Anda di halaman 1dari 20

"‫هذه رسالة سميناها "أحسن الذكز لبيان آداب في عيد الفطز‬

RISALAH AHSAN AL-ZIKRI PADA MENYATAKAN ADAB-ADAB DI HARI RAYA AIDILFITRI

Disusun oleh Al-Faqir ilAllah Khadim Lil-Ilmi:


Muhammad Fahmi bin Mohamed Amin Al-Azhari

_________________________________________________________

‫بظم هللا السحمً السحُم‬

‫الحمد هلل الري خلم غدة الشهىز غىده اثىا غشس شهسا في هخابه‬

‫اللهم صل غلى طُدها وحبُبىا وشفُػىا وذخسها ومىالها محمد صلى هللا غلُه وغلى آله وصحبه وطلم‬

Hari Raya Aidilfitri merupakan suatu anugerah yang cukup besar daripada Allah kepada ummat Islam. Disebut
juga sebagai Hari Kemenangan setelah berlalunya tempoh sebulan ummat Islam menjalani ibadah puasa dan berjaya
meraih kemenangan menundukkan hawa nafsu dan mencapai matlamat meraih pengampunan Allah serta bonus-bonus
ganjaran dan kemuliaan yang ditawarkan seperti Lailatul Qadar, dilipatgandakan ganjaran amalan wajib dan sunat dan
sebagainya. Harapan kita semua setelah Ramadhan meninggalkan kita, adalah agar tarbiah dan segala kebaikan yang kita
dapat dalam bulan Ramadhan diteruskan lagi dalam 11 bulan yang mendatang sehinggalah kita dikurniakan rezeki
bertemu semula dengan kemuliaan Ramadhan pada tahun berikutnya. Semoga Allah tidak mengharamkan kita semua
dari mendapatkan ganjaran kebaikan & kemuliaan Ramadhan pada setiap tahun. Ameen.

Hari Raya sepatutnya menjadi hari dimana ummat Islam mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan oleh
Allah kepada kita setelah kita diberi peluang untuk merasai kesusahan dan kelaparan orang-orang yang tidak senasib
dengan kita. Rasa syukur ini seharusnya dipanjatkan dengan cara menzahirkan kegembiraan bersama ahli keluarga dan
sanak saudara serta sahabat handai, keluar beramai-ramai bersolat sunat Hari Raya, melaungkan takbir syiar agama,
menghubung eratkan pertalian keluarga dan silaturrahim sesama saudara dengan berziarah dan memohon maaf, dan
lain-lain lagi yang dianjurkan oleh syariat agama kita.

Islam dan syariat yang dibawa oleh Qudwatuna wa Habibuna Rasulullah S.A.W. telah mengajarkan kepada kita
adab-adab yang sepatutnya diamalkan dalam kita menyambut anugerah Hari Raya Aidilfitri yang penuh indah ini.
Semoga kita dapat mengikuti panduan ibadah melalui saranan melaksanakan adab-adab dan kebaikan-kebaikan yang
disarankan oleh Islam untuk kita aplikasikan dalam menelusuri kemeriahan menyambut Hari Lebaran ini. Antara adab-
adab yang diajarkan Islam kepada kita adalah seperti berikut :

1
1. Menyelesaikan pembayaran zakat fitrah

‫ فَ َسضَ َزطَىلَ هللاَ صلى اللهم غلُه وطلم َشوَاةَ الفَطَ َس‬: ‫غًََ ابًََ غَبَاض زض ي هللا غنهما كال‬
َ‫السفَثَ َوطَػَمَتَ لَلَمَظَاهَينَ فَمًََ أَدَاهَا كَبَلَ الصَ َلةَ فَهَيَ َشوَاة‬
َ ‫طَهَ َسةَ لَلصَائَمَ مًََ اللَغَ َى َو‬
‫مَلَبَىلَتَ َومًََ أَدَاهَا بَػَدَ الصَ َلةَ فَهَيَ صَدَكَتَ مًََ الصَدَكَاثَ (زواه أبى داود وابً ماحه‬
َ )‫والحاهم‬
Daripada Ibn Abbas R.A. berkata : Rasulullah S.A.W. telah mewajibkan sedekah fitri untuk menyucikan
orang yang berpuasa daripada kelalaian, berkata-kata keji, dan untuk memberi makan kepada fakir
miskin, sesiapa yang melaksanakannya sebelum solat Aidilfitri, maka ia merupakan zakat yang diterima.
Dan siapa yang membayarnya selepas solat Aidilfitri, maka ia (dikira) sebagai sedekah daripada
beberapa sedekahnya. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah & Al-Hakim)

a) Syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah :


i. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan
tanggungannya pada satu Syawal.
ii. Anak yang lahir sebelum (uruf) matahari akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam
matahari Ramadan.
iii. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan.
iv. Menganut Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan
Islamnya sehingga awal Syawal.

b) Kadar pembayaran zakat fitrah :


Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.
Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

c) Waktu pembayaran zakat fitrah :


i. Waktu Wajib : Akhir Ramadan sehingga terbit matahari.
ii. Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadan
iii. Waktu Makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

