezanin. Tinggalkan beg tangan di bilik dan terus turun makan. Nanti tidak
sempat. Beg-beg lain dihantar terus ke tingkat masing-masing.”
Di Madinah, saya lebih bertenang. Saya katakan kepada Roza, Kak Mie, dan Azlina,
“Kita masih sempat solat isyak di masjid. Sekiranya kita tidak pergi, jumlah
maksimum yang boleh kita solat berjemaah di sini hanya 40 waktu. Cukup-cukup
40 waktu. Sekiranya kita pergi sekarang, kita mungkin dapat 41 waktu. Kita ke bilik,
tukar pakaian, ambil air solat, dan tidak perlu makan malam. Kita beli kebab.”
Azan isyak berkumandang ketika kami sedang melintas jalan menuju ke masjid.
Jaraknya tidak jauh. Hotel kami berhampiran dengan perkuburan Baqi’ dan
menghadap tempat imam. Maksud saya, hotel kami berdekatan dengan pintu Babu
Salam dan Maqam Rasulullah s.a.w. Di Madinah, tempat solat wanita diasingkan di
belakang. Ia lebih jauh dari hotel kami tetapi masih lebih dekat berbanding Hotel
Ekhwah dengan Masjidil Haram. Kami terpaksa berpisah. Lalu, saya berlari-lari anak
sambil memegang gambar rajah Masjid Nabawi. Saya mahu mencari pintu Babu
Salam, pintu bernombor 1. Laluan menuju ke Maqam Rasulullah. Dalam tergesa-
gesa, mata tidak terpandang nama Babu Salam. Dua tiga kali saya berpusing-pusing
melihat pintu 2, 3, dan 4. Rupa-rupanya pintu 1 dipagari dengan pita pengadang
kerana ia dipenuhi jemaah.
Akhirnya saya melalui pintu 4 menuju ke ruang solat di ruangan tengah masjid.
Masih ada tempat. Nafas tercungap-cungap. Saya solat sunat menghormati masjid
dan membacakan surah Al-Fatihah.
“Assalamualaikum ya Rasulullah. Terimalah hadiah Al-Fatihah daripadaku. Aku bersaksi tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ya Allah,
ramai rakan-rakan dan mereka yang mencintaimu mengirim salam, mereka berkata
Assalamualaikum ya Rasulullah.”

Waktu mula solat di Madinah agak selesa. Ruang masa menunggu antara azan dan
waktu sebenar solat di sekitar 20 minit. Maksudnya, sekadar solat berjemaah di
masjid, sekiranya masih tidur ketika terdengar azan, cepat-cepat bangun, ambil air
sembahyang dan berlari pergi, masih tidak bermasalah. Itu yang dilakukan oleh
sebahagian besar jemaah Malaysia di Madinah. Tidak tergesa-gesa, bertenang, santai,
santai, dan santai.
Di sebelah saya, seorang pemuda Pakistan. Dia pandai berbahasa Inggeris. Dia
yang menunjukkan arah Babu Salam, kawasan Raudhah, dan Maqam Nabi. Selepas
solat isyak, sunat jenazah, dan sunat selepas solat isyak saya beredar menuju ke pintu
Babu Salam. Saya tengok ramai yang berjalan pergi melalui laluan ini dan keluar
melalui Babu Baqi. Sebelum bertemu Babu Baqi, di situ terletaknya Maqam
Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, dan Omar. Di laluan ini juga saya berjumpa dengan
kawasan Raudhah. Orang ramai. Saya menyelit masuk, dengan izinnya saya dapat
solat sunat hajat dan taubat dan sempat juga berdoa. Lega.
Saya meninggalkan Raudhah dan melalui Maqam Rasulullah s.a.w. dan dua
sahabatnya. Sekali lagi, sambil berjalan keluar, saya berbisik menyampaikan salam,
salam rakan-rakan, dan berselawat memohon kesejahteraan Baginda. Bermula hari
baru di Kota Madinah. Pada malam pertama, kebab menjadi makanan malam kami.

Madinah Bumi Aman

“Pertama kali mengangkat jenazah ini sangat sayu dan sebak. Mengapa? Hati
teringat arwah ayah yang dihantar ke kubur tanpa kehadiran saya.”

M
adinah berlainan dengan Makkah. Hari pertama jiwa terasa kosong.
Lemah. Masih terkenangkan suara bilal melaungkan azan di Masjidil
Haram. Kuat, bersemangat, dan garang. Di sini ia sangat lembut.
Terkenangkan suara imam yang meninggikan suara ketika membaca surah-surah
yang menjadikan mereka bersemangat. Suara Imam Abdul Rahman sewaktu solat
maghrib dan isyak, nyaring memecah keheningan Masjidil Haram ternyata luar
biasa. Di Madinah, ia tidak berlaku. Azannya lembut, bacaannya bersahaja. Tenang.
Tempat penginapan bertaraf empat bintang ataupun 5 bintang. Kami berempat
di bilik yang sepatut memuatkan dua orang secara selesa. Bagaimanapun ia masih
baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah besar. Tidak muncul masalah bilik
air. Udaranya segar. Susun atur bangunan menampakkan Madinah adalah sebuah
kota yang terancang.
Kami datang daripada suasana yang kasar. Berhempas pulas berjuang mencari
yang terbaik. Bangun pagi kerana mahu melakukan umrah, tawaf, solat sunat, dan
membaca Al-Quran. Setiap hari hampir 15 jam mengabadikan diri di Masjidil
Haram. Di Madinah, masjid hanya di buka pada pukul 2.30 pagi ataupun 3 pagi dan
ditutup pada jam 10.30 malam. Keadaan masjid tertib dan terjaga. Tidak boleh
melangkah orang, tidak boleh melintas di hadapan orang sedang solat, dan tidak
boleh meninggikan suara walaupun ketika membaca Al-Quran.
Pada ketika itu benar-benar terasa janggal dan saya tidak berasa kenikmatan
untuk beramal ibadat sehingga terpaksa memohon kepada Allah s.w.t.
“Ya Allah ampunilah diriku. Ya Allah mengapa hatiku terasa kosong di sini. Engkau berilah rasa
kasih, cinta kepada masjid ini supaya aku dapat merasakan nikmat beramal ibadat. Sesungguhnya
Engkaulah yang menciptakan kami, dan kepad-Mu tempat kami mengadu dan bergantung
harap.”

Hari kedua. Kami bangun pagi. Bertolak ke Masjid Nabi ketika bilangan jemaah
belum ramai. Pada ketika ini saya menggariskan apa yang akan dilakukan. Pertama,
saya mahu pastikan supaya dapat memasuki masjid melalui pintu Babu Salam. Di
kawasan ini hanya ada enam saf. Ia yang paling hampir dengan imam dan di sini
terletaknya saf yang paling ke hadapan. Kedua, saya akan pastikan dapat solat sunat
masjid di kawasan Raudhah dan berdoa ringkas. Ketiga, saya solat tahajud, hajat,
taubat, dan witir di saf yang paling hadapan. Saya mahu saf yang pertama ataupun
kedua sahaja. Keempat, mahu membaca surah Yasin pada setiap waktu solat, puasa
Muharam, dan puasa Khamis dan Isnin. Akhir sekali, ingin khatam terjemahan Al-
Quran semasa di Madinah.
Rutin ini memberikan rasa cinta kepada Masjid Nabawi yang mendalam. Setiap
hari saya dapat melalui kawasan maqam dan berbisik-bisik dengan Rasulullah s.a.w.
Malah setiap waktu terluang, terutamanya di hotel kitab terjemahan Al-Quran
sentiasa dibaca. Saya membaca dengan tekun tiap-tiap baris terjemahan. Ya Allah, ia
menyentuh perasaan. Akhirnya hati mula memahami dan mengerti yang Allah s.w.t.
begitu menyayangi dan mengasihi hamba-Nya. Dia banyak memberi peluang kepada
hamba-hambanya bagi mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?
[Surah Ar-Rahman, ayat 36]

Hari ketiga. Allah s.w.t. memberi satu nikmat baru. Dia membuka pintu hati bagi
memberi khidmat yang tidak pernah saya lakukan di Malaysia. Mengusung jenazah
ke Perkuburan Baqi. Hampir setiap kali solat jenazah, saya berlari menuju ke
kawasan yang ditempatkan khusus untuk sanak saudara mereka yang meninggal.
Betul-betul berdiri di belakang jenazah dan imam.
Dalam kebanyakan kes, jenazah-jenazah ini tidak mempunyai saudara mara yang
ramai kecuali penduduk tempatan. Pertama kali mengangkat jenazah ini sangat sayu
dan sebak. Mengapa? Hati teringat arwah ayah yang dihantar ke kubur tanpa
kehadiran saya. Ketika itu kami berada jauh di Bumi Kenyalang dan mahu jenazah
dikebumikan secepat mungkin. Terutamanya kerana ayah meninggal pada malam
Jumaat. Maka, kami tidak mahu jenazahnya terlepas selepas waktu zuhur keesokan
harinya.
Maka setiap hari, hampir empat kali sehari ia menjadi tugas rasmi. Saya memikul
jenazah itu dari kawasan dalam masjid sehingga ke luar pintu. Di sana sudah ramai
yang berebut-rebut mengambil alih tanggungjawab. Mereka mengejar keberkatan
yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Ia bukan satu tugas yang meletihkan. Ia mengingati
betapa kita juga menghadapi saat-saat kematian. Kematian yang bagaimana?
Madinah adalah bumi yang aman. Keamanannya menyebabkan ramai jemaah
menyantaikan diri. Mereka bertenang. Misalnya, dalam suasana masjid yang sentiasa
mempunyai ruang, masih ada yang sanggup solat di luar kawasan masjid. Malah, ada
yang sentiasa berada di bilik sendiri dan ponteng solat berjemaah. Ramai yang tidak
kisah kerana memikirkan yang ibadat haji sudah mereka selesaikan. Madinah hanya
sebahagian daripada amalan sunat. Allahu Akbar.
Saya enggan mengulas. Kita kirkan sendiri. Saya hanya mengingati dan
menyatakan kisah bagi mencari yang terbaik di sisinya.

Tuhan Lebih Mengetahui

“Ana gembira kerana dapat memberi khidmat kepada kedua orang tua. Ana
sendiri tidak banyak melakukan amal ibadat, tetapi semoga Allah tahu apa
yang ana lakukan.”

T
iga hari di Madinah. Roza datang kepada saya sambil menangis
memberitahu, “Saya tidak boleh solat.” Dia kesedihan kerana tidak dapat
memenuhi hasrat semua jemaah haji yang mahu solat 40 waktu berjemaah di
Masjid Nabi.
Apa yang boleh saya katakan sekadar melayani hatinya, “Ini adalah ketentuan
Ilahi. Kena redha. Awak boleh baca terjemahan, berzikir, dan menemani dua jemaah
yang uzur.”
Setiap waktu dia akan mandi wajib. Mengintai sama ada darahnya sudah kering
ataupun tidak. Tidak mungkin. Sehinggakan teman sebilik berkata, “Roza, tidak
perlu awak mandi setiap waktu. Apabila sampai masanya, apabila sudah kering awak
solatlah. Inikan ketentuan Tuhan.”
Hampir setiap hari dia menunggu saya untuk makan malam, selepas isyak. Saya
kir masanya cukup panjang di Madinah. Lalu kami bertukar-tukar restoran. Makan
aiskrim, kebab, dan makanan segera Arab yang lain.
Satu hari Roza bercerita. Seorang warga tua di biliknya menangis sambil berdoa,
“Ya Allah, aku mempunyai anak di sini. Apakah dia tidak ter kir membawa aku ke
masjid?”
Di masa yang lain, teman sebilik yang juga uzur berdoa, “Ya Allah, ingatkanlah
suamiku, dia datang ke sini bersama isterinya. Lupakah dia? Aku tidak datang ke sini
semata-mata untuk berkurung di bilik. Ya Allah, gerakkan hatinya bagi menjenguk
aku di sini.”
Saya sebak. Saya syorkan kepada Roza supaya menggunakan kerusi roda bagi
membawa mereka solat ke masjid. Sampai di sana, Azlina dan Kak Mie boleh
menolak mereka ke dalam Raudhah. Ringkaskan cerita, itul adaah tugas besar Roza
di Madinah. Kedua-duanya dapat solat di Raudhah dalam keadaan selesa. Mereka
berdua menyayangi Roza seperti anak sendiri. Berkali-kali menjemput kami ke
rumahnya.
Kami mengerti, Tuhan lebih mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia.
Begitu juga Roza. Dia tahu dan redha yang Allah s.w.t. tidak mengeringkan darahnya
untuk satu tugas yang lebih mulia. Semoganya begitu.
Saya belajar sesuatu. Di Makkah dan Madinah saya sebilik dengan beberapa
orang yang membawa kedua ibu bapa yang uzur. Ia satu tugas yang mulia. Malah,
saya kir tidak ramai yang sanggup melakukan tugas ini kerana cabarannya cukup
besar. Sekiranya kita akan menghadapi situasi yang serupa, pertimbangkan beberapa
isu yang kelihatan kecil, tetapi memberi kesan besar kepada diri dan jemaah yang
lain.
Pastikan orang tua kita tahu menggunakan tandas dengan betul. Ajar mereka.
Jangan kir mereka memahaminya secara semula jadi. Tandas rumah dan tandas di
hotel, kadangkala sangat berbeza. Di Madinah, ada jemaah yang masuk ke dalam tab
mandi (bath-tub) bagi mencuci najis. Baki-baki najis bersepah-sepah tanpa dicuci
semula. Isunya, dia tidak tahu menggunakan paip yang berada di sebelah tandas.
Jangan menganggap mereka sentiasa uzur dan dibiarkan begitu sahaja. Apabila
hampir waktu solat bertanya kepada mereka, untuk pergi solat ke masjid? Bertanya
pada setiap waktu walaupun kita tahu jawapannya adalah tidak. Mengapa? Mereka
sebenarnya kesunyian di sana. Pertanyaan seumpama ini melegakan mereka.
Kita sendiri mempunyai tanggungjawab yang luar biasa kepada mereka dan diri
sendiri. Ia dua kali ganda. Sebaliknya ia menyongsang. Akibat tanggungjawab ini
usaha dan komitmen kepada fardhu haji menurun kepada 50 peratus? Mengapa.
Perhatikan kenyataan seorang jemaah yang membawa ibu bapa, sentiasa berehat di
bilik.
“Ana gembira kerana dapat memberi khidmat kepada kedua orang tua. Ana sendiri tidak banyak
buat amal ibadat, tetapi semoga Allah tahu apa yang ana lakukan.”

Kenyataan ini muncul kerana ada perasaan bersalah dalam diri sendiri dan
menjadikan tanggungjawab kepada ayah dan emak sebagai jalan keluar bagi memberi
justi kasi kepada tindakan itu. Ia sukar. Bagaimanapun, seorang teman lain, juga
membawa bersama ibunya yang uzur masih mampu berhempas pulas menjaga
ibunya dan pada masa yang sama beramal ibadat pada kadar yang munasabah.
Maksudnya, rancang pergerakan haji kita dengan teliti. Sentiasa bercita-cita bagi
melakukan yang terbaik. Berdoalah kepada-Nya supaya dipermudah dan diberi jalan
yang sebaik-baiknya. “Astagh rullah. Aku mohon kemaafan dan keampunan-Mu Ya
Allah.”

Shelai Jubah Seribu Makna

“Saya tersentuh hati, sebak, dan sayu menyaksikan bagaimana beberapa


jemaah haji yang sentiasa uzur semasa di Makkah dan Madinah kelihatan riang
ria dan bertenaga.”

H
ari-hari terakhir di Madinah. Besok kami berangkat pulang ke Malaysia.
Rakan sebilik mula bersiap-sedia dengan berkemas. Jelas nampak
keceriaan. Masing-masing mula bercerita berkenaan siapa yang
menjemput di KLIA, makanan apa yang mahu dimakan, dan kerinduan pada
kampung halaman. Perpisahan yang hampir mencecah 45 hari sampai ke
penghujung.
Kami sendiri tidak dapat memberi gambaran perasaan yang sebenar. Kami
merindui anak-anak, tetapi tidak begitu luar biasa. Saya berasa sedih meninggalkan
bumi Madinah, tetapi ia bercampur-baur dengan keinginan untuk pulang ke
Malaysia. Dicampurkan dan ditolak, ia membawa perasaan yang cukup unik,
kekosongan perasaan yang sukar dimengerti.
Saya tidak perlu berkemas secara bersungguh-sungguh. Saya tiba dengan hanya
sebuah beg kecil Tabung Haji. Maka pulangnya pun begitu jua. Apatah lagi isi
utamanya kain ihram sudah dihadiahkan kepada rakan sebilik yang mempunyai beg
bertingkat. Katanya, “Nanti saya akan hadiahkan pada orang kampung yang ingin
menunaikan fardhu haji.” Saya gembira. Sekiranya tidak, kesemua barang tersusun
kemas di bawah katil untuk ditinggalkan.
Di Madinah, kami hanya membeli beberapa naskhah Al-Quran, kitab
terjemahan, dua pasang jubah untuk anak lelaki, dan beberapa kilo kurma Madinah
yang dikemaskan terlebih awal oleh Roza, Kak Mie, dan Azlina. Secara
keseluruhannya, tambahan barangan yang perlu dibawa pulang hanya barang-barang
yang dibeli di Madinah, itu pun secara minimum.
Saya sebenarnya tidak mempunyai pakaian, kecuali sehelai baju kemeja berlengan
pendek dan dua helai seluar jubah. Terlintas di hati, alangkah baiknya sekiranya saya
mempunyai sepasang jubah yang elok dipakai ketika pulang. Barangkali nampak
kewarakan seorang haji baru. Barangkali ia memberi gambaran yang Prof. Dr. Haji
Muhd Kamil Ibrahim berjaya mendapat haji mabrur. Mengapa tidak. Dia sanggup
berserban, memakai kopiah, memakai jubah, berjanggut, dan kelihatan berseri-seri
wajahnya. Sesuatu yang pastinya agak janggal sebelumnya.
Roza ketawa dengan permintaan itu. Lalu, kami pergi ke kompleks membeli-
belah yang terletak berhampiran dengan hotel. Saya membeli sehelai jubah yang
mahal harganya, dengan harga 60 riyal. Namun, ia pasti lebih mahal daripada jubah
rakan-rakan sebilik. Cantik. Kemas. Berkualiti. Tentu sekali saya segak memakainya.
Lalu saya gantung di dalam almari pakaian hotel untuk dipakai pada keesokan
harinya.
Subuh, hari terakhir di Madinah. Jelas kedengaran azan subuh yang pertama.
Rakan-rakan sebilik sudah bangun daripada tidur dan mula bersiap. Sambil
menunggu azan kedua, kami bersembang-sembang menceritakan perasaan untuk
pulang ke Malaysia. Beberapa jemaah lain juga muncul di bilik kami. Saya tersentuh
hati, sebak, dan sayu menyaksikan bagaimana beberapa jemaah haji yang sentiasa
uzur semasa di Makkah dan Madinah kelihatan riang ria dan bertenaga. Mereka
berpakaian cantik. Berjubah kemas. Berserban. Malah, mereka nyata sihat sejahtera.
Menyaksikan keceriaan dan kegembiraan mereka membuat saya terus ber kir.
Allah s.w.t. mengajar saya sesuatu. Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, saya
mahu memakai jubah, serban, kopiah yang cantik dan berkualiti semasa pulang
semata-mata mahu memberi gambaran positif kepada mereka yang menyambut saya
di KLIA. Barangkali, ini adalah perasaan yang ada pada setiap jemaah haji yang
berangkat pulang.
Astagh rullah, Subhanallah, saya memohon keampunan Allah s.w.t. Saya ambil
jubah baru, lipat, dan masukkan ke dalam beg. Saya insaf yang fardhu haji bukan
semata-mata soal pakaian ataupun pandangan luaran orang pada kita. Maka kopiah,
baju kemeja berlengan pendek, seluar jubah, dan selipar solat yang menjadi pakaian
pulang. Saya tahu saya kelihatan rugged, tidak mengikut kebiasaan, dan nampak
janggal. Saya tidak kisah. Lebih penting, saya dapat menyucikan hati sendiri. Baru
saya terasa aman, tenang, dan girang.

Dua Jam di Raudhah


“Assalamualaikum, ya Rasulullah, hari ini adalah hari terakhir aku berada di sini.
Tentu sekali, sekiranya berpeluang aku datang lagi ."

H
ari terakhir di Madinah. Pagi-pagi lagi saya sudah bangun, mandi dan
bersiap bagi melangkah ke masjid. Sebelum memasuki lif, saya berdoa.
“Ya Allah, aku mohon keampunan daripada-Mu, aku mohon kerahmatan-Mu, aku mohon
tau k hidayah-Mu. Ya Allah, hari ini adalah hari terakhir aku di Masjid Nabi. Ya Allah, izinkan aku
solat dan beramal ibadat di kawasan Raudhah dengan masa yang lebih panjang berbanding pada
hari-hari biasa. Ya Allah, aku mohon keizinan-Mu.”

Mengapa saya membaca doa itu? Hampir setiap hari dan setiap waktu saya solat di
kawasan laluan Babu Salam. Laluan menuju ke Maqam Rasulullah. Kawasan utama
yang hanya terdapat lima saf hingga enam saf yang hampir dengan imam. Di situ
terdapat pintu yang menghubungi dengan kawasan Raudhah. Maksud saya, cukup
saya berdiri di muka pintu itu, pasti ada ruang yang memanggil-manggil ke dalam.
Saya bersyukur kerana hampir setiap waktu diizinkan-Nya untuk solat tahiyatul
masjid dan berdoa ringkas di kawasan Raudhah. Saya sendiri tidak mengambil masa
yang lama untuk berada di sini. Paling lama lapan minit. Itu janji saya. Saya kasihan
melihat begitu ramai yang menunggu ruang untuk solat sunat.
Saya tidak mahu menjadi manusia yang tamak dan tidak bertimbang rasa. Apatah
lagi berpaku di situ berjam-jam lamanya. Ia bukan satu kesalahan. Ia bukan satu
dosa. Cuma, saya bersyukur kepada-Nya yang memberi rasa untuk ber kir begitu.
Saya nyata lebih gembira melihat manusia lain benar-benar teruja, berterima kasih,
dan berdoa kepada kesejahteraan saya selepas memberi ruang kepada mereka.
Astagh rullah.
Saya adalah seorang jemaah haji yang tiba awal pada hari itu. Jemaah di kawasan
Babu Salam, di hadapan Raudhah lengang. Saf pertama masih belum berisi. Kawasan
Raudhah sunyi sepi. Saya bergerak perlahan-perlahan memasuki kawasan Raudhah
sambil menyebut Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, dengan merapatkan diri ke
arah maqam Rasulullah. Di sebelah kiri terdapat seorang askar yang mengawal
kawasan maqam dan Raudhah.
“Assalamualaikum, ya Rasulullah, hari ini adalah hari terakhir aku berada di sini. Tentu sekali,
sekiranya berpeluang aku datang lagi. Terima kasih, ya Rasulullah kerana engkau bersusah payah
berjuang bagi menegakkan agama Allah ini sehingga aku dapat menikmati keindahan dan
kenikmatan agama ini.”

Saya berbisik dan terus mengucap kalimah syahadah, berselawat, dan bersedekah Al-
Fatihah kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Hati terasa sayu, pilu, dan
air mata mula membasahi pipi. Saya kuatkan hati untuk mula solat sunat tahiyatul
masjid, tahajud, taubat, dan hajat. Itu adalah amalan yang saya tahu sepanjang
berada di bumi Makkah dan Madinah. Saya benar-benar terasa sunyi, pipi terasa
kesejukan akibat kehalusan air mata yang mengalir perlahan. Ada masanya ia kering
tanpa perlu dilapkan. Kemudian, ia mengalir semula tanpa paksa.
Selesai saya berbicara melalui hati dan perasaan dengan Pencipta yang maha
perkasa, maka bermula solat hajat, maraton tanpa henti. Pertama, saya berdoa untuk
Sara Fateha (anak pertama), Ahmad Haris Azrai (anak kedua), Ahmad Amirul Imran
(anak ketiga), Farah Sofea (anak keempat), Roza, wan dan ayah, serta emak dan
abah. Mereka ini yang benar-benar hampir dalam kehidupan saya.
Kedua, saya solat hajat untuk setiap keluarga adik-beradik yang berjumlah 11
orang kesemuanya, keluarga ipar-ipar, sanak saudara, rakan-rakan rapat, teman
sepejabat, fakulti perakaunan, serta mereka yang membenci dan suka membuat
tnah kepada saya. Doa saya cukup mudah. Misalnya untuk rakan-rakan rapat, saya
akan memohon:
“Ya Allah, aku mohon keampunan daripada-Mu, aku mohon kerahmatan-Mu, aku mohon tau k
hidayah-Mu. Ya Allah, ampunilah dosa rakan-rakanku, berilah perasaan takut dan gentar kepada-
Mu, berikanlah rezeki yang halal kepada mereka dan sejahterakan kehidupan mereka.”

Bagaimana pula dengan keluarga adik-beradik?


“Ya Allah, aku mohon keampunan daripada-Mu, aku mohon kerahmatan-Mu, aku mohon tau k
hidayah-Mu. Ya Allah, ampunilah dosa Kak Yah sekeluarga, bahagiakan keluarga ini, jadikan anak-
anak Kak Yah sebagai anak yang soleh. Ya Allah, berikan keselamatan dunia dan akhirat kepada
mereka sekeluarga. Ya Allah, berikan kepada kami perasaan saling kasih mengasihi.”

Saya berada di kawasan Raudhah hampir dua jam. Tiada gangguan. Sekiranya ada
yang berdiri di belakang saya menunggu giliran, askar yang berada di sebelah kiri
menghalau mereka ke belakang. Saya terasa istimewa. Saya terasa doa saya
dimakbulkan Allah s.w.t. Mengapa tidak, ketika sampai, saya mempunyai pelbagai
pilihan tempat tetapi Allah s.w.t. menggerakkan hati saya untuk berada sedekat
mungkin dengan askar itu yang sedang mengawal maqam Rasulullah. Allah s.w.t.
memberi izin kepada saya berada di situ supaya dapat solat tanpa sebarang tekanan.
Astagh rullah.
Jemaah semakin ramai. Kawasan Raudhah mula sesak. Saya dapat perhatikan
manusia mula berpusu-pusu menunggu giliran. Saya kir masanya sudah tiba untuk
beredar. Saya pegang tangan seorang yang sedang berdiri hampir dengan saya sambil
melihat ruang yang mungkin boleh dicelahnya. Saya kecilkan keluasan tapak tempat
berdiri. Sambil menariknya, saya berbahasa Melayu, “Ambil tempat saya. Saya mahu
solat dua rakaat lagi. Berdiri di sisi saya.”
Saya bercakap sambil memberi bahasa isyarat. Dia cepat menangkap maksud
saya. Apabila saya selesai solat, kami bersalaman dan dia mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih. Sambil berjalan keluar, saya bersyukur dan mengucapkan
Alhamdulillah di atas segala kemudahan, ruang, dan ketenangan yang dianugerahkan
oleh-Nya. Sekali lagi saya melintasi maqam Rasulullah, tetapi kini melalui laluan
Babu Salam dan keluar melalui pintu Babu Baqi’. Saya hanya berselawat dan
bersedekah Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu, azan pertama kedengaran.

Selamat Tinggal Madinah

"Haji yang penuh dengan kebajikan (Haji Mabrur) adalah lebih baik daripada
dunia dan apa-apa yang ada di dalamnya. Haji Mabrur tidak ada baginya
balasan kecuali syurga."

H
ari terakhir di Madinah. Menurut petugas Tabung Haji, jemaah haji
dikehendaki menaiki bas pada pukul 6.30 pagi. Dia menasihati kami
supaya solat di hotel memandangkan waktu subuh di Madinah sekitar jam
5.40 pagi. Tidak sempat berjemaah di Masjid Nabawi. Mengikut kelaziman, solat
subuh hanya bermula pada pukul 6.00 pagi dan berakhir sekitar jam 6.15 pagi
ataupun 6.20 pagi. Surah yang dibaca cukup panjang. Jelas, Tabung Haji tidak mahu
jemaah Malaysia terkocoh-kocoh untuk solat di masjid dan berkejar pula bagi
menaiki bas. Tambah-tambah lagi kebanyakan jemaah haji Malaysia, iaitu kumpulan
ini menginap di tingkat 7, 8, 9, dan 10. Ia mungkin boleh menyebabkan kelewatan
sekiranya kesemuanya solat di masjid.
Pada pukul 5 pagi. Haji Ibrahim, rakan sebilik bertanya, “Sempatkah kita solat di
masjid?” Tentu sekali saya sedang memerhatikan keadaan dengan teliti. Jauh di sudut
hati, saya tidak mahu ketinggalan solat subuh berjemaah di masjid.
Dalam masa yang sama, saya juga tidak mahu menjadi penyebab kepada
kelewatan perjalanan bas ke lapangan terbang. Saya juga tidak mahu menjadi
penggalak kepada mereka yang lain. Bagaimanapun kerana ada pertanyaan, maka
saya memberi jawapan yang hanya terpakai kepada diri sendiri. Saya berkata, Insya
Allah, tetapi beg perlu berada di lobi. Apabila selesai solat terus ke bas.
Pada jam 5.40 pagi. Azan subuh berkumandang. Saya maklumkan kepada Roza
yang saya mahu solat di masjid. Dia uzur. Saya mahu dia menunggu saya di dalam
bas. Sebelum melangkah, saya berdoa, “Ya Allah, izinkan aku solat subuh sebelum
aku berlepas pulang. Jangan jadikan aku orang yang terakhir menaiki bas. Berikan
ruang masa yang secukupnya untuk aku solat.”
Lalu, saya turun dengan penuh keyakinan. Sambil bergerak laju ke masjid, saya
sempat memerhatikan pekerja (bas no. 9) masih belum mengangkat barang-barang
kami yang terkumpul di ruang lobi hotel. Saya makin yakin, saya perlu dan boleh
menunaikan solat subuh di masjid.
Saya rasa lega. Tercapai juga niat untuk solat setiap waktu berjemaah di Masjid
Nabawi sepanjang berada di Madinah. Saya berasa yakin termasuk dalam kumpulan
kecil yang dapat solat 42 waktu penuh. Hampir kesemua jemaah hanya dapat solat
40 waktu sahaja (maksimum) kerana beberapa sebab. Doa supaya dipermudahkan,
mendapat yang terbaik, dan dapat beramal ibadat di Masjid Nabi dengan kadar yang
maksimum termakbul. Agakan saya begitu.
Perjalanan ke lapangan terbang Madinah cukup memilukan. Umpama
meninggalkan seorang kekasih cinta pertama ataupun pergi tanpa janji akan kembali
semula. Kami hanya berdiam diri. Senyap. Saya tidak mempedulikan orang lain. Air
mata mengalir. Tangisan tanpa kawalan lebih kuat di dalam hati. Kami benar-benar
merasai kenikmatan beramal ibadat di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi. Tiada
yang setanding dengannya. Diam-diam hati menyebut Subhanallah, Subhanallah,
Subhanallah.
Sesekali bercakap dengan Roza. Melahirkan rasa sedih, rasa nikmat, rasa puas,
dan rasa kagum di atas pengalaman 44 hari menunaikan fardhu haji. Bagaimanapun,
kami lebih banyak berdiam diri dengan hati berzikir manakala mata menyaksikan
pemandangan Kota Madinah dan laluan ke lapangan terbang.
Pada jam 11.40 pagi. Kami mula mendaki angkasa raya menggunakan pesawat
Saudi Arabia. 30 minit di udara, kami mula bertenang dan dapat merehatkan minda.
Rasa lesu mula menyelinap masuk. Cuma kami tidak dapat melelapkan mata.
Sesekali bergurau dengan Roza, Kak Mie, dan Azlina mengingati kembali beberapa
peristiwa manis terutamanya di bandar raya Makkah. Hampir setiap hari kami
bersama. Azlina sendiri berulang kali mengucapkan kata-kata kesyukuran, “Saya rasa
bersyukur kerana abang ajak saya menunaikan fardhu haji tahun ini. Ini adalah
hadiah yang manis untuk saya. Terima kasih abang.”
Saya tersenyum. Saya tahu kedua-duanya, Kak Mie dan Azlina berada di puncak
kegembiraan. Saya juga berasa bersyukur kerana dapat menjadi ketua rombongan
kepada isteri, kakak, dan adik perempuan dengan penuh tanggungjawab. Perasaan
sendiri berpuas hati dengan apa yang dilakukan kepada mereka. Itu yang terbaik
mengikut kemampuan saya.
Di atas pesawat ini saya dapat dan mula merenung kembali apa yang dilalui
untuk tempoh dua tahun yang lepas sehingga selesai menyempurnakan rukun Islam
yang kelima ini. Terasa puas, nikmat, dan benar-benar bersyukur. Kepuasan yang
mencetus pula ketakutan dan kebimbangan. Saya nyatakan kepada Roza, “Saya
mahu lagi kembali lagi ke Makkah, Madinah. Tidak kira menunaikan haji ataupun
umrah, tetapi ada unsur-unsur ketakutan dalam jiwa saya. Mampukah saya
melakukan perkara yang sama, mampukah saya menyimpan perasaan terlampau
yakin, adakah lagi perasaan ketakutan kepadanya, atau timbulkah perasaan riyak,
angkuh, dan sombong. Saya rasa, Tuhan benar-benar menyayangi kita sepanjang kita
berada di Makkah dan Madinah. Mampukah kita mengekalkan apa yang sudah kita
lakukan selama 44 hari ini?”
Di atas pesawat ini juga saya melihat diri. Jauh ke dalam. Ia berpusing-pusing di
sekitar persoalan kehidupan ‘apabila pulang ke Malaysia, apabila melangkah masuk
bekerja di UiTM ataupun berkeluarga’. Apakah perjalanan kehidupan sendiri
berubah secara drastik sehingga memberi kesan hebat kepada perhubungan sesama
rakan sejawat, corak pemikiran, ataupun kehidupan seharian. Ataupun apakah saya
akan kembali menjadi seorang insan yang sama tingkah laku, adab, dan akal ataupun
mungkin lebih menurun tanpa mempunyai perubahan positif. Sekiranya itu berlaku,
ibadat haji yang saya laksanakan tidak mampu mengubah sempadan masa.
Haji yang penuh dengan kebajikan (Haji Mabrur) adalah lebih baik daripada dunia dan apa-apa
yang ada di dalamnya. Haji Mabrur tidak ada baginya balasan kecuali syurga.
(Hadith ini dilaporkan oleh Abu Hurairah)

Malah, saya terbayang segala kerugian yang akan ditanggung apabila pulang nanti,
masih bergelumang dengan dosa-dosa yang tidak sepatutnya dilakukan. Apatah lagi
selepas Allah s.w.t. berjanji memberi pengampunan seumpama bayi yang baru
dilahirkan. Ketakutan ini bukan satu perkara yang ganjil, apatah lagi terdapat rakan-
rakan dan insan yang dikenali masih sanggup melakukan dosa-dosa besar seperti
berzina dan berjudi walaupun selepas menunaikan fardhu haji. Sesetengah daripada
mereka masih pekat dengan perasaan buruk sangka, suka membuat tnah, dan
mempunyai perasaan cemburu yang melampau.
Saya tidak mahu begitu. Saya tidak mahu diuji sedemikian rupa. Saya rasa apa
yang Tuhan ampunkan (mengikut janji-Nya) akan menjadi sia-sia dan tindakan ini
benar-benar menggambarkan kebodohan diri sendiri. Astagh rullah.
Barang siapa melakukan haji kerana Allah, lalu ia tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan tidak
melakukan perbuatan jahat, nescaya ia pulang ke negerinya dalam keadaan diampuni dosa-
dosanya seumpama ia baru dilahirkan oleh ibunya.

(Dilaporkan oleh Ahmad, Al-Bukhari, An-Nasaie, dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.)

Dalam bayangan, saya dapat merasakan yang cabaran ataupun dugaan selepas
menunaikan fardhu haji atau bergelar haji menjadi lebih besar berbanding dengan
perasaan ketakutan sebelum bertolak ke Makkah. Mampukah saya bangun setiap
penghujung malam untuk solat tahajud? Mampukah saya berpuasa sunat pada setiap
hari Isnin dan Khamis sebagaimana yang dilakukan di Makkah dan Madinah?
Mampukah saya solat berjemaah apabila azan dilaungkan? Mampukah saya membaca
Al-Quran setiap hari?
Pertanyaan demi pertanyaan muncul dalam kegelisahan mencari keredhaannya.
Kegembiraan untuk pulang ke Malaysia terbenam di sebalik sejuta pertanyaan yang
tidak mungkin terjawab.
“Selamat tinggal Madinah.”
“Selamat tinggal Masjidil Haram.”
“Di sanalah tempat aku belajar, diajar dan memahami tentang keesaanmu, ya
Allah. Sehingga bertemu lagi. Astagh rullah, Astagh rullah, Astagh rullah, aku
mohon keampunan-Mu.”

Haji Mabrur

“Haji yang penuh dengan kebajikan (haji mabrur) adalah lebih baik daripada dunia dan apa-apa yang ada
dalamnya. Haji mabrur tidak ada balasan kecuali syurga.”

S
emoga mendapat haji mabrur. Itu adalah kata-kata yang sering mengiringi
pemergian seorang jemaah haji. Semua orang pandai menyatakan ucapan ini.
Mengerjakan umrah kepada satu umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku
antara tempoh kedua-duanya; dan Haji Mabrur (haji yang penuh kebajikan) itu tiada balasan
baginya kecuali syurga.

(Hadith ini direkodkan oleh Ahmad daripada Abu Hurairah)

Mereka yang pergi dengan penuh keikhlasan dan tahu tujuan sebenar ibadat haji ini
bercita-cita mendapatkan haji mabrur. Anugerahnya adalah balasan syurga.
Apabila pulang, jarang benar orang bercerita berkenaan haji mabrur ini. Mereka
yang datang berziarah bertanya berkenaan pengalaman semasa di Makkah dan
Madinah. Hakikat sebenar, mereka sedang mempertimbangkan tahap keberkatan
haji yang dilalui oleh teman ataupun sanak saudara mereka. Manusia adalah
manusia. Di hati masing-masing mula membuat keputusan atau penghakiman. Lalu,
perjalanan harian seorang haji ataupun hajjah diperhatikan secara santai oleh rakan,
sanak saudara, ataupun teman sepejabat. Tindak-tanduk mereka dikaitkan dengan
amalan haji yang baru disempurnakan.
Di Makkah, kami selalu berbincang dengan sebilik berkenaan haji mabrur.
Sukarkah bagi mendapatkannya? Saya memberikan alasan dan hujah.
“Apakah maksud haji mabrur yang dhaif? Semasa khutbah Arafah, ustaz
menyatakan, tanda-tanda orang itu mendapat haji mabrur adalah mereka berubah
kepada insan yang lebih baik apabila pulang ke Malaysia. Sekiranya begitu, orang
yang jahil macam saya lebih mudah mendapat haji mabrur daripada alim ulama.
Mengapa? Pertama, saya tidak pernah solat berjemaah. Balik nanti akan saya teruskan
amalan di sini. Sekurang-kurangnya untuk waktu maghrib, isyak, dan subuh. Tidak
ada alasan mengatakan tidak. Maka, saya lebih baik daripada sebelumnya.
Kedua, saya tidak pernah puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Maka apabila
pulang nanti, seumur hidup saya mahu berpuasa sunat, kecuali sekiranya ada sesuatu
hal yang munasabah, misalnya ada orang meraikan saya ataupun kita meraikan
tetamu. Ketiga, saya tidak pernah membaca Al-Quran di rumah, maka apabila saya
membacanya setiap hari, saya lebih baik daripada sebelumnya. Senarai ini menjadi
panjang. Dan sudah tentu mereka yang alim dan warak tiada ruang lagi meningkat.
Ia kelihatan sukar. Persoalannya, adakah kita mahu haji mabrur? Tuhan tidak
mencampakkan anugerah itu tanpa kita melakukan apa-apa. Analogi mudah. Ramai
orang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. Kesemuanya ingin mendapatkan
ijazah itu. Proses mendapat Ph.D jelas perlu belajar, melakukan penyelidikan,
menulis, hantar tesis, dan pertahankan tesis, baru dianugerahkan ijazah itu.
Tidak ada calon Ph.D. yang mendaftar, tidur dan apabila bangun dianugerahkan
dengan ijazah itu. Malah, jangka masa tamat pula berbeza-beza mengikut
kemampuan masing-masing. Ada juga yang tidak tamat-tamat walaupun kelihatan
berusaha dengan bersungguh-sungguh. Ia perlukan rahmat Allah s.w.t. Persoalan haji
mabrur terletak pada diri sendiri. Sejauh mana keinginan kita bagi mencapai impian
itu? Namun saya kir, berusaha, berdoa, dan mengakui keesaan Allah s.w.t. adalah
kunci utama. Haji Mabrur dapat dipohon, tetapi hanya Allah s.w.t. membuat
keputusan. Allah menyayangi dan mengasihi hamba-Nya. “Kami mohon
keampunan-Mu ya Allah.”

Cabaran Sebenar

"Ya Allah, aku takut. Ketika Engkau memberi rasa gentar kepadaku,
jangan Engkau ambil kembali rasa nikmat ini"

A
A
pa khabar Tuan Haji? Ini Tuan Haji baru. Kata-kata seumpama ini
mengundang seribu makna. Tersenyum apabila rakan-rakan bertanya
berkenaan pengalaman sebenar kami di Kota Makkah dan Madinah.
Kebanyakannya bertanya sekadar mengambil hati. Ia soalan rutin apabila masuk
bertugas selepas hampir 50 hari tidak ke pejabat.
Hendak dengar cerita? Mereka mengangguk-anggukkan kepala. Lalu, saya
ceritakan apa yang tertulis di sini. Ia hanya selesai hampir dua jam bercerita dengan
pelbagai nada, riang-ria, sedih, sebak, dan sayu. Niat bercerita dan menyampaikan
maklumat berkenaan haji kepada rakan dan sahabat terlaksana. Saya sentiasa
bersemangat apabila bercerita berkenaan pengajaran dan pelajaran yang kami alami
di Tanah Suci. Akhirnya, mereka yang mendengar syarahan itu terpaksa mengakui
yang kami melalui satu perjalanan yang luar biasa. Sekurang-kurang daripada gaya
penceritaan yang begitu bersungguh-sungguh.
Namun jauh di sudut hati, saya risau dengan cabaran yang bakal kami hadapi
selepas menunaikan fardhu haji. Konsep Jalan Pintas ke Syurga atau Haji Mabrur
menyebabkan kami tidak mahu termasuk dalam kalangan mereka yang rugi. Apakah
yang dapat dilakukan untuk berpeluang mendapat haji mabrur?
Kita ketepikan soal hati dan perasaan. Keikhlasan dalam melakukan sesuatu
perkara sukar ditafsirkan. Saya mahu bermula dengan sesuatu yang nyata.
Terutamanya amal ibadat yang disarankan kepada umat Islam, tetapi tidak menjadi
sebahagian daripada rutin peribadi. Saya tidak mahu berlengah lagi. Lalu, saya
lakukan senarai semak utama:

Solat Berjemaah
Puasa Sunat
Qiamullail
Membaca Al-Quran

Dapatkah saya lakukan ini semua? Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Namun, perasaan sebenar nyata lebih menakutkan daripada sebelum berangkat ke
Tanah Suci. Lalu, saya berdoa kepadanya.
“Ya Allah ampunilah diriku. Berikanlah keberkatan-Mu, Berikan kerahmatan-Mu. Ya Allah, aku
takut. Ketika Engkau memberi rasa gentar kepadaku, jangan Engkau ambil kembali rasa nikmat
ini. Jadikan aku manusia yang tunduk kepada-Mu. Berikan kekuatan untuk aku meneruskan
amalan-amalan yang sudah aku laksanakan di Tanah Suci. Engkau maha berkuasa ya Allah.”

Maka setiap hari surau Seksyen 9 menjadi tumpuan. Surau ini dikenali sebagai Surau
orang kaya-kaya kerana ramainya dato’ dan ahli perniagaan yang memberi
sumbangan. Satu surau yang mempunyai penyaman udara. Malah, ceramah-ceramah
agama diadakan pada setiap hari dengan topik-topik perbincangan yang berbeza-
beza. Jemaahnya ramai. Ia mempunyai imam sendiri yang dibayar gajinya oleh pihak
surau.
Ketika solat, saya pastikan berada di saf pertama, betul-betul di sebelah kanan
imam. Selepas beberapa minggu, tempat itu seolah-olah sinonim dengan saya. Mana
ada orang Malaysia hendak berebut saf?
Pada setiap hari Jumaat, saya berkejar ke Masjid Negeri bagi mengambil saf
pertama. Saya mencelah masuk ketika solat sunat sekiranya ruang itu diisi di sebelah
kanan imam. Begitu semangatnya hati dan perasaan selepas 44 hari diajar, diasuh,
dan ditunjukkan jalan oleh Allah s.w.t. Hakikat sebenar, saya tidak mahu kehilangan
kekuatan hati yang mahu mencari yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Ia mungkin tidak
penting untuk sesetengah orang, tetapi ia ternyata menyala membakar hati dan jiwa.
Berbalik kepada imam surau Seksyen 9, Ustaz Idris seorang penghafaz Al-Quran.
Saya terus jatuh cinta apabila pertama kali mendengar bacaannya dan ter kir,
barangkali Allah s.w.t. menghantar aku ke sini untuk berguru dengannya. Lalu, saya
meminta izin menjadi anak murid beliau. Jawapannya menyedihkan, “Haji, saya
minta maaf. Masa saya sudah terlalu sempit. Program saya penuh. Saya minta maaf
Haji.”
Kuasa Allah s.w.t. terlalu hebat. Ketika zuhur dia melafazkan kata-kata itu, ketika
asar Allah s.w.t. palingkan hatinya dan dia menuturkan kata-kata berikut, “Haji, saya
minta maaf kerana menyatakan masa saya sudah sempit. Sebenarnya, saya yang
menyempitkan masa saya sendiri. Sekiranya Haji hendak belajar dengan saya, maka
boleh datang pada setiap hari Isnin, Rabu, dan Jumaat selepas isyak.”
Saya gembira. Tuhan memakbulkan permohonan semasa berada di hadapan
Kaabah. Saya mahu guru Al-Quran yang terbaik dan Ustaz Idris adalah lulusan Al-
Azhar dalam bidang pengajian Al-Quran. “Ya Allah ampuni diriku, Ya Allah. Maha
Besar Engkau ya Allah.” Tentu sekali hasrat bagi membaca Al-Quran dengan cara
yang betul dan mengikut tajwid kelihatan munasabah. Allah s.w.t. mudahkan niat
murni hamba-Nya.
Seumur hidup tidak pernah berpuasa sunat. Tahun 2006, sebelum mahu
menunaikan fardhu haji saya berjaya menamatkan puasa enam bulan Syawal.
Seluruh keluarga heboh dengan kejayaan ini. Maka, sekiranya saya berjaya berpuasa
sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis, ia adalah satu rahmat yang diberikan oleh
Allah s.w.t. kepada insannya. Tambah-tambah lagi Dia memberikan perasaan
bagaimana nikmat berpuasa sebenarnya semasa di Makkah dan Madinah. Ia cukup
berbeza. Saya mahu nikmat yang sama. Subhanallah. Maha Suci Allah.
Segala perubahan yang mahu dilaksanakan ternyata memberi kesan besar kepada
kehidupan harian. Waktu malam tertumpu ke surau, pada waktu Maghrib dan Isyak.
Malah, kadang-kadang, saya terpaksa pulang pada sekitar pukul 10.30 malam selepas
tamat kelas Al-Quran. Jelas, sekiranya kita mahu melakukan sesuatu, kita perlu
melepaskan sesuatu yang lain. Kos melepas. Sekiranya terpaksa membuat pilihan,
saya tahu pilihan mana yang perlu diutamakan.
Persoalannya, Allah s.w.t. memberi rahmat-Nya. Mampukah kita berusaha
mengekalkannya sehingga kita dipanggil menghadap untuk selama-lamanya. Itu
adalah cabaran besar yang perlu dihadapi. Dengan izinnya kita berdoa supaya dapat
melepasi Siratul Mustaqim dengan bergaya.

Haji Daud Tangjung Karang

"Semua orang mengenali beliau. Wak Daud ikhlas dalam kerja-kerjanya.


Dia kelihatan begitu. Saya percaya itu adalah benar"

W
ak Daud adalah teman sebilik semasa menunaikan fardhu haji, di
Makkah dan Madinah. Umurnya di pertengahan 50-an. Bertubuh tegap.
Bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang petani. Petani sebenar. Dia
mempunyai ladang kelapa sawit, sawah, kambing, dan tanaman kontan yang lain.
Di dalam bilik yang menghimpunkan profesor, ustaz, pesara kerajaan, dan
pekerja di sektor korporat, Wak Daud berdiam diri dan memerhatikan keadaan. Dia
kelihatan berhati-hati. Tambah-tambah lagi dia tidak pandai membaca dan menulis.
Selepas seminggu dua, barulah sifat dirinya yang sebenar menonjol.
Dia seorang yang ikhlas. Otaknya tajam. Dia cepat belajar. Kasih kepada isterinya
jelas ternyata. Malah, ibunya yang perlu disorong sentiasa didahului dengan penuh
kasih sayang. Dia mahu ibunya puas menunaikan fardhu haji. Dia tidak lokek tenaga
di dalam bilik. Itu adalah kelebihannya.
Dia bercerita kepada saya, “Dr. tahu, ibu saya setiap tahun bertanya kepada saya.
“Daud, bila kamu mahu bawa ibu ke Makkah. Duit ibu sudah cukup. Kamu sudah
ada duit?” Saya sentiasa memberi jawapan. “Sudah ibu, nanti saya daftar dahulu.”
Tiap tahun saya tipu dia. Saya tidak ada duit. Saya pening bagaimana mahu
mengumpul wang sebanyak 20 ribu untuk saya dan isteri. Tetapi, apabila saya
bertekad dan bersedia untuk pergi, saya dapat kumpul 30 ribu dalam masa dua
tahun.”
Di kampung, Wak Daud lebih dikenali sebagai Daud Jemputan. Dia ditugaskan
menghantar kad jemputan sekiranya ada majlis kenduri. Semua orang mengenali
beliau. Wak Daud ikhlas dalam kerja-kerjanya. Dia kelihatan begitu. Saya percaya ia
adalah benar. Dia mahu belajar. Diam-diam dia melihat apa yang saya lakukan.
Saya pernah berkata kepadanya, “Wak, kita susah simpan duit untuk datang ke
Makkah. Wak kena jual kambing, Wak perlu kuat berkebun. Jual kelapa sawit. Saya
pun bukan senang hendak dapat duit. Datang ke sini kita kena betul-betul beramal
ibadat. Kita kena pergi ke Masjidil Haram. Kita kena lawan sekiranya ada perasaan
malas dan mahu berehat-rehat. Kita jadi orang bodoh sekiranya kita tidak rebut
peluang yang Allah beri.”
Setiap kali saya mahu memberi nasihat kepada rakan-rakan sebilik, maka Wak
Daud yang menjadi sasaran. Dia tahu. Dia cepat menangkap apa yang mahu saya
sampaikan. Saya membaca fadhilat Masjidil Haram kepadanya. Diambil risalah itu
dan dia mahu isterinya baca dan faham. Dia sentiasa belajar, tetapi lebih pandai
daripada mereka yang sememangnya sudah lama pandai.
Saya menghormati Wak Daud. Saya tahu Wak Daud tidak menghabiskan wang
ringgitnya untuk berbelanja sesuka hati. Di Madinah, saya ajak dia makan di sebuah
restoran ayam goreng Arab. Sedap. Dia hanya makan separuh sahaja. Katanya, “Dr.,
saya mahu bawa balik untuk isteri. Biar dia rasa betapa sedapnya ayam yang Dr.
belanja.” Saya ketawa.
Keluar restoran saya beli aiskrim yang setanding dengan Baskin Robbins. Saya
mahu dia merasai kesedapannya. Wak Daud berulang kali menyatakan betapa
lazatnya aiskrim itu. Saya seronok melihat dia gembira.
Kami berjanji untuk bertemu di Malaysia. Ketika saya menulis catatan ini, dia
membuat panggilan, “Dr. saya dan isteri rindukan Dr. Seronok mendengar suara Dr.,
macam kita di Makkah.” Saya juga gembira mendengar suaranya.

Surau Kondo Kemuncak

“Ya Allah sekiranya benar aku perlu bertanggungjawab pada surau ini, aku
mohon dua perkara daripada-Mu. Engkau berikan kekuatan kepadaku.”

D
i Masjidil Haram, kami pernah berbincang tentang surau Kondo
Kemuncak, tempat tinggal kami sekeluarga. Surau itu sudah melalui
tempoh yang lama tanpa diurus. Tiada solat berjemaah. Cuma pada setiap
hari Isnin, Rabu, Khamis, dan Jumaat terdapat kanak-kanak yang belajar Al-Quran
bersama seorang ustazah. Hari Jumaat juga terdapat sekumpulan ahli Tabligh yang
datang bersolat dan menjalankan kerja-kerja dakwah. Puas mereka berdoa supaya ada
pemastautin yang tampil bagi memulakan solat berjemaah. Pastinya mereka hampa.
Sebelumnya, apabila orang bertanya tentang surau ini, saya memberi jawapan,
“Ini adalah contoh kawasan Melayu Islam di bandar raya Shah Alam yang moden.
Orang bandar raya semuanya sibuk dengan kerja harian. Tiada masa bagi
menghidupkan surau.”
Kini, selepas pulang dari Tanah Suci, saya tidak pernah menyangka surau kecil itu
membawa pengertian besar dalam kehidupan kami sekeluarga. Ia menjadi satu
tanggungjawab yang tidak pernah ter kir untuk sekian lama. Sesuatu yang kelihatan
mustahil sebelumnya, bertukar menjadi satu ketentuan. Ia terpikul pada bahu
sendiri. Barangkali, itu adalah kebesaran Allah s.w.t.
Mengapa?
Kisahnya begini. Rumah saya bertamu pada sekitar bulan Mac 2007. Sebulan
selepas kami pulang daripada menunaikan fardhu haji, Haji Othman tinggal
beberapa hari bersama kami. Dia bertanya tentang surau di kawasan rumah.
Mengapa tertutup rapat? Mengapa tiada yang berjemaah. Mengapa saya lari ke Surau
Seksyen 9?
Saya memberi jawapan. Perkara yang sama sudah saya kirkan. Ia bermain-main
di kiran semasa di Masjidil Haram. Roza sendiri pernah bercakap berkenaan
keperluan menghidupkan surau itu. Cuma, saya tidak mampu. Banyak kekurangan
yang ada pada diri sendiri. Saya jangka pasti ada insan lain yang mulia patut
memikul tanggungjawab sebesar ini.
Dia memberi syarahan. Nampak tanda-tanda kesal. Telinga mendengar. Terasa
sesuatu menyentuh pintu hati. 18 Mac 2007, ketika solat sunat dhuha, saya
terbayang surau Kondo Kemuncak. Air mata menitis tanpa sebab. Hati jadi sebak
dan terharu. Terasa yang ada sesuatu yang tidak kena dengan perasaan ini. Sekiranya
bukan dengan izin Allah, mustahil saya menangis atas sebab mengingati sebuah surau
yang tidak dipedulikan. Hati terlintas, barangkali Allah s.w.t. mahu aku melakukan
sesuatu pada surau Kondo Kemuncak.
Selepas solat dhuha, saya berdoa, “Ya Allah, sekiranya benar aku perlu
bertanggungjawab pada surau ini, aku mohon dua perkara daripada-Mu. Engkau
berikan kekuatan kepadaku. Betulkan bacaanku, dan mudahkan aku menghafal doa-
doa dan wirid selepas solat. Ampuni aku ya Allah. Semoga ada orang yang lebih baik
akan datang bagi menjaga surau ini.”
Saya tahu Allah s.w.t. mendengar permintaan itu. Ketika berdoa, air mata
ketakutan muncul tanpa paksa. Selepas solat, sehari suntuk saya menghafal beberapa
doa, wirid selepas solat, dan membaca balik tertib solat jemaah. Kelihatan pada hari
itu, daya ingatan saya lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Saya berjaya
mengingati wirid solat yang bertahun-tahun dicuba tanpa berhasil. Ia mungkin
kerana kesungguhan dan izin-Nya.
Pada waktu maghrib, Azrai melaungkan azan. Saya menjadi imam
bermakmunkan tetamu saya, Azrai, Amirul, Irfan (anak saudara), dan seorang insan
yang mendengar panggilan itu. Ketika berdoa selepas solat, saya sebak. Terharu dan
berdoa.
“Ya Allah, ampunilah kedua orang ibu bapa kami. Ampunilah diri kami. Ampunilah dosa-dosa
penduduk Kondo Kemuncak ini. Ya Allah, Engkau redhailah usaha-usaha yang kami lakukan ini. Ya
Allah, sekiranya Engkau menjemput kami, tempatkan kami dalam kalangan orang yang beramal
soleh. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu. Syurga yang istimewa ya Allah, syurga Firdaus.”

Perasaan sebak, terharu dan menitiskan air mata adalah kerana memikirkan yang saya
berada di situ dan menjadi seorang imam. Dalam serba kekurangan. Sesuatu yang
tidak ter kir akan berlaku pada masa lampau. Saya menangis kerana Allah s.w.t.
mengajar dengan mengetuk hati. Lihatlah, Aku boleh menukarkan keadaan dalam
sekelip mata.
Saya berkata, “Apa lagi yang mahu aku dustakan atas segala nikmat yang
diberikan oleh-Nya?”
Pada waktu isyak, terdapat tambahan seorang makmum, pemuda Arab yang
menetap di kondo ini. Dia bercerita, “Sebelum ini, saya selalu melaungkan azan,
tetapi tidak ada yang datang. Saya pasti datang pada setiap waktu maghrib dan
isyak.”
Rupa-rupanya, apabila diberi tanggungjawab, ia menjadi satu beban yang besar,
tetapi mahu dilaksanakan. Pukul 4.00 pagi saya terjaga dan mengejutkan Roza,
“Roza, waastagh ruka waatubu ilaik apabila jadi imam orang baca apa?” Roza yang
masih terpinga-pinga tersedar dari tidur menjawab, “Entah.” Masya Allah, beginilah
orang yang tidak cukup ilmu terpaksa menjadi imam.
Pukul 5 pagi, saya membuat panggilan kepada emak dan abah bertanya tentang
bacaan qunut sebagai seorang imam. “Abah, tolong baca doa qunut apabila jadi
imam.” Saya bertanya kepada abah melalui telefon.
Ia kelihatan ringkas, tetapi apabila diberi tanggungjawab, saya mula bertanya-
tanya dan ingin mencari yang terbaik. Imam kepada keluarga dan imam kepada
umum kelihatan berbeza untuk orang yang jahil seperti saya.
Pagi itu kami menerima seorang lagi jemaah baru. Saya ketakutan, tetapi berdoa
dan berharap mendapat rahmat Allah s.w.t. atas apa yang kami lakukan. Sambil
berjalan pulang, saya berkata kepada Azrai, “Apabila Azrai melanjutkan melanjutkan
pelajaran ke MRSM Kepala Batas nanti, nampaknya ayah yang kena azan, kena
iqamat, dan menjadi imam. Makmum ayah pada satu ketika mungkin hanya mama,
Amirul, ataupun kakak.”
Saya harap ia tidak jadi begitu. Benar. Selepas beberapa ketika, Surau Kondo
Kemuncak mempunyai tetamu silih berganti. Tidak pernah berlaku yang saya
terpaksa menjadi imam, bilal, dan makmum serentak. Malah, ada beberapa peristiwa
lucu berlaku. Pada suatu ketika, saya mempunyai jemaah yang ramai daripada hari-
hari biasa. Punyalah berhati-hati dalam pergerakan solat sampai terbabas daripada
membaca tahiyat awal.
Saya tergamam. Saya teringat yang boleh sujud sahwi. Kasihan kanak-kanak yang
berada di saf kedua. Pelik solat hari ini. Mujur saya tidak berhenti dan mula semula.
Sekiranya tidak, mungkin akan menjadi cerita lucu bagaimana Haji Surau Kondo
Kemuncak menjadi imam. Subhanallah.
Bagaimanapun, selepas memikirkan secara mendalam, apakah sebenarnya yang
tersirat daripada penerimaan tanggungjawab ini, ia kelihatan jelas. Di Tanah suci,
saya berdoa bagi menjadi manusia yang lebih baik, takut kepada-Nya, dan mahu
solat berjemaah pada setiap hari. Lalu, Allah s.w.t. makbulkan segala-galanya.
Mengapa tidak, saya terasa surau itu adalah menjadi milik sendiri yang perlu
dipertahankan. Satu perasaan yang tidak pernah dialami selama ini.
Lalu, secara tiba-tiba apabila melakukan sesuatu pekerjaan, sedaya upaya saya
tidak mahu mengganggu waktu solat maghrib dan isyak di surau. Astagh rullah.
Aku mohon keampunan-Mu.

Tulis Kisah Saya

“Satu syarat bertaubat, saya perlu mengaku apa yang sudah saya lakukan. Dr.
boleh tulis kisah saya dalam buku Dr. Cuma jangan sebut nama saya.”

K
onsep penting yang perlu diberi penekanan kepada setiap insan yang
inginkan kejayaan adalah keinginan sentiasa belajar. Saya adalah profesor
perakaunan. Mungkin berilmu dalam bidang sendiri. Itu pun dalam
sesetengah bidang yang menjadi kegemaran dan dilakukan penyelidikan.
Bagaimanapun, saya jahil dalam bidang agama. Banyak perkara mudah menjadi
amalan alim ulama tidak pernah tersinggah di hati. Sedangkan ia tidak menjadi
beban sekiranya diamalkan.
Saya terbaca, misalnya amalan menyebut la ilaha illallah sangat dituntut. Ia
digambarkan secara jelas semasa Nabi Musa memohon kepada Tuhan supaya
diberikan satu amalan yang berbeza dengan lain-lain hamba. Maka, Allah s.w.t.
menyebut la ilaha illallah. Kalimah ini hebat. Pada setiap pagi, sambil memandu saya
cuba menyebut kalimah ini sepanjang perjalanan dari rumah ke pejabat yang
mengambil masa selama 10 minit. Ia tidak sukar. Sekiranya tidak, saya lebih suka
berkhayal dengan pelbagai topik dan tema yang tidak ada penghujungnya.
Kita juga disarankan supaya sentiasa berdoa. Maka, setiap kali memasuki pejabat,
melabuhkan punggung di kerusi, saya berdoa memohon dimudahkan urusan hari
itu.
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu. Ampunilah diriku. Berikan kerahmatan-Mu, tau k hidayah-Mu.
Ya Allah, mudahkan pekerjaanku. Jauhilah aku daripada mereka yang suka membuat tnah.
Berikan keselamatan dunia dan akhirat.”

Konsep belajar tanpa amal juga merugikan. Biarpun sedikit, tetapi jikalau dilakukan
secara berterusan ia meninggalkan kesan yang mendalam. Malah, jikalau ilmu
pengetahuan dihargai dan diamati, baru ia dirahmati Allah s.w.t. Jikalau lalai, Allah
s.w.t. menguji manusia dengan pelbagai ujian bagi menyedarkan umatnya.
Pertimbangkan keadaan ini. Di Makkah, seorang teman sebilik adalah seorang
ustaz, pensyarah di sebuah maktab perguruan, dan pernah juga berkhidmat sebagai
seorang guru. Dia mengajar ibadat haji kepada anak-anak muridnya. Dia tahu
tentang selok-belok ibadat ini. Dia menunaikan fardhu haji bersama ayahnya yang
berusia hampir 90 tahun, anak perempuan, dan saudara perempuan (juga sudah
berusia). Kami kagum dengan kesabaran ustaz melayani kerenah ayahnya sepanjang
berada di Tanah Suci. Cabaran yang beliau alami adalah besar. Namun, dia seorang
yang penyabar.
Kalau adapun sedikit kritikan adalah sikapnya yang mengambil mudah pada
semua keadaan. Terutamanya pada ibadat haji itu sendiri. Dalam kesibukan menjaga
ayahnya yang uzur, dia juga masih sibuk mencari saudara-mara yang berada di sekitar
Makkah. Tentu sekali ia menjejaskan tumpuan amal ibadat yang khusus. Dia pernah
berkata kepada saya, “Saya bercita-cita mahu khatam Al-Quran macam usaha-usaha
yang Dr. sedang lakukan. Tetapi saya lemah. Mengantuk. Tok guru saya pernah
bercerita yang dia juga malas dan mengantuk. Tetapi, apabila tiba di Makkah.
Akhirnya dia sempat baca surah Al-Ikhlas sahaja.”
“Ya. Eloklah. Baca Al-Ikhlas sebanyak tiga kali bersamaan dengan satu Al-Quran,”
kata saya bagi menyakat beliau. Saya faham dia cuba memberi justi kasi pada apa
yang beliau lakukan di Makkah. Sebenarnya tidak siapa peduli dengan sebarang
tindak-tanduk kita semasa di Tanah Suci. Cuma saya kasihan melihat mereka yang
berilmu, tetapi tidak menggunakan ilmunya kepada satu tahap yang dapat
dibanggakan. Sesekali saya berdakwah melalui Wak Haji Daud.
Pada suatu hari dia bercerita, “Dr., seronoknya saya tawaf hari ini. Patut Dr. hari-
hari pergi awal ke masjid. Saya dapat mengelilingi Kaabah. Harum bau Kaabah.
Seronok dapat pegang Kaabah.”
Belum pun habis dia bercerita, saya sempat mengesan sesuatu yang tidak kena.
Pada ketika itu, dia berniat melakukan umrah sunat dan berihram ketika melakukan
tawaf. Saya sebak. Sambil menitiskan air mata, saya katakan kepadanya, “Ustaz
berihram ketika melakukan tawaf. Menyentuh Kaabah akan membatalkan tawaf.
Kemudian ustaz saie. Saie mendahului tawaf tidak sah. Tidak sah bertahalul. Jikalau
ustaz balik ke Malaysia, bersama isteri, maka dikira berzina. Jikalau menjadi wali
kepada pernikahan anak perempuan, maka pernikahan itu tidak sah. Ustaz, Allah
sayang ustaz. Ustaz bercerita di hadapan saya. Saya sudah beberapa kali pesan, saya
minta maaf. Kita jangan main-main dengan kerja haji ini. Ini adalah akibatnya. Saya
cadangkan supaya Ustaz pergi ke Masjidil Haram dan bertaubat kepada Allah. Minta
ampun atas kelalaian kita. Kemudian, jumpa orang yang tahu bagaimana hendak
perbetulkan keadaan ini.”
Saya menangis teresak-esak. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin Allah s.w.t.
mahu dia lebih terasa dan menginsa keadaan yang terjadi. Sebagaimana yang saya
nyatakan sebelum ini, hati sebak melihat bagaimana mereka yang berilmu, tetapi
tidak menggunakan ilmu yang ada dengan sempurna. Terbayang yang saya terpaksa
berhempas-pulas belajar bertalbiah, bengkok lidah hanya kerana saya seorang yang
jahil. Subhanallah.
Dia bingkas bangun, berpakaian, dan terus menuju ke Masjidil Haram. Dia
kelihatan resah dan gundah-gulana. Tiba-tiba, telefon saya berdering.
“Dr. saya di Masjidil Haram. Saya benar-benar bertaubat. Satu syarat bertaubat, saya kena
mengaku apa yang saya lakukan. Dr. boleh tulis kisah saya dalam buku Dr. Cuma jangan sebut
nama saya.”

Saya selalu terkenang peristiwa ini. Seumur hidup. Ia menjadi pengajaran bermakna
kepada dia dan saya. Ilmu yang ada tidak boleh dipermainkan. Saya mohon
keampunan-Nya.

Kerinduan

“Barangkali rasa cinta yang mendalam kepada Masjidil Haram sesuai dengan jaminan Allah terhadap
keberkatan kota Makkah itu sendiri.”

S
aya sentiasa rindukan Makkah dan Madinah. Malah, saya sentiasa mengenangi
saat akhir berpisah dengan Masjidil Haram ketika melakukan tawaf widak. Ia
saat-saat penuh emosi.
Tawaf widak atau tawaf selamat tinggal adalah tawaf yang diwajibkan kepada
mereka yang mahu meninggalkan kota Makkah. Mereka yang menunaikan fardhu
haji ataupun umrah pasti melakukan tawaf ini, kecuali kepada beberapa golongan
tertentu yang diberi pengecualian.
Pada ketika itu, saya menangis teresak-esak di hadapan Multazam, mengenangi
kisah diri yang sombong dan angkuh kepada-Nya. Tetapi, ditundukkan selepas
hampir 35 hari memasuki Universiti Masjidil Haram.
Pengajian kerohanian antara hamba dengan Pencipta yang diterima melalui mata
hati, membuka rasa cinta abadi kepada-Nya. Aroma Allah maha pengasih, Allah
maha penyayang dan Allah maha pengampun menyelinap terus ke hati nurani,
menjadikan diri hanya manusia kerdil yang takut dan gentar dan sentiasa
mengharapkan belas kasihannya.
Saya tahu saya sudah berjumpa sesuatu yang berharga dalam kehidupan
sementara. Ia jauh lebih berharga daripada mendapat segolong ijazah Ph.D. ataupun
dianugerahkan sebagai profesor termuda yang pernah dilantik oleh universiti. Nilai
yang hanya dimengerti oleh mereka yang melaluinya.
Malah saya sentiasa berdoa, “Ya Allah, ketika Engkau memberi rasa takut dan
gentar kepada-Mu, jangan Engkau palingkan perasaan ini daripada hatiku,
mudahkan untuk aku beramal ibadat kepada-Mu, ya Allah. Semata-mata kerana-
Mu.”
Kemudian, kami solat subuh dalam suasana yang sebak. Hati terlintas dan
bertanya, “Adakah solat ini yang terakhir di sini? Ya Allah, jangan begitu, berikan aku
peluang untuk solat di sini lagi. Ya Allah, berikan kelapangan waktu, kesihatan, dan
kewangan untuk aku kembali ke sini. Namun, jikalau ini solat aku yang terakhir di
sini, di Masjidil Haram ini, tempatkan aku dalam kalangan orang yang beramal
soleh. Masukkanlah aku ke dalam syurga-Mu.”
Saya menghadap Kaabah. Ia terlalu hampir. Satu saf yang ke hadapan, hampir
dengan imam nyata memberi perasaan kasih dan cinta yang mendalam untuk
beramal ibadat di Masjidil Haram. Hati meronta-ronta untuk sentiasa berjemaah
berhampiran dengan Kaabah. Biar saya yang terkedepan berbanding dengan berjuta
yang lain.
Saya tahu pada ketika yang sama, seluruh umat Islam yang menunaikan solat
berjemaah di masjid atau solat pada awal waktu, sama-sama menghadap kiblat yang
satu pada ketika yang hampir sewaktu. Ia bukan hanya semata-mata mereka yang
berada di Masjidil Haram. Rasa dan bayangan ini antara penyebab membawa nikmat
yang tidak terucap. Saya sudah dapat merasakan perasaan rindu dendam ini akan
kekal selama-lamanya - seumur hidup - meskipun diri jauh beribu batu. Ia satu
perasaan yang sukar dinyatakan.
Mengapa tidak? Saya tidak dapat mengira berapa banyak air mata mengalir
sepanjang berada di sini. Melihat Kaabah untuk kali pertama, air mata tumpah tanpa
dipaksa, menyebut subhanallah, air mata membasahi pipi, bertawaf sambil berdoa
boleh tersedu, mencium Hajarulaswad, muncul tangisan yang teresak-esak. Tentu
sekali ia perasaan dalaman yang memberi rasa khusyuk dan cinta abadi kepada Dia
yang maha agung.
Barangkali rasa cinta yang mendalam kepada Masjidil Haram sesuai dengan
jaminan Allah s.w.t. terhadap keberkatan kota Makkah itu sendiri. Allah s.w.t.
menyatakan:
Tidakkah kami tempatkan untuk mereka Tanah Haram yang aman, datang kepadanya buah-
buahan tiap sesuatu sebagai rezeki dari sisi kami, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti.
(Surah Al-Qasas, ayat 57)

Allah s.w.t. menceritakan bagaimana doa yang dimohon oleh Nabi Ibrahim ketika
baginda diperintahkan membina Kaabah. Kesannya nyata terus membakar hati dan
perasaan setiap insan yang beramal ibadat di sini. Hati terasa aman, jiwa rasa
tenteram, dan perasaan Allah s.w.t. sangat menyayangi hamba-Nya nyata tidak
dipaksa-paksa.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri
Makkah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan
kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara
mereka.

Allah menyatakan, (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar, maka Aku
akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu untuk sementara (di dunia), kemudian
Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab Neraka dan (itulah) seburuk-buruk tempat
kembali.
(Surah Al-Baqarah, ayat 126)

Selesai solat subuh, sebelum melakukan tawaf widak, saya berdoa sesungguh hati
sambil mengalirkan air mata. Saya dan Roza tahu masa bagi meninggalkan Masjidil
Haram kian hampir. Lalu, saya bangun melihat Multazam dan mula bergerak ke
garis permulaan tawaf. Mata menjeling lampu hijau di sebelah kanan bertentangan
dengan Hajarulaswad. Saya pantas membayangkan yang kami menghampiri garisan
penghubung antara lampu hijau dan Hajarulaswad. Lalu, mengangkat tangan dan
mula menyebut, “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Walillahilhamd.”
Bermulalah tawaf widak di keheningan fajar pagi. Roza memegang erat tangan
kiri saya. Terasa benar ikatan kasih-sayang yang terpaut sepanjang menunaikan
ibadat tawaf. Seperti hari-hari yang terdahulu, saya mula melangkah perlahan. Mata
tunduk ke lantai marmar. Hati terasa kosong. Mereka yang berhampiran terasa
seperti bayang-bayang sahaja. Langit hitam berbalam-balam dengan cahaya putih
kian menguasai suasana. Perlahan-lahan bibir mula menyebut, “Subhanallah,
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah.” Hati dalaman pula berkata, “Maha suci
Allah, Maha suci Allah, Maha suci Allah, Maha suci Allah.”
Kepenatan lebih sebulan berkampung di kota Makkah terasa hilang di sebalik
kekosongan perasaan yang khusyuk mengenangi sifat hebat, berkuasa, maha pengasih
dan maha penyayang Dia yang maha agung. Segala-galanya tentang kebesaran Allah
s.w.t. Setiap tapak yang dilangkah membina rasa cinta yang mendalam.
Perasaan sayu dan sebak yang tidak akan lagi berada di sini menguasai jiwa dan
perasaan. Besok, aku tidak lagi akan bertawaf, bersolat, berdoa, membaca Al-Quran,
bermunajat, dan memerhati kiblat yang tidak mungkin ada di Madinah dan
kampung halaman. Apabila melalui lengkungan Hijir Ismail, saya berbisik-bisik
tanpa rasa malu sambil menitiskan air mata:
"Ya Allah, aku bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau berikan selama aku berada di sini. Ya
Allah, Engkau ampunilah dosa-dosaku, isteri, dan anak-anakku. Jadikanlah aku manusia yang
takut, tunduk, dan gentar kepada-Mu."
"Ya Allah, hari ini adalah hari terakhir di sini. Dan ini adalah tawafku yang terakhir untuk musim
haji pada kali ini. Jangan jadikan tawaf ini sebagai tawaf aku yang terakhir. Jemputlah aku kembali
ke sini, ya Allah. Aku ingin kembali, ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih lagi
penyayang. Aku mohon keampunan-Mu, ya Allah."

Berulang-ulang saya merayu dan merayu. Setiap pusingan akan saya nyatakan
harapan dan keinginan ini. Saya mohon bersungguh-sungguh, sepenuh hati dan
perasaan. Pipi saya sentiasa lembap dengan air mata yang tidak perlu dipaksa-paksa.
Ia lambang kasih, sayang, dan cinta kepada Allah s.w.t. yang memberi rasa keamanan
yang sejati apabila berada di rumahnya yang paling suci di Masjidil Haram.
Apabila pulang ke Malaysia, saya kerinduan. Benar-benar rindu. Tersangat rindu
pada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ia perasaan yang luar biasa. Ya Allah, Dia
maha mendengar. Dia maha mengerti runtunan perasaan seorang insan yang sangat
kerdil.
Pada bulan Mei tahun 2009, saya kenang kembali doa-doa hari terakhir di kota
Makkah ketika akan berangkat menunaikan umrah nyata bersebab. Tidak sampai
pun tiga tahun, Allah s.w.t. memberi kelapangan kewangan, kesihatan, dan masa
untuk kami kembali menghadapnya di Masjidil Haram dan Madinah. Ia bukan
semata-mata saya dan isteri, tetapi lebih istimewa kerana dapat bersama anak-anak
lelaki, Azrai dan Amirul.
Saya kir Allah itu maha mendengar, maha pengasih dan penyayang. Kita
memohon, dia mendengar dan kerana kita hanya seorang hamba yang lemah,
terpulang kepadanya bila dan bagaimana mahu memakbulkan permohonan itu.
Allah s.w.t. memakbulkan doa untuk berangkat kembali ke Tanah Suci pada 28hb
Mei 2009.Jejak-jejak lampau saya kenang kembali dalam sejuta keinsafan!

Lintasan Hati Seorang Ibu

“Keinginan untuk berkunjung semula ke Makkah dan Madinah bukan hanya mainan di bibir semata.”


Sayang, saya mahu lagi datang ke sini. Sekiranya ada rezeki, saya mahu bawa
anak-anak lelaki terlebih dahulu.” Itu adalah kenyataan Roza yang disampaikan
kepada saya semasa berada di Makkah. Nyata ia perasaan dalaman yang tercetus
kesan daripada menunaikan fardhu haji. Saya sendiri tidak dapat mentafsir mengapa
anak-anak lelaki yang mahu dibawa dan bukannya seisi keluarga termasuk anak-anak
perempuan. Namun, kata-kata itu hanya berlalu tanpa sebarang ulasan. Lintasan hati
seorang ibu yang mungkin mengandungi pelbagai rahsia yang tidak pula mahu saya
selongkar.
Namun, saya pernah bergurau apabila memperkatakan tentang hasrat untuk
kembali semula ke Makkah dan Madinah. “Sayang, jikalau saya pergi dahulu,
bagaimana awak mahu ke sini? Tidakkah awak akan merindui saya?” Beliau memberi
jawapan ringkas, “Saya akan pergi dengan anak lelaki.” Kata-kata serius yang
memberi gambaran betapa kuatnya keinginan Roza untuk berkunjung semula.
Beliau ingin pergi walaupun tanpa suami.
Perasaan cinta, kasih, sayang, dan rindu kepada Makkah dan Madinah luar biasa.
Mendengar imam yang membaca penuh semangat di Malaysia, spontan akan
memberi komen, “Seperti di Makkah. Seumpama di Madinah.” Apabila Amir, iaitu
siswa UiTM Johor mengalunkan azan ala Makkah di Masjid As-Syakirin, terbayang
jelas suasana menunggu solat di Masjidil Haram. Melihat begitu ramai manusia solat
berjemaah pada waktu subuh pastinya mengembalikan nostalgia berjemaah di
Masjidil Haram dan Masjid Nabi. Hakikat sebenar, mereka yang pernah menunaikan
fardhu haji ataupun umrah sentiasa cuba mencari-cari sesuatu yang boleh disamakan
dengan kedua-dua tempat itu, walaupun sudah pasti perbezaannya ibarat langit
dengan bumi.
Keinginan untuk berkunjung semula ke Makkah dan Madinah bukan hanya
mainan di bibir semata. Kami terjemahkannya dengan berkunjung ke Pejabat
Tabung Haji, Shah Alam hanya selepas beberapa minggu pulang daripada Madinah.
Pegawai Tabung Haji merenung-renung data di komputer. Raut wajahnya
membayangkan yang beliau sedang cuba mentafsir apa yang sedang dilihat. Akhirnya
beliau bertanya, “Encik baru pulang?” Pertanyaan yang dijawab dengan senyum dan
anggukan kecil. “Data belum dikemas kini. Encik kena daftar semula. Mungkin
selepas sebulan,” Beliau terus membuat penjelasan.
Kemudian, impian dan harapan ini tidak lagi dibincangkan secara berterusan. Ia
tersimpan kemas dalam hati sanubari. Mungkin masing-masing berdoa dalam diam.
Jelas, saya dan Roza benar-benar mahu berkunjung semula ke Tanah Suci, tetapi
bukan dalam waktu terdekat. Malah, perbincangan-perbincangan melawat rakan
yang sedang menuntut di New Zealand nyata lebih mendahului daripada niat
melakukan ibadat umrah. Ketentuan Allah s.w.t. mengatasi perancangan manusia.
Allah s.w.t. berkata:
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancang berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-
satu dari makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan
tidaklah berhak kepada sesiapapun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha suci Allah dan
maha tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.

