Anda di halaman 1dari 4

Batalkah Solat Bersentuh Anak Bernajis?

 
Soalan 

Assalamualaikum ustaz, Saya seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih
kecil. Saya pernah diberitahu bahwa solat akan terbatal sekiranya anak-anak yang
membawa najis (memakai lampin) dan anak-anak yang belum berkhatan tersentuh
pakaian kita semasa kita sedang sembahyang, apatah lagi jika tersentuh tubuh
badan. Tetapi, saya pernah melihat ada orang yang terus solat apabila keadaan itu
berlaku. Saya mohon penjelasan, adakah perselisihan pendapat dalam hal ini?
Terima kasih.

- Ibu musykil -

Jawapan Ust Zaharuddin

Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin
atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak
membatalkan solat.

Keadaan yang seperti ini ada disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam Rawdah
at-Tolobin dengan katanya : " Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh
dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak ) tetapi benda yang
suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL
SOLATNYA" (Rujuk Rawdah at-Tolibin, hlm 123 cet : Dar Ibn Hazm). Pada hemat
saya ini adalah kerana :-

a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika
secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis
secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada
wudhu baru diperlukan.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti
memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa
sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak
pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali,
ia hanya menanggung najis sahaja.

Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini


(ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai : "Haamil limuttasil binajastin") sama
ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia
duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj,
1/ 264 cet Dar al-Fikr )

Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya
dengan cepat, solat tidak dikira batal . Ia berdasarkan peristiwa para sahabat
bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu
tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW (semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya,
maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka
(kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah
selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat : " Apakah yang menyebabkan
kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ? : para sahabat menjawab : kerana kami
melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat
Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis
(maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih
menurut Albani.  cet : Bayt Afkar )

Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan
kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya
Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang
menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka
solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)

Sekian

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

Last update: 02-02-2007 15:49


Published in : Soal Jawab, Ibadah

Users' Comments (6) Add your comment


Posted by ZACK, on 07-06-2008 10:14, IP 60.52.96.71, Guest
1. ...
http://al-ahkam.net/home/ index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32877 
 
Tuan, boleh tak komen pasal ni : 
 
Dipetik semula dari siri Syarh Fiqh Sunnah: 
al-Sayyid adalah Sayyid Sabiq pengarang kitab F_Sunnah 
 
Air Terpakai ( ,‫الماء المستعمل‬Al-Maa’ alMusta’mal) Air Musta'mal didefinasikan sebagai air
yang kurang dari dua kolah (216 liter) yang terpisah atau mengalir dari atau pada anggota
tubuh seseorang yang berwudhu' atau mandi wajib. Contohnya ialah terjatuhnya semula air
yang sedang digunakan bagi berwudhu' ke dalam bekas simpanan air yang digunakan sebagai
sumber air wudhu' atau air yang sama (tidak mengalir dari sumber yang baru) yang
digunakan bagi mengulang-basuh keseluruhan anggota wudhu' (HafidzFirdaus, Panduan
Ibadah Musafir, Jahabersa, ms.29) 
 
 
Hukum: air musta’mal ini suci lagi menyucikan kata al-Sayyid dengan alasan, asalnya suci
dan tiada suatu alasanpun yang mengeluarkannya dari kesucian. 
 
Syarh: Pendapat al-Sayyid ini sudah pasti menggemparkan nusantara yang berpegang dengan
pendapat syafi’iyah yang menetapkan air itu suci tapi tidak menyucikan (Dato’ Hj Ismail
Kamus, Fardhu ‘Ain, at-Tafkir, ms 20) 
 
Dalil-dalil al-Sayyid: 
 
Dari Rubaiyi’ bte Mu’awwidz ‫مسح برأسه من فضل ماء كان في يده‬ 
 
Terjemahnya: "dan disapu kepalanya dengan sisa air pada tangannya.” [status hadith: sahih
menurut Ahmad Syakir, tahqiq sunan atTermidzi (1/51), juga dikeluarkan oleh Abu Daud
(#130)] 
 
Dari jalur Abu Hurayrah ra ‫ فقال سبحان هللا إن المسلم ال ينجس‬Terjemahnya: "Maha suci Allah,
orang mu’min tidak najis.” [Sahih, muttafaq alaih, alBukhari, kitab alGhusl,# 274] 
 
Syarh: Kesucian air musta’mal adalah sangat jelas sekali. Ini adalah pendapat pilihan
Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa (20/519), mujtahid kontemporer, Prof
alQardhawi. Komentar beliau, kesucian air musta’amal bukanlah semuanya mutlak, ia
hendaklah dilihat sejauh mana cara air itu menjadi musta’mal dan mengambil kira keadaan
kesihatan semasa. Jika ada penyakit menular, maka hendaklah dihindarkan. Zaman dulu,
seseorang menggunakan air dengan menyelam mukanya dalam besen, berkumur dan
mencucui hidung dalam bekas itu, maka air musta’mal dari jenis ini hendaklah dijauhi. (Fiqh
Thaharah, 41) 
 
Dalil-dalil tambahan Dr alQardhawi: 
 
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah berwudhu' dari air sisa lebihan mandian
isteri baginda. Isterinya berkata, sesungguhnya saya telah mandi dengan air tersebut!" Nabi
saw bersabda: ‫الماء طهور ال ينجسه شيئ‬ 
 
[almaa thuhur laa yunajjisuhu syai'un] "Air itu suci dan tidak apa yang dapat menajisinya"
[sahih oleh alZahabi, dikeluarkan oleh Ahmad, anNasa'iy, Ibn Majah, adDarimi, Ibn
Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim] 
 
Bagaimana dengan pendapat asal Imam Syafi’iy berhubung dengan air musta’mal? Sdr Abu
Iqbal Muhd Ya’akub MY dalam majalah i Mac 2006 membuat penyelidikan dalam kitab al-
Umm dan mendapati Imam Syafi’iy membolehkan air musta’mal digunakan utk bersuci.
(majalah i, karangkraf, Mac 2006, ms 69) 
 
Rumusan: air musta’mal adalah suci lagi menyucikan selagi tidak berubah warna, bau dan
rasanya, bukan ketika meletusnya wabak penyakit berjangkit dan cara penggunaan air yang
hygenik
 
» Reply to this comment...

Posted by halimi, on 03-04-2008 15:11, IP 211.25.51.14, Guest


2. ...
bolehkah ustaz jelaskan adakah terputus saf solat jemaah jka kanak-kanak solat bersama
orang dewasa (berada disamping bapa kektika solat jemaah dan jumaat)
 
» Reply to this comment...

Posted by munirah, on 31-01-2008 19:48, IP 60.52.99.103, Guest


3. ...
betol pertanyaan kamil tu ust.bagaimana ye?
 
» Reply to this comment...

Posted by kamil, on 11-12-2007 18:40, IP 60.52.99.128, Guest


4. ...
betulkah ada terdapat kisah bahawa Nabi SAW pernah bersujud lama dalam sembahyang
kerana cucu baginda memanjat di atas belakang baginda? Jika benar, berapakah umur cucu
baginda ketika itu. Sekadar cuma ingin tahu bagaimana memastikan kanak-kanak itu bebas
dari najis. WAllahua'lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by ibn_aswad, on 13-11-2007 22:52, IP 60.52.100.149, Guest


5. ...
tuan, kitab rawdah talibin, pada bab apa dibahaskan perkara tersebut? mohon ulasan.
 
» Reply to this comment...

Posted by mawardi, on 09-11-2007 08:56, IP 211.25.130.42, Guest


6. ...
panfangan sungguh baik 

Anda mungkin juga menyukai