Anda di halaman 1dari 2

Solat Sunat Hari Raya

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau
secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad
yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari
Raya

Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat
Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan
peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan
disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha
digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan
korban. [1]

Kita juga disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya). Hukum
sunatnya diqiyaskan dengan hukum sunat mandi Jumaat kerana Hari Raya ialah hari
berhimpunnya manusia untok melakukan solat sunat hari raya. Mana-mana waktu atau
tempat yang berlakunya perhimpunan manusia, maka disunatkan mandi. Bahkan
disunatkan mandi kepada semua, samada yang ingin menghadiri solat Hari Raya ataupun
tidak kerana mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan. Disunatkan
membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku,
menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan memakai
wangi-wangian.

Selain itu sisunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar
dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan,
musolla dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya
yang diwajibkan berpuasa. Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya
supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.
Anas radiyallahuanhu meriwayatkan, "Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak keluar pada
Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, Baginda memakannya dengan
bilangan ganjil." Riwayat Bukhari

Selain itu dsunatkan memakai pakaian yang paling bagus, walaupun bukan berwarna
putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi jika warna putih maka
terhimpun padanya dua sunat; pakaian yang bagus dan warna putih iaitu warna yang
paling afdhal. Disunatkan membawa anak-anak yang sudah mumayyiz untuk solat sunat
Hari Raya.
Selain itu, kita digalakkan memnngunakan jalan yang berlainan untuk pergi dan balik
dari masjid. Hikmahnya supaya bertemu dengan ramai orang. Selain itu, memandangkan
seseorang bukan selalu balik ke kampung, bolehlah melihat keadaan kampung.
Barangkali rupa pun sudah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang.
Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang,
jambatan patah dan lain-lain. Sama ada dia wakil rakyat atau tidak, hulurkanlah sedekah
masuk ke dalam tabung masjid.

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir
lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan
apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.

Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah
selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara,
jiran tetangga serta sahabat handai.

Anda mungkin juga menyukai