Nyata lintasan hati dan doa yang mahu kembali ke Tanah Suci didengari-Nya. Kami
cuba merancang dengan meletakkan sasaran masa yang sesuai dengan suasana
keluarga, tetapi Allah s.w.t. itu lebih berkuasa, mengetahui, dan bijaksana dalam
mengatur urusan manusia. Seorang staf bertanya, “Prof., kami ingin menganjurkan
ibadat umrah pada cuti semester ini. Prof. mahu ikut serta?”
Soalan yang dijawab serta-merta. “Mahu. Saya dan keluarga. Berapa ramai yang
ikut serta akan saya maklumkan semula,” Bibir saya berkata-kata tanpa memikirkan
implikasi persetujuan itu. Persetujuan yang akhirnya merealisasikan impian dan
harapan untuk kembali berada di hadapan Kaabah, melawat makam Rasulullah,
melalui pintu Babus Salam, kemungkinan mencium hajarulaswad, solat dan berdoa
di Hijir Ismail dan Raudhah, bertawaf, saie, dan melakukan pelbagai amal ibadat lain
di Tanah Suci yang menjanjikan pelbagai kerahmatan dan kemuliaan.
Pada suatu hari, saya memanggil anak-anak dan berkata, “Ayah dan mama
hendak ke Makkah dan Madinah. Mahu melaksanakan ibadat umrah. Ayah mahu
bertanya, ‘Ada sesiapa yang mahu? Ayah tidak paksa. Orang yang benar-benar terasa
hendak pergi, ayah bawa. Sekiranya tidak mahu pun tidak mengapa.’.”
Saya benar-benar mahu membiarkan anak-anak membuat keputusan. Kami
berharap apabila mereka berada di Tanah Suci, mereka melakukan amal ibadat
sepenuh perasaan tanpa paksaan dan yang lebih penting dapat menghargai dengan
apa yang bakal mereka lalui.
Saya memerhatikan muka Sara. Beliau tunduk. Diam. Bahasa badannya
menggambarkan beliau belum bersedia. Hakikat sebenar, Tuhan belum menjemput
beliau. “Sara belum mahu pergi,” Beliau bersuara perlahan. Saya tersenyum dan terus
memberi jawapan balas, “Baiklah, Sara jaga adik Sofea.” Jelas, aturan Allah s.w.t.
nyata hebat. Dia menjemput, memudah dan memberi ruang untuk saya
merencanakan langkah seterusnya.
“Azrai dan Amirul mahu ikut?” Soalan yang dibalas dengan senyum melirik,
anggukan ceria dan teruja berserta dengan kenyataan “Mahu... mahu!” Mereka nyata
bersemangat untuk ikut serta.
Lalu, saya berpaling kepada Sofea yang masih belum mengerti apa yang sedang
kami bincangkan. Saya memberitahu dia, “Ayah, mama, abang ngah, abang cik, Cik
Ayu, datuk, dan nenek akan pergi ke Makkah. Lama sangat. Nanti Sofea tinggal
dengan kakak Sara di rumah Ateh, boleh?”
Saya tidak perlu menunggu jawapan beliau!
Tentu sekali kami tidak pernah merancang secara spesi k bagi membawa seisi
keluarga menunaikan umrah. Namun, Roza pernah terlintas dan berdoa bagi
membawa anak-anak lelakinya bersama beliau. Allah s.w.t. mengaturkan perjalanan
kami menuju ke Makkah dan Madinah sebagaimana lintasan hati seorang ibu. Roza
tidak ter kir yang ia berlaku dalam tempoh waktu yang singkat selepas pulang
daripada menunaikan fardhu haji. Nyata perancangan Allah s.w.t. lebih hebat
daripada perancangan manusia. Dia lebih mengetahui.
Saya tahu, perasaan kasih seorang ibu tidak pernah berbelah-bahagi antara anak
lelaki dengan anak perempuan. Apatah lagi peranan dan tanggungjawab anak-anak
terhadap ibu bapa nyata tidak pernah dibezakan dalam konteks yang luas. Allah s.w.t.
menyatakan dalam surah Luqman yang bermaksud:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya
dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Aku jua
tempat kembali (bagi menerima balasan)
(Surah Luqman, ayat 14)
Cuma, lintasan kecil hati seorang ibu dimakbulkan Allah s.w.t. Subhanallah,
Subanallah, Subhanallah!

Bukalah Pintu Hatiku

“Saya seolah-olah putus asa dengan beliau. Namun setiap kali bertemu, hati
saya sentiasa berdoa, “Ya Allah, gerakkanlah hatinya supaya terbuka untuk
pergi ke Makkah.”

S
iapakah yang tidak mempunyai dosa? Soalan ini menjadi relevan apabila
mengenangkan kembali kisah takut mahu menunaikan fardhu haji. Saya
nyatakan secara jelas mengapa saya menolak ajakan isteri untuk pergi ke Tanah
Suci seawal tahun 2000.
Secara ringkas, saya ketakutan kerana menganggap saya adalah manusia yang
jahil. Manusia fakir, tidak berilmu dan tidak warak. Saya mengabaikan
tanggungjawab kepada Dia yang menciptakan saya. Saya tidak pandai membaca Al-
Quran, tidak tahu berdoa dalam bahasa Arab, dan sering memikirkan yang Allah
s.w.t. memberi pembalasannya ketika saya berada di Tanah Suci.
Kuasa Allah, perasaan sendiri, saya akhirnya terasa diberi layanan istimewa semasa
menunaikan ibadat haji. Saya tidak menemui sebarang pembalasan. Di sana sini, saya
terasa Allah s.w.t. menunjukkan kasih sayangnya, memberi pengajaran yang
menusuk hati dan perasaan sehingga berjaya mengubah corak kehidupan seorang
insan. Pusingan perubahan yang saya kir hampir 360 darjah.
Itu adalah doa-doa yang dimakbulkan Allah!
Beberapa hari sebelum berangkat menunaikan fardhu haji, seorang teman
memeluk erat sambil menangis teresak-esak dan berkata: “Kamil, saya doakan supaya
mendapat haji yang mabrur. Tolong doakan saya supaya Allah buka pintu hati saya
untuk ikut sama. Tolong Kamil.”
Saya menghormati beliau. Mempunyai hati yang tulus dalam kalangan rakan-
rakan. Saya sendiri terasa sebak di atas permintaan itu. Mengapa tidak? Beliau sudah
bersara, mempunyai kecukupan daripada segi kewangan, kelapangan masa, dan
kesihatan. Tetapi, pada pandangan saya, masih belum mempunyai kekuatan hati
untuk berada di Tanah Suci.
Di Makkah, hampir setiap waktu yang terluang, sama ada di depan Multazam, di
dalam Hijir Ismail, ataupun di Dataran Kaabah, saya sering menyelitkan doa, “Ya
Allah, berikan kelapangan waktu, kewangan, kesihatan kepada XYZ supaya beliau
dapat menunaikan fardhu haji dan merasai nikmat sebagaimana yang sedang aku
rasakan. Ya Allah, dia manusia baik. Dia selalu membantu aku dan hanya kepada-Mu
aku merayu supaya terbuka pintu hatinya.”
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang ka r) mendapat
petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang
memberi petunjuk (dengan memberi tau k) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut
undang-undang peraturan-Nya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan
Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah
mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah dan apa jua yang kamu
dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan
(balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
(Surah Al-Baqarah, ayat 272)

Apabila pulang, saya mengajak beliau ke pejabat tabung haji bagi membuka akaun.
Matanya berkelip-kelip merenung saya sambil berkata, “Nanti dulu.” Dan ia berakhir
dengan saya mengambil keputusan, “Ia bukan urusanku lagi” Saya seolah-olah putus
asa dengan beliau. Namun setiap kali bertemu, hati saya sentiasa berdoa, “Ya Allah,
gerakkan hatinya supaya terbuka untuk pergi ke Makkah.” Barangkali itu adalah
tanda betapa saya menghargai perhubungan kami yang melebihi 20 tahun lamanya.
Benar, Allah itu maha mendengar. Dia maha pengasih dan dia maha penyayang.
Namun, manusia sentiasa tidak bersabar dengan permintaan yang diajukan
kepadanya. Malah, manusia cepat berkeluh-kesah jikalau doa-doa mereka tidak
dikabulkan Allah s.w.t. Hakikat sebenar, manusia sebagai hamba dan Allah s.w.t.
sebagai Pencipta mempunyai aturan-aturan tertentu yang perlu difahami oleh kita
semua.
Pertama, jikalau kita berdoa dan memohon ‘Proton Saga’ dan kerana Allah itu
maha berkuasa lagi maha penyayang, maka ia boleh menganugerahkan ‘BMW’
kepada hambanya. Ia boleh berlaku sebaliknya atas prinsip Allah s.w.t. lebih
mengetahui apa yang baik untuk hamba-Nya.
Kedua, Allah yang maha berkuasa terhadap hamba-Nya. Setiap permintaan
hambanya boleh diperkenankan, tetapi bila dan saat mana ia mahu dianugerahkan
terpulang kepadanya. Itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah yang maha agung. Ia
mungkin esok, lusa, dan berkemungkinan pada minggu, bulan, ataupun tahun
hadapan. Allah lebih mengetahui waktu terbaik untuk dia memakbulkan doa-doa
itu.
Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka). Sesungguhnya aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka
menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahku) dan hendaklah mereka beriman kepadaku
supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah Al-Baqarah, ayat 186]

Ketiga, kita berdoa sepenuh hati hatta menitiskan air mata. Doa yang bersungguh-
sungguh dengan penuh keikhlasan. Namun, sampai pada saat-saat akhir
meninggalkan dunia ini, kelihatan doa-doa ini tidak dimakbulkan Allah. Percayalah,
ketika bangkit di Padang Mahsyar nanti Allah akan memberi balasan yang setimpal.
Malah, ia jauh lebih baik daripada apa yang mungkin kita peroleh di dunia. Ia kekal
abadi sampai bila-bila.
Konsep berdoa ini bertepatan dengan ayat 286, surah Al-Baqarah yang
menyentuh hati dan perasaan. Ia merangkumi pelbagai aspek kekurangan,
kelemahan, dan kehinaan manusia yang bertepatan dengan kejahilan diri sendiri.
Mata hati saya melihat konsep Allah maha berkuasa, maha pengasih lagi maha
penyayang, keperluan berdoa, berharap, dan berlindung dengan-Nya. Jelas juga
konsep perlindungan yang diberi oleh Allah s.w.t. kepada para hamba-Nya.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami; maka tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang ka r.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Konsep berdoa ini yang membawa manusia kepada satu tahap yang lebih tinggi iaitu,
keredhaan!
Bukankah Kami melapangkan bagimu, dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan
iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami meringankan daripadamu, bebanmu (menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)?
Dan Kami meninggikan bagimu, sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan
berbagai kemuliaan)? Oleh itu, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan). Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah
engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah
engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)
(Surah Al-Insyiraah, ayat 1 ayat ayat 8)

Mac, 2009
Saya bertanya kepada Encik XYZ, “Encik XYZ, cuti semester nanti saya dan keluarga
ingin menunaikan umrah. Mahu ikut saya ke Makkah dan Madinah?” Saya bertanya
dengan nada dan wajah yang serius. Beliau merenung saya. Diam seketika. Tiba-tiba
terpantul jawapan yang begitu mengejutkan saya.
“Kamil, masukkan nama saya!”
Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar. Selepas dua tahun Allah s.w.t.
memakbulkan doa-doa yang saya ucapkan di Masjidil Haram dan Madinah. Doa
yang diteruskan apabila pulang ke Malaysia. Permintaan lintasan hati setiap kali
berjumpa dengan Encik XYZ.
Jelas, saya berdoa supaya sahabat karib ini dilembutkan dan dibuka pintu hati
bagi menunaikan ibadat umrah ataupun haji dan Allah s.w.t. memberikan
tanggungjawab bagi membawa dan membantu beliau kepada saya dan keluarga.
Saya melihat ibadat umrah yang bersifat sunat ini menjadi keperluan yang
ditakdirkan Allah s.w.t. Maha suci dan maha besar Allah. Saya mohon keampunan-
Nya.

Dia yang Hampir

"Selangkah kita hampir dengan Allah, seribu langkah Allah hampir dengan
kita.”

B
ukankah laluan kehidupan manusia ditetapkan oleh Allah s.w.t.? Qada dan
qadar? Takdir? Bernasib baik? Mujur? Melihat ke belakang, saya mengerti
dan mempercayai yang tiada istilah “nasib baik” atau “mujur” dalam kamus
seorang manusia yang mengaku Islam dan beriman dengan Allah s.w.t.
Pertimbangkan analogi ringkas ini. Bayangkan, jikalau ada seorang yang mahu
menumpang kereta kerana kita sedang menuju ke arah yang sama, tiba-tiba beliau
membatalkan tujuan itu kerana menghadapi masalah kesihatan. Kemudian, beliau
mendapat khabar yang kita kemalangan dan meninggal dunia.
Apakah kemungkinan reaksi hati beliau? “Nasib baik aku tidak ikut dia, sekiranya
tidak, aku pun turut mati.” Bagaimana jikalau kita gantikan perkataan nasib baik
dengan Alhamdulillah. Seluruh perspektif kehidupan pasti dikaitkan dengan
kebesaran Allah s.w.t. Begitulah, saya tidak pernah mengaitkan apa yang saya lalui
dengan istilah nasib baik atau mujur. Segala-galanya berlaku dengan kasih sayang
Allah s.w.t.
Kini, saya terkenang bagaimana doa-doa yang saya pohon dimakbulkan Allah
s.w.t. Doa-doa daripada seorang yang jahil, fakir, hina, dan tidak berilmu. Benar kata
bijak pandai, “Selangkah kita hampir dengan Allah, seribu langkah Allah hampir
dengan kita.”
Saya terkenang betapa hampirnya Allah apabila menceritakan saya adalah seorang
hamba yang tidak tahu membaca Al-Quran, buta huruf, dan tidak pula tahu berdoa
dalam bahasa Arab. Allah menghantar Ha zi, seorang ha z bagi membantu saya
belajar sehingga mengenal huruf. Subhanallah.
Sudah pasti saya sentiasa terkenang bagaimana Roza berdoa dan berdoa hampir
enam tahun memohon kepada Allah supaya saya terbuka dan lembut hati bagi
menunaikan fardhu haji bersama-sama beliau ketika gagah. Subhanallah, Allah
makbulkan permintaan beliau.
Saya pasti terkenang dengan kisah-kisah bagaimana Azlina berdoa dan berharap
supaya beliau dapat menunaikan fardhu haji ketika usia muda. Ia terlangsung hampir
dua tahun sehingga saya mengajak beliau untuk pergi bersama-sama menunaikan
rukun Islam yang kelima.
Azlina sentiasa menangis mengenang betapa Allah maha mendengar dengan
segala permintaannya. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Ia hanya yang tercatat. Hakikat sebenar, sepanjang masa Allah s.w.t. mendengar
bisikan, rintihan, dan lintasan hati manusia. Begitu banyak nikmat Allah s.w.t.
dianugerahkan atas permintaan manusia berlalu tanpa rasa syukur. Ia terlindung di
sebalik perasaan kehebatan dan kepandaian diri sendiri tanpa mengaitkannya dengan
Pencipta.
Akhirnya, saya mempercayai Allah s.w.t. begitu hampir dengan manusia.
Berkomunikasi dengan Allah s.w.t. melalui cakap-cakap biasa, bisikan, lintasan, dan
doa-doa yang dimohon secara ikhlas dan bersungguh-sungguh menghampirkan kita
dengan Allah s.w.t. Hebatnya kuasa doa.
Itu yang saya pelajari melalui pengalaman menunaikan fardhu haji. Ia mengubah
seluruh perspektif seorang manusia kepada Allah s.w.t. yang menciptakan manusia.
Saya mohon keampunan Allah s.w.t.
Astaghfirullah

“Saya begitu yakin yang Allah maha berkuasa. Dia memberi pengajarannya
secara langsung kepada kami sekeluarga.”

T
ercatat di prolog yang saya merasai ketakutan jikalau Travelog Haji:
Mengubah Sempadan Iman ditafsirkan sebagai catatan yang mahu
menonjolkan diri sendiri. Benar, saya mendedahkan rahsia kejahilan diri.
Saya tidak mengenal huruf Al-Quran. Dengan izinnya, selepas berusia hampir 42
tahun saya berjaya khatam Al-Quran di kota Makkah.
Astagh rullah.
Benar, saya mendedahkan yang saya sudah khatam terjemahan Al-Quran di
Madinah, hanya dalam masa enam hari, dengan hampir sepenuh masa yang terluang
digunakan bagi menghadap kitab itu.
Astagh rullah.
Saya juga mencatatkan bagaimana ibadat haji memberi pengajaran dan bukti
betapa Allah s.w.t. itu begitu menyayangi dan mengasihi hambanya. Secara tersirat,
dalam segenap kejadian, saya tonjolkan bagaimana melalui doa yang khusus pada
satu-satunya Pencipta kita, ia akan dimakbulkan, Insya Allah. Maksudnya, hanya
Allah tempat kita memohon sebarang permohonan.
Astagh rullah.
Saya catatkan segala-galanya atas satu sebab yang khusus. Saya begitu yakin yang
Allah maha berkuasa. Dia memberi pengajarannya secara langsung kepada kami
sekeluarga. Sekurang-kurangnya kami ber kir begitu. Namun, penerimaan pembaca
mungkin berbeza-beza.
Namun di atas segala-galanya, pengalaman menunaikan ibadat haji membuka
keindahan sebenar agama Islam. Ia dapat dirasai bukan semata-mata melalui
perhubungan antara hamba dan Pencipta, tetapi merangkumi perhubungan sesama
manusia dan juga alam. Malah, perhubungan dengan Pencipta perlu berkualiti dan
terlangsung dengan penuh keyakinan, kesungguhan, berterusan, dan komited.
Hakikatnya, doa adalah senjata utama orang-orang yang beriman. Hubungan
hamba dengan Pencipta yang diiringi dengan doa yang bersungguh-sungguh ibarat
ikatan hati, luahan rasa, dan keluhan perasaan daripada insan yang kerdil lagi hina
kepada Penciptanya yang maha agung. Ia akan mendapat ingatan dan kasih sayang
Allah s.w.t.
Astagh rullah.
Saya mungkin tergelincir ataupun terpengaruh dengan hasutan syaitan.
Astagh rullah. Jikalau terdapat di sana sini kenyataan dan catatan yang
menggambarkan kelemahan saya, maka keampunanlah yang dipinta.
Astagh rullah.
Saya mahu buku ringkas ini dapat memberi manfaat sebagaimana niat asal ia
ditulis. Dalam konteks ini, saya melihat ibadat haji mampu menjadi penyebab
kepada perubahan masa yang signi kan.
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.

Lampiran 1: Doa yang Panjang

D
oa ini dibaca selepas memahami mengapa saya perlu menunaikan fardhu
haji, terutamanya dalam konteks Jalan Pintas ke Syurga. Namun, ia banyak
dipengaruhi oleh perasaan ketakutan di atas kejahilan diri sendiri. Doa ini
juga dibaca selepas kami bertekad melakukan haji tamatuk, memasuki kota Makkah
terlebih dahulu, dan dapat membayangkan secara jelas apa yang ingin kami lakukan.
Hampir setiap malam, jam 3 pagi hingga pukul 4 pagi, saya memohon kepadanya. Ia
adalah satu cara mengulang kaji tatacara haji. Ketika berdoa saya membayangkan
kegiatan yang akan kami lakukan. Sepenuh hati dan perasaan.

Memohon Keistimewaan
Ya Allah, kami mohon keampunan-Mu. Kami mohon kerahmatan-Mu. Kami mohon tau k dan
hidayah-Mu. Ya Allah, aku dijemput oleh-Mu bagi menunaikan ibadat haji pada hujung tahun ini.
Aku bersyukur atas segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga. Ya Allah,
terimalah aku sebagai tetamu-Mu. Tetamu yang teristimewa. Ya Allah, aku pergi dengan cara
Muassasah. Ya Allah, jangan Engkau bezakan aku dengan mereka yang lain. Aku tahu, Engkaulah
yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah,
ampunilah diriku.

Memohon Perlindungan Keluarga


Ya Allah, Engkau peliharalah keselamatan dan kesihatan anak-anak kami, Sara, Azrai, Amirul, dan
Sofea. Tenangkan hati mereka. Jangan Engkau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami
menjadi tetamu-Mu. Ya Allah, bukalah pintu hati anak-anak kami supaya menjadi anak yang soleh
dan solehah, taat kepada-Mu, dan mampu menjaga diri mereka. Ya Allah, bukalah pintu hati
mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan dapat membantu datuk dan nenek mereka.
Jangan mereka menyusahkan emak dan abah. Ya Allah, Engkau berilah kesihatan yang baik
kepada emak dan abah. Engkau lindungi mereka. Masuklah mereka dalam kalangan orang yang
beriman dan beramal soleh. Engkau balaslah budi baik mereka yang sanggup bersusah payah
menjaga anak-anak kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan, dan kebahagiaan di dunia
dan akhirat. Engkau ampunilah dosa-dosa mereka. Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu.

Memohon Ikatan Kasih Sayang


Ya Allah Engkau ampunilah diriku. Ya Allah, bersama-sama aku nanti adalah isteriku, kakakku dan
adik perempuanku. Ya Allah kami pergi ke rumahmu semata-mata untuk beramal-ibadat
kepadaMu. Jangan Engkau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Engkau sukarkan
perhubungan di antara isteri, kakak, dan adik dengan diriku. Ya Allah, Engkau berilah perasaan
kasih-sayang, cinta-mencintai di antara kami, saling bermaafan dan tidak cepat tersinggung dan
bermasam muka. Jadikan kami saling faham-memahami dan kasih-mengasihi. Jagalah hubungan
antara Roza dengan ipar-iparnya. Jagalah hubungan antara adikku, kakakku, dan isteriku. Jangan
Engkau uji kami dalam soal ini, ya Allah.

Memohon Perlindungan Perjalanan


Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami dari rumah ke Tabung Haji, Kelana Jaya. Janganlah kami
terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami bagi mendaftar diri. Jauhilah kami
daripada malapetaka, ya Allah. Ya Allah, mudahkanlah urusan pendaftaran. Permudahlah kami
bergerak ke KLIA dari Kelana Jaya. Jangan Engkau pisahkan kami. Ya Allah, Ya Tuhan kami, berilah
ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang
perjalanan kami. Elakkan daripada perasaan kerap ingin membuang air kencing. Ya Allah, jagalah
diabetesku. Ya Allah, jagalah tekanan darahku. Ya Allah, permudahkan perjalanan kami dari KLIA
ke Jeddah. Biarlah kami sekeluarga sentiasa bersama, tidak terpisah, dan mendapat tempat yang
istimewa di dalam kapal terbang. Ya Allah, ya Tuhan kami, permudahkan urusan kami di imigresen
Jeddah. Mudahkan urusan kami untuk bertolak ke Makkah. Jauhilah kami daripada sebarang
malapetaka. Selamatkan kami. Selamatkan kami sehingga kami sampai ke hotel.

Memohon Hotel dan Rakan Sebilik


yang Istimewa
Ya Allah, hanya kepada-Mu tempat kami bergantung harap. Ya Allah, berikan kemudahan kepada
kami sekeluarga. Tempatkan kami di kawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah,
kami mohon kepada-Mu supaya tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan
kedatangan kami ke Makkah. Kami mahu beramal ibadat kepada-Mu. Semata-mata untuk-Mu, ya
Allah. Permudahkan makan-minum kami dan berikan kesihatan yang baik sepanjang kami di sana.
Ya Allah, Engkau berikan rakan-rakan sebilik yang bertimbang rasa, berhati mulia, dan mampu
menjaga silaturahim. Ya Allah, berikan kesabaran kepada kami dan rakan sebilik dalam
menghadapi sebarang dugaan. Ya Allah, jauhilah kami daripada sengketa. Ampunilah kami ya
Allah.

Memohon Kemudahan Mengerjakan Umrah Wajib


Ya Allah, kami akan mengerjakan haji tamatuk. Engkau terimalah ibadat ini. Ya Allah, ketika kami
sampai, mudahkan kami melakukan ibadat umrah wajib. Berikan laluan dan lorong untuk kami
melakukan tawaf umrah. Permudahkan kami, ya Allah. Ingatkan kami untuk solat sunat tawaf,
berdoa di hadapan Multazam, dan meminum air zamzam. Ya Allah, berikan kekuatan dan
kesihatan untuk aku melakukan ibadat saie umrah. Ya Allah, jangan Engkau uji kami dengan rasa
jarak yang jauh, hati yang malas, dan tenaga yang tiada. Ya Allah, jikalau kami selesai mengerjakan
saie, jangan Engkau lalaikan kami daripada bertahalul. Ya Allah, Engkau yang maha berkuasa atas
segala-galanya.

Memohon Menetapkan Hati Sebelum Wuquf


Ya Allah, selepas kami selesai melakukan ibadat umrah, janganlah Engkau lalaikan kami dengan
bersenang-lenang dan malas beramal ibadat. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu-Mu dalam
keadaan yang jahil. Engkau yang dapat membantu kami. Ya Allah, berikan aku perasaan jatuh
cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkan hati kami untuk sentiasa berada di sana. Beramal ibadat di
sana. Itulah cita-cita kami, ya Allah. Kami datang semata-mata kerana-Mu, ya Allah. Ya Allah,
tutuplah pintu hati kami daripada shopping. Tutuplah pintu hati isteriku, adikku, dan kakakku. Ya
Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadat yang sepatutnya kami lakukan.
Ya Allah, aku ingin khatam Al-Quran di Masjidil Haram. Ya Allah, aku ingin solat di Hijir Ismail. Ya
Allah, aku ingin mencium Hajarulaswad. Ya Allah, aku ingin menghadap Multazam. Ya Allah,
berikan aku rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram. Ya Allah, Engkau ajarlah kami.
Engkau bantulah kami. Engkau tunjukkan dengan sebaik-baik pengajaran. Engkau berikan ilham
untuk aku melakukan yang terbaik. Ampunilah kami, ya Allah. Hanya kepada-Mu tempat kami
berserah.

Memohon Perlindungan di Arafah, Muzdalifah, dan Mina


Ya Allah, ampunilah kami. Mudahkan perjalanan kami dari Makkah ke Arafah. Jauhilah kami
daripada sebarang malapetaka. Jangan Engkau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami
pikul. Berikan kesihatan yang baik. Amankan hati. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami
supaya bertalbiah di sepanjang jalan. Ya Allah, mudahkan urusan kami semasa di Arafah. Berikan
kemudahan bilik air kepada kami sekeluarga. Jangan ia menjadi satu masalah yang besar. Ya Allah,
tetapkan hati kami untuk beramal ibadat. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap-cakap
perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang,
menghabiskan masa, dan membazir waktu. Ya Allah, semasa wuquf, berikan ruang kami di luar
khemah untuk menghadap-Mu bersama ahli keluarga. Ya Allah, Engkau izinkan kami untuk
beramal ibadat daripada gelincir matahari sehingga terbenam matahari. Ya Allah, berikan
kesihatan yang baik semasa wuquf. Jangan Engkau lalaikan kami daripada pelbagai perkara yang
menyusahkan.

Ya Allah, mudahkan perjalanan kami ke Muzdalifah. Izinkan kami untuk bermalam di sana. Dan
mudahkan perjalanan kami ke Mina. Berikan kesihatan yang terbaik semasa kami di sana.
Mudahkan urusan melontar. Ya Allah, jauhi kami daripada kesesakan manusia. Berikan ruang dan
laluan untuk kami berjalan menuju ke Jamratul Aqabah dan lain-lain jamratul. Ya Allah,
lindungilah kami daripada sebarang kecelakaan semasa kami melakukan ibadat ini. Ya Allah,
berikan kekuatan untuk kami beramal ibadat di dalam khemah di Mina. Aku berserah kepada-Mu,
ya Allah. Ya Allah, izinkan aku melakukan ibadat tahalul awal semasa di Mina.

Memohon Keamanan di Makkah Selepas Selesai Haji


Ya Allah, Engkau permudahkan perjalanan pulang kami dari Mina ke Makkah. Berikan kesihatan
yang baik. Ketenangan hati dan perasaan. Ya Allah, sekali lagi aku mohon kepada-Mu, mudahkan
untuk aku melakukan tawaf haji, saie haji, dan gerakkan hati bagi melakukan umrah sunat
sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkan hati bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram.
Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta, dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkan
untuk aku melakukan ibadat tawaf, solat, dan membaca Al-Quran. Ya Allah, aku mohon
keampunan daripada-Mu.

Memohon Keredhaan Melakukan Ziarah ke Madinah


Ya Allah, Engkau mudahkanlah perjalanan kami dari Makkah ke Madinah. Berikanlah kesihatan
yang baik. Jauhilah kami dari kesusahan, malapetaka, dan sebarang kesulitan. Ya Allah, di
Madinah, Engkau berikan rasa cinta, sayang, dan kasih kepada Masjid Nabi. Ya Allah, aku mahu
yang terbaik. Aku mahu beramal ibadat di sana. Berikan aku peluang melakukan ziarah dan
dapatlah aku melalui Maqam Rasulullah. Ya Allah, berikanlah ruang solat di kawasan Raudhah.
Cukupkan solatku sekurang-kurangnya 40 waktu secara berterusan. Ya Allah, berikan kemudahan
tempat tinggal, makan minum, dan rakan sebilik yang sesuai. Ya Allah, jangan Engkau palingkan
rasa takut, gentar, dan keinginan mengapa kami ingin menziarahi kota Madinah. Ya Allah, Engkau
redhailah niat murni kami.

Memohon Kemudahan Perjalanan Pulang


Ya Allah, ya Tuhan kami. Engkau ampunilah kami. Engkau berikan tau k dan hidayah. Engkau
berikan kerahmatan kepada kami. Ya Allah, selepas selesai segala-galanya, aku mohon kepada-Mu,
permudahkan perjalanan pulang kami. Permudahkan urusan di lapangan terbang Madinah.
Permudahkan kami semasa di dalam kapal terbang. Ya Allah, jauhilah malapetaka semasa
perjalanan pulang. Berikan keselamatan kami sehingga dapat kami berjumpa dengan anak-anak
kami, emak, abah, adik-beradik, dan saudara-mara. Ya Allah, Engkau berkatilah kami. Ampunilah
kami, ya Allah.

Memohon Haji Mabrur


Ya Allah, aku adalah manusia jahil. Aku manusia yang kerdil. Aku banyak dosa kepada-Mu, ya Allah.
Ampunilah diriku. Aku pergi menunaikan fardhu haji semata-mata kerana ketakutan dan
keinginan menyampaikan rasa syukur aku kepada-Mu. Engkau yang Maha Berkuasa. Engkau yang
mampu memakbulkan segala permohonan hamba-Mu. Ya Allah, aku mahu yang terbaik,
teristimewa, dan terpilih antara jutaan hamba-Mu. Ya Allah, berikan dan kurniakan haji mabrur,
haji yang Engkau redhai dan mulia di sisi-Mu. Ya Allah, jikalau aku pulang ke Malaysia, aku mahu
berubah. Aku mahu menjadi manusia yang lebih baik di sisi-Mu. Ya Allah, berikan kebahagiaan
kepada kami sekeluarga. Berikan rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka
membuat tnah. Engkaulah yang mencipta kami dan kami hanya hamba-Mu yang hina dan tidak
berpengetahuan.
Ya Allah, jikalau aku dipanggil oleh-Mu, Engkau masukkan aku dalam kalangan orang-orang yang
beramal soleh. Mereka yang beriman. Engkau tempatkan aku di dalam syurga-Mu yang istimewa.
Syurga Firdaus, ya Allah.
Kami mohon keredhaan-Mu.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Lampiran 2: Laluan Melontar

C
adangan ini berdasarkan pengamatan semasa kami melontar pada musim
haji 2006. Setiap tahun laluan melontar mungkin berubah. Pada ketika itu,
ia mempunyai dua tingkat dan berkemungkinan meningkat kepada empat
tingkat kepada lima tingkat. Bagaimanapun, asas laluan bagi melontar boleh
digunakan dalam semua keadaan.
Gambar rajah 1: Laluan Melontar

Gambar Rajah 1: Pihak berkuasa haji memudahkan pergerakan laluan melontar


dengan menggunakan sistem laluan sehala. Tiada lagi jemaah yang dapat berkhemah
di kawasan berhampiran. Selepas melontar, para jemaah perlu bergerak terus
mengikut laluan masing-masing. Pergerakan dari satu jamrah ke satu jamrah yang
lain juga kelihatan tersusun. Mengikut mereka yang berpengalaman, kawasan
melontar juga jauh lebih besar dari masa lampau.

Gambar rajah 2: Cadangan Laluan Jamrah

Gambar Rajah 2: Perang psikologi. Ia ibaratkan medan peperangan. Mereka yang


berjalan berbatu-batu (dalam kes jemaah Tabung Haji, kami terpaksa berjalan sejauh
2.9 kilometer dan ada kumpulan yang terpaksa berjalan sejauh 3.3 kilometer) akan
ghairah apabila ternampak Jamrah (tempat melontar). Mereka yang hilang sabar
akan terus menuju kepada ruang yang hampir. Saya tandakan sebagai tempat
tumpuan. Masa melontar di antara tiga minit hingga enam minit bergantung pada
individu. Saya namakan ia sebagai waktu terhenti (waktu menunggu). Maksud saya,
ketika ini orang yang baru sampai akan cuba masuk ke tempat tumpuan dan mereka
yang sedang berada di situ masih belum selesai melontar. Timbullah kesesakan. Saya
nyatakan cadangan laluan melontar. Saya mahu menasihati para jemaah Malaysia
supaya tidak terburu-buru dan ghairah melontar. Sentiasa ingat, setiap orang hanya
ada tujuh batu untuk dilontar bagi setiap Jamrah. Habis tujuh batu, mereka pastinya
akan beredar. Jangan terus ke tempat tumpuan. Gunakan laluan yang agak berjauhan
dan masuk melalui hujung Jamrah. Jikalau ada jemaah di hadapan, bersabar dan
mereka pastinya akan keluar. Ganti tempat mereka yang di hadapan dan tunggu
sehingga anda sampai betul-betul di tepi Jamrah. Melontarlah dengan tenang dan
yakin.

Lampiran 3: Laluan Hajarulaswad

A
bah berkata, “Kamil, lalulah melalui laluan XYZ bagi menguncup
Hajarulaswad. Insya Allah dapat. Hampir 20 minit hingga 30 minit saya
memerhatikan bagaimana arus pergerakan mereka yang cuba menguncup
Hajarulaswad. Ia mungkin boleh dimanfaatkan, tetapi segala-galanya adalah atas izin
Allah s.w.t. Jikalau kita ingin melakukannya, bermulalah dengan solat tahajud,
taubat, dan hajat. Mohonlah kepada-Nya, sesungguh hati dan perasaan.
Gamba rajah 3: Laluan ke Hajarulaswad

Gambar Rajah 3: Mereka yang mahu menguncup Hajarulaswad datang daripada


pelbagai sudut. Anak panah (panjang) memberi gambaran itu, arah kedatangan
jemaah menuju ke penjuru Hajarulaswad. Anak panah kecil menunjukkan
bagaimana tolakan ke kiri, kanan, dan ke belakang yang ditujukan kepada setiap
jemaah yang berada di situ. Maksud saya, tekanan yang akan dihadapi oleh mereka
cukup hebat. Kadangkala, jemaah benar-benar sudah hampir dengan Hajarulaswad,
tetapi ditolak keluar. Penyebabnya mudah, tolakan berlaku pada setiap arah.

Gambar rajah 4: Cadangan Laluan ke Hajarulaswad

Gambar Rajah 4: Abah mencadangkan saya melalui laluan XYX. Laluan yang
berhampiran dengan ruang pegawai keselamatan dan ia berlawanan dengan arah
mereka yang sedang tawaf. Lakukan langkah-langkah berikut:
(a) Beratkan tubuh ke arah ruang pegawai keselamatan.
(b) Pastikan tubuh dapat menyandar kepada penahan ruang itu.
(c) Biarkan tubuh bergerak mengikut tolakan orang di belakang dan kiri badan.
Tiada tolakan pada sebelah kanan kerana terhalang oleh ruang keselamatan
Hakikat sebenar, arus tolakan menuju ke Hajarulaswad kerana mereka yang
membuat tolakan hanya berada di sebelah kiri dan belakang. Ikut sahaja arus itu dan
dalam sekejap masa, lnsya Allah, dapat menyembamkan muka ke Hajarulaswad.
Cium, kucup, dan beredar dengan segera.
Lampiran 4:
Gambar Kenangan

Hampir tiga tahun berlalu, kerinduan kepada Makkah dan Madinah


terjawab melalui panggilan umrah.
Bibliografi

Lembaga Tabung Haji (2006), Panduan Perjalanan Jemaah Haji, LUTH, Kuala
Lumpur, Malaysia.
Michael Wolfe (1993), The Hadj, Grove Press, New York, USA.
Mohd Zaidin Mat (2001), Bediuzzaman Said Nursi: Sejarah Perjuangan dan
Pemikiran, Malita Jaya, Shah Alam, Malaysia.
Muhammad Abdul Wahab (2004), Kisah Para Anbiya, Jilid 1, Jasmin Enterprise,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Muhammad Abdul Wahab (2004), Kisah Para Anbiya, Jilid 2, Jasmin Enterprise,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Muhammad Asad (1999), The Road to Mecca, Islamic Book Trust, Kuala
Lumpur, Malaysia.
Muhammad Husain Yakob, Terjemahan Abu Ezzat Al-Mubarak dan Aunur Rafiq
Ma’ruf (2006), Mengapa Saya Harus Bertaubat, Perniagaan Jahabersa, Johor
Bharu, Malaysia.
Muhammad Husein Haykal, Terjemahan Muhammad Firdaus Nurul Huda dan
Mohd Nor Ngah (2006), Sejarah Kehidupan Nabi Muhammmad SAW,
Crescent Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia.
Muhammad Salih Al Munajjid, Terjemahan Ainul Haris Umur Thayib (1997)
Dosa-dosa yang Dianggap Biasa, Yayasan Al-Sofwa, Jakarta, Indonesia.
Safwan Fathy (2006), Penyucian Hati, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAIS,
Shah Alam, Selangor.
Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Ma (2001), Tanda-Tanda Besar Peristiwa
Menjelang Kiamat, Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur, Malaysia.
Zainal Haji Bujang (2006), Koleksi Kisah & Teladan: Iktibar Tanah Suci
(Makkah & Madinah), Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur, Malaysia.
Buku 2 : Travelog Dakwah:
Menanti Hari Esok

Berdakwah

M
ereka yang pernah mengenali saya pasti ketawa besar. Berdakwah?
30 tahun yang lalu, saya pernah menghalau rakan-rakan junior
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang mengajak saya dan
rakan-rakan sebilik menunaikan solat berjemaah. Saya menempelak dan
mencabar mereka, Mengapa ajak kami? Sekiranya berani, pergi ajak pelajar-
pelajar tingkatan lima. Pergi! Cepat pergi! Selepas ajak mereka, datang balik ke
sini!
Saya ter kir, mengapa menyibuk? Mengapa soal solat, berpuasa, ataupun
lain-lain perkara yang dikaitkan dengan amalan keagamaan khusus mesti
diseru kepada orang lain dengan cara yang bersungguh-sungguh. Ia terlalu
peribadi. Tidak timbul soal menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada
kemungkaran.
Dan jangan engkau usir orang yang menyeru Tuhan pagi dan petang. Mereka mencari
keredhaan Tuhan. Engkau tidak memikul tanggungjawab mereka sedikit pun, dan mereka
tidak pula memikul tanggungjawab engkau sedikit pun. Lalu, mereka engkau usir, kerana
itu engkau termasuk orang yang melanggar aturan.
(Surah Al-An’am, ayat 52)
Beberapa tahun yang lalu, ketika sudah berkeluarga, seorang teman karib
berkata kepada saya, “Mil, kamu masih tidak berubah.
Sedikit pun tidak berubah. Jahat tidak, baik pun tidak. Hidup kita perlu
berubah supaya menjadi manusia yang lebih baik. Matlamat hidup perlu sesuai
dengan kehendak Allah. Solat jangan tinggal. Sekiranya dapat, berjemaah.”
Beliau meminta izin solat di rumah. Tiga anak beliau turut serta
berjemaah. Mereka semua berkopiah dan berjubah putih. Mereka baru pulang
dari menunaikan fardhu haji. Tutur kata beliau sopan. Beliau kelihatan
berbeza. Malah, saya kekok bergurau senda dengan beliau. Beliau yang saya
kenali semasa di MRSM mempunyai personaliti berbeza. Sekiranya dahulu,
kami sama-sama belajar menghisap rokok, keluar malam, ‘curi-curi’ di kedai
koperasi, sama-sama menuntut persilatan batin, dan melakukan pelbagai
aktiviti remaja yang sedang meningkat dewasa.
Dakwah beliau pada saya disambut dengan gelak ketawa. Saya bercerita
dengan kawan-kawan lain sambil berjenaka, “Mamat (bukan nama sebenar)
datang ke rumah. Mamat suruh saya solat berjemaah. Saya masih ingat lagi
yang Mamat pernah tabik “spring” selepas mabuk di Kompleks Pertama.”
Kami ketawa terbahak-bahak. Seolah-olah suatu jenaka yang melucukan.
Akhirnya, hubungan kami terputus. Masing-masing membawa haluan sendiri.
Apabila saya membuat panggilan kerana ingin menunaikan fardhu haji, beliau
bersyukur kerana Allah membuka pintu hati seorang sahabat karib yang sudah
bersedia mencari jalan pulang.
Saya juga pasti tidak lupa dengan dakwah yang disampaikan oleh isteri
kepada suaminya. Beliau menyeru saya supaya solat hajat, tahajud, dan taubat
sewaktu bangun menulis pada sekitar pukul 3 pagi. Seruan itu disambut
dengan senyum simpul, muka selamba, dan dengan kata-kata gurauan yang
akhirnya memadamkan harapan dan hasrat pasangan sendiri.
Ibu saya pernah bertanya kepada isteri saya, “Abang Kamil solat ataupun
tidak?” Pertanyaan yang disertai dengan doa supaya anak lelaki berada dalam
kalangan orang beriman dan beramal soleh. Apabila dewasa, itu adalah dakwah
seorang ibu kepada anak yang disampaikan melalui menantu yang kelihatan
lebih rajin beramal ibadat berbanding anak sendiri.
Berapa ramai antara kita yang pernah didakwah oleh bapa ataupun ibu
mertua? Mereka selalu menghadiahkan saya dengan seluar Bermuda yang
labuh melebihi paras lutut. Pasti mereka tidak gemar melihat menantu keluar
rumah dalam keadaan tidak menutup aurat.
Saya gemar berseluar pendek. Sebagaimana warga kota yang lain, seluar
pendek dipakai semasa berjalan-jalan di gedung perniagaan, bersantai di
pantai, atau di tempat-tempat rekreasi. Saya tidak melihat ia sebagai suatu
kesalahan. Malah, saya langsung tidak rasa berdosa walaupun tahu ia
melanggar etika berpakaian umat Islam. Saya memakai seluar Bermuda
panjang yang dihadiahkan oleh ibu mertua dan pada masa yang sama, saya
tetap meneruskan memakai seluar pendek yang lain.
Setiap kali pulang ke kampung menziarahi mereka, saya sering dipelawa
bagi mengikuti bapa mertua ke masjid. “Tidak mengapa abah, saya solat di
rumah.”
Menyeru manusia melakukan kebaikan bukan suatu tugas yang
mengasyikkan. Ia juga bukan suatu tugas yang menyeronokkan. Malah, hasil
itu tidak dapat diukur dengan timbangan, sukatan, atau sasaran objektif
tertentu. Apatah lagi apabila setiap pendakwah mengharapkan hasil yang
segera daripada usaha-usaha dakwah yang mereka usahakan.
Cabaran melihat hasil kejayaan daripada usaha mengajak manusia
melakukan kebaikan adalah sukar. Cabaran itu tetap sama walaupun mereka
yang diajak itu terdiri daripada keluarga yang terdekat seperti suami, isteri, ibu,
bapa, mertua, menantu, ataupun sahabat handai.
Wahai Muhammad, hendaklah engkau memberi peringatan tetapi ingatlah tugasmu
hanya memberi peringatan. Bukanlah kamu (wahai Muhammad) seorang pemaksa. Tetapi
sesiapa yang berpaling (tiada menurut perintah itu) dan ingkar, Allah akan menyiksanya
dengan siksaan yang lebih besar.
(Surah Al-Ghashiyah, ayat 21 hingga ayat 24)

Berdakwah kelihatan sukar. Pilihan sama ada mereka yang didakwahkan mahu
mengikut ajakan pendakwah ataupun tidak, ia terletak pada tangan Allah s.w.t.
Ternyata seorang pendakwah tidak perlu berkeluh-kesah, cepat putus
semangat, dan mengalah dengan pelbagai cabaran yang akan dan sudah
mereka hadapi.
Katakan (wahai Muhammad), “Wahai sekalian manusia! Sudah datang kepada kamu
kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat petunjuk
(beriman kepada-Nya), maka faedah petunjuk itu untuk diri sendiri. Sesiapa yang sesat
(mengingkari-Nya), bahaya kesesatan itu tertimpa kepada diri sendiri. Aku pula tidak
menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu.
(Surah Yunus, ayat 108)

Saya alami sendiri betapa sukar mahu menolak pemakaian seluar pendek.
Pemakaian seluar pendek itu sebati dalam diri saya selama hampir 35 tahun.
Sukar untuk saya berkejar-kejar solat lima waktu berjemaah di masjid hampir
41 tahun. Saya liat belajar Al-Quran hampir 40 tahun.
Jadi, mengapa saya perlu berdakwah?
Ketentuan Allah

S
iapa kata saya mahu menjadi pendakwah? Seorang yang jahil, fakir,
hina, dan mempunyai seribu kekurangan mahu mengajak manusia lain
menjadi manusia yang baik-baik. Saya tidak layak!
Di Malaysia, ribuan manusia bergelar ustaz dan ustazah. Mereka berilmu.
Ayat-ayat Al-Quran dan hadith bermain di bibir. Hukum-hakam yang perlu
dipatuhi dan diamalkan tentu sekali berada di minda. Malah, ramai daripada
mereka berkelulusan formal daripada Fakulti Pengajian Islam dari dalam dan
luar negeri. Mereka lebih layak.
Walau bagaimanapun, saya pernah mendengar seorang ustaz berkata,
“Allah memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Tidak kira sama ada insan itu seorang yang alim, warak, ataupun hanya
seorang manusia yang jahil.”
Sekiranya bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentu kamu mengikuti
syaitan, kecuali sebahagian sahaja antara kamu yang tidak mengikuti syaitan itu.
(Surah An-Nisak, ayat 83)
Dan Allah menentukan sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberikan) rahmat-Nya dan
Allah mempunyai kurnia yang besar.
(Surah Al-Baqarah, ayat 105)

Saya tidak menyangka, Allah s.w.t. membuka pintu hati bagi menunaikan
fardhu haji. Tidak pernah terlintas di hati, saya mahu ke Makkah dan
Madinah ketika usia yang muda. Ajakan isteri menjadi bahan gurauan. Cerita-
cerita seronok daripada mereka yang sudah menjadi tetamu Allah s.w.t.
menjadi cerita pelik. Kisah-kisah haji tidak langsung membuka ruang minat di
hati.
Hakikat sebenar, saya dalam ketakutan. Takut kerana jahil. Saya tidak
pandai membaca Al-Quran, tidak pandai berdoa, amal ibadat yang minimum,
dan banyak melakukan dosa-dosa sama ada dosa-dosa besar ataupun kecil.
Dosa-dosa itu dilakukan secara tersembunyi dan dosa-dosa yang hanya
diketahui oleh Allah s.w.t. Adakah saya layak pergi haji dan pulang menjadi
orang yang `baik-baik’?
Ketika Allah s.w.t. ‘membolak-balikkan’ hati saya bagi mengunjungi
rumah-Nya, saya benar-benar takut. Takut bercampur-aduk dengan rasa
gembira. Terasa seperti Kaabah sedang menanti-nanti kedatangan saya.
Kemudian, saya solat tahajud, taubat, hajat, dan diakhiri dengan doa yang
panjang. Saya mengadu kepada Tuhan berkenaan kejahilan saya. Saya merintih
supaya diberi keistimewaan. Saya menangis mengenang kesilapan lalu. Malah,
saya tersedu memohon supaya Allah s.w.t. memudahkan perjalanan saya
semasa berada di Makkah dan Madinah.
Saya benar-benar dalam ketakutan. Namun, satu persatu Allah s.w.t.
makbulkan permintaan saya. Ia bermula dengan kehadiran seorang penghafal
Al-Quran yang seterusnya menjadi guru mengajar membaca Al-Quran.
Akhirnya, saya mengenali huruf sehingga tamat membaca Al-Quran di
Masjidil Haram.
Saya terasa istimewa apabila tarikh penerbangan pergi, hari wukuf, dan
penerbangan balik adalah pada hari Jumaat. Ia dikatakan Haji Akbar. Malah,
sepanjang tempoh berada di Makkah dan Madinah, saya diajar dengan
pelbagai ilmu melalui kegiatan haji. Tentu sekali saya tidak mahu mengulangi
apa yang ditulis melalui ‘Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman’. Namun,
ia cukup luar biasa bagi insan kerdil seperti saya.
Saya tidak kir mereka yang sentiasa mengingati Allah s.w.t., tahu dan
percaya kebesaran-Nya ataupun sudah merasai kemanisan iman berasa hairan
dengan apa yang saya alami. Bagi mereka yang sentiasa takut dan tunduk
kepada-Nya, peristiwa-peristiwa yang saya lalui adalah kisah picisan orang jahil
yang baru mengenali Allah s.w.t.
Allah s.w.t. menggerakkan hati saya supaya mencari yang terbaik di Tanah
Suci. Apabila solat, pasti saya mahu saf yang paling hadapan. Hati meronta-
ronta mahu sentiasa berada di dalam Masjidil Haram di Makkah dan di dalam
Masjid Nabawi di Madinah. Saya bagaikan ketagih melakukan puasa sunat.
Saya jadi benci kepada kedai-kedai yang berada di sekitar kawasan itu.
Sepanjang masa membaca Al-Quran dan berzikir ‘Subhanallah, Subhanallah’,
‘Subhanallah’ yang bermakna, ‘Maha suci Allah, Maha suci Allah, Maha suci
Allah’.
Malah, saya terbuka hati melakukan sesuatu yang tidak pernah saya
lakukan di Malaysia. Semasa di Madinah, saya bersungguh-sungguh solat sunat
jenazah, berlari menuju ke bilik jenazah, dan menjadi pemimpin kepada
mereka yang lain bagi memulakan pengusungan jenazah. Saya bersungguh-
sungguh membaca terjemahan Al-Quran supaya saya dapat memahami apa
yang disampaikan oleh Allah s.w.t. dalam bahasa ibunda. Saya menjadi sayu
dan sebak apabila memahami yang Allah maha pengasih, maha penyayang,
dan sentiasa mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya.
Semasa penerbangan pulang, saya bertafakur, termenung, dan menginsa
setiap kejadian yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Kemudian saya ter kir,
bodohnya saya sekiranya pulang nanti saya meninggalkan apa yang dilakukan
sebelum dan semasa menunaikan fardhu haji.
Saya bertekad mahu solat berjemaah di masjid pada setiap waktu, berpuasa
pada setiap hari Isnin dan Khamis, solat malam pada waktu satu per tiga
malam yang masih tersisa, dan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai
sehari berserta dengan terjemahan sekali. Ia misi yang ringkas dan sesuai
dengan keperluan asas sebagai seorang Islam. Keinginan itu yang memulakan
suatu proses lain yang cukup besar. Saya mahu berdakwah kepada diri sendiri.
Saya menyeru hati dan perasaan supaya bersungguh-sungguh melaksanakan
keinginan ini. Saya sedar saya seorang jahil, tidak berilmu, dan terlalu lemah.
Apakah yang dapat saya lakukan? Mampukah saya? Namun, secara diam-
diam, saya memujuk diri supaya mengenang bagaimana Allah s.w.t. memberi
kekuatan yang luar biasa supaya saya melakukan semua perkara itu di Masjidil
Haram dan Madinah.
Mengapa tidak di Malaysia? Boleh. Saya cuba menguatkan semangat diri
dan hati berbisik-bisik, “Ya Allah, kami mohon keampunan-Mu. Kami mohon
keberkatan-Mu dan kerahmatan-Mu. Ya Allah, ketika Engkau memberikan
rasa nikmat, takut, dan gentar kepada-Mu, jangan Engkau palingkan perasaan
itu. Kami ingin beramal ibadat kepada-Mu, ya Allah. Engkau beri kekuatan
kepada kami. Engkau lindungi kami, ya Allah.”
Penerbangan jauh dari Madinah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) diselubungi dengan perasaan takut, sayu, dan sebak. Perasaan
takut sekiranya tidak dapat meneruskan semua amalan semasa di Makkah dan
Madinah. Ia suatu kerugian yang tidak mahu saya tanggung. Sayu dan sebak
mengingati bagaimana Allah s.w.t. memberi keinsafan yang luar biasa melalui
sifat maha pengasih dan maha penyayang kepada hamba-Nya.
Saya merenung nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. dan
dalam diam-diam, perasaan halus bertutur dalam diam. Masa yang tinggal
kelihatan singkat. Adakah saya sempat mengucapkan terima kasih kepada Dia
yang Maha Berkuasa?
Terima kasih.
Itu adalah dakwah diri yang mula menyerap ke seluruh urat saraf,
meluncur laju, mencari sinar cahaya yang berkelip-kelip menerangi jiwa, hati,
dan perasaan.
Subhanallah.
Terima Kasih

T
erima kasih adalah bahasa mudah bagi menyatakan yang kita berasa
gembira atas pemberian ataupun kurnian yang menggembirakan hati
dan perasaan. Kemudian, kita bersyukur kerana memperolehi
pemberian itu. Kita sering menyebut, “Aku bersyukur atas segala nikmat-
nikmat yang diberikan.” Dan dengan sepatah perkataan Alhamdullillah, ia
membawa pengertian yang begitu mendalam.
Seseorang yang berpengetahuan tentang Kitab menyatakan, “Aku sanggup membawa
singgahsana Ratu Balqis kepada engkau (Sulaiman) dalam sekelip mata. Setelah Sulaiman
melihat singgahsana itu berdiri teguh di sisi baginda, baginda menyatakan, ‘Ini adalah
kurnia daripada Tuhanku, kerana Dia mahu mengujiku!’”

Apakah aku tahu berterima kasih ataupun tidak? Dan siapa yang berterima kasih, dia
berterima kasih untuk (kebaikan) dirinya. Dan siapa yang tidak berterima kasih,
sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya dan Mulia.
(Surah An-Naml, ayat 40)

Pada usia 41 tahun, saya diseru bagi menunaikan fardhu haji, iaitu ketika usia
hampir-hampir menerima kematian. Ketika itu, saya masih dalam keadaan
buta Al-Quran. Saya berserah dengan perjalanan kehidupan. Allah s.w.t.
membuka hati dan perasaan saya supaya melihat kebesaran, kehebatan, dan
keagungan-Nya. Fardhu haji menjadi penyebab yang luar biasa. Perjalanan haji
selama 45 hari seolah-olah menutup kealpaan dan kelalaian selama 41 tahun
kehidupan.
Proses dakwah kepada diri sendiri bermula dengan melihat perjalanan
kehidupan lampau. Begitu banyak nikmat-nikmat yang diperolehi, sama ada
secara sedar ataupun tidak sedar. Ia adalah nikmat ataupun kurnia Allah s.w.t.
Bezanya, kita sering lupa dan berasa segala yang kita dapat adalah kerana usaha
sendiri. Misalnya, saya teruja kerana berjaya menamatkan pengajian Ph.D
dalam tempoh yang singkat dan mengaitkan kejayaan itu dengan hasil usaha,
strategi, dan keupayaan hebat dalam menjalankan penyelidikan dan penulisan.
Perjalanan kerjaya yang singkat dan pantas menuju puncak juga sentiasa
dikaitkan dengan keupayaan, kepandaian, bakat, kreativiti, dan kesungguhan
bekerja semata-mata. Saya minat bekerja dan saya mahu jadi yang terbaik. Saya
kir, segala yang tercapai adalah kerana kerja kuat. Benar, sesekali ada lintasan
hati yang mengingati kebesaran Allah s.w.t. Namun, ia terpinggir dalam
kehebatan diri. Astag rullah. Namun, sanggupkah kita berpura-pura dengan
trah sendiri?
Dan sembahlah Allah, dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu, dan
lakukan kebaikan untuk ibu dan bapa, kerabat anak-anak yatim, orang miskin, tetangga
yang menjadi kerabat, tetangga yang bukan kerabat, teman dalam perjalanan, orang yang
dalam perjalanan, dan kepunyaan tangan kanan kamu (hamba sahaya). Sesungguhnya,
Allah itu tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri mereka.
(Surah An-Nisak, ayat 36)

Setinggi mana manusia berada di puncak, gembira dengan kehidupan mereka,


berbangga dengan kejayaan diri, dan dikelilingi oleh rakan dan taulan yang
hebat-hebat, namun jauh di sudut hati, terasa kekosongan dan kegelisahan
diri. Ia bertambah parah apabila menyedari segala nikmat-nikmat yang
diperolehi tanpa ucapan terima kasih dan alhamdulillah kepada yang hak. Ia
semakin menyesakkan dada apabila merasakan diri terpisah jauh daripada
penciptanya.
Seorang profesor menyatakan, “Manusia diibaratkan berada di dalam
sangkar. Sangkar yang luas dan besar. Mereka mengejar sesuatu dengan
harapan akan sampai masa mereka berpuas hati. Saya belajar bersungguh-
sungguh bagi menadah Ph.D, lalu berjaya. Saya dapat mengejar profesor
madya. Saya menunggu profesor, ia tiba. Saya dianugerahkan dengan gelaran
Dato’, Profesor Dato’ Dr. Apa lagi yang saya perlukan?”
“Apabila saya dikeluarkan dari sangkar yang besar (pencen), saya memohon
untuk kembali ke dalam sangkar itu. Saya tidak memikirkan tentang
pembangunan diri secara holistik dan memikirkan masa yang kian singkat.
Manusia tidak mudah berpuas hati! Itu adalah perasaan yang jauh daripada
Pencipta.”
Saya gelisah. Saya mahu hilangkan perasaan itu. Kejayaan lampau Ph.D,
Profesor, dan Dekan tidak dapat mengubat kegelisahan yang mula menebal
apabila sisa-sisa usia semakin berkurang. Namun, saya pasti, doa-doa yang
dipohon selepas solat tahajud pada waktu sepertiga malam masih tersisa,
berjemaah di Masjidil Haram dan Madinah, berpuasa sunat, dan membaca Al-
Quran dan terjemahan Al-Quran benar-benar memberi ketenangan jiwa.
Penyelesaian muktamad tentang kehidupan yang lebih aman dan tenteram
akhirnya menjurus kepada pendekatan diri kepada Allah s.w.t. Ini adalah
insentif semula jadi untuk berdakwah kepada diri sendiri.
Sukarkah?
Dia Berkuasa

S
aya tahu ajal dan maut di tangan Tuhan, jodoh dan pertemuan Allah
yang menentukan, dan rezeki manusia Dia yang tetapkan. Allah Maha
Berkuasa. Kita diseru supaya bertawakal kepada Allah. Malah, kita
yakini keesaan-Nya.
Benarkah manusia percaya Allah itu berkuasa? Sekali imbas, setiap umat
Islam pasti mengakui Allah itu Maha Berkuasa. Mereka pasti marah sekiranya
dituduh tidak mempercayai-Nya apatah lagi mendakwa bukan Allah yang
menentukan rezeki, ajal maut, dan jodoh pertemuan. Ia sudah menjadi kata
bidalan bangsa Melayu yang beragama Islam sejak zaman berzaman.
Sebaliknya, kehidupan dan realiti sebenar tidak begitu. Logiknya mudah.
Sekiranya manusia benar-benar percaya Allah itu Maha Berkuasa, mereka pasti
akan menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Sebarang tindakan menimbulkan perasaan takut dan gentar kepada Tuhan
mereka. Contohnya, ramai insan masih kekal melakukan dosa-dosa besar
walaupun begitu seronok bercerita berkenaan ibadat haji.
Malah, saya pernah memerhatikan dengan jelas bagaimana rakan-rakan
rapat menangis dan melolong apabila dimaklumkan gagal dalam kenaikan
pangkat. Ketua jabatan dipersalahkan dengan bersungguh-sungguh sehingga
berkajang-kajang surat dilayangkan. Ada ketikanya, sumpah seranah
terhambur keluar apabila tidak terpilih sebagai staf cemerlang ataupun gagal
dalam permohonan biasiswa. Dan bukan suatu perkara yang pelik apabila
masih ada yang percaya, punca belum sampai jodoh kerana diri membawa sial
dan perlu mandi tujuh jenis bunga, tujuh kolah air masjid, dan pelbagai aturan
lain.
Katakan, wahai Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Engkau berikan kuasa kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki dan Engkau ambil kuasa daripada siapa yang engkau kehendaki.
Dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau rendahkan siapa yang
Engkau kehendaki. Di tangan Engkau adalah kebaikan. Sesungguhnya, Engkau berkuasa
atas segala sesuatu.
(Surah Ali Imran, ayat 26)

Seorang kenalan pernah melahirkan perasaan, Saya terkilan kerana tidak


ditawarkan jawatan itu. Politik universiti terlampau hebat. Mereka
menggunakan orang tertentu bagi menolak permohonan saya.
Saya tidak berupaya memberikan kata-kata motivasi. Beliau kelihatan
benar-benar kecewa. Kekecewaan beliau diluahkan penuh perasaan tanpa
berselindung. Akhirnya, saya mengutus e-mel bagi menasihati beliau supaya
kecewa dalam landasan yang betul. Astagh rullah.
Saya juga ingin melahirkan perasaan sedih atas apa yang berlaku. Namun,
setiap kejadian itu mempunyai rahmat yang tersendiri. Allah Maha
Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesuatu yang kita kirkan
baik, tidak semestinya baik di sisi-Nya. Cara yang terbaik adalah berdoa
kepada-Nya, minta ampun atas kesalahan diri, dan terus bekerja dengan lebih
bersemangat.
Hakikat sebenar, pelbagai peristiwa yang berlaku di sekitar kita, di rumah,
pejabat, ataupun dalam perjalanan. Sekalipun ia menggambarkan kebesaran
dan kekuasaan Allah. Misalnya, dalam konteks menerima rezeki, Allah s.w.t.
menyatakan:
Siapakah yang dapat memberi kamu rezeki, sekiranya Tuhan menahan rezeki mereka?
Bahkan, mereka terus-menerus dalam kederhakaan dan menjauhkan diri (daripada
kebenaran).
(Surah Al-Mulk, ayat 21)

Sama ada berilmu ataupun tidak, fenomena menyalahkan orang lain kerana
gagal mencapai sesuatu menjadi amalan biasa. Kegagalan diratapi, kekecewaan
disertai dengan kemarahan dan kebencian kepada insan-insan lain.
Sebenarnya, sekiranya sesaat manusia menoleh ke belakang melihat pelbagai
rahmat dan nikmat Allah s.w.t. yang diterima, mereka pasti bersyukur dan
memahami konsep rezeki yang menjadi kepunyaan mutlak Allah s.w.t.
Ataupun mungkinkah mereka sengaja mencabar kebesaran Allah s.w.t.?
Berdoa kepada Allah s.w.t. dalam setiap perkara adalah manifestasi
kepercayaan yang Allah itu maha berkuasa. Solat dan melakukan amalan-
amalan yang diwajibkan adalah tanda manusia tahu siapa yang sebenar-
benarnya berkuasa. Perasaan rendah diri dan mengakui kebodohan, kejahilan,
dan kefakiran di sisi Allah adalah sifat-sifat menyetujui yang Allah s.w.t. itu
adalah yang berkuasa.
Saya melihat diri sendiri. Ketika buta Al-Quran, saya dimuliakan apabila
mengenali huruf. Dahulu hanya pensyarah biasa, kini menjawat jawatan
profesor. Dahulu berseorangan, kini berkeluarga. Kesemuanya catatan
kehidupan yang ringkas, biasa. Tetapi, terselit tentang kebesaran, kehebatan,
dan kekuasaan Allah.
Mempercayai Allah Maha Berkuasa adalah kunci bagi memperbaiki diri.
Perhatikan kebesaran dan kekuasaan Allah dengan persekitaran yang hampir,
sebagaimana Allah s.w.t. menyatakan:
Dan sebahagian dari keterangan-keterangan Tuhan adalah malam dan siang, matahari
dan bulan. Jangan kamu sujud (memuja) kepada matahari dan bulan, melainkan kamu
bersujud kepada Allah yang menciptakan semuanya, sekiranya kamu benar-benar
menyembah-Nya.
(Surah Al-Fusilat, ayat 37)
Kematian

T
iada yang lebih menyeronokkan daripada mempunyai adik-beradik
yang saling kasih-mengasihi, hormat-menghormati, dan cinta-
mencintai. Hubungan kami ibarat isi dan kuku. Secara hakikat,
perhubungan erat antara keluarga, adik-beradik, dan ipar-duai adalah anugerah
daripada Allah s.w.t. Ia terlalu indah untuk diceritakan.
Bukankah anak-anak itu adalah nikmat dan ujian yang diberikan oleh
Allah s.w.t. kepada hamba-Nya?
Wahai orang beriman! Sesungguhnya di antara isteri dan anak-anak kamu ada yang
menjadi musuh bagi kamu. Oleh itu, berhati-hati terhadap mereka! Tetapi, sekiranya kamu
suka memaafkan, berhati lapang, dan memberikan ampun, sesungguhnya Allah itu maha
pengampun dan maha penyayang.
(Surah At-Taghabun, ayat 14)

Adik saya, Haniza berusia 35 tahun ketika ditidurkan oleh pakar-pakar


perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Beberapa hari tidak
mendengar suara beliau ternyata menghibakan. Apatah lagi beliau terbaring
bersama wayar-wayar yang memenuhi seluruh tubuh beliau. Haniza seorang
yang kelakar. Kebiasaannya, beliau seorang yang periang, murah dengan
senyuman, dan disenangi ramai.
Hampir seluruh adik-beradik kami berkumpul di hospital. Mereka semua
berwajah sugul. Kata doktor, ginjal beliau sudah tidak berfungsi. Kini, dalam
pemerhatian mereka di unit rawatan rapi (ICU). Ditambah pula penyakit lain
seperti batu karang dan  diabetes, Haniza perlukan kekuatan yang luar biasa.
Kata doktor lagi, usia muda beliau yang akan membantu Haniza mengharungi
cabaran itu.
Akhirnya, selepas hampir enam bulan bertarung nyawa, pembedahan demi
pembedahan, bersama ikatan persaudaraan antara kami sekeluarga, air mata
beliau mengalir di tepi kelopak mata sambil nyawa beliau ditarik perlahan-
lahan disaksikan oleh adik-beradik, suami, dan keluarga yang lain. Sebagai
memberi penghormatan terakhir, kesemua lapan adik-beradik perempuan
memandikan jenazah Haniza. Kami semua redha dengan pemergian beliau.
Saya pasti terkenang cerita adik-adik, terutamanya ketika Haniza masih di
Hospital Jertih, sebelum dihantar ke HUSM. Sekiranya ada pelawat yang
datang mengeluarkan air mata, Haniza akan berkata kepada adik bongsu kami,
“Mengapa menangis, saya tidak mahu mati lagi, anak-anak masih kecil.” Juga,
saya terbayang Liana, puteri pertama beliau yang baru berusia 9 tahun,
mencium ibu dan berkata, “Ibu cepat sembuh, ya,” diiringi titisan air mata
mereka yang berada di sekitar.
Malah, beberapa hari sebelum dipanggil pulang ke sisi Tuhan, Haniza
memegang tangan saya dengan kemas. Mata beliau merenung jauh,
menembusi jantung, dan perasaan saya. Saya tahu ia sebagai tanda
mengucapkan selamat tinggal khusus untuk saya buat selama-lamanya.
Kami mempunyai 12 beradik. Mengikut susunan, Haniza anak yang
keenam. Masih ada lima beradik yang lebih lama di dunia sebelum itu. Secara
logik, mereka yang sepatutnya dipanggil pulang. Mengapa Haniza? Bukankah
beliau terlalu muda untuk berpisah dengan anak-anak dan keluarga beliau?
Hakikatnya, pemergian Haniza pada usia yang begitu muda adalah contoh
terdekat bagaimana manusia sentiasa menghampiri saat-saat kematian. Malah,
tiada insan yang boleh terlampau yakin dengan tempoh kehidupan mereka.
Kematian mereka yang hampir sepatutnya menyedarkan diri kepada keperluan
mengingati Allah s.w.t. Dia yang mencipta manusia, Dia jua yang berhak
memanggil kita pulang pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.
Dan datanglah sakratul maut dengan kebenaran. Itulah perkara yang engkau selalu lari
daripadanya.
(Surah Qaf, ayat 19)

Persitiwa itu menjadi ingatan dakwah kepada diri sendiri yang sentiasa
membantu ketika lalai, lemah, dan tidak bertenaga. Kematian adalah isyarat
besar untuk mereka yang berhati lembut. Hanya mereka yang degil, keras hati,
dan berasa hebat tidak berasa takut dan gentar kepada Pencipta mereka.
Apabila hati menjadi keras, kematian yang dipenuhi dengan tanda-tanda
kebesaran-Nya tidak dapat dibaca oleh mata hati.
Sesungguhnya, orang yang dimatikan oleh malaikat, ketika mereka menganiaya diri
mereka sendiri akan ditanya malaikat, ‘Bagaimana keadaan kamu?’ Mereka menyatakan,
‘Kami adalah orang yang lemah (tertindas) di muka bumi.’
Malaikat menyatakan, ‘Bukankah bumi Allah itu luas sehingga kamu boleh pindah ke
mana-mana? Maka, tempat orang-orang ini adalah neraka jahanam. Dan itu adalah
tempat tinggal yang begitu buruk
(Surah An-Nisak, ayat 97)

Tidak adakah antara mereka yang hampir dengan kita sudah berada di alam
kubur? Pemergian Haniza adalah tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang
dianugerahkan kepada mereka yang tinggal. Semoga roh beliau dirahmati
Allah s.w.t. dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan
mengerjakan kebaikan.
Menyaksikan Kematian

K
ematian yang dilihat dengan mata hati adalah dakwah semula jadi bagi
mengakui kebesaran Allah s.w.t. Ia begitu menyentuh perasaan.
Pemergian Haniza pada usia muda mengingatkan saya yang ajal maut
adalah kepunyaan Allah s.w.t. Berita kejayaan angkasawan Malaysia menjulang
tinggi bagai disambut dengan bayangan cermin, iaitu saudara kandung akan
pulang ke bumi. Tuhan menunjukkan bagaimana manusia yang jatuh dari
angkasa dapat hidup segar. Manakala, yang terhantuk di tiang akan
meninggalkan alam ini. Itu adalah kuasa Allah yang maha agung.
Kematian memberikan perasaan risau dan takut kepada Pencipta.
Ketakutan itu dapat menambah iman dan takwa kepada Allah s.w.t., lalu
menimbulkan rasa risau sebelum berlagak angkuh, sombong, menunjuk-
nunjuk, dan takbur atau bercakap besar.
Tiadakah engkau perhatikan orang-orang yang berlari keluar dari kampung halaman
mereka kerana takut mati. Lalu Allah menegaskan kepada mereka, ‘Matilah kamu’.
Kemudian, mereka itu dihidupkan oleh Allah kembali. Sesungguhnya, Allah itu Maha
Pemurah kepada manusia. Tetapi, ramai manusia tidak berterima kasih.
(Surah Al-Baqarah, ayat 243)

Apa yang penting dalam hidup saya adalah kematian, dakwah, dan sahabat.
Saya mempunyai seorang sahabat bernama Zaki. Beliau mempunyai pelbagai
pengalaman dalam kehidupan. Beliau begitu nakal dan pernah tidur di masjid.
Beliau pernah menuntut di UiTM. Tetapi, beliau gagal di UiTM. Ini kerana,
beliau tidak mendaftar sebagai pelajar lama. Wang belanja pemberian keluarga
dihabiskan sebelum tarikh pendaftaran.
Kami berpisah. Beliau hilang entah ke mana ketika saya melanjutkan
pelajaran di peringkat sarjana muda. Namun, ketentuan Tuhan berbeza. Di
tengah-tengah ribuan manusia yang menyaksikan perlawanan bola sepak di
Stadium Merdeka, kami berpelukan setelah bertahun terpisah. Kami bertukar-
tukar maklumat.
Malam esoknya beliau muncul dengan beg pakaian ke rumah sewa saya
dan berkata,“Mil, saya tinggal di sini. Saya tidak ada kerja.”
Saya membiarkan beliau tinggal bersama. Elaun pengajar muda
membolehkan saya dan Zaki terus hidup. Saya belajar dan Zaki menjadi
penganggur. Setiap pagi Zaki membasuh pakaian kami dan memasak.
Sekiranya ada saki-baki wang di dalam poket seluar ataupun kemeja, ia akan
menjadi kepunyaan Zaki. Hidup Zaki mudah. Tidak perlu solat, berpuasa,
ataupun apa sahaja. Hanya tidur, bangun, membasuh pakaian, dan memasak.
Masa berlalu. Zaki kebosanan. Beliau memohon kerja di sebuah syarikat
sekuriti ketika ekonomi Malaysia sedang memuncak. Rezeki beliau di situ.
Bonus beliau 16 bulan. Komisyen perniagaan pasaran saham menggila.
Ringkasnya, Zaki menjadi seorang manusia berduit. Beliau berkata, “Mil, saya
sudah beli kondo di Shah Alam. Ada beberapa unit lagi. Mari kita hidup di
kota. Kita berjiran. Apabila kamu malas memasak, datang ke rumah saya.
Mesti kamu rindu masakan saya! Sekiranya saya malas, saya dapat makan
masakan Roza.”
Akhirnya, kami tinggal berjiran. Saya di tingkat 7 dan Zaki sekeluarga di
tingkat 2 di blok yang sama. Namun, belum sempat didiami, ia terpaksa
ditinggalkan hampir tiga tahun kerana saya melanjutkan pelajaran peringkat
Ph.D di United Kingdom. Dari situ, saya mendapat khabar Zaki sudah tidak
dapat bekerja. Ginjal Zaki tidak berfungsi lagi. Malah, beliau pernah koma
hampir seminggu. Hidup Zaki bergantung kepada isteri dan elaun PERKESO
yang diterima pada setiap bulan.
Apabila pulang ke Malaysia, saya dan isteri terus menziarahi Zaki. Masya
Allah. Tubuh Zaki kurus. Badan Zaki dipenuhi dengan tompok-tompok
hitam. Tangan Zaki bengkak di tempat saluran pam yang digunakan bagi
mencuci darah. Beliau sukar bernafas. Tercungap-cungap. Langsung tidak
dapat bercakap. Zaki melihat saya dalam kepayahan. Saya benar-benar terkedu.
Sedih. Perasaan itu berombak-ombak antara kelesuan perjalanan dari kota
London ke KLIA yang mengganggu emosi. Ketika berjalan pulang ke rumah,
saya berkata kepada Roza, “Saya rasa ajal Zaki hampir tiba. Saya risaukan Zaki.
Nampak Zaki begitu teruk. Zaki solat ataupun tidak? Muda-muda lagi sudah
ditimpa penyakit.”
Setahun berlalu. Zaki masih bernafas. Kesihatan beliau bertambah baik.
Dialisisnya tiga kali seminggu. Hampir setiap waktu terluang, kami berbual-
bual sambil mengisahkan kisah lampau semasa di UiTM Terengganu dan
memori di rumah sewa di Shah Alam. Apabila berpeluang, saya bertanya, “Bila
mahu solat? Masa kita sebenarnya tidak lama.”
Pernah saya bertanya apa yang berlaku ketika beliau koma seminggu.
Beliau menjawab, “Saya terasa yang saya sedar. Terdengar-dengar suara orang
bercakap-cakap. Namun, saya lemah. Tidak berupaya mengangkat tangan.
Sejuk, panas. Selepas itu, saya lupa. Saya dibawa dalam perjalanan. Tiba-tiba
saya terasa yang saya akan jatuh ke dalam gaung yang dalam. Saya terasa
tangan saya disambar orang, lalu saya terjaga. Kata orang, saya sudah seminggu
tidak sedar.”
Dua tahun berlalu, Zaki masih bernyawa. Bezanya, beliau sudah mula
solat. Beliau juga sudah berjinak-jinak solat berjemaah di masjid dan surau.
Hampir setiap waktu, apabila tiba bulan Ramadhan, beliau yang menguruskan
solat terawih di surau kami, di Kondo Kemuncak. Beliau mencari penderma
sekali gus menyiapkan makan dan minum selepas solat. Hidup beliau bertukar
seratus peratus.
Pada suatu petang Zaki berkata, “Mil, saya tahu kamu tidak pandai
membaca Al-Quran. Kita kena belajar. Sekiranya kita mati, Tuhan tahu kita
sedang belajar.”
Dia berdakwah dalam diam. Ia lahir daripada hati beliau. Beliau ingin
melihat sahabat berjaya di dunia dan akhirat. Beliau yang menunjukkan
rumah saya kepada Ha zi, iaitu guru Al-Quran yang sedang mencari
pekerjaan. Lalu, segala-galanya menjadi sejarah. Saya tamat membaca Al-
Quran ketika menunaikan fardhu haji.
Tiga tahun berlalu. Zaki menunaikan umrah dengan ihsan Ustaz Ismail
Kamus. Beliau kelihatan gembira. Malah, beliau tidak henti-henti bercerita
berkenaan pengalaman beliau seolah-olah itu adalah yang paling ditunggu
setelah sekian lama menderita dengan penyakit kronik.
Pada suatu minggu, saya mempunyai program di Kuantan, Pahang. Roza
yang bercerita kepada saya. Setiap hari sekitar jam 6.30 petang, Zaki mencari
saya di rumah. Puas Roza ber kir mengapa. Namun, persoalan itu hilang
dalam kemungkinan yang ia tidak perlukan sebarang jawapan.
Tentu sekali saya sendiri tidak mahu memikirkan mengapa Zaki masih
mencari saya walaupun beliau tahu saya hanya akan pulang pada malam Rabu.
Pada waktu tengah hari Khamis, beliau kelihatan gembira apabila
dimaklumkan oleh anak yang saya sudah pulang ke Shah Alam.
Pada hari Khamis, sekitar jam 6.30 petang, Allah s.w.t. menambahkan
pengalaman hidup yang tetap saya ingat selama-lamanya. Hayani, isteri Zaki,
menelefon Roza mengkhabarkan Zaki tidak sihat di rumah. Saya bergegas
turun. Ringkaskan cerita, saya bersama-sama Zaki pada saat-saat terakhir
beliau dijemput oleh Allah s.w.t. ke dunia yang kekal untuk selama-lamanya.
Terharu, insaf, dan gembira apabila saya melihat arwah begitu mudah
menerima panggilan-Nya.
Pada saat-saat akhir, beliau masih berjemaah di surau. Saya sendiri berasa
terpilih untuk bersama arwah bagi menyaksikan sendiri bagaimana seorang
insan biasa diterima Allah s.w.t. dengan cara yang saya kir begitu
menakjubkan. Tidak lama kemudian, saya kir bertanggungjawab sepenuhnya
bagi menguruskan jenazah. Ya Allah! mungkin itu adalah kehendak arwah
yang mahu saya sempurnakan.
Pemergian Zaki memberi peluang kepada saya bagi merenung diri. Sebaik
sahaja selesai memerhatikan imam memandikan arwah, saya ter kir, saya juga
masih berpeluang untuk pergi dalam keadaan tenang, tersenyum, dan bersedia.
Setiap kali saya mengajak diri solat berjemaah, berpuasa sunat, dan membaca
Al-Quran, terbayang bagaimana sahabat sendiri berdakwah kepada saya.
Kematian beliau bersama saya.
Solat Berjemaah

S
aya masih ingat bahan bacaan berkenaan Abu Hamid Muhammad bin
Muhammad Al-Ghazali ataupun lebih popular dengan gelaran Imam
Al-Ghazali. Semasa beliau berumur 33 tahun, beliau dilantik sebagai
profesor di Madrasah Nizamiah, iaitu sebuah universiti di Baghdad. Empat
tahun kemudian, beliau mengalami krisis dalaman yang kuat.
Al-Ghazali berpendapat, hanya suatu perkara yang paling penting dalam
hidup, iaitu mengelakkan api neraka dan menerima pembalasan syurga. Al-
Ghazali ber kir, jalan kehidupan yang sedang beliau lalui terlampau keduniaan
sehingga menyukarkan beliau mendapat pembalasan mulia di sisi Allah s.w.t.
Beliau menyatakan, “Kami menuntut ilmu bukan kerana Allah.” Akhirnya, Al-
Ghazali meletakkan jawatan daripada universiti itu.
Begitulah kekuatan iman seorang tokoh pejuang Islam. Saya terangsang
dengan kehebatan pemikiran beliau. Saya kagum dengan perjalanan dakwah
Al-Ghazali. Saya menilai diri sendiri. Saya hanya ingin bekerja dan beramal
ibadat dengan meletakkan beberapa perkara asas sebagai keutamaan.
Namun, saya sedar. Saya hanya manusia kerdil yang masih tercari-cari
sesuatu bagi mendapatkan redha Allah s.w.t. Saya kir, setiap daripada kita
mempunyai tanggungjawab besar kepada agama, bangsa, dan negara. Malah,
kita dapat menyumbang dengan jaya apabila falsafah dan pendapat Al-Ghazali
dijadikan sandaran mengikut kemampuan dan ilmu individu. Bagaimana
caranya?
Dalam konteks diri sendiri, saya bermula dengan sesuatu yang kelihatan
kecil. Kita kembali kepada asas trah kejadian dan penciptaan manusia, iaitu
pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Pengabadian paling asas yang perlu
dilakukan oleh manusia adalah melalui solat. Menjaga solat bererti membina
tiang agama.
Saya terkenang masa lampau. Bertahun-tahun menjadi ketua, dekan, ketua
pusat, dan ketua program. Namun, solat tidak pernah menjadi keutamaan bagi
mengatasi segala urusan. Tidak pernah ter kir bagi saya menangguhkan
mesyuarat dan berkata, “Azan sudah berkumandang, kita tangguhkan
mesyuarat dan mari bersama-sama kita mendirikan solat berjemaah.” Mungkin
ada yang akan berhujah, Allah s.w.t. memberi masa yang panjang untuk waktu
solat. Ia sama sekali tidak menyalahi bagi meneruskan mesyuarat.
Tidak mengapa, ia sesuatu pilihan yang boleh di kirkan. Suatu dakwah
bagi diri sendiri dan anak buah supaya mengingati solat. Lebih penting apabila
ia membabitkan solat berjemaah. Saya membayangkan, sekiranya saya lakukan,
ia memberi gambaran berkenaan bagaimana kita sebagai pentadbir meletakkan
kepentingan solat lebih penting daripada urusan lain. Malah, mesyuarat masih
boleh disambung semula. Ia suatu contoh yang kelihatan kecil, tetapi memberi
pengertian signi kan bagaimana kita dapat mengubah kehidupan yang sekian
lama kita amalkan.
Saya bercita-cita meneruskan amalan solat berjemaah pada setiap waktu di
masjid sebagaimana yang diamalkan di Tanah Suci. Saya berdoa supaya Allah
s.w.t. memudahkan amal ibadat ini. Sepanjang pengalaman, ia tidak terlalu
sukar. Malah, Allah s.w.t. lebih memudahkan amal itu apabila saya dilantik
sebagai pengarah kampus.
Saya sarankan supaya semua mesyuarat perlu ditangguhkan sebelum waktu
zohor bagi memberi peluang kepada staf untuk solat secara berjemaah. Saya
tidak memaksa. Biar mereka kirkan apa lagi alasan untuk tidak berjemaah.
Bola kini berada di kaki mereka. Hanya mereka yang perlu menyatakan
pilihan, sama ada sepak ataupun tidak. Saya berdakwah kepada diri sendiri
dengan mempamerkan cara bercakap dan beramal. Mudah-mudahan, ia
menjadi penyebab lebih ramai memenuhi masjid yang berhampiran.
Subhanallah!
Mari Solat Berjemaah

S
aya menyampaikan taklimat kepada kesemua staf akademik pada jam
2.30 petang. Dewan kuliah terletak berhampiran dengan Masjid As-
Syakirin, UiTM Johor. Imam masjid itu bersuara lunak dan menyentuh
hati nurani apabila mengalunkan ayat-ayat Al-Quran semasa solat maghrib dan
isyak. Suara imam masjid itu lantang bergema penuh semangat. Kebiasaannya
solat subuh diimami oleh seorang ustaz, iaitu bekas qari yang bersuara lembut,
mendayu-dayu, dan memberi kesayuan bagi hati-hati yang mudah tersentuh.
Saya pastikan taklimat yang disampaikan tidak melepasi waktu solat asar
berjemaah di masjid. Masa yang dianggarkan cukup untuk mereka menikmati
jamuan ringkas dan bergegas menunaikan solat fardhu. Saya lakukan ia dengan
niat. Pertama, saya mahu menunaikan solat berjemaah di masjid. Kedua,
sebagai ketua, menjadi tanggungjawab saya bagi memastikan staf diberi
peluang bersama-sama ke masjid.
Ketika menikmati jamuan ringan, sambil melihat jam di tangan saya
berkata, “Pukul berapa, ya? Sudah masuk waktu Asar? Sudah azan ke belum?”
Saya sengaja menguatkan suara supaya setiap orang yang berhampiran
mendengar beberapa perkataan penting tentang asar, azan, dan masuk waktu.
Beberapa minit kemudian azan berkumandang kuat, jelas, dan nyata.
Pembesar suara yang dilaung azan itu masih jelas berfungsi. Saya seorang
ketua. Saya dapat bangun dan beredar, berjalan menuju ke masjid. Tidak perlu
menoleh ke belakang dan berasa sayu dan sebak. Mungkin, saya boleh berkata,
“Tuan-tuan, azan asar sudah berkumandang. Mari kita bersama-sama ke
masjid bagi menunaikan solat. Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t.
supaya memberi kerahmatan-Nya kepada kampus kita."
Saya tidak upaya. Saya hanya insan kerdil yang tidak mempunyai kekuatan
bersuara. Saya hanya mampu berdakwah untuk diri sendiri. Saya bangun,
mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan mereka yang sedang menjamu
selera bagi menunaikan solat asar berjemaah. Sambil berjalan, saya menoleh ke
belakang. Tiada seorang pun yang mengikut langkah. Hati saya menjadi sayu
dan sebak.
Dalam lelehan air mata saya mengadu kepada-Nya, “Ya Allah, Engkau
ampunilah diriku. Ampunilah warga UiTM Johor. Berikanlah kekuatan
kepadaku bagi berterus-terusan menyampaikan seruan kepada staf dan rakan-
rakanku supaya berasa takut dan gentar kepada-Mu. Engkau permudahkanlah
pentadbiranku di sini. Ampunilah daku.”
Sesuatu yang ajaib berkenaan usaha-usaha menyeru manusia ke arah
kebaikan adalah lantunan kepada diri sendiri. Lebih kuat dan bersemangat
menyeru mereka yang lain, Allah s.w.t. memberi kekuatan kepada diri sendiri.
Saya terasa semakin hampir dengan-Nya. Setiap kali melakukan sesuatu dan
berhadapan dengan cabaran, semakin kuat kepada keyakinan, Allah s.w.t. pasti
memberi bantuan-Nya.
Pada suatu hari, saya menyusun kata-kata supaya tidak kelihatan mendesak,
apatah lagi saya mahu menyeru mereka yang bijak, pandai, pintar berhujah,
dan mempunyai ilmu yang jauh lebih tinggi daripada saya sendiri. Saya cuma
mahu mereka menjadi model kepada hampir 6000 pelajar.
Kemudian, saya mengutus e-mel kepada semua staf dengan harapan ia
menjadi penyebab kepada perubahan yang lebih besar, “Suatu aspek kualiti
yang tidak pernah dilaporkan dalam mana-mana pertandingan kualiti adalah
kualiti di sisi Allah s.w.t. Biarkan ia begitu. Namun, perjuangan saya yang
tersirat dan paling utama adalah mencapai kualiti itu. Pada musim cuti
semester, mari kita berdoa kepada Allah yang maha berkuasa bagi membuka
hati, terutamanya bagi mereka yang berada di dalam kampus supaya dapat
meluangkan masa solat berjemaah di masjid. Pada akhir zaman, hanya
segelintir sahaja yang  terbilang. Segelintir itu biar datang daripada warga
UiTM Johor. Kita berdoa untuk diri kita sendiri supaya Allah s.w.t. membuka
pintu hati, tergerak perasaan, dan menyentap emosi supaya takut dan gentar
kepada-Nya. Ampuni kami, ya Allah.”
Umpama Jom Heboh, saya mengajak mereka solat berjemaah. Ketika
mereka tidak bersetuju dengan alasan pelbagai program yang tidak membawa
kebaikan, saya berdakwah kepada diri sendiri dan rakan-rakan sejawat yang
lain. Namun, saya tidak dilontar dengan batu, tidak perlu berperang, dan tidak
perlu berhijrah. Dengan pengorbanan yang sedikit ini, saya berharap dan
berdoa supaya ada ruang supaya saya diberi rahmat bersama-sama Rasulullah
s.a.w. memasuki syurga tertinggi.
Hanya kepada Allah s.w.t. saya berserah.
Pemandu

A
da dua orang staf yang paling hampir dengan saya. Pertama, pembantu
peribadi ataupun P.A. saya dan yang kedua adalah pemandu saya. Di
tangan kedua-dua itu, tersimpan seribu rahsia seorang ketua pejabat.
Mereka boleh menjadi rakan rapat dan mereka juga boleh menjadi musuh
ketat. Sedikit komen mereka tentang bos mereka mampu memberi kesan yang
signi kan.
Kata orang, sekiranya ingin mengetahui watak sebenar seseorang bos,
usulkan kepada P.A. ataupun pemandu bos itu. Ramai yang tidak dapat
menghampiri bos cuba berbaik-baik dengan pemandu atau P.A. bos itu.
Namun, isu itu tidak terlalu penting. Saya lebih suka memilih menjadikan
mereka sebagai insan-insan yang takut dan gentar kepada Tuhan dan sanggup
bekerja semata-mata kerana-Nya. Bagi hormat dan kasih sayang kepada ketua
biar masa dan keikhlasan hati yang menentukan.
Seru mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan
bertukar kiran dengan mereka menurut cara yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya, Tuhan
kamu lebih tahu siapa yang tersesat jalan, dan Dia lebih tahu orang-orang yang menuruti
jalan yang benar.
(Surah An-Nahl, ayat 125)

Ini adalah pengalaman dakwah paling menarik di UiTM Johor. Berdakwah


dengan pemandu.
UiTM Johor mempunyai 19 orang pemandu. Setiap minggu, seorang
pemandu ditugaskan kepada saya. Kata Timbalan Pendaftar, “Nanti, apabila
selesai  19 minggu bertukar ganti, Prof. nilai dan pilih sesiapa yang Prof.
kehendaki ataupun boleh dikekalkan dengan sistem yang sedia ada. Kita mahu
memberi peluang kepada kesemua pemandu supaya merasai pengalaman
berkhidmat dengan Prof.”
Saya sendiri mengadakan pertemuan dengan kesemua pemandu sejurus
saya melaporkan diri di UiTM Johor. Mereka adalah kumpulan yang pertama.
Saya sengaja memilih untuk bertemu mereka supaya mereka tahu
perkhidmatan mereka penting dan dihargai. Tambahan lagi, mereka bersama
saya sepanjang perjalanan. Mereka juga memastikan urusan saya
dipermudahkan semasa berada di luar kawasan.
Saya menyatakan kepada mereka berkenaan perilaku saya. Saya tidak mahu
mereka menganggap tingkah laku itu sebagai suatu yang membebankan.
Apatah lagi saya dapat menyatakan pilihan antara 19 orang pemandu yang ada.
Saya mahu mereka yang benar-benar komited sahaja yang dapat berkhidmat.
Biar Allah yang membuka pintu hati mereka bagi menyatakan pilihan.
Dan sekiranya Tuhan mahu, nescaya orang yang ada di bumi ini akan beriman. Apakah
engkau mahu memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
(Surah Yunus, ayat 99)

Saya nyatakan dengan jelas tiga perkara utama, iaitu:

Mereka tidak boleh mengharap saya fikir berkenaan tempat


tinggal mereka sewaktu berada di luar kawasan.
Mereka perlu bersedia menghantar ke masjid yang terdekat pada
jam 5 pagi semasa berada di luar kawasan.
Apabila berhenti di mana-mana tempat makan, mereka boleh
ambil sahaja makanan yang mereka suka di bawah tanggungan
saya. Jangan tunggu saya pelawa.