2
iv. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib
ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan,
maka akan bertambahlah dosanya.
v. Waktu paling afdhal : Pagi hari raya sebelum menunaikan solat Hari Raya

2. Memperbanyakkan ibadat pada malam Aidilfitri

‫ مًََ أَحََُا لََُلَتَ الفَطَ َس‬: ‫غًََ غَبَادَةَ زض ي هللا غىه غً زطىل هللا صلى اللهم غلُه وطلم كال‬
َ َ‫لاضَحَى لَمَ ًَمَذَ كَلَبَهَ ًَ َىمَ جَمَىثَ اللَلَىب‬
َ َ‫َولََُلَت‬
Daripada Ubadah R.A. sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Siapa yang menghidupkan
malam Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha nescaya hatinya tidak akan mati pada hari dimana
matinya hati-hati (hari kiamat)

3. Memperbanyakkan zikir terutama bertakbir

َ‫ َشٍَىَىا الػََُدًًَََ بَالتَهَلَُل‬: ‫غًََ أَوعَ زض ي هللا غىه أَنَ زطىلَ هللاَ صلى اللهم غلُه وطلم كال‬
َ )‫َوالخَىَبَ َير َوالخَحَمَُدَ َوالخَلَدٌَعَ (زواه أبى وػُم‬
Daripada Anas R.A. sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Hiaskanlah dua Hari Raya dengan
(memperbanyakkan) tahlil, takbir, tahmid, dan taqdis. (Riwayat Abu Na„im)

Kita juga disunatkan untuk meraikan Hari Kemenangan itu dengan memperbanyakkan laungkan takbir.
Ini kerana dengan bertakbir, kurniaan Hari Raya Aidilfitri akan dapat dirasai dan dihayati sehingga
melahirkan rasa kesyukuran atas kebesaran serta keagungan Allah Ta‘ala, sesuai dengan maksud takbir
iaitu mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan melafazkan kalimah ‘Allahu Akbar„. Firman
Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam al-Qur„an:

َ          

3
Mafhumnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

a) Lafaz Takbir Hari Raya

Lafaz takbir Hari Raya sebagaimana yang di sebut dalam kitab-kitab fiqh ialah:

Ertinya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi
Allah.”

Lafaz takbir tersebut disunatkan membaca sebanyak 3 kali.

Disunatkan selepas bertakbir tiga kali itu membaca:

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala
Puji bagi Allah dengan pujian Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada
Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya
(mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah
Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya
dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan
Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”
4
b) Waktu Melaungkan Takbir

Takbir pada Hari Raya Aidilfitri dinamakan sebagai takbir mursal atau muthlaq iaitu takbir yang
tidak terikat waktunya selepas sembahyang bahkan sunat dilaungkan pada bila-bila masa
sahaja sehinggalah imam mengangkat takbiratulihram untuk menunaikan sembahyang Hari Raya
Aidilfitri.

Takbir Hari Raya Aidilfitri ini berbeza dengan takbir Hari Raya Aidiladhha. Takbir pada Hari Raya
Aidiladha dinamakan takbir muqayyad, dan ia sunat dilaungkan setiap kali selepas
menunaikan sembahyang fardhu atau sembahyang sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan
sembahyang Asar pada hari Tasyriq yang terakhir.

Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Ta‘ala, salah seorang daripada ulama ‘asy-Syafi‘ieyyah berkata :

“Sunat melaungkan takbir (Hari Raya Aidilfitri) sama ada di rumah-rumah, di jalan-jalan, di masjid-
masjid dan di pasar-pasar dengan suara jahr atau yang nyaring, bermula dari terbenam matahari pada
malam Hari Raya dan berterusan sehingga imam mengangkat takbiratulihram pada sembahyang Hari
Raya. Ini kerana takbir itu adalah sebagai syi‘ar bagi menandakan waktu Aidilfitri itu telah tiba maka
adalah lebih awla dikerjakan atau disambut dengan takbir.”

Melaungkan takbir dengan suara jahr adalah disunatkan bagi kaum lelaki sahaja, dan bagi perempuan
atau khuntsa, tidak disunatkan melaungkannya dengan suara jahr ketika ada orang lain yang bukan
mahram hadir bersama mereka.

Manakala had waktu bertakbir bagi orang yang sembahyang sunat Hari Raya secara bersendirian pula,
adalah dikira sehingga dia mengangkat takbir sembahyang Hari Raya Aidilfiri.

Menurut asy-Syabramallisiy Rahimahullah, Apabila bertepatan malam Hari Raya itu dengan malam
Jumaat, maka hidupkanlah pada malam tersebut dengan bertakbir, membaca surah al-Kahfi dan
bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dengan bertakbir itu sudah cukup membuktikan bahawa Hari Raya Fitri bukan Hari untuk kita berpesta
bahkan untuk kita beribadat dengan melafazkan rasa syukur di atas anugerah Allah Ta‘ala melalui
takbir dan ibadat-ibadat lain yang kita lakukan.

