Anda di halaman 1dari 1

Saya merasakan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar lebih

membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi
sumbangan yang amat besar dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru dan pelajar. Menurut Omardin Ashaari (1999) bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan
pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Justeru itu, saya ingin menambahbaik amalan saya dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi dengan
menggunakan bahan bantu belajar yang lebih seronok dan menarik. Charles B. Klasek (1972)
menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat
menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu belajar. Oleh hal yang demikian, saya akan
menggunakan .... bagi menangani masalah murid dalam menyambung huruf-huruf Jawi.

Kajian Akram Kamarudin (2010) dalam nukilan Nur Hanis binti Mohd Hatta (2012) menunjukkan
teknik permainan dapat mengelakkan murid menjadi bosan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran sewaktu guru
menjalankan aktiviti.

Omardin Ashaari (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Pedagogi Strategi dan
Teknik Mengajar Berkesan. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing

Charles B. Klasek. (1972). Instructional Media In The Modern School. London.

Nur Hanis binti Mohd Hatta. (2009). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4.

Menurut Kamarudin Husin ( 1988) mengatakan tujuan latih tubi ialah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, menjamin ketekalannya. Hal ini turut disokong
oleh Lina Ping Madang (2010) yang menyatakan bahawa kaedah latih tubi membantu dalam
memantapkan kemahiran menulis huruf-huruf Jawi.

Anda mungkin juga menyukai