Sekiranya mereka tidak bersetuju, terutamanya peraturan kedua, mereka boleh


menarik diri daripada membawa saya.  
Sembilan belas orang pemandu bermaksud ada sembilan belas cara
pelaksanaan itu. Setiap pemandu mempunyai karakter yang berbeza daripada
segi tingkah laku, ego, sikap, kaedah memandu, aroma perhubungan,
tanggungjawab, nilai tambah, pemikiran, dan cara menyelesaikan masalah.
Semua itu dapat diasingkan secara nyata antara mereka.
Suatu perkara yang jelas, mereka perlu ambil perhatian berkenaan
keinginan saya ke masjid. Hampir kesemua mereka melakukan tinjauan awal
di mana masjid yang besar, bersih, sesuai, dan hampir dengan hotel
penginapan. Ada antara mereka yang menceritakan perbezaan antara dua
masjid yang berbeza.
Mereka juga sedia berjemaah di masjid yang dipilih. Sekiranya perlu solat
jamak dan qasar, saya sedia menjadi imam untuk mereka. Saya tahu hubungan
kami melangkaui hubungan dua hati dan perasaan. Hanya hubungan dengan
Pencipta dapat mengikat antara seorang pengarah dengan seorang pemandu.
Hampir setiap masa saya bercerita berkenaan solat berjemaah, puasa sunat,
membaca Al-Quran, dan kisah doa ayah kepada anak.
Rasul itu mempercayai apa yang diturunkan kepada mereka daripada Tuhan mereka.
Begitu pula orang-orang yang beriman. Semua percaya kepada Allah, malaikat-malaikat,
kitab-kitab, dan utusan-utusan. Mereka menyatakan, ‘Kami tidak membeza-bezakan
seorang pun antara utusan-utusan Tuhan itu.’ Lalu mereka menyatakan, ‘Kami dengar dan
kami taat. Ampuni kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkau tempat kembali
(Surah Al-Baqarah, ayat 285)

Saya memerhati dan melalui pengalaman yang menarik. Saya melihat mereka
melalui kaca mata seorang pengarah. Pemandu pula melihat saya melalui kaca
mata mereka. Apabila selesai 19 minggu, saya kumpulkan mereka dan
berbicara tentang profesionalisme seorang pemandu dan pengalaman yang saya
lalui bersama mereka.
Pertama, saya hadiahkan buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
dan menyatakan, “Baca buku ini. Dalam buku ini bukan semata-mata kisah
saya menjalani ibadat haji. Ia menceritakan bagaimana kebesaran Allah,
peranan doa, dan beberapa pengajaran lain yang dapat dijadikan panduan.
Sekiranya rasa sesuai, ikut. Sekiranya tidak, tidak mengapa.”
“Setiap subuh apabila berada di luar kawasan, kita sama-sama solat
berjemaah di masjid. Saya berdoa supaya tuan-tuan terus lakukan perkara itu
walaupun bukan bersama saya. Itu yang lebih penting. Solat kerana Allah dan
bukan kerana bos.”
“Tuan-tuan semua adalah orang yang paling hampir dengan saya. Saya
kenal nama tuan-tuan. Saya dapati tuan-tuan semua adalah orang yang mulia,
baik hati, dan bertimbang rasa. Tidak ada seorang pun yang tidak
menyenangkan hati saya. Oleh itu, kita akan teruskan sistem penggiliran
sekarang. Bezanya, kita bertukar bukan mengikut minggu, tetapi mengikut
bulan.”
Mereka semua bersetuju. Hakikat sebenar, saya dapat bersama mereka lagi
dalam tempoh yang lebih panjang bagi menjalankan usaha-usaha dakwah yang
berterusan kepada suatu kelompok yang lebih hampir. Mereka rapat dengan
saya. Saya sentiasa berdoa supaya saya dan mereka terus-menerus
melaksanakan beberapa amalan ringkas yang dapat dijadikan asas kepada
amalan-amalan khusus yang lain.
Bagi memperoleh kejayaan, orang yang beramal perlu melakukan amal usaha dengan
bersungguh-sungguh di dunia.
(Surah As-Saffat, ayat 61)

Saya berdakwah kepada diri sendiri, mengajak mereka yang hampir, dan
menyeru kepada seluruh kakitangan. Seruan ringkas. Semoga Allah memberi
nilai sama ada signi kan ataupun tidak. Subhanallah, Maha suci Allah yang
menjadikan langit dan bumi dan mendekatkan perhubungan antara manusia
dengan penciptanya, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam.
Dia ADAlah Segala-galanya

A
llah maha berkuasa. Dia Maha Pengasih. Malah, Dia Maha Penyayang,
Pemurah, lagi Maha Bijaksana. Direkodkan ada 99 nama Allah yang
dapat dikaitkan dengan sifat-Nya. Ungkapan-ungkapan ini adalah
sifat-sifat Allah yang diajar sejak kecil sehingga menjadi ingatan yang
berkekalan.
Dia Allah, Pencipta, Yang mengadakan, Pembentuk rupa. Dia mempunyai nama-nama
(sifat-sifat) yang baik. Semua yang ada di langit dan di bumi bertasbih memuliakan-Nya
(menunjukkan kemuliaan-Nya) dan Dia Maha Berkuasa dan Bijaksana.
(Surah Al-Hasyr, ayat 24)

Doktrin Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha


Bijaksana bagaimanapun tidak seratus peratus dibawa dalam kehidupan
seharian.
Sesungguhnya, kami menunjukkan jalan kepada mereka, adakalanya mereka tahu
berterima kasih dan ada yang tidak tahu berterima kasih.
(Surah Al-Insan, ayat 3)

Bertahun-tahun saya melalui kehidupan dengan pandangan mujur ataupun


bernasib baik. Ketika anak kedua saya masih kecil, dia jatuh sakit secara tiba-
tiba. Saya hanya berkata, “Mujur saya sempat menghantar anak saya ke
hospital, cepat mendapat rawatan, dan sihat sejahtera.”
Majoriti manusia sentiasa mengaitkan peristiwa tidak disangka-sangka
seperti memberi kebaikan ataupun menyelamatkan mereka daripada
malapetaka sebagai mujur atau bernasib baik. Ia hanya berakhir begitu sahaja.
Dalam kealpaan, manusia sebenarnya lupa Allah s.w.t. yang bijaksana
mengatur segala apa yang berlaku.
Tuhan memberikan kebijaksanaan kepada siapa yang disukai-Nya, dan orang yang diberi
kebijaksanaan itu, sesungguhnya diberi kebaikan yang banyak, hanya orang yang berakal
dapat mengerti.
(Surah Al-Baqarah, ayat 269)
Allah s.w.t. tidak memberi bimbingan dan petunjuk-Nya dalam kehidupan
lampau supaya saya dapat melihat pelbagai kejadian yang berlaku kepada diri
sendiri, kejayaan ataupun kegagalan sebagai suatu bukti kuasa Pencipta kepada
hamba-Nya. Mungkinkah saya terlampau menyombong diri sehingga hati
menjadi buta dan tidak berperasaan? Mungkin juga saya tidak menyedari Allah
s.w.t. sentiasa memberi kasih sayang-Nya? Ataupun saya telah menzalimi diri
sendiri dengan melihat segala kejadian sebagai suatu kemujuran ataupun nasib
baik. Di mana Allah s.w.t. dalam kehidupan lampau?
Sedetik melihat kejahilan sendiri, saya terbayang zaman lampau yang
penuh berliku tentang hubungan diri dengan Pencipta. Saya ter kir, bertahun-
tahun saya tidak berasa apa-apa tentang kewujudan Dia. Tiba-tiba, apabila
menyedari sifat-Nya yang begitu pemurah, mengabulkan permohonan saya
bagi menjawat jawatan profesor, berjaya mengenal huruf Al-Quran,
memudahkan urusan ke Makkah dan terasa diberi keistimewaan di situ, ia
menyebabkan seluruh hati dan perasaan terkesan dengan segala sifat-sifat Allah
s.w.t.
Rupa-rupanya, setiap kejadian terkandung dalam kebesaran Allah s.w.t.
Kemudian, apabila mengetahui dan yakin yang Allah s.w.t. adalah segala-
galanya, dakwah kepada diri sendiri menjadi lebih mudah. Misalnya, saya
ingin sentiasa solat jemaah di masjid dan berdoa kepada-Nya supaya
dipermudahkan. Dalam banyak keadaan, Dia sentiasa membantu, memberi
jalan dan ilham supaya keinginan yang bersungguh-sungguh itu dapat
dilaksanakan.
Pertimbangkan kisah ini. Sejak pulang daripada menunaikan fardhu haji,
saya bertekad mahu menjaga solat berjemaah di masjid. Saya tidak mahu
ketinggalan. Saya sedar saya manusia jahil dan tidak berilmu di sisi-Nya. Tidak
pandai melakukan amalan-amalan lain. Lalu saya ter kir solat berjemaah di
masjid adalah amalan yang menarik apabila dilakukan. Saya mengharap dan
memerlukan pertolongan Allah s.w.t. Hampir setiap hari saya berdoa:
“Ya Allah ya Tuhan kami. Kau ampuni kami. Kau berkati kami, berikan tau k dan hidayah-
Mu. Ya Allah, ketika Kau memberi rasa nikmat untuk kami beramal ibadat kepada-Mu,
jangan kau palingkan perasaan itu. Ya Allah, permudahkan kami dalam menjalankan amal
ibadat kepada-Mu. Kami beramal ibadat semata-mata kerana-Mu, ya Allah.”

UiTM Johor pernah menganjur pertandingan boling UiTM. Tetamu


kehormat adalah Dato’ Seri Naib Canselor. Beliau datang bersama Datin Seri.
Pertandingan boling berakhir sekitar 12.30 tengah hari. Dato’ Seri memang
mempunyai ramai peminat dalam kalangan staf. Hampir setiap orang mahu
bergambar. Masa seolah-olah bergerak pantas.
Pada masa yang sama, beliau juga ingin segera menuju ke Melaka kerana
mempunyai atur cara yang lain. Saya pula risau takut terlepas solat berjemaah
di masjid. Tentu sekali ia tidak menjadi isu besar kepada Dato’ Seri dan Datin
Seri kerana mereka boleh solat jamak dan qasar.  Mereka boleh menghimpun
solat zuhur dan asar dalam satu waktu dan ringkas. Saya yakin mereka akan
solat di rumah Allahyarham ibu Dato’ Seri di Melaka.
Perjalanan dari bandar Segamat ke UiTM Johor mengambil masa antara
lima belas hingga dua puluh minit. Pada jam 12.50 tengah hari, baru kami
beredar. Kami menaiki kenderaan yang sama. Saya berdoa, ya Allah saya ingin
solat berjemaah, ya Allah. Permudahkan kami. Selang seminit saya melihat jam
tangan. Lambatnya kereta bergerak.
Kami tiba di Ledang Inn di sekitar jam 1.10. Mereka cepat-cepat berkemas
dan bertolak. Azan berkemundang dengan jelas. Tentu sekali tidak elok bagi
saya meninggalkan mereka pada ketika itu. Beliau adalah CEO dan tetamu
saya. Saya manusia lemah. Itu adalah tanggapan saya memandangkan mereka
perlu bersegera meninggalkan kampus.  Dalam hati saya sentiasa berdoa, ya
Allah ampuni daku, ampuni daku, ya Allah. Ampuni daku, ya Allah.
Abdullah berkata, “Sesiapa ingin bertemu dengan Allah sebagai seorang Muslim yang
sempurna, dia perlu sentiasa solat berjemaah setiap kali mendengar azan. Kerana Allah
mengukuhkan hukum-hukum agama kepada Nabi-Nya, di antaranya adalah solat
berjemaah itu.
Sekiranya kamu solat sendirian di rumah, tidak datang ke masjid seperti halnya orang-
orang yang tidak datang ini, bererti kamu meninggalkan 'sunnah nabi' kamu. Apabila
kamu meninggalkan sunnah Nabi, bererti kamu sesat. Siapa berwuduk dengan sebaik-
baiknya, kemudian dia pergi ke masjid, maka dituliskan Allah baginya untuk setiap
langkah yang dilangkahkannya ke masjid itu, pahala satu kebajikan dan diangkat
darjatnya satu darjat, serta dihapus daripadanya dosa satu kejahatan.
Menurut pendapat kami, orang yang tidak suka solat berjemaah ke masjid, adalah orang-
orang muna k. Namun, masih ada orang yang pergi solat berjemaah ke masjid, dipapah
oleh dua orang lelaki sampai ia ditegakkan dalam saf “
(Hadith ini direkodkan oleh Muslim)

Tiba-tiba terpantul daripada bibir Datin Seri, “Saya mahu solat dululah!”
Secara spontan saya membalas, “Datin mahu solat? Sekiranya begitu baiklah!
Boleh saya ke masjid!”
Alhamdullillah. Dia adalah segalanya. Allah mendengar bisikan dan
permohonan hamba-Nya. Dia Maha Berkuasa. Dia Maha Pengasih. Malah,
Dia Maha Penyayang, Pemurah, lagi Maha Bijaksana.
Maha Mendengar

P
erjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Terenganu ke UiTM
Terengganu, Kampus Dungun nyata selesa. Ramai daripada pemandu
UiTM Terengganu mengenali saya, terutamanya mereka yang sudah
lama bekerja. Perjalanan kali ini tidak terkecuali. Pemandu yang ditugaskan
adalah seorang senior dan sudah beberapa kali berkhidmat ketika saya
berkunjung ke situ.
“Saya dengar Prof. baru balik haji,” kata beliau setelah kereta bergerak
beberapa kilometer. Saya tersenyum. Kisah baru balik haji sentiasa ditanya
walaupun sudah lebih setahun berlalu. Topik yang menjadi kegemaran dan
tidak letih-letih bercakap.
Tidak kira siapa yang bertanya, ramai ataupun tidak, letih ataupun segar,
saya bersemangat berkongsi pengalaman menunaikan fardhu haji. Perasaan
yang seolah-olah melekat bersama roh dan jiwa. Barangkali kelazatan menemui
Allah s.w.t. semasa di Tanah Suci, menjadikan roh dan jiwa yang bersemangat
bercerita tanpa mengira waktu.
Dan Dia yang mengambil jiwa kamu di malam hari (waktu tidur), dan Dia mengetahui apa
yang kamu kerjakan di waktu siang. Kemudian kamu dibangunkan-Nya kembali supaya
dicukupkan janji yang telah ditetapkan; sesudah itu kepada-Nya kamu kembali, dan
diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Surah Al-An’am, ayat 60)

Kemudian saya bercerita. Seawal kisah tidak pandai membaca Al-Quran,


persiapan awal, hari pertama di Makkah, kisah di Madinah, melontar di
Jamratul Aqabah, dan mencium Hajarulaswad. Saya tahu beliau tekun
mendengar cerita saya. Ketika saya sebak, beliau mendiamkan diri sambil
memerhatikan jalan yang perlu ditempuhi.
Tiba-tiba, beliau bersuara, “Prof., saya suka mendengar kisah-kisah yang
Prof. ceritakan. Ini rezeki saya. Bukan saya yang sepatutnya bertugas, tetapi
pemandu asal tidak sihat. Saya menggantikan beliau. Saya tidak pandai
membaca Al-Quran. Saya terasa susah pergi menunaikan fardhu haji. Cerita-
cerita Prof. menyebabkan saya rasa lebih yakin untuk ke situ.”
Sepanjang perjalanan, saya bercerita dengan penuh semangat. Hakikat
sebenar, niat saya adalah berdakwah kepada sesiapa terlaksana melalui kisah-
kisah yang saya lalui semasa menunaikan fardhu haji. Ramai yang menyangka
saya mengisahkan kisah diri sendiri semata-mata populariti.
Tetapi apa yang tersirat, ia menceritakan tentang kehebatan dan kekuasaan
Allah s.w.t. Saya bersyukur, melalui pengalaman itu. Allah s.w.t. membuka
pintu hati supaya melihat perjalanan haji sebagai suatu cara merasai kekuasaan
dan kehebatan Allah s.w.t.
Dalam konteks yang berbeza, mulut saya bercerita dengan penuh
semangat, tetapi akal saya ber kir- kir, bagaimana saya mahu menunaikan
solat subuh di masjid UiTM yang jaraknya begitu jauh dari hotel. Saya
terbayang kemungkinan berjalan kaki pada dinihari, sesuatu yang kelihatan
sukar dan memenatkan. Saya tidak mahu perjuangan solat subuh berjemaah di
masjid terputus ketika berada di luar kawasan dengan alasan masjid jauh.
Sesungguhnya, Kami ciptakan manusia dalam perjuangan bersusah payah.
[Surah Al-Balad, ayat 4]

Saya ingin solat di masjid, tetapi tidak mahu menyusahkan mereka yang
menghantar jemputan, apatah lagi ia membabitkan bayaran tambahan kerja
lebih masa pemandu. Sepanjang perjalanan, saya memikirkan,
mempertimbangkan segala pilihan yang ada dengan niat akhir saya mahu ke
masjid. “Ya Allah, permudahkan. Ya Allah, permudahkan. Ya Allah,
permudahkan.” Hati berbisik-bisik kepada Allah yang maha mendengar lagi
maha mengasihi.
Engkau sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon
pertolongan.
(Surah Al-Fatihah, ayat 5)

Mata saya melihat senarai telefon rakan-rakan yang berada di sekitar Dungun.
Saya memilih seseorang yang kelihatan paling warak di mata dan terus
membuat panggilan, “Mat, biasanya solat subuh di mana? Saya ada di hotel
UiTM. Sekiranya kamu solat di masjid, Saya mahu ikut kamu.”
Barangkali beliau malas bersusah payah menjemput saya di hotel, lalu
jawapan beliau begitu mudah. “Saya solat di rumah.” Saya menerima jawapan
beliau dengan perasaan terbuka. Bukankah hanya segelintir manusia yang
benar-benar mahu solat subuh di masjid? Pada ketika itu saya sudah
memutuskan dan berbisik kepada Allah, ya Allah, aku redha dan Insya Allah
aku akan berjalan kaki ke masjid. Kau permudahkan dan berikan kekuatan
kepadaku, ya Allah.
Tiba-tiba pemandu saya bersuara, “Prof. mahu solat subuh di masjid? Saya
minta maaf tidak dapat bantu kerana perlu menghantar anak saya bekerja ke
Bukit Besi. Bagaimanapun, saya baru membeli sebuah kereta baru untuk anak.
Dia belum mempunyai lesen. Prof. boleh menggunakan kereta saya dan saya
menggunakan kereta anak saya itu. Prof. boleh menggunakan kereta saya
sepanjang berada di sini.”
Subhanallah! Subhanallah, Subhanallah. Itu bukan kebetulan, nasib
ataupun kemujuran. Ia adalah aturan Allah yang maha mendengar. Dia
memang benar-benar mendengar. Mustahil Dia pekak dan tuli. Habis, nikmat
Allah manakah yang perlu saya dustakan? Peristiwa ini adalah sesuatu yang
kelihatan kecil, tetapi begitu signi kan.
Subhanallah.
Solat Dhuha

B
agaimana cara Allah s.w.t. mengajar dan membuka pintu hati hamba-
Nya nyata berbeza-beza. Pada suatu hari, Pegawai Agama Islam Daerah
Segamat muncul memberi kunjungan hormat. Kami bersalaman,
mengucap selamat, dan saling bertukar-tukar pandangan. Beliau
menghadiahkan senaskah buku zikir dan wirid karangan beliau.
Kemudian, secara semula jadi kisah-kisah perjalanan haji yang dilalui
sehingga mengenalkan diri dengan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t.
disampaikan dengan penuh keinsafan. Berdasarkan pengalaman itu, bibir
menzahirkan kepada beliau tentang keyakinan yang mendalam kepada konsep
dan keperluan berdoa. Beliau berdiam diri mendengar hujah-hujah yang telah
dikemukakan. Barangkali dalam hatinya berkata-kata, begini keadaan orang
jahil yang baru mengenali huruf!
Gaya bercerita seolah-olah berhadapan dengan ratusan pendengar.
Bersemangat. Kenyataan yang meyakinkan supaya setiap orang harus
memohon terus kepada-Nya. Allah maha pengasih lagi maha penyayang.
Tentu sekali terasa kita semakin hampir dengan-Nya apabila meminta-minta,
merayu, dan merintih tanpa bantuan sesiapa. Malah, secara bersungguh-
sungguh terkeluar daripada hati tentang keinginan bagi meneruskan amalan-
amalan yang dilakukan di Makkah dan Madinah. Benar, ia suatu penceritaan
yang bersungguh-sungguh. Mengapa?
Akhirnya, kita perlu faham proses dakwah kepada diri sendiri memerlukan
kekuatan luar biasa. Pengulangan kepada keinginan beramal ibadat kepada-
Nya perlu dilakukan. Bercerita kepada yang pakar dalam bidang agama
memberi suatu peringatan, iaitu peringatan supaya meneruskan keinginan itu.
Ia suatu tonik yang menyegarkan.
Golongan sarjana Islam memberi sokongan, kata-kata perangsang dan
menunjukkan jalan supaya mujahadah lebih mudah. Bagaimanapun, ilmu,
amal, dan konsisten adalah tiga keadaan yang nyata berbeza. Perasaan yakin
Allah s.w.t. menentukan manusia berada tahap yang terbaik adalah kekuatan
dan penyerahan diri kepada Dia yang Maha Berkuasa. Berdoa sentiasa.
Apabila bibir berhenti bercakap, pegawai agama itu berkata, “Mengapa
Prof. tidak cuba solat sunat dhuha. Insya Allah, lapang dada kita. Di pejabat,
saya galakkan kesemua staf solat dhuha. Kelebihan solat dhuha cukup besar. Ia
dapat memberi ketenangan dan memudahkan urusan kehidupan.”
Pandangan dan cadangan ringkas beliau terkesan di hati. Apabila pulang ke
rumah, saya mencari tulisan-tulisan yang menceritakan berkenaan solat dhuha.
Kemudian, saya menyelongkar kitab-kitab yang ada di rumah. Hati mula
berasa hairan. Mengapa secara tiba-tiba begitu berminat dengan cadangan
beliau. Ia begitu luar biasa.
Lebih menakjubkan apabila seorang sahabat bercerita mengenai ibunya,
“Sepanjang hidupnya yang sempat saya perhati, setiap hari beliau melakukan
solat dhuha. Ibu sentiasa tenang. Beliau kelihatan tidak pernah berasa susah.
Saya mencuba mengikut amalannya. Dan saya dapat merasai hati saya tenang.
Tiada masalah.”
Dalam diam hati mula mengerti. Itu adalah kehebatan dan kekuasaan Allah
s.w.t. yang bijaksana mengajar hamba-Nya supaya ber kir, belajar, beramal,
dan konsisten. Mungkin ini adalah suatu amalan yang dapat dilaksanakan.
Perasaan cintakan solat dhuha terus tersemi apabila membaca maksud doa
yang sering diamalkan oleh mereka yang terdahulu.
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha-Mu, kemegahan ini adalah
kemegahan-Mu, keindahan ini adalah keindahan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu,
kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.
Ya Allah, sekiranya rezeki masih di langit, turunkan, sekiranya berada di perut bumi,
Engkau keluarkan, sekiranya sukar, mudahkan, sekiranya masih haram, Engkau halalkan,
Sekiranya jauh, Engkau dekatkan dengan berkat waktu dhuha, kemegahan, keindahan,
kekuatan, kekuasaan, dan perlindungan-Mu.
Limpahkan kepada kami sebagaimana yang Engkau limpahkan kepada para hamba-Mu
yang soleh.

Amalan ini dilaksanakan sebagai tugas rutin. Pegawai Agama Islam Daerah
Segamat menjadi penyebab, Allah s.w.t. yang membuka pintu hati bagi
melakukan ia secara berterusan. Seluruh tubuh dan perasaan dapat merasai
kenikmatan dan kemanisan solat dhuha. Tidak berkeluh-kesah. Terasa aman,
nyaman, dan damai. Ketika itu hati menjadi lebih sayu apabila memahami
makna Ad-Dhuha, surah 93:
“Demi waktu dhuha, dan demi malam apabila sunyi, Tuhanmu tidak meninggalkan kamu
dan tidak [pula] benci kepadamu, dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada
pemulaan, dan kelak tuhanmu pasti memberi kurnia-Nya kepadamu, lalu [hati] kamu
menjadi puas, bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberi kecukupan.”

Dengan ilmu yang sedikit itu menjadi galakan dan usaha-usaha dakwah
disampaikan kepada kakitangan sendiri.
"Sekiranya tuan-tuan mahu solat dhuha, tuan-tuan diizinkan. Lakukan kerana Allah.
Sekiranya kita boleh keluar kampus semata-mata minum pagi, apa susahnya menunaikan
solat dhuha yang tidak sampai enam ataupun tujuh minit. Namun, kita tidak mahu tuan-
tuan jumud (ber kiran sempit). Sekiranya ada pelanggan yang perlu dilayan, layan mereka
dahulu. Jangan diucap pula dengan kata-kata, ‘tuan tunggu sekejap, saya mahu solat
dhuha.’"

Waktu dhuha panjang. Ia bermula pada saat matahari naik lebih kurang
setinggi galah sehingga matahari berada tepat di tengah-tengah langit. Jangan
menyusahkan.
Ia dinyatakan dengan perasaan. Ia juga dikisahkan secara bersungguh-
sungguh semata-mata supaya mereka dapat merasai nikmat bersama Allah
s.w.t. di sebelah pagi. Itu pun sekiranya mereka mahu. Sekiranya tidak, esok
mereka akan diajak lagi, sehingga bibir penat berkata-kata.
Iktikaf

B
ulan Ramadhan pertama selepas pasca haji jatuh pada tahun 2007.
Allah s.w.t. melembutkan pintu hati, melihat, dan menilai amalan-
amalan yang dapat dilakukan oleh orang jahil seperti saya. Asas
perkiraan adalah sekiranya saya dapat melakukan sesuatu amalan di Tanah
Suci, sudah pasti ia dapat dilaksanakan di Malaysia.
Saya tidak kir saya dapat melakukan amal ibadat yang luar biasa. Namun,
sesekali saya ter kir, apakah yang dikatakan amal ibadat luar biasa? Benarkah
wujud amal ibadat yang luar biasa berdasarkan tahap amalan seseorang insan?
Mungkinkah ia dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan bidang pengajian
mereka?
Saya berasa begitu kerdil. Hampir seumur hidup saya tidak pernah
membesarkan bulan Ramadhan. Kemudian, hati tertanya-tanya, apakah yang
dapat saya lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., terutamanya
pada bulan yang dikatakan penuh berkat ini.
Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Ia bertujuan memberi
petunjuk dan kebenaran kepada sesiapa sahaja yang memerlukan-Nya.
“Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya), maka dia perlu berpuasa di bulan itu; dan sesiapa yang sakit ataupun
dalam musa r, maka ia boleh berbuka, kemudian wajib ia menggantikan puasa sebanyak
hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu,
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan
Ramadhan, dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan
supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 185)

Saya ter kir suatu kenyataan yang sering disebut-sebut apabila tiba bulan
Ramadhan adalah keperluan bagi menggandakan amal ibadat di bulan ini.
Kurangkan tidur. Kegiatan-kegiatan yang secara spesi k dihubungkan dengan
kegiatan dunia semata-mata perlu dikurangkan. Malah, saya dapat melihat
hubungan amal ibadat pada bulan Ramadhan dengan bulan-bulan lain semasa
belajar di United Kingdom. Hampir kesemua masjid dipenuhi oleh penduduk
tempatan yang memperbanyakkan ibadat dan kerja-kerja kebajikan yang lain.
Di celah-celah keinginan beramal ibadat pada bulan Ramadhan, saya
mendengar dan membaca galakan ibadat iktikaf di masjid. Hampir setiap
ceramah, bacaan khutbah, dan rencana-rencana bulan Ramadhan menyatakan
perkara yang sama. Pada bulan Ramadhan, beriktikaf di masjid.
Saya bertanya, “Apa itu iktikaf? Adakah benda yang sama kita lakukan di
Masjidil Haram? Dalam bahasa mudah, iktikaf bererti bertafakur di dalam
masjid bagi mencari keredhaan Allah s.w.t. Ia kelihatan mudah.
Abu Said Al-Khudri melaporkan:
“Rasulullah s.a.w. pernah melakukan iktikaf pada 10 hari pertengahan bulan Ramadhan.
Ketika mana waktu 20 malam telah berlalu dan akan menyambut malam yang ke-21,
Baginda kembali ke rumah dan sahabat yang beriktikaf bersama Baginda juga kembali ke
rumah mereka. Kemudian Baginda bangun pada malam ia kembali dari iktikaf dan
berpidato di hadapan sahabat serta menyuruh mereka melaksanakan kehendak Allah lalu
berkata, ‘Sungguh dahulu aku iktikaf pada 10 malam ini (10 malam pertengahan)
kemudian aku nampak (melalui mimpi) untuk iktikaf pada 10 malam terakhir. Sesiapa yang
pernah iktikaf bersamaku, dia perlu tidur di tempat iktikafnya. Sesungguhnya aku melihat
(Lailatul Qadar) pada malam-malam ini, tetapi lalu aku lupa (waktunya). Maka, cari dan
nantikan malam itu di 10 malam akhir yang ganjil. Aku pernah bermimpi aku sujud di air
dan lumpur.’ Abu Said Al-Khudri berkata, ‘Pada malam ke-21, kami diturunkan hujan,
sehingga air mengalir dari atap masjid ke tempat solat Rasulullah s.a.w., lalu aku
memperhatikan Baginda. Baginda sudah selesai dari solat subuh dan pada wajah Baginda
basah dengan lumpur dan air.”
(Hadith ini direkodkan oleh Muslim)

Mengapa tidak saya?


Kemudian saya bertekad. Saya berkata kepada isteri, “Mulai esok saya akan
ke Masjid Negeri. Saya mahu beriktikaf di situ pada 10 malam terakhir bulan
Ramadhan. Awak tolong sediakan makanan bersahur.”
Jam dua pagi, Roza kejutkan saya. Dia menyiapkan sahur. Sandwich tuna,
kismis perang, dan sebotol air mineral. Tiga puluh minit kemudian, saya
sampai di Masjid Negeri. Suasana masjid begitu suram, kerana hanya beberapa
lampu dihidupkan bagi menerangi ruang masjid itu. Dari luar kelihatan
beberapa orang jemaah sedang asyik melakukan amal ibadah.
Saya mencari pintu yang perlu ditolak bagi memasuki ruang solat. Di situ,
saya menghidupkan  10 malam terakhir pada bulan Ramadan. Ini adalah
pengalaman pertama saya beriktikaf. Ia adalah bicara malam saya bersama
Tuhan yang Maha Esa.
Saya bertekad dan terus konsisten dengan amalan ini, saya tahu ia bukan
sesuatu yang mudah. Apabila keluar sahaja dari rumah saya selalu berdoa, “Ya
Allah, ampuni aku. Izinkan aku beriktikaf di rumah-Mu. Jauhi aku daripada
menunjuk-nunjuk, membesar diri, dan angkuh. Permudahkan aku bagi
beramal ibadat di rumah-Mu.”
Saya menceritakan pengalaman ini supaya ada yang ter kir dan mahu
menyertai beriktikaf. Allah s.w.t. cukup hebat. Pada mulanya apabila sampai di
masjid, terselit perasaan malas dan  mengantuk. Ajaibnya, semakin lama
menumpukan diri kepada Dia, terasa semakin segar sehingga tiba waktu solat
subuh.
Masa berjalan tanpa disedari. Dengan suasana Masjid Negeri yang nyaman,
segar, dan kondusif, ia lebih membantu. Malah, saya sudah bercita-cita
meneruskan amalan ini walaupun di luar bulan Ramadhan.
Apakah aktiviti saya ketika di masjid? Saya tidak pandai. Saya cuma
lakukan sesuatu yang minimum. Saya solat tahiyatul masjid, tahajud, taubat,
dan hajat. Itu pun hanya dua rakaat setiap satu. Kemudian, saya berzikir
selepas solat dan membaca Al-Mathuraat. Sekiranya ada masa, saya membaca
surah Ar-Rahman ataupun Yaasin ataupun surah Al-Waqiah.
Apabila tiba sahaja jam empat pagi. Imam masjid memulakan program
qiamullail dengan solat tahajud, taubat dan hajat berselang-seli dengan zikir.
Sesetengah bijak-pandai berpendapat yang ia lebih baik dilakukan secara
bersendirian. Saya memilih melakukan kedua-duanya.
Program selesai tepat pada jam lima pagi. Saya akan beredar ke belakang
dan bersahur dengan bekal yang disediakan oleh Roza. Sedap! Saya berdoa
supaya Allah s.w.t. juga memberi ganjaran yang sama kepada Roza kerana
menyediakan sahur serta mengiringi saya sehingga ke  muka pintu.
Sesudah bersahur, kami menunggu solat subuh. Saya masih berjaya
mengekalkan semangat sebagaimana berada di Masjidil Haram. Saya mahukan
saf pertama dan  berada di sebelah kanan imam. Sehampir mungkin. Dan ia
menjadi lebih mudah kerana orang Malaysia tidak suka berebut saf.
Selepas 10 hari beriktikaf di Masjid Negeri, Shah Alam, saya bertekad bagi
meneruskan  pada bulan-bulan lain. Saya dapat merasakan keseronokan itu.
Namun, ada ketikanya cabaran yang datang bukan kepalang hebatnya.
Perasaan mengantuk, malas, dan keselesaan tidur di rumah ternyata menjadi
penghalang.
Setiap kali perasaan tersebut muncul, saya bertanya kepada diri sendiri,
bukankah di Masjidil Haram saya mampu melakukan itu? Kemudian, secara
konsisten saya melangkah masuk ke masjid sekitar jam empat pagi. Saya adalah
orang pertama. Kebiasaannya, dewan solat masih lagi suram dengan cahaya
lampu yang dimalapkan. Terasa seolah-olah seperti berada di Masjid Nabawi,
Madinah.
Setengah jam kemudian, tiba seorang insan yang solat sunat tahiyatul
masjid dan terus duduk berzikir sehingga menjelang waktu subuh. Kemudian,
muncul pula insan lain. Dia solat tidak henti-henti sehingga waktu subuh.
Kadang-kala saya terdengar dia menangis kesedihan.
Sejurus berikutnya, saya pasti mendengar bunyi tongkat menandakan
kedatangan seorang pesara yang biasa duduk di atas kerusi, meletakkan kitab
tafsir di sebuah meja yang khusus untuk beliau. Kebiasaannya, beliau solat
sunat dan membaca Al-Quran dan tafsir.  Kemudian, muncul pula seorang
insan yang selalu solat sunat dan hanya akan membaca Al-Quran sehingga
azan dialunkan.
Ia berlaku hampir setiap hari. Saya merenung diri dan memahami apa yang
tersirat. Amal ibadat kepada-Nya boleh datang dalam pelbagai bentuk.
Lakukan dengan penuh ikhlas. Ikut minat dan kemahuan sendiri. Dan biar ia
berterusan.
Redha

S
aya percaya kepada kuasa Allah s.w.t. Dia yang Maha Berkuasa. Malah,
Dia juga Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi. Namun, cerita
bagaimana kepercayaan itu menjadi begitu realiti terlangsung kerana
sifat maha pengasih dan maha penyayang Allah.
Dia membuka pintu hati bagi menunaikan fardhu haji setelah bertahun-
tahun menolak permintaan isteri. Ia sesuatu yang kelihatan mustahil, tetapi
terjadi dalam suasana yang terlalu luar biasa. Hampir 45 hari berada di Tanah
Suci Makkah dan Madinah mematangkan kepercayaan, Allah maha berkuasa.
Jauh ke dalam sanubari, itu adalah kehebatan ibadat haji kepada seorang yang
jahil, hina, dan fakir seperti saya.
Percaya kepada sifat-sifat Maha Berkuasa, Maha Pengasih, dan Maha
Penyayang itu yang sepatutnya mengukuhkan keinginan beramal ibadat
kepada Allah s.w.t. Mengapa tidak? Kita yakin kita adalah hamba-Nya.
Manusia bergantung harap kepada-Nya. Malah, amalan berdoa yang
disarankan kepada semua staf adalah manifestasi pada kepercayaan itu.
Bagaimanapun, konsep berdoa, berharap dan yakin Allah s.w.t.
memakbulkan segala doa, perlu disertakan rasa redha dengan apa yang
ditetapkan-Nya. Contohnya, kita perlu berdoa, tetapi Allah s.w.t. yang berhak
menentukan bila dan bagaimana doa-doa itu dimakbulkan-Nya.
Sekiranya tidak sekarang, ia mungkin diberi ganjaran di akhirat. Malah atas
sifat Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Allah s.w.t.
mungkin memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita pohon.
Bukankah Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yang lebih baik buat hamba-Nya.
Umar bin Khathab melaporkan, Rasulullah s.a.w. berkata,
Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat. Dan pahala bagi setiap orang yang
beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkan. Siapa yang hijrah dengan niat
kerana mahu memperoleh keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka pahala ada di sisi Allah
dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrah dengan niat mahu memperoleh harta kekayaan
(kebanggaan duniawi) ataupun dengan niat mahu mengahwini seorang perempuan yang
dicintai, maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya pula.
(Hadith ini direkodkan oleh Muslim)

Pertimbangkan kisah ini.


Kondo Kemuncak mempunyai jemaah yang sedikit. Namun, saya bercita-
cita tinggi supaya solat tarawih kami dipimpin oleh seorang ha z atau
penghafal Al-Quran. Saya suka mendengar ayat-ayat Al-Quran yang
disampaikan dengan kemerduan dan kefasihan oleh kebanyakan ha z. Jadi, ia
perlukan sumber kewangan. Melihat bilangan jemaah yang hadir pada setiap
hari, ia kelihatan begitu mustahil bagi membuat pungutan derma yang besar.
Saya perlukan RM3000 bagi membiayai aktiviti sepanjang bulan
ramadhan. RM2000 sebagai saguhati kepada imam dan selebihnya sebagai
perbelanjaan harian terutamanya jamuan makan. Ia bagi menggalakkan kanak-
kanak hadir solat tarawih.
Sebulan sebelum Ramadhan, saya maklumkan hasrat itu kepada jemaah.
Saya menyatakan, saya bersedia menyumbang sejumlah wang bagi kegunaan
bulan Ramadhan. Ringkaskan cerita, seorang hamba Allah s.w.t. datang ke
rumah dan menyerahkan sampul surat yang berisi wang sejumlah RM1000.
Saya bersyukur dan terasa begitu lega. Saya yakin Allah s.w.t. mendengar
bisikan hati yang sentiasa berdoa supaya ada insan yang dermawan datang
membantu.
Saya benar-benar seronok.
Bagaimanapun keseronokan itu bertukar menjadi duka. Wang itu hilang
dalam simpanan saya. Mungkin saya lupa di mana tempat ia disimpan. Saya
yakin sampul surat putih bersama 20 keping RM50 saya simpan di dalam laci
almari  bilik tidur kami. Tidak mungkin saya lupa. Sepanjang malam, saya
menyelongkar setiap tempat. Hati gundah gulana. Akhirnya Roza berkata,
“Mengapa sampai begitu sekali? Hampir kesemua tempat awak cari. Mengapa
tidak memohon bantuan Allah s.w.t.? Cuba bertenang, solat hajat, dan minta
dengan Dia, Insya Allah, Allah akan membantu.”
Saya lalai dan terlupa asas kepercayaan sendiri yang sudah terbina, iaitu
kuasa Allah. Kemudian, saya teringat satu hadith yang saya baca semasa
menulis buku Travelog Haji. Ia menyentap keyakinan diri. Hadith itu
berbunyi,
Sesungguhnya Tuhan turun (dengan cara yang layak baginya) pada setiap malam ketika
sepertiga malam yang terakhir dan berkata, ‘Siapa yg berdoa akan Aku perkenankan.
Sesiapa meminta akan Aku berikan, dan siapa yang beristighfar akan Aku ampunkan.
(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Tiga malam berturut-turut saya mohon keampunan-Nya. Memohon secara


khusus. Malah, saya telah meninggalkan doa rutin yang dibaca di setiap
penghujung malam. Saya gantikan dengan doa yang benar-benar
menggambarkan sejuta pengharapan.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampuni kami. Aku mohon kepada-Mu ya Allah, berikan ilham
kepadaku supaya ditunjukkan kepadaku di mana aku tinggalkan sampul surat yang berisi
wang RM1000. Ya Allah, sekiranya ia adalah dugaan kepada diriku, aku mohon
keampunan-Mu ya Allah.

Malam berdoa dan siang itu saya menyelongkar pada setiap ruang penjuru
rumah. Selama tiga hari tiga malam saya melakukan perkara yang sama.
Namun, masih belum berhasil. Pada penghujung malam keempat, hati sudah
menerima hakikat nyata yang saya perlu menggantikan wang itu. Kemudian
saya bermunajat kepada Allah,
Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Sekiranya ini yang terbaik buatku, aku redha atas
segala ketentuan-Mu.

No story! Hati saya tenang. Tiada lagi gundah gulana. Tiada lagi kesedihan.
Saya bersedia mengeluarkan wang sendiri bagi mengganti wang yang hilang.
Saya kir Allah mempunyai sebab menjadikan peristiwa kehilangan wang
derma RM1000 ini kepada diri saya. Allah mahu menguji tahap kesabaran dan
keimanan.
Pada tengah hari keesokan hari, saya pulang ke rumah. Kemudian sebelum
solat zuhur, saya cuba melelapkan mata selama 10 minit. Saya terjaga sebelum
laungan azan. Dalam keadaan terpinga-pinga, minda terbayang sampul surat
berisi wang RM1000 di satu penjuru rumah. Saya bergerak ke situ,
mengangkat beg yang berada di situ dan terjatuh sampul surat yang dicari-cari.
Dengan pertolongan Allah, ditolong-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia Maha
Berkuasa dan Penyayang.
(Surah Ar-Rum, ayat 5)

Bagi seseorang yang tidak berilmu seperti saya, peristiwa-peristiwa seumpama


ini memberikan kesedaran. Allah itu maha berkuasa, maha pengasih, maha
penyayang, dan maha bijaksana. Allah s.w.t. mengajar manusia supaya ber kir
tentang kebesaran-Nya. Malah, sekiranya ditinjau sejarah kehidupan sendiri,
peristiwa-peristiwa seumpama ini sering berlaku kepada manusia. Tinggal lagi
ia terselit di sebalik kata-kata, mujur, ataupun secara kebetulan.
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! 
Imam Tarawih

K
einginan menjadi manusia yang lebih baik pasca haji ternyata
memuncak. Contohnya semasa solat tarawih. Saya hanya pandai solat
tarawih secara bersungguh-sungguh, hanya setahun sebelum
menunaikan fardhu haji. Surau Kondo Kemuncak setiap tahun mengadakan
solat tarawih berjemaah walaupun pada hari-hari lain ia sunyi sepi. Setiap
tahun, saya menghantar dua anak lelaki solat tarawih pada setiap malam.
Mereka pernah bertanya, “Ayah tidak pergi?” “Pergi dulu, nanti ayah ikut
belakang.” Sesuatu yang tidak selalunya berlaku.
Sebab itu, siapa yang mahu dipimpin oleh Allah, nescaya dibukakan hatinya menganut
Islam; dan sesiapa yang mahu disesatkan Tuhan, dijadikan dadanya sesak dan sempit,
seperti orang naik ke langit. Allah meletakkan kekejian kepada orang-orang yang tidak
beriman.
(Surah Al-An’am, ayat 125)

Saya mahu berubah. Di Makkah dan Madinah, itu adalah doa-doa yang selalu
dipohon kepada-Nya. Saya memohon di depan Multazam, Hijir Ismail dan di
bawah pancuran emas, Safa dan Marwah, serta di Raudhah. Malah, doa-doa
sebelum dan selepas solat juga pasti terselit keinginan menjadi manusia yang
lebih baik. Akhirnya, Allah s.w.t. membuka pintu hati bagi menjadi pengawal
surau Kondo Kemuncak. Saya pastikan solat maghrib, isyak, dan subuh
dilaksanakan di surau itu. Tidak kisah walaupun saya adalah imam, bilal,
ataupun makmum.
Dan apabila kamu memanggil (menyeru) bagi mengerjakan solat, mereka nyatakan seruan
kamu itu menjadi olok-olok dan main-main. Hal itu disebabkan mereka yang tidak
mengerti.
(Surah Al-Maidah, ayat 58)

Perasaan bertanggungjawab dan ingin melakukan yang terbaik untuk surau


Kondo Kemuncak mula berputik. Saya terasa yang ia sebahagian daripada
kehidupan sendiri. Masa berubah. Keadaan juga bertukar. Setiap hari kami
menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah di surau. Malah, kami
sudah dapat bertukar-tukar imam. Subuh juga tidak terkecuali walaupun ada
ketikanya hanya saya seorang yang menghadap dinding. Tidak mengapa.
Bulan Ramadhan muncul lagi. Bagaimana keadaan surau Kondo
Kemuncak pada bulan Ramadhan tahun ini? Siapakah bakal menjadi imam
solat tarawih? Bagaimana dengan belanja-belanja lain? Saya tidak dapat
menjadi imam solat tarawih. Bukan ia suatu perkara yang wajib, cuma jumlah
ayat-ayat Al-Quran yang saya hafal terlalu sedikit. Saya bimbang jemaah mula
berasa bosan kerana terpaksa mengulangi surah yang sama pada setiap rakaat.
Dalam diam-diam, saya mencari seorang ha z bagi memimpin solat
tarawih. Beliau bersetuju atas permintaan saya. Beliau masih muda. Perjanjian
beliau begini, tempat tinggal dan makan-minum sepanjang tempoh sebulan itu
akan ditanggung oleh saya. Beliau akan tidur di rumah saya. Bayaran sagu hati
ditetapkan sebanyak RM2000. Jumlah yang saya perolehi daripada derma dan
bantuan masyarakat Kondo Kemuncak.
Selain daripada menjadi imam tarawih, beliau mengajar saya mengaji Al-
Quran selepas saya solat tahajud, taubat, dan hajat. Tentu sekali saya berniat
bagi menambah bayaran saguhati kepada beliau atas usaha-usaha itu. Pada
waktu sembanyang yang lain, saya mahu beliau menjadi imam di surau itu.
Saya kir ia adalah suatu perjanjian yang adil dan saksama.
Hari pertama berjalan dengan lancar. Suara beliau merdu. Irama bacaan
beliau syahdu. Saya teruja dengan kehadiran beliau. Pada sebelah malam,
ketika hampir satu pertiga malam masih tersisa, saya kejut beliau daripada
tidur. Saya kir beliau tentu sekali gembira kerana dapat beramal ibadat pada
sebelah malam bulan Ramadhan. Bukankah itu suatu seruan alim-ulama,
ustaz, khatib, dan bijak pandai agama? Apatah lagi beliau berkelulusan pondok
tradisional yang memegang kuat ajaran dan amalan sebenar Islam.
Saya membaca Al-Quran. Beliau berada di sisi seolah-olah mendengar
dengar tekun. Saya sudah bertekad, biar Ramadhan kali ini dapat saya lalui
dengan penuh keberkatan sebagaimana yang dianjurkan oleh ustaz-ustaz yang
sentiasa memberi peringatan melalui khutbah Jumaat, ceramah di radio, dan
televisyen, serta bacaan buku-buku yang menceritakan kelebihan amalan
berpuasa pada bulan Ramadhan. Membaca Al-Quran adalah amalan yang
menjadi pilihan saya.
Dan sesungguhnya Al-Quran itu kami mudahkan bagi diingati (difahami). Tetapi, adakah
orang yang mengambil pelajaran?
(Surah Al-Qamar, ayat 17)

Hari kedua berjalan dengan lancar. Segala-galanya bertukar apabila masuk hari
ketiga. Beliau meminta izin bermalam di rumah kakak beliau dan berjanji
pulang sebelum solat maghrib keesokan hari. Apabila masuk sahaja waktu
maghrib, beliau masih belum sampai. Beberapa orang makmum bertanya-
tanya kepada saya, “Di mana ha z kita?” Sebagai orang yang
bertanggungjawab membawa beliau ke Shah Alam. Dengan spontan saya
memberitahu, “Beliau tidak sihat. Mungkin tidak dapat menyesuaikan diri
dengan cuaca Shah Alam.” Saya melindungi beliau.
Hampir jam 11 malam, beliau baru pulang ke rumah. Tanpa bertangguh
saya mengemukakan soalan, “Mengapa awak tidak datang memimpin solat
tarawih?” Spontan beliau menjawab, “Saya tidak sempat pulang kerana
membeli-belah di Kuala Lumpur.”
Saya berterus-terang dengan beliau, “Kita semua mempunyai
tanggungjawab. Kita berjanji melaksanakan amanah yang diberikan kepada
kita. Kita juga bersetuju dengan janji-janji itu. Saya bertanggungjawab atas
surau itu. Saya percaya ustaz belajar di pondok berkenaan tanggungjawab,
amanah, dan menghormati orang lain.”
“Ustaz, saya tidak bodoh. Saya tahu ada masa saya tersalah baca. Mengapa
ustaz tidak betulkan bacaan saya? Ustaz abaikan supaya pelajaran kita cepat
selesai. Maknanya, ustaz tidak ikhlas mengajar saya. Ustaz bangun kerana
terpaksa. Bukan kerana Allah. Saya kesal dengan apa yang berlaku.”
Beliau tunduk memandang lantai. Wajah sayu seolah-olah ingin
menyatakan sesuatu. Akhirnya beliau bersuara, “Prof, sebenarnya saya tertekan
tinggal di sini. Saya tidak biasa lakukan apa yang prof. lakukan. Biasanya saya
hanya menjadi imam tarawih dan selesai tanggungjawab. Di sini, saya terpaksa
bangun pagi.”
Tentunya saya terkejut dengan kata-kata itu. Pandangan dan harapan saya
nyata luar biasa. Saya tidak menyangka, bangun pada satu pertiga malam
tersisa adalah kesukaran bagi mereka yang berilmu pengetahuan. Lalu saya
ungkap kata-kata berikut, “Saya kir ustaz gembira tinggal bersama saya. Saya
orang jahil. Tidak berilmu. Sekolah sekular. Ustaz-ustaz mengajar saya tentang
beribadat di malam hari. Saya ingin lakukan bersama ustaz. Sepatutnya ustaz
berasa bangga kerana ada orang bodoh macam saya yang ingin melakukan
amalan sebagaimana yang dicadangkan oleh ustaz-ustaz. Saya salah faham,
ustaz. Saya minta maaf.”
Peristiwa itu benar-benar menusuk hati dan sanubari. Saya mengadu
kepada isteri. Saya silap dan sangkaan saya meleset. Saya kir mereka yang
bersekolah agama dan belajar di pondok beramal ibadat penuh pada bulan ini.
Bayangkan, kita menunggu-nunggu beliau selama hampir enam bulan. Tiba-
tiba jadi begitu. Tentu sekali saya silap dalam banyak perkara. Setiap insan
berbeza-beza. Malah, agama Islam itu sendiri begitu indah dan memudahkan.
Aisyah berkata, “Pada suatu ketika, Nabi pulang ke rumah Aisyah, didapatinya dekat
Aisyah duduk seorang wanita. Lalu Nabi bertanya, ‘Siapakah wanita itu?’ Jawab Aisyah, ‘Ini
adalah si Fulanah (si Anu) yang terkenal banyak melakukan solat.’ Nabi berkata, ‘Jangan
begitu! Kerjakan sedaya upayamu. Demi Allah! Dia tidak bosan memberikan pahala,
sehingga kamu sendiri yang malas berbuat amal. Amal (agama) yang lebih disukai di sisi
Allah adalah amal yang dilakukan secara tetap dan teratur.”
(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari)

Akhirnya kami bersetuju membatalkan perjanjian awal. Beliau pulang ke


kampung halaman setelah empat hari bertugas. Saya memberi sejumlah wang.
Namun, saya masih teringat-ingat kata-kata beliau sebelum meninggalkan
rumah, “Prof., saya mohon maaf. Saya minta dihalalkan makan-minum selama
berada di rumah. Prof. dengan Kak Roza baik. Cuma saya tidak dapat lakukan
apa yang Prof. kehendaki. Saya minta Prof. tidak tuntut tentang belajar Al-
Quran dengan saya di akhirat.”
Kami bersalaman. Saya merenung wajah beliau. Beliau hanya sanggup
menjadi imam tarawih. Tidak lebih dan tidak kurang. Namun, usia muda
beliau memberi saya pengajaran. Beliau lebih beruntung kerana beliau sudah
menjadi penghafal Al-Quran. Dahulu, ketika saya seusia dengan beliau, solat
dan puasa sendiri entah ke mana. Saya berdoa supaya beliau diberkati dan
dirahmati Allah s.w.t. Saya memohon keampunan-Nya.
Dan tentu sekali manusia berbeza-beza. Subhanallah!
Tidak Lama

M
eninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja perlu diganti.
Sekiranya melepasi tahun berikut, ia perlu membayar dyah.
Fidyah berganda apabila ia melangkaui tahun akan datang. Hanya
beberapa keadaan yang membenarkan ia tidak perlu diganti. Namun, dyah
tetap perlu dibayar. Itu adalah apa yang saya faham tentang ibadat puasa.
Iaitu beberapa hari yang sudah ditentukan. Tetapi, siapa antara kamu yang sakit ataupun
dalam perjalanan, maka berpuasa sejumlah hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain.
Bagi orang yang begitu berat baginya mengerjakan puasa itu perlu membayar dyah,
memberikan makanan kepada orang miskin; dan siapa yang suka mengerjakan kebaikan
atas kemahuan sendiri, itu baik baginya, dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya
kamu tahu.
(Surah Al-Baqarah, ayat 184)

Amalan berpuasa adalah amal ibadat yang sentiasa dilaksanakan. Mungkin


kerana diajar sejak daripada zaman kanak-kanak. Berpuasa dan berbuka puasa
menjanjikan keistimewaan. Kanak-kanak yang berpuasa boleh berbuka
bersama di meja utama. Nikmatnya tidak terkira. Malah, kanak-kanak yang
berpuasa sering diberi galakan. Seringgit sehari? Bergantung kepada ibu dan
ayah mereka. Namun, saya tidak kir ia menjadi faktor utama kanak-kanak
berpuasa.
Ayah sendiri sentiasa berdakwah. Beliau mengajak dan mengajar anak-anak
supaya berpuasa sejak belum baligh. Teknik dakwah beliau mudah. Selepas
tengah hari, beliau menyuruh anak-anak yang letih supaya tidur. Apabila
bangun daripada tidur, beliau membawa anak-anak ke bazar Ramadhan.
Mereka boleh beli apa sahaja yang dikehendaki untuk berbuka. Berpuasa yang
disusuli dengan hari raya adalah musim yang sentiasa dinanti-nantikan oleh
anak-anak. Di sebalik amalan rutin, berpuasa masih dianggap amalan yang
memenatkan.
Ketika remaja, iaitu pada tahun pertama di universiti, apabila bersama
rakan-rakan yang pelbagai latar belakang, saya terpengaruh dengan amalan
tidak berpuasa. Hampir separuh bulan Ramadhan saya berjaya mempertahan
diri bagi menjadi yang terbaik dalam kumpulan itu walaupun hampir setiap
hari mereka membeli makanan, menghulurkan rokok, dan mengajak supaya
tidak berpuasa. Tiada siapa yang berjaya mempengaruhi saya. Entah
bagaimana, akhirnya di pertengahan Ramadhan, saya tertewas. Hampir 30
tahun puasa itu tidak berganti. Malah, dyah tidak pernah ada di dalam
perkiraan.
Di Makkah, saya mula berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Malah dalam kes-
kes tertentu, misalnya menyambut 1 Muharram dan beberapa hari yang lain,
kami sekeluarga juga berpuasa dengan harapan ia mendapat keredhaan Allah
s.w.t. Pertama kali berpuasa di Tanah Suci ternyata hebat. Dia membantu
dengan penuh kasih sayang. Mengapa? Saya rasa begitu seronok, girang, dan
bersahaja. Perasaan luar biasa. Tidak kenyang dan tidak lapar. Nyaman. Ia
adalah suatu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.
Dan dikatakan kepada orang-orang yang memelihara dirinya (dari kejahatan), ‘Apakah
yang diturunkan oleh Tuhan kamu?’ Mereka mengatakan, ‘Yang baik.’ Mereka yang
mengerjakan kebaikan di dunia ini memperoleh kebaikan. Sebenarnya kampung akhirat
itu lebih baik. Dan alangkah nikmatnya orang yang memelihara dirinya (dari kejahatan)
(Surah An-Nahl, ayat 30)

Pertama kali apabila berbuka puasa di hadapan Kaabah juga terasa begitu
istimewa. Saya berada di saf pertama di kalangan orang awam. Apabila hampir
waktu berbuka, pegawai masjid bertanya, “Rosa?” pada waktu itu saya kirkan
dia bertanya, “Puasa?” Saya mengangkat tangan. Beliau menghulurkan
beberapa jenis buah kurma bermutu tinggi. Apabila tiba waktu berbuka, saya
kunyah dua ulas kurma, seteguk air zamzam, dan terasa seolah-olah ia
menyelinap masuk kesetiap urat-saraf dan memberi perasaan kekenyangan
yang luar biasa.
Itu adalah nikmat berpuasa yang yang menyebabkan saya benar-benar
terkesima dengan anugerah Allah s.w.t. Kesannya, saya ingin berpuasa sunat
seumur hidup, iaitu hari Isnin dan Khamis. Saya bertekad dan benar-benar
mahu berpuasa. Cuma saya tidak mahu menjadi terlalu jumud. Ia hanya puasa
sunat. Sekiranya saya perlu meraikan tetamu, ada majlis khusus meraikan saya,
jamuan perkahwinan keluarga terdekat, saya cuba sedaya upaya bagi
menggembirakan mereka. Namun, ia perlu melalui peraturan yang ketat.
Hakikat sebenar, Allah s.w.t. mahu mengingatkan kembali dosa-dosa
lampau yang masih terhutang. Hutang tidak berpuasa. Hutang tidak
membayar dyah. Maka, puasa Isnin dan Khamis yang dimulai di Tanah Suci
menjadi penyebab bagi saya membayar segala hutang-hutang lama. Fidyah 30
tahun yang berganda dan seolah-olah sudah dilupakan, kini menjadi
keutamaan.
Nyata, Allah s.w.t. mempermudah segala-galanya, apabila kita berniat dan
mahu melakukan sesuatu kerana takut dan gentar kepada-Nya. Malah dengan
bertaubat nasuha, Allah s.w.t. berjanji menghapuskan dosa-dosa lampau.
Wahai orang yang beriman! Taubat kepada Allah, taubat yang sebenarnya! Mudah-
mudahan Tuhan kamu menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam
syurga, yang mengalir sungai-sungai di dalam itu, di hari Allah tiada memberikan
kehinaan kepada Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengan Baginda. Cahaya
mereka berlari di hadapan dan di kanan mereka, sedang mereka berkata, Wahai Tuhan
kami! Cukupkan bagi kami cahaya kami, dan ampuni kami; sesungguhnya Engkau
berkuasa atas segala sesuatu
(Surah At-Tahrim, ayat 8)

Nikmat berpuasa sunat di Makkah dan Madinah mahu diteruskan apabila


pulang ke Malaysia. Saya rasa seronok. Ia bukan suatu hal yang menyusahkan.
Selama 30 tahun yang lepas, terasa berpuasa sebagai suatu hal yang
membebankan. Ia dilaksanakan atas dorongan ayah dan keluarga. Lapar dan
dahaga silih berganti. Ia nyata berbeza. Kemudian nikmat-nikmat ini
diceritakan kepada rakan-rakan yang hampir. Saya tidak seratus peratus berniat
mengajak mereka bersama-sama melakukan ibadat ini, cuma ingin
memaklumkan yang pada hari Isnin dan Khamis, saya tidak dapat bersama-
sama mereka bersarapan dan makan tengah hari.
Hakikatnya, saya berdakwah kepada diri sendiri. Saya orang biasa. Tidak
berilmu, tetapi bercita-cita meneruskan amalan yang dilaksanakan semasa
menghadap Allah s.w.t. di Tanah Suci. Rakan-rakan saya semuanya orang
biasa. Mereka bukan alim ulama yang tahu betapa manisnya nikmat berpuasa.
Malah, bertahun-tahun kami bersarapan, makan tengah hari dan sesekali
minum petang bersama. Pastinya mereka tidak akan mempercayai cita-cita
saya berpuasa sunat seumur hidup. Ia adalah sesuatu yang ganjil.
Hampir setiap Isnin dan Khamis, saya masih menerima ajakan keluar
minum. Kemudian saya katakan kepada mereka, “Terima kasih, saya puasa.”
Dan mereka, “Awak masih teruskan?” Saya faham, mereka sememangnya
menunggu-nunggu kegagalan saya melaksanakan amalan itu. Setelah berbulan-
bulan bertegas dengan keinginan itu, panggilan rakan-rakan mengajak makan
dan minum pada waktu rehat semakin menghilang. Akhirnya, mereka
memahami saya benar-benar serius.
Berpuasa adalah suatu amalan mulia bagi meningkatkan tahap ketakwaan
kepada Allah s.w.t. Ia kelihatan mudah. tetapi cabaran itu ternyata hebat.
Apatah lagi sekiranya orang yang mahu melaksanakan perkara itu terdiri
daripada insan biasa. Namun, dengan doa yang bersungguh-sungguh, Allah
s.w.t. pasti akan memudahkan niat dan kemahuan yang ikhlas. Subhanallah!
Dakwah untuk Eksekutif

S
emakin tinggi jawatan, semakin sukar mendekati Allah s.w.t. Mengapa
tidak? Berjawatan tinggi mengundang kesibukan. Saya sukar mengurus
diri sendiri tanpa bantuan seorang pembantu. Diari rasmi sentiasa
penuh. Itu baru memegang jawatan Pengarah Kampus UiTM yang hanya
mempunyai 500 staf, 6000 pelajar dan dua kampus berasingan. Bagaimana
pula dengan tugas Naib Canselornya? Apatah lagi CEO syarikat multinasional.
Menteri Besar? Perdana Menteri? Raja? Mereka dan saya adalah golongan
manusia yang sibuk!
Sama ada benar ataupun tidak kenyataan itu, terpulang kepada diri sendiri.
Saya mempertimbangkan beberapa keadaan yang mungkin dapat menyanggah
kenyataan itu. Saya mahu berdakwah kepada diri sendiri.
Wahai Daud! Sesungguhnya Kami menjadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu,
putuskan perkara di antara manusia dengan benar, dan jangan engkau turut kemahuan
(nafsu), nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang tersesat
dari jalan Allah, akan memperoleh seksaan yang sangat keras, disebabkan mereka
melupakan hari perhitungan.
(Surah Sad, ayat 26)

Berjawatan tinggi adalah anugerah Allah s.w.t. Ia juga suatu tanggungjawab.