5
4. Mandi sunat

َ )‫ي هللا غنهما ٌَغَدَظَلَ ًَ َىمَ الفَطَ َس كَبَلَ أَنَ ٌَغَدَ َو لَلَمَصَلَى (مالك في املىطأ‬ ‫َووَانَ ابًَ غَمَ َس زض‬
“Adalah Ibnu Umar R.A. mandi sebelum beliau pergi ke masjid pada Hari Raya Aidil Fitri” (Imam Malik
dalam kitab Al-Muwatto„)

5. Bersiwak

َ‫غً أبي هسٍسة زض ي اللهم غنهم أن زطىل الله صلى اللهم غلُه وطلم كال لىال أن أشم‬
َ )‫غلى أمتي أو غلى الىاض َلمستهم بالظىان مؼ ول صلة (زواه البخازي‬
Daripada Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Kalaulah tidak
menyusahkan keatas ummatku atau keatas manusia nescaya aku akan menyuruh (mewajibkan) mereka
bersiwak setiap kali mahu mengerjakan solat. (Riwayat Al-Bukhari)

6. Memakai pakaian baru

               

َ  

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat
Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu
melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.”
(Surah Al-A„raf : 31)

َ )‫َووَانَ ابًَ غَمَ َس زض ي هللا غنهما ًَلَبَعَ أَحَظًََ ثََُابَهَ فَي الػََُدًًَََ (زواه البيهلي‬
“Adalah Ibnu Umar R.A. memakai pakaian yang paling baik pada dua hari raya” (Riwayat al-Baihaqi)

6
7. Memakai wangi-wangian

َ‫ فَئَن‬،‫ مًََ أَوَلَ الثىمَ والبَصَلَ فَ َل ًَلَ َسبًََ مَسَجَدَهَا‬: ‫كال زطىلَ الله صلى الله غلُه وطلم‬
َ )‫لئَىَتَ جَخَأَذَي مَمَا ًَخَأَذَي مَىَهَ بَىَ َى آدَم (مخفم غلُه‬
َ َ‫امل‬
Barangsiapa yang makan bawang putih dan bawang merah maka jangan dia mendekati masjid kami.
Sesungguhnya malaikat akan disakiti dengan apa yang menyakiti manusia. (Muttafaqun alaih)

8. Makan sebelum solat

َ‫ وَانَ زطىلَ هللاَ زطىل الله صلى الله غلُه وطلم َال ٌَغَدَو ًَ َىم‬: ‫غًََ أَوَعَ زض ي هللا غىه كال‬
َ )‫ َوٍَأَوَلَهًََ َوجَ َسا (زواه البخازي‬،‫الفَطَ َس حَتَى ًَأَوَلَ جَمَ َساث‬

Daripada Anas R.A. berkata : Rasulullah S.A.W. tidak akan berpagi-pagi pergi ke masjid pada Hari Raya
Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa biji tamar, dan Baginda memakannya dalam jumlah
yang ganjil. (Riwayat al-Bukhari)

9. Keluar menuju ke masjid di awal pagi dengan berjalan kaki dan pulang melalui jalan lain

ًًَََ‫ وَانَ زطىلَ هللا صلى الله غلُه وطلمَ ًَخَ َسجَ إَلَى الػََُد‬: ‫غًََ أَبَي َزافَؼ زض ي هللا غىه كال‬
َ )‫ ثَمَ ًَ َسحَؼَ مَاشََُا فَي طَ َسٍمَ آخَس (زواه ابً ماحه‬،َ‫ َوٍَصَلَي بَغَيَ َر أَذَانَ َو َال إَكَامَت‬،‫مَاشََُا‬
Daripada Abi Rafi„ R.A. berkata : “Adalah Rasulullah S.A.W. keluar untuk solat Hari Raya Aidilfitri dan
Aidiladha dengan berjalan kaki, dan menunaikan solat Hari Raya tanpa azan dan iqamah, kemudian
Baginda pulang melalui jalan yang lain dengan berjalan kaki.”

7
10. Keluar beramai-ramai ke masjid termasuk wanita yang haid

‫غًََ أَمَ غَطََُت زض ي هللا غنها كالَذَ أَمَ َسهَا زطىلَ هللا صلى الله غلُه وطلمَ أَنَ هَخَ َسحَهًََ فَي‬
َ‫ أَمَا الحََُضَ فََُػَتَ َزلًََ الصَ َلةَ َوَشَهَدَن‬،َ‫ الػَ َىاجَمَ والحََُضَ َوذَ َواث الخَدَوز‬:‫لاضَحَى‬
َ َ‫الفَطَ َس و‬
)‫ (مخفم غلُه‬.‫الخَيَ َر َودَغَ َىةَ املَظَلَمَين‬
Daripada Ummu Atiyah R.A. berkata : "Rasulullah S.A.W. menyuruh kami supaya membawa keluar gadis-
gadis remaja dan wanita yang sedang haid pada dua hari raya supaya mereka dapat menyaksikan
kebaikan dan seruan (doa) orang Islam. Wanita yang sedang haid hendaklah mengasingkan diri dari
tempat solat" (Muttafaqun alaih)

