Anda di halaman 1dari 21

NASIHAT EMAS IMAM MALIK

Wahai Amirul Mukminin! Anggaplah jiwa anda sekarang berada di pintu


kematian dan sakaratul maut. Anggaplah anda sedang menghadapi
kepedihan rasa sakit yang dialami setiap orang yang hendak meninggal
dunia.

Wahai Amirul Mukminin! Persiapkanlah segala bentuk amal shalih yang
mampu anda kerjakan, agar kelak anda selamat dari kecemasan dan
rasa takut pada Hari Kiamat.

Wahai Amirul Mukminin! Perintahkanlah kepada seluruh manusia untuk
taat kepada Allah dan senang akan ketaatan. Cegahlah mereka dari
segala bentuk kemaksiatan. Buatlah mereka selalu membenci
kemaksiatan





::TARBIYAH HATI::

IngatLah Selalu pesan ini, jadikanlah seluruh hatimu milik Allah.. Jangan sesekali Kau mengharap pada Cinta Manusia.. CintaiLah Allah
Sepenuh Hati..
Tanpa berbelah bahagi.. Seandainya terdetik hati-Mu mencintai manusia, cintailah pada yang berhak.. Pastikanlah cintamu itu Kerana Rabb-
mu..











Sabda Rasulullah s.a.w

"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku
kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda
kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya."

(Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a)










Nasihat sepanjang zaman
Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah
menentang keputusanNya (qadhaNya)
Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke
dalamnya.
Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.




Carilah hatimu

"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau idak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak
temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya
pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Imam Al-Ghazali











PENCINTA ALLAH ITU IALAH..
"Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah
dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya
bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)











Pesanan Al-Syibli:
Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan
kebendaan.

Kata - Kata Hikmah

Aku ingin melihat Allah SWT tetapi, keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian
Allah.Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim. Aku ingin
bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan Hadis-Hadis yang Baginda
wariskan pada ulamak-ulamak



Masa itu kehidupan
"Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumberkebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan
menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadikeberkahan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadikeberhasilan. Jika
digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk
kehidupan yangsebenarnya. Sesungguhnya kewajipan-kewajipanhamba di dunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia"




10 WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara
yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-
sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam Jemaah Islam, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya



Menasihati diri hamba
*carilah ilmu mengenal Allah*
*tanamkan takut neraka Allah*
*semaikan harap syurga Allah*
*carilah keredhaan Allah*


Kaulah yang Maha Esa.Kaulah yang Maha Pengasih.Kaulah yang Maha Penyayang.Tiada hidup tanpaMu.
Kaulah yang Maha Agung.Kaulah yang Maha Mengetahui.Tuhan dunia akhirat.Tiada aku tanpaMu.
Bilaku rasa pilu.Bilaku rasa resah.Bilaku kekosongan.Kau tempatku mengadu.
Oh tuhan yang satu.Engkaulah tuhan yang satu.Segala puji-pujianku tujukan padaMu..padamu.
Dan hidup dan matiku hanyalah..
UntukMu..
untukMu...untukMu..
~mata melihat alam; hati melihat TUHAN~










INGAT
"Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak
menyampaikan ilmu kepada orang, Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita
pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu. Bukan pahala kita dapat tapi
bala.
.:Orang Yang Hatinya HIDUP:.

Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta
dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur
dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik
merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kesihan dengan
orang itu...
Kata-kata
seringkali kita terfikir bagaimana mulianya hati nabi kita, tetap senyum bila di benci.. tetap tenang bila di musuhi, tetap membantu walau
disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang di lalukan tak menjadi, mudah
kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris bila dilukai..ayuh kita tarbiah diri,agar yang terindah menghiasi peribadi..kerana
qudwah kita Adalah nabi..itulah sifat hamba Allah yang hakiki
Nota Diri

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga: Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati

Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.
Bicara Lensa

Allah SWT memberikan hati manusia mampu menafsir erti syukur padaNya. Tatkala ditimpa kesusahan, ramai yang mampu menanam pokok kesabaran. Tetapi
tatkala dalam kesenangan tidak ramai yang mampu berSYUKUR atas nikmat Tuhan.
Kalam Hikmah
"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang
tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

