Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu 

dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,


wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

11 Tanda Orang Berbahagia

1 - Tidak Rakus Dengan Dunia.


Orang yang bahagia dia tak sibuk kejar hal dunia terutama hal duit dan kemewahan. Tapi apa yang
kita lihat di akhir zaman ini manusia mengumpul harta tanpa kira halal haram.

2 - Sibuk Beribadah.
Harinya sibuk untuk beribadah berbanding dengan urusan dunia.

3- Kurang Bercakap.
Bercakap ketika perlu, banyak diam dari bercakap.

4 - Memelihara Solat.
Ke mana sahaja dia pergi, solat diutamakan. Masuk je waktu solat, segera dia menunaikannya. Itulah
tanda orang yang berbahagia.

5 - Bersahabat Dengan Orang Yang Soleh.


Dia terlalu berhati-hati dalam memilih kawan apatah lagi sahabat dan memilih sahabat yang soleh
solehah.

6 - Bersikap Tawadhuk.
Merendah diri, tidak ego dan tidak berdebat semata-mata hendak tegakkan pendapat sendiri.

7 - Menjauhi Yang Haram.


Berhati-hati dengan perkara haram dalam segenap kehidupan.

8 - Pemurah Dan Baik Hati.


Orang yang bahagia adalah orang yang tidak kedekut.

9 - Kasih Sayang Sesama Makhluk.


Bukan hanya sayang kepada manusia tetapi makhluk lain di dunia

10 - Berguna Kepada Masyarakat.


Dapat berbakti kepada masyarakat serta dapat membangunkan ummah.
11 - Selalu Ingat Mati.
Orang yang bahagia selalu ingat mati. Bila ingat mati, kita jadi sentiasa berwaspada dan akan
sentiasa buat baik dan ikut semua perintah Allah dan Rasul.

~ Almarhum Ustaz Dato' Ismail Kamus

Alhamdulillah ♥️

Amalan untuk terlepas seksa kubur !


.
Jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Ni cara mudah untuk lepaskan diri dari seksa kubur.
.
Rumah yang dibacakan Al-Quran pada waktu malam, rumahnya bercahaya sehingga dikenali para
Malaikat. Jika mati orang yang suka baca Al-Quran, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit
dan para Malaikat akan tahu, ohh... mati sudah si pembaca.
.
Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya. Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah-lembut dengan
mayat. Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandikan dan dikafankan serta terus
menemani kita di dalam kubur.
.
Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan Al-Quran.
Azab kubur mula bila mayat tak dapat menjawab soalan² Malaikat. Sesi soal jawab berlangsung
selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak² yang soleh
supaya hari² kita indah di dalam kubur.
.
Masa mayat tu duduk, kita akan sedar, ohh... aku dah mati 😭
Pesanan terakhir dari Ustaz, sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada surah Al-Mulk di
dalam dada kita.
InsyaAllah. Amin Allahumma Amin.
.
Celakalah orang yang tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
.
Dalam kubur, Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan
suara yang lantang dan mendayu. Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga.
Lepas tu, baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada Malaikat yang akan menyoal.
..

Dapat ilmu. Alhamdulillah

Anda mungkin juga menyukai