11. Memberikan sedekah kepada fakir miskin & anak yatim atau duit raya kepada kanak-kanak

‫لاغَمَالَ إَلَى‬َ َ‫ إَنَ مًََ أَحَب‬: َ‫ كَالَ الىَبَي صلى الله غلُه وطلم‬: ‫غًََ أَبَي هَ َسٍَ َسةَ زض ي هللا غىه‬
َ‫ أَ َو ًَطَػَمَه‬،‫ أَ َو ًَلَض َيَ غَىَهَ دًََىا‬،‫ َوأَنَ ًَفَسجَ غَىَهَ غَما‬،ًَ‫وز غَلَى كَلَبَ املَ َؤم‬
َ ‫هللاَ إَدَخَالَ الظَ َس‬
َ )‫ (أخسحه البيهلي في شػب إلاًمان‬.َ‫مًََ حَىع‬
Daripada Abu Hurairah R.A. : Nabi S.A.W. bersabda : Antara amalan yang disukai Allah ialah
memasukkan kegembiraan ke dalam hati orang beriman, menghilangkan kesedihan darinya,
melangsaikan hutangnya, atau memberikan makan bagi yang lapar. (Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi
dalam Syu„ab al-Iman)

12. Bergembira

َ َ‫ كَدَمَ زطى َل هللا صلى الله غلُه وطلمَ املَدًَىَ َت َولَهَ َم ًَ َىم‬: ‫غًَََأَوَعَ زض ي هللا غىهَكال‬
‫ان‬
َ َ‫َكَدَ أَبَدَلَىَم‬: ‫ فلال‬،‫ًَلَػَبَىنَ فَيهَمَا‬
‫هللا طبحاهه وحػالى بَهَمَا خَيَرا مَنَهَ َما ًَ َىمَ الفَطَ َس‬
)‫َ)زوَاهَالترمري وأبى داود‬.‫لاضَحَى‬ َ َ‫و‬

8
Daripada Anas R.A. berkata : Rasulullah S.A.W. memasuki Madinah dan melihat penduduk Madinah
mempunyai 2 hari dimana mereka bergembira didalamnya. Nabi S.A.W. lalu bersabda : Allah S.W.T.
telah menggantikan untuk kamu semua dengan 2 hari yang lebih baik daripada itu. Iaitulah Hari Raya
Aidilfitri & Aidiladha. (Riwayat at-Tirmidzi & Abu Daud)

‫ "مً للي أخَاه املظلم‬: َ‫ كال زطىلَ هللا صلى الله غلُه وطلم‬: ‫غًََ أَوَعَ زض ي هللا غىه كال‬
َ "َ‫ ط َسه الله غص وحل ًىم اللُامت‬، ‫بما ًحبَ لِظسه برَلَك‬
Daripada Anas R.A. berkata : Nabi S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang bertemu saudaranya semuslim
dengan apa yang ia sukai bertujuan menggembirakannya, nescaya Allah Azza wa Jalla akan
menggembirakannya pada Hari Kiamat nanti.

13. Bersalaman dan menunjukkan wajah yang manis ketika bertemu

َ‫ َال جَحَلَ َسنَ مًََ املَػَ َسوف‬: َ‫ كال لي الىَبَيَ صلى الله غلُه وطلم‬: ‫غًََ أَبَي ذَ َز زض ي هللا غىه كال‬
َ‫شََِئا َولَ َى أَنَ جَلَلَى أَخَانَ بَ َىحَه طَلَم‬
Daripada Abu Dzar R.A. berkata : Nabi S.A.W. bersabda kepadaku : Janganlah engkau meremehkan
sesuatu kebaikan walaupun sekadar menunjukkan wajah yang tersenyum manis ketika bertemu
saudaramu.

َ‫ مَا مًََ مَظَلَمَينَ ًَلَخَلََُان‬: َ‫ كال زطىلَ صلى الله غلُه وطلم‬: ‫غًََ البَ َراءَ زض ي هللا غىه كال‬
َ )‫فََُخَصَافَحَانَ إَ َال غَفَ َس لَهَمَا كَبَلَ أَنَ ًَفَتَ َركَا (زواه أبى داود‬
Daripada Al-Bara„ R.A. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,
maka keduanya bersalaman kecualilah diampunkan kedua-duanya sebelum berpisah. (Riwayat Abu
Daud)

9
14. Menziarahi kubur

َ ‫ َش‬: َ‫ كال زطىلَ هللا صلى الله غلُه وطلم‬: ‫غًََ أَبَي هَ َسٍَ َسةَ كال‬
َ‫وزوا اللَبَىزَ فَئَنَهَا جَرَهَ َسهَم‬
َ )‫ (زواه ابً ماحت‬.‫آلاخَ َسة‬
Daripada Abu Hurairah R.A. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Berziarahlah ke kubur sesungguhnya
ia mengingatkan kalian tentang akhirat. (Riwayat Ibn Majah)

