Anda di halaman 1dari 2

AMALAN SUNAT DI HARI RAYA

Amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah
baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita
semua untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah dan di
situ terdapat keredhaan Allah.

1. Bertakbir
 Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah
selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang
perjalanan dari rumah menuju ke masjid untuk menunaikan solat aidilfitri.

2. Mandi sunat pagi hari raya


 Disunatkan mandi di pagi hari raya, iaitu sebelum kita pergi ke masjid untuk menunaikan
solat sunat berjemaah hari raya.

3. Makan sebelum solat Aidilfitri


 Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat
Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa
pada hari raya.  Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang
ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah
kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.

4. Memakai pakaian yang indah


 Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut
kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki
memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

5. Berjalan kaki untuk solat hari raya


 Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan
solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan
orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid,
salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.

6. Mengerjakan solat aidilfitri


 Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah mengerjakan solat Aidilfitri
sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:
“Dari Al-Bara’ bin ‘Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal
sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang.”

7. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri


 Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada
Allah s.w.t, maka tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan
kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di
Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-
baju baru yang indah , seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat
Islam.

8. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal


 Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di
bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.
 Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari
raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih
mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-
pisah.

Anda mungkin juga menyukai