Suatu amanah besar daripada Allah s.w.t. Bukankah rezeki dan ajal maut di
tangan Allah s.w.t.? Mungkin benar kita adalah manusia bijak, pandai,
berdisiplin, gigih berusaha, dan berhak mendapat jawatan-jawatan yang
disandang.
Bagaimanapun, hakikat sebenar, ia hanya dapat disempurnakan dengan
izin Allah s.w.t. Ini adalah motivasi utama mengapa mereka yang berjawatan
tinggi perlu melihat jawatan tersebut dalam konteks hubungan hamba dengan
Pencipta. Jelas, Allah s.w.t. memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia
kehendaki. Malah, Dia boleh menarik apa yang Dia beri itu pada bila-bila
masa sahaja.
Dan Nabi menyatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan Thalut
menjadi rajamu.’ Mereka mengatakan, ‘Bagaimana Thalut dapat berkuasa atas kami,
sedang kami lebih berhak dengan kekuasaan itu daripadanya, dan dia tidak mempunyai
kekayaan yang cukup?’ Nabi menyatakan, ‘Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi
raja untuk kamu, dan akan dianugerahi lagi kepadanya ilmu yang luas dan badan yang
kuat. Allah memberikan kerajaan kepada siapa yang disukai-Nya, dan Allah itu luas
pemberian-Nya dan mahu tahu.
(Surah Al-Baqarah, ayat 247)

Sebagai ketua, saya berkuasa mengatur tahap kepentingan ataupun keutamaan


menjalankan sesuatu tindakan. Misalnya, dalam keadaan biasa, saya dapat
menjadikan suatu dasar dalaman, sebarang mesyuarat perlu ditangguhkan
apabila azan zuhur dan asar berkumandang. Saya mengajak semua staf yang
sedang bermesyuarat supaya sama-sama solat di masjid.
Saya merasai kemanisan solat dhuha. Kemudian saya mengajak staf supaya
sama-sama melaksanakan solat itu dan seterusnya mereka berdoa supaya
UiTM Johor diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Saya tidak mahu mereka
yang mengamalkan solat ini secara bersembunyi, takut di tnah mencuri waktu
bekerja sedangkan mereka yang keluar pejabat berjam-jam semata-mata untuk
minum pagi tidak dihiraukan.
Berjawatan tinggi ternyata lebih mudah bagi menghampirkan diri kepada
Allah s.w.t.
Kita pertimbangkan suasana yang berbeza. Saya mengajak mereka yang
berpendidikan tinggi dan berjawatan hebat dan berpeluang bermalam di hotel-
hotel besar, terbang membelah awan dan setiap kata menjadi realiti bagi
mempertimbangkan suasana-suasana berikut. Bayangkan kita seorang eksekutif
yang menggunakan penerbangan kelas perniagaan, sedang berehat-rehat di
Golden Lounge, sudah kenyang perut dengan hidangan lazat dan hanya
bersantai-santai menunggu waktu berlepas.
Katakan waktu sekarang adalah jam sembilan pagi. Penerbangan kita
berlepas dalam masa sejam lagi. Mengapa kita tidak berkunjung ke bilik solat
Golden Lounge yang cukup kemas dan bersih kemudian menunaikan solat
dhuha? Lakukan. Ia suatu kemudahan. Bukankah mengingati Allah s.w.t. itu
dapat dilakukan di mana-mana? Tambahan pula kita seorang eksekutif yang
berjawatan tinggi, kita mampu mengingatinya dalam suasana yang nyaman
lagi kondusif.
Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, ingati Allah pada waktu berdiri, di waktu
duduk, dan ketika berbaring; dan bila keadaan kamu telah tenteram, kerjakan solat seperti
biasa. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya untuk orang
yang beriman.
(Surah An-Nisak, ayat 103)

Saya berada di Hotel Puteri Pasi k Johor Bharu. Ketika mendaftar masuk, saya
bertanya kepada pegawai yang bertugas, “Esok saya ingin berpuasa. Bolehkah
saya ganti breakfast dengan bersahur pada pukul 4.30 pagi?” “Tiada masalah,”
jawab pegawai itu. Pada pukul 4.15 pagi, bahagian hidangan membuat
panggilan. “Prof., makan pagi akan siap dalam masa 10 minit, boleh kami
hantar?” Saya teruja kerana dapat bersahur dengan makanan hotel yang hebat.
Bagaimana pula dengan waktu berbuka? Sekiranya kita menginap di
tingkat eksekutif, bukankah lobi eksekutif sentiasa terbuka terutamanya di
sebelah pagi dan petang?
Saya kir sekiranya seorang perdana menteri sesebuah negara meletakkan
amal ibadat wajib dan sunat lebih penting daripada segala-galanya, kerja-kerja
rutin akan mengikut dengan penuh kasih sayang Allah s.w.t. Persoalannya,
mahukah kita berniat dan mahu melakukan amal ibadat itu semata-mata
kerana Allah s.w.t.? Seluruh protokol negara akan dapat ditukar selaras dengan
keinginan seorang perdana menteri.
Dan ketika Tuhan mengatakan kepada malaikat, ‘Aku menempatkan khalifah di muka
bumi.’ Kata malaikat, ‘Mengapa Engkau menempatkan di muka bumi orang yang akan
melakukan bencana di situ dan menumpahkan darah, sedangkan kami tasbih memuji
Engkau dan menyucikan (memuliakan) Engkau.’ Tuhan menjawab, ‘Sesungguhnya Aku
lebih tahu apa yang tidak kamu ketahui.
(Surah Al-Baqarah, ayat 30)

Begitu tinggi amanah dan harapan Allah s.w.t. letakkan kepada mereka yang
berjawatan tinggi dan menjadi ketua dalam kalangan mereka sendiri.
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Golf

A
nggapan saya, golf adalah permainan terbaik yang pernah diciptakan
oleh manusia. Ia suatu perlawanan menentang kebolehan dan
kepandaian diri sendiri. Dalam pertandingan golf, tiada siapa yang
dapat dipersalahkan. Pemain golf, biasanya bertungkus-lumus
mempertingkatkan kemahiran permainan semata-mata bagi memuaskan hati
dan perasaan sendiri. Mereka mahu menjadi pemenang, sekurang-kurangnya
dapat memperbaiki jumlah pukulan supaya menjadi rekod peribadi yang
terbaik.
Sukan golf menjadi kegilaan saya. Ia satu-satunya permainan yang
dipelajari melalui tenaga pengajar profesional semasa menuntut di United
Kingdom. Saya sanggup membayar RM700 (100 pound) untuk 10 kelas golf.
Ia mengambil masa selama 30 minit setiap kelas bagi mempastikan saya
mendapat asas permainan yang betul. Namun, saya perlu akui yang saya tidak
berbakat. Tahap permainan tidak menjadi luar biasa. Ia langsung tidak
meningkat. Tahap prestasi masih sama walaupun bertahun-tahun saya
bermain.
Dalam permainan golf, ukuran kepandaian seseorang pemain dilihat
berdasarkan sistem handikap. Lebih rendah handikap, lebih handal prestasi
pemain tersebut. Bagi yang sudah bertaraf profesional seperti Tiger Wood,
mereka tidak mempunyai sebarang handikap. Maksudnya, mereka yang handal
atau biasa-biasa seperti saya dapat berlawan dalam suatu pertandingan dan
bermula dengan kekuatan yang sama kerana masing-masing mempunyai
handikap yang berbeza. Apa kaitan golf dengan dakwah?
Golf tentu sekali menjadi isu penting dalam perjalanan kehidupan saya. Di
Malaysia, hampir kesemua pemain golf berjudi di lapangan golf. Mencari
pemain yang bermain dengan semata-mata tujuan riadah, ibarat mencari wali
di lapangan golf. Mungkin ada, tetapi belum pernah ditemui. Sekiranya ada,
mereka adalah insan yang terpilih. Paling kurang mereka berkata, “Siapa yang
kalah mesti belanja makan.”
Realitinya, mereka mulakan pertandingan dengan membuat kutipan
bayaran makan. Selepas bermain, mereka menggunakan wang kutipan itu bagi
makan bersama. Baki daripada kutipan bayaran makan akan diserahkan
kepada pemenang. Mereka juga boleh bertaruh bagi setiap lubang permainan.
Pertaruhan yang mungkin hanya RM1 selubang sehingga beribu-ribu ringgit
selubang.
Kemudian, pertaruhan-pertaruhan yang berlaku di lapangan golf menjadi
lebih rumit untuk difahami. Misalnya, bola yang dilantun ke udara dan
kelihatan cantik pendaratannya boleh dinaikkan nilai pertaruhan. Pertaruhan
yang hanya bermula RM1 untuk satu lubang mungkin boleh berakhir
sehingga RM16 selubang. Bayangkan sekiranya mereka bermula dengan
RM1000, ia mungkin berakhir dengan RM16000.
Namun, sekiranya ditanya kepada pemain golf beragama Islam, mereka
sesekali tidak menganggap mereka berjudi. Kata-kata berikut menjadi satu
lumrah. Ia hanya suatu insentif. Ia suka-suka atau alahai hanya RM 1 selubang.
Ada juga yang menjelaskan, “Wang yang kita kumpulkan hanya untuk
makan. Golf bukannya permainan mencuba nasib. Kita perlu berlatih supaya
pandai. Kita bertarung berdasarkan kemahiran. Ia permainan yang adil kerana
golf mempunyai handikap.”
Saya juga pernah terjebak dengan suasana ini. Pertaruhan kecil-kecilan. Ia
suatu insentif supaya bermain bersungguh-sungguh. Namun, jauh di sudut
hati, saya tahu yang saya sedang berjudi. Judi adalah dosa besar. Sekiranya
kesemua pemain golf beranggapan mereka tidak melakukan pertaruhan dan
berjudi, biar. Mungkin mereka mampu membohongi hati dan perasaan
sendiri.
Wahai orang yang beriman! Minuman keras, main judi, berhala, dan mengundi nasib
dengan panah itu, sesungguhnya perbuatan kotor, termasuk pekerjaan syaitan, sebab itu
hendaklah kamu tinggalkan, supaya kamu menjadi beruntung.
(Surah Al-Maidah, ayat 90)

Saya terlibat secara langsung dalam aktiviti perjudian ini. Saya benar-benar
gelisah. Keresahan yang melanda ketika ingin menunaikan fardhu haji. Setiap
kali saya bermain dengan rakan-rakan, terbit perasaan tidak senang, rimas dan
cuba sedaya upaya bagi menjadikan pertaruhan itu sebagai sesuatu yang tidak
perlu di kirkan. Saya tidak mempunyai kekuatan bagi mengatakan tidak.
Mungkin atas tekanan yang memuncak, pada suatu malam, saya bermimpi
mahu memulakan permainan dengan rakan-rakan yang hampir dan berkata
kepada mereka, “Baik, hari ini kita main besar. RM100 selubang. Boleh?”
Mereka semuanya bersetuju. Tiba-tiba saya terdengar satu suara jelas yang
berkata, “Bukankah sudah berjanji tidak mahu melakukannya lagi?”
Mimpi adalah mainan tidur. Saya jarang bermimpi. Malah, saya tidak
pernah ambil pusing tentang mimpi yang jarang mengganggu tidur. Saya
terjaga dan melihat jam. Dua pagi. Saya terasa gembira dan teruja. Seolah-olah
mendapat satu kekuatan yang luar biasa. Kemudian saya mengejutkan isteri
dan berkata, “Saya bermimpi. Allah s.w.t. memberi isyarat secara jelas yang apa
yang saya lakukan di padang golf adalah salah. Saya tidak mahu berjudi lagi.”
Ia berlaku begitu pantas. Kemudian, saya bangun dan solat taubat. Mohon
keampunan supaya diampunkan segala dosa-dosa golf yang dilakukan selama
10 tahun. Saya berjanji supaya tidak mengulangi perbuatan-perbuatan itu.
Namun, jauh di sudut hati, saya tertanya-tanya, masih adakah rakan-rakan
yang mahu bermain dengan saya?
Esoknya, ujian pertama untuk saya selepas bertaubat. Saya dan rakan-rakan
berkumpul di Melaka bagi memulakan permainan golf. Seorang daripada
mereka beberapa kali menunaikan umrah dan pernah menunaikan fardhu haji.
Beliau bertanya, “Prof., hari ini bagaimana? Macam biasalah Prof. Kita main
RM5 selubang.”
Saya tidak teragak-agak lagi. Patah-patah perkataan yang disusun semenjak
semalam mahu dituturkan dengan penuh semangat. Mungkin itu adalah
permulaan baru dalam kehidupan saya. Saya terasa seolah-olah sedang berjihad
di lapangan golf. “Rasanya kita tidak perlu bertaruh setiap lubang. Saya
mempunyai beberapa tiub bola baru. Ada seseorang menghadiahkan kepada
saya. Ini adalah hadiah pertandingan kita. Bukankah kita perlukan insentif
supaya bermain bersungguh-sungguh.”
Semuanya bersetuju. Kami bermain bersungguh-sungguh seperti hari-hari
yang lain. Bertaruh atau tidak bukan menjadi suatu faktor yang penting.
Sekurang-kurangnya itu adalah perasaan yang bermain-main di minda. Saya
seorang yang kompetatif. Saya mahu menang. Saya juga sentiasa mahu
menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang saya lakukan.
Di meja makan, saya menyatakan pengisytiharan, “Hadiah tadi bukan
pemberian seseorang. Saya yang beli. Hari ini saya mahu nyatakan bahawa saya
akan menunaikan fardhu haji pada penghujung tahun. Saya kir apa yang kita
lakukan di padang golf adalah sesuatu yang salah. Kita berjudi. Saya sudah
bertaubat dan meninggalkan segala-galanya. Mulai hari ini, saya akan beli
hadiah untuk setiap kali kita bermain. Saya yang akan beli!”
“Sampai bila prof mampu bertahan melakukan perkara ini?” tanya seorang
daripada rakan saya. Dan jawapan saya mudah, “Saya sukakan golf. Awak
tentu tahu yang saya gila golf. Ini adalah harga yang perlu saya bayar bagi
mendapatkan sedikit kebebasan daripada melakukan dosa besar. Dan selagi
saya ingin bermain golf, itu yang akan saya lakukan. Sekiranya tidak, saya akan
berkorban meninggalkan minat saya ini.”
Saya sudah bertekad. Malah pada ketika itu, pada setiap malam saya
sentiasa berdoa, “Ya Allah, Engkau ampuni daku. Beri kerahmatan-Mu.
Berikan tau k dan hidayah-Mu. Ya Allah, beri kekuatan kepadaku untuk
melakukan amal ibadat kepada-Mu. Semata-mata kerana-Mu. Jauhi daku
daripada melakukan perkara maksiat dan perkara yang dilarang. Permudah
daku. Hanya pada-Mu tempat kami mengadu dan memohon. Ampuni kami,
ya Allah.” Mahukah yang lain mengikut sama?
RM1, Tidak Mengapa

S
atu cabaran utama mendekati diri kepada Allah s.w.t. adalah
meninggalkan kegemaran yang terbina sejak sekian lama. Kegemaran
yang salah. Ujian ketahanan dan kekuatan diri bagi melakukan sesuatu
perubahan ternyata hebat. Bayangkan, setelah hampir 11 tahun membina
rangkaian rakan-rakan melalui sukan yang digilai, sama-sama bertaruh,
berjudi, tiba-tiba bertaubat, dan mahu melupakan kegiatan yang begitu
menyeronokkan. Ia kelihatan sukar.
Saya bercerita kepada seorang pemain golf dan beliau memberi maklum
balas yang menarik, “Ramai orang terlampau fanatik dan takut apabila ingin
menunaikan fardhu haji. Keinginan bertaubat menyebabkan mereka
meninggalkan semua perkara walaupun ia tidak melakukan kesalahan. Saya
tidak kir bertaruh di dalam permainan golf boleh dianggap berjudi. Kita
menggunakan kepandaian dan permainan golf mempunyai handikap. Kita
bertaruh semata-mata untuk insentif bermain bersungguh-sungguh. Bukannya
bertaruh beribu-ribu ringgit.”
Saya tidak pernah mena kannya dan suka berhujah apabila dikaitkan
dengan persoalan bertaruh dalam permainan golf. Pertama, saya tidak layak
mengeluarkan hukum walaupun sudah bertanya kepada mereka yang arif.
Kedua, mereka sememangnya tidak mahu meninggalkan suatu kegiatan yang
ternyata menyeronokkan bagi mereka. Seringkali saya nyatakan, ia hanya
sesuai untuk saya. Sekiranya tuan ber kir ia bukan suatu kesalahan, terpulang.
Tanya hati dan perasaan.
Namun, saya sampaikan pendapat kepada sahabat handai, mereka yang
hampir dan sanak saudara. Contohnya, saya pernah menyatakan kepada
seorang teman yang sama-sama menunaikan fardhu haji pada tahun 2006.
Kenyataan yang saya lafazkan beberapa bulan sebelum kami berlepas,
“Cabaran paling besar yang bakal dihadapi oleh pemain golf adalah
meninggalkan amalan bertaruh di lapangan golf. Kita sudah biasa dengan
amalan itu. Kita kir nilai seringgit selubang dikira bukan berjudi. Hanya
mereka yang bertaruh secara besar-besaran patut dikira sebagai melakukan
dosa besar. Mahukah kita mensia-siakan ibadat haji yang ingin kita lakukan?”
Beliau tersentak. Nampak raut muka beliau merenung dalam kenyataan
yang berbunyi keras. Saya kir beliau tidak pernah mempertimbangkankan isu
golf sebagai suatu isu yang perlu diberi pertimbangan. Hakikatnya, saya
sengaja berdakwah kepada beliau kerana percaya beliau adalah sahabat yang
berhati lembut. Saya mahu beliau melihat isu ini sebagai isu besar yang dapat
mempengaruhi keikhlasan kita apabila menghadap Allah s.w.t. Boleh atau
mahukah beliau bersetuju dengan saya?
Ini cerita yang berbeza. Saya bertemu seorang teman juga seorang pemain
golf. Beliau baru sahaja pulang daripada Tanah Suci. Muka beliau bersih.
Nyata, beliau gembira menceritakan pengalaman lebih 40 hari di situ. Kami
berpelukan dan saling memegang tangan menggambarkan yang kami tahu
betapa manisnya berada di rumah Allah s.w.t. Saya ucapkan kata-kata ringkas,
“Bagaimana dengan golf? Cabaran kita adalah berhenti daripada bertaruh di
lapangan golf.”
Beliau terus memberi jawapan spontan, “Saya dari dahulu hingga sekarang
menganggap wang yang dikumpulkan sebelum bermain itu sebagai bayaran
makan dan minum selepas bermain. Saya kira sedekah.”
Saya tersenyum dengan jawapan itu. Ia bukan isu besar yang perlu
di kirkan. Tiga bulan kemudian, saya terdengar suara beliau menyebut dengan
jelas dan terang di ruang permulaan lapangan golf, “Baik, hari ini kita main
RM4 selubang. Boleh?”
Ketiga-tiga yang lain tidak membantah. Saya berdoa dan berharap agar
mereka hanya bergurau semata-mata. Ketika pasukan ini beredar, saya ter kir,
sukarnya untuk berubah. Hanya Allah s.w.t. yang dapat memalingkan dan
membuka pintu hati insan yang dikehendaki-Nya. Mungkin dengan doa yang
bersungguh-sungguh dan berterusan daripada mereka yang tersayang dapat
membantu.
Wahai orang beriman! Minuman keras, main judi, berhala, dan mengundi nasib dengan
panah itu, sesungguhnya perbuatan kotor, termasuk pekerjaan syaitan, sebab itu kamu
perlu tinggalkan, supaya kamu menjadi beruntung.
(Surah Al-Maidah, ayat 90)
Pada masa itu, pertaruhan sama ada RM0.50 ataupun RM1, ia tetap
menjijikkan.
Manusia Lemah

K
etika menunaikan fardhu haji, masa kami banyak dihabiskan di
Masjidil Haram, keluar dari hotel seawal jam dua pagi dan pulang
bagi bersarapan dan berehat sekitar jam tujuh pagi. Pada pukul 10
pagi, kami kembali ke Masjidil Haram bagi menunaikan solat sunat, membaca
Al-Quran dan solat zuhur. Kami pulang ke hotel bagi berehat seketika.
Kemudian terus ke Masjidil Haram bagi menunaikan solat asar dan pulang
pada waktu malamnya iaitu selepas menunaikan solat isyak. Jumlah
keseluruhan kami berada di Masjidil Haram hampir 14 jam.
Apabila pulang ke Malaysia, keinginan meneruskan amalan solat malam
tidak berkurang. Ia menjadi suatu ketagihan. Nikmatnya terlalu sukar
diceritakan. Perhubungan antara hamba dengan Pencipta terasa begitu hampir.
Pertemuan hampir pada setiap penghujung malam nyata memperbaharui
perasaan cinta kepadanya. Malah saya sentiasa berdoa:
Ya Allah, ketika Engkau memberi perasaan takut dan gentar kepadaku, ketika terasa
nikmat beramal ibadat, jangan Engkau palingkan hati dan perasaan kami. Engkau bantu
kami untuk beramal ibadat kepada-Mu. Hanya pada-Mu tempat kami berserah.

Ya Allah, mudahkan urusanku mentadbir UiTM Johor. Ya Allah, gerakkan hati warga UiTM
Johor untuk hadir ke masjid solat berjemaah. Ya Allah, jauhi aku daripada mereka yang
suka melakukan tnah.
Ya Allah, jadikan pensyarah-pensyarah senior sebagai mereka yang membantu dan
bukannya mereka yang menyusahkan. Ya Allah, Engkau lapangkan dada kami semua
untuk membuat keputusan di dalam mesyuarat sebutharga supaya pada setiap
pertemuan-pertemuan itu. Ia tidak langsung memenatkan. Malah, suasana itu begitu
syahdu sekali.

Masa yang berlalu menjadikan realiti sebenar menjadi berbeza. Keinginan,


kemahuan, keazaman, dan kekuatan diri tidak sealiran. Godaan dan nafsu
sentiasa menguji ketahanan diri. Ketika di Makkah dan Madinah, saya boleh
bangun seawal jam 1.30 pagi untuk bersiap sedia ke masjid. Dalam tempoh
enam bulan selepas menunaikan fardhu haji, saya masih konsisten bangun
sekitar jam 2.00 hingga 2.30 pagi dan dapat solat seterusnya bermunajat
hingga ke fajar.
Namun, apabila menjawat jawatan pengarah, bangun pada penghujung
malam menjadi suatu kesulitan. Saya berperang dengan kemalasan. Saya tidak
dapat meneruskan amalan-amalan yang dilakukan semasa tidak memegang
jawatan pentadbiran, bangun seawal dua pagi, bersolat, bermunajat, dan
membaca Al-Quran. Dahulu, tubuh terasa ringan bingkas bangun dan
bergerak tanpa sebarang bebanan.
Benarkah ia suatu kemalasan? Atau adakah ini suatu cubaan ataupun
peperangan menentang kejahatan yang tidak kelihatan. Saya tetapkan penggera
telefon bimbit tepat jam tiga pagi. Apabila mendengar bunyi penggera itu, saya
bingkas bangun dan mengalih penggera supaya berbunyi setengah jam
berikutnya. Penggera berbunyi lagi, sekali lagi saya bingkas bangun dan
mengalih alarm supaya berbunyi pada jam empat pagi. Sebulan lamanya saya
diperbodoh-bodohkan.
Mengapa ia berlaku? Mungkinkah kerana bebanan kerja yang bertimbun-
timbun. Atau tiada waktu rehat yang cukup? Bukankah manusia hanya
memerlukan tidur 3 jam ataupun 4 jam sehari? Mungkinkah kerana makanan
yang dimakan? Atau halal-haram pendapatan yang diterima?
Saya bertanya pada diri sendiri dan merenung kembali perjalanan
kehidupan sepanjang dua atau tiga bulan kebelakangan ini. Nyata kita adalah
manusia yang mempunyai seribu macam kelemahan. Akhirnya saya belajar, di
sebalik kelemahan manusia wujud kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. yang
berkuasa atas segala-galanya.
Allah, Dia yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan
(kamu), sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu)
sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-
Nya dan Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
(Surah Ar-Rum, ayat 54)

Bagaimana mahu mengatasi cabaran-cabaran yang kelihatan begitu sukar


untuk diatasi. Cara terbaik adalah dengan menilai diri dan kembali bertaubat
kepada Allah s.w.t.
Ya Allah, Engkau ampuni daku. Sesungguhnya aku lalai dan tidak upaya. Malah, aku insan
yang lemah. Kuatkan semangatku, berikan kekuatan untuk aku beramal ibadat kepada-
Mu. Permudahkan ya Allah. Permudahkan ya Allah.

Apakah rahsia sebenar di sebalik mengakui kelemahan diri? Setiap kali


berperasaan ‘kecil, kerdil, hina, dan fakir’, kita lagi mengesahkan kehebatan
dan keagungan Allah s.w.t. Dia adalah tempat kita kembali memohon
kekuatan supaya dapat membantu meneruskan kehidupan sehingga dipanggil
kembali oleh-Nya. Hakikat sebenar, Allah s.w.t. begitu menyanjung mereka
yang sentiasa beriman dan beramal soleh.
Jangan kamu bersikap lemah, dan jangan kamu bersedih hati, padahal kamu adalah orang
yang paling tinggi (darjatnya), sekiranya kamu orang yang beriman.
(Surah Ali Imran, ayat 139)

Rupa-rupanya, berdakwah kepada diri sendiri menuntut keazaman dan


kesungguhan yang luar biasa. Apa yang kita seru, kita perlu lakukan. Tidak
boleh berdolak-dalik. Malah, pergantungan kepada Allah s.w.t. menjadi lebih
ketara.
Ternyata benar, orang alim belum tentu membawa berkat sekiranya tidak
diiringi dengan amal yang berterusan. Amalan adalah yang paling sukar dijaga.
Sebaliknya, sekiranya dakwah itu menjadi satu kerjaya, ia bukan suatu kerja
yang sukar. Seru, seru, dan seru. Seruan yang ditinggalkan tanpa amalan.
Sesungguhnya orang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk
oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di
dalam syurga yang penuh kenikmatan.
(Surah Yunus, ayat 9)

Semoga kita dapat mempertingkat amal dengan ilmu yang ada di dada.
Berdoa Apabila Mampu

A
malan berdoa disarankan kepada semua staf. Perjumpaan dengan
mereka secara kelompok-kelompok kecil menekankan secara
bersungguh-sungguh amalan itu. Catatan perjalanan menunaikan
fardhu haji diceritakan, terutamanya dalam konteks bagaimana seorang insan
jahil diberi keistimewaan selepas berdoa dalam tempoh yang panjang.
Sebegitu banyak nikmat yang Allah s.w.t. berikan menjadikan hati insaf
tentang sifat maha pengasih dan maha penyayang. Itu adalah perasaan yang
tidak dapat dina kan.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawab
sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepada-Ku, maka mereka itu perlu memenuhi segalah perintah-Ku
dan mereka perlu beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Mesej yang ingin disampaikan jelas. Doa adalah senjata umat Islam. Allah
s.w.t. menyebut perkataan doa sekurang-kurangnya 40 kali di dalam Al-
Quran. Contohnya, melalui surah Al-Mukmin, ayat 60 Dia menjelaskan:
Dan Tuhanmu berkata, ‘Berdoa kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan
masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.

Saya melalui suatu tahap kepercayaan luar biasa bagaimana doa-doa


memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia. Ia ditunjuk oleh Allah
s.w.t. semasa perjalanan haji.
Secara berpsikologi ungkapan berikut dinyatakan, “Saya tidak minta tuan-
tuan supaya berdisiplin, tidak rasuah, tidak malas, tidak melakukan tnah, dan
tidak berburuk sangka. Mungkin sudah ramai pengarah-pengarah terdahulu
yang memohon supaya semua menjadi seorang staf yang cemerlang. Sudahkah
kita berubah?”
Pendekatan kali ini adalah lebih mudah. Lakukan apa yang tuan-tuan
inginkan. Sebagai ketua, saya memohon terus kepada Allah s.w.t. pada setiap
hari ketika satu pertiga penghujung malam masih tersisa.
Ya Allah, berikan kekuatan bagi melakukannya. Ya Allah, ampuni staf UiTM Johor, jadikan
mereka sebagai insan yang takut dan getar kepada-Mu. Gerakkan hati mereka untuk
beramal ibadat kepada-Mu. Jadikan mereka sebagai manusia yang tidak suka
menyebarkan tnah, berburuk sangka, dan bekerja semata-mata kerana-Mu, Ya Allah.

Allah s.w.t. berjanji memakbulkan doa-doa yang diminta. Saya percaya, janji
Allah s.w.t. adalah benar. Dan dia berjanji sebagaimana Rasulullah s.a.w.
pernah menjelaskan:
Allah maha suci lagi tertinggi menyatakan, ‘Wahai anak Adam, Sesungguhnya selagi kamu
berdoa kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, Aku akan mengampuni dosamu dan
kesalahanmu dan Aku tidak peduli dengannya.’

‘Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu sampai ke langit, kemudian kamu meminta
ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni dan Aku tidak peduli dengannya.
Wahai anak Adam!, apabila kamu menjumpai-Ku (meninggal dunia) dengan setumpuk
kesalahan, sedang kamu bertemu dengan-Ku dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-
Ku dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan bertemu denganmu dengan setumpuk
ampunan yang serupa dengannya.’
(Hadith ini dilaporkan oleh Anas bin Malik)

Setiap perjumpaan dengan staf dan pelajar, saranan supaya berdoa, solat
tahajud dan berjemaah di masjid dilafazkan. Mungkin ada yang bosan dengan
ajakan yang sama berulang kali, ada di antara staf yang berkata dan mencabar
kekuasaan Allah s.w.t., “Berdoa. Sekiranya tiada duit (wang), tidak perlu
berangan-angan dan tidak perlu bercakap banyak.”
Maksudnya, apabila wang tiada, di mana Allah s.w.t.? Sudah pasti Allah
s.w.t. tidak berkuasa menurunkan bantuan kewangan dari langit, jatuh
bergulung-gulung di hadapan pejabat pengarah. Berdoa apabila mampu! Bibir
tersenyum mendengar pandangan seumpama ini. Terbayang masa lampau
yang sering mengaitkan keupayaan, kepandaian, dan kehebatan adalah hasil
usaha sendiri. Terkenang jalan-jalan terdahulu yang dipagari dengan nafsu
yang sukar dikawal. Mereka adalah kisah-kisah lampau yang tidak dapat
melihat keagungan dan kehebatan Allah s.w.t.
Dan apakah manusia tidak memerhatikan Kami yang menciptakan mereka daripada setitik
air [mani], tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!
(Surah Yasin, ayat 77)
Setiap kali berhadapan dengan mereka yang tidak memahami pelbagai konsep
asas kekuasaan Allah s.w.t. menyebabkan saya lebih tertarik bagi mendalami
dan memahami ilmu Allah s.w.t. yang luas terbentang. Kepada-Nya saya
menghadap, mengadu, dan memperbaharui tekad.
Ya Allah, Engkau ampuni daku. Ampuni dosa-dosa yang Aku lakukan. Dosa-dosa
penglihatan, dosa-dosa tutur-kata, dosa-dosa pendengaran, dosa-dosa penulisan, dan
dosa-dosa lintasan hati.
Ya Allah, Engkau mudahkan urusan mentadbir UiTM Johor, berikanlah ilham, berikan
tunjuk ajar-Mu dan berikan petunjuk supaya Aku dapat memimpin universiti ini menjadi
universiti yang Engkau redhai.

Bukakan pintu hati kami dan staf kami untuk takut dan gentar kepada-Mu, mengakui
kehebatan dan memahami keagungan-Mu.

Mereka mencabar, saya terus berdoa. Cabaran ini adalah suatu nikmat Allah
s.w.t. yang tidak ternilai. Hakikat sebenar, doa-doa ini yang sentiasa memberi
keazaman supaya terus memperbaiki diri menjadi manusia terbilang di sisi-
Nya.
Hebat?

I
ktikaf di masjid. Saya terasa hebat. Bangun awal pagi, ketika kebanyakan
manusia masih lena dibuai mimpi. Bayangan hanya saya dan beberapa
orang sahaja yang terpilih sesekali melintas di hati. Hebat. Barangkali
begitu hebat. Perasaan yang merosakkan. Namun jelas, hati baik dan hati yang
dirasuk iblis berperang-perang. Saya tidak mahu begitu. Saya mahu mencari
kemenangan yang hakiki. Kemenangan di sisi Allah s.w.t.
Ironinya, hampir setiap hari, setiap kali menuruni lif Kondo Kemuncak
dan berjalan menuju ke kereta, hati terdetik, tidak ramai yang beramal ibadat
kepada Allah s.w.t. seperti yang saya lakukan. Malah, ketika sampai di masjid,
berada berseorangan di tengah ruangan solat masjid yang terbesar di Asia
Tenggara terlintas juga perasaan bangga kepada diri sendiri. Ia muncul lagi.
Astagh rullah.
Dan jangan kamu menjadi seperti orang yang keluar dari negeri mereka dengan berlagak
sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana mahu
meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah)
Allah maha meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka kerjakan.
(Surah Al-Anfal, ayat 47)

Apakah perasaan seumpama ini sering melanda orang jahil seperti saya?
Mereka yang baru belajar mengenali Allah s.w.t. Saya melawan. Setiap kali
muncul perasaan menunjuk-nunjuk, sombong dan angkuh, berbangga dengan
diri sendiri, saya bercakap-cakap dalam hati memohon keampunan Tuhan.
Malah, ada masanya saya terpaksa menguatkan suara melawan bisikan syaitan.
Astagh rullah! Astagh rullah! Astagh rullah! Ya Allah ya Tuhan kami. Engkau ampuni
daku, ya Allah. Aku manusia yang lemah. Begitu lemah. Jauhi aku daripada perasaan
menunjuk-nunjuk, sombong, angkuh, dan berbangga dengan diri sendiri. Ya Allah, aku
lakukan ini semua semata-mata kerana-Mu ya Allah. Semata-mata kerana-Mu ya Allah.
Ampuni daku, ya Allah.

Tentu sekali saya mengalami beberapa peristiwa menyebabkan saya sedar


perasaan menunjuk-nunjuk dan bangga diri sentiasa mengekori manusia.
Contohnya, peristiwa ini berlaku ketika saya menunggu solat subuh pada
bulan Ramadhan. Seorang tua bertanya, “Tuan datang ke sini sejak pukul
berapa?” Saya menjawab, “Pukul 2.30 pagi.” Orang tua itu bertanya lagi,
“Tuan tidak bekerja? Tidakkah tuan mengantuk?”‘
Tanpa ber kir panjang saya memberi jawapan “Sekiranya kita mahu,
semuanya dapat dilakukan. Sekiranya tidak mahu, seribu macam alasan. Saya
rasa saya tidak bermasalah. Cuba tuan lakukan seminggu. Ia akan menjadi
kebiasaan.” Saya tahu jawapan yang berserta dengan bisikan angkuh,
menunjuk-nunjuk, dan sombong,
Orang tua itu tunduk melihat sejadah. Beliau tidak membalas. Diam dan
terus berzikir. Mengapa saya perlukan permulaan kata-kata ‘Sekiranya kita
mahu, semuanya dapat dilakukan. Sekiranya tidak mahu, seribu macam
alasan,’ yang menyakitkan hati orang? Apatah lagi sekiranya ia diiring dengan
perasaan merendah-rendahkan orang lain. Jahatnya hati. Perasaan menyesal
muncul tanpa dipaksa-paksa. Saya mohon keampunan Allah s.w.t. Selesai solat
subuh, saya bersalam, merenung mata beliau dan berharap supaya beliau
memaafkan saya.
Jangan Engkau memalingkan muka daripada manusia kerana kesombongan, dan jangan
berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tiada mencintai sekalian orang
yang sombong dan membanggakan diri.
(Surah Luqman, ayat 18)

Pertarungan bagi melakukan amal ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t.


ternyata hebat. Pertama, perlawanan melakukan ibadat itu sendiri. Kedua,
pertarungan dengan hati yang diselubungi dengan perasaan menunjuk-nunjuk,
sombong dan angkuh. Dalam kedua-dua keadaan, saya ter kir hanya doa
kepada Allah s.w.t. sahaja yang dapat membantu supaya kita menjadi manusia
yang dapat meneruskan perhubungan dengannya tanpa halangan besar.
Di sebalik perasaan bangga dengan apa yang dilakukan pada setiap malam,
terselit beberapa kejadian yang menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah
s.w.t. Kejadian-kejadian itu yang ingin saya khabarkan kepada sahabat-handai,
sanak-saudara, dan kepada mereka yang biasa-biasa dan mahu mengenali
Pencipta. Sesudah beberapa ketika memaksa diri bangun pada jam dua hingga
tiga pagi, saya dapat merasai rutin perasaan.
Pertama, apabila dikejut ataupun terkejut daripada tidur, mata terasa
mengantuk, penuh dengan kemalasan, dan hati ter kir- kir mahu
menyambung tidur. Itu adalah saat yang paling kritikal. Tidur atau terus
bangkit! Saya mengucap, membaca Subhanallah dan surah Al-Ikhlas. Mata
terasa segar. Jangan bertangguh melangkah ke bilik air bagi menyucikan diri
dan berwuduk. Tiba-tiba semangat muncul. Mata dan hati bersinar-sinar.
Kedua, perasaan yang merasakan jarak antara waktu bangun dan waktu
solat subuh terlampau panjang dan pastinya membawa perasaan mengantuk,
letih, lenguh, dan membosankan. Semakin hampir dengan waktu subuh,
semakin segar tubuh dan perasaan. Tentu sekali itu adalah kehebatan Allah
s.w.t. yang berupaya memberi kekuatan kepada hamba-Nya.
Ketiga, selesai sahaja solat subuh berjemaah, saya dapat merasai seolah-olah
mencapai suatu kemenangan besar. Hati riang. Ia bukan perasaan dibuat-buat.
Sepanjang perjalanan pulang, hati dapat merasai kenikmatan yang sukar
diceritakan. Apabila sampai di rumah, dengan suara yang tinggi saya
mengucap salam kepada isteri dan memeluk beliau yang sudah bersedia
menunggu suami pulang daripada masjid. Ia berlaku setiap hari.
Berbulan-bulan saya membiarkan perasaan itu bermain-main di hati.
Sesekali saya bercerita kepada isteri tentang laluan kehidupan yang kelihatan
menarik. Ibarat kanak-kanak yang menerima permainan baru, saya jatuh cinta
dengan apa yang sedang saya lalui. Ia berakhir dengan perasaan yang lebih
menggembirakan apabila saya terbaca satu hadis yang mengesahkan apa yang
saya lalui. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Abu Hurairah melaporkan “Rasulullah pernah menyatakan, ‘Sekiranya seorang daripada
kamu tidur, syaitan mengikat orang itu dengan tiga ikatan. Ketiga ikatan itu menjadikan
dia terlelap dalam tidur semalam suntuk.
Tetapi, sekiranya dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, terlepas satu ikatan.
Kemudian ketika dia berwuduk, akan terlepas pula satu ikatan lagi, dan akhirnya sekiranya
dia melakukan solat, terlepas pula ikatan yang terakhir, sehingga di pagi hari hati orang itu
akan bersih dan penuh semangat.
Tetapi, sekiranya dia tertidur hingga subuh, pagi hari itu dia akan kotor jiwanya dan dia
tidak mempunyai ghairah apapun.”
(Hadith ini direkodkan oleh An-Nasaie)

Allah s.w.t. memberi amaran tentang perasaan menunjuk-nunjuk, bangga diri,


sombong dan angkuh. Saya melalui perasaan itu dengan merasai kehebatan
diri sendiri kerana mampu bangun pada setiap malam bagi beramal ibadat
kepadanya. Namun, seluruh tubuh dan perasaan berlawan kerana mahu
melakukan setiap perkara kerana Allah s.w.t.
Apabila hati bertanya, hebatkah? Saya tahu, perasaan dalaman itu sendiri
menggambarkan yang kita adalah manusia yang lemah lagi hina di sisi Allah
s.w.t. Siapalah kita yang sukar untuk melawan perasaan bermegah-megah
kepada diri sendiri. Akhirnya, kepada Dia jua tempat kita memohon
keampunan di atas kelemahan dan kelalaian diri.
Saya mohon keampunan-Nya!
Maha Pengampun

S
indiran tajam. Dia Maha Pengampun. Malah, ia dimain-main dengan
kata-kata lawak yang berpanjangan. Sedikit, tetapi memadai menangis
di malam hari. Tidak penting, tetapi cukup signi kan bagi mengadu
dan menghadap Allah s.w.t. sambil memohon supaya Dia membersihkan hati
sendiri. Kata orang, seru manusia bagi mencari kebaikan. Sekiranya mereka
menolak, malu pada diri sendiri, mereka mencari jalan bagi memperolok-
olokkan orang yang melakukan seruan tersebut.
Dan tinggalkan orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda
gurau. Mereka ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkan mereka dengan Al-Quran supaya
masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka kerana perbuatan sendiri.
(Surah Al-An’am, ayat 70)

Dia Maha Pengampun. Itu adalah kata-kata yang dituju secara sindiran apabila
melakukan usaha-usaha yang melangkaui cara-cara biasa. Kisahnya begini.
Beberapa pelajar melakukan kesalahan di dalam kampus. Saya tangguhkan
hukuman semata-mata ingin berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa
mereka.  Kami temukan anak-anak yang bersalah dengan keluarga yang
terdekat. Malah, sekiranya ada ruang bagi memberi nasihat, itu adalah yang
dilakukan.
Contohnya, saya menyatakan, “Tuan-tuan, saya mohon keampunan Allah
s.w.t. sekiranya apa yang diucapkan ini menggambarkan suasana menunjuk-
nunjuk, sombong dan angkuh. Ia tidak begitu. Ia tidak benar sama sekali. Saya
terbaca satu hadith yang direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, “Allah
Subhanahu wa Ta’ala turun ke langit dunia, ketika sepertiga waktu malam
masih tersisa, Allah menyeru, Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa
kepada-Ku, supaya Aku mengabulkan permintaan-Nya? Adakah di antara
hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku, supaya Aku mengampuni-Nya?
Adakah di antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku, supaya Aku
memenuhinya.”
Dan terdapat hadith yang direkodkan oleh Al-Bukhari, doa seorang ayah,
musa r, dan mereka yang dizalimi akan dimakbulkan Allah s.w.t.
Sekiranya tuan-tuan sayangkan anak-anak ini, berdoa, berdoa dengan
bersungguh-sungguh, dengan penuh ketakutan supaya Allah mengubah
kesilapan yang mereka lakukan. Kami akan lakukan pemantauan. Sekiranya ia
berterusan, tindakan biasa akan dilakukan.
Mereka kelihatan tidak percaya dengan konsep berdoa. Tentu sekali mereka
bertanya, apa pula kaitan antara solat tahajud ibu bapa dengan disiplin anak-
anak? Tanpa disedari, tindak-tanduk seumpama ini melambangkan perasaan
dalaman yang terlalu sukar bagi meyakini kebesaran Allah s.w.t. Tidak hairan
sekiranya terkeluar kata main-main, bergurau senda, melawak, “Allah, Dia
Maha Pengampun” yang menyamakan manusia dengan sifat Allah yang Maha
Pengampun.
Usaha-usaha dakwah yang menyentuh rutin kehidupan individu pastinya
mengundang tentangan. Siapa yang gembira sekiranya sentiasa diajak ke
masjid bagi solat berjemaah sedangkan hati masih belum terbuka. Atau pemain
golf mana yang sanggup mendengar apbila ada orang menyatakan, “Berhenti
bertaruh di lapangan golf, tidak takut dan gentarkah kepada Allah?” Atau
gembirakah kita mendengar orang berkata, “Rumah di sebelah masjid, tetapi
mengapa sukar solat subuh berjemaah di sana?”
Mungkin usaha-usaha dakwah menjadi lebih sukar apabila berhadapan
dengan golongan intelek. Mereka pandai, bersifat kritis, dan analitis. Tetapi,
tidak dapat menerima logik mudah apabila dikaitkan dengan soal-soal amalan
pada ibadat khusus. Contohnya ada rakan, sahabat, dan sanak saudara
menceritakan keseronokan dan kegembiraan menunaikan fardhu haji, tetapi
dalam masa yang sama masih meneruskan kegiatan yang tidak melambangkan
mereka sudah berubah. Mengapa masih melakukan perkara-perkara maksiat
sehingga sanggup melakukan dosa besar?
Tentangan intelek yang paling malang adalah apabila ada yang mencuba
sedaya upaya mencari kesilapan dan kesalahan seseorang yang cuba menyeru
mereka ke arah kebaikan. Kenangan silam yang bertahun-tahun lalu diungkit
dan disemak kembali. Panasnya ibarat menggenggam bara.
Sebagai ketua di sebuah organisasi, tingkah laku itu perlu diperbetulkan. Ia
suatu keyakinan mutlak. Saya mahu memperbetulkan diri sendiri dan secara
perlahan-lahan ingin memanjangkan kepada anak-anak buah yang dipimpin.
Tentangan, halangan, dan cabaran adalah suatu nikmat yang dianugerahkan
oleh Allah s.w.t. dalam perjuangan.
Dan Dia yang menjadikan kamu penguasa-penguasa (khalifah) di bumi dan dia
meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, bagi
mengujimu berkanaan apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu
begitu cepat siksaannya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-An’am, ayat 165)

Akhirnya, bukankah Allah s.w.t. berjanji kepada hamba-Nya, Allah s.w.t. turun
ke langit dunia, ketika sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah s.w.t.
menyeru:
Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku, supaya Aku mengabulkan
permintaan-Nya? Adakah di antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku, supaya
Aku mengampuninya? Adakah di antara hamba-Ku yang meminta kepadaku, supaya Aku
memenuhinya.”
(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Amalkan dengan sepenuh hati dan perasaan.


Hidup Semula

H
ujung 2006. Hujan turun mencurah-curah di negeri Johor. Sesuatu
kejadian yang luar biasa sedang melanda hampir di seluruh negeri.
Daerah Segamat menjadi permulaan kepada satu tragedi yang
memberi kenangan pahit seumur hidup buat sesetengah orang. Pada ketika itu,
saya sedang berada di Tanah Suci.
Ketika di Makkah, saya menerima mesej daripada beberapa teman karib
yang memberi khabar beberapa peristiwa penting yang sedang berlaku di
Malaysia. Hampir semua bercerita tentang bagaimana Segamat dilanda banjir
luar biasa. Bandar Segamat ditenggelami banjir. Di akhir pesanan, mereka
memohon supaya kami mendoakan supaya Allah s.w.t. menyelamatkan Bandar
Segamat daripada malapetaka.
Tentu sekali saya tidak dapat menelah sejauh mana kesan banjir kepada
masyarakat Segamat. Saya tidak dapat merasai peritnya perasaan dan
tanggungan mereka tanpa melihat ataupun mendengar melalui berita-berita
akhbar dan televisyen. Mesej yang disampaikan tidak mengusik hati dan
perasaan. Kami berdoa, tetapi ia mungkin tidak sampai ke lubuk hati.
Penghujung tahun 2007, Segamat sekali lagi dilanda banjir besar walaupun
tidak sehebat 2006. Bezanya, saya berada di Malaysia. Malah, ditugaskan pula
bagi menerajui UiTM Johor. Perjalanan perpindahan Shah Alam ke Segamat
pada musim tengkujuh diiringi dengan irama hujan yang adakalanya lebat dan
adakalanya gerimis. Tugas pertama yang direncanakan adalah melawat mangsa-
mangsa banjir dengan memberi sedikit bantuan kewangan.
Mereka adalah mangsa banjir pada tahun 2007, tetapi hampir keseluruhan
penceritaan mereka dikaitkan dengan kisah-kisah banjir pada tahun 2006. Saya
dapat membayangkan ini adalah suatu tragedi yang menyentap perasaan dan
memberi kesan psikologi yang mendalam. Dalam suatu majlis yang lain, saya
ditayangkan dengan DVD khusus yang menceritakan suasana banjir pada
tahun 2006, terutamanya dalam konteks usaha-usaha memberi bantuan oleh
warga UiTM. Saya menitiskan air mata!
Namun, jauh di sudut hati saya ter kir banjir seteruk itu adalah bukti-
bukti kekuasaan, kebesaran, dan kehebatan Allah s.w.t. Malah, ia adalah
peringatan ataupun amaran kepada janji-janji Allah s.w.t. berkenaan dunia ini
tetap akan sampai ke penghujungnya. Ketika itu, tiada siapa yang menyangka
banjir besar akan menggugat kesejahteraan masyarakat Segamat. Dia
tumpahkan air dari langit yang tidak dapat mengalir ke laut. Ia berpusar-pusar
menjadi arus yang deras.
Tidakkah mereka perhatikan, berapa banyak generasi-generasi yang kami binasakan
sebelum mereka, Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi melebihi keteguhan
yang kami berikan kepada kamu dan kami kirim awan bagi menurunkan hujan yang
cukup untuk mereka; dan kami ciptakan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, lalu
kami binasakan disebabkan dosanya, dan kami bangunkan lagi sesudah mereka, generasi
yang lain.
(Surah Al-An’am, ayat 6)

Hampir seluruh staf UiTM Segamat berkampung di kawasan yang dilanda


banjir. Ada yang rumahnya tenggelam, terkepung oleh air yang melaut dan
tidak dapat bergerak ke mana-mana. Setiap daripada mereka yang terlibat
menyimpan seribu kenangan.
Seorang staf bercerita, “Peristiwa banjir pada tahun 2006 tidak terpadam
daripada ingatan saya. Arus air telalu deras. Seluruh bandar Segamat
tenggelam. Mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai dan di kawasan
rendah, rumah-rumah mereka ditenggelami air hampir ke bumbung. Bantuan
kelihatan lembab dan tidak sampai kepada mangsa. Ada staf UiTM berada di
bumbung rumah bersama anak kecil dua-tiga hari tanpa sebarang minuman
dan makanan. Kisah-kisah mereka terlalu menyedihkan.”
“Saya sendiri melalui pengalaman yang mengerikan. Bersama dua rakan
dan sebuah bot, kami cuba menyelamatkan suatu keluarga yang terperangkap
di rumah mereka. Kami berada hampir dengan rumah apabila secara tiba-tiba
bot kami berputar dan terbalik. Saya bergulung-gulung di bawa arus.”
“Pada saat itu, saya hanya mengingati soal kematian. Secara tiba-tiba wajah
anak bongsu muncul. Ia memberi kekuatan yang luar biasa. Saya melonjakkan
badan dan sempat berpaut pada pohon pisang yang menunggu masa dibawa
arus. Kemudian, menggunakan sisa-sisa tenaga yang tinggal, saya berenang
untuk berpaut pada pohon pinang yang berhampiran. Saya berpaut kemas.
Akhirnya, orang tua yang patut diselamatkan berenang menyelamatkan saya.”
Ia adalah kisah mati hidup semula. Mereka yang melihat dengan mata hati
dapat merasai bagaimana Allah s.w.t. menunjukkan sifat-Nya yang Maha
Pengasih, Penyayang dan Berkuasa ke atas hamba-Nya yang lemah. Ketika
seluruh hati dan perasaan sudah bersedia menerima kematian, Dia memberi
jalan dan kekuatan. Malah, dapat pula menyisih daripada malapetaka yang
kelihatan sukar dialihkan. Lebih luar biasa lagi, orang yang mahu diselamatkan
menjadi penyelamat. Bukankan di sekitar kita sendiri ada tanda-tanda
kebesaran Allah s.w.t. yang perlu diamati?
“Setiap jiwa, mesti merasai kematian dan untuk kamu, kami datangkan dengan yang
buruk dan yang baik untuk ujian, dan kepada kami nanti kamu akan dikembalikan.”
(Surah Al-Anbiyak, ayat 35)

Seorang staf yang lain bercerita, “Saya lemah longlai. Tidak bersemangat dan
hilang kekuatan diri. Kerja-kerja Ph.D. saya hampir setahun dimusnahkan
oleh banjir. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengumpul kembali kekuatan
bagi memulakan kembali pengajian.”
Beliau seorang yang berhati lembut, baik hati, dan tutur kata beliau
sentiasa menggambarkan beliau seorang yang merendah diri. Saya tidak
berupaya menyusun kata-kata semangat untuk beliau.
Namun, saya sempat menyatakan, “Tuhan memberi kita ujian kerana Dia
tahu yang kita dapat menanggung ujian itu. Dia mahu kita menilai dan
mengamati peristiwa itu daripada perspektif yang berbeza-beza. Saya yakin
apabila kita tabah dan sentiasa mengingati-Nya, ada sesuatu yang lebih baik
yang bakal Tuhan anugerah untuk kita nikmati.”
Peristiwa-peristiwa seumpama ini adalah pengajaran yang perlu diamati.
Terselit di dalam konsep qadak dan qadar, kuasa Allah s.w.t., sifat pengasih dan
penyayang-Nya dan yang paling penting bagaimana kesedaran betapa manusia
lemah di sisi Allah s.w.t. Keinsafan dan kesedaran itu sepatutnya membawa
manusia menjadi insan yang lebih takut dan gentar kepada-Nya.
Saya mohon keampunan-Nya.
Ph.D.

I
badat haji mengajar saya sesuatu. Allah s.w.t. yang berkuasa atas segala-
galanya. Dia yang memberi jemputan dan Dia yang membuka pintu hati
bagi merasai dan mengakui kebesaran-Nya. Ketika saya takut kerana
tidak mengenal huruf Al-Quran, saya ditemukan dengan seorang penghafal Al-
Quran.
Pada masa yang singkat, saya berjaya menamatkan buku-buku asas
mengenali huruf. Kemudian, tamat muqaddam dan seterusnya tamat
membaca Al-Quran di Tanah Suci. Kehinaan selama 40 tahun rasa terhapus
dalam masa yang singkat. Subhanallah. Saya mohon keampunan-Nya.
Saya sentiasa terkenang hari-hari istimewa yang dilalui ketika berada di
Tanah suci, iaitu ibadat melontar pada hari pertama. Dalam kesesakan jutaan
manusia, saya sekeluarga dapat melepasi rintangan bagi melakukan ibadat
melontar pada waktu kemuncak.
Saya berdoa dan menyerahkan diri kepada-Nya, Allah membalas dengan
memberi ruang kosong di hadapan kami sepanjang perjalanan 2.9 kilometer.
Tidak langsung bersesak. Keinsafan itu yang menyebabkan saya mengeluarkan
kata-kata berikut kepada isteri, “Allah benar-benar menjadikan kita sebagai
tetamu yang paling istimewa. Doa kita dimakbulkan-Nya. Sejak kita sampai di
Makkah hingga ke hari ini, Dia sentiasa bersama kita. Dia banyak memberi
pengajaran kepada saya. Allah menunjukkan kebesaran-Nya.”
“Saya banyak mendapat petunjuk. Sekiranya saya pulang ke Malaysia, saya
masih lagi tidak takut, tidak gentar kepada-Nya, masih buat dajal, saya tidak
tahu saya ini jenis manusia apa. Nescaya, saya adalah sejahat-jahat manusia.”
Pada ketika itu, saya berasa yakin Allah benar-benar ada di sisi saya, Maha
Mendengar, Mengasihi, dan Menyayangi hamba-hamba-Nya yang berharap,
takut, tunduk, dan gentar kepada-Nya. Ia jelas, perasaan kepercayaan luar biasa
yang diberikan kepada seorang hamba yang jahil, hina, fakir, dan berada dalam
kekeliruan jiwa dan perasaan.
Saya mengimbau kembali proses pengajian Ph.D. Ternyata laluan yang saya
lalui nampak mudah dan selesa. Penyelia tidak bermasalah, bahan-bahan
pengajian mudah diperoleh, dan wang ringgit tidak membebankan walaupun
ketika itu kedudukan dunia bergoncang dengan krisis kewangan. Pemeriksaan
lisan yang melibatkan pemeriksa luar dan dalam juga berjalan lancar.
Hakikatnya, saya ditemukan dengan mereka yang bersimpati dan sedia
membantu sepanjang tempoh pengajian. Malah, seluruh keluarga, terutama
isteri dan anak-anak berkorban jiwa, perasaan, dan kewangan demi
memastikan kejayaan pengajian saya. Akhirnya, saya berjaya menamatkan
pengajian dalam tempoh 32 bulan. Ia pasti membanggakan diri sendiri.
Bertahun-tahun saya ber kir berkenaan ramuan utama kejayaan itu.
Adakah kerana strategi pengajian yang hebat dan pintar? Malah, saya
meletakkan faktor nasib baik sebagai suatu faktor yang memberi sumbangan
yang besar.
Mengapa? Kita mungkin mempunyai segala ramuan kejayaan seperti
pandai, cerdik, bijaksana, dan berdisiplin bagi berjaya dalam sesuatu bidang.
Namun, ada ketikanya kejayaan ataupun kegagalan manusia kelihatan sukar
diterangkan.
Statistik universiti, peratusan mereka yang tidak menamatkan pengajian
bagi tempoh 16 tahun (1984 hingga 2000) berada di antara 30 hingga 35
peratus. Mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D. kesemuanya
melalui pengajian cemerlang di peringkat ijazah pertama dan sarjana. Mereka
adalah golongan bijak pandai yang tidak sepatutnya gagal.
Tidak terlintas pun ia kerana Allah maha berkuasa.
Dan nabi mengatakan kepada mereka, “Sesungguhnya Allah menetapkan Thalut menjadi
rajamu.” Mereka mengatakan, “Bagaimana Thalut dapat berkuasa atas kami, sedang kami
lebih berhak dengan kekuasaan itu daripadanya, dan dia tidak mempunyai kekayaan yang
cukup?”
Kata Nabi, “Sesungguhnya Allah memilihnya menjadi raja kamu, dan akan dianugerahinya
lagi kepadanya ilmu yang luas dan badan yang kuat. Allah memberikan kerajaan kepada
siapa yang disukaiyya, dan Allah itu luas pemberiannya dan mahu tahu.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 247)

“Bagaimana mahu dipermudahkan dalam pengajian Ph.D.?” Itu adalah


persoalan pertama yang diucapkan kepada beberapa orang pelajar Ph.D. saya
sejurus pulang daripada menunaikan fardhu haji. Saya penyelia mereka dan
mereka perlu mendengar pandangan saya. Maka, saya berdakwah kepada orang
yang saya mempunyai kuasa. Sekurang-kurangnya mereka perlu mendengar
pandangan dan pendapat penyelia mereka.
Kemudian, saya bercerita pengalaman menunaikan fardhu haji
terutamanya dalam konteks doa-doa yang saya pohon kepada-Nya. Saya
kisahkan bagaimana Allah maha mendengar, maha pengasih, dan maha
penyayang. Dia kabulkan permohonan demi permohonan walaupun saya
seorang yang jahil, fakir, dan hina di sisi-Nya. Saya bercerita sepenuh hati dan
perasaan. Ketika-ketika tertentu, air mata bergenang di kelopak mata.
Akhirnya saya memberi nasihat, “Mulai hari ini, sekiranya anda mahu
mendengar nasihat saya, saya mahu anda bangun solat malam, minta ampun,
bertaubat, dan berdoa kepada-Nya. Allah berjanji akan memakbulkan segala
permintaan yang kita pohon dengan syarat kita lakukan dengan penuh
keikhlasan, dalam ketakutan dan mempercayai yang Dia benar-benar
berkuasa.”
“Sekiranya kita gagal sekalipun, kita redha kerana kita sepatutnya percaya
yang Allah lebih tahu apa yang kita tidak ketahui. Dia ada yang lebih baik
untuk kita. Belajar di peringkat Ph.D. memberi peluang untuk kita mengenali
Allah. Ikuti ia sekiranya anda rasa ia dapat memberi manfaat. Itu yang saya
percaya!”
Pergantungan kepada Allah adalah kunci kekuatan dalaman seseorang
insan. Ph.D adalah suatu perjuangan. Perjuangan yang memerlukan ketabahan
dan kekuatan dalaman yang luar biasa. Saya berdakwah kepada mereka yang
hampir. Semoga ada manfaat.
Mencari Makna

A
l-Quran walaupun tanpa mengetahui makna, sudah cukup indah
didengari. Mendengar mereka yang bersuara lunak mengalunkan ayat-
ayat Allah s.w.t. nyata mempesonakan. Hati dan perasaan tersentuh.
Ada masanya sayu dan sedih. Ada ketikanya bersemangat tanpa sebab. Ada
waktunya muncul perasaan marah yang membakar jiwa. Itu adalah mainan
perasaan sepanjang berada di Makkah ketika solat berjemaah di Masjidil
Haram.
Saya sendiri tidak sedar mengapa saya mengalir air mata apabila mendengar
bacaan imam, terutamanya ketika solat subuh. Mungkin saya mengingati
betapa Allah maha pengasih dan maha penyayang kerana memberi peluang
untuk saya membaca Al-Quran, mengenali huruf walaupun dalam kesukaran.
Ataupun mungkinkah kerana diri terasa begitu kerdil, menghadap Kaabah
adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas ataupun dirancang. Subhanallah,
maha suci Allah yang mencipta seluruh jin dan manusia.
Aisyah melaporkan, Rasulullah s.a.w. menyatakan:
Orang beriman yang mahir membaca Al-Quran, kedudukan mereka di akhirat ditemani
oleh para malaikat yang mulia. Manakala orang yang membaca Al-Quran, padahal dia
gagap sesulit membaca, dia mendapat pahala ganda.
(Hadith ini direkodkan oleh Muslim)

Pengajian Al-Quran saya bermula di Shah Alam dan berjaya menamatkan


bacaan Al-Quran tanpa mengetahui makna semasa berada di Tanah Suci. Rasa
teruja dan gembira apabila dapat membaca setiap ayat-ayat Allah sehingga
mengalirkan air mata. Saya sujud syukur di hadapan Multazam, iaitu lokasi
sesak antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Terasa dunia terang
benderang. Malah, lampu limpah Masjidil Haram memberi kilauan cahaya
putih yang meredupkan suasana dan perasaan.
Sesungguhnya orang yang percaya pada keterangan-keterangan kami adalah orang yang
apabila dibacakan ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud meniarap, tasbih memuji
Tuhan, dan mereka tidak menyombongkan diri.
(Surah As-Sajdah, ayat 15)

Saya berasa indah apabila mendengar bacaan Al-Quran. Malah, saya nyata
teruja membaca Al-Quran walaupun tidak dapat menelaah apa yang
disampaikan oleh Allah s.w.t. melalui kitab itu. Ketika di Madinah, Allah s.w.t.
gerakkan hati bagi membaca terjemahan Al-Quran pula. Kali ini saya lebih
tekun membaca baris demi baris. Hampir setiap saat. Al-Quran yang tebal
dengan terjemahan dihabiskan dalam tempoh 10 bulan. Terjemahan itu pula
dalam masa 8 hari.
Saya merasakan diri ini lebih dekat kepada Allah s.w.t. Saya memahami
tentang kasih sayang Allah s.w.t. terhadap hamba-Nya. Dengan sekadar
membaca dan memahami secara langsung Al-Quran dan terjemahan itu. Ia
menyuntik rasa cinta kepada-Nya dalam konteks hubungan hamba dengan
Pencipta. Kemudian, saya bertekad membaca Al-Quran setiap hari apabila
pulang ke Malaysia. Malah, saya jadikan ia sebagai suatu perkara yang mahu
dikongsi bersama teman-teman dan sanak saudara. Saya jadi obsesif dengan
cadangan, baca Al-Quran, sehelai sehari!
Dalam suatu pertemuan dengan warga UiTM Johor saya berkata, “Ramai
di kalangan tuan-tuan sudah pandai membaca Al-Quran sejak daripada kecil
lagi. Orang Johor sendiri bernasib baik, ada sekolah agama yang hebat, dan
kebanyakan rakyat Johor memang pandai membaca Al-Quran. Setiap kali
majlis, selalu ada majlis khatam Al-Quran.”
“Namun saya mahu bertanya, adakah kita membaca Al-Quran setiap hari?
Memahaminya? Saya hanya pandai mengenali huruf ketika umur melebihi 40
tahun. Ruginya saya. Apabila saya tahu membaca ketika umur begini, saya
mahu kejar masa yang berlalu. Saya belajar dalam kesusahan. Malu pun ada,
tetapi tuan-tuan yang sudah pandai membaca dari awal lagi, saya rasa sayang
sekiranya tidak mengambil peluang untuk memahami Al-Quran!”
Sebenarnya saya berdakwah sesudah melalui suatu proses keseronokan.
Saya mahu berkongsi keseronokan itu. Malah, saya mahu bercerita saya
mengeluarkan air mata apabila membaca surah Ar-Rahman, ayat yang
berulang-ulang ditulis yang membawa maksud, “Maka, yang mana satu antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu mahu dustakan?” Surah yang dibaca
tanpa mengetahui makna surah itu.
Tujuan saya bukan untuk membangga diri. Tetapi, tidak lebih sekadar
mahu menyeru supaya melakukan bersama-sama. Akal bodoh saya ber kir,
mengapa mereka yang pandai dan tidak perlu bersusah payah lagi belajar Al-
Quran tidak mahu mengamalkan ajaran itu? Alangkah ruginya.
Dan sekiranya Kami jadikan Al-Quran (dalam bahasa) yang bukan bahasa Arab, tentu
mereka berkata, Mengapa ayat-ayat itu tidak dijelaskan dengan seterang-terangnya?
Mengapa (Kitabnya) bukan bahasa Arab, sedang (nabinya) seorang bangsa Arab? Katakan,
Al-Quran itu adalah tuntunan dan ubat penawar untuk orang-orang yang beriman. Dan
orang-orang yang tiada beriman itu, telinganya tuli dan matanya buta. Mereka (sebagai)
orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.”
(Surah Fussilat, ayat 44)

Seruan berulang kali memberi kesan kepada seorang ustaz. Beliau


memberitahu saya, “Saya terkesan. Saya melihat diri sendiri. Saya berasa sebak
dan terkesan. Saya tahu prof. bercakap daripada lubuk hati. Saya rasa malu.
Seorang yang baru belajar membaca Al-Quran dapat merasai kenikmatan itu.
Saya seorang yang berilmu. Tahu membaca Al-Quran, tetapi tidak
mengamalkan ajaran itu.”
Akhirnya dia memastikan pada setiap pagi membaca 50 ayat-ayat Al-
Quran. Malah, beliau lebih bertuah kerana dapat memahami segala makna
yang tersurat dan tersirat. Masa yang diambil untuk membaca ayat-ayat itu
lebih singkat. Saya cemburu.
Setiap hari saya membaca ayat-ayat Al-Quran bertemankan seorang guru,
penghafal Al-Quran. Saya cemburu kepada ustaz kerana beliau pantas
membaca Al-Quran. Lebih-lebih lagi beliau mengetahui makna setiap patah-
patah perkataan yang dibaca. Sekiranya boleh, saya juga mahu memiliki
kepandaian sebagaimana dimiliki oleh ustaz. Bukan kepantasan membaca
sahaja, tetapi membaca sambil mencari makna. Saya mahu Al-Quran menjadi
sumber ilmu dan menambah ketakwaan kepada Penciptanya.
Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, melihat (wahyu) yang diturunkan kepada
engkau daripada Tuhan engkau, itu adalah kebenaran dan yang memimpin kepada jalan
Tuhan yang Maha Kuasa dan Terpuji.
(Surah Saba, ayat 6)

Kemudian saya menyuarakan pendapat kepada Ustaz Azrul, guru Al-Quran,


“Ustaz, saya kir kita perlu mengubah cara belajar Al-Quran. Saya mahu
kurangkan helaian bacaan, tetapi diganti dengan membaca terjemahan supaya
saya dapat memahami apa yang dipelajari.”
Perubahan itu memberi kesan yang besar. Saya mengurangkan helaian
bacaan dan menggantikan bacaan itu dengan bacaan terjemahan. Hampir
setiap hari kami menghayati kisah-kisah yang memberi harapan dan kekuatan
supaya terus menyeru sanak saudara, rakan-rakan, dan seluruh masyarakat
mengerjakan amal kebaikan. Saya rasa tenteram dan perasaan cemburu kepada
ustaz semakin hilang.
Alhamdulillah.
Al-Ma’thurat

A
l-Ma’thurat diperkenalkan oleh saudara sepupu. Beliau mahu saya
mengamalkan sesuatu sebagai amalan yang dapat menghindarkan diri
daripada tnah dan ilmu sihir selain dapat memberi ketenangan jiwa.
Apatah lagi tugas-tugas sebagai pegawai khas kepada naib canselor dilihat
sebagai suatu jawatan yang dapat mendorong orang lain berasa iri hati,
cemburu, dan sakit hati.
Kata beliau, “Apabila mengamalkan Al-Ma’thurat, ia dapat mendidik hati
supaya sentiasa mengingati Allah, memberikan kelapangan, ketenteraman hati,
dan perasaan. Saya berasa begitu, malah terasa keamanan apabila
mengamalkan ia.”
Beliau tahu, saya berjawatan tinggi. Tetapi, kosong amalan. Malah, beliau
juga tahu, saya tidak pandai membaca Al-Quran. Cuma beliau tidak tahu saya
langsung tidak mengenali huruf. Kemudian, beliau mengajar saya membaca
ayat-ayat yang paling ringkas. Bacaan paling minimum.
Beliau menghadiahkan dua naskah Al-Ma’thurat supaya dijadikan bacaan
oleh saya dan isteri. Itu adalah keseronokan dan keikhlasan beliau supaya saya
mengikut jejak langkah beliau yang membaca Al-Mathurat pada waktu pagi
dan petang. Perasaan ikhlas membantu saudara sendiri jelas terpancar melalui
tutur kata dan raut wajah beliau. Saya begitu berterima kasih.
Namun, saya tidak berminat. Pada ketika itu, saya langsung tidak dapat
mengenali huruf Al-Quran. Ayat kursi yang pendek dan popular itu pun tidak
dapat dibaca apatah lagi surah Al-Baqarah yang langsung begitu asing dan
tidak pernah melekat di hati. Malah, doa-doa biasa yang dipetik daripada Al-
Quran juga kelihatan ganjil dan sukar. Al-Quran adalah naskah yang dirindui,
tetapi tidak mahu didekati.
Saya terasa kerdil kerana terpaksa menolak ilmu-ilmu yang dapat
diamalkan semata-mata kerana faktor kejahilan diri. Saya sedih, sayu, dan pilu.
Peristiwa ini bukan pertama kali terjadi.
Saya percaya, kegagalan mengenali huruf-huruf Al-Quran menjadi
penyebab mengapa saya gagal belajar dan mengamalkan wirid serta zikir-zikir
ringkas. Doa-doa dalam Bahasa Arab yang mudah juga terlalu sukar dibaca. Itu
adalah pandangan dan persepsi manusia yang serba kekurangan. Atau, adakah
ia hanya alasan semata-mata? Sekiranya benar sekalipun, saya tidak
mempunyai kekuatan belajar semula di usia yang semakin meningkat.
Hakikat sebenar, Allah maha pengasih dan maha penyayang. Ketika saya
bersedia, menyerah, berputus asa, dan tentunya dalam keadaan ketakutan,
sekiranya meninggal dunia dalam keadaan serba kekurangan, Allah
mencelikkan mata, hati, dan perasaan. Saya dapat membaca Al-Quran. Huruf-
huruf Al-Quran dapat saya kenali, eja, dan sebut.
Saya berasa seronok apabila dapat membaca ayat-ayat Allah. Kemudian,
saya menelaah kembali beberapa kitab agama, buku-buku zikir dan wirid serta
amalan-amalan doa yang dihadiahkan oleh rakan-rakan dan sanak-saudara.
Satu naskah yang benar-benar menarik perhatian saya adalah naskah Al-
Ma’thurat yang dihadiahkan oleh saudara sepupu itu.
Saya membaca ayat-ayat yang disusun dengan melihat terjemahannya. Ayat
286, surah Al-Baqarah menyentuh hati dan perasaan. Ia merangkumi pelbagai
aspek tentang kekurangan, kelemahan, dan kehinaan manusia yang bertepatan
dengan kejahilan diri sendiri. Mata hati saya melihat konsep Allah maha
berkuasa, maha pengasih lagi maha penyayang, keperluan berdoa, berharap,
dan berlindung dengan-Nya. Jelas juga konsep perlindungan yang diberi oleh
Allah s.w.t. kepada para hamba-Nya.
Allah tidak memikulkan kewajiban kepada seseorang, hanya sekadar
kekuatan seseorang itu, berguna kepada apa yang diusahakan, dan yang
mencelakakan pun hasil usaha pula.
Wahai Tuhan kami! Jangan kami dihukum, sekiranya kami lupa ataupun tersalah. Wahai
Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami beban yang berat sebagaimana
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami! Wahai Tuhan kami!
Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak dapat kami pikul. Maafkan kami,
ampuni kami, dan beri kami rahmat; Engkau adalah pelindung kami, kerana itu tolong
kami terhadap kaum yang tidak beriman itu!
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Saya merasai kebesaran Allah s.w.t. melalui ayat kursi. Saya rasa terpegun
dengan makna ayat-ayat itu dan mula memahami mengapa ia sering dibaca
sebagai suatu amalan yang berterusan. Saya berbangga kerana dapat mengikuti
bacaan ini selepas solat. Bahkan, ayat kursi sentiasa dibaca ketika dalam
perjalanan, rehat, tidur, dan waktu berkesempatan.
Dia adalah Allah, tiada tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus
mengurus (makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang
dilangit dan di bumi.

Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-
apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-
apa daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat untuk memelihara
keduanya, dan Allah maha tinggi lagi maha besar.
(Surah Al-Baqarah, ayat 255)

Saya menjadikan zikir Al-Ma’thurat sebagai suatu amalan di waktu pagi dan
petang. Ketika berada di mana-mana sahaja di hotel ataupun di rumah.
Bahkan, ia juga menjadi rutin ketika masuk pejabat. Saya mengamalkan rutin
itu bukan kerana kepercayaan yang ia dapat menghindarkan diri daripada
tnah, ilmu sihir, dan buatan orang, tetapi lebih kerana asyik dengan makna-
makna ayat yang begitu terkesan di hati. Ia adalah suatu doa daripada hamba-
Nya yang lemah. Ilmu yang sedikit itu yang menjadi amalan setiap hari.
Hakikat sebenar, saya berasa pulih daripada kekurangan yang sentiasa
menghantui diri. Berperasaan yang Allah sentiasa ada di mana-mana untuk
melindungi hamba-Nya yang lemah, jahil, bodoh, dan tidak berupaya.
Bahkan, saya berasa pulih setelah bertahun-tahun saya cemburu melihat
mereka yang pandai dan berilmu membaca ayat-ayat Al-Quran, berwirid, dan
berzikir.
Kini, sedikit demi sedikit saya sudah mengenali huruf dan berasa
kemanisan mengamalkan apa yang terpendam di hati. Saya memujuk diri
supaya terus belajar dan mempertingkatkan ilmu dan amalan. Walaupun di
mana saya singgah, guru Al-Quran adalah insan yang pertama dicari. Tentunya
saya berdakwah kepada diri sendiri supaya jangan mempersia-siakan kasih
sayang Allah yang membuka pintu hati supaya belajar dan kemudian
memudahkan bacaan.
Apa yang saya pelajari tidak dapat dilihat ataupun diukur dengan mata
kasar daripada setitis ilmu Allah yang tidak terhitung. Namun, saya
bersungguh-sungguh mengamalkan amalan itu. Saya tidak mahu berhenti
sehingga hari-hari penghujung yang hanya Dia yang tahu. Namun, saya berani
menyatakan, saya dapat merasai betapa besarnya perbezaan hari-hari yang
tidak dimulai dan disudahi dengan zikir Al-Mathurat.
Subhanallah. Subhanallah, Subhanallah. Saya mohon keampunan-Mu, ya
Allah.
Ayah, Doakan Saya

M
asjid As-Syakirin penuh sesak dengan mahasiswa UiTM Johor.
Solat hajat perdana bagi memohon keberkatan Allah sempena
bermulanya bulan peperiksaan berjaya menghimpunkan begitu
ramai siswa dan siswi.
Melimpah-ruah. Mungkin ruang solat yang biasanya dipenuhi sekadar tiga
saf bagi solat maghrib, terkejut dengan kehadiran mereka. Menurut cerita,
kehadiran kali ini jauh lebih ramai daripada semester-semester sebelum itu.
Benar ataupun tidak, ia bukan isu yang perlu diperbesarkan. Setiap kali
menyampaikan ucapan kepada mahasiswa, saya sentiasa mengajak mereka solat
di masjid. Seruan yang berterusan. Pada setiap malam yang terluang, saya
memohon pula kepada Allah supaya mereka semua dibukakan pintu hati dan
beramai-ramai datang ke masjid.
Saya berusaha manakala yang memberi kasih sayang, bimbingan dan
petunjuk adalah terpulang kepada Dia yang Maha Berkuasa. Hanya itu yang
dapat dilakukan oleh seorang yang berdakwah, tetapi kurang ilmu agama.
Apabila berpeluang, saya bercerita dengan bersungguh-sungguh berkenaan
konsep-konsep berdoa kepada Allah dengan memberi contoh-contoh yang
berlaku kepada kami sekeluarga semasa menunaikan fardhu haji. Tanpa
dipaksa, Allah melembutkan hati saya dan mengalirkan air mata setiap kali
teringat bagaimana Dia memakbulkan doa-doa kami. Pastinya, kisah tamat
membaca Al-Quran ketika berusia 40 tahun menjadi relevan kepada mereka
yang masih muda remaja.
Saya nyatakan kepada mereka, “Saya seorang pengarah, berjawatan
profesor, dan sudah tua. Saya malu bercerita yang selama hampir 40 tahun,
saya buta Al-Quran. Tiba-tiba Allah makbulkan hampir semua permohonan
saya sebelum menunaikan fardhu haji. Saya khatam Al-Quran. Allah
membuka pintu hati untuk mengenali Al-Quran. Itu adalah Allah yang maha
berkuasa. Apa yang saya ceritakan itu adalah tentang kebesaran Allah. Tuan-
tuan masih muda. Jangan tunggu umur setua saya bagi mencari jalan pulang.”
Selesai solat hajat, saya diberi peluang menyampaikan sedikit tazkirah.
Mereka tahu yang saya bersemangat menyampaikan isi hati, perasaan, dan
keinginan sebagai pentadbir universiti. Kemudian saya menyeru mereka,
“Datang ke masjid ini. Bukan hanya setakat solat hajat.”
“Mari kita solat lima waktu di masjid. Tunjukkan yang kita adalah manusia
terpilih antara ribuan jutaan manusia. Ingat Allah ketika susah, kenang Dia
ketika senang, dan saya yakin Allah sentiasa membantu kita semua. Jangan jadi
sebagaimana ramai yang lain.”
Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring,
duduk, ataupun berdiri, tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia
(kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami
bagi (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya.

Itu adalah orang yang melampaui batas. Mereka memandang baik apa yang selalu mereka
kerjakan.
(Surah Yunus, ayat 12)

Saya mempunyai pesanan istimewa kepada mahasiswa. Ia disampaikan dalam


kebanyakan majlis yang saya hadiri. Di majlis solat hajat perdana itu juga tidak
terkecuali.
Telefon mak dan abah. Maklumkan kepada mereka, ‘Abah, saya akan
menduduki peperiksaan mulai esok. Tolong doakan saya. Mak, tolong doakan
saya sihat, mudah menjawab soalan, dan tenang sentiasa. Doa seorang bapa
terhadap anak adalah mustajab.’
Bagaimana sekiranya mak dan abah bukan seorang yang suka solat? Ini
adalah dakwah yang tuan-tuan dapat lakukan kepada mereka. Insya Allah
mereka tergerak hati bagi mendekati diri ke arah itu. Ia perlu dilakukan secara
berterusan. Bukan hanya semasa musim peperiksaan.
Hakikat sebenar, di hati saya gembira kerana masjid penuh walaupun
hanya untuk solat hajat. Mengapa? Itu adalah tanda-tanda yang menunjukkan
mahasiswa kami masih percaya tentang kewujudan Allah, siapa yang Maha
Berkuasa dan Mengerti betapa mereka adalah manusia lemah. Mereka masih
mempunyai hati yang lembut. Masih dapat dibentuk. Berdoa kepada Allah
s.w.t. walaupun hanya ketika mereka berkeinginan sesuatu melambangkan
masih wujud trah berharap kepada yang Esa.
Oleh itu, usaha-usaha dakwah kepada golongan remaja pintar ini perlu
diteruskan. Pendekatannya perlu berbeza, malah perlu melangkaui cara-cara
tradisi. Namun, konsep berdoa, berharap, dan menanamkan kepercayaan
kepada Allah lebih mudah difahami.
Berdakwah secara ilmu dan amal dapat dipertimbangkan. Sekiranya ingin
mengajak mereka solat di masjid, pastikan mereka yang mengajak juga
bersedia solat di masjid pada setiap waktu.
Ajak mereka dengan hati dan perasaan. Sebagaimana seorang anak yang
memohon ibu dan bapa mereka berdoa setiap kali ingin melakukan sesuatu,
hanya ajakan yang bersungguh-sungguh dengan diikuti dengan teladan itu
lebih berkesan di hati.
Hanya pada Allah s.w.t. kita berserah dan berharap.
Buat Anak yang Ditinggalkan

A “yah pasti pergi. Sekiranya bukan esok, pasti lusa. Bukan minggu ini,
mungkin minggu hadapan. Ataupun bulan hadapan. Sekiranya umur
panjang, ayah dapat menyambut tahun baru. Sekiranya diizinkan
Allah, ayah mungkin dapat bersama ketika kamu menadah tangan menerima
ijazah. Barangkali, lima ataupun enam tahun lagi, ayah mungkin sempat
bermain dengan cucu-cucu pada waktu terluang. Mudah-mudahan ayah
menjadi imam kepada mereka.”
Mereka berkata, hidup itu hanya kehidupan dunia semata. Kita mati dan hidup, dan yang
membinasakan kita hanya zaman (waktu). Tetapi tentang itu, mereka hanya mengira-
ngirakan sahaja
(Surah Al-Jasiyah, ayat 24)

Itu adalah ingatan kepada diri sendiri. Namun, perasaan kasih, sayang, dan
mencintai anak-anak, isteri dan kaum keluarga menjadikan diri sentiasa sedih
dan sayu apabila mengingati saat-saat kematian. Ketika itu, dakwah kepada
isteri dan anak-anak menjadi lebih menyesakkan hati dan perasaan. Dapatkah
kami berjumpa di syurga-Mu, ya Allah? Pasti kematian dan ingatan kepada
kaum keluarga sendiri akan mengalirkan air mata tanpa paksaan.
Wahai orang yang beriman! Pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, kerana kayu
bakarnya adalah manusia dan batu-bata. Di situ, ada malaikat-malaikat yang keras dan
kuat, mereka tidak menderhakai Allah berkenaan apa yang diperintahkan kepada mereka,
dan mereka melaksanakan (menurut semestinya) apa yang diperintahkan kepada mereka.
(Surah At-Tahrim, ayat 6)

Pertimbangkan suasana ini. Sebagai Pengarah Kampus UiTM, konsep anak


dan keluarga melangkaui apa yang saya miliki, mempunyai empat orang anak,
dua daripada mereka adalah lelaki dan bakinya adalah perempuan. Sebagai
khalifah, saya juga bertanggungjawab kepada ribuan anak-anak yang
diamanahkan oleh Allah sepanjang tempoh pengajian mereka di UiTM.
Mampukah saya?
Itu adalah pertanyaan yang sering bermain-main pada kiran setiap kali
menerima pelajar baru. Malam itu, saya sepatutnya memberi kuliah  maghrib
kepada hampir 500 orang pelajar baru UiTM Johor di Masjid As-Syakirin.
Namun, program kuliah bersama saya diawalkan selepas solat subuh  bagi
memastikan mereka masih segar dengan suasana yang lebih kondusif.
Ketika berdiri  sebelum memulakan solat, air mata saya mengalir laju
bercucuran. Saya tidak tahu mengapa. Barangkali saya sayu dan syahdu kerana
di belakang saya berdiri 500 makmum yang lain. Ini adalah cita-cita dan
harapan saya ketika menerima jawatan sebagai Pengarah UiTM Johor. Saya
mahu masjid di bawah jagaan saya makmur, berkat, dan disayangi Allah.
Masjid itu yang memancarkan cahaya ke seluruh kawasan kampus.
Kemudian, Ustaz Kamaruddin membaca ayat-ayat daripada surah Ar-
Rahman dengan suara yang merdu. Satu surah yang saya tahu intipati
maknanya, “Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu mahu dustakan?” Airmata terus mengalir. Menitis meresap jatuh ke
sejadah.
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring
di atas hamparan-hamparan, lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang
bersulam dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu mahu dustakan?

Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangan merka tertumpu


(kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia
dan jin.
Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu mahu dustakan?
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. Maka, yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu mahu dustakan?
(Surah Ar-Rahman, ayat 54 hingga ayat 59)

Saya tidak tahu sama ada saya dapat bercakap kepada mereka. Saya benar-
benar sebak.  Saya kumpulkan tenaga, cuba mengawal emosi
dan  dengan  perlahan-lahan saya nyatakan kepada mereka, “Saudara-saudari,
semalam anak perempuan saya yang sebaya dengan anda melaporkan diri di
UiTM Melaka. Saya tidak dapat menghantar beliau kerana saya berada di sini
bagi menerima saudara-saudari. Saya berpisah dengan seorang anak, kemudian
saya menerima anak-anak yang lebih ramai, hampir 500 orang.”
“Pesan saya kepada beliau, Sara jangan lupa solat. Pakai  tudung, dan
belajar bersungguh-sungguh.”
“Saudara-saudari adalah anak-anak saya. Saya juga mahu saudara-saudari
solat. Solat bersama ayah di sini, di masjid ini. Ini adalah rumah kita untuk
kita bertemu. Setiap hari. Saya akan sentiasa berada di sini bersama saudara-
saudari.”
“Sekiranya ada sebarang masalah, mengadu kepada saya di sini. Tidak perlu
pergi ke pejabat.”
Hampir 45 minit saya menyampaikan pesanan dan harapan. Saya
berdakwah dengan cara saya. Saya ter kir, sekiranya saya berjaya membawa
mereka ke masjid, takut, dan gentar kepada Allah, mengetahui kebesaran
Allah, maka ini adalah pertolongan Allah yang saya nantikan. Saya tidak mahu
mereka berhenti selepas berakhirnya minggu mesra siswa.
Dan siapakah yang lebih besar kesalahannya daripada orang-orang yang bila diberi
pengajaran dengan keterangan-keterangan Tuhan mereka, kemudian membelakangi
Tuhan mereka? Sesungguhnya Kami sewajarnya menyeksa orang-orang yang berdosa.
(Surah As-Sajdah, ayat 22)

Sekiranya aturan akal biasa dijadikan sandaran, anak-anak yang petah


menyebut ayah dan ibu akan membesar dan menjadi dewasa. Usia kita
bertambah. Pasti tidak akan berkurang walaupun sesaat. Masa yang tinggal
jauh lebih singkat dari masa yang telah berlalu. Saya kir, masa untuk pergi
kian hampir. Semoga Allah memberi rahmat kemudian mempelawa kita ke
syurga-nya. Untuk anak-anak yang tinggal, pesan ayah hanya satu, “Ingat Allah
sentiasa.”
Mari kita berdoa.
Cakap dan Amal

M
engajak ataupun memujuk diri sendiri bagi melakukan kebaikan
bukan perkara yang mudah. Apatah lagi bagi menyeru mereka yang
lain. Ia tugas yang sukar. Dalam konteks yang berbeza, ramai di
antara kita yang dapat bercakap, bersyarah, dan menyampaikan ilmu yang
penuh di dada kepada masyarakat. Ramai yang berbakat. Abu Darda’
melaporkan Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
Kamu tidak akan bergelar seorang alim (pakar) sehingga kamu bergelar seorang penuntut
terlebih dahulu
dan kamu tidak akan dihitung sebagai orang   alim dengan ilmu kamu, sehingga kamu
beramal dengan ilmu itu.