‫ وَلَمَا وَانَ لََُلَتَهَا مًََ َزطى َل هللا صلى الله غلُه وطلمَ ًَخَ َسجَ مًََ آخَ َس‬:َ‫غًََ غَائَشَتَ أَنَهَا كالذ‬
،‫ َوأَجَاهَمَ مَا جَىغَدَون غَدَا مَ َؤحَلَىن‬،‫ الظَ َلمَ غَلََُىَمَ دَ َاز كَ َىمَ مَ َؤمَىَين‬:َ‫اللُلَ إَلَى البَلَُؼَ فََُلَىل‬
)‫ (زواه مظلم‬.َ‫َوإَهَا إَنَ شَاءَ هللاَ بَىَمَ َالحَلَىن‬
Daripada Aisyah R.A. berkata : Setiap kali malam giliran Rasulullah S.A.W. bersama Aisyah R.A., Baginda
akan keluar pada akhir malam ke tanah perkuburan Baqi„ maka Baginda mengucapkan : Salam sejahtera
keatas negeri kaum orang beriman, telah datang kepada kalian apa yang dijanjikan esok dengan kadar
yang segera, sesungguhnya kami dengan izin Allah akan menyusul menyertai kalian pula kelak.
(Riwayat Muslim)

15. Menziarahi kaum keluarga, saudara mara dan sahabat handai

Antara amalan paling afdhal dan paling bermanfaat di hari raya ialah menziarahi kaum kerabat, jiran,
sahabat handai, orang sakit, orang tua dan kaum muslimin kerana menghargai persaudaraan seislam
dan menunaikan hak kemanusiaan iaitu hak kekeluargaan, hak persahabatan, hak kejiranan dan lain-
lain.

          
dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing;
dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (Al-Isra„ : 26)

10
‫ صلى هللا‬- ‫ طمػذ زطىل هللا‬: ‫زوي إلامام أحمد وأبى داود غً غلي زض ي هللا غىه كال‬
‫السحَلَ أخَاهَ املظلمَ مَش َى فَي خَ َسافَتَ الجَىَتَ حَتَى ًَجَلَعَ فَئَذَا‬َ َ‫ إذا غَاد‬:‫ ًلىل‬- ‫غلُه وطلم‬
َ‫ َوإَنَ وَان‬،‫ فَئَنَ وَانَ غَدَ َوةَ صَلَى غَلَُهَ طَبَػَىنَ أَلَفَ مَلَكَ حَتَى ًَمَس َي‬،َ‫السحَمَت‬
َ َ‫حَلَعَ غَمَ َسجَه‬
َ )‫ (زواه وأبى داود وابً ماحه‬.‫ن أَلَفَ مَلَكَ حَتَى ًَصَبَح‬ َ ‫مَظَاءَ صَلَى غَلََُهَ طَبَػَى‬
َ
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda : "Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan
memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di
di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu
petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga
waktu pagi ".

16. Memperbanyakkan amalan baik

Sentiasa melakukan dan meneruskan amalan-amalan yang baik dan menunjukkan akhlak yang mulia
akan mengundang agar kita akan sentiasa dikasihi oleh orang-orang yang berada disekeliling kita,
bahkan lebih indah lagi akan meraih kasih sayang Allah S.W.T. Semoga setiap amal baik akan
menjadikan kita istiqomah dalam kebaikan bukan sahaja pada Hari Raya bahkan berterusan hingga
bila-bila.

BAHAGIAN KEDUA : ADAB BERZIARAH DAN BERSILATURRAHIM

1. Ikhlaskan niat

Perbetulkan niat kita untuk menyambung silaturrahim kerana Allah, bukan untuk riyak atau hanya
untuk mendapatkan sesuatu tujuan tertentu sahaja daripada ziarah. Hubungan yang didasari oleh rasa
ukhwah kerana Allah, bertemu dan berpisahnya akan sentiasa mendapatkan ganjaran rahmat dan
redha Allah.
11
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Bahwasanya seorang laki-laki mengunjungi saudaranya di kampung lain,
maka Allah mengutus seorang Malaikat kepadanya dalam perjalanannya. Ketika telah bertemu,
Malaikat itu berkata kepadanya “Kemana engkau hendak pergi?” Ia menjawab, “ Aku ingin mengunjungi
saudaraku di kampung ini” Malaikat itu berkata lagi, “ Adakah bagimu satu nikmat yang hendak engkau
kejar?” Ia menjawab,“ Tidak, hanya saja aku mencintainya karena Allah” Malaikat itu pun berkata
lagi,“Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, bahwasanya Allah mencintaimu sebagaimana
engkau mencintainya karena Allah.” (Riwayat Muslim)

2. Memulakan dengan kerabat yang hampir terlebih dahulu

‫ ًا‬: ‫ حاء زحل إلى زطىل هللا صلى هللا غلُه وطلم فلال‬: ‫غً أبي هسٍسة زض ي هللا غىه كال‬
‫ أمك ثم أمك ثم أمك ثم أبان ثم‬: ‫ مً أحم الىاض بحظً الصحبت؟ كال‬،‫زطىل هللا‬
َ )‫أدهان أدهان (زواه البخازي ومظلم‬
Daripada Abu Hurairah R.A. berkata : Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu bertanya
: Siapakah orang yang paling layak untuk dijadikan teman rapat (berkawan)? Baginda bersabda : Ibumu
kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian bapamu, kemudian seterusnya mereka yang paling
hampir denganmu (mengikut pertalian kekeluargaan)” (Riwayat Bukhari & Muslim)

3. Mendahulukan orang yang bertaqwa

            

      

dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-
sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-
orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya
mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang Yang taat).

