Anda di halaman 1dari 11

PRINSIP –PRINSIP ASAS

KEMORALAN
(KULIAH 5)
NILAI & ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL (PSS 3107)

AHLI KUMPULAN :
IZAIDAH BT AJIS
SHAZATUL NURAIN BT AZAHAN
SITI ZUBAIDAH BT MUNAVER
Prinsip-prinsip Asas Kemoralan
• Prinsip moral biasanya digunakan sebagai satu tunjuk arah
dalam pertimbangan moral (Peters, 1981; Mukherjee et al.,
1992) kerana ia:
I. Dapat menentukan apakah peraturan moral yang asas
dalam kes-kes tertentu;
II. Menjadikan sesuatu pertimbangan moral relevan;
III. Memberi bukti dan konsensus dalam sesuatu keputusan
moral;
IV. Membolehkan semua fakta yang relevan dikaji sebelum
sesuatu keputusan moral diambil; dan
V. Mempunyai ciri sejagat atau diterima secara umum oleh
sesama manusia.
PRINSIP – PRINSIP
ASAS KEMORALAN
• Altrurisme
• Keadilan
• Autonomi
Altrurisme

• Perkataan "altruisme" berasal daripada


bahasa Perancis, “autrui” iaitu orang lain.

• Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan


orang-orang lain berbanding diri sendiri.
• Amalan ini menumpukan perhatian pada
dorongan untuk membantu orang lain atau
untuk melakukan sesuatu yang baik tanpa
ganjaran .

• Contohnya seperti belas kasihan, simpati,


menghargai dan mengambil berat
tentang kebajikan orang lain dan lain –lain.

• Altruisme juga akan menjauhkan individu


daripada sifat mementingkan diri
sendiri.
• Altruisme boleh dibezakan daripada perasaan
dan kewajipan.

• Kewajipan menumpukan perhatian pada


kewajipan moral terhadap sesuatu individu
yang tertentu (umpamanya, Tuhan dan raja).
• Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira
bangsa telah bersatu padu
menyumbangkan tenaga dalam bentuk
tenaga dan wang ringgit untuk
membantu mangsa Tsunami di Aceh,
India, Bangkok dan lain- lain. Mereka
menderma untuk meringankan
bebanan yang ditanggung oleh mangsa
yang hidup dan anak-anak yatim yang
kehilangan ibubapa.
Keadilan
• Prinsip keadilan melibatkan konsep hak,
kesaksamaan dan balasan serta konsep
autonomi atau kebebasan.

• Tindakan yang adil melibatkan taakulan atau


fikiran yang rasional iaitu mengkaji merit,
motif dan latar belakang sesuatu kes tertentu.
• Sesuatu tindakan dianggapkan adil jika ;

I. hukuman diberi kepada sesuatu salah laku


yang dilakukan
II. hak individu yang dianggapkan sah diberi
III. terdapat kesaksamaan dalam ganjaran, harga
serta pertukaran dan
IV. kesaksamaan dalam agihan sumber
Autonomi
• Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan
kebebasan memilih.

• Pertimbangan dan tingkahlaku yang


dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari
luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.
• Contoh : Zulkifli memilih tidak merokok
kerana dia sedar bahawa merokok
membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok
bukan kerana dia takut dimarah
ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran
dalaman yang tinggi dan tidak mudah
dipengaruhi oleh sesiapapun

Anda mungkin juga menyukai