Namun, kebanyakan seruan itu sukar menembusi hati dan perasaan


pendengar. Mengapa? Saya kir, mereka tidak dapat melihat hubungan antara
cakap dengan amalan yang dilaksanakan oleh seorang pendakwah. Itu adalah
di antara kepincangan sebenar masyarakat kerana gagal mengamalkan apa yang
ada di dada.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih
kepada Allah dan Dia yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya! Begitu besar kebencian itu di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu
yang kamu tidak melakukannya
(Surah As-Saff, ayat 1 hingga ayat 3)

Pertimbangkan kisah yang kelihatan kecil, tetapi membawa pengertian yang


besar. Saya memberi kuliah subuh bagi slot yang penghabisan sebagai penutup
kepada program Minggu Mesra Siswa (MMS) UiTM Johor. Ia suatu
permintaan khusus bagi memberi pesanan terakhir sebelum mereka dibebaskan
sebagai seorang mahasiswa.
Pagi itu, saya lebih tenang dan santai. Bergelak ketawa dengan cerita-cerita
bagaimana mahu mencairkan hati pensyarah. Bagaimana mahu lulus
cemerlang. Saya  juga menceritakan kehidupan yang perlu dilalui sebagai
seorang mahasiswa dan bukan sebagai pelajar sekolah.
Saya ingatkan sekali lagi, mari solat bersama saya di sini!
Tiba-tiba, saya bertanya kepada mereka “Siapa yang berpuasa sunat pada
hari ini? Petang nanti kita berbuka bersama-sama. Saya belanja.”
Saya melihat tangan-tangan diangkat. Saya menganggarkan, 50 orang.
Kemudian saya meminta disediakan 60 bungkus hidangan berbuka. Saya
umumkan perkara ini dalam mesyuarat, “Ada antara tuan-tuan ingin
bersedekah kepada mereka yang berpuasa? Ia begitu murni. Sekiranya ada,
tuan-tuan boleh menghantar makanan ke masjid atau dermakan tunai.”
Menjelang waktu petang, ramai yang menderma. Saya tambah lagi pesanan
dengan kuih-muih. Masya Allah apabila sampai waktu berbuka, jumlah yang
datang melebihi jumlah yang dijangkakan. Bungkusan nasi tidak mencukupi.
Saya sedih melihat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menjamu selera.
Pasti mereka hampa.
Suatu perkara yang saya perhatikan, begitu ramai pelajar melakukan
kebaikan dengan berpuasa. Namun, mereka tidak melihat kebaikan yang
mereka lakukan perlu disudahi dengan perkara yang lebih tulus sifat itu.
Alangkah baik sekiranya mereka berebut-rebut berkongsi makanan dengan
rakan-rakan mereka yang tidak bernasib baik.
Namun, ia tidak berlaku. Mereka lapar. Mereka berpuasa dan seluruh
tenaga dan tumpuan berpusat kepada nasi dan lauk yang ada di hadapan
mereka. Mereka perlu makan.
Bagaimana pula saya dapat memberi sedikit pengajaran? Saya ter kir cara
yang berkesan adalah melalui perbuatan. Saya mencari idea. Tiba-tiba seorang
pelajar senior menghantar dua bungkus makanan, sedangkan mereka yang
belum makan ada lima hingga enam orang di hadapan saya. Saya nyatakan
saya mahu makan. Saya mengambil satu bungkusan dan menyerahkan
sebungkus lagi kepada seorang pelajar.
Saya melihat kesemua pelajar sudah bersiap sedia untuk makan. Lalu saya
panggil pelajar yang tidak mempunyai makanan dan berkata, “Mari makan
bersama saya.” Tentu sekali mereka enggan. Baik, kita bahagi dua, separuh ikan
dan ayam serta nasi, ambil bekas lain. Saya menuturkan dengan nada yang
tinggi supaya dapat didengari oleh mereka yang lain.
Melihat apa yang saya lakukan, beberapa orang yang lain mengikut.
Pengajaran melalui amalan nyata berkesan. Hati mereka terbuka dengan
tindakan yang saya lakukan. Tanpa arahan nyata.
Akhirnya, kesemua mereka yang berada di situ berjaya menjamu selera.
Saya bahagia. Ternyata makanan yang dibahagi dua lebih daripada mencukupi.
Itu adalah nikmat Allah bagi kepada mereka yang berpuasa. Kemanisan
berbuka. Suasana cukup aman dan damai. Saya nampak cahaya yang akan
menerangi kampus UiTM Johor.
Hari Kiamat

P
ilihan ataupun destinasi akhir yang abadi adalah mendiami syurga
Allah. Manusia kekal di situ buat selama-lamanya. Pilihan ini menjadi
isu penting sekiranya manusia benar-benar mempercayai ada
kehidupan lain selepas mati. Sama ada mereka beragama Islam ataupun tidak,
tanpa keyakinan kepada hari akhirat. Maka, manusia berlumba-lumba
mengejar dunia tanpa sempadan.
Bagaimana kuat sekalipun mereka didakwahkan, sekiranya kesedaran
tentang hari pembalasan dan penghakiman akhirat tidak mendatangkan
perasaan takut dan gentar, selagi itu isu-isu rasuah, judi, penipuan, seks bebas,
integriti, dan pelbagai isu lain akan kekal menjadi kudis dalam masyarakat.
Dalam konteks yang lebih luas, manusia terus kekal melakukan
kemusnahan di muka bumi ini dan mempamerkan kesombongan dan
keangkuhan kepada Dia yang Maha Berkuasa. Janji-janji hari pembalasan yang
enak dan selesa juga tidak dapat mengubah jiwa manusia.
Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, syurga Firdaus
tempat penyambutan mereka.
(Surah Al-Kah , ayat 107)

Hajah Rabiah adalah Pendaftar UiTM. Beliau menamatkan tempoh


perkhidmatan beliau pada 17 Mei 2006. Majlis perpisahan berlangsung dalam
suasana yang syahdu. Beliau seorang yang baik hati. Hati beliau tulus.
Kelembutan wajah dan hati beliau terpuji. Sebagai tanda penghormatan, saya
hadir pada majlis itu dan duduk di barisan hadapan.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Waqi’ah. Suara imam ternyata
memukau hati dan perasaan. Malah, catatan terjemahan di skrin besar dewan
itu menyebabkan para hadirin menghayati setiap baris ayat-ayat yang
dibacakan.
Pada ketika itu, saya baru belajar membaca Al-Quran. Ia benar-benar masih
di peringkat awal. Namun, rasa cinta kepada kalimah Allah sudah mula
bersemi. Sekiranya diikuti sejarah lampau, saya tidak pernah berminat
mendengar bacaan-bacaan Al-Quran yang disampaikan secara langsung oleh
qari ataupun qariah. Hati keras membatu.
Tidak ada perasaan syahdu, sayu, ataupun terkesan dengan bacaan-bacaan
yang disampaikan oleh mereka. Ia tiada kepentingan dalam kehidupan saya,
bacaan-bacaan mereka berlalu begitu sahaja, tanpa penghayatan. Tetapi, hari
ini berbeza. Saya hampir melelehkan air mata kesedihan apabila memahami
apa yang terkandung melalui ayat-ayat dalam surah Al-Waqi’ah. Allah
menceritakan tentang apa yang bakal ditempuhi oleh tiga golongan utama di
hari pembalasan.
Dalam kesayuan, saya teruja apabila membaca terjemahan ayat-ayat 15
hingga ayat 24 yang menceritakan suasana dalam syurga. Ia suatu keindahan
yang cukup luar biasa. Malah, ia mencairkan hati yang keras, seolah-olah
meyakini kesedapan kehidupan dunia.
Mereka duduk di dalam syurga itu di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan
permata, sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. Mereka dilayani oleh
anak-anak muda lelaki yang tetap kekal dalam keadaan muda, yang sentiasa beredar di
sekitar mereka.

Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi
arak yang diambil dari sungai yang mengalir. Mereka tidak berasa pening kepala dan tidak
pula mabuk dengan sebab menikmati minuman itu.
Dan juga dibawakan kepada mereka buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka pilih,
serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini. Dan mereka dilayani
bidadari-bidadari yang cantik paras rupa. Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-
baiknya. Semua itu sebagai balasan bagi amal-amal baik yang mereka kerjakan.
(Surah Al-Waqi’ah, ayat 15 hingga 24)

Ya Allah, alangkah bahagia sekiranya saya dapat menjejakkan kaki ke syurga-


Mu. Ya Allah, hati membisikkan perasaan keinginan yang secara tiba-tiba
muncul. Saya mendiamkan diri. Merenung sedalam-dalamnya kepada
kekurangan diri. Diam-diam menelaah amalan peribadi. Mampukah saya?
Apatah lagi apabila membaca permulaan ayat-ayat sebelum Allah menceritakan
keadaan syurga untuk golongan yang terdahulu dan istimewa.
Dan puak yang ketiga pula adalah orang yang mendahului dalam mengerjakan kebaikan
di dunia, yang akan mendahului mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak;
mereka itu adalah orang yang didampingkan (di sisi Allah), Mereka tinggal menetap di
dalam syurga-syurga yang penuh nikmat. Di antara mereka sekumpulan besar daripada
umat manusia yang terdahulu dan sebilangan kecil daripada orang yang datang
kemudian.
(Surah Al-Waqi’ah, ayat 10 hingga ayat 14)

Tentu sekali istilah `sebilangan kecil daripada orang yang datang kemudian’
merujuk kepada golongan akhir zaman. Ia termasuk saya! Saya tidak perlu
berangan-angan ataupun bercita-cita mengikuti golongan itu. Ia terlalu sukar,
luar biasa dan bukan untuk mereka yang jahil, tidak berpengetahuan, dan
terlalu jauh daripada Allah.
Malah, kiran bodoh saya ber kir, sebilangan kecil ini akan dipenuhi
dengan mereka yang berkelulusan agama dari seluruh universiti di dunia, dan
bukan lulusan perakaunan dari universiti sekular Barat. Mereka yang alim
ternyata lebih berpeluang daripada mereka yang jahil, yang hanya bermimpi,
berharap, dan berangan.
Saya meninggalkan majlis perpisahan dengan hati yang pelbagai. Terlalu
sayu, tetapi teruja menghayati dan merasai suasana di taman syurga. Kesedihan
merasakan yang ia terlalu sukar dicapai. Malah, sedikit cita-cita yang baru
tercuit bagi mengikuti golongan Rasulullah s.a.w. dan mereka yang terdahulu
padam tanpa dinyalakan.
Januari 2007, Madinah. Madinah adalah bandar aman berbanding Kota
Makkah. Saya terasa sunyi sepi. Pengalaman selama hampir 35 hari di Kota
Makkah benar-benar mencabar. Kami datang dari suasana yang begitu kasar.
Berhempas-pulas berjuang mencari yang terbaik. Bangun awal pagi kerana
ingin melakukan umrah, tawaf, solat sunat, dan membaca Al-Quran. Setiap
hari hampir 15 jam mengabadikan diri di Masjidil Haram.
Di Madinah, masjid mula dibuka pada pukul 2.30 pagi ataupun 3.00 pagi
dan tutup pada jam 10.30 malam. Pada ketika itu benar-benar terasa janggal
dan tidak berasa kenikmatan beramal ibadat sehingga terpaksa memohon
kepada Allah.
Ya Allah, ampuni diriku. Ya Allah, mengapa hatiku terasa kosong di sini. Engkau berikan
rasa kasih, rasa cinta kepada masjid ini supaya aku dapat merasakan nikmat beramal
ibadat. Sesungguhnya Engkau yang menciptakan kami, dan kepada-Mu tempat kami
mengadu dan bergantung harap.

Allah membuka pintu hati bagi membaca terjemahan Al-Quran dan


menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Rutin ini memberikan rasa cinta kepada
Masjid Nabawi yang mendalam. Setiap hari saya dapat melalui kawasan
makam dan berbisik-bisik dengan Rasulullah s.a.w. Malah, setiap waktu
terluang, terutamanya ketika berada di hotel saya membaca terjemahan Al-
Quran.
Saya membaca dengan tekun tiap-tiap baris terjemahan. Ya Allah, ia
menyentuh perasaan. Akhirnya, hati mula memahami dan mengerti yang Allah
Maha Menyayangi dan Mengasihi hamba-Nya. Dia banyak memberi peluang
kepada hamba-hamba-Nya mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ketika di Makkah, saya berjaya tamat membaca Al-Quran. Manakala, di
Madinah saya tamat membaca terjemahan Al-Quran. Apabila pulang ke
Malaysia, sesuatu yang luar biasa berlaku. Saya mengulang-ulang membaca
dan menghayati terjemahan surah Al-Waqi’ah terutamanya dalam ayat-ayat
yang menceritakan tentang tiga golongan di hari pembalasan.
Minat pada golongan `sebilangan kecil daripada orang yang datang
kemudian’, golongan yang bersama-sama Rasulullah s.a.w. memasuki syurga
tertinggi muncul kembali. Namun, hati mula mempercayai yang terselit sedikit
ruang untuk bersama-sama `sebilangan kecil daripada orang yang datang
kemudian’ walaupun saya terdiri daripada mereka yang jahil dan tidak berilmu.
Mengapa?
Tentu sekali mereka yang terpilih sebagai sebilangan kecil adalah golongan
istimewa. Mereka adalah golongan yang berkualiti. Saya pasti golongan itu
adalah kumpulan terpilih yang akan melakukan apa sahaja bagi mendapat
keredhaan Allah. Misalnya, dalam konteks solat berjemaah di masjid, mereka
yang berkualiti berusaha bersungguh-sungguh hadir ke masjid walaupun
dalam keadaan sukar lagi menyusahkan.
Berita daripada Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah s.a.w. menjelaskan,
“Tidak ada solat yang lebih berat untuk orang muna k daripada solat subuh
dan isyak. Sekiranya mereka tahu keutamaan kedua-dua solat itu dilaksanakan
berjemaah, nescaya mereka akan datang ke masjid, sekalipun dengan
merangkak.”
Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan iqamat, kemudian menyuruh
yang lain menjadi imam solat berjemaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh
(obor), lalu aku bakar orang yang tidak datang solat berjemaah.
(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari)

Akhirnya saya memahami bahawa tidak ramai yang berminat memasuki syurga
tertinggi bersama Rasulullah s.a.w. Sekiranya ramai yang berkeinginan begitu,
sudah pasti rumah-rumah Allah akan dipenuhi dengan mereka yang
berjemaah. Malah, tahap kualiti tertinggi, iaitu melakukan solat berjemaah
pada setiap waktu, terutamanya waktu subuh dapat dijadikan proksi bagi
menilai tahap kualiti insan di sisi Allah.
Hakikatnya, Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Dia Maha
Mengetahui tentang mereka di akhir zaman tidak berminat dengan peluang-
peluang yang Allah berikan kepada manusia bagi mendapat yang terbaik.
Maksudnya, pada akhir zaman, manusia yang berilmu dan mengetahui hal-hal
keagamaan juga tidak berminat untuk turut serta. Akhirnya, mereka yang
beramal dengan penuh keikhlasan, tekun, dan berterusan akan memperoleh
kejayaan yang abadi di sisi Allah.
Benar, syurga adalah milik Allah. Hanya Dia yang berhak memberi rahmat-
Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Saya cuma mahu beramal ibadat
semata-mata kerana-Nya. Namun, saya percaya janji-janji Allah pasti benar.
Saya sentiasa berdoa supaya Allah memberi keizinannya untuk bersama
Rasulullah s.a.w., menikmati hari yang tiada penghujung di taman syurga-Mu.
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Perjalanan Yang Tinggal

B
eberapa tahun lampau, bayangan kematian sering muncul. Bayangan
bersama perasaan takut, resah, dan gelisah. Selalunya, lintasan hati
secara tiba-tiba merasai saat-saat itu bakal tiba bila-bila masa sahaja.
Terbayang bagaimana isteri dan anak-anak menghadapi kehilangan suami
dan ayah. Mata melihat bayangan Sofea, iaitu anak bongsu saya, baru petah
bercakap bertanya, “Ibu di mana ayah?” Paling mengharukan apabila
terbayang saat-saat kesukaran diambil nyawa secara perlahan-lahan, berada di
alam kubur, cuba melintasi siratul mustaqim, dan menanti-nanti di mana akan
ditempatkan. Syurga ataupun neraka.
Perasaan yang tidak diceritakan kepada sesiapa.
Bayangan kematian itu bersimpang-siur dengan kisah-kisah yang dihadapi
oleh keluarga yang terdekat. Ayah saya meninggal ketika usia beliau 58 tahun.
Apa yang tiada? Diabetes, darah tinggi, dan penyakit jantung, kini diwarisi
oleh saya. Ibu yang bernama Wan pula dipanggil pulang ketika berusia 59
tahun. Penghidap angin ahmar, diabetes, dan darah tinggi. Haniza, adik
kandung saya yang baru berusia 35 tahun dipanggil mengadap-Nya kerana
kegagalan buah pinggang berfungsi. Fauziah, adik ipar saya baru melewati usia
40 tahun menanggung penyakit kanser, juga dipanggil pulang oleh-Nya.
Mereka adalah keluarga yang terdekat.
Mereka pergi meninggalkan dunia sementara ini dalam usia yang muda.
Bilakah giliran sendiri akan tiba? Bayangan kematian itu bermain-main di
minda bersama dengan keresahan diri memikirkan tahap perhubungan dengan
Allah. Bersediakah untuk pergi? Ataupun bagaimanakah keadaan pemergian
nanti? Saya ketakutan!
“Tiadakah engkau perhatikan orang yang keluar dari rumah mereka kerana takut mati,
kemudian Allah menyatakan kepada mereka, “Mati.” Kemudian mereka itu dihidupkan
Allah kembali, sesungguhnya Allah itu Pemurah terhadap manusia, tetapi ramai manusia
tidak berterima kasih.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 243)

Pada suatu ketika saya berkeluh-kesah dengan soal-soal kematian. Ia adalah


suatu perasaan yang terlalu pelik, takut, resah, dan gelisah. Ia datang dan pergi.
Terutamanya ketika mahu melelapkan mata. Ia berlaku hampir setiap hari.
Berulang kali dan kelihatan sukar dihapuskan. Saya benar-benar tidak upaya
menghilangkan perasaan celaru itu.
Kemuncak perasaan itu masih bermain-main di hati, sejurus sebelum Allah
menghantar jemputan menunaikan fardhu haji. Kemudian, sesuatu yang ajaib
berlaku. Perasan resah ‘kematian’ hilang secara tiba-tiba apabila seluruh
perasaan memikirkan soal haji.
Saya lebih risau memikirkan kejahilan yang utama, terutamanya dalam
konteks tidak berupaya membaca Al-Quran. Bahkan, lebih risau memikirkan
persoalan sama ada Allah mahu ataupun tidak menerima saya sebagai tetamu-
Nya. Terlampau banyak dosa-dosa lampau yang terpikul di bahu kiri. Sayup-
sayup hati memikirkan, apakah yang bakal dihadapi semasa berada di Tanah
Suci.
“Dan tinggalkan dosa yang terang dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang
mengerjakan dosa akan diberi pembalasan nanti, disebabkan dosa yang mereka kerjakan.”
(Surah Al-An’am, ayat 120)

Perjalanan menunaikan ibadat haji sebelum, semasa, dan selepas banyak


memberi ruang supaya saya ber kir, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang,
dan Maha Berkuasa. Saya diberi peluang merasai kemanisan dapat membaca
Al-Quran dalam bahasa asal Al-Quran. Tergerak pula untuk memahami Al-
Quran dengan membaca secara tekun terjemahan itu. Allah membuka pintu
hati merasai dan menilai kehidupan ini daripada sudut penciptaan Allah dan
bukan pandangan yang berdasarkan logik akal manusia semata-mata. Namun,
saya menyedari yang ia hanya setitis daripada perasaan yang diizinkan-Nya.
Dan tuliskan untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali
kepada engkau. Tuhan menyatakan, "Seksa-Ku, akan-Ku timpakan kepada siapa yang Aku
kehendaki, dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu, sebab itu akan Aku tuliskan rahmat
untuk mereka yang bertakwa, mereka yang membayar zakat, dan yang mempercayai
keterangan-keterangan Kami.
(Surah Al-A'raf, ayat 156)

Hakikat sebenar, Allah memberi perasaan takut dan gentar kepada saya melalui
kematian. Ingatan tentang kematian adalah peluang terbaik bagi mendekati
diri kepada Pencipta. Saya manusia jahil, tidak berilmu dan tercari-cari apakah
yang sebenarnya saya kehendaki.
Akhirnya, saya memahami, kehidupan selepas kematian lebih kekal, realiti,
dan perlu diperjuangkan. Dalam keterbatasan ilmu itu saya berpaling dengan
berbekalkan kemanisan apa yang Allah kurniakan semasa menunaikan fardhu
haji. Berdoa, solat berjemaah di masjid, bertahajud, berpuasa sunat, dan
membaca Al-Quran diteruskan sehingga saya tidak dapat bernafas lagi.
Setiap kali merenung langkah-langkah yang bakal dilalui, saya sentiasa
ter kir dan bertanya-tanya, dapatkah saya menuruti kumpulan akhir zaman
yang sedikit, sebagaimana digambarkan oleh Allah melalui surah Al-Waqi'ah
yang bersama-sama Rasulullah s.a.w. memasuki syurga yang tertinggi. Ataupun
adakah saya termasuk dalam golongan ketiga yang menerima surah amal-Nya
melalui tangan kiri, menderita kepanasan, dan terseksa kerana sikap sombong,
angkuh, dan menunjuk-nunjuk kepada Pencipta.
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang memelihara diri mereka
daripada kejahatan, (bagai taman) di situ ada sungai-sungai daripada air yang tiada mahu
berubah, sungai-sungai daripada susu yang tidak pernah berubah, sungai-sungai daripada
anggur yang begitu sedap bagi orang yang meminum dan sungai-sungai daripada madu
yang bening jernih.
Di situ, mereka memperoleh aneka macam buah-buahan dan ampunan daripada Tuhan
mereka. Orang yang begitu senang dalam syurga samakah dengan orang yang tinggal
tetap dalam neraka, dan diberi minum dengan air yang mendidih sehingga putus
berpotong-potong isi perutnya?
(Surah Muhammad, ayat 15)

Benar, syurga hanya dapat didiami dengan rahmat-Nya. Namun, membaca


dan membayangi keindahan dan keistimewaan syurga terasa begitu bodoh
sekiranya tidak bercita-cita untuk bersama Rasulullah s.a.w. menjadi penghuni
syurga yang paling istimewa.
Benar juga, tidak logik untuk orang yang jahil seperti saya, bermimpi, dan
berangan mendapatkan sesuatu yang tidak sepadan dengan ilmu dan amalan
yang ada di dada. Namun, saya berkeyakinan dengan janji-janji Allah yang Dia
memakbulkan doa-doa hamba-Nya yang ikhlas, bersungguh-sungguh, dan
diucapkan dengan penuh ketakutan.
Iaitu syurga yang kekal yang mereka akan memasuki syurga itu bersama-sama orang-
orang yang mengerjakan amal soleh daripada ibu dan bapa mereka, dan isteri-isteri
mereka, serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada
mereka daripada tiap-tiap pintu.
(Surah Ar-Ra’d, ayat 23)

Saya bercita-cita supaya saya dapat bersama ayah dan wan, mak dan abah,
isteri, anak-anak, dan rakan-rakan menjadi penghuni syurga. Saya tidak mahu
tercicir. Saya mahu bersama mereka. Saya mahu merasai kedinginan sungai-
sungai yang mengalir di syurga dan tidak berhasrat bagi membakar kulit
sendiri berulang-ulang yang pastinya tanpa penghujung. Syurga ataupun
neraka adalah dua pilihan yang tidak sukar untuk dipilih. Dan saya membuat
pilihan itu.
Sesungguhnya orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan
membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami
gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan
(ingatlah) sesungguhnya Allah adalah maha kuasa, lagi maha bijaksana.
(Surah An-Nisak, ayat 56)

Persoalannya, dapatkah saya turut serta dengan segala kejahilan diri? Saya
ter kir, sekiranya Allah memberikan segala macam kemuliaan semasa
menjalani ibadat haji, maka Allah tetap Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Itu adalah dakwah kepada diri sendiri. Buku ini mengingati janji-janji yang
saya tanamkan dan mungkin dapat dikongsi bersama mereka yang senasib
dengan saya. Saya mohon keampunan Allah sekiranya niat penulisan ini
disalah tafsir dan mengundang pelbagai pandangan negatif.
Saya tidak berniat untuk bersifat angkuh sombong, menunjuk-nunjuk, dan
membesar diri kerana jalan-jalan yang dilalui terlampau banyak onak dan diri.
Astagh rullah. Subhanallah. Allahuakhbar.
Buku 3: 50 Tip Motivasi Haji

Tip 1: Terbuka Hati & Minda

K
ami mulakan dengan memohon keampunan Allah s.w.t. supaya segala
yang disampaikan menjadi ilmu bermanfaat. Ilmu kami sedikit.
Malah, kami berasa kerdil, fakir, dan hina di sisi Allah s.w.t. apabila
mahu menyampaikan pandangan
kepada pembaca.
“Ampuni kami, ya Allah. Sesungguhnya, segala yang kami lakukan itu semata-mata kerana-
Mu, ya Allah. Mudah-mudahan ia menjadi ilmu bermanfaat dan ibadah yang diterima
oleh-Mu.”

Tip Pertama
Membaca buku tip, petua, ataupun catatan seseorang individu perlu dilakukan
dengan berlapang dada, bersangka baik, dan disertai niat bagi mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Tip, petua, ataupun catatan hanya satu saranan
berdasarkan pada pengalaman dan pengamatan yang dapat dikongsi bersama.
Pengalaman juga adalah anugerah daripada Allah s.w.t.
Secara akademik, ia disebut sebagai tacit knowledge. Contohnya apabila ada
orang bertanya, “Bagaimanakah perasaan seorang yang berkelulusan Ph.D.,
memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), berumur 40 tahun,
berkahwin, dan mempunyai anak tetapi tidak pandai membaca Al-Quran,
buta huruf Arab, dan tidak tahu berdoa dalam bahasa itu?” Maka, ilmu
tentang perasaan itu hanya dimiliki oleh mereka yang mempunyai ciri-ciri itu.
Sekiranya pertanyaan itu diberikan jawapan dan didokumentasikan melalui
penulisan ataupun penerbitan, perasaan itu menjadi ilmu yang dapat
dimanfaatkan. Melalui catatan itu, ia menjadi tip dan petua kepada mereka
yang mungkin melalui pengalaman yang sama ataupun setidak-tidaknya
pengalaman yang lebih kurang serupa.
Kami memberi contoh apa yang kami lalui. Kami juga sering berceramah
kepada siswa siswi yang masih menuntut di universiti. Kami berkongsi tentang
bagaimanakah perasaan seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-
Quran dengan menyebut, “Setinggi mana pun kelulusan walaupun hingga ke
peringkat Ph.D., namun hidup ini kosong, jiwa dan perasaan menderita
kerana tidak pandai membaca Al-Quran. Usah jadi seperti kami. Pelajari Al-
Quran ketika masih berpeluang dan usia masih muda. Usah tunggu usia
mencapai 40 tahun baru hendak bermula.”
Apabila ada yang bertanya, “Bagaimanakah perasaan dan kaedah
mempelajari Al-Quran ketika berusia 40 tahun?” Kami kir, kami
berkemampuan bagi menceritakan pengalaman itu sambil memberi tip dan
petua berpandukan pada catatan kehidupan yang dilalui. Ia bukan kisah
agung, tetapi memadai untuk dijadikan pedoman.
Malah, kami begitu teruja untuk berkongsi pengalaman mengenai cara
belajar membaca Al-Quran melalui sistem Qiraati. Kami juga mahu berkongsi
pengalaman kejayaan kami mengkhatamkan Al-Quran dan mampu membaca
terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa di Madinah. Kami
tidak pandai kerana hingga ke hari ini, kami masih belajar dan terus belajar.
Melalui konteks yang berbeza, sekiranya orang bertanya bagaimanakah cara
kami bangun seawal jam 1.30 pagi dan berada di Masjidil Haram hampir 15
jam setiap hari semasa menunaikan ibadah haji, maka dengan keterbatasan
ilmu kami memberi jawapan, “Dengan izin Allah kerana kami melalui
pengalaman itu hampir 40 hari di sana.”
Sedikit catatan, tip, dan petua mampu merangsang motivasi. Malah, ia
mampu menjadi permulaan kepada idea lain. Amalan yang jauh lebih baik dan
berkesan. Mungkin, ia baik untuk kami tetapi tidak berkesan kepada orang
lain. Jadi berlapang dada, ber kiran terbuka, dan tidak perlu berburuk sangka.
Ini kerana, segala tindakan itu menjadikan minda kita lebih mudah memikir
dan mempertimbangkan segala cadangan yang dikemukakan.
Beberapa tip dan idea yang dicadangkan mungkin bersesuaian semasa kami
melalui idea dan cadangan itu. Masa dan suasana berubah. Fikiran manusia
juga berubah. Segala yang kami catatkan mungkin menjadi usang dalam
tempoh yang singkat. Namun, kami masih menaruh harapan supaya ia
berkekalan hingga berzaman lamanya.
Harapan kami tentu mempunyai bersebab. Di sebalik tip-tip langsung yang
disampaikan, terselit beberapa falsafah dan sebab mengapa ia perlu diselesaikan
sebegitu rupa. Itu yang pasti kekal untuk selama-lamanya. Contoh, ketika
menyampaikan tip bagaimana mahu mengelakkan masalah kesesakan tandas di
Mina kepada bakal jemaah haji. Kami nyatakan, “Bangun jam 2.00 pagi dan
pilih mana-mana tandas yang tuan-tuan suka.”
Lalu, kami terangkan falsafah sebenar mengapa perlu bangun seawal jam
2.00 pagi.
“Ia bukan isu tandas, tetapi bangunlah bagi menunaikan qiamullail.
Bukankah itu tujuan sebenar mengapa ibadah haji dilaksanakan?”
Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah.
“Bagaimana mahu menunaikan solat malam di Mina? Khemah penuh
sesak, hendak berdiri pun tidak dapat.”
“Solat dan bermunajat di luar khemah.”
“Angin gunung sejuk. Saya tidak tahan.”
“Pakailah long john, iaitu pakaian termal ataupun solat, bermunajat, dan
berzikir di dalam khemah sambil duduk.”
“Khemah sempit, tidak selesa.”
Kami berkata dalam hati, “Solatlah dalam tidur,” kerana itu adalah jawapan
sebenar yang beliau inginkan supaya tidak perlu bangun awal. Ketika itu, saya
berasa kecewa melihat penerimaan pemuda itu. Akhirnya, kami perlu
berlapang dada. Bukankah Allah s.w.t. sudah nyatakan:
“Sampaikanlah walau sepotong ayat dan tugas engkau Muhammad hanyalah
menyampaikan....”

Tip dan petua hanya cadangan yang dapat dipertimbangkan. Kami tidak mahu
berbalas kata berdasarkan pada cadangan itu. Itu yang dikatakan tip ataupun
petua. Ia mudah untuk sesetengah orang, tetapi sukar untuk mereka yang lain.
Namun, seorang ustaz yang berada berhampiran menoleh dan memberitahu
pemuda itu, “Allah pasti membantu mereka yang bersungguh-sungguh
inginkan sesuatu. Insya Allah, Allah pasti membantu.”
Itu tip yang lebih baik!
Tip 2: Apabila Hati Terbuka

O
rang selalu berkata, ibadah haji adalah jemputan istimewa daripada
Allah s.w.t. Malah, kata-kata seperti “belum sampai seru” sering
dilafazkan. Hakikatnya memang begitu. Setiap kejadian ataupun
peristiwa berlaku dengan pengetahuan dan aturan Allah s.w.t. Sesuatu
peristiwa berlaku dengan keizinan-Nya.
Namun, ibadah haji adalah sebahagian daripada lima rukun Islam. Ia wajib
dilaksanakan oleh mereka yang mampu sekurang-kurangnya sekali seumur
hidup.
Akal cetek kami sering ter kir, mengapa tiada pula orang yang bersungguh-
sungguh menyatakan mereka tidak menunaikan solat kerana belum sampai
seru. Tidak berpuasa kerana belum dijemput oleh Allah s.w.t. Tidak
menunaikan zakat kerana pintu hati belum terbuka.
Sesiapa yang tidak melakukan ibadah-ibadah lain terutamanya solat dan
puasa dipandang jahil, teruk, dan tidak beragama. Maksudnya, antara lima
rukun Islam, kegagalan melaksanakan ibadah haji dianggap berbeza dengan
rukun-rukun lain. Ia seolah-olah tidak menjadi masalah kerana Allah s.w.t
belum menjemput. Malah, ramai yang bergembira dapat berlindung di sebalik
ungkapan belum berkemampuan.
Pada pandangan kami, seruan itu ternyata sudah lama tiba. Teras agama
Islam itu sendiri menjadi penanda yang ia adalah arahan ataupun perintah
daripada Allah s.w.t. yang perlu dilaksanakan. Jemputan itu sudah pun
dikeluarkan. Sudah lama ia dihantar, malangnya kita tiada di rumah.
Lalu, kad jemputan masih tersadai di pejabat pos kerana tidak dituntut.
Barangkali, kita berasa ia adalah tugas seorang posmen supaya menghantar
jemputan itu sekali lagi ke rumah. Ini kerana, jauh di sudut hati ia adalah
kiriman yang enggan diterima. Biar sahaja ia dihantar kembali kepada
pengirim.
Allah s.w.t. menyatakan dalam surah Al-Hajj, ayat 27 berkaitan dengan
seruan menunaikan ibadah haji:
“Dan seru kepada manusia bagi mengerjakan haji, pasti mereka datang kepada-Mu
dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, datang dari segenap penjuru
yang jauh.”

Kami kir, ibadah haji sama sahaja dengan ibadah lain seperti solat dan puasa.
Ada yang mahu melaksanakan dan ada yang ingkar. Bezanya, ibadah haji
hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. Maka, akhirnya ketetapan Allah
s.w.t. yang menentukan bilakah masa kita melaksanakan ibadah haji.
Kita tidak mengetahui secara mutlak perancangan Allah s.w.t. Apa yang
wujud dalam diri kita hanya usaha dan doa. Ia adalah sebahagian daripada
tanda-tanda penyerahan diri kepada Pencipta. Manusia sentiasa perlu
bergantung sepenuh harapan kepada Allah s.w.t. yang maha berkuasa. Malah
kami kir, usaha dan doa menjadi sebahagian daripada ibadah kepada Allah
s.w.t.
Alahai, itu adalah pandangan kami selepas pintu hati kami terbuka bagi
menunaikan ibadah haji. Kami juga diberi kesempatan menyaksikan kebesaran
dan kehebatan Allah s.w.t. semasa berkampung selama 46 hari di Makkah dan
Madinah.
Apakah tip yang ingin kami sampaikan?
Menabung adalah satu isu. Mendaftar untuk pergi menunaikan ibadah haji
menjadi satu isu lain. Seorang sahabat mempunyai ratusan ribu ringgit. Beliau
tidak membuka akaun tabung haji, apatah lagi mendaftar pergi. Manakala,
seorang sahabat lain sudah menabung bertahun-tahun lamanya, tetapi masih
belum mendaftarkan diri.
Apabila hati sudah terbuka, baru dia menyedari bahawa menunaikan
ibadah haji bukan semudah melancong ke luar negara. Jikalau mempunyai
wang, daftar dengan agensi. Bayar dan bersedia untuk berangkat. Senarai
menunggu bagi menunaikan ibadah haji ternyata panjang. Tempoh menunggu
mungkin memakan masa selama 10 tahun hingga 15 tahun.
Tip kami, jikalau pintu hati sudah terbuka bagi menunaikan ibadah haji,
perkara utama yang perlu dilakukan adalah mendaftar dengan pihak Tabung
Haji. Penuhkan simpanan mengikut syarat-syaratnya. Ini adalah langkah
pertama sebelum memikirkan isu-isu lain.
Bagaimanapun, usaha, doa, dan tawakal mampu mengubah perancangan
manusia. Walaupun senarai menunggu haji cukup panjang, ramai yang berjaya
pergi dalam tempoh yang singkat. Ia bukan soal memintas hak orang lain,
tetapi itu yang dikatakan ketentuan Allah s.w.t. Barangkali, ini yang dikatakan
sebagai jemputan istimewa Allah s.w.t. kepada golongan terpilih.
Apabila hati terbuka, bukan sahaja ditujukan kepada diri sendiri. Jikalau
ada kelapangan kewangan, mungkin dapat dipertimbangkan bagi
mendaftarkan anak-anak sendiri menunaikan ibadah haji. Melalui bayaran
minimum sebanyak RM1200 ke RM1400 (mengikut maklumat pada tahun
2010), anak-anak yang masih muda sudah mempunyai tarikh untuk mereka
dibenarkan menunaikan ibadah haji kelak. Ia bermula dengan usaha, doa, dan
bertawakal kepada Allah s.w.t.
Tip 3: Terbaik di sisi Allah

T
entu semua jemaah haji mahu menjadi yang terbaik di sisi-Nya.
Mereka mahu memperoleh haji mabrur dan akhirnya dapat
menyempurnakan perintah Allah s.w.t. Malah, rangsangan yang
disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. juga menaikkan semangat jemaah haji.
Ganjaran haji mabrur itu tiada lain kecuali syurga.

(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Namun, prinsip asas yang perlu diterapkan kepada orang Islam adalah
melakukan ibadah semata-mata kerana Allah s.w.t. Hakikatnya, manusia dan
jin diciptakan oleh Allah s.w.t. hanya untuk beramal ibadah kepada-Nya. Soal
ganjaran, ia datang secara semula jadi apabila kita melaksanakan setiap amal
ibadah. Itu adalah janji Allah s.w.t.
Mari kita mudahkan isu ini. Mereka yang mula bekerja sebagai pensyarah
diberikan satu set tanggungjawab, iaitu tugas seorang pensyarah. Tugas utama
mereka mengajar, menyelidik, dan menulis di samping beberapa tugasan lain.
Mereka juga dimaklumkan dengan syarat-syarat kenaikan pangkat. Selain
daripada gaji bulanan, mereka yang melaksanakan garis panduan ditetapkan,
dipertimbangkan bagi mendapat ganjaran kenaikan pangkat.
Terdapat dua orang pensyarah. Pensyarah pertama mahu melaksanakan
tanggungjawabnya berkisar kepada tugasan yang diberikan kepada beliau.
Dalam proses itu, beliau melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh
dedikasi. Di penghujungnya, beliau berjaya mendapat kenaikan pangkat
apabila sampai masa dan ketika.
Pensyarah kedua pula berpaksi kepada ganjaran yang akan diperoleh. Beliau
melaksanakan tanggungjawab yang diberi berpandukan kepada syarat-syarat
kenaikan pangkat. Akhirnya berdasarkan pengalaman, mereka menjadi
manusia yang berkira, kedekut, dan bakhil dalam banyak hal.
Maksud kami, perbezaan utama dalam kehidupan manusia adalah soal hati.
Dalam konteks melaksanakan amal ibadah yang terbaik di sisi Allah s.w.t.
Pengabadian 100 peratus kepada Allah s.w.t. menjadi landasan yang perlu
di kirkan. Ia dilaksanakan kerana itu adalah perintah-Nya berdasarkan kepada
rasa cinta abadi. Penyerahan itu pasti terpantul dalam segala tindakan kita.
Sama ada sebelum, semasa, dan selepas menunaikan ibadah haji.
Hakikatnya kami kir, terselit di sudut hati setiap jemaah haji mahu
melaksanakan ibadah itu dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan
keredhaan Allah s.w.t. Namun, kemahuan melaksanakan keinginan itu
menjadi dua isu berbeza. Malah, realiti perlaksanaan kepada keinginan itu juga
ternyata sukar. Amati hadith ini:
Anas bin Malik melaporkan, Rasulullah s.a.w. menjelaskan, “Kelak apabila akhir zaman
terdapat empat golongan yang mengerjakan ibadah haji, iaitu para pemimpin
mengerjakan ibadah haji hanya kerana ingin makan angin, orang kaya pergi haji hanya
kerana ingin berniaga, ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan mengemis, ahli qira’at
(pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadah haji hanya bagi mencari nama dan kemegahan.”

Tip kami, amaran berkenaan sifat-sifat mereka yang menunaikan ibadah haji
pada akhir zaman begitu jelas. Implikasi besar daripada hadith ini adalah,
menunaikan ibadah haji tidak boleh dilihat daripada keupayaan jemaah
melaksanakan rukun dan wajib haji semata-mata. Mendapatkan haji mabrur
perlu bermula dengan keinginan supaya kita tidak termasuk dalam empat
golongan yang dinyatakan.
Jangan pula ada yang berkata, “Saya bukan pemimpin, saya bukan orang
kaya, saya bukan fakir miskin, ataupun saya bukan pembaca Al-Quran. Saya
tidak termasuk dalam golongan itu. Saya hanya manusia biasa yang mahu
menunaikan ibadah haji.” Lihat dan perhatikan perlakuan mereka yang dicela,
makan angin, berniaga, meminta-minta, dan menunjuk-nunjuk. Tanamkan
dalam hati, “Aku tidak mahu begitu.”
Amaran yang dikemukakan oleh Allah s.w.t. menggariskan kewajipan
supaya setiap manusia mencintai Dia dengan sepenuh hati. Tidak boleh
mencintai makhluk melebihi daripada Pencipta. Ia begitu menarik untuk
direnungkan.
Katakan wahai Muhammad, “Jikalau bapa-bapa kamu,
anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri ataupun suami-suami kamu, kaum
keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang
merosot, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, jikalau semua itu menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya daripada berjihad
untuk agama-Nya, tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-
Nya). Ini kerana, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).”
(Surah At-Taubah, ayat 24)

Untuk seketika dalam kehidupan kita semasa menunaikan haji, mari kita
melakukan yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Tetapkan begitu. Kehadiran di
Tanah Suci sepatutnya tidak diganggu dengan rutin harian, kebingungan
menyelesaikan masalah pejabat, hiruk-pikuk kenderaan di jalanan, dan urusan
perniagaan yang mahu diuruskan.
Untuk seketika dalam kehidupan kita, buangkan perhiasan sementara yang
membelenggu kehidupan seharian. Tinggalkan pangkat dan darjat. Rendahkan
diri serendah-rendahnya di sisi-Nya. Pandang kain ihram yang dipakai.
Tumpukan kepada 13 pantang larang dalam ihram. Ambil sedikit masa bagi
memahami falsafah sebenar Allah s.w.t. menjadikan ibadah haji sebagai sesuatu
yang wajib, hanya sekali dalam seumur hidup.
Untuk sekali dalam seumur hidup, mari kita lakukan yang terbaik di sisi
Allah s.w.t. supaya kita memahami erti cinta mendalam kepada Allah s.w.t.
yang maha agung. Cinta itu yang mahu dibawa pulang. Biar ia berkekalan
sehingga Dia menjemput kita menemui-Nya dan menyerahkan segala ganjaran
yang dijanjikan. Biar kita semua menjadi yang terbaik di sisi Allah s.w.t., cinta
hakiki yang kekal abadi.
Tip 4 : Kematian

Dapatkah Kita Menduga Saat-Saat Kematian?

T
entu sekali kita dapat menduga, tetapi apa yang menentukan ajal maut
hanya Allah s.w.t. Ia dijelaskan melalui surah Al-Muna qun, ayat 11
hingga ayat 12:
Dan belanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum tiba
ajal maut kepada seseorang daripada kamu. Jikalau tidak, pada saat itu dia merayu
dengan berkata, “Wahai Tuhanku, alangkah baik jikalau Engkau melambatkan kedatangan
ajalku ke satu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula
aku menjadi orang-orang soleh.” Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali
melambatkan kematian seseorang ataupun sesuatu yang bernyawa apabila sampai
ajalnya. Dan Allah begitu mendalam pengetahuan-Nya tentang segala yang kamu
kerjakan.

Tip kami untuk bakal jemaah haji, ambil masa sejenak bagi merenung dan
membayangi saat-saat kematian yang pasti tiba dalam siri perjalanan manusia
menuju titik akhir, iaitu syurga yang kekal abadi. Bayangan kematian hanya
satu re eksi betapa kita adalah manusia yang lemah, fakir, dan kerdil.
Akhirnya, kita kembali kepada Dia dalam keadaan lemah dan tidak berdaya.
Kami mencatatkan syurga sebagai satu titik akhir kerana itu adalah titik
noktah manusia yang kekal untuk selama-lamanya. Siapakah yang mahu ke
neraka? Siapakah yang mahu singgah sebentar, merasai keperitan yang tidak
tertanggung, dan baru beredar memasuki syurga dalam keadaan dahi bertanda.
Ataupun adakah manusia yang mahu kekal untuk selama-lamanya di sana?
Membaca kisah-kisah peringatan dan amaran Allah s.w.t. dalam Al-Quran
tentang azab neraka yang seharusnya menggoncangkan perasaan. Kami kir,
kami tidak mahu singgah walaupun satu saat di dalam neraka bagi
menghadapi pembalasan atas keingkaran dan kerosakan yang kami lakukan
semasa hidup di muka bumi. Salah satu daripada peringatan Allah s.w.t. betapa
dahsyatnya azab neraka.
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami
membakar mereka dalam api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, kami
gantikan kulit mereka dengan kulit lain supaya mereka berasa azab sengsara itu. Dan
ingatlah, sesungguhnya Allah maha kuasa, lagi
maha bijaksana.
(Surah An-Nisaak, ayat 56)

Tidak kira siapa pun kita, sultan, raja, perdana menteri, profesor, pengarah,
ahli perniagaan, pemain bola, guru, tukang masak, pemandu, penulis, suami,
ataupun isteri, kita pasti menghadapi saat-saat nyawa ditarik secara perlahan-
lahan sehingga nyawa berpisah daripada jasad.
Bayangkan dengan cara mudah. Bilakah majoriti manusia menemui ajal?
60 tahun, 70 tahun, ataupun 80 tahun? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) mengeluarkan statistik, secara purata rakyat Malaysia meninggal dunia
ketika berumur 74 tahun. Lebih spesi k, usia wanita lebih panjang, iaitu 76
tahun berbanding dengan kaum lelaki, iaitu 72 tahun.
Baik, mari kita menggunakan angka 74 sebagai umur kematian. Ambil 50
peratus daripada umur itu, iaitu 37 tahun. Jikalau kita menunaikan haji ketika
usia itu, apabila pulang dari Makkah dan Madinah, masa yang tinggal lebih
pendek daripada masa yang kita lalui. Maksud kami, saat-saat kematian
sebenarnya begitu hampir berbanding dengan masa yang kita lepasi.
Bagaimanapun, angka itu hanya satu ramalan berdasarkan pada purata
umur kematian. Sekali lagi, ajal maut di tangan Allah s.w.t. Kematian tidak
lambat walaupun sesaat dan tidak juga cepat walaupun sesaat. Ada orang yang
disahkan mengidap kanser dan dijangka hanya dapat bertahan selama enam
bulan terus hidup bertahun-tahun lamanya. Ada pula yang sihat tiba-tiba
tersepak tunggul kayu, jatuh, dan meninggal dunia.
Untuk bakal jemaah haji, nikmat manakah lagi yang hendak kita dustakan?
Allah s.w.t. memberi peluang kita menunaikan ibadah haji, dosa-dosa
diampunkan, pahala digandakan, dan seolah-olah kita dilahirkan sesuci bayi.
Bayangan kematian pula menghampiri. Apakah kita mahu kembali melakukan
perkara yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t? Apakah lagi motivasi yang perlu
dilontarkan?
Sepanjang perjalanan melakukan haji, kita melihat pelbagai bayangan
tentang kehidupan, kematian, Padang Mahsyar, dan jenis-jenis manusia di sisi
Allah s.w.t. Ia datang secara semula jadi untuk mereka yang mahu ber kir
tentang kebesaran Allah s.w.t.
Bayangkan bagaimana manusia melakukan tawaf, saie, bergerak menuju ke
Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar di Mina, dan pelbagai kegiatan
harian yang berteraskan amal ibadah kepada Allah s.w.t. semata-mata. Ia
dilakukan bersama-sama jutaan manusia lain. Setiap satu ibadah itu
mengandungi pelajaran yang perlu ditekuni dan diamati.
Bayangkan cerita-cerita yang dilontarkan oleh jemaah terdahulu. Ada yang
langsung tidak menghadapi masalah. Ada yang sesat selama berjam-jam. Ada
yang menderita kesakitan. Ada yang sihat sejahtera dan ada pula yang dengan
senang hati sentiasa berada di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi.
Bagaimana pula dengan mereka yang hanya berehat-rehat di hotel?
Bayangkan pula ada yang diberi peluang untuk solat di saf pertama. Ada
yang tempat solat mereka sentiasa di atas tangga. Malah, ada jemaah yang
sentiasa bersolat di luar masjid. Tidak kira pada awal ataupun hujung musim
haji. Bayangkan pula ada jemaah mampu berada di Hijir Ismail dan Raudhah
hampir pada setiap hari walaupun ia adalah ruang yang sempit berbanding
dengan jumlah manusia yang hadir.
Segala-galanya adalah anugerah, perbandingan, ujian, dan pengajaran yang
mahu disampaikan oleh Allah s.w.t. kepada setiap jemaah yang mahu ber kir.
Barangkali, ini adalah bentuk pembalasan selepas hari kematian, iaitu
ketika manusia yang dipanggil menghadap Allah s.w.t. dibicarakan. Sepanjang
pembicaraan itu, layanan yang diberikan berbeza-beza berdasarkan kepada
hubungan dengan Pencipta sepanjang jemaah diberi peluang bernafas di atas
muka bumi.
Sebelum berangkat ke Tanah Suci, renung sejenak soal kematian. Fikirkan
keadaan di Padang Mahsyar. Bayangan itu pasti muncul semula di Makkah
dan Madinah, tetapi kali ini ia mampu menusuk hati dan perasaan. Perasaan
yang mahu dibawa pulang!
Tip 5 : Ia Hanya Sekali

Ibadah Haji Membawa Pelbagai Rasa

D
alam rasa penuh keinginan, gembira, gelisah, dan takut ketika
bersiap sedia hendak menunaikan ibadah haji, kami tercari-cari
jawapan tentang keperluan menunaikan haji. Ramai orang memberi
jawapan ringkas, “Ia adalah salah satu daripada rukun Islam. Semua orang
Islam wajib menunaikan ibadah haji.”
Jikalau itu yang kita mahu, ibadah haji menjadi begitu mudah. Ia semata-
mata ibadah yang menitikberatkan pergerakan zikal. Contohnya, tawaf
sebanyak tujuh pusingan, tujuh kali saie, berada di Arafah, bermalam di
Muzdalifah, melontar, bercukur, berihram, dan menjaga pantang larang haji.
Jumlah hari sebenar bagi melaksanakan ibadah haji sekitar seminggu sahaja.
Apabila selesai musim haji, nama kami bergelar, Profesor Dr. Haji Muhd
Kamil Ibrahim dan Hajah Raudzah Roslan. Bagaimanapun kami sering
ter kir, apakah itu yang kami mahu? Begitu ramai manusia yang bergelar haji,
tetapi masih belum mahu mendekati masjid. Enggan bersolat jemaah. Masih
mahu menyusahkan orang. Masih ada yang berhasad dengki, menabur tnah,
dan berburuk sangka.
Alahai, apatah lagi jikalau kita melihat masih terdapat mereka yang sudah
menunaikan ibadah haji, namun sanggup melakukan dosa-dosa besar seperti
zina dan judi. Kami memikir perkara itu secara mendalam. Mengapa Allah
s.w.t. mewajibkan haji hanya sekali untuk seumur hidup? Malah, mengapa
pula haji menjadi rukun Islam yang ke lima?
Kami melihat rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua kalimah
syahadah. Kita mengaku Allah s.w.t. itu yang kita sembah dan Nabi
Muhammad s.a.w. itu pesuruh-Nya. Sesaat pun kita tidak boleh menduakan
Allah s.w.t. Jikalau ia berlaku, gugurlah akidah kita.
Ya, setiap saat!
Rukun Islam yang kedua adalah melaksanakan solat wajib lima kali sehari.
Malam dan siang mengikut jadual. Melalui solat, kita mengingati Allah s.w.t.,
berdoa kepada-Nya, dan memperbaharui akidah mengikut jadual. Lima kali
sehari.
Ya, setiap hari!
Berpuasa pada bulan Ramadhan adalah rukun Islam ketiga. Ramadhan
adalah penghulu segala bulan. Pada bulan Ramadhan Al-Quran diturunkan.
Banyak peristiwa besar Islam berlaku pada bulan Ramadhan. Namun,
persoalan besar yang tersemat di hati adalah puasa wajib ini perlu dilakukan
hanya sebulan dalam setahun.
Ya, hanya sebulan dalam setahun!
Kemudian, zakat. Jikalau cukup syarat-syarat seperti haul dan nisab, rukun
Islam keempat ini perlu dilaksanakan. Meskipun banyak jenis-jenis zakat,
tetapi setiap satunya perlu dibayar hanya sekali dalam setahun.
Ya, hanya sekali setahun!
Akhir sekali, menunaikan ibadah haji. Haji wajib dilaksanakan sekali dalam
seumur hidup dan hanya mereka yang mampu sahaja perlu melaksanakan haji.
Atas segala-galanya, ibadah haji seolah-olah kemuncak rukun Islam yang
memberi aroma luar biasa kepada setiap manusia yang mempercayai
kewujudan Allah s.w.t.
Ya, hanya sekali dalam seumur hidup!
Perhatikan bagaimana cantiknya susunan Allah s.w.t. terhadap lima rukun
Islam. Susunannya setiap saat, setiap hari, sebulan dalam setahun, sekali
setahun, dan akhir sekali, sekali seumur hidup. Renung sedalam-dalamnya
pada rukun Islam yang kelima. Ia wajib sekali sahaja dalam seumur hidup.
Maksud saya, jikalau kita melaksanakan ibadah haji berpuluh kali sekali
pun, status wajib hanya dikhususkan kepada ibadah yang disempurnakan
untuk kali pertama. Ibadah haji yang terkemudian adalah sunat semata-mata.
Ibadah haji wajib tidak berulang lagi.
Tip kami, ibadah haji hanya sekali sahaja dan lakukan ibadah haji pertama
kali itu dengan bersungguh-sungguh. Lawan kenyataan yang mengatakan,
kebanyakan mereka yang menunaikan ibadah haji dan umrah pada akhir
zaman terbahagi kepada empat golongan. Mereka adalah golongan yang pergi
umpama melancong, berniaga, meminta dan mencari kemegahan, serta
mencari nama.
Selepas menunaikan ibadah haji untuk kali pertama, ramai yang menyesal
kerana tidak melakukan ibadah itu dengan sepenuh hati. Sewaktu jemaah haji
lain berada di masjid, kita berdengkur di bilik seolah-olah tidak ada apa yang
berlaku. Ramai yang mendengar azan, tetapi tidak pula menjawab panggilan
itu.
“Tidak. Tidak. Tidak. Kita menunaikan ibadah haji semata-mata kerana
Allah s.w.t. Semata-mata kerana Allah s.w.t. dan semata-mata kerana Allah
s.w.t.”
Malah mereka yang mempunyai duit mungkin ber kir, mereka mampu
berulang kali pergi ke Makkah dan Madinah. Namun, haji yang wajib hanya
sekali sahaja. Biar haji yang pertama kali itu menjadi yang terbaik dan mampu
mengubah sempadan iman sehingga ia kekal untuk selama-lamanya.
Tip 6 : Berubah

B
enar, menunaikan ibadah haji adalah tuntutan wajib. Ia menjadi antara
teras utama untuk umat Islam. Walau bagaimanapun, jikalau amal
ibadah dilaksanakan tanpa memberi kesan kepada akhlak kita sendiri,
tentu sekali ia begitu merugikan.
Kebanyakan orang sentiasa berpuasa penuh. Tidak pernah ponteng puasa.
Sentiasa bersahur dan berbuka mengikut waktu. Namun apabila tiba waktu
solat, dia langsung tidak memberi tindak balas kepada ibadah itu. Ramai yang
berpuasa, tetapi tidak mendirikan solat.
Kami juga selalu mendengar ceramah puasa yang disampaikan oleh ustaz-
ustaz di universiti, “Ramai orang berpuasa, tetapi masih tidak menutup aurat.
Mengapa? Ini bermakna, puasa mereka masih belum sempurna. Ada sesuatu
yang tidak kena. Mungkin mereka berpuasa sekadar menahan lapar dan
dahaga.”
Pernah pada satu ketika, hampir separuh daripada bulan Ramadhan kami
berbuka di hotel-hotel mewah. Makan sampai tersadai kekenyangan. Apabila
pulang ke rumah, timbul pula keletihan yang melampau.
Akhirnya, ketika orang berduyun-duyun ke masjid untuk solat terawih,
kami pula berehat di rumah sambil menonton televisyen ataupun menghadap
komputer. Mungkin bertahun-tahun kami berpuasa hanya sekadar menahan
lapar dan dahaga.
Benar, aroma haji begitu berbeza berbanding dengan ibadah lain. Kami
yang jahil dan fakir ini berasa benar-benar takut dan gelisah. Namun dalam
kecelaruan perasaan, ada sesuatu yang meronta-ronta dalam jiwa. Kami mahu
berubah. Kami tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Kami mahu
menjadi manusia yang lebih baik.
Persoalannya, apakah Allah s.w.t. mahu menerima kami?
Barangkali, itu adalah persoalan yang bermain-main di kepala jemaah haji.
Risau dengan kejahilan lampau. Mungkin ini yang dikatakan sebagai takut
dengan bayang-bayang sendiri. Takut tidak bertempat. Malah dalam keadaan
berbeza, persoalan untuk berubah menjadi manusia sesuci bayi selepas
menunaikan ibadah haji nyata membebankan kiran.
Apakah kita mampu menjadi manusia yang lebih baik?
Tip kami, ibadah haji adalah saat-saat yang begitu signi kan untuk
manusia berubah. Ia sepatutnya berlaku secara semula jadi, selari dengan trah
ibadah itu sendiri. Mereka yang berubah sejurus selepas mendarat di KLIA
dikatakan, “Beliau berubah selepas menunaikan ibadah haji.” Perubahan itu
dikesan ataupun ketara di mata umum selepas pulang dari Tanah Suci
walaupun ia bermula lebih lama daripada itu. Insya Allah, perubahan itu kekal
begitu untuk selama-lamanya.
Mengapa?
Perhatikan pengalaman yang kami lalui. Kami bertemu dengan seorang
insan yang banyak berubah. Beliau sentiasa menunaikan solat di masjid,
menjadi ahli jawatankuasa masjid, dan ringan tulang dalam kegiatan
kebajikan. Beliau begitu berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Apabila kami bercerita dengan teman lain, mereka berkata, “Beliau berubah
kerana dibuang kerja dan pecah amanah.”
Dalam kes lain, seorang yang begitu nakal di mata masyarakat pulang dari
menunaikan ibadah haji. Beliau turut berubah dengan mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t. Mereka yang hampir dengan beliau berkata, “Beliau
memperoleh haji mabrur.”
Kami berpandangan, hakikat sebenar mengapa Allah s.w.t. menjadikan
ibadah haji sebagai salah satu daripada rukun Islam adalah bagi menunjukkan
sifat maha pengasih lagi maha penyayang-Nya. Ibadah haji nyata berbeza
berbanding dengan solat, puasa, dan zakat. Aroma haji itu sendiri
menyebabkan manusia berada dalam ketakutan dan ber kir tentang segala
kesilapan lampau.
Mereka mahu bertaubat!
Allah s.w.t. menjanjikan, taubat yang dilakukan dengan bersungguh-
sungguh pasti diterima oleh-Nya. Malah, ganjaran melakukan amal ibadah di
Makkah dikatakan 100 ribu kali ganda. Usah kir soal ganjaran, lakukan amal
ibadah semata-mata kerana Allah s.w.t. Biar ganjaran itu dianugerahkan secara
semula jadi selepas melakukan amal ibadah. Namun, itu adalah aturan-Nya.
Balasan haji yang sempurna adalah syurga.
Maksudnya, sebanyak mana juga dosa, ia pasti diampunkan dan ganjaran
kebaikan digandakan. Dalam bahasa mudah, kita sesuci bayi. Itu janji Allah
s.w.t.
Secara purata mengikut statistik PBB, dalam kebanyakan kes mereka yang
menunaikan ibadah haji sudah melebihi usia 37 tahun. Masa yang tinggal
lebih hampir dengan kematian berbanding dengan masa yang sudah kita lalui.
Jikalau begitu, apabila pulang daripada menunaikan ibadah haji, mengapa
masih mahu berjudi? Mengapa mahu berzina? Mengapa masih membuat
tnah? Mengapa masih enggan ke masjid untuk menunaikan solat jemaah?
Cukup, mari kita berubah menjadi manusia yang lebih baik di sisi-Nya.
Jikalau begitu, dengan izin dan rahmat-Nya seolah-olah pintu syurga itu
dapat dilalui.
Tip 7 : Berdoa

P
ertama kali Roza mengajak saya menunaikan haji pada tahun 2000.
Saya enggan. Malah ajakan itu dimain-mainkan dengan nada sinis.
Roza hanya mendiamkan diri. Beliau langsung tidak menjawab
sindiran itu. Malah, beliau tidak pernah mempersendakan kejahilan saya.
Enam tahun beliau berdoa.
“Ya Allah, aku ingin menunaikan haji ketika usiaku masih muda. Aku ingin pergi, tetapi aku
ingin pergi bersama suamiku. Ya Allah, Kau lembutkan hatinya, Kau bukakan pintu hatinya
supaya mahu menunaikan haji bersama-samaku. Kau yang maha berkuasa, ya Allah.”

Allah s.w.t. memakbulkan permintaan Roza. Pada tahun 2006, kami berangkat
pergi dalam iringan air mata melihat kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.
Sesuatu yang kelihatan mustahil pada pandangan manusia. Namun, tidak
mustahil pada Allah s.w.t.
Saya mempunyai 12 orang adik-beradik. Tiga lelaki dan selebihnya wanita.
Pada penghujung tahun 2005, sewaktu saya mengambil keputusan bagi
menunaikan haji, saya bertanya Azlina, “Abang dan Kakak Roza ingin
menunaikan haji pada hujung tahun hadapan. Awak mahu ikut?”
Azlina mengalirkan air mata. Dalam sedu beliau berkata, “Abang, saya
sudah dua tahun berdoa supaya dapat menunaikan haji pada usia muda.
Terima kasih abang. Saya mahu pergi.”
Begitu kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. Saya terbuka mulut untuk
bertanya kepada Azlina, adik saya yang ke-11, walaupun mempunyai 10 orang
adik beradik lain. Maksud saya, Allah s.w.t. memakbulkan permohonan beliau
yang berdoa hampir dua tahun.
Benar, pintu hati saya terbuka bagi menunaikan haji ketika hati berkata-
kata bahawa saya belum layak atau belum bersedia. Saya tidak pandai
membaca Al-Quran, tidak pandai berdoa dalam bahasa Arab, dan amal ibadah
saya begitu sedikit. Saya berasa saya pasti diberi pembalasan yang setimpal atas
kejahilan, kesombongan, dan keangkuhan saya pada masa lampau.
Lalu, saya berdoa sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah s.w.t. melalui
hadith Qudsi:
Allah turun ke langit dunia, ketika satu per tiga malam masih berbaki, Allah menyeru,
“Adakah antara hamba-Ku yang mahu berdoa kepada-Ku supaya Aku mengabulkan
permintaannya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada Aku supaya aku
mengampuni dia? Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada Aku supaya Aku
memenuhi doa itu?”
(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Saya tuturkan kepada Allah s.w.t:
“Ya Allah aku manusia jahil, fakir, dan tidak berilmu. Banyak dosa-dosaku, ya Allah. Aku
tidak pandai membaca Al-Quran, aku tidak pandai berdoa, aku buta huruf, ya Allah, aku
takut, ya Allah. Bantulah aku, ya Allah. Aku ingin menunaikan ibadah haji semata-mata
kerana-Mu, ya Allah.”

Hampir sebulan saya merayu dan merintih sehingga Allah s.w.t. menghantar
seorang ha z ke rumah. Akhirnya, dengan izin Allah s.w.t. saya berjaya
menghabiskan bacaan qiraati dalam tempoh sebulan. Saya menghabiskan
muqqadam dalam tempoh yang sama dan menamatkan bacaan sehingga juzuk
sembilan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Di Makkah, saya berjaya
menghabiskan bacaan Al-Quran dan di Madinah saya membaca terjemahan
Al-Quran sehingga tamat.
Perjalanan haji selama 46 hari benar-benar mengubah sempadan iman.
Allah s.w.t. langsung tidak mendera saya. Malah, Allah s.w.t. menunjukkan
kekuasaan-Nya yang maha pengasih lagi maha penyayang. Saya dapat melihat
Kaabah, hati saya tenang ketika tawaf, saya diberi kekuatan untuk saei, dan
begitu teruja untuk menunaikan solat berjemaah di masjid hampir sepanjang
waktu. Malah, saya belajar untuk berpuasa sunat di Makkah dan Madinah.
Pengalaman jasmani dan rohani sepanjang menunaikan ibadah haji kami
bersama-sama dua orang adik beradik, Azlina dan Kak Mie saya dokumenkan
dalam buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Sebaris ayat yang ingin
kami simpulkan, “Berdoa, Allah begitu hampir bagi mendengar rayuan dan
rintihan hati hamba-hamba-Nya.” Itu yang tersirat di sebalik tulisan itu.
Maksud kami, doa sebagai ibadah. Ia adalah senjata umat Islam. Malah,
doa yang diikuti dengan perasaan redha membawa kepada pengabadian kepada
Allah s.w.t. Barangkali, ibadah dan suasana haji menyebabkan para jemaah
merasai pengabadian itu secara langsung.
Ramai orang meminta pandangan, “Saya ingin menunaikan haji, tetapi
suami saya masih enggan. Beliau langsung tidak berminat.” Mereka yang lain
bertanya, “Saya takut dan berdebar. Saya banyak melakukan dosa. Apakah
boleh saya menunaikan haji. Apakah Allah mahu menerima saya?”
Tip kami mudah, “Bangun malam dan sentiasa berdoa. Berdoa dengan
bersungguh-sungguh. Dia maha mendengar. Itu adalah kunci segala-galanya
untuk kita manusia biasa-biasa.”
Konsep berdoa itu menarik. Kita memohon sesuatu, tetapi Allah s.w.t.
mampu mengurniakan sesuatu yang lebih baik dan menarik. Ini kerana, Allah
s.w.t. maha berkuasa. Kadangkala, Allah s.w.t. menganugerahkan sesuatu
perkara yang kelihatan berbeza dengan apa yang kita mohon kerana Dia maha
mengetahui. Maksudnya, dengan apa yang kita peroleh, walaupun berbeza,
namun menjadikan kita manusia yang lebih baik.
Kita memohon, tetapi bilakah masa Dia mahu mengurniakan permohonan
itu bergantung pada-Nya. Malah, ada permohonan kita tidak dimakbulkan di
dunia, tetapi dikumpulkan di akhirat. Allah s.w.t. pasti memberi kemuliaan
pada hari pengadilan jikalau doa-doa yang dilakukan secara ikhlas belum lagi
tertunai.
Dalam semua keadaan, kita pasti mendapat keuntungan dan perasaan
berburuk sangka kepada Allah s.w.t. tidak timbul. Kita perlu redha dengan
segala apa yang diperoleh melalui doa-doa itu.
Tip 8 : Bertaubat

M
engapa ramai antara kita yang terlalu takut bagi menunaikan haji?
Pertama, kami kir manusia mempunyai sejarah lampau yang
dikaitkan dengan dosa-dosa mereka. Ramai yang pernah
melakukan dosa besar seperti minum arak, berzina, berjudi, rasuah, menipu,
tnah, dengki, khianat, memakan harta anak yatim, dan pelbagai lagi.
Hampir setiap manusia mempunyai rahsia tersembunyi!
Mereka takut dosa-dosa itu mengikut mereka hingga ke Makkah dan
Madinah. Akhirnya, cerita-cerita ngeri yang disajikan saban tahun seperti
pembalasan tunai memenuhi kotak minda. Kisah-kisah negatif menunaikan
ibadah haji seperti tidak nampak Kaabah, mengutip sisa-sisa makanan, sesat di
Arafah, tidak sampai ke Muzdalifah, bergaduh suami isteri, dan pelbagai kisah
lain menjadi panduan utama orang ramai.
Kedua, ramai yang kurang mempunyai ilmu. Saya sendiri melihat ibadah
haji sebagai sesuatu yang sukar. Cerita-cerita mereka yang pulang begitu
mendebarkan. Paling mudah, bayangan jutaan orang terutamanya di Makkah
yang menakutkan. Pertanyaan demi pertanyaan berlegar-legar dalam minda.
Bagaimana Masjidil Haram sebesar itu mampu memuat jutaan manusia?
Bagaimana mahu melontar dengan orang bersesak-sesak di hadapan tempat
kecil. Bagaimana pula dengan wuquf di Arafah? Bukankah semua mereka yang
menunaikan ibadah haji perlu hadir di sana?
Buku haji dan umrah juga dipenuhi dengan doa-doa yang panjang dan
berbahasa Arab. Ia begitu menakutkan untuk mereka yang biasa-biasa sahaja.
Apatah lagi untuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang agama.
Malah, ada antara kita yang langsung tidak mengetahui beberapa perkara asas
dalam melakukan amal ibadah.
Bayangkan, ketika memberi ceramah motivasi haji, seorang yang sudah
berusia bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan solat jamak?” Ada juga
yang bertanya, “Bagaimanakah niat solat sunat?” Ia kelihatan ganjil, tetapi ini
adalah realiti masyarakat yang ingin berubah dan mahu menunaikan ibadah
haji.
Ketiga, ketakutan memikirkan pasca haji. Seorang rakan pernah berkata,
“Saya sudah mendapat tawaran haji, tetapi saya tangguhkan. Jikalau pergi,
balik nanti sudah tidak boleh beronggeng!” Beliau seorang wanita,
berpelajaran, mempunyai pendapatan lumayan, dan begitu berpengaruh.
Aroma haji begitu luar biasa dalam minda seorang manusia. Sama ada ia
bersifat negatif ataupun positif. Rasa takut atau khuatir bagi mengubah
sempadan iman dan menjadi manusia yang lebih baik begitu menyesakkan
hati nurani. Ia berlaku apabila melihat rakan-rakan yang rapat pulang daripada
menunaikan ibadah haji.
Contohnya, ramai yang sudah menunaikan ibadah haji masih tidak
menutup aurat. Lebih dahsyat lagi, masih ada yang sanggup melakukan dosa-
dosa besar seperti judi dan zina. Amalan-amalan seperti menimbulkan tnah,
berniat jahat, ataupun dengki dan khianat juga tidak luntur walaupun sudah
berkali-kali menunaikan haji dan umrah.
“Saya takut. Banyak dosa-dosa yang saya lakukan. Apakah Allah s.w.t.
mahu menerima saya?”
Bukan sedikit yang bertanya. Namun, ini adalah jawapan standard yang
kami berikan, “Kami juga banyak dosa. Kami juga takut untuk pergi
menunaikan ibadah haji. Namun, di sana kami menyaksikan Allah yang maha
pengasih lagi maha penyayang. Pergilah, pergi dalam ketakutan dan mohon
perlindungan-Nya. Ia lebih baik daripada kita pergi dalam keadaan sombong
dan angkuh.”
Rasulullah s.a.w. pernah berkata, “Semua keturunan Adam berdosa dan sebaik-baik orang
yang berdosa adalah orang yang bertaubat.”
(Hadith direkodkan oleh At-Tirmizi)

Tip kami, bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat yang bersungguh-sungguh


supaya tidak mengulangi dosa-dosa yang
kita lakukan. Bertaubat dari hati sehingga menitiskan air mata keikhlasan.
Mohon kepada Allah s.w.t. supaya segala dosa-dosa yang kita lakukan
terutamanya dosa-dosa syirik dihapuskan. Berjanji dengan Allah s.w.t. supaya
tidak mengulangi perkara-perkara itu. Malah, bertekad supaya dapat menjadi
manusia yang lebih baik sehingga nyawa dipanggil pulang.
Jikalau dosa-dosa yang kita lakukan melibatkan pihak ketiga, berjumpa
serta mohon ampun dan maaf. Jikalau perlu memulangkan hak orang itu, usah
teragak-agak bagi melaksanakan hak itu.
Hampir setiap malam kami merayu dan merintih, “Ya Allah, aku ingin
menunaikan haji pada hujung tahun hadapan, tetapi aku banyak melakukan
dosa ya Allah. Dosa besar, dosa kecil, dosa yang aku ketahui, dosa yang aku
tidak ketahui. Ya Allah, Kau ampuni aku. Sesungguhnya, aku manusia kerdil
lagi hina ya Allah.”
“Aku bertaubat ya Allah. Aku bertaubat, ya Allah. Aku bertaubat, ya Allah.
Ya Allah, jikalau aku pernah melakukan syirik, pernah menduakan-Mu,
ampuni aku. Jikalau ia berlaku bukan kerana aku ingin melakukan ia, tetapi
kerana aku bodoh, ya Allah, aku tidak berilmu, ya Allah.”
“Ya Allah bantu aku, ajari aku, berikan ilham kepada aku. Aku ingin pergi
ke rumah-Mu semata-mata kerana Mu, ya Allah. Semata-mata kerana-Mu, ya
Allah.”
Apabila pulang, jangan diulang kisah lampau!
Tip 9 : Memahami Asas Haji


Ibadah haji begitu mudah. Segala-galanya mengenai perbuatan. Orang
tidak tahu berbahasa Arab dan tidak pandai mengaji juga mampu
melaksanakan ibadah ini. Usah takut,” abah memberi kami semangat.
“Tetapi mengapa orang berasa begitu takut, gementar, dan gusar apabila
sampai masa dan ketika mereka mahu menunaikan ibadah haji?” Hati saya
tertanya-tanya dan mencari-cari jawapan.
“Prof., kami baru sahaja mendapat tawaran menunaikan haji. Kami sudah
mengikuti kursus haji bersiri, cuma kami berasa keliru. Apakah Prof. dapat
menolong?” rayu sekumpulan bakal jemaah yang akan bertolak dalam tempoh
sebulan.
Barangkali perasaan tidak yakin, bercelaru, dan panik menguasai ramai
bakal jemaah. Ia bersimpang-siur silih berganti dengan perasaan melonjak-
lonjak ingin berada di Tanah Suci. Kebanyakan daripada mereka adalah
golongan profesional yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t. kurang mempunyai
pendidikan agama. Sekiranya ada sekali pun, ia sudah jauh ditinggalkan dalam
kesibukan kerja dan rumah tangga.
Pada tahun 2005, saya juga berperasaan sebegitu. Bezanya, ia berlaku
setahun sebelum saya dan keluarga menunaikan ibadah haji. Saya ingin ke
Makkah dan Madinah, tetapi timbul perasaan cuak takut-takut Allah s.w.t.
tidak mahu menerima saya timbul. Awal-awal lagi saya sudah berburuk sangka
kepada-Nya.
Hakikatnya, dalam kejahilan diri, nun jauh di sudut hati saya mahu
memperoleh haji mabrur. Maka, saya kir kerisauan yang melanda sebenarnya
persoalan, “Apakah dapat aku menjadi manusia yang lebih baik dan
memperoleh haji mabrur. Bagaimana mahu mendapat haji mabrur jikalau
perlaksanaan ibadah itu sendiri tidak sempurna?”
Tip kami, fahami asas-asas utama haji. Jikalau saya menyampaikan
syarahan, soalan pertama yang saya tanya, “Mengapa mahu menunaikan haji?”
Pada pandangan saya, haji bukan semata-mata rukun Islam yang kelima. Tidak
mengapa, kita tinggalkan dahulu persoalan itu.
Kedua, apakah yang dikatakan sebagai kain ihram? Jawapannya, dua helai
kain berwarna putih yang tidak berjahit untuk lelaki. Kain ihram wanita pula
adalah yang menutup aurat dan membolehkan mereka bersolat.
Apa pula yang dikatakan dalam ihram? Sebagai penerangan mudah, ihram
berlaku apabila kita menunaikan umrah dan haji. Mengapa ihram penting?
Apabila sedang dalam ihram, 13 pantang larang dalam ihram mula berjalan.
Jikalau dilanggar pantang larang itu, jemaah haji pasti didenda.
1. Menutup kepala ataupun sebahagian daripadanya untuk lelaki seperti
memakai songkok, serban, dan sebagainya. Tetapi, tidak menjadi
larangan sekiranya berteduh di bawah naungan pokok ataupun
payung.
2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit ataupun sebagainya
untuk lelaki, seperti seluar, baju, sarung kaki, dan semua jenis pakaian
berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
3. Menutup muka dan tapak tangan untuk wanita.
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan sama ada pada badan ataupun pakaian ataupun
pada makanan, minuman, ataupun menyedut bau-bauan itu ke dalam
hidung.
6. Memakai minyak rambut pada kepala ataupun janggut.
7. Memotong rambut ataupun menghilangkan mana-mana bulu pada
anggota badan.
8. Mengerat ataupun memotong kuku kaki ataupun tangan.
9. Mengerat, menebang, ataupun mencabut tumbuh-tumbuhan yang
sedang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput.
10. Memburu binatang yang halal.
11. Bersetubuh atau berjimak.
12. Melakukan perkara-perkara pendahuluan berjimak.
13. Akad nikah sama ada ijab ataupun kabul untuk diri sendiri ataupun
mewakili orang lain.
Apa pula yang dikatakan dengan tahalul? Walaupun sudah berkali-kali
menunaikan haji, masih ramai yang menjawab ia adalah menggunting rambut.
Ia sama sekali tidak benar. Maksud mudah tahalul adalah membebaskan diri
daripada pantang larang apabila berada dalam keadaan ihram.
Terdapat dua komponen utama yang perlu dilaksanakan semasa
menunaikan haji. Pertama, umrah dan kedua ibadah haji itu sendiri. Ada
beberapa cara bagi melaksanakan ibadah haji, tetapi apa yang paling mudah
adalah haji tamatuk.
Apakah yang dimaksudkan dengan haji tamatuk? Pertama, jemaah perlu
melaksanakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji. Apa pula yang
dikatakan dengan umrah? Secara ringkas, umrah hanya melibatkan empat
perkara:
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bertahalul
Kemudian, apabila sampai masanya jemaah menunaikan ibadah haji. Apakah
yang perlu dilakukan?
1. Niat
2. Wuquf di Arafah
3. Mabit di Muzdalifah
4. Melontar di Mina
5. Bertahalul awal
6. Tawaf
7. Saie
8. Bertahalul akhir
Buku ini tidak mahu membicarakan secara khusus berkenaan tatacara
melaksanakan ibadah haji, tetapi memadai jikalau kami katakan bahawa haji
bukan satu perkara sukar. Benar, haji hanya melibatkan perbuatan, tetapi
perbuatan yang begitu dalam maknanya.
Tip 10 : Falsafah Haji

S
ekiranya ada yang bertanya, apakah perbezaan ibadah haji berbanding
dengan rukun Islam lain, maka jawapannya begitu mudah. Dalam
konteks orang Islam Malaysia, ibadah haji memerlukan jumlah wang
yang mencukupi. Ia bukan jumlah yang sedikit, tetapi melebihi daripada
RM10,000. Kos itu pula bertambah dari setahun ke setahun.
Bagaimana pula dengan zakat? Bukankah zakat juga memerlukan setiap
manusia mengeluarkan wang ringgit? Benar. Tetapi, wang zakat hanya perlu
dikeluarkan daripada sumber kewangan yang lebih besar, iaitu sumber
kewangan yang diperoleh oleh mereka yang wajib melaksanakan zakat.
Maksud kami, ibadah haji memerlukan seseorang individu berusaha
mencari, menyimpan, dan menggunakan sumber kewangan itu bagi
melaksanakan haji. Dalam konteks ini, ibadah haji hanya terlaksana jikalau
individu itu benar-benar berkeinginan mahu menunaikan perintah Allah s.w.t.
Namun, ada sesuatu yang luar biasa berkenaan kos haji. Mereka yang
nampak kaya-raya, tetapi tidak mampu membiayai kos pemergian mereka ke
Tanah Suci. Sebaliknya, seseorang yang kelihatan biasa-biasa sahaja mampu
pula menunaikan ibadah ini. Malah, mereka mampu membawa bersama isteri
yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Tentu sekali ia mempunyai falsafah tersirat di sebalik perkara ini. Satu
falsafah tersirat yang memerlukan kita ber kir sejenak. Kos haji kelihatan besar
dan signi kan yang menentukan kehadiran individu ke Tanah Suci, tetapi ia
bukan penentu mutlak.
Ramai yang melihat ibadah haji sebagai satu bentuk pengorbanan manusia
kepada Allah s.w.t. Apakah benar anggapan itu? Hujahnya jelas, manusia perlu
menghabiskan wang ringgit, wajib mencari masa lapang, berpisah dengan
kaum keluarga, dan meninggalkan kampung halaman. Apakah Allah s.w.t.
memerlukan pengorbanan itu? Sesungguhnya, Allah s.w.t. tidak mempunyai
sebarang keperluan daripada hamba-hamba-Nya. Sekali-kali tidak!
Hakikatnya, Allah s.w.t. benar-benar menunjukkan sifat belas kasihan-Nya
kepada umat manusia. Iaitu dengan mengadakan ibadah haji supaya manusia
sedar siapakah Penciptanya, ke manakah mereka akan dikembalikan dan
apakah amanah utama manusia dicipta dan ditempatkan di muka bumi ini.
Ibadah
haji adalah satu kejutan sekali seumur hidup untuk manusia tunduk, patuh,
dan kembali mengikut landasan benar yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Perhatikan peringatan dan panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
melalui surah Al-Haj, ayat 27 hingga ayat 30. Ia mempunyai unsur-unsur
penyerahan diri, hubungan sesama manusia, mengingati pencipta-Nya,
membersihkan diri supaya menjadi manusia “sesuci bayi”, dan mengingatkan
manusia bahawa mereka dicipta semata-mata bagi mengikut segala suruhan
dan larangan-Nya. Malah, manusia diberi peringatan yang begitu jelas tentang
keperluan mereka untuk tidak melakukan amalan menduakan Allah s.w.t.
27. Dan seru umat manusia bagi mengerjakan ibadah haji, pasti mereka datang ke rumah
Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus
yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.

28. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada
mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tertentu, kerana
pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan
korban; dengan demikian kamu makanlah daripada daging binatang-binatang korban itu
dan berilah makan kepada orang susah, yang fakir miskin.
29. Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri dan mereka menyempurnakan nazar-
nazarnya dan hendaklah mereka tawaf Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
30. Itu wajib dipatuhi dan sesiapa yang hormat pada hukum-hukum Allah, demikian
menjadi kebaikan untuknya di sisi Tuhan-Nya dan dihalalkan untuk kamu binatang-
binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu tentang haramnya, maka jauhi
kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhi perkataan dusta.