Berhati-hati apabila berkata-kata

Kata-kata yang di ucapkan sembarangan, dapat mewujudkan perselisihan,

Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan,

Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan,

Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati

Hati-hati pada setiap tutur kata kita
Kata Saidina Ali
Jika seseorang berpaut pd manusia, maka hinalah dia. Jika seseorang tegak agma pd logik akal, maka sesatlah dia. Jika seseorang bergantung
pd duit semata, maka muflislah dia. Tapi, jika seseorang itu bergantung HANYA PD ALLAH, maka dia TAKKAN HINA, SESAT, MUFLIS.
Mutiara Kata

Mutiara Kata Yang Indah
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina
Ali)

Bacalah dengan mata hati
Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya :

1. Benar-benar kenali Allah
2. Benar-benar jaga perintah Allah
3. Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw
4. Selalu berwudhu'
5. Redha menerima qadha dan qadar Allah
6. Yakin dengan janji Allah
7. Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk
8. Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan
9. Rajin dalam beribadah
10. Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah
11.Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda
12. Sedar syaitan musuh utama
Kita Sering Terlena

Perkara Yang Menghairankan
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya..
Peringatan
SALAH SATU DARI PENYEBAB TURUNNYA BENCANA DAN MUSIBAH ADALAH SEDIKITNYA ORANG YANG MENANGIS DI TENGAH MALAM.
Kaligrafi

iklan

Monolog Seorang Hamba
aku impikan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih
mengadu rindu padaNYA
mengasihiNYA sepenuh jiwa raga
mencintaiNYA sekuat hati


aku impikan diriku yang dentiasa mengalirkan air mata
akibat rindunya aku pada penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
akibat segannya aku kerana sering menipu
kecintaanku padaNYA


aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya
pabila nama tuhanku disebut
jantungku berdegup kencang
bila disebut azabNYA
tetapi tenang semula
bila dicerita kasih sayangNYA


aku impikan diriku
yang setiap detik mengingatiNYA
akan nikmatnya yang tidak terhingga
kerana aku tiada apa-apa
dialah yang MAHA PEMBERI


aku impikan diriku
yang sentiasa bertawakal padaNYA
yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku
maha suci dari menzalimiku
kerana DIA penciptaku
yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif
seperti aku....
MUTIARA HIKMAH
Bergunung manapun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa.

Segagah manapun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan.

Secantik manapun rupa nan ayu, bukanlah ratu jika buruk tingkah laku.

Setinggi manapun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman didada.

Melangit manapun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal dan diguna.

Sealim manapun warak, bukanlah ulama', jika takbur dan riak.
Kata-kata Nasihat Imam As-Syafie R.A
1. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasannya, ditutup kekurangannya dan diampun kehinaannya.

2. Sesiapa menasihati saudaranya dengan sembunyi sesungguhnya ia menasihati dan menimbangnya, dan sesiapa menasihati saudaranya
dengan terang-terang, sesungguhnya ia telah memalukan dan mencelanya.

3. Sesiapa mendengar dengan telinga ia adalah seorang pencerita dan sesiapa mendengar dengan hatinya ia adalah seorang sedar dan sesiapa
memberi nasihat dengan perbuatan ia adalah seorang petunjuk.

gold coast link Counter
Kuliah Online

Hadis Rasulullah
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat"
- H.R.Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala haji
dan umrah yang sempurna"
- H.R.Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka
pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"
- H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya"
- H.R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akanmengharamkan jasadnya dari api neraka"
- H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap
kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
- H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api
neraka
- H.R.Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"
- H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata
Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya"
- H.R.Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh
secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).
- H.R.Muslim & Ahmad

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari
solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya"
- H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala
kaldai"
- H.R.Sahih Muslim

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak"
- H.R.Zanjawaih & Hakim

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban
menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban"
- H.R.Ibn'Asakir

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas"
- H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang
berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu"
- H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama"
- H.R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat"
- H.R.Abu Dawud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan"
- H.R.Attabrani








BUKAN SEBERAPA HEBAT KITA,
TAPI SEBERAPA BERGUNA KITA

Anda mungkin juga menyukai