12
4. Memperbanyakkan mengenali saudara dan meramaikan sahabat

ً‫ حػلمىا م‬: ‫ كال زطىل هللا صلى هللا غلُه وطلم‬: ‫غً أبي هسٍسة زض ي هللا غىه كال‬
‫ ميظأة‬،‫ مثراة في املال‬،‫ فئ ن صلت السحم محبت في لاهل‬،‫أوظابىم ما جصلىن به أزحامىم‬
َ )‫لاثس (زواه الترمري‬
َ ‫في‬
Daripada Abu Hurairah R.A. berkata : Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Beritahulah (ajarkan) kepada
ahli keluarga kamu bagi memudahkan mereka menghubungkan silaturrahim, maka sesungguhnya
silaturrahim dapat mengukuhkan kasih sayang diantara ahli keluarga, dapat memperbanyakkan harta
dan memanjangkan umur. (Riwayat at-Tirmidzi)

5. Menundukkan pandangan, menjaga kekemasan pakaian, aurat dan pergaulan

               

َ  

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa
Yang mereka kerjakan. (An-Nur : 30)

‫ بِىما زحل ًدبختر ًمش ي في بسدًه كد‬:‫غً أبي هسٍسة أن زطىل هللا صلى هللا غلُه وطلم كال‬
َ (‫ )زواه أحمد ومظلم‬.‫أعجبخه هفظه فخظف هللا به لازض فهى ًخجلجلَ فيها إلى ًىم اللُامت‬

13
Dari Abu Hurairah R.A., ia berkata, ”Rasululah S.A.W. bersabda, ”Ada seseorang berjalan (berlagak)
dengan sombong pada pakaian yang dikenainya. Sungguhnya hatinya merasa kagum dengan
perbuatannya. Lalu Allah menenggelamkan orang tersebut ke bumi. Maka ia akan terus-menerus
berada di dalamnya hinga hari kiamat”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)

‫ أًما امسأة هصغذ ثُابهَا في‬:‫ طمػذ زطىل هللا صلى هللا غلُه وطلم ًلىل‬:‫غً غائشت كالذ‬
)‫ (زواه أحمد‬.‫ وفي لفظ "خسق هللا غنها طترا‬.‫غير بِذ شوحها هخىذ طتر ما بُنها وبين زبها‬

Dari Aisyah R.A. berkata, ”Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, “Perempuan mana saja yang
membuka baju bukan di rumah suaminya (memperlihatkan kepada yang bukan mahramnya), maka ia
telah membuka aib antara dia dan Tuhannya”. Dan dalam lafaz yang lain “Pasti Allah akan
membukakan aibnya” . (Riwayat Ahmad)

Demikian juga dalam sebuah hadis Nabi S.A.W. bersabda :


‫ فئذا وان اللىم بػضهم في‬: ‫ كلذ‬.‫احفظ غىزجك إال مً شوحخك أو ما ملىذ ًمُىك‬
: ‫ فئذا وان أحدها خالُا؟ كال‬: ‫ كلذ‬.‫ إن اطخطػذ أن ال ًساها أحد فل ًسٍنها‬: ‫بػض؟ كال‬
)‫ (زواه الخمظت إال اليظائي‬.‫فاهلل أحم أن ٌظخحيى مىه‬
“Jagalah auratmu kecuali kepada istrimu dan hambamu” Aku berkata, (bagaimana) kalau kaum itu,
sebagiannya bercampur dengan sebagian yang lain?” Nabi menjawab, “Kalau engkau mampu untuk
seorangpun tidak melihatnya, maka janganlah kamu sekali-kali memperlihatkannya”. Aku bertanya,
“Bagaimana kalau salah seorang dari kami sendirian?” Nabi menjawab, “Maka Allah lebih berhak
(kamu) malu kepada-Nya.” (Riwayat Al-Khamsah kecuali An-Nasai)

‫ إًاهم والخػسي فئن مػىم مً ال‬:‫غً ابً غمس أن زطىل الله صلى هللا غلُه وطلم كال‬
‫ (زواه‬.‫ًفازكىم إَال غىد الغائط وحين ًفض ي السحل إلى أهله فاطخحُىهم وأهسمىهم‬
َ )‫الترمري‬

14
Dari Ibnu Umar, ia berkata, ”Bahwasanya Rasulullah S.A.W. bersabda, “Janganlah kamu membuka
auratmu, karena sesungguhnya bersamamu ada yang tidak dapat berpisah denganmu, melainkan ketika
buang hajat dan ketika seseorang mendatangi isterinya, malulah dan hormatilah mereka.” (Riwayat At-
Tirmidzi)

ً‫ ال جمىػىا إماء هللا مظاحد هللا ولىً لُخسحً وه‬:‫غً أبي هسٍسة أن زطىل هللا كال‬
َ )‫ (زواه أحمد وأبى داود‬.‫جفلث‬

Dari Abu Hurairah, Bahwasanya Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Janganlah kamu menghalangi isteri-
isterimu (pergi) ke mesjid-mesjid Allah, akan tetapi hendaklah mereka keluar itu dengan tidak memakai
wewangian”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud )

Dalam sebuah hadith yang lain, Nabi S.A.W. bersabda :


“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari pada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya” (HR. At-Thabrani & Baihaqi)

ADAB MENJADI TETAMU YANG BERTAMU / BERZIARAH KE RUMAH ORANG

              

    


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah
kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian
adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
(An-Nur : 27)

15
1. Maklumkan kunjungan.
Beritahu sebelum datang agar tuan rumah sempat buat persiapan dan bersedia menerima tetamu.
Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan
kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang
hendak dilaksanakannya. Tidak digalakkan berziarah pada selepas waktu zohor dan selepas isyak.
2. Membawa buah tangan / hadiah.
3. Memberi salam terlebih dahulu.
4. Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali.
Para Sahabat sangat berhati-hati apabila mengetuk pintu rumah Nabi SAW. Mereka akan menggunakan
hujung kuku mereka kerana menjaga adab dengan Nabi. Mengikut Imam Nawawi – Untuk mengikut
tepat seperti hadis Nabi SAW, cukup sekadar 3 kali. Jika tak diizinkan, Nabi SAW suruh balik. Namun,
Imam Ibnu Arabi menyenaraikan ada 3 pendapat mazhab berkaitan soal ini :
a) boleh diulang-ulang sekiranya rumah itu besar dan kemungkinan tuan rumah tak dengar.
b) sekadar 3 kali seperti yang diajar hadis Nabi SAW.
c) boleh diulang jika ucapannya minta izinnya tidak sama
5. Tidak sedih jika kunjungan tidak diterima.
Bersangka baiklah kerana tidak semua orang mampu menyatakan keuzuran mereka. Boleh jadi tuan
rumah tidak perasan, mungkin mereka bersama keluarga atau tidak bersedia menerima tetamu kerana
keadaan rumah mereka tidak begitu sempurna. Hayati kata-kata seorang Tabiin iaitu Qatadah bin
Di„amah as-Sadusi, “Jangan berdiri di depan rumah orang yang tidak menerima ziarahmu. Mungkin
kamu ada urusan dan mereka juga ada urusan. Ketahuilah, bahawa urusan mereka itu lebih utama.”
Apabila tidak diterima sebagai tetamu, contohilah akhlak ulama sufi. Ada sesetengah ulama sufi gembira
dan berharap agar mereka disuruh pulang. Mereka beramal dengan sepotong ayat al-Quran dalam yang
bermaksud, “Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka
hendaklah dia pulang”.(Surah an-Nur ayat 28)
6. Tidak berdiri di muka pintu.
Berdiri bersebelahan pintu samada di kanan atau kiri pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu
itu adalah orang yang bukan muhrim atau terlihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat. Rasulullah

16
SAW telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya,
tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau
tidak, baliklah."
7. Menyatakan nama sebenar.
Nabi sangat membenci orang yang tidak memperkenalkan dirinya ketika mengetuk pintu. Begitu juga
orang yang memperkenalkan dirinya dengan ‘aku„. Jabir R.A. pernah datang ke rumah Nabi S.A.W. untuk
menjelaskan hutang ayahnya. Beliau mengetuk pintu kemudian Nabi bertanya, “Siapa kamu?” Katanya,
“aku.” Kata Nabi, “aku! aku!” Seolah-olah Baginda tidak menyukai ucapan sebegitu.
8. Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
9. Membuka kasut dan menyusunnya dengan baik
10. Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah

َ       

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang,
serta mengetahui akan apa Yang tersembunyi di Dalam hati. (Al-Mukmin : 19)
11. Tidak memasang telinga atau mencuri dengar perbualan.
Sebahagian orang memasang kedua telinganya untuk mendengarkan perbualan tuan rumah di bilik
sebelah atau perbincangan mereka dengan keluarganya atau perbualan kaum hawa dari penghuni
rumah tersebut, dan hal-hal lain yang bersifat rahsia. Perbuatan-perbuatan seperti ini tidaklah
sepatutnya dilakukan seorang muslim yang berakhlak mulia. Lebih-lebih jika ia berniat buruk atas
perbuatanya tersebut, maka hal itu diharamkan.
12. Jangan duduk selagi belum dapat keizinan.
Bila masuk rumah, duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan
rumah mereka. Jangan duduki tempat yang sudah dikhaskan untuk orang lain. Jika tuan rumah suruh
duduk di tempat yang diarahkannya, duduklah di tempat itu
13. Jangan tinggal terlalu lama atau terlalu segera mahu beredar
14. Jangan duduk depan pintu bilik wanita / tabir
15. Jangan mengamati tempat makanan keluar / dapur