Pengorbanan wang ringgit, masa, dan segala-galanya tidak langsung sepadan


dengan nikmat yang ingin disampaikan oleh Allah s.w.t. melalui ibadah haji.
Bayangkan ketika kita berada jauh daripada-Nya, pintu hati kita dibukakan
bagi menunaikan ibadah haji. Kita bersiap sedia dengan segala persiapan,
rohani dan jasmani. Kita dijentik dengan segala kelalaian dan kesilapan
terhadap-Nya, lalu kita memohon pengampunan yang tidak pernah dimohon
sebelumnya.
Nanti, perhatikan perjalanan zikal haji. Jikalau sebelumnya kita diajar
tentang keesaan, kehebatan, kekuasaan, dan sifat maha pengasih dan maha
penyayang Allah s.w.t., maka ibadah haji membenarkan hati dan perasaan
manusia merasai secara kerohanian sifat-sifat itu terutamanya untuk mereka
yang ber kir.
Allah s.w.t. mengajar, tiada perbezaan antara manusia kecuali mereka yang
bertakwa. Semua manusia kelihatan sama dalam
keadaan berihram dengan memakai kain berwarna putih tanpa sebarang
aksesori.
Tip kami, haji bukan sekadar rukun dan wajib haji. Ia manifestasi
kehidupan yang perlu dilalui oleh manusia berdasarkan kepada anjuran Allah
s.w.t. Haji dilakukan selepas kita melalui sebahagian daripada kehidupan itu.
Maksudnya, haji sepatutnya menjadi sempadan yang memisahkan kehidupan
dahulu dengan kehidupan yang masih berbaki. Bawa fahaman dan pandangan
ini semasa menunaikan ibadah haji nanti. Insya Allah, kita menjadi manusia
yang lebih baik.
Tip 11: Belajar Istiqamah

Istiqamah Bermaksud Konsisten

B
agaimanakah mahu mengekalkan amal ibadah secara berterusan?” salah
seorang daripada pendengar ceramah menyoal. Soalan itu dapat
dipermudahkan, “Bagaimanakah mahu istiqamah dalam beramal
ibadah?” Allah s.w.t. menyatakan:
Oleh itu, hendaklah engkau wahai Muhammad sentiasa tetap teguh atas jalan yang betul
seperti yang diperintahkan kepada kamu dan hendaklah orang yang rujuk kembali
kepada kebenaran (bertaubat) mengikut kamu melakukan demikian. Dan jangan kamu
melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya, Allah maha melihat apa yang
kamu kerjakan.
(Surah Hud, ayat 112)

Istiqamah dalam konteks amal ibadah adalah melaksanakan segala perintah


dan larangan Allah s.w.t. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan sepanjang
masa. Malah, istiqamah dilihat sebagai satu ciri penting bagi menilai individu
Muslim sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w:
Amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan
(istiqamah) walaupun sedikit.
(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari)

Terdapat dua komponen utama yang diperintahkan supaya kita beristiqamah.


Pertama, menunaikan perintah. Kedua, meninggalkan larangan. Pertanyaan
istiqamah ini selalu dikaitkan dengan keinginan melakukan kebaikan dan
bukan dengan meninggalkan perlakuan yang berunsurkan kejahatan.
Namun, sifat istiqamah dalam konteks bahasa, iaitu konsisten dan
berterusan sememangnya ada dalam diri setiap manusia. Perhatikan diri
sendiri. Apakah perkara yang kita istiqamah melakukan ia hampir sepanjang
masa? Mari kita bermula dengan perlakuan yang mudah dan hampir dengan
diri sendiri.
Ramai yang tidur secara istiqamah. Hampir setiap malam mereka tidur.
Apabila bangun pagi, mereka istiqamah memasuki tandas. Istiqamah
menggosok gigi, membuang air kecil dan besar, serta mandi. Mereka istiqamah
punch-card sebelum jam 8.00 pagi. Cuma sekali-sekala, mereka tersasar
melepasi waktu itu.
Perhatikan lagi apa yang dapat kita lakukan secara istiqamah dalam
kehidupan seharian. Bagaimanakah dengan jadual rutin ke pasar? Bagaimana
pula kita mengatur pembelian barangan dapur? Rutin memindahkan wang
bulanan kepada anak-anak yang sedang belajar di universiti? Ataupun
bagaimanakah kita istiqamah membayar hutang-hutang berkala seperti
pinjaman perumahan, kereta, dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN)?
Mungkin ada yang sukar membayar hutang-hutang itu. Sekali sekala ada
yang terlewat menghantar belanja bulanan kepada anak-anak. Mereka tidak
istiqamah dalam konteks ketepatan masa pembayaran. Walau bagaimanapun,
perbuatan membayar hutang-hutang dan menghantar belanja bulanan itu
masih terlaksana walaupun tidak mengikut jadual.
Bagaimana pula dengan amal ibadah khusus seperti solat lima waktu, puasa
pada bulan Ramadhan, dan zakat? Ramai umat Islam yang tidak bermasalah
dengan ibadah wajib. Ia perlu dilakukan.
Jarang saya mendengar mereka yang bertanya, “Bagaimanakah mahu
istiqamah dalam solat lima waktu?” ataupun “Bagaimanakah mahu istiqamah
dalam berpuasa pada bulan Ramadhan?” Logiknya, mereka yang tidak
menunaikan solat wajib dan berpuasa pada bulan Ramadhan tidak pula
menyibukkan diri dengan soal istiqamah. Mereka berada dalam dunia mereka
sendiri.
Apakah kaitan ibadah haji dengan soal istiqamah?
Tip kami, salah satu daripada asas yang dapat dipertimbangkan bagi
mendapat haji mabrur adalah keupayaan jemaah haji mengubah diri supaya
menjadi manusia yang lebih baik di sisi Allah s.w.t. Seterusnya, mengekalkan
perubahan itu sehingga jasad berpisah daripada roh. Itu adalah nilai istiqamah
yang paling mudah untuk dikaitkan dengan ibadah haji.
Kata kunci utama, berubah dan mengekalkan perubahan itu adalah
istiqamah. Keperluan untuk istiqamah ini dapat dipandu melalui surah Al-
An’am, ayat 162 yang bermaksud:
Katakan, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan
sekalian alam.

Belajar untuk istiqamah semasa berada di Makkah dan Madinah dalam


pelbagai ibadah, sama ada wajib ataupun sunat. Semua orang melaksanakan
solat lima waktu, tetapi tidak semua yang mampu istiqamah untuk
menunaikan solat lima waktu di masjid. Insya Allah di Masjidil Haram,
Makkah, dan Masjid Nabi, Madinah ia lebih mudah untuk dilaksanakan.
Majoriti umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi tidak ramai
yang istiqamah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Insya Allah, di Makkah
dan Madinah ia mampu dilakukan dengan lebih mudah. Belajar berpuasa
sunat semasa menunaikan ibadah haji. Ia tempoh amal ibadah yang hanya
satu. Fokuskan pengabadian 100 peratus kepada Allah s.w.t.
Ramai juga yang bertanya, “Bagaimanakah mahu bangun malam secara
konsisten?” Cuba amalan itu semasa menunaikan ibadah haji. Itu rutin harian
yang sepatutnya dilaksanakan oleh setiap jemaah haji. Jikalau ia dapat
dilakukan di sana selama 30 hingga 40 hari, apabila pulang ke Malaysia
teruskan amalan itu. Jangan pula hari pertama tiba, solat malam terpinggir dan
solat berjemaah di masjid tertunda.
Belajar istiqamah ketika menunaikan ibadah haji. Insya Allah apabila
pulang ke Malaysia ia kekal hingga sampai ke penghujung. Bukankah itu niat
dan harapan semua bakal haji?
Tip 12: Menduakan Allah

A
pakah dosa paling besar? Khabarnya, dosa syirik yang bermaksud
menduakan Allah s.w.t. Allah s.w.t. memberi amaran melalui surah An-
Nisaak, ayat 48 yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa
selain daripada syirik itu, untuk sesiapa yang dikehendaki-Nya. Siapa yang menyekutukan
Allah, dia sudah melakukan dosa besar.

Allah s.w.t. mengharamkan syurga kepada mereka yang menduakan Allah


s.w.t. Jikalau syurga diharamkan, pasti neraka menjadi tempat kediaman
mereka. Jikalau syirik adalah dosa yang tidak boleh diampunkan, maka
manusia itu kekal di neraka untuk selama-lamanya. Allah s.w.t. menyatakan
dengan jelas berkenaan hal ini dalam surah Al-Maidah, ayat 72:
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, maka Allah pasti
mengharamkan syurga kepadanya dan tempat untuknya adalah neraka. Tiada seorang
penolong pun untuk orang yang zalim.

Dalam implikasi lain, perbuatan menduakan Allah s.w.t. menyebabkan amal


ibadah yang terdahulu terhapus.
Sesungguhnya diwahyukan kepada kamu, Muhammad dan nabi-nabi sebelum kamu,
jikalau kamu mempersekutukan Allah, pasti pahala amal kamu terhapus dan kamu
termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.
(Surah Az-Zumar, ayat 65)

Saya sendiri menyedari, kehidupan kita sebagai manusia biasa tidak terlepas
daripada melakukan perkara-perkara yang menduakan Allah s.w.t. Saya kir,
saya pernah menulis buku bertajuk, Ph.D. Kecil Tetapi Signi kan yang
menceritakan tentang kejayaan pengajian tanpa mengaitkan kejayaan itu
dengan kebesaran Allah s.w.t. “Saya berjaya kerana strategi yang betul” dan
“lebih 60 peratus daripada kejayaan adalah kerana nasib semata-mata.” Itu
adalah antara perkara yang saya tulis.
Ketika menuntut di luar negara, saya dibekalkan dengan sepotong ayat.
Saya sendiri tidak tahu makna ayat itu. “Kamil, amal ayat ini dan pagar
rumah, kenderaan, dan diri. Insya Allah, kita selamat.”
Maka, ayat itu yang saya amalkan terutamanya apabila membeli kereta
BMW 520i. Setiap malam, kereta itu saya letakkan di hadapan rumah,
bersebelahan dengan pub. Apabila mereka pulang dalam keadaan mabuk, habis
kereta saya yang diletakkan di kawasan itu dilempar dengan botol-botol arak.
Saya sayangkan kereta itu. Lalu, setiap malam saya amalkan membaca ayat
yang dibekalkan sambil secara makrifat memagar kereta itu. Ia berhasil. Kereta
saya tidak pernah dirosakkan walaupun kereta di hadapan dan belakang kereta
saya mengalami masalah itu. Selama beberapa bulan kereta saya selamat,
sehingga pada suatu malam apabila saya begitu keletihan saya terlupa membaca
dan merenung tempat yang perlu saya pagar. Alahai, saya tertidur!
Keesokan harinya, cermin sisi kereta saya dikopak. Saya nyatakan kepada
Roza, “Saya terlupa membaca ayat bagi memagar kereta, itu sebabnya kereta
itu dikopak.”
Kelihatannya, ayat itu menjadi azimat mengapa kereta saya sentiasa selamat
berbanding dengan kereta-kereta lain. Benar, Allah s.w.t. tidak mengampuni
orang yang melakukan syirik jikalau dia meninggal dunia dalam kemusyrikan.
Setahun sebelum berangkat ke Tanah Suci saya berdoa dan merintih
kepada-Nya, “Ya Allah, Kau ampuni aku, banyak dosa-dosa yang sudah aku
lakukan. Ya Allah, jikalau aku pernah melakukan syirik, pernah menduakan-
Mu, ampuni aku. Aku tidak pernah berniat begitu jikalau ia berlaku kerana
kebodohan dan kejahilan aku.”
Tip kami, berhati-hati dengan amalan syirik semasa menunaikan ibadah
haji. Contohnya, tidak menulis nama di dinding Kaabah sambil berharap
dengan perbuatan itu menyebabkan kita berulang kali dapat menunaikan
ibadah haji. Jangan pula mencampakkan kertas yang bertulis nama ke makam
Rasulullah s.a.w. dengan harapan kita ataupun saudara-mara dipanggil bagi
menunaikan ibadah haji ataupun berjaya datang kembali untuk kali kedua
ataupun ketiga. Jangan ada yang menyebut, “Aku dapat menunaikan haji
berulang kali kerana menulis nama pada Kaabah.”
Tidak usah mengoyakkan kelambu (Kiswah) Kaabah dan menyimpan ia
kerana mempercayai bahawa kelambu itu membawa keuntungan. Saya kir,
kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. apabila mencium Hajarulaswad
perlu dipertimbangkan.
“Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanya batu yang tidak memberi manfaat dan
mudarat. Jikalau tidak kerana aku melihat Rasulullah mencium kamu, pasti aku tidak
mencium kamu.”

Benar, di Makkah dan Madinah terdapat banyak tempat yang dikatakan


mustajab untuk berdoa. Malah, sering juga disebut apabila berdoa di Makkah
ataupun Madinah, doa itu secara terus sampai kepada Allah s.w.t. tanpa hijab.
Malah, Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan sebagaimana yang dilaporkan
oleh At-Tabrani, “Orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu
Allah. Allah memanggil mereka dan mereka menjawab sehingga ketika mereka
meminta, maka Allah memberikannya.”
Benar, Allah s.w.t. memuliakan sesetengah tempat berbanding dengan
tempat-tempat lain. Itu adalah anugerah Allah s.w.t. yang mempunyai
kebijaksanaan dan kehebatan luar biasa. Dia lebih mengetahui apa yang
dianugerahkan untuk hamba-hamba-Nya. Bagaimanapun, dalam keadaan apa
sekali pun, jangan sekali-kali tersilap dengan mengatakan bahawa segala doa
yang dimohon tertunai kerana ia dilakukan di tempat-tempat yang mustajab
ini. Sesungguhnya, Allah s.w.t. tidak memerlukan ukuran tertentu bagi
memenuhi hajat hamba-hamba-Nya.
Hakikat sebenar, Allah s.w.t. sentiasa mendengar permintaan hamba-
hamba-Nya. Setiap permintaan kepada-Nya tidak memerlukan sebarang
pengantara. Bezanya, di Makkah dan Madinah kita berasa begitu hampir
kepada Allah s.w.t. kerana seluruh jiwa dan perasaan terfokus pada-Nya. Itu
adalah keindahan Islam.
Tip 13: Mencari Tenaga

N
asihat umum, “Pergi menunaikan ibadah haji ketika usia muda.”
Mengapa? Asas ibadah haji adalah pergerakan yang menggunakan
tenaga. Pertama, secara tradisional mereka yang menunaikan ibadah
haji dianggap sebagai satu peristiwa besar kepada seseorang individu.
Ia tidak mengira orang kaya ataupun miskin, berpangkat ataupun tidak,
datuk ataupun encik. Semuanya pasti diraikan. Cuma, ia adalah majlis yang
dianjurkan berbeza-beza mengikut kemampuan. Paling tidak, saudara, kaum
keluarga, dan sahabat handai tidak henti-henti berziarah dan memberi ucap
selamat. Semakin hampir dengan -saat untuk berangkat, semakin ramai yang
datang. Malah, sehari sebelum berlepas ataupun pada hari berlepas, majlis doa
selamat, jamuan, dan kunjungan tetamu tidak putus-putus. Ia terlalu
memenatkan.
Bayangkan pula pada hari penerbangan pergi. Ia memerlukan tempoh masa
yang panjang. Seorang teman, rakan pensyarah yang tinggal di Serendah,
Selangor, beliau bertolak sebelum subuh supaya sampai awal di Kelana Jaya.
Mereka bercadang mahu menunaikan solat subuh di sana walaupun masa
menunggu untuk pendaftaran dan berlepas sekitar 8.30 pagi.
Kemudian, bas membawa mereka ke KLIA untuk penerbangan pada jam
12.30 tengah hari. Perjalanan dari Serendah, Kelana Jaya, KLIA, dan tempoh
menunggu di Kelana Jaya memakan masa hampir tujuh jam.
Jikalau tiada halangan, penerbangan dari KLIA ke Makkah mengambil
masa hampir lima ke enam jam. Urusan di Lapangan Terbang Jedah pula
mengambil masa hampir dua jam. Dua jam lagi diperlukan bagi membawa
mereka ke Makkah sehingga dapat menginap di bilik masing-masing. Secara
purata, proses penerbangan pergi sehingga jemaah berada di bilik hotel di
Makkah mengambil masa antara 15 ke 20 jam. Bayangkan pula jikalau jemaah
meneruskan kegiatan haji. Contohnya, melakukan umrah wajib untuk mereka
yang melakukan haji tamatuk.
Mereka bertawaf sebanyak tujuh pusingan yang mengambil masa antara 30
hingga 40 minit. Jikalau tawaf dilakukan melalui pusingan besar, kami
menganggarkan ia sejauh tiga kilometer. Selesai tawaf, mereka melakukan saie
sebanyak tujuh pusingan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, iaitu satu
perjalanan hampir 450 meter setiap satu pusingan. Jumlah keseluruhan hampir
tiga kilometer.
Bayangkan bagaimana tubuh badan yang selama ini dimanjakan
berhadapan dengan kejutan zikal yang begitu hebat. Bagaimana pula dengan
mereka yang sudah berusia. Saya kir labu betis, urat-urat, dan seluruh tubuh
badan pasti bertindak balas secara serta-merta.
Ulangan pergerakan itu berlaku jikalau mereka melaksanakan ibadah
umrah sunat. Paling tidak, pergerakan zikal jemaah haji berkisar tentang
perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram dan juga apabila melakukan tawaf
sunat yang menjadi salah satu ibadah paling afdhal. Barangkali benar apa yang
dinasihati orang, “Tunaikan ibadah haji ketika muda usia.”
Kemudian, ketika menyempurnakan ibadah haji, wuquf di Arafah,
bermalam di Muzdalifah, dan melontar di Mina, kebanyakan jemaah berjalan
hampir enam kilometer pergi dan balik bagi melakukan ibadah melontar.
Ibadah itu perlu dilakukan selama empat hari berturut-turut walaupun
terdapat pilihan lain yang dapat dipertimbangkan.
Walau bagaimanapun, kuasa Allah s.w.t. mengatasi akal dan kiran
manusia. Jemaah haji kelihatan mampu melaksanakan perkara wajib tanpa
mengira usia. Bezanya, mereka yang lemah zikal terdampar di bilik dan
berehat-rehat dengan alasan tiada kekuatan bagi melakukan ibadah sunat lain.
Apatah lagi jikalau kelemahan itu disokong oleh minda yang lemah.
Faktor tenaga adalah satu isu besar terutamanya semasa berada di Makkah.
Barangkali, benar pendapat yang mengatakan, ibadah haji memerlukan
pengorbanan besar, dari segi emosi dan zikal.
Melalui konteks ini, ia dianggap jihad kepada golongan wanita. Saidatina
Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah,
apakah wanita wajib berjihad?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ya, untuk mereka
jihad dengan tidak berperang di dalamnya, iaitu haji dan umrah.”
Tip kami, tenaga yang diperlukan semasa berada di Makkah dan Madinah
perlu dicari seawal mungkin. Lakukan latihan zikal dan jaga pemakanan.
Jikalau perlu, ambil makanan tambahan yang dapat membantu. Berdoa, “Ya
Allah, aku manusia lemah ya Allah. Aku ingin menunaikan ibadah haji semata-
mata kerana -Mu ya Allah. Berikan kekuatan kepada kami, jangan kami lemah,
tidak berdaya, dan sukar untuk beramal ibadah semasa di sana.”
Hampir enam bulan, setiap petang kami bersenam di sekitar tasik Seksyen
7, Shah Alam. Sambil berjoging, kami belajar berzikir, memohon keampunan
Allah s.w.t., dan meminta supaya kami dipermudahkan. Pada hujung minggu
selepas solat subuh, kami berjalan pantas mengelilingi Seksyen 9 dan 10.
Kadangkala, kami bertawaf di kawasan kondo sekitar jam 4.00 pagi.
Ya Allah, mengingati kembali jalan-jalan yang pernah kami lalui, saya rasa
bersyukur. Ia terasa seperti sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kerana
mahu mencari tenaga sebagai bekalan berada di Makkah dan Madinah. Rupa-
rupanya, pergerakan yang terpaksa kami lalui sepanjang berada di sana
mengikis segala kudrat yang tersimpan selama beberapa bulan sebelumnya. Ia
memudahkan.
Ampuni kami ya Allah.
Tip 14 : Tuan Haji


Assalamualaikum haji, hajah, sila, sila. Ikut sini haji, hajah.” Itu panggilan
kepada jemaah haji yang sedang melalui dewan menunggu menuju ke arah
bas yang siap berada di luar bangunan. Kami tersenyum-senyum girang.
Wah, belum selesai wuquf di Arafah sudah bergelar haji. Ini baru di Kompleks
Tabung Haji, Kelana Jaya.
Agaknya itu adalah perasaan majoriti umat Islam berbangsa Melayu dan
tinggal di bumi Malaysia. Berbangga dengan gelaran haji. Kami
membayangkan nama bergelar Profesor Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim dan
Hajah Raudzah Roslan.
Alangkah hebatnya jikalau bergelar Dato’ Seri Profesor Dr. Haji Muhd
Kamil Ibrahim. Begitulah pentingnya gelaran untuk sesetengah orang. Mereka
mampu menyinga jikalau nama dipanggil tanpa gelaran. Malah, jikalau
mengisi borang kedatangan mesyuarat pasti jelas tertulis, Profesor Dr. Haji
Muhd Kamil.
Mereka yang mempunyai kebesaran diri pasti berasa gundah gulana apabila
orang tidak memanggil beliau dengan panggilan yang betul. Seorang terkenal
yang dianugerahkan pangkat sebagai Tan Sri tidak mahu menjawab sapaan
semata-mata kerana kami memanggil beliau dengan gelaran Dato’ walaupun
sudah lama kami kenal mengenali antara satu sama lain. Kami terlupa bahawa
beliau sudah dianugerahkan gelaran terkini yang lebih tinggi.
Di Masjidil Haram jemaah dipanggil haji, haji, haji, haji oleh pegawai
beruniform. Bezanya panggilan itu bukan satu panggilan hormat, tetapi
memberi amaran akibat tingkah laku yang degil. Ada yang menghalang jalan.
Terdapat mereka yang enggan bergerak apabila diminta meninggalkan kawasan
yang mahu dicuci.
Terdapat mereka yang degil dan enggan meninggalkan Hijir Ismail ketika
waktu ia mahu dikosongkan. Mereka juga dipanggil begitu apabila beg
sandang mereka mahu diperiksa kerana disyaki membawa kamera.
Haji, haji, haji juga dipanggil sesama sendiri apabila berkomunikasi
terutamanya di lobi hotel, di dalam bilik, ataupun di dalam lif. Mudah, satu
panggilan tanpa nama.
Panggilan haji sebelum selesai ibadah haji di Malaysia adalah atas dasar
hormat kerana mereka yang menunaikan ibadah haji pulang sebagai manusia
yang lebih baik. Jemaah haji pula pada ketika itu kelihatan tunduk, takut, dan
gelisah. Ia suasana yang sepadan dengan perasaan dalaman. Ketakutan akibat
risau dengan kemungkinan berhadapan dengan dugaan dan cubaan yang bakal
di terima semasa di Tanah Suci.
Tip kami, perhatikan bagaimana penghormatan masyarakat kepada mereka
yang bergelar haji. Sangkaan mereka jelas. Mereka yang sudah menunaikan
ibadah haji adalah golongan terpilih di sisi Allah s.w.t. Malah sebelum
berangkat, setiap orang yang pergi menunaikan ibadah haji sentiasa didoakan
supaya mendapat haji mabrur. Pemegang gelaran haji seolah-olah mempunyai
garis panduan baru yang perlu dipatuhi.
Walau bagaimanapun, tidak usah berbangga semata-mata kerana gelaran
haji ataupun hajah tanpa melakukan sesuatu yang memenuhi pengisian
falsafah haji itu sendiri. Barangkali, gelaran haji pada pangkal nama hanya
popular di negara kita. Ia satu perlambangan yang mahu dipakai oleh ramai
orang. Mereka langsung tidak malu bergelar haji walaupun mereka membawa
perlambangan yang salah.
Benar, sama ada mabrur ataupun tidak ibadah haji kita hanya ditentukan
oleh Allah s.w.t., tetapi tanda-tanda mabrur ataupun tidak mungkin dapat
dikesan oleh diri kita sendiri. Misalnya, apakah haji kita mabrur jikalau hati
murka apabila tidak dipanggil dengan nama Tuan Haji Muhd Kamil Ibrahim?
Nilai ‘Tuan Haji’ harus bersesuaian dengan makna mabrur itu sendiri.
Mabrur wajib difahami bukan hanya sebagai satu slogan. Kami memahami
mabrur dalam konteks bahasa sebagai sesuatu yang baik, suci, dan bersih.
Manakala, dalam konteks ibadah, mabrur bermakna diterima dan mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Mungkin dalam keadaan paling daif, mabrur bermakna
berubah ke arah kebaikan.
Sepatutnya, mereka yang bergelar Tuan Haji adalah orang yang
memperoleh haji mabrur. Iaitu mereka yang semakin kuat keimanannya serta
meningkat amal ibadahnya. Mereka sepatutnya menjadi pemimpin
masyarakat. Jikalau menjadi ketua jabatan, tuan-tuan haji ini yang sepatutnya
membawa anak-anak buah ke arah kebaikan dunia dan akhirat.
Contohnya, mereka perlu merencanakan kegiatan organisasi berpandukan
kepada kepentingan melaksanakan keutamaan di sisi Allah s.w.t. Mereka perlu
menjadi pelopor kepada solat berjemaah.
Sekalipun bukan sebagai pemimpin hebat, cukup dengan menjadi
pemimpin keluarga. Jikalau tidak, falsafah haji yang patut dilaksanakan dan
dibawa pulang ditinggalkan bersama debu, pasir, dan kenangan di kota
Makkah dan Madinah.
“Tiada balasan lain untuk haji mabrur selain daripada syurga.”
Kami sentiasa berdoa supaya kehidupan selepas kematian berakhir dengan
syurga paling istimewa. Malah, kami juga sentiasa berdoa supaya setiap ahli
keluarga, anak-anak, kedua ibu bapa, adik beradik, kaum keluarga lain, serta
Muslimin dan Muslimat dikumpulkan bersama dan diarahkan ke syurga tanpa
dihisab.
Pertimbangkan motivasi ini, semoga Allah s.w.t. menganugerahkan haji
mabrur kerana ia menggambarkan kita bagaikan seorang bayi baru dilahirkan
dari perut ibu. Ia suci dan bersih. Hanya mereka yang suci dan bersih pasti
terus ke syurga tanpa dihisab.
“Tuan Haji dan Hajah, ibadah haji memungkinkan ia berlaku.”
Tip 15 : Tiada Siapa Yang Tertinggal

Sabarkah Kita?

O
rang selalu bercerita bagaimana jemaah haji Malaysia suka berebut-
rebut, memotong barisan, dan mementingkan diri dalam proses
melaksanakan ibadah haji.
Apakah itu benar? Saya tidak mahu mempercayai ia apatah lagi melakukan
ia. Namun, salah satu daripada isu yang dipesan oleh penceramah Tabung Haji
adalah supaya jemaah kita menjaga tata tertib, bersopan santun, dan tidak
melampaui batas. Budi bahasa perlu dijaga. Usah terlampau berkira dengan
keadaan, apatah lagi bergaduh-gaduh sesama sendiri semasa di Tanah Suci.
Pesan ustaz lagi, “Di Muzdalifah cuaca agak sejuk. Ramai yang mahu segera
ke Mina. Walau bagaimanapun, jangan berebut-rebut apabila menaiki bas.
Ingat, kita semua dalam ihram, kita sedang menunaikan ibadah haji bukan
menonton wayang.”
Saya mengangkat tangan dan bertanya soalan bodoh, “Ustaz, jikalau saya
tidak berebut, apakah saya akan ditinggalkan?” Selesai bertanya, baru saya rasa
menyesal. Alahai, masakan petugas Tabung Haji tidak melihat keseluruhan
kawasan bagi memastikan tidak ada jemaah yang tertinggal. Mungkin saya
tidak langsung dapat membayangkan keadaan di sana sehingga terasa bahawa
ia adalah persinggahan yang begitu sukar.
“Tidak pernah berlaku. Kami akan pastikan semua jemaah sampai ke
Mina. Jangan risau.”
Satu penegasan!
Saya tidak mahu mempercayai, tetapi seawal beratur menaiki bas di Kelana
Jaya menuju ke KLIA sudah ada yang tidak sabar. Ia bayangan awal. Tidak
ramai yang bersikap begitu, tetapi sikap tidak sabar dan mementingkan diri
sendiri sudah bermula.
Mungkin juga ada yang mahu cepat-cepat berada di dalam bas kerana takut
tercicir, tetapi bertahan dengan sifat sabar dan malu. Walau bagaimanapun,
mungkin ia tidak dimaklumkan kerana sibuk dengan isu-isu rukun dan wajib
haji betapa pengurusan Tabung Haji sistematik dalam mengurus jemaah haji
Malaysia.
Saya menyaksikan sendiri bagaimana jemaah dipersilakan naik ke dalam
bas masing-masing mengikut barisan. Kemudian, bas beredar ke satu kawasan
lain menunggu semua bas-bas mengambil penumpang. Secara konvoi dengan
diiringi oleh pasukan polis, bas-bas ini menuju ke KLIA dalam suasana sebak
dan sayu.
“Ya Allah kami sedang menuju ke rumah-Mu ya Allah. Subhanallah. Subhanallah.
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah. Banyak dosa-dosa kami ya Allah. Mudahkan kami ya
Allah.”
Ibadah haji bukan hanya bermula di Makkah ataupun Madinah. Haji
mabrur atau haji yang diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t. terpancar pada
tingkah laku jemaah. Sifat-sifat sabar, bertimbang rasa, dan bertolak ansur
sepanjang perjalanan dengan bibir dan hati sentiasa berzikir, berdoa, dan
merayu supaya ia diterima oleh-Nya begitu membantu kita menjaga hati.
Tip kami, kurangkan bercakap dan bersembang apabila sudah sampai di
Kelana Jaya. Tenangkan hati dengan berzikir. Usah ber kir mengenai perkara
remeh-temeh. Jikalau ada yang bersikap tidak sopan, berdoa supaya mereka
diampunkan oleh Allah s.w.t. Usah sekali-kali mengutuk dalam hati. Bersedia
bagi melakukan satu pengorbanan semata-mata kerana Allah s.w.t.
Hakikatnya, latihlah diri supaya menjadi manusia yang lebih baik dengan
membantu mereka yang memerlukan. Lihat di sekeliling kita, jikalau ada
pasangan tua yang tidak mempunyai anak-anak berada di dalam kegelisahan,
tenangkan mereka. Bayangkan mereka sebagai ibu dan ayah kita sendiri.
Apakah kita sanggup?
Di Muzdalifah ramai yang kesejukan. Setiap kali bas tiba, jemaah berebut-
rebut mahu pergi dahulu. Mereka yang muda mengalahkan yang berumur.
Saya katakan kepada Roza, Kakak Mie, dan Na, “Kita masih muda, bertenaga,
dan mempunyai kudrat. Biar kita menjadi orang terakhir yang meninggalkan
bumi Muzdalifah.”
Saya benar-benar kesejukan, tetapi ajal saya belum sampai. Benar, kami
adalah jemaah terakhir yang meninggalkan Muzdalifah, tetapi Allah s.w.t.
tidak mengabaikan kami melalui pengurusan Tabung Haji. Kami tidak
ditinggalkan.
Peristiwa kesejukan di Muzdalifah benar-benar melekat dalam kotak minda
kami. Rakan sebilik yang sudah berusia langsung hilang ingatan. Mereka hanya
berbaring di Mina. Tidak mampu pergi melontar. Malah, apabila pulang
semula ke Makkah, kedua-dua mereka terpaksa dihantar ke hospital.
Begitulah. Alangkah baiknya jikalau setiap jemaah haji memerhatikan di
sekitar mereka. Utamakan mereka yang tua, uzur, dan berpenyakit. Tindak-
tanduk yang tidak mementingkan diri sendiri di tengah-tengah kesukaran
membentuk hati yang suci bersih. Mudah-mudahan apabila pulang ke
Malaysia ia berbekas di hati.
Tip 16: Dua Kali Ganda

M
enunaikan ibadah haji bersama-sama kedua ibu bapa ataupun
saudara mara lain perlu menempuh dugaan dan cabaran tersendiri.
Malah, ia mungkin lebih hebat jikalau mereka yang dibawa
bersama itu sudah berusia, kurang berilmu, bersifat degil, apatah lagi tidak
mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Tip kami, untuk jemaah yang membawa bersama-sama mereka warga emas
atau berusia, mereka harus bersedia dengan teori dua kali ganda dan bukannya
menjadi setengah kali ganda. Ia menjadi lebih penting apabila membawa
kedua-dua ibu bapa. Maksud kami, segala-galanya perlu digandakan
terutamanya dalam konteks beribadah kepada Allah s.w.t.
Saya memerhatikan bagaimana rakan sebilik menguruskan ibu beliau yang
sudah berusia dan uzur. Tenaga yang perlu dicurahkan oleh beliau bertambah.
Setiap kali melakukan ibadah wajib, beliau menggunakan kerusi roda, menolak
hampir 300 meter. Tawaf pula terpaksa dilakukan di atas bumbung Masjidil
Haram yang lebih jauh pusingannya. Kemudian, saie pula sejauh 450 meter
bergerak sebanyak tujuh kali pusingan.
Setiap hari beliau bertanya kepada ibunya sama ada ingin bersolat di masjid
ataupun di bilik. Bergantung kepada kesihatan ibu, beliau akur dengan apa
sahaja permintaan ibu beliau. Beliau lakukan yang terbaik untuk ibunya tanpa
menjejaskan amalan beliau. Antara kami, beliau adalah salah seorang yang
sentiasa menunaikan solat lima waktu di Masjidil Haram dan Masjid Nabi.
Beliau benar-benar menjaga amalan beliau. Maksudnya, beliau bekerja dua kali
ganda.
Hampir setiap hari beliau membasuh pakaian beliau dan keluarga
sepanjang berada di sana. Beliau tidak pernah bersungut, malah sentiasa
bercerita tentang kebaikan ibu bapanya yang membesarkan beliau. Kesukaran
bekerja dan menjaga anak-anak, hanya ketika usia menghampiri 80 tahun baru
ibu beliau berkesempatan untuk hadir ke Makkah dan Madinah. Allah s.w.t.
menyatakan:
Setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Aku tegaskan, setiap kesukaran pasti ada
kemudahan.

Ini benar-benar terbukti dalam konteks rakan saya itu. Beliau berupaya
menunaikan ibadah dengan cemerlang. Malah, beliau mampu menjaga ibunya
dengan penuh kasih-sayang dan disenangi oleh rakan-rakan sebilik. Beliau
langsung tidak mempunyai masalah.
Pada sudut lain, terdapat juga jemaah haji yang terpaksa menjaga kedua-
dua ibu bapa. Kehidupan seharian beliau di Makkah dan Madinah
kebanyakannya berada di bilik hotel. Alasan beliau mudah, “Saya menjaga ibu
dan ayah. Mudah-mudahan Allah tahu. Ini sahaja yang mampu saya lakukan.”
Dalam konteks berbeza, saya pernah berjumpa dengan seorang tua yang
terpinga-pinga di dalam masjid. Beliau bertanya, “Anak, di manakah Kaabah?”
Lalu saya bertanya kepada beliau, “Dengan siapakah pak cik datang?”
“Anak.”
“Di manakah anak pak cik?”
“Anak pak cik tidur. Sebab itu pak cik datang sendiri. Pak cik nampak
tempat ini lain. Tidak serupa macam semalam.”
Begitulah keghairahan warga emas yang mahu beramal ibadah di masjid
dan bukan berehat di bilik hotel. Anak-anak yang perlu membantu mereka.
Jangan sekali-kali mengambil mudah dalam segala hal berkaitan ibu bapa.
Bagaimana pula dengan ibu-bapa yang sihat tubuh badan dan bijak.
Kadangkala timbul pula ujian-ujian yang berasaskan hubungan sehari-harian
terutamanya dalam konteks komunikasi, berbeza pendapat, dan kemahuan
antara kedua-duanya. Ketika di Malaysia, perbezaan-perbezaan ini tidak ketara
kerana ibu bapa dan anak-anak yang sudah dewasa tidak lagi tinggal
sebumbung.
Di Makkah dan Madinah, hampir setiap saat mereka bertentang mata.
Suasana ‘angin yang berlawanan’ ini kebanyakannya sudah lama bermula di
Malaysia. Ironinya, ia meletup di Makkah dan Madinah. Persiapan mental
harus bermula sebelum berangkat ke Makkah. Pertimbangkan tingkah laku
mereka yang sering mengundang rasa marah di hati semasa di Malaysia.
Tulis satu per satu kemungkinan itu. Ia sebagai persiapan kesabaran seorang
anak yang akan bersama dengan tingkah laku itu hampir dua bulan lamanya.
Kemudian, berdoa kepada Allah s.w.t. supaya kita diberikan kemudahan
dan kesabaran yang tinggi. Minta belas kasihan Allah s.w.t. supaya kita
dipermudahkan bagi menjaga kedua ibu bapa semasa di Tanah Suci.
“Ya Allah jadikan kami anak yang soleh, anak yang taat kepada-Mu ya Allah. Ya Allah, aku
akan menunaikan ibadah haji bersama-sama ayah dan ibuku ya Allah, berikan perasaan
kasih sayang antara kami, saling mencintai, tiada sengketa antara kami. Ya Allah, jaga
hubungan isteri aku dengan mereka ya Allah.”

Hakikat sebenar, layani kedua-dua orang ibu bapa ataupun saudara mara yang
lebih tua dengan cara bersabar, berdoa, dan mengharapkan yang terbaik. Ujian
menunaikan ibadah haji bersama-sama ibu bapa memerlukan tenaga, emosi,
dan zikal sebanyak dua kali ganda.
Tip 17 : Ajari Meraka

I
badah haji memerlukan sumber kewangan yang cukup. Mereka yang
tidak berkemampuan tidak diwajibkan hadir ke Tanah Suci. Maka, tidak
hairan jemaah haji Malaysia kebanyakannya sudah berusia ketika
menerima jemputan ke sana. Kami tidak mempunyai statistik sebenar, tetapi
melihat kepada mereka yang hampir, purata usia mereka seharusnya melebihi
50 tahun.
Ketika usia muda, tenaga dan kudrat ditujukan kepada keperluan
kehidupan dunia. Contohnya, kereta, rumah, perabot, televisyen, komputer
riba, hi- , dan pelbagai lagi. Malah, ramai yang sudah melancong ke serata
dunia dengan berbelanja besar walaupun Makkah dan Madinah belum
tersenarai. Mungkin kebanyakan orang sengaja ber kir, Makkah dan Madinah
harus disinggahi ketika usia bersara menggunakan wang pampasan ataupun
persaraan.
Namun, bukan sedikit yang sememangnya tidak berkemampuan. Ketika
muda, mereka mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak. Tanpa disedari,
usia mereka sudah hampir ke penghujung. Wang simpanan hampir-hampir
kosong, tetapi keinginan menunaikan ibadah haji sentiasa membuak-buak.
Akhirnya, dengan sumbangan anak-anak, mereka berjaya memijakkan kaki di
Tanah Suci. Begitulah caranya mereka ke Tanah Suci.
Subhanallah.
Penerbangan kami tidak terkecuali. Mereka yang paling tua usianya sudah
menghampiri 100 tahun. Malah, bilangan jemaah yang berusia antara 70 ke
90 tahun bukan sedikit. Mereka biasanya dibantu oleh anak-anak yang masih
kuat bertenaga. Ada juga perbelanjaan anak yang dibiayai oleh adik-beradik
lain supaya menemani ibu dan ayah yang tidak bertenaga.
Kisah-kisah orang tua bersama-sama anak ini begitu menarik untuk
dikongsi. Mudah-mudahan ia menjadi tip berguna berdasarkan kepada
pemerhatian yang tidak sempurna kerana tidak mempunyai pengalaman yang
sama. Namun, ada beberapa isu bersifat sejagat yang dapat dipertimbangkan.
Terdapat sepasang suami-isteri yang sudah berusia ditemani oleh anak
lelaki. Kedua-duanya hanya berehat-rehat di bilik kerana dikatakan uzur. Si ibu
ditinggalkan di dalam bilik berasingan bersama-sama dengan jemaah wanita
lain. Itu adalah kehidupan harian beliau selama hampir 50 hari di Makkah dan
Madinah. Mereka hanya melakukan perkara wajib sahaja.
Bayangkan bagaimana perasaan ibu yang berseorangan hampir sepanjang
hari apabila jemaah lain mula bergerak ke masjid. Kami mendapat maklumat
melalui seorang rakan karib yang bercerita pengalaman beliau menemani ibu
mentuanya yang uzur. Terdapat beberapa ibu tua lain yang tinggal sebilik
dengan mereka. Beliau memberi pandangan, “Jikalau mampu, seeloknya yang
menemani ibu ataupun ibu mentua adalah anak perempuan. Ia perkara
penting terutama bagi menguruskan mereka di dalam bilik dan juga di
khemah semasa di Arafah dan Mina.”
“Mengapa? Bukankah ramai orang di bilik? Bukankah di khemah lebih
terbuka dan ramai orang yang dapat memerhati?”
Kami bertanya berdasarkan logik akal.
“Benar, tetapi banyak isu-isu kritikal. Ia kelihatan remeh-temeh, tetapi
perlu diberi perhatian. Contohnya, penggunaan tandas. Kebanyakan orang tua
terutamanya yang berasal dari kampung tidak berapa pandai menggunakan
tandas duduk. Mereka bimbang punggung terperosok ke dalam mangkuk
tandas. Akibatnya, mereka membuang sahaja di atas lantai.”
Beliau teruskan lagi, “Setiap kali mahu ke bilik air, saya terpaksa menjirus
banyak air. Lebih tragis lagi, ada yang membuang air besar di dalam tab
mandi.”
“Ya?”
Kami seolah-olah tidak percaya dengan cerita beliau.
Ya Allah, beberapa rakan lain juga mengalami peristiwa yang sama.
Kebanyakan mereka adalah orang tua yang datang bersama-sama suami
ataupun anak lelaki. Mungkin jikalau ada rakan-rakan yang bertanya sama ada
elok anak lelaki ataupun perempuan yang menemani ibunya, saya galakkan
anak ataupun menantu perempuan.
Beliau terus bercerita, “Lagi pula, semasa di Madinah, laluan jemaah lelaki
dan perempuan diasingkan. Agak susah untuk lelaki membawa ibu mereka ke
Masjid Nabi. Apatah lagi untuk masuk bersolat sunat di dalam Raudhah.
Tambahan pula di Raudhah hanya ada masa-masa tertentu yang sudah
ditetapkan. Jikalau mereka berkerusi roda perlu ada orang perempuan yang
menolak mereka.”
Itu adalah cerita sebelum kami berada di Tanah Suci. Ternyata ia benar.
Namun satu hakikat yang nyata, tua ataupun muda, kedatangan mereka ke
Tanah Suci menjadi tetamu Allah s.w.t. Bagaimana Allah s.w.t. menyambut
kita di sana berbeza-beza. Ia bergantung kepada individu. Akhirnya, setiap
daripada kita sebenarnya mempunyai bahagian masing-masing yang sudah
ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Bagaimanapun, manusia perlu ber kir dengan melihat pelbagai
kemungkinan yang akan berlaku di Tanah Suci. Akhirnya, yang ada pada kita
ialah peluang mencari ilmu, berusaha, berdoa dan bertawakal kepadanya.
Mudah-mudahan ibadah haji yang mahu dilaksanakan dipermudahkan.
Orang tua, ajari mereka dan jangan ditinggalkan.
Tip 18 : Tidur Masa Malaysia

M
engurangkan waktu tidur mampu menyelesaikan banyak masalah.
Tidur pula dikaitkan dengan waktu malam. Hari dikatakan malam
apabila cahaya matahari menghilang. Lumrah semula jadi, mata
pasti mengantuk apabila suasana suram, redup, dan gelap. Barangkali ia sesuai
dengan aturan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat.
Kenyataan ini tidak sentiasa benar. Ketika kami berada di luar negara
semasa musim sejuk, masa gelap di sana agak panjang. Tidak pula kami tidur
sepanjang waktu gelap itu. Saya masih perlu menghadiri kuliah. Roza pula
bekerja hingga ke petang. Maksudnya, gelap dan terang tidak semestinya
dikaitkan dengan waktu tidur.
Namun, waktu malam mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya, dalam
surah As-Sajadah, ayat 16 hingga ayat 17, Allah s.w.t. memberi kemuliaan
kepada mereka yang bangun malam:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan
solat tahajud dan amal-amal soleh. Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan
mereka dengan perasaan takut terhadap kemurkaan-Nya serta dengan perasaan ingin
memperoleh lagi keredhaan-Nya dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
daripada apa yang Kami beri kepada mereka.
Maka, tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu per satu persediaan yang sudah
dirahsiakan untuk mereka daripada segala jenis nikmat yang begitu indah dipandang dan
menggembirakan, sebagai balasan kepada amal-amal soleh yang mereka kerjakan.

Tidak dapat dina kan bahawa bangun malam dan melakukan amal ibadah
semata-semata kepada-Nya terlalu sukar untuk mereka yang tidak mempunyai
keinginan. Terlampau banyak perkara yang di kirkan. Contohnya, “Apakah
aku mampu bekerja pada waktu siang selepas bangun bersolat malam?”Soalan
ini muncul meskipun mereka mengetahui Allah s.w.t. menjanjikan kehidupan
paling istimewa sesudah mati.
Barangkali, hampir semua orang mengetahui bagaimana Rasulullah s.a.w.
sanggup melaksanakan solat malam hingga kedua-dua belah tapak kaki
Baginda pecah-pecah sedangkan Baginda sudah dijamin tempat yang paling
istimewa di sisi Allah s.w.t. Ketika Saidatina Aishah r.a. bertanya, Rasulullah
s.a.w. menjawab, “Apakah salah aku bersyukur kepada Allah.” Implikasi
kenyataan ini, solat malam ataupun apa-apa juga ibadah, wajib dilakukan
semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya kerana mengharapkan ganjaran.
Memahami hakikat itu memudahkan manusia untuk istiqamah dalam beramal
ibadah.
Namun, kita wajib mempercayai setiap janji Allah s.w.t. itu benar dan pasti
Allah s.w.t. memakbulkan. Itu adalah aturan yang diulang dalam Al-Quran.
Mereka yang melakukan kebaikan, melaksanakan segala perintah, dan
meninggalkan larangan-Nya pasti diberi pembalasan kemuliaan yang tinggi di
sisi Allah s.w.t.
Sama ada di Makkah ataupun di Madinah, rakyat Malaysia diberi
keistimewaan oleh Allah s.w.t. untuk menunaikan solat malam. Tentu sekali,
ramai yang tidak ter kir tentang perbezaan masa antara Makkah dan Malaysia
begitu membantu supaya kita dapat bangun malam dan beramal ibadah
kepada-Nya. Waktu di Makkah dan Madinah lewat lima jam berbanding
dengan waktu di Malaysia.
Bayangkan begini, jikalau waktu di Makkah jarum jam menunjukkan jam
dua pagi, maka waktu di Malaysia tepat pada pukul tujuh pagi. Apakah yang
sedang kita lakukan di Malaysia? Jelas, sebenarnya kita sedang bersiap sedia
untuk ke pejabat. Mungkin juga sebahagian daripada kita berada di jalanan
dan menghadapi kesesakan jalan raya. Ataupun mungkin mereka yang bekerja
pada syif awal pagi sudah mula bekerja. Maksud kami, ia bukan waktu untuk
kita tidur.
Tip kami, jangan ubah waktu tidur semasa di Makkah. Jikalau diubah,
biarkan jumlah masa tidur kita berkurangan. Biar sangat berkurangan.
Hakikatnya, jikalau waktu kita bermula sekitar jam 1.30 pagi di Makkah, ia
seumpama jam 6.30 pagi di Malaysia. Ambil masa selama 30 minit untuk
mandi, berpakaian, dan solat sunat dua rakaat. Ia seolah-olah kita sedang
bersiap-sedia untuk solat subuh dan kemudian terus ke pejabat semasa di
Malaysia.
Tidak timbul soal sukar bangun malam. Di Makkah dan Madinah, hanya
mereka yang suka berbohong sahaja yang berkata, “Saya ingin bangun
bertahajud, tetapi sukar untuk bangun.” Ataupun mereka berkata, “Saya ingin
ke masjid, tetapi tidak terjaga.” Hakikatnya, hati mereka berkata, “Aku mahu
tidur.” Mereka mengikut bisikan rakan dari neraka yang tidak sepatutnya
diikut. Allah s.w.t. menjelaskan dalam surah Ibrahim, ayat 21:
Dan mereka sekalian tetap berhimpun menghadap Allah untuk dihisab pada hari kiamat;
kemudian orang-orang yang lemah yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang
sombong takbur itu berkata kepada mereka yang menjadi pemimpinnya, “Sesungguhnya
kami menjadi pengikut kamu, maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit
daripada azab Allah?”
Mereka menjawab, “Sekiranya Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentu kami
tunjukkan jalan itu kepada kamu. Sekarang sama sahaja kepada kita, sama ada kita
menggelisah dan mengeluh ataupun kita bersabar, tiada sebarang jalan untuk kita
melepaskan diri daripada azab itu.

Masa, siang, malam, terang, ataupun gelap akhirnya tidak membawa


pengertian berbeza kecuali untuk mereka yang menggunakan ia dengan sebaik
mungkin. Insya Allah, Dia pasti membantu hamba-hamba-Nya yang mahukan
kebaikan di sisi-Nya.
Tip 19 : Membuat Pilihan


Berapakah jauh hotel dengan Masjidil Haram?” Itu antara soalan yang
sering disoal kepada mereka yang baru pulang daripada menunaikan
ibadah haji. Lalu, mereka membandingkan ia dengan pengalaman yang
mereka lalui.
“Masa saya dahulu sangat dekat, 100 meter sahaja dari pintu Babus Salam.
Orang pakej lagi jauh,” berbangga dengan jarak beliau yang lebih dekat
berbanding dengan jemaah yang baru pulang.
“Hotel saya hanya 50 meter dari pintu satu. Setiap waktu selepas solat
dapat pulang ke bilik,” kata rakan lain.
Malah, tanda aras yang lebih mengujakan adalah apabila mereka
membandingkan pula dengan jemaah yang pergi menggunakan pakej swasta.
Iaitu pakej lebih mahal daripada muassasah biasa. Jarak hotel dengan Masjidil
Haram menjadi isu besar semasa jemaah berada di Makkah.
Terdapat tradisi yang mengatakan, mereka yang menunaikan ibadah haji
perlu berjalan kaki ke Masjidil Haram. Ia adalah pendapat mengarut hingga
merencatkan akal dalam membuat keputusan apabila berbincang mengenai
perjalanan dari hotel ke masjid.
Bayangkan begini. Rumah kami di Kondo Kemuncak, Seksyen 9, Shah
Alam. Masjid Negeri Selangor berkubah biru itu jelas kelihatan dari rumah.
Jikalau berjalan tidak sampai pun 10 minit. Mungkin paling lama antara 15
hingga 20 minit.
Apakah kami berjalan kaki ke sana? Sama sekali tidak. Kami sentiasa
memandu, tidak kira siang ataupun malam, subuh atau pun maghrib. Tidak
timbul soal berjalan kaki. Malah, kami kir ia bukan satu pilihan yang mahu
dipertimbangkan.
Malah, agak ganjil melihat orang Malaysia berjalan kaki ke kedai-kedai
ataupun gedung beli belah walaupun lokasinya begitu berhampiran dengan
rumah kediaman. Ia tabiat semula jadi zaman berzaman. Alasannya mudah,
terik matahari terlampau panas, berpeluh, dan memenatkan tubuh badan.
Saya mendengar dengan tekun kisah-kisah mereka yang menunaikan
ibadah haji dan umrah sepanjang tahun 2009 hingga tahun 2010. Salah satu
komen yang dinyatakan adalah masalah jarak terlampau jauh antara hotel dan
Masjidil-Haram akibat pembangunan baru yang sedang berlangsung di Kota
Makkah.
Jarak jauh, berbukit, dan cuaca panas adalah cubaan hebat yang dilalui oleh
mereka. Kami sendiri memahami dan merasai apa yang mereka lalui ketika
menunaikan umrah pada tahun 2009. Suhu mencecah hingga 47 ke 48 darjah
Celsius.
Akhirnya, di hujung cerita ramai yang berkata, “Kami tidak dapat solat
lima waktu di Masjidil Haram. Tidak larat. Apabila balik terpaksa mendaki.
Itu paling teruk. Semasa pergi tidak mengapa.”
Kebanyakan mereka pergi ke Masjidil Haram menunaikan solat subuh,
pulang, dan solat zuhur di surau hotel ataupun di bilik. Mereka kembali
menunaikan solat di Masjidil Haram untuk solat asar, maghrib dan isyak. Ada
juga yang pergi hanya untuk menunaikan solat subuh, maghrib dan isyak. Itu
penyelesaian yang dapat mereka kirkan!
Alangkah ruginya! Hakikat sebenar, itu adalah cabaran yang benar-benar
memerlukan kekuatan jasmani dan emosi. Dalam satu ceramah kami memberi
tip, “Ini cabaran tuan puan yang ingin menunaikan ibadah haji pada musim
ini. Berdoa supaya Allah s.w.t. mudahkan, memberi kekuatan, dan menjadikan
kesusahan itu sebagai satu nikmat yang menyebabkan kita tidak berasa
sebarang kesulitan. Bukankah Allah itu maha berkuasa.
Itu dari sudut emosi. Bagaimana dengan ikhtiar kita? Tuan puan perlu
menyediakan wang lebih bagi menggunakan teksi ataupun van untuk pergi ke
Masjidil Haram serta pulang ke hotel dengan menggunakan pengangkutan
sedia ada di Makkah. Usah lokek. Usah jadikan hadiah yang diberikan oleh
rakan-rakan bagi membeli barang-barang yang tidak membawa kita ke
Masjidil Haram.
Katakan kita terpaksa memperuntukkan 30 riyal sehari untuk perbelanjaan
pengangkutan. Ini bermakna, selama sebulan di Makkah kita perlu
mengeluarkan 900 riyal. Potong bajet yang mahu dibelanjakan bagi membeli
jubah, abaya, kayu koka, batu permata, cincin suasa, serban, dan pelbagai
barang lain.
Ia pilihan yang perlu dibuat! Jikalau tuan-tuan uzur dan tidak
berkemampuan itu soal lain. Kami kir, kita perlu merebut setiap peluang
berada di sana untuk beramal ibadah di Masjidil Haram sepenuhnya.”
Kami tertarik dengan satu hadith yang direkodkan oleh Al-Bukhari dan
Muslim. Ia bermaksud:
Orang muna k mendapati solat subuh dan isyak berjemaah adalah perkara yang
membebankan. Sekiranya mereka mengetahui besarnya nilai kedua-dua solat itu, mereka
pasti berusaha menyertai jemaah solat itu walaupun terpaksa merangkak.

Apakah perlu kita merangkak? Ya. Tetapi jikalau kita mampu, gunakan teksi
ataupun van yang sedia memberi perkhidmatan dengan harga berpatutan. Ia
satu pilihan yang dapat di kirkan. Mungkin kita perlu membaca sirah
Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana Baginda dan rombongan Baginda
menunaikan ibadah haji.
Masing-masing mampu membuat pilihan sendiri!
Tip 20 : Mengatur Jadual

P
erancangan adalah satu petua. Tip kami, rancang apa yang ingin
dilakukan semasa berada di Makkah dan Madinah. Perancangan perlu
berdasarkan kepada premis mahu beramal ibadah sebaik mungkin
semata-mata kerana Allah s.w.t. Rancang dengan sentiasa memohon kepada-
Nya supaya ibadah haji dapat dilaksanakan. Jikalau tidak, mohon supaya Allah
s.w.t. memberi ilham supaya kita dapat melakukan sesuatu yang lebih baik di
sisi-Nya.
Malah, merancang melaksanakan ibadah adalah ajaran penting dalam
Islam. Allah s.w.t. menjelaskan dalam surah Yusuf, ayat 47 hingga ayat 49:
Yusuf berkata, “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa. Maka,
apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu
makan.
Sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat susah, yang menghabiskan apa yang
kamu simpan bagi menghadapi tahun sulit, kecuali sedikit daripada bibit gandum yang
kamu simpan.

Kemudian, selepas itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan secukupnya
dan pada masa itu mereka memeras anggur.”

Pertama, tidur seawal mungkin selepas solat isyak di Masjidil Haram ataupun
Makkah. Katakan pada jam 9.00 malam waktu Makkah bersamaan pukul 2.00
pagi waktu Malaysia. Ia sepatutnya waktu tidur yang sesuai. Kemudian,
bangun sekitar jam 1.30 pagi waktu Makkah. Ia bersamaan jam 6.30 pagi
waktu Malaysia. Insya Allah, ia mampu dilakukan.
Pada waktu 2.00 pagi, kita mula bergerak ke Masjidil Haram. Apabila
bertemu dengan bekas air zamzam, ambil segelas dan berselawat sambil berdoa
supaya Allah s.w.t. supaya menjadikan air itu sebagai penawar kepada segala
penyakit. Kemudian, lakukan tawaf sunat sebanyak tujuh pusingan.
Pengalaman kami, ia mampu disudahkan antara 30 minit ke 40 minit.
Pada ketika ini, jam menunjukkan pukul 3.00 pagi di Makkah. Kemudian,
lakukan solat sunat, bermunajat, membaca Al-Quran, solat sunat, bermunajat,
berzikir, solat sunat, dan akhirnya azan pertama dilaungkan. Ia menandakan
satu jam lagi waktu solat subuh tiba. Masa bergerak pantas sehingga selesai
solat subuh. Jikalau berkemampuan, lakukan tawaf sunat sekali lagi sebelum
meninggalkan kawasan masjid. Insya Allah, ia masa yang bermanfaat dan tidak
membosankan.
Saya terbayangkan saat-saat pulang ke hotel sekitar jam 7.00 pagi sambil
membeli makanan untuk sarapan pagi. Pada ketika itu, rakan-rakan sebilik
berkumpul sambil menikmati juadah yang dikongsi bersama. Saya
terkenangkan Wak Daud secara sukarela membancuh teh O untuk kami
semua.
Jam menunjukkan 8.30 pagi waktu Makkah. Bayangkan waktu di
Malaysia. Pada ketika itu, kita sedang bersiap-siap menamatkan urusan pejabat
sebelum memenuhi waktu rehat tengah hari. Apakah perkara yang paling
seronok dapat dilakukan pada ketika itu? Pada kami, alangkah bahagianya
jikalau dapat melelapkan mata untuk seketika.
Begitu keadaan di Makkah ataupun Madinah. Berehat seumpama kita
berada di Malaysia bagi mengumpul kembali tenaga yang digunakan sepanjang
malam di masjid. Bezanya, kita berehat pada jam 8.30 pagi di Makkah. Ia
bersamaan jam 1.30 tengah hari di Malaysia. Cukup dengan tidur secara
ringkas selama satu jam.
Jadi, biarkan suasana itu. Biar suasana malam di sana seumpama siang di
Malaysia. Ia masa yang begitu mengasyikkan untuk beramal ibadah.
Barangkali lima jam setengah waktu tidur sehari semalam sudah mencukupi.
Sekali pandang, ia jumlah masa yang singkat. Hakikat sebenar, lima jam
setengah cukup lama untuk dijadikan sebagai jumlah tidur semasa di Makkah
dan Madinah.
Bagaimana mahu buktikan?
Entah, saya terasa begitu kerana tujuan sebenar kita ingin berada di Tanah
Suci adalah kerana ingin beramal ibadah. Tidur adalah pilihan terakhir
berbanding dengan melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita
dengan Allah s.w.t. Pada pandangan kami, peluang berada di Makkah dan
Madinah adalah peluang untuk berlumba-lumba memohon keampunan-Nya
sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. melalui ayat 21, surah Al-Hadid
yang bermaksud:
Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan amal-amal yang baik bagi mendapat keampunan
daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan
bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya.
Yang demikian adalah limpah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

Semua ini adalah cadangan yang kami amalkan selama hampir 45 hari berada
di Makkah dan Madinah. Isu yang lebih besar adalah membuat perancangan
dan berdoa supaya perancangan itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t. jikalau ia
adalah perkara terbaik di sisi-Nya.
Ia sesuai untuk kami sekeluarga, tetapi mungkin tidak sesuai untuk yang
lain. Cuma, ia dapat dipertimbangkan.
Tip 21 : Aku Selamat

M
engapa manusia berasa takut dan gusar menunaikan ibadah haji?
Kami kir ia kerana perasaan bersalah kepada Allah s.w.t. Itu
adalah perasaan kami. Barangkali, itu adalah perasaan majoriti
umat Islam akhir zaman yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan
kepada Pencipta. Ia trah semula jadi untuk mereka yang banyak melakukan
kesalahan.
Mengapa tidak? Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya
bersolat lima waktu sehari semalam, tetapi apa yang berlaku? Mereka bersolat
ketika senang. Jikalau berlaku kesusahan masa, solat diketepikan. Sekadar
menyebut contoh ringkas, untuk mereka yang gila bola, menonton perlawanan
secara langsung di stadium memaksa mereka meninggalkan solat maghrib.
Berapa ramai yang tidak menutup aurat. Pagi dan petang ke hulu ke hilir
tanpa rasa bersalah mengenai hukum wajib menutup rambut. Mereka tidak
menyatakan ia tidak haram, tetapi berasa wajah mereka hodoh apabila
bertudung. Ramai yang ber kir wajah mereka bertambah comel kerana
rambut bebas terjulur. Rasa cantik, comel, dan menarik itu dilebihkan
berbanding dengan amaran Allah s.w.t.
Berapa ramai kontraktor yang kaya raya melalui amalan merasuah pegawai
berkuasa? Mereka tahu rasuah itu haram, tetapi justi kasi mereka mudah, “Ia
cara berniaga pada zaman ini.” Mereka tahu perbuatan itu berdosa, tetapi
timbunan wang ringgit begitu menggoda. Pertama kali dilakukan ia terasa
Allah s.w.t. murka, lama kelamaan ia menjadi kebiasaan yang tidak apa-apa.
Apa lagi yang menjadi kebiasaan?
Berapa ramai yang berjudi di padang golf? Ada juga yang bertaruh seringgit
dua apabila bermain boling. Namun, ada juga yang menikam ekor walaupun
jelas umat Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam premis perjudian. Jikalau
ditanya, “Apakah tidak takut pada dosa?” Mereka menjawab, “Kubur saya dan
awak berbeza.”
Itu kesalahan nyata. Bagaimana pula dengan mereka yang dengki dan
khianat. Menikam kawan dari belakang. Menabur tnah untuk kenaikan
pangkat. Memburuk-burukkan rakan sejawat kerana cemburu dan iri hati.
Mereka tahu ia berdosa, tetapi kedegilan diri mengatasi segala-galanya.
Bukankah Allah s.w.t. sudah menyatakan bagaimana perangai dan tingkah laku
manusia yang degil terhadap perintah-Nya walaupun diberi pelbagai nikmat
silih berganti.
Jangan engkau bimbang wahai Muhammad, biarkan Aku sahaja membalas orang yang
menentang kamu yang Aku ciptakan dia dalam keadaan seorang diri, tidak berharta dan
anak pinak, dan Aku jadikan untuknya harta kekayaan yang banyak, serta anak pinak yang
ramai, yang sentiasa ada di sisinya. Dan Aku mudahkan untuknya mendapat kekayaan dan
kekuasaan dengan semudah-mudahnya. Kemudian dia ingin, supaya Aku tambahkan lagi.
Tidak sekali-kali akan ditambahi! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya
ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
(Surah Al-Mudathir, ayat 11 hingga ayat 16)

Tidakkah kita takut berhadapan dengan Pencipta di Tanah Suci jikalau selama
ini kita selalu melupai-Nya? Apatah lagi jikalau bertahun-tahun kita
melakukan pelbagai kesalahan yang disengajakan.
Bagaimanakah pula dengan nasib mereka yang tidak melakukan kesalahan
nyata kepada-Nya? Perasaan takut dan gusar itu tetap timbul kerana
memikirkan kita sebagai manusia yang tidak sempurna. Perasaan mahu
diterima oleh
Allah s.w.t., risau diuji dan diduga dengan pelbagai kemungkinan
menyebabkan perasaan ini silih berganti muncul bersama-sama dengan
keseronokan terpilih ke Tanah Suci.
Bayangkan, tiba-tiba hati terdetik mahu menunaikan ibadah haji.
Kemudian, kad jemputan diterima. Seluruh perasaan secara tiba-tiba bertukar.
Ia perasaan luar biasa yang sukar untuk digambarkan. Pada ketika itu juga
perasaan takut muncul secara mendadak.
Tip kami, ia perasaan yang pasti dialami oleh setiap jemaah haji
terutamanya yang mempunyai banyak kesalahan lampau. Namun, ia adalah
satu nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada hamba-hamba-Nya kerana
sifat kasih-Nya untuk mereka yang mahu ber kir. Perasaan ketakutan ini yang
sepatutnya diikuti dengan amalan bertaubat secara bersungguh-sungguh. Bina
kekuatan diri sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. melalui surah Az-
Zumar ayat 53 yang bermaksud:
Katakanlah wahai Muhammad, “Wahai hamba-hamba-Ku yang sudah melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri dengan perbuatan-perbuatan maksiat, jangan kamu
berputus asa dari pada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa. Sesungguhnya, Dia juga yang maha pengampun, lagi maha mengasihani.

Ramai yang bercita-cita mahu menjadi manusia yang lebih baik apabila
menunaikan ibadah haji. Kami mengambil contoh paling mudah dalam
kalangan rakan-rakan sendiri. Mereka mula belajar menunaikan solat malam
sebagai persediaan untuk berqiamullail di Makkah dan Madinah. Ia bukti
pengabadian mereka kepada Allah s.w.t. yang satu. Ia sebagai tanda bahawa
kita benar-benar menyesal atas segala kesalahan yang kita lakukan pada masa
lampau.
Lalu, apabila sampai di Makkah, kehidupan baru dengan bersungguh-
sungguh beramal ibadah di Masjidil Haram bermula seawal jam 2.00 pagi.
Hari pertama dan kedua kelihatan menarik. Segala-galanya berjalan lancar.
Tiada langsung dugaan dan cubaan yang membezakan antara Kuala Lumpur
dan Makkah.
“Aku selamat!”
Hari ketiga dianjakkan sedikit waktu mula qiamullail selama 30 minit.
Maka, amal ibadah di Masjidil Haram bermula pada jam 2.30 pagi. Ia biasa-
biasa sahaja. Tiada perkara pelik yang berlaku. Nyata tiada pembalasan.
“Aku selamat!”
Akhirnya, apabila benar-benar selesa dengan keadaan kota Makkah, mereka
hanya pergi sejurus sebelum waktu solat. Benar kata Allah s.w.t, manusia
mengingati-Nya ketika susah. Apabila senang mereka lupa. Jangan jadi begitu.
Untuk jemaah haji, berhati-hati dengan perasaan ini yang secara perlahan-
lahan menguasai hati dan perasaan selepas semakin lama berada di sana.
Jikalau ada perasaan “aku selamat” bermakna ia tidak selamat.
Tip 22: Cinta Mendalam

Kata-kata ini sering didengari

J
angan seorang wanita bermusa r melainkan beliau bersama-sama dengan
mahram. Jangan seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita
melainkan mereka bersama-sama dengan mahram wanita itu.
Ketika membaca kisah-kisah haji wanita, saya terbaca satu hadith yang
direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, iaitu seorang lelaki bertanya, “Wahai
Rasulullah, aku akan keluar untuk berperang, manakala isteri aku pula hendak
pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, “Pergilah kamu
bersama-sama isteri kamu menunaikan haji.”
Tip kami, jangan anjurkan isteri melakukan amal ibadah bersama-sama
rakan sebilik. Mari kita bercinta di Makkah dan Madinah dengan sama-sama
berpimpin tangan ke Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi. Tua ataupun
muda bukan halangan. Mengapa? Hubungan suami isteri sepatutnya
berterusan sehingga mereka berpisah di dunia. Hubungan itu pula bukan
sahaja setakat hubungan biasa, tetapi melangkaui kepada amal ibadah kepada
Allah s.w.t.
Alangkah baiknya jikalau pulang nanti sama-sama bangun malam, dapat
pula berbincang di mana mahu bersolat duha apabila dalam perjalanan, saling
memperingati dengan penuh kasih-sayang, dan segala-galanya dilakukan atas
dasar cinta kepada Allah s.w.t.
Ini yang mahu diperbaharui semasa menunaikan ibadah haji. Insya Allah,
suasana dan keadaan jemaah haji yang memberi tumpuan kepada amal ibadah
secara bersungguh-sungguh melahirkan hubungan suami isteri yang menarik.
Dalam konteks ini, kami mengalami sesuatu yang indah semasa
menunaikan ibadah haji. Kami melalui rasa cinta yang begitu mendalam. Ia
perasaan yang luar biasa. Mungkin ramai lelaki ketawa dan berkata, “Doa Roza
termakbul di Masjidil Haram.”
Kami tidak merancang, tetapi ketentuan Allah s.w.t. begitu. Ketika ramai
suami dan isteri berpisah ketika hendak beramal ibadah, kami memilih untuk
sentiasa bersama, suami dan isteri. Kami mahu melakukan amal ibadah dalam
keadaan sentiasa memberi galakan antara satu sama lain. Benar, kami tidak
merancang, tetapi keadaannya menjadikan kami sentiasa bersama,.Pertama,
mungkin jadual kami berbeza dengan rakan-rakan sebilik. Malah dalam
keterbatasan waktu, hubungan dengan rakan-rakan sebilik begitu minimum.
Kami sekeluarga berada dalam dunia yang terasing.
Kedua, janji di Malaysia yang kami lafazkan bagi melakukan amal ibadah
dengan cara terbaik ingin kami laksanakan. Ia menjadi lebih mudah untuk
kami bergerak dalam kumpulan yang mempunyai misi dan visi yang sama.
Kami saling memahami kerana hubungan suami isteri yang sudah terikat
hampir 20 tahun. Sekitar jam 2.00 pagi, tangan dan lengan kami saling
bersilang sambil berjalan menuju ke Masjidil Haram. Tiada kata terucap.
Masing-masing berzikir dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Rutin biasa, sampai sahaja di pagar masjid kami mengambil segelas air
zamzam, menghadap kiblat, berselawat, dan membaca doa memohon supaya
Allah s.w.t. memberi kesihatan yang baik sepanjang kami beriktikaf di dalam
masjid. Kami mulakan dengan tawaf sunat. Kami sentiasa bersama. Tangan
memegang erat lengan. Setiap pusingan, apabila sampai di kawasan Hijir
Ismail, kami berdoa untuk empat orang anak-anak. Pusingan pertama kami
berdoa untuk Sara:
“Ya Allah jadikan anakku Sara Fateha sebagai anak yang solehah, yang takut dan gentar
kepada-Mu. Bukakan pintu hatinya bagi menutup aurat. Ya Allah, lembutkan hatinya
supaya mahu beramal ibadah kepada-Mu ya Allah. Berikan kejayaan kepadanya di dunia
dan di akhirat.”
Pusingan kedua untuk Azrai, ketiga Amirul, dan keempat untuk Sofea. Ia
doa ringkas ketika melintasi Hijir Ismail. Pusingan ke lima kami lafazkan doa
untuk Wan dan ayah supaya mereka terlepas daripada seksa kubur dan
akhirnya bertemu kami di Syurga Firdaus. Pusingan keenam khusus untuk
mak dan abah. Akhir sekali pada pusingan ketujuh, kami berbisik-bisik kepada
Allah s.w.t:
“Ya Allah, jadikan isteri (suami)ku sebagai isteri (suami) yang solehah (soleh), isteri (suami)
yang taat kepada-Mu, isteri (suami) yang takut dan gentar kepada-Mu. Ya Allah, jadikan
beliau sebagai ibu (bapa) yang bertakwa kepada anak-anak kami. Ya Allah, berikan
kejayaan kepadanya di dunia dan juga di akhirat.
Ya Allah, mudahkan kerjaya beliau. Ya Allah, berikan perasaan kasih sayang, cinta
mencintai antara kami. Janganlah kami bersengketa ya Allah. Ya Allah, nanti, temukan
kami di syurga-Mu, Syurga Firdaus ya Allah.”

Ikatan kasih sayang terasa kemas umpama ikatan tangan dan lengan kami.
Barangkali, antara kami mengaminkan apa yang dibisikkan. Malah doa-doa ini
menjadi penanda yang kami sudah sempurna melakukan tujuh pusingan
tawaf. Ia ibarat memegang tasbih ataupun membengkokkan jari supaya tidak
waswas dengan jumlah pusingan.
Hampir setiap hari dan selepas solat isyak kami bersantai di luar pintu satu.
Sambil menikmati makan malam, melakukan re eksi bagaimana hari yang
kami lalui. Apa yang paling utama adalah untuk berkomunikasi sesama sendiri
sebelum beredar pulang bagi memulakan hari berikutnya.
Hari-hari yang dipenuhi dengan rasa kasih sayang dan cinta yang
mendalam. Ia anugerah Allah yang maha esa.
Tip 23: Madinah

M
adinah bandar raya aman. Malah, ia termasuk dalam tiga masjid
utama masyarakat Islam yang harus dikunjungi.
Seseorang tidak bersusah payah untuk berpergian melainkan bagi menuju ke
tiga buah masjid, iaitu Majidil Haram, Masjidku ini, dan Masjid Al-Aqsa.
(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Penerbangan awal membawa jemaah ke Madinah terlebih dahulu sebelum


berangkat ke Kota Makkah. Suasana aman damai ini mempengaruhi rutin
harian jemaah. Kebanyakan mereka bersantai, pergi menunaikan solat apabila
azan dilaungkan, dan pulang ke hotel. Masjidil Nabi sentiasa mempunyai
ruang supaya setiap jemaah bersolat di dewan utama, Insya Allah.
Namun, ada segelintir jemaah yang lebih suka menunaikan solat di luar
masjid.
Mereka yang bermula di Madinah tidak merasai suasana manusia yang
sentiasa sibuk, pergerakan tanpa henti di antara hotel dan Masjidil Haram,
serta suasana bersusah payah bagi mencari ruang solat terbaik sebagaimana
ketika waktu puncak di Makkah.
Ini adalah saat-saat terbaik bagi mendapat momentum awal dalam
melaksanakan ibadah haji. Hotel-hotel yang dibina benar-benar berhampiran
dengan masjid. Malah, kebiasaan jemaah haji yang hanya tinggal antara tiga
hingga lapan hari menyebabkan pusingan jemaah yang tinggal di Madinah
bertukar pantas. Secara purata, hampir setiap lapan hari wajah-wajah baru
pasti kelihatan.
Kami bermula di Makkah. Suasana di Makkah jauh lebih mencabar. Rutin
harian begitu berbeza. Di Makkah, tawaf menjadi amalan sunat utama yang
hanya dapat dilakukan di sana. Suasana solat di dataran Kaabah juga memberi
pengalaman unik yang pasti sentiasa dirindu.
Lalu, di Madinah rutin kami begitu berbeza. Hari pertama, kami menjadi
penunggu pintu masjid. Masjid tidak dibuka 24 jam. (Nota: Insya Allah,
sekarang masjid beroperasi 24 jam). Lalu, hari-hari berikutnya kami bergerak
ke masjid pada jam 3.00 pagi. Saya menunaikan solat tahiyatul masjid di
dalam Raudah hampir setiap waktu. Allah s.w.t. memakbulkan doa saya.
“Ya Allah, Kau izinkan aku bersolat sunat dua rakaat tahiyatul masjid di Raudah. Aku hanya
mahu solat dan berdoa untuk seketika ya Allah. Berikan ruang kepada aku.”

Alhamdulillah, setiap kali saya meninggalkan masjid dan kembali semula,


sentiasa ada ruang di sana. Ia memang begitu. Manusia silih berganti.
Kemudian, saya beredar ke saf pertama ataupun kedua ataupun ketiga
mengikut keadaan. Namun, sepanjang 41 waktu bersolat di Masjidil Nabi,
hampir keseluruhannya saya bersolat di saf-saf hadapan.
Selesai solat ibadah, saya bergegas menuju ke ruang solat jenazah yang
dikhaskan untuk kaum keluarga si mati. Jikalau yang meninggal bukan
penduduk tempatan, ruang solat itu biasanya tidak penuh dengan orang. Usai
solat, saya masuk ke bilik jenazah.
Ini adalah tugas rasmi saya hampir setiap kali selesai solat ibadah. (Nota:
kecuali selepas solat subuh) Saya mengusung jenazah keluar dari bilik. Di luar,
begitu ramai orang yang sedia menunggu bagi meneruskan pengusungan
jenazah sehingga jenazah dikebumikan di perkuburan Baqi’. Sekali dua, saya
ikut serta sehingga jenazah selesai dikebumikan.
Subhanallah, ia mengingatkan saya tentang saat-saat kematian sendiri. Air
mata mengalir tanpa saya sedari. Saya terbayangkan jenazah arwah ayah dan
ibu yang tidak pula dapat saya usung. Saya mengingati kematian adik kandung
yang meninggal ketika beliau berusia tidak sampai 40 tahun. Saya kir, dalam
tempoh lapan hari di Madinah, saya mengusung lebih daripada 24 jenazah. Ia
sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sepanjang hidup saya di Malaysia.
Bagaimana dengan jemaah haji Malaysia? Purata umur mereka dianggarkan
melebihi daripada 50 tahun. Jikalau begitu, masa yang tinggal lebih singkat
daripada masa yang sudah kita lalui. Benar, ajal maut di tangan Tuhan, tetapi
ruang masa kematian secara puratanya ketika mereka berusia antara 60 hingga
80 tahun. Mengingati kematian di Makkah dan Madinah mempunyai kesan
yang lebih hebat. Mengapa? Hampir setiap waktu jenazah disembahyangkan.
Apatah lagi jikalau kita ikut sama mengusung jenazah ke tanah perkuburan.
Di Makkah, saya khatam Al-Quran untuk pertama kali selepas 41 tahun
lahir ke dunia. Di Madinah, saya mula membaca surah Yasin hampir setiap
waktu solat. Saya bercita-cita mahu menghafal ataupun sekurang-kurangnya
membiasakan diri dengan surah itu. Selain surah Yasin, saya cuba menghafal
beberapa surah ringkas dan tidak terlalu panjang. Kemudian, saya membaca
terjemahan Al-Quran.
Ini rutin utama saya sepanjang lapan hari di Madinah. Di masjid, di hotel,
ataupun pada setiap waktu terluang, terjemahan Al-Quran sentiasa di sisi. Saya
membaca ia dengan bersungguh-sungguh. Menghayati setiap patah perkataan
dan mengaitkan ia dengan kisah sendiri. Akhirnya sebelum berangkat pulang,
saya berjaya menamatkan bacaan berjumlah lebih daripada 1200 muka surat.
Memahami isi kandungan Al-Quran walaupun secara terjemahan semata-
mata membawa kesan mendalam kepada hati dan perasaan. Saya tahu Allah
s.w.t. maha pengasih, maha penyayang, dan maha berkuasa. Dia sentiasa
menerima taubat hamba-hamba-Nya yang mahu memohon keampunan.
Di sini, dalam suasana tenang Madinah, saya merenung dan merasai betapa
kerdilnya manusia di sisi Allah s.w.t. Dia sentiasa hampir dengan penuh kasih
sayang jikalau kita cuba mendekati-Nya. Saya berasa begitu. Kasih sayang ini
yang menjadikan saya benar-benar mencintai-Nya. Perasaan cinta ini saya
bawa bersama menaiki pesawat yang terbang tinggi meninggalkan bumi
Madinah.
Saya meninggalkan Madinah dalam linangan air mata.
Tip kami, penerbangan awal membawa jemaah terus ke Madinah. Ibadah
haji belum bermula, tetapi terus membuat amal ibadah dengan sepenuhnya.
Bangun malam untuk berqiamullail, berselawat, membaca Al-Quran dan
terjemahan, serta berzikir adalah antara amalan yang mampu kita lakukan.
Jikalau hadir ke Madinah selepas selesai ibadah haji, cabarannya semakin
besar. Ramai yang berehat-rehat. Jangan begitu. Berhati-hati dengan perasaan
santai. Teruskan beramal ibadah hingga pulang ke Malaysia. Ini yang mahu
kita teruskan seumur hidup sehingga Allah s.w.t. memanggil kita pulang.
Tip 24 : Tidak Sihat

R
amai sedia mengetahui, menunaikan ibadah haji terdedah dengan
pelbagai kemungkinan ditimpa penyakit. Ia sesuatu yang logik.
Mengapa? Jutaan manusia berkumpul di Makkah dan Madinah dalam
tempoh dua minggu sehingga hampir dua bulan. Semuanya datang dari
pelbagai pelosok dunia. Latar belakang kesihatan mereka juga berbeza.
Faktor cuaca juga memainkan peranan besar. Keadaan iklim di Makkah
dan Madinah begitu berbeza berbanding dengan di Malaysia. Cuacanya
melampau. Jikalau sejuk, ia terlampau sejuk dan begitu juga sebaliknya.
Jemaah yang sudah berusia, lemah, dan mempunyai alahan mudah kalah
dengan keadaan itu.
Walau bagaimanapun, penyakit-penyakit biasa yang melanda majoriti
jemaah adalah batuk-batuk, demam, selesema, sakit otot, pening kepala, dan
angin dalam badan. Penyakit seumpama itu menjadi lumrah, tetapi
mengundang akibat yang sukar iaitu, malas untuk bergerak ke Masjidil Haram
ataupun Masjid Nabi.
Hati kita berkata, “Awak sakit, berehatlah.” Bisikan itu begitu kuat. Terasa
tubuh sangat lemah. Terlalu lemah dan tidak berdaya. Setiap kali rakan-rakan
sebilik pulang dari Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi, kita pun bersungut,
“Apalah nasib saya, demam, tidak sihat, tubuh saya lemah. Rugi rasanya tidak
dapat ke masjid.” Maka teman sebilik pun berkata, “Bersabar haji. Berehatlah,
nanti cepat sembuh.”
Akhirnya, sakit tidak sembuh-sembuh, tetapi masa untuk pulang ke
Malaysia kian menghampiri. Ironinya, apabila saat-saat berangkat pulang ke
tanah air, hampir semua jemaah yang demam dan berasa sejuk-sejuk badan
kelihatan segar bugar dengan pakaian terbaik sebagai seorang yang bergelar
haji.
Apabila ia perkara lumrah. Tip kami, perkara ini perlu dipandang serius.
Paling utama, bangun malam dan berdoa supaya Allah s.w.t. memberikan
kesihatan yang baik sepanjang masa untuk kita beramal ibadah di Makkah dan
Madinah. Mohon secara berterusan dengan penuh keikhlasan. Ini adalah ubat
yang paling mujarab. Walau bagaimanapun, kami sering mengakhiri doa
memohon kesihatan yang baik dengan satu kenyataan:
“Ya Allah, jikalau kami ditimpa masalah kesihatan sekalipun, kami mohon kepada-Mu
supaya ia tidak mengganggu amal ibadah kami di sana. Kau kuatkan semangat kami.
Bantulah kami ya Allah.”

