Anda di halaman 1dari 9

Naturalis Emotivis

Aliran-aliran
Pemikiran
Moral
Intuisionis Rasionalis
Naturalis
aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang
sebenar
Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia
perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup
Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii
atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain
Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai
keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan
menggunakan akal
Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan
terhadap kehendak-kehendak mereka.
Naturalis
Contoh Naturalis:
Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan
menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam
mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan
yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak
takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara
telah merdeka 47 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya


percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi
padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri
hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut
sebelum tujuh keturunan berakhir.
Emotivis
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi
Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama
ada perasaan gembira mahupun sedih.
Golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral
tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi
hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang
yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang
teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral
Emotivis
Contoh Emotivis:
Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat
letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah
keretanya kepada perompak tersebut.

Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang
lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid
tersebut

Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka
keluarga.
Rasionalis
Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam
sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras
dan logik.
Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan,
membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta
sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat.
Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat
sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.
Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai
faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis.
Pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea
lain.
Rasionalis
Contoh Rasionalis:
Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng
Hui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.

Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua sudut tepat.

Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang
dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti,
yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, Apakah
sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar
yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya
saya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.
Intuitionis
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara
spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati.
Tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah
berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya.
Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu
apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat
membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah
Melayu terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina.
Pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu.
Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik
akal.
Intuitionis
Contoh Intuitionis:
Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali
pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau
kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau
kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji
manis lelaki hidung belang.

Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis,


mungkin akan berkata sedemikian mengenai markah yang
rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, Cis! Pensyarah itu

Anda mungkin juga menyukai