17
16. Hendaklah bagi salam & tanya khabar orang yang duduk bersebelahan
17. Janganlah terlalu memerhati barang-barang atau perabot yang berada di dalam rumah itu
18. Menjamah dan mengambil makanan yang dekat terlebih dahulu.
19. Tidak membiarkan anak-anaknya merosakkan harta di rumah orang.
Hendaknya tetamu tidak membiarkan anak-anaknya bermain-main, merosak dan memecahkan
perabot, menghancurkan barang-barang, memukul anak tuan rumah, serta menjerit-jerit tanpa sebab.
Kerena semua itu dapat mengganggu dan membuat tuan rumah merasa keberatan untuk dikunjungi.
20. Tidak mengimami tuan rumah di rumah mereka.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W, “Barangsiapa mengunjungi suatu kaum di rumah mereka,
maka janganlah ia mengimami mereka, namun hendaknya salah seorang dari mereka (tuan rumah)
bertindak sebagai imam”. (HR. Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi). Akan tetapi, apabila tuan rumah
mempersilakan dan mengizinkannya menjadi imam disebabkan ilmu, keutamaan atau umurnya, maka
ia boleh menjadi imam, menurut sebagian ahli ilmu.
21. Undangan jamuan “Open House”:
a. Disunnahkan agar datang menghadiri undangan, jika diundang.
b. Jika ada dua undangan yang kita terima, maka hadirilah yang terdekat dengan pintu rumah kita.
c. Jangan datangi suatu acara jika tidak diundang oleh tuan rumah.
d. Boleh menghadiri undangan dengan menyertakan teman, walaupun teman itu tidak diundang.
e. Sebaikya jangan menghadiri undangan orang fasik atau undangan yang didalamnya
ada kemaksiatan.
f. Jika ada hal yang tak dapat dielakkan, mohon maaf dan minta keuzuran daripada tuan rumah
dengan baik.
22. Ketika berpisah :
a. Mensyukuri (berterima kasih) kepada tuan rumah atas jamuan mereka.
b. Tetamu hendaklah melahirkan sikap baik diri, jangan tunjuk sifat jengkel jika ada sesuatu yang
kurang menyenangkan berlaku
c. Jangan berlalu tanpa redha & izin tuan rumah

18
ADAB TUAN RUMAH MENGADAKAN MAJLIS & MELAYANI TETAMU

Kata Saidina Ali karamallahu wajhah : “Kalaulah seandainya aku boleh kumpulkan sahabat-sahabatku dengan
menyediakan mereka 1 cupak untuk makan, adalah lebih aku sukai dari memerdekakan seorang hamba.”

Tetamu datang membawa rezeki dan kepulangannya membawa keampunan bagi tuan rumah. Sejelek-jeleknya
suatu kaum adalah yang tidak menghormati tamunya. Sebaiknya jangan menunggu sampai tetamu yang datang
bertandang, seeloknya kita yang bersedia memasak makanan, kemudian mengundang orang untuk datang
makan bersama kita. Tidak ada kebaikan seseorang yang tidak dikunjungi tamu. Sepatutnya kita merasa sedih
jika dalam jangka sekian lama tidak ada tamu yang berkunjung kepada kita. Hak seorang tamu untuk dilayani
adalah selama 3 hari. Oleh itu, selama tempoh itu tuan rumah dianjurkan agar menghormati dan melayani tamu
dengan sebaik-baiknya. Lebih dari 3 hari pelayanan kita dianggap sebagai sedekah dan tetap akan diganjar oleh
Allah S.W.T. Antara adab-adab melayani tetamu yang patut diaplikasikan oleh tuan rumah adalah:

1. Niat yang ikhlas.


2. Menjemput orang yang bertaqwa.
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : “Jangan berkawan kecualilah dengan orang beriman dan jangan
makan makanan kamu kecualilah orang yang bertaqwa.” (Riwayat Ahmad, Hakim, Abu Daud, Ibn
Hibban)
3. Menjemput semua dengan tidak dibezakan kaya atau miskin.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Seburuk-buruk jamuan adalah jamuan kenduri kahwin.
Dipanggil orang kaya dan tidak dipanggil fakir miskin menghadirinya.”
4. Menerima dan menyambut tetamu dengan senyuman dan wajah yang manis, bukannya rasa
terpaksa.
5. Menyediakan tempat duduk yang elok dan selesa.
6. Penyediaan makanan :
a. Segera menyediakan makanan & minuman tanpa menunggu/bersembang lama kerana
dikhuwatiri tetamu ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

19
b. Menyediakan makanan yang halal / yang paling baik yang mampu disediakan sekadar
kemampuan.
c. Mengambil tahu dan menyediakan menu makanan kegemaran tetamu
d. Disunnahkan bagi tuan rumah agar menemani tamu makan bersama.
7. Tuan rumah sendiri melayani tetamu.
8. Menunjukkan kawasan rumah.
Tuan rumah hendaklah menunjukkan tempat solat, tandas, tempat tidur dan lain-lain yang dirasakan
perlu terutama bagi tetamu yang ingin bermalam.
9. Menolak dengan cara yang baik jika tidak bersedia untuk menerima tetamu.
10. Ketika berpisah :
a. Tuan rumah perlu mengiringi tetamu hingga ke pintu.
b. Ucapkan terima kasih kepada tetamu kerana kesudian berkunjung membawa barokah
c. Tidak menutup pintu sehinggalah tetamu pergi/kenderaan berlalu

‫جمذ السطالت بالحمد هلل‬


‫وهللا حػالى أغلى وأغلم‬

20

Anda mungkin juga menyukai