Namun, Makkah dan Madinah adalah bumi yang diberkati dan dirahmati oleh
Allah s.w.t. Ibadah haji pula adalah rukun Islam yang mahu menguji
ketabahan dan kesabaran manusia terhadap Allah s.w.t. Tuhan yang
menciptakan manusia, jin, haiwan, langit, dan bumi. Mereka yang bersabar
dan menyerah diri kepada-Nya pasti terjaga di dunia dan di akhirat.
Pertimbangkan kisah ringkas ini.
“Tuan, tuan solat di sini pada setiap hari?”
“Ya, Insya Allah.”
Itu adalah perbualan dan pertanyaan ringkas di hadapan Kaabah antara
kami (Nota: MKI) dengan seorang lelaki berusia lingkungan umur 40an.
“Lebih daripada seminggu saya berehat di bilik. Rasa macam demam.
Tidak sihat. Makan ubat masih tidak berubah. Rasa seram sejuk. Setiap hari
macam itu. Saya kir tidak boleh jadi macam ini. Saya kuatkan hati untuk
datang bersolat. Ini hari pertama saya solat di sini. Saya rasa segar.”
Beliau bercakap dalam nada yang begitu kesal kerana bermanja dengan
perasaan ‘rasa macam hendak demam.’ Beliau memandang ke satu arah
Kaabah, “Sekiranya saya tahu begini rasanya bersolat di sini, merangkak pun
saya pasti cuba.” Sama seperti catatan sebelumnya, perasaan tidak sihat adalah
satu lumrah untuk mereka yang menunaikan ibadah haji. Batuk, demam,
selesema, dan segala-galanya muncul di sana. Sakit labu betis, tapak kaki
merekah, dan bibir kering juga mengiringi segala jenis penyakit lain.
Setiap jenis penyakit mempunyai ubat, namun apa yang lebih mustahak
adalah mempercayai, Allah s.w.t. membantu mereka yang berhati satu. Insya
Allah, keberkatan bumi Makkah dan Madinah pasti terasa melalui kisah ‘rasa
macam sakit.’ Itu adalah aroma ibadah haji yang begitu luar biasa. Hampir
semua jemaah mempunyai simpanan ubat batuk, Panadol, ubat sakit
kerongkong, krim kaki, pelembap bibir, dan pelbagai jenis ubat lain. Namun,
yang menyembuhkan ataupun sekurang-kurangnya tidak menyebabkan
keinginan amal ibadah terbantut hanya Allah s.w.t.
Bagaimana kami mahu memberi penjelasan, “Tiba sahaja di hotel, batuk
tidak berhenti-henti hingga mata terlelap. Ketika tidur sekalipun, ada masanya
batuk begitu mengganggu. Ajaibnya, apabila berada di Masjidil Haram, batuk
hilang begitu sahaja.”
Kami minum air banyak zamzam dan berdoa sepanjang masa:
“Ya Allah kami datang ke sini semata-mata-mata kerana-Mu, bantu kami ya Allah.
Hilangkan batuk-batuk kami, rasa seram sejuk kami.”
Keadaan tidak sihat adalah sinonim dengan jemaah haji. Insya Allah,
mohon pada-Nya supaya dalam keadaan tidak sihat itu kita mampu beramal
ibadah kepada-Nya. Bukankah Allah s.w.t. itu maha berkuasa? Kami kir, kita
berupaya melihat kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. dalam setiap kejadian
semasa menunaikan ibadah haji.
Berdiam diri, ber kir, dan sentiasa mengharapkan kasih-sayang-Nya. Insya
Allah, Dia pasti memberi kita jalan keluar daripada segala dugaan dan cubaan.
Kami selalu mengingati diri sendiri bahawa di sebalik kesukaran pasti ada
kemudahan. Ia adalah janji Allah s.w.t.
Tip 25: Jangan Tipu Allah

M
C atau sijil kesihatan dikeluarkan oleh pengamal kesihatan kepada
pesakit yang tidak layak untuk bekerja kerana faktor kesihatan. Ia
dokumen rasmi yang digunakan di mahkamah. Maksudnya, tidak
siapa yang mampu mempertikaikan kepakaran doktor dalam memberi
pandangan terhadap tahap kesihatan seseorang pesakit.
Namun, di sana sini terdapat juga penyelewengan dalam urusan pemberian
MC. Adat manusia, selagi ada kepentingan diri dan kewangan, etika dan harga
diri mampu diketepikan.
Saya juga berpenyakit. Paling utama, penyakit diabetes dan tekanan darah
tinggi. Selain daripada itu, kadangkala angin di dalam perut umpama puting
beliung menolak ke jantung sehingga sukar untuk saya bernafas. Pemeriksaan
ECG menunjukkan, saya mempunyai masalah jantung. Pemeriksaan tekanan
menggambarkan tiga saluran jantung saya tersumbat. Walau bagaimanapun,
ujian angiogram pula mena kan saya mempunyai masalah itu.
Begitulah kuasa Allah s.w.t.
Penyakit angin dalam badan sering mengganggu terutamanya ketika
berpuasa. Kata doktor, angin ataupun gastrik diakibatkan oleh kuman,
pemakanan, atau tekanan. Kebiasaannya, doktor melakukan ujian kuman di
dalam perut. Aras ketepatan ujian itu dikatakan sebanyak 90 peratus.
Hampir setiap kali berlaku, ujian itu memberi jawapan yang negatif. Maka,
tinggal lagi dua kemungkinan. Saya ceritakan kepada doktor bahawa masalah
itu sering berlaku apabila saya berpuasa. Namun, ia hanya berlaku pada masa-
masa tertentu sahaja. Kebiasaannya antara jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang
sahaja. Kemudian, ia kembali normal.
Namun, sekali sekala ia agak berbeza. Angin di dalam perut meronta-ronta,
menolak naik ke atas sehingga menyusahkan pernafasan. Ia berterusan. Jikalau
ini terjadi, doktor pasti memberikan MC untuk saya berehat.
“OK, ubat ini cepat menghilangkan angin itu. Ambil sebelum makan dan
saya beri MC. Rehat secukupnya.”
Saya masih mahu berpuasa, tetapi saya rehat secukupnya. Saya tidur
seharian dan hanya bangun ketika waktu solat untuk ke masjid. Terlintas di
hati, “Apakah perlu saya menggunakan MC ini untuk tidak ke masjid?” Ia
lintasan hati yang begitu mudah ditolak.
Namun, MC pernah digunakan supaya tidak mahu melakukan ibadah
melontar ketika menunaikan ibadah haji. Melontar boleh diwakilkan kepada
orang lain dengan syarat, mengalami uzur yang dibenarkan. Ia peraturan uzur
yang begitu ketat. Terdapat kes seorang yang segar bugar mengadu demam,
kesejukan, dan berselimut tebal di dalam khemah beberapa jam sebelum
melakukan ibadah ini.
“Sesiapa yang tidak sihat, minta pandangan doktor terlebih dahulu. Jikalau
mampu lakukan, lakukan sendiri.” Itu nasihat seorang ustaz petugas Tabung
Haji. Akhirnya, beliau berjaya memperoleh MC. Dengan wajah ceria beliau
berkata, “Kita tidak main lontar-lontar ini, kita ada anak lelaki.”
Ketika menghantar seorang tua yang begitu uzur berjumpa dengan doktor,
doktor bertugas menyatakan, “Saya serba salah. Ramai mendesak supaya saya
mengeluarkan MC. Sebenarnya, MC ataupun tidak hanya kita yang tahu
keadaan sebenar. Mengapa kita perlukan MC? Ia bagi menyedapkan hati.”
Di kawasan khemah, petugas kesihatan ternyata sibuk melayani mereka
yang silih berganti datang meminta pandangan tentang tahap kesihatan
mereka.
Pada masa lampau, ibadah melontar dilihat sebagai salah satu daripada
cabaran utama jemaah haji. Orang bersesak-sesak dan tidak mempedulikan
orang lain. Ramai yang bersikap agresif. Walaupun tidak terlalu kerap terjadi,
kisah-kisah mereka yang terjatuh dan dipijak oleh orang sering diceritakan.
Mereka yang tidak bertenaga, berusia, dan wanita sering menjadi mangsa.
Masa berubah. Jemaah semakin ramai, tetapi kawasan melontar sudah
diperbesarkan. Kini, kami kir ia lebih dipermudahkan dengan ruang
melontar bertingkat. Namun, ruang dan laluan adalah milik Allah s.w.t.
Ibadah haji adalah kombinasi pelbagai pakej. Contohnya, kesabaran
menghadapi rintangan, kesusahan, dan ujian. Ibadah melontar jikalau
disempurnakan selama empat hari berturut-turut ia benar-benar menguji
kesabaran dan ketahanan diri.
Berdoa kepada-Nya supaya urusan kita dipermudahkan.
Tip kami, jangan menipu Allah s.w.t. sama ada di Malaysia, Makkah
ataupun Madinah. Tanya, apakah mampu Allah s.w.t. ditipu? Ataupun apakah
kita sanggup menipu diri sendiri?
Sesungguhnya orang-orang muna k itu menipu Allah, dan Allah pasti membalas tipuan
mereka dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka
bermaksud riak dengan solat di hadapan manusia dan mereka tidak mengingati Allah
kecuali sedikit sekali.
(Surah An-Nisaak, ayat 142)

Hakikat sebenar, percubaan menipu Allah s.w.t. adalah sifat-sifat orang


muna k yang hanya menipu diri sendiri. Jikalau mereka mengetahui, ia adalah
perbuatan yang merugikan diri sendiri. Allah s.w.t. tidak pernah berkehendak
kepada mereka.
Tidak sekali-kali!
Tip 26: Tandas

T
andas menjadi isu besar kepada ramai jemaah terutamanya semasa
mereka bermalam di Mina. Ramai yang bercerita bahawa hampir
sepanjang masa mereka terpaksa beratur panjang. Ada pula yang
menggigil-gigil menahan diri. Masa menunggu antara 15 ke 30 minit adalah
perkara biasa. Jikalau tidak kena gaya, mereka terpaksa menunggu sehingga 45
minit.
Jikalau orang bercerita sebegitu, kami hanya mendiamkan diri kerana
sepanjang tiga malam di sana, kami mampu memilih mahu menggunakan
tandas yang menjadi kesukaan. Jikalau tandas pertama tidak sempurna, saya
beralih ke tandas kedua, dan begitulah pengalaman saya pada setiap hari
semasa berada di Mina.
Cerita-cerita mengenai masalah tandas ini menarik minat kami. Hampir
setiap malam kami berdoa supaya isu tandas ini tidak menjadi masalah besar
kepada kami sekeluarga.
“Ya Allah, kami mohon keampunan-Mu ya Allah. Mudahkan perjalanan kami dari
Muzdalifah ke Mina ya Allah. Mudahkan kami melakukan ibadah melontar. Jauhi kami
daripada kesukaran terutamanya ketika hendak menyucikan diri kami. Ya Allah, mudahkan
kami, mudahkan kami ya Allah.”

Tip kami, masalah tandas mudah diatasi dengan mengekalkan waktu tidur
seumpama di Malaysia. Bangun awal. Bangun seawal jam 2.00 pagi waktu
Makkah yang bersamaan jam 7.00 pagi di Malaysia. Itu adalah anugerah Allah
s.w.t. Dia memberi kekuatan kepada kami untuk bangun awal, seawal jam
2.00 pagi untuk mandi, berwuduk dan berqiamullail di dalam khemah. Pada
ketika itu, majoriti ahli khemah masih kekal menarik selimut bersama-sama
dengan kesejukan angin gunung.
Wahai orang yang berselimut, bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada
umat manusia. Dan Tuhan kamu, maka ucapkan dan ingat kebesaran-Nya. Dan pakaian
kamu, maka hendaklah kamu bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah kamu
jauhi.
(Surah Al-Mudathir, ayat 1 hingga ayat 5)

Hakikat sebenar, ia bukan soal tandas. Ia adalah seruan untuk beramal ibadah,
bangun malam, dan menumpukan sepenuh perhatian kepada niat dan azam
mengapa kita mahu menunaikan ibadah haji. Ramai orang ber kir, apabila
berjauhan dengan Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi rutin mereka kembali
seolah-olah mereka sedang berada di Malaysia.
Malah, ada yang ber kir tumpuan sebenar berada di Mina adalah kerana
melaksanakan ibadah melontar semata-mata sehingga melonggarkan solat
berjemaah dan ibadah-ibadah lain. Alasannya mudah, ia sempit, bersesak-
sesak, dan sejuknya udara gunung.
Wahai orang yang berselimut.
Bangun solat tahajud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa yang tidak dapat
tidak untuk berehat.

Iaitu separuh daripada waktu malam ataupun kurangkan sedikit daripada separuh itu.
Ataupun lebihkan sedikit daripadanya dan bacalah Al-Quran secara tartil.
Sayugialah kamu dan pengikut-pengikut kamu membiasakan diri masing-masing dengan
ibadah yang berat kepada hawa nafsu, kerana sesungguhnya Kami akan menurunkan
kepada kamu wahyu Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah yang berat kepada
orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakan ia.

Sebenarnya, solat dan ibadah malam lebih kuat kesannya kepada jiwa dan lebih tetap
betul bacaannya. Kami galakkan kamu dan umat kamu beribadah pada waktu malam.

Kerana sesungguhnya kamu pada waktu siang mempunyai urusan-urusan yang panjang
kira bicaranya.
Dan sebutlah dengan lidah dan hati nama Tuhan kamu terus menerus siang dan malam,
serta tumpukan amal ibadah kamu kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.
(Surah Al-Muzzamil, ayat 1 hingga ayat 8)

Ramai yang bangun 30 ke 60 minit sebelum waktu solat subuh. Mereka


terpaksa beratur panjang. Pada saat itu, jumlah jemaah yang bersiap-siap untuk
menunaikan solat subuh berjemaah gagal kerana masih berada di kawasan
tandas. Isu tandas tidak berakhir di sini.
Pada sekitar jam 6.30 ke 7.00 pagi, sarapan pagi diedarkan secara serentak.
Ahli khemah sepatutnya makan secara serentak. Jangan kita berborak-borak,
makan dalam keadaan santai, dan bermain-main dengan makanan itu. Makan
dengan cara yang bersungguh-sungguh. Hadap makanan betul-betul. Usah
pedulikan mereka yang duduk berhampiran dan mahu berborak dengan kita.
Cukuplah dengan satu senyuman, angguk, dan kembali menjaga tepi kain
sendiri. Berniat supaya kita menjadi yang pertama berjaya menyudahkan
sarapan itu.
Mengapa?
Dalam sekelip mata, tandas menjadi tumpuan orang ramai selepas
bersarapan. Biar kita menjadi orang pertama yang sampai. Maksudnya, biar
kita menjadi pendahulu dan mereka yang kaki berborak dan bersembang
beratur di belakang. Gunakan akal kiran bagi menghadapi isu-isu yang
kelihatan remeh, tetapi memberi kesan besar kepada ibadah haji kita. “Ya
Allah, mudahkan urusan kami.” Berdoa sentiasa!
Tip 27: Takut Pada Ramai

D
i hadapan Kaabah, manusia sentiasa ramai. Memang begitu adatnya.
Jikalau bersolat, pastinya bahagian hadapan Kaabah sentiasa penuh.
Ia adalah saf pertama, kedua, ketiga,
dan seterusnya. Logiknya memang begitu. Pada pandangan mata, sudah
semestinya tiada ruang lagi untuk kita. Ia nampak
terlalu padat dan sukar. Akhirnya kita pasti berkata, ia bukan sesuatu yang
wajib untuk bersolat di saf hadapan. Di mana-mana pun kita boleh
menghadap Allah s.w.t.
Kami ingin bersolat di saf hadapan sekali. Ini adalah permintaan saya
kepada Allah s.w.t. Hampir setahun saya berdoa begitu. Mahukan yang
terbaik. Maksud saya, saf pertama lebih baik daripada saf kedua. Saf kedua
lebih baik daripada saf ketiga dan seterusnya. Saya sendiri tidak pernah ter kir
bagaimana suasana di hadapan Kaabah.
Saya terbaca satu hadith yang dilaporkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud:
Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama,
kemudian bagi mendapatkan itu mereka harus mengundi, pasti mereka akan mengundi
bagi mendapatkan ia.

Saya ingin merasai ia.


Akhirnya, itu yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Hampir keseluruhan
solat saya di hadapan Kaabah yang paling hampir. Malah, saya pernah diminta
oleh askar yang bertugas supaya mula membina saf pertama. Begitu hari-hari
yang saya lalui semasa berada di Masjidil Haram, Jikalau tidak dapat bersolat
di saf pertama untuk orang awam, maka saf kedua, ketiga, keempat, dan
seterusnya. Ia mesti sehampir mungkin.
Rupa-rupanya ada ruang untuk saya bersolat di kawasan itu.
Untuk jemaah lelaki yang segar, sihat sejahtera, dan ingin merasai
pengalaman yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata, cuba
melaksanakan solat di barisan hadapan. Jikalau tidak dapat saf pertama, cuba
saf kedua dan seterusnya.
Saya belajar sesuatu.
Apabila pulang ke Malaysia, saya mahu solat di saf pertama. Jikalau dapat,
biar di sebelah kanan imam. Logik saya mudah, jikalau perasaan teruja semasa
berada di sana untuk berada paling hadapan perlu bersusah payah, maka di
Malaysia orang lebih berbudi bahasa. Saf pertama tidak perlu direbut. Malah,
ada masjid ataupun surau yang tidak penuh saf hadapan hatta masjid negeri
yang tersergam indah.
Bagaimana pula dengan solat dan berdoa di Hijir Ismail? Ruang sempit
melengkung di sebelah kanan Kaabah (Nota: Jikalau kita memandang pintu
Kaabah) adalah kawasan yang begitu popular untuk jemaah haji. Jikalau ada
yang berkeinginan untuk solat sunat dan berdoa di dalam Kaabah,
memadailah solat di kawasan ini kerana ia adalah sebahagian daripada binaan
asal Kaabah.
Manusia sentiasa ramai. Ia kelihatan padat. Kawasan sempit ini tidak akan
menjadi kosong kecuali dikosongkan. Saya memerhatikan keadaan Hijir
Ismail. Ia mempunyai dua pintu yang menjadi laluan masuk dan keluar imam
solat. Namun, pintu masuk yang dibenarkan untuk orang awam terletak
berjauhan dengan pintu Kaabah. Pintu yang berhampiran dengan kawasan
depan Kaabah sentiasa di kawal oleh askar.
Hijir Ismail sentiasa meninggalkan kenangan kepada saya dan Roza. Saya
menyaksikan sendiri kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. Mengapa? Kali
pertama kami ingin memasuki kawasan Hijir adalah dua jam sebelum waktu
solat subuh. Kami berdiri di hadapan pintu berhampiran dengan hadapan
Kaabah. Lalu, saya memohon keizinan pengawal-pengawal bagi memasuki
Hijir melalui pintu itu.
Ia permintaan yang begitu bodoh. Tidak ada seorang pun yang dibenarkan
melalui pintu itu kecuali mereka yang bertugas. Kami pula tidak mengetahui
bahawa ia adalah pintu larangan.
“Baiklah Yang, bukan rezeki kita,” saya memujuk Roza dan Azlina yang
begitu berkeinginan untuk solat di dalam kawasan itu. Barangkali mereka
terbaca kisah bagaimana Rasulullah s.a.w. menyuruh Saidatina Aishah r.a.
bersolat hanya di Hijir Ismail walaupun meminta untuk solat di dalam
Kaabah.
“Yang, bolehkah saya solat hajat? Saya hendak mohon dengan Allah. Saya
hendak masuk Yang,” Roza memohon keizinan saya ketika saya sudah
mengarahkan mereka beredar daripada kawasan itu.
Lalu, Roza mendirikan solat sunat dua rakaat sambil berdiri menghadap
Kaabah. Ia ibarat magik. Usai solat, beliau terus meluncur ke dalam tanpa
dihalang oleh pengawal yang bertugas. Seolah-olah laluan terbuka luas. Tidak
pula saya, Azlina, dan Kak Mie ikut serta. Ia seolah-olah khas untuk beliau.
Subhanallah.
“Yang, selepas beberapa ketika, tinggal saya seorang sahaja yang bersolat
dan berdoa di dalam hijir. Askar-askar itu membiarkan saya di situ sedangkan
mereka yang lain sudah diminta untuk keluar.”
Akhirnya, pada hari-hari berikutnya baru saya tahu bahawa Hijir Ismail
hanya boleh dimasuki dan keluar melalui satu pintu sahaja. Pintu yang
digunakan terletak bukan berhampiran dengan hadapan Kaabah. Orang
sentiasa berpusu-pusu keluar dan masuk melalui pintu itu. Pandangan jauh, ia
kawasan yang sesak dan perlu dijauhi. Ia merbahaya.
Keinginan bagi memasuki kawasan itu sentiasa ada. Saya menyusur
mengikut kawasan lengkungan hijir. Apabila sampai di muka pintu, ia seolah-
olah terbuka luas. Saya masuk terus ke kawasan dalam. Ia tidak sepadat yang
saya bayangkan. Sampai masa dan ketika, kita dapat bersolat dengan
pergerakan yang sempurna. Mampu berdoa dengan tenang, malah mereka
yang berada berhampiran seolah-olah bayang-bayang sahaja.
Apakah rahsia sebenar apabila berada di kawasan sesak?
Tip kami, kesesakan di Hijir Ismail, di hadapan Kaabah ataupun ketika
bertawaf hanya satu bayangan minda yang melihat sesuatu keadaan sekadar
pandang zikal. Hakikat sebenar, kawasan itu sentiasa kosong. Mengapa?
Mereka yang berada di situ bukan manusia yang sama. Ia silih berganti. Jikalau
kita menanti saat-saat kosong secara mutlak, barangkali 10 kali menunaikan
ibadah haji pun kita tidak dapat merasai bagaimana berada di situ.
Mereka yang tawaf berada di kawasan itu sekitar 30 minit sahaja. Selesai
tujuh pusingan, kebiasaannya mereka beredar menuju ke tempat saie. Di
kawasan Hijir Ismail, kebanyakan jemaah hanya mahu bersolat dua rakaat dan
berdoa. Lalu, mereka keluar bagi melakukan kegiatan lain. Setiap kali ruang
kosong, ia pasti diisi dengan serta merta. Ramai? Biar kita yang meramaikan ia!
Tip 28: Berpuasa Tahap Tinggi

P
uasa adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Ia wajib dilakukan
pada setiap bulan Ramadhan. Amalan berpuasa bukan sahaja
diibadatkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w., tetapi sudah
menjadi amalan dari zaman sebelumnya.
Sudah difardhukan ke atas kamu berpuasa seperti mana difardhukan ke atas orang yang
terdahulu daripada kamu.
(Surah Al-Baqarah, ayat 83)

Di Malaysia, kanak-kanak diajar untuk berpuasa semenjak kecil. Mereka


dilatih untuk berpuasa separuh hari, tiga per empat hari, dan akhirnya cukup
sehari penuh. Kanak-kanak yang tidak berpuasa diugut walaupun dengan nada
bergurau bahawa mereka tidak boleh berhari raya. Malah, ada sebahagian
daripada ibu bapa (Nota: termasuk saya) memberi upah kepada anak-anak
kecil yang berjaya berpuasa penuh.
Ada kanak-kanak menangis apabila diberitahu mereka tidak boleh
menyambut hari raya kerana meninggalkan puasa. Apatah lagi jikalau
dikaitkan dengan duit raya. Itu adalah kegembiraan ibadah puasa dan hari raya
yang diajar semenjak kecil.
Puasa wajib ini kelihatan mempunyai kelebihan dalam amalan masyarakat
Malaysia. Contohnya, amalan berpuasa diajar dan diberatkan, tetapi
meninggalkan solat tidak pula dimarahi. Berpuasa dan merayakan tamatnya
hari berpuasa begitu meriah. Pakaian baru, makanan istimewa, dan hampir
setiap orang mahu pulang ke kampung halaman.
Malah, kadangkala ia menjadi punca pergaduhan antara suami dan isteri!
Namun, persoalan yang lebih penting tentang ibadah puasa adalah,
“Apakah benar ibadah itu yang diamalkan oleh kita dan bertepatan dengan
ajaran dan kemahuan Allah s.w.t?”
Imam Al-Ghazali berpendapat, ibadah puasa terbahagi kepada tiga tahap,
iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus al-khusus.
Puasa umum adalah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi
kehendak syahwat. Ini yang dikatakan sebagai tahap terendah dan dikatakan
puasa orang awam.
Manakala, puasa khusus pula adalah menahan pendengaran, penglihatan,
lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.
Sementara itu, puasa tertinggi adalah menahan hati daripada keinginan
buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah s.w.t. secara
sepenuhnya.
Apakah mampu kita mencapai tahap amalan tertinggi? Bagaimana
kaedahnya jikalau mahu ataupun bercita-cita mahu mencapai yang terbaik.
Pertama, kaji dahulu bagaimana yang dikatakan sebagai puasa terbaik.
Misalnya, manusia yang berpuasa dikatakan perlu mengawal pandangan dan
menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh Allah s.w.t. 100
peratus wajib mengingat Allah s.w.t.
Kedua, mereka perlu memelihara lidah daripada menuturkan kata-kata
buruk seperti mengumpat dan berdusta. Sebaliknya, amalan semasa berpuasa
dengan sebaik-baik puasa perlu lebih banyak berdiam diri, bersolat sunat,
berzikir, dan membaca Al-Quran.
Ketiga, di hujung hari mereka juga tidak berlebihan ketika berbuka dengan
memakan makanan halal sekadar untuk berbuka dan meneruskan solat
maghrib berjemaah.
Kemuncak segalanya, puasa tertinggi menjadi milik mereka yang sentiasa
takut dan mengharapkan belas kasihan Allah s.w.t. supaya menerima puasa
yang sudah dilaksanakan sepanjang hari.
Lalu, mari kita bertanya kepada diri sendiri. Apakah aku termasuk dalam
golongan ini? Jikalau tidak, apakah mampu sifat-sifat ini dilaksanakan semasa
berpuasa di Malaysia? Apakah benar ia mampu dilakukan?
Tip kami, amalan berpuasa bukan satu rukun dan wajib haji.
Bagaimanapun, ciri-ciri bagi mendapatkan puasa tertinggi dapat dilakukan
semasa menunaikan ibadah haji. Mengapa?
Waktu semasa berada di Makkah dan Madinah bukan tempat untuk
bergosip tentang pelbagai kisah, curi tulang ketika bekerja, menonton wayang
ataupun televisyen, ataupun melepak-lepak di gedung perniagaan. Tiada orang
yang mahu mengumpat di Makkah dan Madinah. Di sana, jemaah hanya
mendiamkan diri, menunaikan solat sunat, dan membaca Al-Quran. Tiada
yang mahu membuat dosa mata, hati, telinga, dan tubuh badan semasa
menunaikan haji.
Jikalau ada yang bersifat begitu, tentu sekali mereka tidak perlu ber kir
untuk berpuasa ataupun melakukan amalan-amalan sunat lain. Menunaikan
ibadah haji ataupun tidak, mereka sama sahaja. Di Malaysia ataupun di
Makkah, mereka tetap mahu mengekalkan sifat-sifat yang sudah sebati dalam
jiwa masing-masing.
Malah, tiada siapa yang memikirkan tentang juadah untuk berbuka puasa
kecuali dengan tamar dan air zamzam. Itu pun dilakukan di dalam masjid.
Pengalaman kami, kita pasti terasa nikmat sebenar berpuasa semasa kita berada
di Makkah dan Madinah. Malah, kami kir, apa yang dilakukan selama ini
hanya puasa kepada masyarakat umum semata-mata.
Berpuasa semasa menunaikan ibadah haji jarang diberi penekanan kerana ia
bukan sebahagian daripada rukun dan wajib haji. Namun, suasana di sana
menepati pembentukan ciri-ciri puasa tertinggi secara semula jadi. Insya Allah,
nikmat sebenar-sebenar puasa dapat dikecap dan dirasai.
Belajar berpuasa sunat semasa menunaikan ibadah haji. Insya Allah, apabila
pulang ke Malaysia, teruskan dengan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.
Lebih baik lagi jikalau mampu berpuasa sebagaimana puasa Nabi Daud a.s.
yang berpuasa selang sehari. Kemuncak atas segala ibadah puasa itu adalah kita
berpuasa pada bulan Ramadhan dengan puasa yang sebenar-benar puasa.
Itu adalah nikmat berpuasa di Tanah Suci.
Tip 29: Mengingati Allah

P
ernahkah kita mendengar yang kita perlu mengingati
Allah s.w.t. sepanjang masa. Ketika tidur dan jaga, baring dan duduk
serta siang dan malam. Ada orang mengatakan, mereka yang dekat
dengan Allah s.w.t., bibir dan hatinya sentiasa menyebut-nyebut nama Allah.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
terdapat tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati
Allah sambil berdiri, duduk, ataupun dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, Ya Tuhan kami, Engkau tidak ciptakan
ini dengan
sia-sia. Maha suci Engkau, pelihara kami daripada seksa neraka.

(Surah Ali Imran, ayat 190-191)

Malah hebatnya mereka yang dikatakan, matanya merenung, melihat dengan


kebesaran Allah, kunyah makannya bersama sebutan Allah, Allah, Allah dan
mungkin tubuh zahirnya bergerak tetapi mindanya sentiasa bersama Allah.
Kami cemburu apabila membaca kisah-kisah mereka yang meninggal dunia
dengan menyebut kalimah ‘Laillahaillallah, Muhamadar Rasullullah’ atau yang
sentiasa menyebut ‘Allah, Allah, Allah, Allah’ ketika sakit di hospital ataupun
sentiasa berzikir dan bukan mendengar lagu semasa bermusa r.
Saya pernah mengiringi arwah Ayah ke hospital akibat serangan jantung
menggunakan kemudahan ambulan. Sepanjang perjalanan beliau hanya
menyebut, “Allah, Allah, Ya Allah, Allah, Ya Allah, Ya Allah, Allah.”
Saya merenung wajahnya dan ber kir, “Mampukah saya begini?” Setiap
kali arwah ayah dirawat di hospital, mulutnya tidak henti-henti membaca ayat-
ayat suci Al-Quran yang dihafalnya. Kakak saya pernah mengatakan:
“Mil, ada orang bertanya saya, apakah amalan ayah sehingga dalam tidak
sedar sekalipun masih membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Malah bacaannya
betul. Sekiranya boleh, apabila saya sakit biarlah saya seperti beliau. Saya rasa
begitu bersyukur.”
Arwah ayah yang berubah hampir 100 peratus sekembalinya daripada
menunaikan ibadah haji. Siang malamnya dihabiskan dengan bertaubat dan
memohon keampunan Allah s.w.t. Saya sentiasa berdoa supaya beliau
dilepaskan daripada seksa kubur, memasuki syurga tanpa dihisab, dan bertemu
semula dengan kami di Syurga Firdaus.
Saya selalu ter kir, bolehkah manusia jahil seperti saya mengingati Allah
s.w.t. sepanjang masa? Bukankah saya suka mendengar lagu-lagu merdu semasa
dalam perjalanan? Bagaimana dengan Astro? Bagaimana pula ketika memberi
kuliah? Ataupun bersembang? Ataupun ketika mempengerusikan mesyuarat?
Apatah lagi ketika bermain golf. Nyata sekali, mengingati Allah s.w.t. hampir-
hampir mustahil
untuk dilakukan.
Namun saya kir, ibadah haji memungkinkan segalanya. Saya sedar yang
saya manusia yang begitu jahil, tidak berilmu, fakir lagi miskin di sisi Allah
s.w.t. Saya bertekad untuk mengingati Allah s.w.t. sepanjang masa semasa di
Makkah dan Madinah. Hampir setiap saat saya menyebut, “Subhnallah,
subhnallah, subhanallah.” Jikalau tidak dengan bibir, saya layangkan melalui
hati. Ia hanya terhenti ketika melakukan ibadah lain tetapi kadangkala tanpa
dirancang ia muncul sendiri ke dalam hati walaupun ketika bersungguh-
sungguh membaca Al-Quran.
Itu yang saya lakukan sepanjang 46 hari di kota Makkah dan Madinah.
Apabila letih, saya merayu-rayu kepada Allah s.w.t., “Ya Allah, aku banyak
dosa. Ya Allah, ampuni aku.” Saya juga membaca surah Al-Ikhlas dan ayat
Kursi. Itulah yang saya tahu dan hafal pada ketika itu. Saya tidak pernah
mengalami peristiwa sebegitu sebelum ini. Saya tidak menyangka yang ia boleh
dilakukan malah langsung tidak membosankan. Saya merasakan, ia lebih
nikmat berbanding mendengar lagu.
Kemanisannya lebih manis berbanding bersembang ataupun menonton
Astro. Akhirnya, hampir setiap malam semasa di Makkah dan Madinah, saya
tidak sedar yang saya tertidur ketika menyebut subhanallah. Malah ketika
bangun, sebutan pertama yang keluar adalah perkataan yang sama secara
semula jadi. Namun apabila dilakukan semakan silang, Allah s.w.t. sudah
menyatakan dengan jelas dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28:
Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Saya mohon keampunan Allah kerana mencatatkan perkara ini tetapi ia boleh
di kirkan oleh khalayak pembaca. “Ya Allah, jangan Engkau murkai daku,
jangan Engkau palingkan rasa yang sudah Engkau kurniakan, dan aku mohon
kepada-Mu supaya ia menjadi catatan yang bermanfaat.”
Tip kami, ingat Allah s.w.t. sepanjang masa. Pilih satu sebutan sama ada
subhanallah, alhamdulillah, astarg rullah, ataupun ayat-ayat Al-Quran yang
ringkas dan mudah bagi menjadi bacaan atau amalan sepanjang masa. Sebut,
kir, dan renunglah pilihan itu sepanjang masa terutamanya ketika berjalan,
berbaring, duduk, bersembang, makan, dan sebelum tidur. Namun, sebutan
atau bacaan lain boleh dipertimbangkan.
Biar tidur kita diakhiri dengan zikir dan bangun juga dimulai dengan
amalan zikir itu secara semula jadi. Mana tahu, jikalau kematian kita muncul
pada waktu tidur, biarlah roh dan jasad kita sedang menyebut-nyebut ataupun
memuji-muji Allah s.w.t.
Insya Allah, sebelum berangkat ke Tanah Suci, amalkan sepanjang waktu di
sana dan apabila pulang jangan terhenti dek kesibukan urusan kehidupan
seharian. Saya mohon keampunan Allah s.w.t.
Tip 30: Cucu Tok Kenali

M
akkah dan Madinah ada penipu? Barangkali satu soalan yang sukar
dijawab. Jikalau bertanya saya, maka jawapan tegas akan saya
kemukakan:
“Ada. Ada, bapa segala penipu berlegar-legar di bandar Makkah dan
Madinah.”
Mengapa bapa penipu? Saya kir mereka begitu sukar untuk dikesan
kerana berlindung di sebalik serban, janggut, tongkat, boleh membaca ayat-
ayat Al-Quran, dan pandai berbahasa Arab. Mereka kelihatan warak dan alim.
“Mil, ini nombor telefon cucu Tok Kenali. Hubungi beliau dan sebut nama
saya. Insya Allah, beliau dapat membantu semasa di Makkah.”
Beliau begitu berbangga dan teruja apabila mencerita hubungannya dengan
cucu Tok Kenali yang tinggal di Makkah. Anaknya dikatakan berkahwin
dengan Ketua Polis Makkah. Hubungan yang terjalin lebih daripada 10 tahun.
Malah cucu Tok Kenali ini saban tahun berkunjung ke Segamat bagi mencari
dana sekolah pondok di Selatan ailand.
Wah, saya juga teruja kerana berkemungkinan dapat berjumpa dengan
keturunan alim ulama Tok Kenali, malah dikatakan sebagai wali Allah tersohor
di Kelantan. Orang jahil seperti saya juga mudah tertawan dengan simbol dan
wajah keturunan orang ‘baik-baik’. Mereka perlu dihormati!
Apa istilah yang sering digunakan? Ya, ambil berkat!
Akhirnya, selepas selesai urusan ketibaan dan perkara wajib yang perlu
dilaksanakan, saya membuat panggilan telefon kepada cucu Tok Kenali. Saya
mahu berjumpa dan menyerahkan kiriman barang kenalan beliau.
Beliau cepat bersetuju hadir ke hotel kami. Disebabkan terlalu teruja, saya
khabarkan kepada seluruh rakan sebilik yang cucu Tok Kenali mahu
menziarahi saya di bilik. Mereka juga teruja. Malah terdapat dalam kalangan
kami yang memburu ‘alim ulama tersohor’ supaya berkenalan dan berhubung
dengan mereka.
Bagi beliau, peluang ini tidak perlu dilepaskan.
Apabila tiba pada ketika yang dijanjikan, cucu Tok Kenali muncul. Wajah
‘orang Siam’ seperti kebanyakan orang-orang Kelantan nyata terserlah. Dengan
serban, janggut, tongkat, dan tutur katanya yang lemah lembut
menggambarkan beliau benar-benar seorang yang alim dan warak.
Namun perbualan kami terbatas akibat minat yang mendalam yang
ditunjukkan oleh rakan sebilik. Beliau mengusulkan asal usul Tok Kenali,
kisah anak-anak dan cucu-cucunya, dan kelihatan cucu Tok Kenali yang
berada di hadapan kami begitu berhati-hati memberi jawapan balas.
Diringkaskan cerita, rakan kami ini menyerahkan bayaran dam, upah haji,
dan ibadah korban kepada beliau untuk diuruskan hanya disebabkan cucu Tok
Kenali. Namun rupa-rupanya, di sebuah hotel yang lain, nama cucu Tok
Kenali ini begitu popular.
Hampir satu bangunan menyerahkan bayaran-bayaran dam, upah haji, dan
ibadah korban kepada beliau sehingga Allah s.w.t. membongkar yang beliau
bukannya cucu Tok Kenali yang sebenar.
Bagaimana ia terbongkar bukan satu isu yang besar tetapi hakikat wujud
manusia yang sanggup menipu dan mengaut keuntungan haram di Tanah Suci
nyata membingungkan perasaan saya. Mengapa manusia boleh melakukan
perkara-perkara terkutuk di Tanah Suci? Tidak takutkah mereka dengan
hukum Allah s.w.t.
Dalam diam saya ter kir, jikalau di Makkah mereka sanggup melakukan
perkara seumpama ini, hati dan perasaan mereka pasti sudah jadi keras
kematu. Setiap tahun, dalam tempoh lebih 10 tahun ini modus operandi yang
dijalankan sehinggakan sudah ramai orang Malaysia yang terpedaya. Masya
Allah, apabila saya pulang ke Segamat, didapati begitu ramai yang sudah
terpedaya dengan cucu Tok Kenali ini.
Tip kami, sentiasa berhati-hati dengan simbol dan wajah orang yang tidak
dikenali latar belakang mereka. Ikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak
Tabung Haji. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan pihak yang tidak
berautoriti, hatta cucu Tok Kenali sekalipun. Kita orang awam tertakluk
kepada fatwa dan arahan yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan Arab
Saudi dan Malaysia.
Namun saya percaya Allah s.w.t. sentiasa mengabulkan doa-doa kami
sebelum berangkat ke Tanah Suci.
“Ya Allah, kami mahu menunaikan ibadah haji semata-mata kerana-Mu, ya Allah. Kami jahil
ya Allah, kami fakir ya Allah, kami tidak berilmu ya Allah. Ya Allah kami tidak pandai ya
Allah. Engkau bantu kami ya Allah. Ya Allah, Engkau jauhi kami daripada mereka yang
berniat jahat, yang suka menipu ya Allah. Temukan kami dengan mereka yang baik-baik ya
Allah. Bantu kami ya Allah.”

Sebelum pulang, akhirnya dengan izin Allah kami bertemu dengan cucu Tok
Kenali sebenar yang sudah sekian lama menginap di Makkah akibat kisah cucu
Tok Kenali palsu. Beliau hanyalah orang biasa-biasa sahaja.
Tip 31: Menjaga Hubungan

J
utaan manusia menunaikan ibadah haji setiap tahun. Dalam keadaan
biasa, bilik-bilik yang disediakan penuh. Di Arafah dan Mina, semua
jemaah ditempatkan di dalam khemah lapang dengan bilangan jemaah
yang begitu padat. Ia adalah satu pengalaman yang menarik. Tip kami:
“Sekiranya tidak mampu menggembirakan hati orang, usah pula
melukakan hati mereka.”
Ibadah haji bukan semata-mata hubungan jemaah haji dengan Allah s.w.t.
Selainnya, hubungan sesama manusia perlu dijaga, dihormati, dan dipelihara
secara bersungguh-sungguh. Ia perlu menjadi salah satu pertimbangan besar
sebelum berangkat ke
Tanah Suci.
Pastinya, tidak menyakitkan hati jemaah yang lain adalah sebahagian
daripada cara menjadikan kita manusia yang lebih merendah diri kepada
Pencipta. Ia adalah ujian terbesar apabila berkumpul bersama jutaan manusia.
Namun, jangan pula ada antara kita yang memberi alasan mengurangkan amal
ibadah kerana menjaga hubungan sesama manusia.
Manusia sentiasa sesak di dalam Masjidil Haram. Kami membaca Manasek
Haji karya Imam An-Nawawi yang menyatakan, lebih afdal untuk wanita
melakukan ibadah-ibadah khusus pada sebelah malam ketika jemaah
berkurang berbanding di waktu siang bagi mengelakkan tnah dan
mengurangkan risiko terbatal wuduk.
Kini, siang dan malam seolah-olah serupa. Manusia seolah-olah tidak surut.
Hijir Ismail sentiasa penuh. Di hadapan Kaabah sentiasa ramai. Mereka yang
mahu menguncup hajarulaswad sentiasa ada malah mereka yang tawaf sentiasa
berpusu-pusu. Mungkin, secara relatifnya bilangan mereka yang ‘hidup’ pada
malam hari lebih sedikit daripada mereka yang ‘aktif ’ pada siang hari. Namun,
ia tidak langsung signi kan. Bagaimana tidak mahu menyakitkan hati jemaah
yang lain?
Pertama, kami kir kita perlu banyak bersabar. Perasaan menyelesaikan
masalah sendiri dan keluarga nyata membuak-buak. Sifat mementingkan diri
sendiri menjadi lumrah. Akhirnya dalam orang beratur, kita mengambil
keputusan bagi memotong barisan. Jikalau 10 orang yang kita langkau,
mungkin ada 10 orang yang sudah terturis hatinya.
Ramai jemaah yang mahu melakukan yang terbaik semasa menunaikan
fardhu haji. Mereka mahu melaksanakan apa yang pernah dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. walaupun ia bukan perkara wajib. Contohnya, mencium
hajarulaswad, solat di saf paling hadapan, solat di dalam Hijir Ismail, dan
melakukan tawaf dalam keadaan yang paling hampir dengan Kaabah.
Jikalau mahu ke saf hadapan, ramai yang tidak langsung mempedulikan
mereka yang sedia ada di dalam barisan saf. Kelihatan ramai jemaah daripada
negara luar yang melangkah di atas kepala, menekan bahu jemaah lain dengan
kuat, melintas di hadapan mereka yang sedang solat, dan kadangkala menolak
orang yang berada
di hadapan.
Ia menyakitkan hati jemaah lain.
Niat utama adalah mencari keredhaan Allah. Jikalau mahu ke hadapan,
lakukan dengan sopan. “Assalamualaikum, tumpang lalu, tumpang lalu” dan
diikuti dengan ucapan “terima kasih”. Jikalau boleh, sebut kata-kata yang
bersifat universal di Makkah dan Madinah, “Syukran, syukran, syukran.”
Sesuatu yang unik tentang bahasa di tempat yang penghuninya pelbagai
bangsa dan bahasa adalah, keupayaan bagi memahami apa yang dituturkan.
Tidak perlu berbahasa Arab. Bertutur dalam bahasa yang kita fahami, insya-
Allah ia pergi ke hati mereka yang mendengar. Itulah pengalaman yang
mengajar kami, “Kita tidak perlu berlaku kasar dan biadab bagi melakukan
kebaikan.” Kadangkala memadai dengan sedikit senyuman bagi
menggembirakan jemaah lain.
“Mari kita mengucup hajarulaswad,” pelawa saya kepada seorang rakan
jemaah. Beliau masih muda, sihat tubuh badan dan kelihatan bersemangat.
Beliau membalas ajakan saya dengan mengatakan:
“Prof., itu hanya perkara sunat. Saya melihat mereka yang mahu mencium
hajarulaswad berebut-rebut, tolak menolak dan ada yang tersepit. Saya tidak
mahu perkara sunat menjadi haram.”
Beliau benar apabila menjawab ajakan itu. Ia benar jikalau kita melihat dari
sudut kejahatan yang dilakukan oleh majoriti yang mahu mencium
hajarulaswad. Lalu saya mengatakan:
“Benar, kita tidak mahu perkara sunat menjadi haram. Soalnya, mengapa
kita mahu bertolak-tolak. Biar orang tolak kita, jangan kita menolak orang.
Mari kita lakukan dengan cara yang paling sopan, tidak menyakitkan hati
orang.”
Ramai orang melakukan kesilapan apabila membuat keputusan dengan
tidak mahu melakukan perkara sunat kerana melihat orang melakukannya
dengan cara yang tidak betul. Tindakan mudah, “Tidak perlu kerana ia
menjadi haram.” Soalnya, mari kita melakukannya dengan kaedah yang tidak
haram supaya ia kekal sunat. Bagaimana?
Pertama, di sini kepercayaan dan keyakinan kita kepada
Allah s.w.t. diuji. Sesuatu yang kelihatan sukar dengan izin Allah s.w.t. pasti
menjadi terlalu mudah. Allah s.w.t. yang maha berkuasa. Pohon kepadanya:
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu ya Allah bagi mencium hajarulaswad ya Allah. Engkau
yang maha berkuasa, Engkau yang maha pengasih, dan Engkau yang maha penyayang.
Hanya kepada-Mu tempat aku meminta dan hanya kepada-Mu tempat aku berserah.
Ampuni aku ya Allah.”

Kedua, gunakan akal dan kiran. Kaji pergerakan manusia di sekitar penjuru
hajarulaswad. Selain daripada beratur di Rukun Yamani, terdapat satu sudut di
mana jikalau kita berdiri pada alirannya, secara semula jadi akan menuju ke
hajarulaswad.
Tidak perlu mengangkat tangan menolak orang, tidak perlu berebut-rebut
malah ketika saya membawa isteri, pengawal yang mengawal kawasan tersebut
sempat berbual-bual dengan kami, “Malaysia, Malaysia, Malaysia?”
Saya tersenyum sambil mengangguk-angguk kepala (mohon rujuk Travelog
Haji: Mengubah Sempadan Iman untuk penerangan lanjut). Ia bukan sekali
tetapi berkali-kali. Di sebalik menjaga hubungan sesama manusia, kita patut
melihat kebesaran Allah s.w.t. Insya Allah.
Tip 32 : Berbuat Baik

K
ata pepatah Melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Mengapa pula mesti berpada-pada? Barangkali sesuai pula dengan
perumpamaan yang menyebut, seperti melepas anjing tersepit.
Berdasarkan gabungan dua kenyataan di atas, kata kunci masyarakat Melayu
adalah berhati-hati dalam membuat keputusan sekalipun berbuat baik. Malah
jikalau diperhalusi lagi, setiap langkah perlu berlandaskan timbang rasa kiran
dan berpandukan ilmu.
Di Makkah, berbuat baik tanpa had. Setiap kebaikan walau sebesar zarah
sekalipun akan dihitung Allah s.w.t. Maksud saya, jikalau kita memberi satu,
untungnya 100,000 kali. Itu janji Allah s.w.t. yang dinyatakan.
Sesungguhnya jikalau kamu mendirikan solat, serta menunaikan zakat dan beriman
dengan segala Rasul utusan-Ku serta menolong mereka dalam menegakkan agama Allah
dan kamu pinjamkan Allah dengan sedekah dan
berbuat baik pada jalannya secara pinjaman yang baik bukan kerana riak dan mencari
keuntungan dunia, Aku pasti ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu
ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.

(Surah Al-Maidah, ayat 12)

Mengapa pula di Tanah Suci? Saya kir, kebanyakan orang berbuat baik di
sana tanpa riyak. Benarkah gandaan itu? Ia hanya satu perbandingan.
Subhanallah, pengampunan dosa dan balasan syurga langsung tidak ternilai
dibandingkan dengan jumlah gandaan ataupun wang ringgit. Perasaan kasih
sayang dan mencintai
Allah s.w.t. menjadikan manusia beramal dan beribadah kepada-Nya lebih
bermakna daripada segala-galanya.
Itu adalah salah satu falsafah haji yang perlu diamati.
Namun, ia aturan yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. Berbuat baik diberikan
ganjaran. Walau bagaimanapun, berbuat baik bukan kerana ganjaran. Kita
berbuat baik kerana berbuat baik itu adalah sifat yang mulia. Kita tidak
berbuat jahat kerana sifat jahat itu sememangnya tidak baik.
Profesor Hamka ada menyatakan, mereka yang berbuat baik kerana
mengharapkan ganjaran, ibarat kanak-kanak yang belum matang. Saya
bersetuju dengan kenyataan itu, tetapi aturannya kembali kepada rahmat dan
kasih sayang Allah s.w.t. Mereka yang berbuat baik diberi balasan yang bukan
sahaja setimpal tetapi
tinggi nikmatnya.
Tip kami, menggembirakan hati jemaah yang lain termasuk dalam usaha-
usaha menjadi manusia yang berbuat baik. Alangkah baik jikalau dapat
menggembirakan hati mereka yang sedang buntu, berdukacita atau bersedih
hati. Ia lebih bermakna jikalau kita dapat memberikan sesuatu yang tidak
disangka-sangka.
Mari kita kirkan sesuatu yang kelihatan kecil tetapi signi kan.
Hampir setiap waktu saya bersolat di kawasan dataran Kaabah semasa di
Makkah. Ia begitu hampir dengan Kaabah. Jikalau di Madinah, saya di saf
pertama, kedua, ataupun ketiga. Siang ataupun malam, itu tempat yang
menjadi keinginan dan pilihan saya. Rasa teruja yang amat sangat.
Saya sering perhatikan ramai manusia yang terperangkap di antara saf
apabila ibadah solat hampir dilaksanakan. Mereka berjalan di antara saf
memohon simpati supaya dibenarkan masuk antara jemaah. Jarang benar yang
mahu memberi ruang. Siapakah yang sanggup mengorbankan keselesaan
bersolat demi orang lain?
Ruang memang terbatas. Namun, kebiasaannya jemaah lelaki membuka
kakinya hampir sekaki apabila berdiri. Oleh itu, rapatkan sedikit bukaan kaki
itu dan jemputlah mereka yang memerlukan saf supaya masuk. Secara
automatik, jiran kita merapatkan sedikit bukaan kaki beliau. Akhirnya, lebih
ramai yang dapat bersolat. Bagi saya, ia masih selesa dan selebihnya dapat
merasai keakraban sesama saudara seislam dalam beramal ibadah kepada-Nya.
Apa reaksi mereka yang menerima pertolongan? “Syukran, syukran,
syukran,” mereka biasanya memeluk saya dan mengangkat tangan berdoa
kepada Allah s.w.t. Nampak jelas mereka gembira atas pertolongan yang tidak
memerlukan sebarang kos kewangan. Nilai buat mereka pada ketika itu tidak
dapat ditukar dengan wang ringgit. Malah saya kir ia adalah pertolongan
yang tidak disangka-sangka.
Bersedekah atau memberi hadiah tidak perlu dilakukan dalam tradisi
kebiasaan. Ada sedekah dan hadiah yang memerlukan resit bagi menuntut
pengecualian cukai. Mungkin, hadiah perlu dibungkus ataupun diikat dengan
reben. Kadangkala, hadiah diukur dengan nilai harga barangan yang diberi.
Malah pemberian hadiah juga dikaitkan dengan pangkat dan darjat.
Di Makkah dan Madinah, suara mereka yang batuk ibarat irama sumbang
yang merosakkan lagu. Seorang rakan pernah berpesan, “Kamil di Masjidil
Haram, ramai yang batuk. Engkau hadiahkan ubat sakit kerongkong kepada
mereka. Insya Allah ia membantu. Ramai orang tidak mampu dan ter kir
membeli ubat tersebut kecuali orang Malaysia yang mewah-mewah belaka.”

Ia tip yang ringkas tetapi menusuk hati. Lalu saya beli ubat sakit
kerongkong dalam kuantiti yang banyak dan masukkan ke dalam beg sandang
yang sentiasa di bawa ke mana sahaja. Apabila berada dalam saf dan terdengar
orang yang berhampiran batuk, saya hulurkan ubat itu kepada mereka. Wajah
mereka tersenyum dan menyebut, “syukran”. Kuasa Allah s.w.t., dalam
kebanyakan kes, secara semula jadi batuk mereka hilang begitu sahaja.
Apakah yang dipelajari? Buat saya, ia adalah kehebatan dan kekuasaan
Allah s.w.t. Ya Allah, hanya dengan sebiji ubat, serta merta ia dapat
menghilangkan batuk mereka. Kepada yang menerima,
itu kasih sayang Allah. Ketika aku dalam keadaan batuk, ada manusia yang
melakukan kebaikan. Kebaikan sekecil itu rasanya tidak perlu mengharapkan
sebarang ganjaran wang ringgit. Akhirnya janji Allah s.w.t. melalui surah At-
Taghabun yang memberikan perkhabaran yang jauh lebih baik.
Sekiranya kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik, nescaya
Allah akan melipat gandakan balasan-Nya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. Allah maha mensyukuri lagi maha penyantun.

Berbuat baik dengan menggembirakan hati jemaah yang lain dapat dilakukan
dengan pelbagai cara. Fikirkan sesuatu yang kecil, tetapi begitu signi kan.
Signi kan di sisi Allah s.w.t.
Tip 33 : Uzur Seorang Wanita

M
elaksanakan ibadah tawaf umpama melakukan solat. Sebagai
seorang wanita, ia hanya boleh dilakukan dalam keadaan suci
daripada haid, dalam keadaan berwuduk, dan perlu menutup
aurat. [Nota: bukankah kita perlu menutup aurat sepanjang masa?]
Saya termenung mengenangkan isu ini. Jikalau saya melakukan haji
tamatuk, sejurus sampai di Makkah kami terus melakukan tawaf umrah wajib.
Kemudian, tawaf wajib kedua yang perlu dilakukan semasa menyempurnakan
ibadah haji. Satu persoalan yang sering bermain-main di kiran, “Bagaimana
jikalau aku datang haid ketika perlu melakukan tawaf wajib?”
Kisah haid dan ibadah haji ini dinyatakan secara jelas dalam satu hadith
yang direkodkan oleh Al-Bukhari:
“Aisyah menyatakan, Kami pergi beribadah haji. Ketika saya sampai di Sarif dekat Makkah,
saya mengalami haid, lalu Rasulullah mendatangi saya sementara saya sedang menangis.
Rasulullah bertanya, Mengapa engkau menangis? Apakah yang berlaku?”

Seorang teman bercerita, “Ya Allah, saya sudah tiga tahun tidak datang haid tetapi tiba-
tiba di Tanah Suci ia datang kembali. Saya yakin sekali menyatakan yang saya tidak akan
menghadapi masalah apabila berada di Tanah Suci. Tiada masalah haid.”
Itu kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. yang perlu difahami. Tiada
sesuatu yang ganjil, pelik ataupun mustahil. Namun, berdasarkan kisah-kisah
yang pernah diceritakan, mereka tidak bersedia menerima kedatangan haid
yang menjadi trah semula jadi kaum wanita. Rata-rata ramai rakan wanita
kamu mengalami haid? Saya menjawab, “Ya.” Rasulullah mengatakan, “Haid
itu sudah menjadi ketetapan Allah bagi wanita. Kerjakan amalan haji kecuali
tawaf di Baitullah.”
Perasaan sedih dan kecewa seumpama pengalaman Aishah ini adalah
fenomena biasa bagi wanita yang bersungguh-sungguh mahu beramal ibadah
di Makkah dan Madinah. Namun soal kedatangan haid semasa menunaikan
ibadah haji tidak berakhir setakat rutin biasa. Ia mengandungi pelbagai
pengajaran dan pelajaran kebesaran Allah s.w.t.
Walaupun tempoh harinya sama seperti di tanah air, namun di Tanah Suci
ia terasa lama sekali. Ada juga yang memberikan pandangan berbeza.
“Seminggu dalam keadaan uzur, bosan terkurung dalam bilik. Masa itulah
saya ambil kesempatan membeli-belah!”
Terdapat juga yang menyarankan supaya mengambil suntikan dari klinik
bertauliah bagi menghentikan putaran haid jikalau tempoh uzurnya jatuh
ketika musim haji. Selepas mengambil kira semua keadaan, saya mendapatkan
nasihat dan bantuan doktor pakar. Doktor membekalkan saya sejenis pil
menahan haid dengan iringan kata-kata nasihat. “Pil ini hanya usaha dan
ikhtiar kita. Kuasa Allah mengatasi segalanya.”
Benar. Ia benar sekali. Manusia merancang tetapi kekuasaan
Allah s.w.t. terlalu hebat dan agung. Allah s.w.t. yang mengatur segala-galanya.
Saya melepasi tempoh haid dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna.
Kesemua ibadah rukun dan wajib dapat dilaksanakan. Kami dapat wuquf di
Arafah, mabit di Muzdalifah, bermalam di Mina bagi melontar jamrah, dapat
bertawaf dan melakukan saie dalam keadaan yang suci bersih.
Namun, saya uzur sehari selepas berada di Madinah. Saya hanya sempat
solat beberapa waktu di Masjid Nabawi dan hanya sekali solat sunat di
Raudhah. Sayu dan sedihnya hati tidak terperi. Hanya Allah yang tahu. Suami
memujuk, “Redha sahaja dengan ketetapan Allah. Allah tetap memberikan
ganjaran kepada mereka yang bersabar. Banyak perkara lagi yang boleh awak
lakukan selain memasuki Masjid Nabi.”
Lalu saya melantik diri sebagai pembantu kepada seorang nenek berumur
80 tahun dan ibu tua berumur 70 tahun yang tinggal sebilik. Nenek itu
ditemani oleh anak lelaki. Manakala ibu tua datang bersama suami yang hanya
beberapa tahun beza usia dengannya. Pada ketika itu saya faham sebab Allah
s.w.t. mendatangkan tempoh uzur di Madinah. Ia menetapkan supaya saya
membantu kedua-duanya. Setiap pagi saya menyediakan teh dan mengambil
sarapan pagi di dewan makan. Kemudian membacakan tafsiran dan
terjemahan Al-Quran pada waktu dhuha. Suatu hari saya terdengar ibu tua
itu berdoa:
“Ya Allah ya Tuhanku, aku datang ke sini bagi beribadah kepada-Mu. Aku datang bersama
suamiku. Tidak ingatkah dia lagi kepadaku? Tidak mahukah dia membawaku ke Masjid
Nabawi?”

Nenek tua pula selepas solat subuh teresak-esak di atas katil. Rintihannya jelas
kedengaran.
“Ya Allah, aku tidak berdaya berjalan. Bagaimana mungkin anak lelaki dapat membawaku
ke Masjid Nabi tetapi kata Nabi Muhammad, jikalau kamu datang ke sini tetapi tidak
melawat ke rumahku, kamu bukannya daripada kalangan umatku.”

Luluh hati dan perasaan apabila mendengar rintihan mereka. Lalu, suami
meminjamkan kerusi roda rakan sebiliknya. Dengan kerusi roda inilah saya
menolak mereka ke masjid seorang demi seorang. Bergilir-gilir. Di masjid, Kak
Mie dan Azlina sedia menunggu bagi membawa mereka ke Raudhah.
Subhanallah! Alhamdulillah, rupanya uzurku di sana direncanakan oleh Tuhan
yang mengetahui segalanya.
Tip kami, usah membazir waktu ketika uzur semasa di Makkah dan
Madinah. Teruskan melakukan amal ibadah dan berdoa supaya Allah s.w.t.
mengampunkan dosa-dosa yang dilakukan.
Tip 34: Pakaian

P
erkara utama yang sering menjadi tumpuan jemaah wanita adalah
bekalan pakaian. Berapa banyak yang perlu dibawa? Jenis apa?
Sesuaikah dengan keadaan cuaca? Apa yang paling dititikberatkan
adalah soal aurat. Aurat ketika beribadah. Ketika mahu melakukan ibadah haji,
aurat menjadi persoalan utama.
Tip kami, jikalau kita memakai pakaian nipis lagi jarang dan berpendapat
ia memerlukan tambahan telekung bagi bersolat maka ia bemakna pakaian itu
tidak sesuai untuk dipakai. Pakaian yang boleh dibawa bersolat adalah tanda
aras bagi pakaian wanita Islam. Ya Allah, tiba-tiba sahaja soal aurat menjadi
begitu penting. Biasanya saya hanya menjaga aurat ketika mahu solat. Pakaian
ke pejabat tidak pula terlalu dititikberatkan walaupun bertudung. Ia hanya
fesyen semata-mata. Setiap kali mahu bersolat pakaian sedia ada perlu
ditambah dengan telekung.
Mengapa?
Fesyen baju nampak moden. Masih berani berkain nipis tanpa lining.
Tidak merasai apa-apa walaupun kain terbelah menampakkan kaki. Ia tetap
bersahaja dengan pakaian ketat melekat menampakkan tubuh susuk badan.
“Ya Allah, daku mahu berubah kepada yang lebih baik. Cukuplah, jadikanlah ibadah haji ini
sebagai sempadan supaya daku berubah dari segi pakaian, akhlak, dan amalan. Ya Allah,
aku mahu berubah ya Allah.”

Pakaian di Tanah Suci sering dikaitkan dengan keadaan cuaca di sana.


Contohnya, jikalau musim sejuk, sejuknya sampai ke tulang rusuk. Tidak
tertahan rasanya. Apatah lagi jikalau mahu ke Masjidil Haram seawal pukul
dua pagi. Pengalaman kami di Muzdalifah membenarkan kenyataan ini. Kami
kesejukan apabila ditinggalkan dalam keadaan berihram dan tanpa khemah di
Muzdalifah selama beberapa jam. Ia menjadi kesukaran berganda kepada
jemaah berusia.
Sejuk dan panas bersifat relatif. Adatnya begitu. Namun dalam keadaan
luar biasa di sisi manusia, api yang tinggi menjulang ke gunung juga boleh
menjadi sejuk. Itu adalah pengajaran yang sepatutnya diperoleh daripada cerita
Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh Raja Namrud. Sejak kecil lagi saya dihidangkan
oleh kisah ini melalui Surah Al-Anbiya' ayat 68 dan ayat 69:
Apabila tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua mereka berkata, “Bakar dia dan bela tuhan-
tuhan kamu, jikalau betul kamu mahu bertindak membelanya!c Kami mengatakan, “Wahai
api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.”

Api yang panas mampu menjadi sejuk. Maka tidak mustahil pula cuaca yang
sejuk bertukar menjadi segar dan selesa. Berdoalah kepada Allah s.w.t. dengan
sepenuh hati.
“Ya Allah ya Tuhan kami. Permudahkan kami. Berikan perasaan bersabar kepada kami
seumpama Nabi Ayub. Ya Allah mudahkan urusan kami semasa menunaikan ibadah haji.
Jangan Engkau uji kami dengan cuaca yang sejuk sehingga kami tidak tertanggung
olehnya. Ya Allah jangan Engkau duga kami dengan cuaca yang panas sehingga tidak
tertahan oleh kami.”

Isu kesejukan bagi wanita tidaklah sesukar kaum lelaki terutamanya ketika
berihram. Kami mencadangkan supaya setiap jemaah haji bersiap sedia dengan
Long John ataupun termal sebagaimana yang digunakan oleh penduduk di
negara yang mengalami empat musim yang berbeza. Persiapan seumpama ini
sering dilupakan oleh jemaah haji. Kainnya nipis tetapi dapat menampung
haba yang cukup bagi memanaskan badan. Insya Allah, ia menyelesaikan
banyak masalah.
Bagi mereka yang tidak pernah ke luar negara, bertanyalah kepada mereka
yang tahu tentang Long John dan termal yang kami cadangkan. Ia banyak
membantu mereka yang sudah berusia semasa mengalami masalah tidak tahan
sejuk terutamanya di Muzdalifah dan Mina.
Saya membeli tiga pasang jilbab yang labuhnya separas pergelangan lengan
tangan serta dua pasang telekung. Emak berpesan,
“Jilbab ringkas. Kita boleh bergerak pantas tanpa bimbang kain ditarik
orang.”
“Tidak terkeluarkah tangan kita semasa bertawaf jikalau berjilbab?”
“Oh, awak masukkan sahaja tangan di dalam jilbab. Macam kita berpeluk
tubuh.”
Semakin ramai yang berkongsi pengalaman, hati kami semakin tenteram.
Kami menyediakan tiga pasang baju labuh berseluar panjang, dua pasang
jubah, dan tiga pasang sarung tangan separas pergelangan tangan. Kami juga
membeli beberapa helai stoking hitam dan berwarna gelap. Kami sarungkan
kasut tanpa tumit. Ia adalah persiapan menunaikan ibadah haji dalam keadaan
benar-benar menuntut aurat. Pakaian ini yang kami mahu pakai dan mudah-
mudahan apabila pulang tidak pula kami kembali kepada corak yang asal.
Benar. Jauh berjalan luas pengalaman. Namun, perjalanan haji ini suatu yang
dituntut sekali seumur hidup. Ia panggilan Ilahi. Barangkali inilah perjalanan
pertama dan terakhir. Patutkah kami mengambil sikap secara lewa? Patutkah
kami mensia-siakannya?
“Ya Allah, andainya ini perjalanan pertama dan terakhirku ke rumah-Mu. Jadikan ia yang
terbaik buatku. Sesungguhnya kami datang semata-mata kerana-Mu. Ikhlas beribadah
kerana-Mu. Wahai Tuhan, terima aku. Sesungguhnya hidupku, matiku, ibadahku, semata-
mata kerana-Mu.”

Tip kami, pakaian oh pakaian. Anggap soal berpakaian sebagai agenda penting
bagi wanita yang bakal menunaikan ibadah haji. Ia tidak termasuk dalam
rukun dan wajib haji. Namun tawaf kita tidak sah apabila tidak menutup
aurat. Apabila pulang ke Malaysia, mahukah kita berbogel semula?
Tip 35 : Beg Pakaian

“Ya Allah seperti mahu ke Makkah?”

I
tu sindiran kepada mereka yang membawa beg besar tetapi tidak sepadan
dengan tempoh masa bermusa r. Sindiran seumpama ini benar apabila
mereka yang ingin meninggalkan rumah sendiri dan berjalan jauh.
Tambah pula jikalau ia adalah pengalaman pertama ke luar negara.
Kami juga pernah mengalami situasi yang sama. Ketika pertama kali
berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran di peringkat
sarjana, kami membawa bersama tiga beg besar. Satu beg dipenuhi dengan
segala macam makanan termasuklah sekilo beras, ikan bilis, dan pelbagai
rempah-ratus.
Subhanallah, kami membayangkan apabila berada di UK nanti segala-
galanya sukar. Apa yang kami lakukan disebabkan menerima pandangan dan
nasihat daripada mereka yang begitu konservatif.
Oh, salahkan orang. Kami yang tidak mahu ber kir!
Ramai orang Melayu Malaysia yang sukar mengembara tanpa membawa
sekali makanan asasi mereka. Jikalau tiada nasi maka kurus kering mereka.
Malah ada individu yang hanya ke luar negara dalam tempoh yang singkat
juga membawa bersama bekalan makanan.
Jemaah haji Malaysia disediakan makanan. Namun kerap kali mereka yang
pulang bercerita, “Makanannya tidak bertukar-tukar. Rasanya sama. Bawa
sambal daging. Ini boleh membantu.” Jikalau benar ia boleh membantu,
barangkali ia juga dapat menjadi tip yang boleh diikuti.
Tempoh 40 hingga 50 hari di Makkah dan Madinah pasti dirasakan terlalu
lama. Malah terdapat tanda-tanda yang jemaah haji Malaysia merasai yang
bumi Makkah dan Madinah terlalu asing berbanding Malaysia. Barangkali
mereka merasakan yang kedai-kedai di Makkah dan Madinah tidak menjual
ubat gigi, syampu, ataupun ubat pening kepala.
Ia tidak begitu!
Tip kami, jikalau barang yang mahu dibawa perlu dibeli di Malaysia,
minimumkan pembelian tersebut. Hampir semua keperluan yang mahu
dibawa ada di Makkah dan Madinah. Harganya juga bukan mahal berbanding
harga di Malaysia. Bawalah dengan kadar yang minimum. Mudah-mudahan
beg yang kita bawa tidak menyusahkan orang yang membawanya nanti.
Namun, isu beg pakaian sukar dilupuskan daripada pemikiran seorang
wanita. Saya juga tidak terkecuali. Kami sediakan dua buah beg besar, sebuah
untuk suami dan sebuah untuk diri sendiri.
Di dalam beg, kami masukkan segala kelengkapan ihram. Senarai yang mahu
dibawa pula begitu panjang.
Antaranya tuala mandi, kain batik, kain pelikat, sabun basuh, sabun
mandi, berus gigi, syampu, sikat, tali, selimut, cadar dan pelbagai keperluan.
Saya masukkan juga serunding daging, perencah sambal kacang segera, kopi
3+1, gula dan apa sahaja yang boleh dibawa. Semuanya atas saranan rakan-
taulan yang berpengalaman.
Akhirnya beg pakaian saya bagaikan beg saudagar yang mahu berniaga 12
purnama lamanya. Ia juga kelihatan bagai musa r yang mahu berlayar jauh
yang entahkan kembali entahkan tidak. Beg itu tidak bergerak apabila ditolak!
“Ya Allah, apa yang harus saya lakukan?”
Esoknya saya kemas kembali beg tersebut dengan membuang kesemua
barang yang tidak sepatutnya dan memasukkan semula keperluan yang
diperlukan sahaja. Akhirnya kami membuat keputusan yang drastik. Hanya
satu beg besar, satu beg tangan, dan beg sandang yang digantung di leher
untuk saya.
Beg kecil Tabung Haji itu yang dibawa ke atas kapal terbang. Ia
memuatkan 2 hingga 3 helai pakaian, tuala kecil, jilbab, ubat dan berus gigi
berserta dengan buku-buku yang mahu saya baca. Beg ini juga saya bawa
semasa wuquf di Arafah dan melontar di Mina. Rupa-rupanya ia begitu
berguna.
Suami pula hanya membawa beg kecil yang dibekalkan oleh pihak Tabung
Haji. Beliau juga mempunyai beg galas yang diisi dengan Al-Quran dan nota-
nota rujukan yang sentiasa dibawa ke mana sahaja beliau pergi.
Beg suami, saya masukkan sehelai kain ihram, tuala mandi, dua helai seluar
jubah, kain pelikat, dan sehelai jubah. Itulah yang dimahukan suami. Ketika
bertolak ke Kelana Jaya, beliau hanya memakai baju kemeja dan seluar kerja.
Beliau memasukkan sehelai lagi kain ihram di dalam beg plastik. Saya mahu
memasukkan beberapa helai lagi pakaian, namun ditolak oleh suami.
“Cukup satu beg kecil. Saya pakai kain ihram semasa di Kompleks Tabung
Haji. Keperluan lain kita beli di Makkah ataupun Madinah. Jubah lebih
murah di sana.”
Barangkali pengalaman ke luar negara mengajar beliau supaya tidak
bersusah hati dengan keperluan yang perlu dibawa. Rasional suami sangat
mudah:
“Jikalau saya bawa beg besar dan awak juga bawa beg besar, maka di antara
kita perlu membawa beg itu. Sekarang saya boleh membantu awak dengan satu
beg. Insya Allah, jikalau kita perlukan keperluan, di sana pasti mudah
diperoleh. Orang berjuta, mustahil tiada kedai yang menjual keperluan kita.
Ia benar sekali.
Tip 36 : Doakan Mereka

Berdoa Sepanjang Masa

S
epanjang berada di Tanah Suci, hati kami sentiasa berdebar-debar.
Sering dipalu dengan ketakutan. Kami takut dengan kemurkaan Allah
s.w.t. Lalu kami berdoa sebelum melangkah dari hotel ke Masjidil
haram, Arafah, Mina, ataupun ke mana sahaja kami pergi. Kami berdoa
apabila mahu melakukan amal ibadah dengan doa yang ringkas tetapi bermula
daripada hati yang satu.
“Ya Allah, ya Tuhan kami, mudahkan kami ya Allah. Kami datang ke sini semata-mata
kerana-Mu. Ampuni kesalahan dan dosa-dosa kami, ya Allah.”

Tip kami berdoa dan terus doa. Doa bukan semata-mata untuk diri sendiri
ataupun kaum keluarga. Panjangkan doa kepada mereka yang hampir secara
zikal semasa menunaikan ibadah haji. Tentu sekali ia menjadi signi kan
apabila kita mengaitkan doa-doa ini sebagai sebahagian daripada amalan
menjaga hubungan sesama manusia semasa menunaikan ibadah haji.
Kita berdoa bukan semata-mata mahu dipermudahkan. Kita juga berdoa
semoga Allah s.w.t. memelihara mata, telinga, dan mulut. Malah yang paling
ditakuti adalah bisikan jahat hati yang tidak dapat dipandang dengan mata
kasar.
Barangkali kita dapat menundukkan pandangan mata, kita dapat pekakkan
telinga, dan tutup mulut serapat mungkin supaya tidak memberi sebarang
komen terutamanya ketika berada di hotel. Namun, siapakah yang berani
memberi jaminan yang bisikan hati jahat kita dapat dikawal? Ia sentiasa
berkata-kata walaupun kita melelapkan mata, memekakkan telinga, dan
membisu seribu bahasa.
“Ya Allah, panjang lagi senarai barang yang belum dibeli.
Baru dapat 10 barang.”
Telinga saya mendengar keluhan di hujung katil. Seorang rakan sebilik
baring terlentang sambil meletakkan tangan kanan di atas dahi. Tangan kirinya
memegang senarai panjang nama sanak saudara, cucu cicit, dan rakan-taulan
yang menyumbang sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan
fardhu haji.
Telinga cepat menangkap. Sekilas mata menjeling dan hati terus berkata,
“Ya Allah, bukankah kita ke Tanah Suci supaya dapat beribadah? Mengapa
dibebankan dengan urusan yang tidak penting. Barangkali orang yang
menyumbang tidak mengharapkan apa-apa balasan.”
Sedetik kemudian perasaan menyesal menyapa lantas segera memohon
keampunan daripada yang Maha Kuasa.
“Astagh rullah, apa yang mahu disibukkan dengan urusan orang?
Ampunilah aku ya Allah.”
Jahat betul lintasan hati yang menzahirkan pandangan tanpa suara, tanpa
didengari oleh sesiapa. Betapa berat mata memandang, barangkali begitu berat
juga bahu yang memikul. Lalu saya mula nekad dalam hati, berjanji kepada
diri tidak mahu lagi mencemuh tindakan orang. Bukankah cemuhan, mengata,
dan mengeji adalah sifat buruk yang tidak sepatutnya ada dalam diri seorang
Muslim?
Saya terasa betapa hinanya berdoa hidup sebagai seorang Muslim tetapi
perkara sekecil seperti itu tidak dapat saya elak. Maka sedarlah saya betapa
lemahnya diri ini. Setiap saat memerlukan perlindungan Ilahi. Hati berkata-
kata walaupun di mana kita berada. Malahan ketika mahu beribadah
menghadap Allah s.w.t. di depan Kaabah sekalipun akan ada lintasan hati jahat
yang melintas.
“Allah, ya Allah, astagh rullah, astagh rullah, astagh rullah.”

Cepat-cepat saya memohon keampunan Allah s.w.t. Memenuhkan ruang hati


dengan memohon keampunannya. Supaya hati tidak sibuk lagi mengata. Pada
masa yang lain, jikalau terpandang ataupun terdengar sesuatu yang tidak kena,
saya terus mendoakan mereka.
“Ya Allah ya Tuhanku, permudahkan urusan mereka. Amankan mereka. Sesungguhnya
hamba-Mu datang dari jauh ke rumah-Mu semata-mata kerana menyahut seruan-Mu.
Sesungguhnya mereka berada di dalam Masjidil Haram ini kerana mahu beribadah kerana-
Mu.”

Bagaikan tidak percaya ada antara jemaah yang bertengkar di hadapan Kaabah.
Semuanya angkara sikap jemaah yang datang beribadah kepada Allah, tetapi
tidak beradab. Ada antara mereka yang datang lewat kemudian tanpa segan
silu duduk di antara dua saf dan menghalang jemaah yang sedang sujud
bersolat.
Mengapa kita perlu marah-marah di rumah Allah s.w.t.? Tidak takutkah
kita berbuat onar di muka bumi kepunyaan Allah s.w.t.? Tidak gentarkah kita
dengan kekuasaan dan kemurkaan Allah yang maha kuasa? Tentu sekali kita
patut berasa sebak apabila meneliti kata-kata Allah melalui surah Asy-Syura
ayat 5:
Hampir sahaja langit itu pecah dari sebelah atasnya
dan para malaikat bertasbih dengan memuji Tuhan mereka dan memohonkan
keampunan bagi orang yang di bumi. Ingat, sesungguhnya Allah, Dia adalah maha
pengampun, lagi
maha mengasihani.

Subhanallah! Sedangkan malaikat yang taat dan hanya bertasbih memuji


Tuhannya, mendoakan serta memohon keampunan
Allah s.w.t. bagi penduduk di dunia, alangkah angkuhnya kita sebagai manusia
jika tidak mendoakan sesama kita.
Tip 37 : Mata, Telinga, dan Lidah

J
emaah haji sentiasa dipesan supaya menjaga mata, telinga, dan lidah. Akal
singkat kami memikirkan barangkali kerana keadaan cuaca yang tidak
menentu di Makkah dan Madinah boleh menyebabkan penyakit mudah
berjangkit pada tiga bahagian
deria itu. Akhirnya kami mengerti yang ketiga-tiga deria ini memainkan
peranan besar dalam menentukan sama ada kita mendapat haji mabrur
ataupun tidak.
Bukankah ada kenyataan yang menyebut, berdiam diri adalah tindakan
yang lebih baik dalam banyak keadaan. Bagaimana mahu berdiam diri jikalau
mata menyaksikan sesuatu yang tidak enak. Tentu sukar mengelakkan diri
daripada mengata orang jikalau telinga mendengar pelbagai gosip dan cerita
walaupun mata sudah
ditutup rapat.
Ibadah haji mendidik kita menjaga hati. Ia mengajar manusia supaya
bersabar, bertolak-ansur, tidak mudah berburuk sangka, menjadi manusia yang
pemaaf, berterima kasih, dan merendah diri. Sifat-sifat ini dapat membentuk
manusia menjadi lebih bersyukur kepada Allah s.w.t.
Tip kami, cabaran bagi menjaga mata, telinga, dan lidah ternyata hebat
terutamanya kepada kaum wanita. Ketiga-tiga deria ini perlu dijaga serapi
mungkin. Mengapa tidak? Kita sentiasa berada dalam kalangan manusia yang
ramai. Pertama, bilangan rakan sebilik di antara empat hingga 10 orang.
Khemah di Arafah dan Mina biasanya penuh dengan jemaah antara 40 hingga
50 orang. Bas juga sentiasa penuh. Dewan pula makan sentiasa ramai.
Isunya, bagaimana mahu menjaga tiga deria ini? Pertimbangkan apa yang
kami cadangkan.
Astagh rullah, rupa-rupanya ketiga-tiga deria itu perlu dijaga seawal di
Kompleks Kelana Jaya lagi. Pada mulanya, saya mahu menggunakan lidah
apabila terpandang beberapa jemaah yang mahu memotong barisan. Saya
terdengar pegawai bertugas cuba menenangkan keadaan.
“Haji, haji, haji, sila masuk barisan. Insya Allah, semua dapat tempat,
semua akan dapat tempat. Masuk barisan, masuk barisan.”
Perkara seperti itu berulang di mana-mana sepanjang tempoh berada di
Tanah Suci. Hati kita mungkin menyumpah-nyumpah apabila melihat orang
memotong barisan tandas di KLIA. Barangkali ada yang panas hati apabila
melihat jemaah memotong barisan pemeriksaan imigresen di Lapangan
Terbang Jeddah, menaiki bas di Makkah, Arafah, Muzdalifah, Mina, ataupun
Madinah.
Ia berlaku di mana-mana sahaja.
Semasa tiba di Makkah, saya ditempatkan bersama sembilan orang jemaah
dalam sebuah bilik yang sepatutnya didiami oleh empat orang dewasa. Setiap
seorang mempunyai latar belakang yang berbeza. Bayangkan keadaan bilik
apabila semuanya berkumpul.
Bayangkan jikalau ada antaranya yang mahu berkongsi kegembiraan
apabila pulang dengan membawa barang belian. Bayangkan apabila mereka
mula bercerita kisah-kisah kampung halaman. Bayangkan apabila mereka mula
bercerita tentang wang ringgit, kaum keluarga, kisah semasa muda, kerjaya,
dan pelbagai kisah penglipur lara yang lain.
Bayangkan pula apabila tiba di Arafah dan Mina. Kami dikumpulkan
bersama 40 hingga 50 orang jemaah dalam satu khemah. Ruang setiap jemaah
hanya sebesar tikar sejadah. Di situ tempat solat, tempat makan, dan tidur.
Berdoa supaya menjaga mulut, telinga, dan lidah.
“Ya Allah ya Tuhanku, lindungi penglihatan kami, lindungi pendengaran dan lidah kami
supaya tidak melakukan perkara yang buruk. Supaya tidak terdengar cerita yang buruk.
Supaya tidak menzahirkan ucapan yang buruk. Ya Allah, pelihara mata kami, pendengaran
kami dan lidah kami. Lebih-lebih lagi jaga hati kami. Jangan sampai kami mengata dalam
hati.”

Lalu jikalau mata terlihat sesuatu yang tidak mahu dilihat dan bimbang jikalau
ia turun ke hati, maka cuba mengikut nasihat yang pernah disampaikan oleh
guru saya.
“Tundukkan pandangan. Segera capai dan membaca Al-Quran. Jikalau
tidak, berzikir. Ketika di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi, jangan terlalu
memerhatikan orang. Solat sunat sebanyak-banyaknya. Bukankah kita ke
Tanah Suci kerana mahu beribadah kepada Allah?cGuru itu berpesan lagi,
“Sebaik-baiknya usah berbicara tentang perkara yang sia-sia. Bawa Al-Quran
kecil setiap masa. Baca walau di mana sahaja. Ketika di masjid, di dalam bilik,
di dalam bas mahupun khemah.”
Akhir sekali beliau berpesan, “Paling mudah, berzikir. Biar lidah kita
sentiasa basah menyebut dan memuji-muji Allah. Biar zikir itu didengar
memenuhi gegendang telinga dan bergema dalam dada.
Biar zikir menjadi pakaian kita.”
Lalu saya panjatkan doa, “Subhanallah!”
“Wahai Zat yang diriku dalam genggaman-Mu. Jadikan lidah dan hatiku sentiasa berzikir
memuji kekuasaan-Mu, keesaan-Mu, dan kasih sayang-Mu. Biar bangkitku daripada tidur
dalam keadaan menyebut nama-Mu. Biar lelapku bersama nama-Mu, wahai Tuhanku yang
satu.”

Buat kaumku yang terdiri daripada wanita solehah, mari kita mula menjaga
hati, mulut, telinga, dan lidah ketika cabarannya tidak terduga, ketika berada
di Tanah Suci. Diam daripada memerhati, berbisik, dan berkata-kata perkara
yang sia-sia.
Tip 38 : Rakan Sebilik

S
iapakah rakan sebilik kita sepanjang berada di Makkah dan di Madinah
nanti? Rakan sebilik mungkin orang yang tidak pernah dikenali. Saya
juga ter kir bagaimana rupa dan gayanya rakan sebilik. Orang tua?
Sebaya? Bolehkah kami selesa berhadapan dengan rakan sebilik yang baru
dikenali?
Persoalan tanpa jawapan.
Saya menganggap ia adalah isu besar. Bukan sedikit kisah haji yang
mengaitkan hubungan dengan rakan sebilik. Malah rakan sebilik itu mungkin,
ibu sendiri, mertua, adik-beradik, ipar-duai, rakan sepejabat, dan jiran
tetangga. Terdapat kisah yang hubungan menjadi begitu akrab dan ada pula
yang bermasam muka sehingga pulang ke Malaysia.
Mahukah kita bergaduh dengan rakan sebilik? Bergaduh tidak semestinya
dengan kata-kata tetapi memadai dengan lintasan hati. Ia cukup dengan
cemuhan ataupun umpatan. Bukankah kita mahu haji yang sempurna?
Pesanan Rasulullah s.a.w. yang direkodkan oleh Al-Bukhari memberi
kesimpulan yang sebaik-baiknya.
Abu Hurairah melaporkan beliau mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan, “Sesiapa
mengerjakan haji semata-mata kerana Allah, tidak berkata keji dan tidak melakukan
perbuatan jahat, orang itu bersih kembali seperti ia baru dilahirkan ibunya (tidak
berdosa).”

Tip kami, bersiap-siap untuk tidak bergaduh, bermasam muka ataupun


menjadi manusia yang dapat memaafkan orang lain. Tidak berbaloi bergaduh
semasa menunaikan ibadah haji. Mengapa? Perhubungan dengan rakan sebilik
adalah salah satu cubaan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh jemaah haji.
Saya sendiri berasa takut dan gementar. Apatah lagi apabila kita memikirkan
kemungkinan kisah-kisah di dalam bilik ini sampai ke rumah dan pejabat serta
menjadi gosip di jalanan.
Selain suami, kami ditemani kakak, Kakak Mie dan adik ipar, Azlina yang
hanya bertemu sekali dua dalam setahun. Kami bertiga akan menjadi rakan
sebilik. Sekurang-kurangnya saya dan mereka tidak menjadi orang lain di bumi
asing. Namun saya akui yang saya dan keluarga suami mempunyai hubungan
yang akrab. Bak kata orang, jauh berbau bunga, dekat berbau tahi.
Beberapa hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, Kakak Mie dan Azlina
sampai di rumah kami. Semasa berkumpul dan bersantai sambil minum
petang kami berbincang. Dalam gurauan ada keseriusan yang lahir dari lubuk
hati. Saya menyebut:
“Kakak Mie dan Azlina, sampai di Tanah Suci nanti, jikalau ada yang tidak
kena dengan saya, tolong beritahu. Jangan disimpan dalam hati. Kita duduk
sebilik dan tinggal bersama selama hampir 45 hari.”
Kenyataan saya disambung oleh Azlina,
“Betul Kakak Roza. Saya juga kir begitu. Saya takut kita adik beradik
tidak bersatu hati. Jikalau ada perkara yang kecil-kecil, tidak perlulah berkecil
hati.”
Kakak Mie mengangguk-anggukkan kepalanya.
Begitu kami berpakat. Doa kami kepada Allah s.w.t. supaya perhubungan
kami terus akrab, jangan ada sengketa dan jangan ada hati yang terluka.
“Ya Allah ya Tuhanku, berikan kami rakan sebilik yang sesuai. Saling bertolak ansur, saling
hormat-menghormati sesama kami dan perasaan kasih sayang. Pelihara hubungan kami
supaya tidak bersengketa, tidak berkecil hati, dan tidak berburuk sangka. Jalinkan
kemesraan antara kami ya Allah. Sesungguhnya kami datang ke rumah-Mu semata-mata
kerana-Mu. Kami hadapkan seluruh wajah kami kepada-Mu. Sesungguhnya hidup dan
ibadah kami lakukan ikhlas kerana mahu bersyukur kepada-Mu. Wahai Tuhan, kami pohon
perkenankan permohonan kami ini ya Allah.”

Benar. Kami bimbang jikalau hubungan ipar antara kami berkecai. Terdapat
banyak kisah rakan sebilik yang tidak mahu berkompromi tentang perkara
remeh seperti pemasangan pendingin udara, penggunaan bilik air, dan ruang
menyimpan beg.
Bayangkan jikalau bilik yang sepatutnya memuatkan 4 orang tetapi
dimasukkan katil ke dalam bilik bersilang-silang sehingga dapat memuatkan
sembilan orang. Suasananya sempit dan sesak. Ruang menyimpan beg adalah
di bawah katil sendiri. Jikalau ada yang membeli belah secara berlebihan
sehingga terpaksa menambah beg, pasti ia menimbulkan ketidakselesaan
kepada rakan sebilik. Akhirnya, terluah kata sindiran yang tidak berakhir
sehari dua.
Suasana menjadi lebih kritikal apabila berada di dalam khemah semasa di
Arafah dan di Mina. Ruang tempat tidur dan solat adalah sebesar tikar solat
sahaja. Beg kecil kita itu menjadi bantal. Jangan pula yang membawa beg besar
seolah-olah mahu bermusa r selama seminggu. Ia nampak tidak selesa. Jikalau
kita tidak selesa, maka mereka yang lain juga tidak selesa.
Jadi, mengapa perlu bergaduh dengan ruang yang kecil? Lalu, kami
tambahkan doa merayu dan merintih kepada Allah yang maha agung.
“Ya Allah, jadikan kami tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang sabar, yang redha dan
berserah diri kepada-Mu. Jangan kami diuji dengan sesuatu yang tidak dapat kami pikul.
Wahai Tuhan, jaga pandangan mataku, pendengaranku, lidahku, dan bisikan jahat hatiku.”
Rakan-rakan sebilik adalah sebahagian daripada ibadah haji. Tersurat ia
tidak dinyatakan. Tersirat, ia sangat-sangat menguji tahap keimanan. Jangan
biarkan rakan sebilik merosakkan kesempurnaan haji. Mudah-mudahan kita
menjadi manusia yang sangat sabar.
Tip 39: Wuduk

K
ami tidak dapat menahan gelak apabila seorang sahabat wanita yang
menyatakan rasa risau beliau bagi menunaikan ibadah haji.
Kerisauannya dinyatakan tanpa segan silu. Bercakap menggunakan
loghat Melayu Sarawak menambah kelucuan. Walaupun ia kelihatan kecil
tetapi mampu memberi rasa gundah-gulana.
“Bagaimana mahu menjaga wuduk. Saya tidak dapat kawal angin yang
mahu keluar. Berbelon-belon rasanya.”
Isu wuduk begitu besar kesannya kepada kaum wanita. Ketika selesa di
dalam masjid, tiba-tiba sahaja terbatal wuduk. Bayangkan bagaimana mahu
berwuduk ketika berada di dalam saf dengan ribuan manusia. Pertama, kita
perlu keluar meninggalkan saf. Apakah perlu berteman?
Kedua, apakah perlu menuju ke tempat wuduk yang dikhaskan ataupun
cukup dengan menggunakan sebotol air mineral yang berisi air zamzam dan
dilakukan di kawasan yang berhampiran. Bagaimana pula dengan aurat?
Tip kami, isu wuduk ini hanya timbul sebelum berangkat pergi. Kami
hampir tidak pernah mendengar mereka yang pulang bercerita mereka
menghadapi masalah besar apabila terbatal wuduk semasa di Masjidil Haram
ataupun di Madinah.
Mengapa?
Pertama, ia soal penyerahan diri kepada Allah s.w.t. Mereka yang beramal
ibadah di sana berada dalam kekhusyukan tertinggi. Tumpuan hanya satu,
iaitu menghadap Allah s.w.t. Ia sukar dibuktikan tetapi pengalaman yang kami
lalui dapat dijadikan pedoman.
Contohnya, suami saya langsung tidak perlu ke tandas sepanjang lima jam
(dua hingga tujuh pagi) semasa berada di dalam masjid sedangkan beliau
menghidap diabetes. Kebiasaan di Malaysia, beliau perlu bangun dua kali pada
tempoh waktu yang sama.
Kedua, Allah s.w.t. menjanjikan betapa mereka yang ikhlas beramal ibadah
akan dibantun-Nya.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka beritahu kepada
mereka, “Sesungguhnya aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendak mereka
menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman
kepadaku supaya mereka menjadi baik serta betul.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Benar. Wuduk penting kepada kami. Sepanjang masa kami mahu berada di
dalam wuduk, terutamanya ketika beribadah. Ia tidak hanya semata-mata
ketika solat ataupun bertawaf. Malah tidur kami juga mahu bermula ketika
kami benar-benar bersih. Aroma haji yang luar biasa. Akhirnya, selepas
mendengar pelbagai pendapat kami berdoa dan menyerahkan diri kepada
Allah s.w.t.
Selepas berwuduk, tanpa berlengah kami solat sunat dua rakaat. Solat sunat
wuduk sebagaimana menjadi amalan Bilal bin Rabah Al-Habshi. Ketika sujud
terakhir, kami lintaskan dalam hati:
“Ya Allah, kami datang ke rumah-Mu semata-mata kerana-Mu. Kami ingin melakukan
ibadah dengan penuh khusyuk lagi tawaduk. Wahai Tuhan, jangan sampai kami kerap ke
tandas lantas mengganggu urusan ibadah. Pelihara ibadah kami. Pelihara wuduk kami.
Usah sampai urusan tandas itu menyusahkan kami. Wahai Tuhan, berikan kami ilham.”

Subhanallah! Maha suci Allah.


Sepanjang kami di Tanah Suci, Allah s.w.t. menunaikan doa kami. Tidak
terasa pula hendak membuang air besar ataupun melepaskan angin daripada
badan. Alhamdulillah, jikalau kami mengambil wuduk jam 2 pagi, ia mampu
bertahan sehingga selesai solat subuh ataupun sehingga jam 7 pagi.
Biasanya wuduk yang diambil waktu dhuha mampu bertahan sehingga
solat zuhur dengan izin Allah s.w.t. Kemudian kami pulang sebentar ke hotel
bagi merehatkan diri, membuang air besar, dan memperbaharui wuduk.
Wuduk semasa solat asar juga mampu bertahan sehingga ke waktu isyak.
Maha suci Allah!
Fikiran kami tidak pernah terganggu dengan masalah wuduk. Malah ia
langsung tidak terlintas di hati. Sesekali jikalau kami terbatal wuduk ia dalam
keadaan yang tidak menyusahkan. Benar, Allah s.w.t. berkuasa mengatur
segala-galanya menjadi mudah dan teratur.
Isu kedua yang menjadi perkiraan wanita adalah soal tandas. Saya sentiasa
teringat pesan kawan-kawan.
“Tandas di Masjdil Haram dan Masjid Nabawi letaknya di tingkat bawah.
Ada tangga bergerak. Sekiranya kita bawa orang tua, perlu berhati-hati. Ramai
yang tergelincir dan tersekat kerana tidak biasa dengan tangga seperti itu,
terutamanya mereka yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.”
Ada logiknya kata-kata mereka.
“Perkara kedua, tandas semasa di Mina. Jemaah haji beribu-ribu orang
ramainya berkhemah di situ, berbanding dengan tandas yang disediakan.”
Di Mina, Allah s.w.t. mengilhamkan kami supaya membaca pergerakan
dan gelagat manusia. Melalui pengamatan kami, kebiasaannya jemaah
berpusu-pusu dan beratur panjang ke tandas pada waktu puncak ketika
hampir waktu solat dan sejurus selepas makan. Kami memilih waktu songsang!
Alhamdulillah, sejurus terjaga daripada lena, kami terus mandi dan
mengambil air sembahyang seawal jam dua pagi. Ramai yang masih tidur
ketika itu dan kami boleh memilih mana-mana tandas yang ada. Kami masuk
ke tandas dan memperbaharui wuduk sekali lagi ketika orang sedang
menikmati hidangan makanan. Ketika itu, bilangan jemaah ke tandas tidak
sesak atau hampir tiada. Pilih mana-mana tandas yang kita suka.
Insya Allah, wuduk dan tandas dalam peliharaan-Nya!
Tip 40: Aurat

S
eorang kenalan yang kerjanya tidak membolehkan beliau memakai
tudung kelihatan gelisah semasa hendak menunaikan ibadah haji. Beliau
menyatakan kepada kami:
“Saya tidak tahu bagaimana mahu menghadapi suasana selepas pulang
daripada menunaikan ibadah haji. Saya tidak nampak bagaimana saya boleh
menutup aurat. Ini sahaja kerja yang saya boleh lakukan.”
Tip kami, ramai yang menyangka itu adalah jalan yang perlu mereka lalui.
Ia jalan linear. Tambahan pula, ketika usia meningkat, masa persaraan kian
hampir, dan suasana kerja yang begitu kondusif. Hanya satu yang terbatas,
mereka tidak boleh memakai tudung ataupun hijab.
Akal kiran kita terbatas dalam melihat rahmat dan kasih sayang Allah
s.w.t. yang tiada sempadan. Terdapat satu jalan yang berkesan. Mohon
bersungguh-sungguh supaya Allah s.w.t. menunjukkan jalan yang terbaik buat
kita. Jalan itu mungkin pelbagai dan begitu mudah!
Sekali lagi, bersungguh-sungguh!
“Allah turun ke langit dunia ketika satu per tiga malam masih tersisa dan
Allah menyeru, ‘Adakah ada antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku, supaya
aku mengabulkan permintaannya? Adakah ada antara hamba-Ku yang
meminta ampun kepada-Ku, supaya Aku mengampuninya? Adakah di antara
hamba-Ku yang meminta kepada-Ku, supaya aku memenuhinya?’.”
Semasa menunaikan ibadah haji, mari kita merasai nikmat menutup aurat
yang sebenarnya. Malah pergerakan dan tempoh waktu yang panjang berada di
Masjidil Haram dan Masjid Nabi menjanjikan keseronokan menutup aurat.
Setiap hari kami tidur seawal jam 9 malam. Ia saranan yang begitu bermakna
supaya kami dapat bangun malam bagi melakukan qiamullail di Masjidil
Haram. Suami berpesan:
“Tidur awal dan tidak perlu berbual-bual. Sebelum tidur berzikir. Biar
tidur dalam kita mengingat Allah. Niat dan mohon kepada Allah untuk
dikejutkan bangun malam.”
Alhamdulillah!
Kami terjaga ketika jam menunjukkan jam 1.30 pagi. Lalu, kami segera
bangun. Kami bertiga, saya, Kakak Mie dan Azlina mengambil giliran mandi,
mengambil wuduk dan bersiap sedia berqiamullail di masjid. Sementara
menunggu Kakak Mie dan Azlina bersiap, saya lakukan solat sunat tahajud.
Sebelum turun dari hotel, kami pastikan tiada anak rambut terkeluar dari
celah telekung. Kami pastikan bersarung tangan hingga ke pergelangan tangan.
Dan kami pastikan bersarung kaki. Apabila melihat diri di cermin, pakaian
kami hanya menampakkan muka dan ke dua tapak tangan. Kami benar-benar
mahu menjaga aurat. Itu aroma haji yang luar biasa.
Surah Al-Ahzab berkali-kali saya baca. Malah ustaz dan uztazah yang
mengajar kami sering mengulang-ulang ayat ini. Tinggal lagi kami pekakkan
hati dan perasaan. Kami mohon keampunan-Mu
ya Allah:
Wahai Nabi, suruh isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-
perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya semasa mereka keluar; cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
sebagai perempuan yang baik-baik, maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingat
Allah adalah
maha pengampun, lagi maha mengasihani.
(Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Namun, kami benar-benar mahu memahami maknanya apabila mendapat


jemputan istimewa dari Allah ke rumahya. Alhamdulillah, Surah An-Nur ayat
31 kami amati dengan bersungguh-sungguh.
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan
jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan jangan mereka memperlihat perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka ataupun bapa mereka ataupun bapa mertua mereka ataupun
anak-anak mereka, ataupun anak-anak tiri mereka ataupun saudara-saudara mereka
ataupun anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki ataupun anak bagi saudara-
saudara mereka yang perempuan, ataupun perempuan-perempuan Islam ataupun
hamba-hamba mereka atau orang gaji daripada orang-orang lelaki yang sudah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang
aurat perempuan dan jangan mereka menghentakkan kaki supaya diketahui orang apa
yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Di Tanah Suci, kami melihat ramai jemaah wanita yang benar-benar


mengambil berat tentang aurat. Telekung labuh melepasi dada, bersarung
tangan hingga ke pergelangan lengan, dan bersarung kaki hampir setiap masa.
Itulah pakaian mereka selama 46 hari sepanjang berada di Tanah Suci.
“Ya Allah, apakah pulang ke tanah air nanti kami mahu kembali menjadi
seperti dahulu? Apakah kami rela aurat diperaga seperti dahulu? Apakah
ucapan taubat itu hanya semata-mata untuk ke rumah-Mu?
“Wahai Tuhanku, jangan biarkan kami mengalah lantas berpatah balik ke
belakang. Jadikan ibadah ini sebagai sempadan. Jadikan pakaian ini membawa
kebaikan.
“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya ini pakaianku sebagaimana yang
disarankan oleh kitab-Mu. Jadikanlah ia sebagai tanda daku mensyukuri
nikmat kurniaan-Mu.
“Wahai Zat yang diriku dalam genggaman-Nya. Terima taubatku,
tingkatkan makamku di sisi-Mu.”
Aurat? Apakah ia tidak memberi kesan selepas pulang?
Tip 41 : Menuntut Ilmu

T
ip kami, perjalanan ibadah haji mengandungi ilmu Allah s.w.t. yang
luar biasa bagi mereka yang mahu ber kir. Ramai orang bercerita
tentang pelbagai kejadian aneh, sedangkan ia tidak mustahil bagi Allah
s.w.t. Nikmatilah pelbagai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
yang maha berkuasa.
Insya Allah kita menjadi manusia yang lebih dekat kepada Allah s.w.t.
Setiap hari kami memulakan langkah dengan berdoa kepada Allah s.w.t.
Memohon supaya perjalanan kami dipermudahkan, memohon tempat yang
terbaik bagi beribadah, dan memohon kekuatan serta mendapat kemanisan
beribadah di rumah-Nya. Kebiasaannya suami melafazkan doa di depan pintu
lif:
“Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mahu menuju ke rumah-Mu kerana ingin melakukan ibadah
semata-mata kerana-Mu. Mudahkan segala urusan kami Ya Allah. Berikan kami ruang
ibadah yang terbaik dan biar tempatnya aman tenteram supaya kami sentiasa khusyuk
ketika beribadah kepada-Mu. Ya Allah berikan kami kekuatan zikal dan mental sepanjang
kami berada di rumah-Mu. Wahai Tuhan, kami datang ke sini semata-mata kerana-mu.
Semata-mata kerana-Mu ya Allah. Wahai Tuhan terimalah doa kami.”

Seperti kebiasaannya kami membawa dua botol air kosong bagi diisikan air
zamzam semasa di Masjidil Haram sebagai
bekalan minuman. Botol itu kami letak di kiri dan kanan beg kecil yang
dikhaskan bagi air minuman. Suatu hari, saya membawa tiga botol kosong dan
mengisi ketiga-tiganya. Dua botol saya selitkan di sisi beg dan sebotol lagi saya
simpan di dalamnya.
“Mengapa bawa sampai tiga botol?” suami bertanya dengan nada
kehairanan.
“Mana tahu jikalau ada jemaah tua yang kehausan.”
Saya bercakap sambil berjalan masuk ke Masjidil Haram.
Kami berpecah apabila sampai di dalam Masjidil Haram. Suami terus
berada di dataran, tempat yang sehampir mungkin dengan Kaabah. Manakala
kami bertiga beredar ke dalam masjid yang bertentangan dengan Multazam.
Beberapa meter dari tempat duduk kami terdapat sebaris paip air zamzam.
Kami melakukan ibadah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dunia
seolah-olah sepi daripada hiruk-pikuk manusia yang ada di dalam masjid. Apa
pun yang berlaku, tidak kami hiraukan. Di sini saya dapat memahami perasaan
khusyuk sebagaimana yang sering disebut-sebut oleh ustaz dan ustazah.
“Ya Allah, biar apa pun yang berlaku, aku hanya bersama-Mu. Sesungguhnya hanya Allah
Tuhanku yang satu, Engkaulah yang satu ya Allah. Engkaulah yang satu ya Allah.”

Sedang saya mengaji Al-Quran, tiba-tiba sepasang jemaah yang kelihatan dari
negara India melintas di antara dua saf. Jemaah lelaki separuh umur itu
barangkali baharu selesai membawa ibunya bertawaf. Mereka berdiri betul-
betul di hadapan saya lalu beliau terus mencapai botol air zamzam dari sisi beg
sandang saya. Jemaah lelaki itu bergilir-gilir meneguk air zamzam itu bersama
ibu tuanya.
Kami benar-benar terkejut dengan tindakan mereka. Barangkali tidak
tertahan dahaga mereka. Sesekali tertanya di hati, tidak nampakkah yang
mereka baharu sahaja melintasi kawasan paip air zamzam di dataran
berdekatan.
“Haji, halal... halal.”
Sambil tersenyum saya membuat isyarat tangan supaya botol itu dibawa
pergi. Mereka beredar ke arah tempat sa’ie menuju ke Bukit Safa. Lalu saya
mengambil sebotol air berbaki di luar beg bagi menghilangkan dahaga. Kami
teruskan ibadah dengan bersolat sunat, mengaji Al-Quran, dan membaca
terjemahan. Tiba-tiba peha saya ditepuk jemaah yang duduk di sebelah kanan.
Beliau menunjuk ke arah perempuan tua yang duduk bersandar di tiang seri.
Jaraknya kira-kira lima ataupun enam orang jemaah wanita sebaris dengan saf
saya.
Saya memandang ke arah perempuan tua itu. Beliau membuat isyarat
dengan menunjukkan beliau kehausan. Hairan. Air apa yang diminta olehnya?
Bukankan pili air zamzam terletak betul-betul berhampiran dengannya? Saya
ber kir, barangkali beliau tidak perasan sebagaimana jemaah lelaki berbangsa
India separuh umur bersama ibu tuanya sebentar tadi.
Tiba-tiba saya teringat sesuatu. Saya masih ada sebotol air zamzam yang
disimpan di dalamnya. Lalu saya membuka zip beg sandang. Saya dan Azlina
saling berpandangan. Sambil mengeluarkan botol air itu dengan nada perlahan
saya berbisik:
‘Azlina, sesungguhnya Allah maha mendengar. Bagaimana mungkin
perempuan tua itu tahu ada sebotol lagi air zamzam di dalam beg sandang ini?’
Botol air zamzam itu saya serahkan kepada jemaah di sebelah kanan. Botol
itu disambut seorang demi seorang dan akhirnya sampai kepada perempuan
tua itu. Terdetik di dalam hati:
“Barangkali perempuan tua itu tidak boleh berjalan. Ya Allah, mudah-
mudahan air zamzam itu memberi tenaga dan kesihatan yang baik kepadanya
supaya beliau dapat beribadah kepadamu.”
Sebotol ataupun segelas air zamzam adalah milik Allah. Dia memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dia mendengar bisikan hati hambanya.
Dia maha mendengar lagi maha berkuasa. Jelas, saya memperoleh ilmu yang
begitu terkesan pada hari itu!
Tip 42 : Shopping

S
hopping atau membeli-belah adalah naluri semula jadi manusia. Jikalau
tidak benar bagi semua orang, mungkin ia kenyataan yang sesuai bagi
masyarakat Melayu. Tiada istilah melancong tanpa membeli-belah.
Kami beberapa kali mengikuti rombongan melancong ke luar negara.
Jikalau melawat lokasi bersejarah, suasananya aman damai tanpa kecoh.
Apabila pulang ke bilik, masing-masing berdiam diri keletihan. Sebaliknya,
selesai atur cara membeli-belah, riuh-rendah mereka berbincang sepanjang
perjalanan pulang ke hotel. Esoknya, cerita bersambung di meja makan.
Pengalaman lampau dengan sanak saudara yang pulang daripada
menunaikan ibadah haji nyata membenarkan kenyataan yang Melayu
sememangnya berbelanja besar di Makkah dan Madinah. Jemaah Malaysia
begitu suka berbelanja di Makkah dan Madinah. Sekurang-kurangnya RM80
juta dibelanjakan oleh 26,000 jemaah haji Malaysia pada musim haji 2009. Itu
berdasarkan anggaran wang pengeluaran melalui kaunter Tabung Haji di sana.
Ia begitu mudah difahami. Majoriti mereka yang menunaikan ibadah haji
adalah perjalanan pertama kali ke luar negara. Mungkin juga ini perjalanan
pertama dan terakhir. Tradisi di Malaysia, mereka yang menunaikan ibadah
haji akan diberikan sumbangan kewangan oleh sanak saudara serta sahabat
handai. Orang berbudi kita berbahasa, sumbangan ini perlu dibalas.
Anak-anak perlu dibeli hadiah. Jikalau ada cucu juga begitu. Adik-beradik,
kariah masjid, jiran tetangga, rakan sepejabat, dan senarainya tidak pernah
terhenti. Ia menjadi lebih sukar apabila hadiah yang mahu dibeli dikait pula
dengan jumlah wang sumbangan yang diterima.
Bagaimana?
Ramai orang teringat-ingat, si polan menyumbang RM200, rakan di
sebelah bilik RM100, jiran sebelah rumah RM50, dan seterusnya. Ketika
mahu membeli belah, angka-angka ini melekat dalam kepala. Hadiah yang
dirancang juga berbeza-beza mengikut jumlah wang yang diterima. Buku nota
tentang soal ini di belek-belek hampir setiap hari sebelum waktu tidur. Ia
dijadikan tugas wajib yang perlu dilakukan setiap hari. Ia kelihatan kecil tetapi
sebenarnya ia boleh mengganggu ingatan kita kepada agenda yang lebih besar.
Benar adat Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hakikat sebenar, hampir
kesemua mereka yang memberi sumbangan bagi mereka yang mahu
menunaikan haji semata-mata mahu membantu seikhlas mungkin. Mereka
tumpang gembira kerana kita diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk pergi ke Tanah
Suci.
Pastinya mereka tidak mahu kita terbeban dengan perasaan setiap budi
perlu dibalas dengan membeli cenderamata khusus. Barangkali cukup dengan
menghidangkan seteguk air zamzam berserta seulas tamar ketika mereka
berziarah selepas selamat pulang ke Malaysia.
Namun percaya atau tidak, shopping pasti tetap menjadi satu agenda
penting semasa di Tanah Suci. Selain daripada air zamzam dan buah tamar,
jemaah haji Malaysia gemar membeli minyak wangi, cincin, batu permata,
kayu Koka, permainan kanak-kanak, jubah, abaya, kopiah, serban sehingga
cerek kuning. Malah segala bentuk kekacang juga menjadi minat jemaah
Malaysia.
Dalam konteks ibadah haji, peluang berada di Makkah dan Madinah
merupakan impian hampir setiap umat Islam. Shopping adalah sebahagian
daripada manifestasi perasaan kegembiraan itu. Ia adalah salah satu kegiatan
yang menjadi topik perbincangan
rakan sebilik.
Ada juga yang mengambil kesempatan bagi membeli barangan dan
diniagakan semula. Pagi dan petang asyik berkira-kira dengan urusan
perniagaan. Asalnya, tujuan menunaikan ibadah haji semata-mata kerana Allah
s.w.t. tetapi apabila sampai di sana ia mula bertukar kerana melihat peluang
perniagaan yang terbuka di hadapan mata.
Kami melihat kegiatan ini jikalau tidak dikawal sebaik mungkin boleh
membawa kepada kecacatan kepada ibadah haji. Saya sentiasa berdoa kepada
Allah s.w.t. supaya kami sekeluarga tidak akan menjadi hamba shopping. Kami
tidak mahu ia menyebabkan kami keletihan dan tidak dapat bersolat di
Masjidil haram ataupun di Masjid Nabi di Madinah walaupun satu waktu.
“Ya Allah kami pergi menunaikan ibadah haji semata-semata kerana-Mu Ya Allah. Jangan
Engkau lalaikan kami dengan kegiatan yang mengganggu amal ibadah kami. Tutupkan
pintu hati kami daripada shopping ya Allah.”

Shopping bukan sesuatu yang salah. Tip kami, kegiatan shopping jangan
sampai mengganggu ibadah khusus yang lain. Mudah-mudahan jangan ada
yang meninggalkan solat berjemaah di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi
semata-mata kerana keletihan membeli-belah.
Ia kelihatan tidak munasabah, tetapi ramai yang melakukannya.
Tip 43 : Cenderemata Istimewa

H
ampir semua orang yang ingin menunaikan ibadah haji akan
bertaubat kepada Allah s.w.t. Kemudian mereka memohon maaf
sesama manusia. Isteri memohon maaf dengan suami dan
sebaliknya. Kini, dengan sekali klik, permohonan maaf dapat disampaikan
kepada seluruh rakan sejawat. Tiada sebab kita tidak meminta maaf.
Jikalau begitu, belum pun kita selesai menunaikan ibadah haji, jika taubat
dan kemaafan yang dipohon diterima Allah s.w.t. dan manusia, maka istilah
‘sesuci bayi sudah bermula’ walaupun belum berangkat ke Makkah dan
Madinah. Sekali kir, begitu kuatnya kesan ibadah haji kepada umat Islam.
Saya juga begitu. Namun, ramai rakan sepejabat yang kehairanan apabila
saya memohon kemaafan. Barangkali mereka tidak ter kir yang kami mahu
menunaikan haji ketika belum sampai usia bersara.
“Awak mahu ke mana?”
“Menunaikan haji pada hujung tahun ini.”
“Oh, patutlah. Kami menunaikan umrah pada tahun lepas. Mahu pergi
haji perlu minta maaf daripada semua orang ya?”
“Mana tahu jikalau kami pergi ke Tanah Suci tidak kembali.”
“Tidak usah bercakap begitu! Tidak baik.”
“Nyawa itu dalam tangan Allah. Saya mahu begitu. Jikalau boleh ketika
saya sedang sujud, tunduk rebah di hadapan Kaabah atau ketika di Raudhah.
Ramai jemaah yang solat jenazah ke atas kita.”
Lain orang lain caranya. Seorang rakan yang menunaikan haji kelihatan
teruja. Beliau lantas menarik tangan dan berbisik
secara perlahan:
“Nanti beritahu bila tarikh penerbangan. Saya mahu beritahu awak di
mana boleh shopping barangan berjenama yang suka dipakai oleh wanita Arab.
Saya sudah jumpa tempatnya!”
“Er...”
“Bukan mudah, berhari-hari kami mencarinya. Memang ada class tempat
itu.”
Pulang ke rumah saya masih ter kir- kir, apakah barangan berjenama yang
dimaksudkan oleh kawan berkenaan. Sambil melepaskan keluhan panjang,
hati teringat pesanan suami supaya jangan masukkan langsung agenda
shopping ke dalam hati.
“Sayang, kita ke Tanah Suci hanya untuk beribadah kepada Allah. Jangan
sampai shopping itu mengganggu, lantas menjadi penyebab mengapa kita
tidak beribadah di hadapan Kaabah.”
Terngiang-ngiang pesanan ikhlas suami. Benar, jauh-jauh kita datang
dengan cara bertahun-tahun mengumpulkan dana, mengapa pula mengambil
tindakan yang tidak cerdik? Mahu berbelanja? Bukankah barang di Malaysia
kualitinya jauh lebih baik jikalau mahu dibuat perbandingan? Kami terbayang
sanak saudara dan rakan-rakan yang membawa pulang cenderahati berguni
banyaknya. Namun gelang Makkah yang dihadiahkan kepada anak-anak
perempuan hayatnya hanya setengah hari. Mudah patah dan pecah berkecai.
Mainan unta, tahannya hanya seminggu. Jubahnya besar dan panjang berjela.
Kami memakainya hanya beberapa kali sahaja.
“Ya Allah, berapa panjang senarai nama yang menyumbang kepada mereka?
Berapa lama mereka mengambil masa mencari dan menganggarkan
cenderahati yang sesuai kepada nama yang tersenarai. Ah, sedikit sebanyak
pasti ia memberikan tekanan.”
“Ah, pemberian mereka ikhlas mengapa perlu dipertikai?”
Tip kami, bolehkah kita mengubah sedikit tradisi memberi cenderamata?
Bagaimana jikalau kita gunakan pemberian yang diberikan orang dalam
bentuk kewangan dilaburkan bagi tujuan beramal ibadah kepada Allah. Setiap
hari kita membeli Al-Quran dan diwakafkan di Masjidil Haram supaya pahala
sesiapa jua yang membaca kitab Allah itu juga melimpah kepada penerima.
Mungkin ketika keadaan kita paling tenang, kita boleh mendoakan
kesejahteraan supaya mereka juga dijemput sebagai tetamu Allah s.w.t. dan
dapat mereka merasakan getaran degup jantung sebagaimana yang kita
rasakan.
Kita juga boleh bersedekah kepada peminta sedekah. Barangkali kita boleh
membeli gula-gula sakit tekak bagi memberikan sedikit kelegaan kepada
jemaah yang batuk, tetapi sedang beribadah di dalam Masjidil Haram. Ramai
yang tidak mampu membeli ubat-ubatan yang kelihatan simple buat jemaah
Malaysia. Mahukah kita membeli sedikit juadah bagi mereka yang berbuka
puasa. Paling kurang, agihkan tisu bagi mengelap peluh ketika melakukan
ibadah di bawah terik mentari di dataran Kaabah.
Apa lagi yang boleh kami lakukan, Ya Allah? Ya, pemberiaan sumbangan
itu juga akan kami gunakan sebagai tambang teksi ataupun van kami berulang-
alik ke Tana'im ataupun Ja'ranah bagi menunaikan umrah. Ataupun tambang
teksi dari hotel ke Masjidil haram atau ketika tidak mampu berjalan pulang.
Kesemua ganjaran dan kemudahan bagi beribadah kerana Allah itu, kami
mohon Allah limpahkan juga rahmat kepada mereka. Mereka yang
menyumbang ikhlas, barangkali tidak mengharapkan cenderahati.
Jikalau ada lebihan sumbangan, kami belikan kurma terbaik atau buah tin
dan sedikit kekacang. Jikalau ada beberapa naskhah Al-Quran akan kami
berikan kepada sesiapa sahaja yang datang berziarah tanpa berkira berapa
sumbangan yang diberikan oleh mereka. Itu cenderamata paling istimewa!
Pokoknya, apa pun cenderamata yang mahu dibeli tidak boleh sampai
meninggalkan Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi. Kami kir begitu!
Tip 44 : Berniaga

S
etiap barang yang dibeli di Tanah Suci dianggap membawa berkat. Saya
berasa begitu. Kami hanya tersenyum dan saling berpandangan apabila
ada jemaah haji yang membeli berbelas cerek berwarna kuning di
Makkah bagi dibawa pulang ke Malaysia. Itu adalah gambar yang ditunjukkan
oleh pihak Tabung Haji semasa kami berkursus haji.
Saya juga tidak dapat memikirkan bagaimana orang begitu berminat
membeli cincin besi bertakhta pelbagai batu permata, gelang hantu untuk
kanak-kanak, rantai dan unta mainan dan pelbagai barangan yang apabila
berada di Malaysia langsung tidak dipandang mata.
Akhirnya kami memahami, mereka berniat baik. Itu hadiah kepada jiran
tetangga, anak-anak, dan cucu-cucu. Pandangan orang muda tentu berbeza
dengan mereka yang berusia. Malah barangkali itu adalah kali pertama mereka
berpeluang membeli-belah di luar negara dan peluang itu diperoleh semasa
mengunjungi Makkah dan Madinah.
Ini isu berbeza.
“Prof, beliau mahu meminjam wang saya sebanyak RM1000. Apa yang
perlu saya lakukan?”
“Mengapa? Beliau kehabisan wang?”
“Beliau mahu membeli minyak wangi, mahu berniaga apabila balik ke
Malaysia.”
“Wak ada wang sebanyak itu? Wang lebih yang jikalau hilang sekalipun
tidak mengapa.”
Tidak ramai yang berubah niat apabila sampai ke Tanah Suci. Namun,
situasi ini benar-benar berlaku. Tiba-tiba sahaja masa dihabiskan memikirkan
soal perniagaan sehingga menjejaskan amalan yang sepatutnya dilakukan.
Masjidil Haram ditinggalkan. Perbualan banyak berkisar kepada keuntungan
besar yang akan diperoleh berdasarkan nilai barang yang sudah dibeli.
“Kayu koka ini bernilai RM200 di Malaysia.”
“Di sini?”
“RM50”
“Wah, tinggi keuntungan.”
“Apa gunanya?”
“Hantu syaitan takut. Anak yang demam, rendam dan bagi anak minum.
Baik demamnya.”
“Minyak wangi ini harganya lima riyal. Saya boleh dapat tiga setengah
riyal. Di Malaysia ia boleh dijual dengan harga RM10 sebotol.”
“Sebotol untung RM61000 botol RM6500. Hampir lepas tambang
menunaikan ibadah haji.”
Saya senyum-senyum mendengar perbualan rakan sebilik. Seorang bertanya
mempermainkan sikap teman yang lain kerana sibuk dengan urusan
perniagaannya.
Namun akhirnya Allah memberikan petunjuk tentang kelalaian manusia
boleh merugikan diri sendiri. Malah ia boleh menyusahkan mereka yang
hampir. Selesai menunaikan tawaf widak, beliau orang yang paling akhir
menaiki bas yang meninggalkan Makkah menuju Madinah. Di tangannya
masih ada bungkusan minyak wangi yang baru dibeli.
“Bila haji membeli minyak wangi ini?” tanya seorang penumpang.
“Lepas tawaf tadi saya ternampak, harganya yang murah.”
“Setahu saya kita tidak boleh membeli-belah kecuali untuk keperluan asas
selepas tawaf widak.”
Matanya membulat serta-merta. Seluruh jemaah yang lain memandang
beliau.
“Tuan-tuan, saya hendak kembali ke Masjidil Haram.”
Akhirnya kami terpaksa menunggu hampir 40 minit lantaran beliau
terpaksa berlari kembali ke Masjidil Haram dan melakukan semula tawaf
widak. Tawaf ini menurut sebahagian besar ulama wajib dilaksanakan dan
dikenakan denda jikalau meninggalkannya secara sengaja (Nota: perbincangan
tentang tawaf widak perlu dilihat dalam konteks ibadah haji. Buku ini tidak
membincangkan soal ini).
Seorang teman yang lain pernah menceritakan yang beliau melihat peluang
perniagaan semasa berada di Tanah Suci. Beliau mengumpulkan rakan-rakan
yang mahu melakukan lawatan ke Taif, bandar yang mempunyai kenangan
sejarah kepada Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat Islam.
Di sini, baginda menjalankan dakwah kepada penduduk Taif tetapi
dilemparkan dengan batu oleh penduduk tempatan sehingga menyebabkan
baginda menitiskan air mata. Saya membaca kisah ini dan sentiasa mengenangi
jawapan baginda terhadap pertanyaan malaikat yang mahu membalas tindakan
penduduk tersebut.
“Tidak, tetapi aku berharap supaya Allah mengeluarkan daripada
keturunan mereka orang-orang yang menyembahnya dan tidak menyekutukan
sesuatu pun dengannya.”
Saya tidak kir menjalankan urusan perniagaan di Makkah dan Madinah
adalah kegiatan yang tidak dibenarkan. Namun, ia tidak boleh mengganggu
ibadah khusus yang lain sehingga meninggalkan Masjidil Haram ataupun
Masjid Nabi. Apatah lagi memberi sumbangan dengan menyusahkan jemaah
yang lain.
Tip kami mudah, tumpu pada yang satu kerana itu tujuan sebenar
kehadiran kita di bumi Makkah dan Madinah. Bagi sesetengah orang,
mengumpul wang sebanyak RM10000 bagi menunaikan ibadah haji (kos
2008-2010) bukan satu perkara yang mudah. Bertahun-tahun menabung
tetapi alangkah sedihnya apabila sudah dijemput Allah s.w.t., kita mensia-
siakan anugerah itu.
Tip 45 : Tiada LEPAK-LEPAK

T
eh tarik, roti canai, kedai kopi, kedai mamak, dan berbual-bual pada
waktu malam begitu sinonim dengan masyarakat Melayu Malaysia.
Kini, termasuk dalam agenda utama mengisi sisa hari yang dilalui
adalah minum-minum di kopitiam. Ia budaya lepak yang mewarnai kota,
bandar, dan desa. Dahulu dan sekarang. Namun, gaya dan wajahnya berbeza.
Tip kami, usah terjebak dengan budaya lepak semasa menunaikan ibadah
haji. Ia tip yang kelihatan ganjil tetapi benar-benar berlaku. Mereka yang
terlibat tidak terlalu ramai, tetapi ditakuti ia berlaku kepada kita. Sekali
terjebak, ia sukar dipulihkan. Usah jadi haji lepak!
“Prof., minum teh di bawah,” pelawa seorang rakan sebilik di Madinah.
Saya tersenyum dan menolaknya dengan baik. “Penat, mata saya sudah tidak
boleh dibuka. Itu kali pertama dan terakhir beliau mempelawa saya. Hampir
setiap malam beliau pulang lewat. Katanya berborak-borak dengan kawan-
kawan sambil minum-minum.
Saya pasti beliau tidak ke masjid pada waktu solat subuh walaupun saya
orang pertama yang meninggalkan bilik. Setiap kali kami pulang, beliau masih
berselimut. “Prof., saya sudah kejutkan beliau sebelum ke masjid,” maklum
seorang rakan sebilik yang lain. Beliau membuat aduan kepada saya kerana
sebelum ke masjid, beliau yang saya kejut sambil berpesan supaya mengejutkan
yang lain.
“Minta maaf, sudah solat subuh?” sambil berbisik saya mengejutkan beliau.
Beliau bangun dan bersolat di bilik. Mengapa beliau sukar untuk bangun pada
waktu subuh? Apakah beliau gagal dibangunkan kerana melepak pada malam
hari? Mungkinkah ia kerana keletihan?
Tiada siapa yang dapat memberi jawapan.
Makkah dan Madinah adalah dua bandar yang mempunyai kelengkapan
setanding dengan bandar-bandar di tempat lain. Secara umum, kedudukan
Madinah kelihatan teratur berbanding Makkah. Hotel dan kedai-kedai yang
terdapat di sekitar Masjid Nabi tersusun rapi. Namun pembangunan Makkah
yang sedang rancak berjalan menukar wajah Makkah kepada bandar raya
moden. Ia setanding dengan bandar-bandar utama yang lain.
Bezanya, manusia datang ke Makkah dan Madinah kerana tuntutan agama.
Maksud saya, jikalau tiada orang berihram, bertawaf ataupun saie, maka yang
kelihatan di Makkah adalah manusia yang sibuk.
Ramai yang sedang membeli-belah, menikmati kebab di tepi jalan atau
menjamu nasi mandy di restoran, makan di Pizza Hut atau KFC serta minum-
minum di kiosk atau coffee house yang beroperasi di hotel-hotel besar dan
sederhana. Malah terdapat banyak kedai-kedai sederhana besar yang
menyediakan pelbagai jenis makanan Arab, Turki, India, dan Indonesia di
sekitar Masjidil Haram. Barangkali juga Makkah akan menjadi bandar mati
yang kering kusam.
Kami selalu menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya mengambil
kesempatan makan bersama di restoran. Namun, pilih waktu yang paling
sesuai supaya ia tidak mengganggu amal ibadah yang lain. Kami sekeluarga
bersama adik dan kakak sering makan malam di hadapan dataran Pintu 1 usai
solat isyak.
Suasana angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, dikelilingi oleh ratusan
jemaah lain, sambil makan kami sentiasa berbincang tentang apa yang kami
lalui pada hari itu. Subhanallah, ulasan demi ulasan tentang keindahan,
keseronokan, dan terujanya kami dengan hari-hari yang kami lalui. Sesi ini
sebenarnya membina ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga, malah
menambah semangat memulakan hari esoknya.
Sesekali dalam tempoh sebulan lebih di Makkah dan Madinah, kami
menjamu selera di pelbagai restoran makanan luar negara terutamanya
makanan di sebelah Turki dan Arab. Kami tahu adik dan kakak yang ikut serta
tidak pernah berkesempatan melihat dunia luar kecuali negeri-negeri di
Malaysia.
“Kak Mie, Azlina mungkin tidak berpeluang untuk ke Turki, mari kita
makan makanan mereka di sini. Tukar selera,” ajak saya kepada mereka.
Namun ruang-ruang seumpama ini sangat terbatas. Ia hanya dilakukan ketika
selesai solat isyak, memberi ruang 30 minit hingga sejam supaya bersama kami
sementara menunggu waktu tidur.
Sebagaimana membeli-belah barangan, saya tidak mahu kegiatan lain
mengganggu urusan ibadah khusus kami sepanjang berada di Makkah dan
Madinah. Budaya lepak, window shopping dan menonton televisyen di lobi
ataupun bilik hotel, serta berbual-bual kosong sambil bergosip adalah aktiviti
yang mahu kami hindari. Saya tidaklah berilmu tetapi saya berharap apa yang
kami lakukan itu diterima Allah s.w.t.
Hakikatnya, malam dan siang di Makkah dan Madinah adalah ruang
untuk sentiasa hampir kepada-Nya. Jikalau ada yang mengajak, “Jom minum-
minum,” kemudian kita menolak dengan baik, tiada siapa yang berkecil hati.
Jikalau ada sekali pun, usah dipedulikan. Biar mereka mengerti yang
kedatangan kita menunaikan ibadah haji mahu dipisahkan dengan budaya dan
tabiat semasa di Malaysia.
Tip 46 : Merokok

R
amai manusia merokok. Di Malaysia, harga rokok sentiasa meningkat
hampir setiap kali bajet dibentangkan. Namun, ia tidak menghalang
mereka yang merokok meneruskan kegiatan merokok. Ramai yang
cuba berhenti kerana harga rokok naik, tetapi kebiasaannya tidak bertahan
lama.
Ramai juga yang cuba berhenti kerana leteran isteri, juga tidak mampu
meneruskannya. Akhirnya berhenti sekejap kemudian kembali menjadi
seorang perokok. Ia berulang-ulang.
Saya juga bekas perokok. Dahulu, saya mulai hari dengan menyedut Lucky
Strike tanpa penapis. Pall Mall, Malboro, Dunhill, Salem, dan Camel adalah
jenama rokok yang pernah saya sedut. Perokok tegar hampir 20 tahun. Saya
benar-benar memahami betapa sukarnya bagi membuang ketagihan merokok.
Dalam tempoh 20 tahun menjadi perokok, tidak kurang daripada lima kali
saya cuba membuang tabiat itu. Ramai memberi petua, “Bermulalah pada
bulan Ramadhan, Insya Allah berjaya”. Ada juga yang menasihatkan,
“Berhentilah secara beransur-ansur, lama kelamaan ia dapat dihapuskan”.
Saya tidak berjaya. Paling lama bertahan hanya sebulan. Seolah-olah saya
tidak mempunyai kekuatan. Malah saya membiarkan diri tanpa berusaha
melawan keinginan merokok terutamanya apabila berada bersama sahabat
handai yang juga kaki merokok.
Akhirnya, saya berhenti merokok enam bulan sebelum berlepas ke Tanah
Suci. Bagaimana? Hati saya terdetik berhenti merokok apabila mendapat e-mel
daripada adik sendiri:
“Abang, tahniah kerana dapat menunaikan fardhu haji. Bagi mendapatkan
haji yang mabrur, perkara wajib jangan ditinggal, yang sunat diperbanyakkan,
perkara makruh jangan dibuat, dan perkara haram hendaklah ditinggal.”
Kenyataan ringkas tetapi membuat saya ber kir. Lalu saya memilih
“berhenti merokok” sebagai lambang meninggalkan perkara yang makruh. Ia
tanda saya bersungguh-sungguh mahu menjadikan ibadat haji sebagai
mengubah sempadan iman. Maksudnya, saya berjanji kepada Allah s.w.t.
untuk tidak merokok lagi, bukan atas sebab-sebab yang lain.
“Ya Allah inilah janjiku pada-Mu. Inilah tanda aku ingin berubah ya Allah.
Aku berhenti merokok ini semata-mata kerana-Mu ya Allah. Ya Allah, Engkau
bantulah daku. Berikanlah kekuatan kepadaku.”
Jikalau saya merenung diri, meneliti kembali proses menunaikan fardhu
haji yang sudah saya alami, saya kir ia banyak mengubah perjalanan
kehidupan. Allah s.w.t. benar-benar memberi bantuan. Alhamdulillah,
sehingga kini janji tersebut masih dibantu Allah s.w.t.!
Menunaikan fardhu haji bukan hanya melibatkan perhubungan manusia
dengan Allah s.w.t. Ia juga melibatkan perhubungan dengan alam, haiwan, dan
paling utama sesama manusia.
Bayangkan suasana Makkah yang padat dengan kebanjiran manusia pada
musim haji. Bayangkan pula suasana bilik di hotel yang padat dengan rakan
sebilik. Majoriti jemaah Malaysia berhadapan dengan bilik yang sepatutnya
memuatkan dua orang tetapi menjadi enam ataupun tujuh orang. Kaki
bertemu kaki. Kadangkala kepala bertemu kepala.
Bayangkan juga bilik kita dipenuhi dengan mereka yang tua, berpenyakit,
dan memerlukan udara segar. Buat perokok, pertimbangkanlah keadaan yang
saya catatkan di sini.
Jagalah perhubungan sesama manusia. Usah merokok di bilik. Usah
campak puntung rokok di dalam bilik air. Habuk-habuk usah dijentik merata-
rata. Atau bagaimana jikalau kita berhenti merokok sejurus menjejakkan kaki
di kota Makkah ataupun Madinah. Ia mungkin menjadi kenangan yang akan
kekal selamanya!
Rokok haram di Makkah. Bagaimanapun ia mudah dicari ibarat membeli
jubah ataupun abaya. Malah orang merokok tanpa segan silu. Langsung tidak
memikirkan sekeliling mereka. Jikalau rokok makruh di Malaysia, haram di
Makkah, dan ia memudaratkan dan menyusahkan ramai orang, agak-agaknya
bagaimana nilai haji kita jikalau masih menghembuskan asap ke udara.
Tip kami, perubahan yang mahu dilakukan kerana Allah s.w.t., tentunya
dibantu oleh Allah yang maha berkuasa. Kekuatan melakukan perubahan
hanya dapat dilakukan dengan kemahuan jitu yang diberi pertolongan
olehnya. Berdoalah dengan sesungguh doa. Berhenti merokok dapat menjadi
simbol utama yang kita serius ingin berubah!
Tip 47: Rujukan

U
rusan ibadah haji adalah perniagaan yang lumayan. Di kawasan
hajarulaswad sentiasa ada anak-anak muda yang bertanya, “Mahu
saya bantu, Pak”. Mereka akan membuka lorong untuk kita
menguncup batu itu. Dalam proses memberi bantuan, mereka menyakitkan
ramai orang. Akhirnya, kita berjaya mengucup hajarulaswad dengan penuh
rasa nikmat.
“Pak, saya mohon bayarannya.”
“Berapa?”
“100 riyal.”
Pada ketika ini kita pasti terkejut besar. Pertama, kita menyangka yang ia
adalah bantuan percuma atas sifat mahu membantu semasa berada di Tanah
Suci. Jikalau mahu tip sekalipun kita tidak bermasalah. Namun biarlah ia
berpatutan. Ia tidak begitu. Mereka bekerja di hadapan hajarulaswad. Ia satu
kerjaya pada musim haji.
Kedua, kita terkejut dengan upahnya yang mahal. Ia mengalahkan upah
pensyarah memberi syarahan sambilan yang hanya RM100 per jam. Mereka
meminta SR100 bagi kerja yang tidak sampai 15 minit. Kita jadi terkejut,
kerana sudah pasti kita tidak membawa wang sebanyak itu ketika beramal
ibadah.
“Saya hanya ada SR10.”
“Tidak mengapa, saya akan ikut bapak ke hotel.”
Ini kes berat. Pergaduhan mungkin berlaku jika jemaah yang menerima
pertolongan adalah bekas ‘orang hebat’ di Malaysia. Apatah lagi jikalau mereka
jemaah yang baru bertaubat tetapi masih lagi teragak-agak meninggalkan sifat
‘kaki pukul’ mereka.
Manakala ulat-ulat hajarulaswad ini pula bergerak dalam satu kumpulan.
Jikalau mereka tidak dibayar, ia boleh sampai ke peringkat membuat ugutan
menggunakan kekerasan. Ugutan ini pula tidak dilakukan secara berseorangan.
Akhirnya, bagi jemaah yang sudah berusia mereka tiada kuasa untuk bertegang
leher apatah lagi menyesakkan kiran. Lalu cara mudah adalah, melunaskan
serta-merta apa yang diminta.
Itu harga yang perlu dibayar kerana menerima perkhidmatan yang
ditawarkan. Kos menyakitkan hati dan zikal orang lain tentu sekali tidak
dapat dinilai. Apakah ibadah sunat kekal sunat, biar Allah s.w.t. yang
menentukan. Sudah ramai jemaah Malaysia yang terkena!
Bisnes dam juga menguntungkan. Pertimbangkan kisah ini. Saya didatangi
oleh seorang yang agak berusia, kelihatan alim dan warak. Alahai, kesemua
yang berada di Makkah dan Madinah kelihatan begitu.
“Dr., kita tidak tahu sama ada haji kita ini sempurna ataupun tidak.
Banyak peraturan baru yang dibuat oleh Kerajaan Saudi. Sempadan Mina
diubah. Betulkah kita bermalam di Mina?”
“Bukankah fatwa sudah dikeluarkan. Saya ingat perkara ini sudah lama
dibincangkan.”
“Zaman sekarang, kesemuanya ikut nafsu sendiri. Tidak mengikut apa
yang disyariatkan.”
“Habis apa yang dapat kami lakukan bagi mendapat kesempurnaan haji?”
Saya mahu menutup perbualan dengan menyerahkan kembali isu ini
kepada beliau. Sambil memperlahankan suara beliau membisikkan kenyataan
berikut:
“Dr., ibadah haji ini begitu mudah. Semuanya perbuatan. Ada yang wajib,
ada yang rukun. Islam bagi kelonggaran membayar dam jikalau kita melanggar
pantang larang dalam ihram dan meninggalkan perkara-perkara yang wajib
dalam ibadah haji ataupun umrah.”
“Apa lagi yang kita boleh membayar dam?”
“Dr. tahu jikalau kita mengerjakan haji tamatuk ataupun haji qiran,
ataupun berlaku ihsar untuk orang yang berniat ihram, melanggar nazar
semasa mengerjakan haji, luput wuquf di Arafah dan meninggalkan tawaf
widak maka kita juga perlu membayar dam.”
“Tidak boleh bermalam di Mina adalah wajib haji. Kira boleh bayar
damlah.”
Hati saya ketawa. “Oh, patutlah beliau beria-ia berkempen kerana akhirnya
dam tersebut dibayar kepadanya bagi diuruskan. Itu yang dilakukannya
daripada bilik ke bilik. Itu jenis-jenis perniagaan yang dapat dilaksanakan
kepada mereka yang mudah terpengaruh, tidak berilmu, dan dalam masa yang
sama mengharapkan bagi mendapat kesempurnaan haji.
Di Makkah, ramai jemaah yang memberi pendapat mengikut kefahaman
mereka tentang ibadah haji, terutamanya kepada rakan sebilik dan mereka
yang hampir. Pendapat mereka boleh didengar tetapi perlu ditapis terlebih
dahulu. Tip kami, bawa buku rujukan supaya dapat dibaca ketika kita berasa
waswas tentang sesuatu isu. Jikalau ia kelihatan bercanggah dan masih tidak
berpuas hati, bertanyalah kepada pihak yang bertugas.
Ramai juga yang pandai bercakap, tetapi amalnya kelihatan begitu
meragukan. Jikalau ada orang yang mahu menawarkan perkhidmatan
berdasarkan cakap mulut, usah dilayan apabila berada di sana. Lagi bergema
beliau bercakap, lebih bersebab supaya kita berdiam diri. Akhirnya, mohon
pada-Nya supaya kita diberi ilmu sebagaimana yang diberi ilmu kepada Nabi
Daud dan Nabi Sulaiman melalui rujukan yang benar dan tepat. Setiap kali
kami di dalam kebuntuan kami sering teringat ayat Allah s.w.t. melalui surah
Al-Anbiyak, ayat 79:
Maka kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat dan masing-masing
dari mereka berdua Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak dan Kami
mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud,
Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Allah s.w.t. pasti melindungi mereka yang sentiasa berdoa kepada-Nya.


Tip 48 : Manusia Sibuk

K
ami memilih topik ini dan diletakkan pada penghujung tip dengan
bersebab. Pertama, tanya diri sendiri, apakah yang mahu disibukkan
semasa menunaikan ibadah haji yang wajib hanya sekali seumur
hidup?
Kedua, nikmat Allah s.w.t. yang mana satu yang kita dustakan? Apakah
kesibukan dunia sementara ini yang hendak dikejar? Ia bernohtah. Hidup
selepas kematian kekal selama-lamanya. Mudah-mudahan kita tidak tergolong
dalam golongan yang lalai akibat kesibukan yang luar biasa.
Kita adalah manusia sibuk. Kesibukan ini pelbagai. Ramai yang sibuk
bekerja. Contohnya, jikalau berada dalam dunia korporat atau perniagaan,
masa adalah wang. Setiap saat mengejar keuntungan. Mereka kelihatan bekerja
siang dan malam. Bergerak ke utara, selatan, timur dan barat.
Mereka yang berada dalam sektor awam juga tidak terkecuali. Kerjaya
bergantung kepada kesungguhan bekerja. Bekerja bersungguh-sungguh
menjadikan kita sibuk. Ganjarannya barangkali pangkat dan darjat.
Ramai juga manusia yang sedang belajar di universiti dan maktab. Tugasan
bertimbun. Kerja rumah sentiasa ada. Ujian dan peperiksaan silih berganti.
Persembahan selang seminggu. Maka siswa siswi juga sibuk dalam dunia
pengajian mereka.
Pensyarah juga sibuk. Penyelidikan, penulisan, dan pengajaran perlu
dilakukan hampir sepanjang masa. Setiap semester silih berganti dan rutinnya
tetap sama. Kesibukan yang berpanjangan.
Begitu juga pekebun. Contohnya, di daerah Segamat terkenal dengan
kebun buah-buahannya. Pohon getah berekar luasnya. Tuan punya tanah sejak
pagi sehingga ke petang mengusahakan kebun-kebun ini juga sibuk bekerja.
Ini punca pendapatan mereka.
Malah kegiatan berkebun sinonim dengan masyarakat Segamat. Pensyarah,
guru, ahli perniagaan, dan hampir setiap lapisan masyarakat mempunyai
kebun. Apabila habis waktu pejabat, maka ramai pula yang membawa parang
supaya dapat mengeluarkan peluh di kebun.
Begitu juga dengan pesara. Berpuluh tahun bekerja dalam dunia pekerjaan
yang penuh dengan kesibukan, apabila bersara mereka masih juga sibuk
bergerak bagi melakukan pekerjaan sampingan ataupun berziarah anak-anak
dan cucu-cucu yang berselerak di seluruh negara.
Ramai juga yang naik gila apabila bersara kerana tidak pandai berdiam diri.
Mereka menyatakan, “Saya biasa sibuk. Apabila tidak sibuk, terasa bingung.
Otak pun tidak mampu ber kir. Cepat pula terasa tua.”
Setiap orang benar-benar kelihatan sibuk.
Masa 24 jam sehari anugerah Allah s.w.t. tidak mencukupi. Namun
hakikatnya, putaran 24 jam itu tetap begitu dan tidak berubah sehingga dunia
ini dihancurkan.
Contoh-contoh kesibukan yang saya ungkapkan ini memberi kesan besar
kepada tahap amal ibadah khusus semasa hidup dan tinggal di Malaysia.
Bayangkan beberapa keadaan. Pertama, bos memanggil mesyuarat jabatan. Ia
bermula jam 11 pagi. Mukadimahnya panjang. Setiap isu dibahaskan.
Apabila sampai masanya, terdengar azan masjid di sebelah bangunan.
Mesyuarat tetap diteruskan kerana agendanya belum habis. Maksud saya, kita
sibuk sehingga tidak solat zuhur berjemaah walaupun masjid hanya beberapa
tapak daripada bilik mesyuarat.
Kedua, saya menerima notis jemputan menghadiri persembahan laporan
penyelidikan yang bermula jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 5.30
petang. Sudah pasti saya tidak dapat menghadiri solat berjemaah di masjid
walaupun bilik persembahan hanya beberapa meter daripada masjid jika saya
membuat keputusan menghadiri persembahan itu.
Ya Allah, itu jadual yang dibuat oleh orang Islam dalam organisasi Islam.
Apakah bezanya jikalau persembahan itu dianjakkan lewat 30 minit? Ia akan
berakhir pada jam 6.00 petang. Maksud saya, kita mencampakkan diri dalam
dunia kesibukan yang tidak terancang sehingga mengabaikan sesuatu yang
lebih bermakna di sisi Allah s.w.t. Malah, kita mahu menarik orang lain supaya
mengikut selera kita yang sentiasa mahu menyibukkan diri dalam semua hal
kecuali sibuk kepada Allah s.w.t. Itu kesibukan dunia. Namun Allah memberi
amaran dalam soal ini melalui satu hadith qudsi yang direkodkan oleh Ahmad:
“Wahai anak Adam! Lapangkan masa beribadah kepada-Ku, nanti Aku
penuhkan dadamu kekayaan, dan Aku akan menutup kemiskinanmu. Jika
engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu
dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu!”
Bagaimana jikalau kita menunaikan ibadah haji? Adakah kita juga
sibuk sehingga tidak mampu menunaikan ibadah-ibadah khusus dengan
cara yang terbaik? Perlukah kita ber kir yang qiamullail akan menyebabkan
kita mengantuk pada siang hari sehingga boleh menjejaskan produktiviti kerja?
Masih adakah bos yang mengendalikan mesyuarat tanpa mahu berhenti supaya
solat berjemaah? Ataupun masih adakah kebun-kebun yang perlu dibaja
ataupun disiram? Ataupun sibukkah kita dengan agenda membeli-belah
sehingga mengganggu solat di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi?
Tip kami, jika kita sibuk di Makkah dan Madinah biar kita sibuk dengan
amal ibadah. Jikalau sibuk kita sehingga mengganggu amal ibadah, maka
kesibukan itu merupakan pilihan kita sendiri. Tiada bos yang boleh
dipersalahkan. Tiada penganjur yang dapat dijadikan penyebab. Insya Allah,
Allah s.w.t. tidak penuhkan tangan kita dengan urusan dan kerja yang tidak
pula mengubah kehidupan kita menjadi manusia yang lebih baik.
Tip 49: Jangan Terlalu Bersuka Ria

K
ami merenung kembali saat-saat ketika Allah membuka pintu hati
bagi menunaikan ibadah haji. Kami benar-benar berada dalam
ketakutan walaupun semangat dan keinginan menunaikan rukun
Islam yang kelima benar-benar menggila. Hampir sepanjang masa kami dapat
membayangkan Kaabah, Hijir Ismail, hajarulaswad, dan Masjid Nabi. Hati
dan perasaan kami seolah-olah sudah berada di sana.
Ia berselang-seli dengan rasa kecut perut umpama mereka yang berada di
bangunan yang begitu tinggi dengan mata memandang ke bawah. Terasa mahu
melompat tetapi tiada upaya. Perasaan ‘butter ies in my stomach’.
Banyak perkara yang terlintas di hati. Mahukah Allah s.w.t. menerima
kami? Apakah kami akan dibalas tunai dalam setiap kesilapan dan kealpaan
kami? Bagaimana sekiranya kami diuji dengan ujian yang tidak tertanggung
dek kami?
Malah, kami ter kir, bagaimana perasaan kami jikalau gagal melihat
Kaabah untuk kali pertama. Tentu juga kami melayankan perasaan tidak
keruan memikirkan pelbagai masalah yang diceritakan orang yang kembali
daripada melaksanakan ibadah haji. Tandas di Mina, sesat di Arafah, gagal
bermalam di Muzdalifah, bilik bersesak-sesak, dilanda masalah kesihatan, dan
pelbagai isu yang kelihatan lumrah kepada jemaah haji.
Lalu kami menyerah diri memohon keampunan atas dosa-dosa lalu,
mengharapkan kasih sayang dan belas kasihannya supaya kami
dipermudahkan, diberi ilham, dan dibantu sepanjang berada di Makkah dan
Madinah. Itu doa-doa yang kami pohon hampir setahun sebelum berangkat
meninggalkan Malaysia.
Perasaan takut dan rendah diri supaya mengadapnya sambil mengharapkan
kasih sayangnya benar-benar membentuk tingkah laku yang berbeza sepanjang
perjalanan kerohanian ini. Kami kurang bercakap, mata sentiasa menunduk
bumi, bibir dan hati sentiasa memohon dan mengulang perkara yang dipohon
semasa di Malaysia.
“Ya Allah, ampunilah kami. Ya Allah permudahkan kami.
“Ya Allah kami banyak dosa. Terima kami, ampuni kami. Ya Allah jikalau
kami pernah berlaku syirik, pernah menduakan-Mu, Engkau ampuni kami.
Kami tidak pernah berniat begitu ya Allah. Jikalau ia berlaku adalah kerana
kebodohan dan kejahilan kami.
“Rabbi yasiir, wala tuassir, rabbi yasiir, wala tuassir, rabbi yasiir, wala tuassir,
rabbi yasiir, wala tuassir”
Hari-hari yang dilalui sepanjang 46 hari di Makkah dan Madinah berkisar
kepada janji-janji kami sebelum berangkat. Kami mahu melakukan yang
terbaik di sisi-Nya. Kami mahu bangun awal berqiamullail di masjid,
membaca Al-Quran dan terjemahan, berzikir, berdoa dan bermunajat. Sentiasa
bersolat dengan melihat zikal Kaabah. Bercita-cita melakukan tawaf sunat
sekerap mungkin.
Malah hampir setiap hari air mata sentiasa menitis. Pasti ada saat-saat di
luar kawalan di mana secara tiba-tiba perasaan sebak dan sayu. Maka
muncullah titis-titis halus menyebabkan pipi berlinangan dengan air payau
yang memberikan rasa hati yang sangat luar biasa. Sekiranya tidak semasa solat
sunat, ia berlaku ketika bertawaf atau semasa berdoa di Hijir Ismail ataupun di
hadapan Multazam.
Alangkah anehnya apabila memikirkan bagaimana kami boleh mengalirkan
air mata ketika imam membaca surah-surah ketika solat berjemaah. Kami
langsung tidak memahami maknanya. Apatah lagi mengetahui isi
kandungannya sehingga menggetar jiwa dan perasaan.
Kami ber kir, alangkah ruginya kami tidak tahu berbahasa Arab. Jikalau
mendengar bacaannya sudah boleh melembutkan hati yang kontang, apatah
lagi jikalau setiap baris dan ayatnya dapat difahami. “Ya Allah, kami mohon
keampunan-Mu ya Allah. Mudahkanlah kami membaca terjemahan dan tafsir
ayat-ayat-Mu ya Allah. Pancarkan cahaya kasih sayang-Mu kepada kami.”
Hari berganti hari. 46 hari sentiasa berada dalam linangan air mata. Maka
ketika saat-saat mahu meninggalkan Madinah adalah saat yang syahdu. Sebak.
Kami meninggalkan hotel penginapan dengan perasaan luar biasa. Seolah-olah
kehilangan kekasih buat selama-lamanya.
Perjalanan ringkas bandar Madinah ke lapangan terbang sunyi sepi. Setiap
jemaah hanya mendiamkan diri. Tidak kira siapa mereka, terpancar rasa sayu
mahu meninggalkan Tanah Suci. Apa yang di kirkan tidak pula dapat kami
tafsirkan. Buat kami, air mata yang mengalir adalah kerana benar-benar
menginsa betapa Allah itu maha berkuasa, penuh dengan kasih sayangnya,
dan sentiasa menerima taubat hamba-Nya.
“Kekalkah kami dengan rasa yang sangat luar biasa ini apabila menjejak
kaki di Malaysia?”
Tiba-tiba skrip bertukar 180 darjah. Suasana di Lapangan Terbang
Madinah riuh-rendah. Mereka yang tunduk sedih kelihatan bergema-gema
bersuara. Ketawa berdekah-dekah. Ada yang bercerita tentang siapa yang
menyambut mereka, makanan apa yang akan terhidang, dan sudah ada yang
mula memotong barisan. Bukankah kapal terbang yang sama akan dinaiki?
Itu rasa suka dalaman yang terkeluar tanpa sengaja, memantul jiwa dan
perasaan sebenar. Tip kami, kegembiraan melampau membawa implikasi
kepada kerohanian manusia. Allah s.w.t. mengatakan:
Kami jelaskan begitu supaya kamu tidak berduka cita terhadap apa yang luput daripada
kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada-
Mu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Surah Al-Hadid, ayat 23)

Bertenang ketika berada saat mahu meninggalkan Makkah atau Madinah.


Bawa perasaan ketenangan itu bersama ketika menaiki pesawat. Amalan-
amalan yang dilakukan di Tanah Suci hendaklah diteruskan. Berzikir
menyebut nama-nama Allah s.w.t. sepanjang masa. Renungkan pertanyaan ini,
“Apakah yang ingin aku lakukan apabila pulang ke Malaysia?”
Tip 50: Ilmu Bermanfaat

K
ami doakan supaya pembaca buku ini dan akan berangkat ke Tanah
Suci mendapat manfaat atas apa yang kami sampaikan. Jikalau tidak
kesemuanya, barangkali sebahagian atau paling tidak pun dapat
memanfaatkan satu tip yang kelihatan paling tidak bermakna. Kami bukan
manusia berilmu. Malah, fakir dan hina di sisi Allah s.w.t.
Kami memohon keampunan Allah s.w.t. jikalau apa yang disampaikan ini
terkhilaf daripada kebenaran di sisi-Nya. Niat kami murni mahu ia menjadi
ilmu yang bermanfaat tetapi ia mungkin jadi sebaliknya atas sifat kelemahan
kami berdua.
“Ya Allah ampuni kami Ya Allah. Bukankah Engkau melebarkan tangan
atas sifat maha pemurah-Mu pada malam hari bagi mengampunkan orang-
orang yang membuat kemaksiatan di siang hari. Ya Allah, masukkan kami di
antara mereka yang Engkau ampunkan.”
“Ya Allah ampunilah kami Ya Allah. Bukankah Kau melebarkan tangan
keampunan-Mu pada siang hari bagi mengampuni orang-orang yang membuat
kemaksiatan pada malam hari, sehingga matahari terbit dari sebelah barat. Ya
Allah, jangan Engkau tinggalkan kami.”
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menerima taubat-taubat kami.
Pandu kami sehingga kami sampai ke pintu syurga-Mu. Izinkanlah kami
mendiami syurga Firdaus dengan rahmat-Mu. Sesungguhnya hanya kepada-
Mu tempat kami mengharap belas dan kasih sayang-Mu.”
Kami menjalani ibadah haji ketika masing-masing berusia 40 dan 43
tahun. Ia kembara rohani yang begitu luar biasa buat insan kerdil yang fakir,
hina, dan tidak berilmu seperti kami. Mengapa? Kami tidak berjumpa
walaupun sesaat pembalasan tunai yang diceritakan orang. Malah tidak pula
merasai sebarang kesukaran sehingga kami serik berkunjung kembali bagi
menunaikan haji dan umrah sunat pada masa akan datang.
Hakikat sebenar, kami menyaksikan kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t.
Kami melihat dan merasai bagaimana sifat maha pengasih dan maha
penyayang-Nya dipancarkan kepada setiap jemaah haji termasuk kami
sekeluarga. Ia perasaan hebat yang luar biasa.
“Ya Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau
Tuhan yang maha esa. Ya Allah, Kau yang kami sembah, tempat kami
bergantung harap, tiada sekutu bagi-Mu, ya Allah, malah tiada sesiapa yang
setara dengan-Mu, ya Allah. Ampuni aku Ya allah
di atas segala khilaf kami, ya Allah.”
Kami sendiri tidak dapat berbohong betapa bertahun-tahun kami kelihatan
tidak menghampirinya secara bersungguh-sungguh. Namun kami tetap
disambut meriah. Dia memberikan rasa cinta yang begitu mendalam supaya
sentiasa berada di Masjidil Haram. Malah Dia tetap melembutkan hati kami
untuk sentiasa bersolat dan beramal ibadah di Masjid Nabi.
Subhanallah, Allah makbulkan permohonan kami supaya dipermudah,
adik-beradik tidak bermasam muka dan suami-isteri saling cintai-mencintai.
Malah sepanjang berada di Madinah dan Makkah kami tidak langsung
merindui anak-anak dan kampung halaman. Tiada apa yang kami kirkan
kecuali mencari keredhaan-Nya.
Kami rasa seram sejuk, batuk hampir sepanjang malam, kaki merekah,
lenguh-lenguh labu betis dan sesekali terasa-rasa jauhnya untuk saie. Namun,
Allah s.w.t. kuatkan kami supaya tidak sekali-kali mengaku kalah dan berehat-
rehat di bilik hotel.
Malah perjalanan kami menuju Arafah yang sepatutnya mengambil masa
45 minit tidak pula menjadi kenyataan. Kami berlegar-legar hampir 4 jam
mencari khemah. Sekali-kali kami tidak berburuk sangka dengan Allah s.w.t.
dengan menyatakan yang dia membalas dosa-dosa yang telah kami lakukan.
Kami mengerti Allah s.w.t. ingin mengajar kami, “Akulah yang maha
berkuasa.” Benar, jarak sesingkat itu hanya mengambil antara masa 30 minit
hingga 40 minit tetapi ia hanya akan terjadi dengan izinnya. Lalu, kami
ucapkan di dalam hati,
“Ya Allah Ya Tuhan kami, ampuni kami Ya Allah. Kau permudahkan
perjalanan kami ini. Kami datang ke sini semata-mata kerana-Mu Ya Allah.
Semata-mata kerana-Mu Ya Allah. Jikalau ada salah dan silap kami Ya Allah,
kau ampuni kami. Engkau yang maha berkuasa.”
Malah ketika kami berpakat menjadi jemaah terakhir kumpulan yang akan
meninggalkan Muzdalifah, Allah menguji kami dengan cuaca sejuk yang yang
mengalahkan pengalaman kami di Dundee, Scotland. Kesejukan yang meresap
masuk sehingga ke tulang. Tidak ada apa yang dapat kami lakukan kecuali
berzikir, bangun berjalan, membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berzikir, duduk,
berzikir, bangun, dan berjalan.
Ia benar-benar mengajar kami erti kesabaran. Sekali lagi, ia pasti bukan
pembalasan yang Allah s.w.t. lontarkan kepada tetamu-Nya. Ia hanya
pengajaran praktikal betapa manusia sebenarnya insan yang lemah lagi kerdil.
Manusia tidak mampu jikalau diuji tanpa bantuan dia yang maha berkuasa.
Allah sekali-kali tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak
mampu ditanggung.
Subhanallah, maha suci Allah. Ibadah haji adalah pakej lengkap supaya
manusia mengenal diri dan pencipta-Nya. Tip kami, pulang ke Malaysia
dengan rasa rendah diri, rasa cinta dan sayang kepada Allah dan berdoa dengan
doa:
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu supaya aku menjadi manusia yang lebih
baik di sisi-Mu. Dekatkan diriku dengan-Mu. Permudahkan aku beramal
ibadah kepada-Mu sebagaimana aku beramal ibadah di Makkah dan
Madinah.”
“Ya Allah aku mahu bersolat berjemaah, aku mahu bersolat malam, aku
mahu berpuasa Isnin dan Khamis, aku mahu membaca dan memahami Al-
Quran. Bantu aku, ya Allah.”
“Ya Allah, Engkau pandu aku, ajarkan aku dan berikan aku ilham untuk
aku beramal ibadah kepada-Mu. Semata-mata kerana-Mu. Semata-mata
kerana-Mu.”
Kami doakan supaya pembaca mendapat haji yang mabrur, haji yang
diredhai oleh Allah. Petua atau tip yang kami catatkan hanya secalit ilmu yang
dipinjam Allah. Mudah-mudahan ia menjadi ilmu yang bermanfaat. Selamat
berangkat!
Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat
kepada perintah-Mu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu, kami
sahut seruan-Mu. Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan,
kesemuanya adalah bagi-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.
Penulis

M
uhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti
Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya
seperti Ph.D.: Kecil tetapi Signi kan, Ibrahim Shah: Menyingkap
Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, dan Pelajar Cemerlang dan
Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance
of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social
Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau, Travelog Haji: Mengubah
Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang
diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan
dalam pelbagai media massa.

R
oza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah
pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau berkelulusan
Diploma Perbankan, Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, dan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA. Karya
trilogi popular beliau Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu dan Travelog
Impian Abadi: Itu Yang Tertulis diterbitkan oleh PTS Islamika.

Penulisan buku ini mendapat manfaat hasil pembacaan banyak buku-buku.


Bagaimanapun, disertakan buku-buku terpilih yang boleh dicadangkan kepada
pembaca:
Muhyiddin Abu Zakaria Yahya (2010), Al-Azkar (terjemahan), Al- Hidayah, Kuala Lumpur, Malaysia.
Ahmad bin Hambal (2009), Zuhud (terjemahan), Berlian Publication, Puchong, Malaysia.
Ahmad Ridha Hasbullah (2004), Taqarrub, Al-Hidayah, Kuala Lumpur, Malaysia.
Aidh Abdullah (2007), Berdakwah dengan Berkesan (terjemahan), Berlian Publication, Puchong,
Malaysia.
Imam Nawawi (2008), Manasik Haji dan Umrah Menurut Imam Nawawi (terjemahan),
Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu, Malaysia.
Abdellah Hammmoudi (2006), A season in Mecca, Hill and Wang, United States of America.
Ali Shariati (2003), The Hajj, Islamic Book Trust, Kuala Lumpur.
Michael Wolfe (1993), The Hadj, Grove Press, New York, United States of America.
Muhammad Asad (1999), The Road to Mecca, Islamic Book Trust, Kuala Lumpur.
Muhd Kamil Ibrahim (2010), Travelog Haji: Mengubah sempadan Iman, PTS Publications and
Ditributors, Kuala Lumpur, Malaysia.
Muhd Kamil Ibrahim (2008), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, PTS Publications and
Ditributors, Kuala Lumpur, Malaysia.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2010), Kitab Al-Taudhih, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi,
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai