Anda di halaman 1dari 13

2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS

terapikhas.blogspot.com 1/13
PISMP Pend Khas Masalah Pembelajaran Amb Jan 2010 IPG Ilmu Khas [Semester 5 2012 - Terapi Dalam Pend Khas PKU 3109]
TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
Fri day, 5 Oct ober 2012
Read more
Posted by pendidikan khas at 07:23 No comments:
PERALATAN TERAPI
MULTISENSORI
Recommend this on Google
Sat urday, 14 Apri l 2012
Terapi Cara Kerja [G 5.3]
(Kronologi perkembangan terapi cara kerja antarabangsa)
Sejarah terapi cara kerja merupakan satu kisah yang menarik. Ramai yang percaya bahawa terapi cara kerja ini merupakan satu
karier yang baru. Ini adalah kurang tepat. Perkembangan terapi ini telah bermula sejak kewujudan manusia; cara kerja atau
occupation telah menjadi tunjang survival (kemahiran untuk terus hidup) semenjak permulaan zaman.
Terdapat pelbagai idea yang telah direkodkan sepanjang sejarah terapi ini. Antaranya adalah idea mengenai persoalan berikut :
1. Siapa yang harus kerja?
2. Jenis kerja apakah yang harus dilakukan?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kerja?
4.Siapa yang perlu bermain?5. Bilakah permainan itu perlu dimulakan dan ditamatkan?
Kesihatan dan cara kerja adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Apabila kesihatan seseorang itu terjejas, kebolehan
seseorang itu untuk melakukan kerja dan menjalankan aktiviti harian akan turut terjejas.
Pada tahun 1700-an, semasa Age of Enlightenment, terapi cara kerja telah mula wujud. Pada masa inilah idea mengenai keuzuran
(badan yang lemah) dan penyakit mental mula berevolusi. Menurut sejarah, pesakit mental dilayan seperti banduan; dikurung dan
dianggap berbahaya kepada masyarakat.
Bahagian 1: Sejarah
2012 (21)
October (1)
PERALATAN
TERAPI
MULTISENSOR
I<!--more--> <!--
[if !...
April (20)
Blog Archive
SEM 5 AMBILAN
JAN 2010
MASALAH
PEMBELAJARAN
SENSE OF SIXTH
NOTA TERAPI DALAM
PENDIDIKAN KHAS -
*Terapi Dalam Pendidikan
Khas PKB 3109* *Definisi
terapi* Rawatan
pemulihan ke atas pesakit
yang pernah menghidapi
sebarang penyakit atau
mengalami sesu...
1 year ago
Share
0

More

Next Blog
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 2/13
Gambar : Deskripsi Tuke mengenai layanan yang diberikan kepada pesakit mental pada ketika itu : Dia telah diserang beberapa kali, dan semasa
diserang, dia telah dirantaikan. Pakaiannya telah ditanggalkan secara paksa dan unifom Mad House dikenakan tanpa menanggalkan garinya.
Fenomena ini berterusan sehinggalah Philipe Pinel, seorang doktor, ahli falsafah dan cendekiawan Perancis, dan William Tuke,
seorang ahli agama mula mencabar kepercayaan masyarakat mengenai pesakit mental. Pada masa inilah falsafah, pemahaman dan
rawatan baru mula muncul.
Pada 1793, Philipe Pinel menjadi perintis kepada apa yang disebut sebagai Rawatan Moral dan Cara Kerja (Moral Treatment and
Occupation) sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk merawat individu yang mempunyai penyakit mental. Beliau percaya
bahawa rawatan atau pemulihan moral boleh merawat emosi seseorang. Rawatan moral dan cara kerja ini mula menggunakan takrif
cara kerja untuk matlamat manusia- pengurusan masa, tenaga, minat dan perhatian yang efektif. Rawatan untuk pesakit mental ini
kemudiannya menjadi aktiviti harian yang bermakna. Pinel mula menyokong dan mengunakan literasi, muzik, senaman fizikal dan
kerja sebagai satu cara untuk menyembuhkan tekanan emosi dan seterusnya meningkatkan keupayaan seseorang untuk
menjalankan aktiviti harian.
Pada masa yang sama, William Tuke juga cuba mencabar kepercayaan masyarakat mengenai layanan yang sepatutnya diberikan
kepada pesakit mental. Beliau berada sangat jijik dengan layanan yang diberikan kepada pesakit mental dan kedasyatan keadaan
yang terpaksa ditanggung oleh mereka semasa berada di rumah sakit jiwa.
Tuke telah mengembangkan banyak prinsip yang akan menyokong/membela penggunaan rawatan moral untuk pesakit mental.
Premis asas yang menggariskan prinsip-prinsip ini adalah untuk melayan individu dengan penyakit mental dengan bertimbang rasa
dan baik hati. Tuke berpendapat bahawa cara kerja, agama dan aktiviti bermakna perlu digunakan dalam rawatan untuk
memaksimumkan fungsi rawatan dan mengurangkan simptom sakit mental pesakit.
Tuke kemudiannya menjadi pengaruh yang unik dan positif apabila beliau menemui sebuah pusat kerohaniaan di England yang
berkongsi idea yang sama. Beliau menggalakkan para pesakit untuk belajar dan berkembang dengan melibatkan mereka dengan
pelbagai aktiviti yang menarik (dikenali sebagai aktiviti masa lapang atau hobi pada masa kini) yang akan diadaptasikan mengikut
tahap kebolehan dan minat mereka.
Rawatan Moral dan cara kerja ini mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 1840-1860 apabila rawatan ini diaplikasikan dalam
hospital-hospital di Amerika. Kebaikan seni dan kraf tangan mula disedari pada masa itu. Seni dan kraf mula digunakan secara
meluas untuk mengalakkan/mengwujudkan ketenangan dan pada masa yang sama menimbulkan perasaan menjadi produktif. Satu
pendekatan menyeluruh yang baru telah mula muncul.
Malangnya, pada abad ke19 di US, rawatan moral hampir pupus dalam keadaan huru hara semasa dan selepas perang saudara (The
American Civil War). Rawatan ini diabaikan dan tiada sesiapa pun yang meneruskan idea dan falsafah Tuke dan Pinel.
Mujurlah seorang jururawat yang bernama Susan Tracy telah muncul tepat pada masanya (pada awal tahun 90-an). Beliau telah
berjaya mengembalikan penggunaan terapi cara kerja untuk para pesakit mental. Beliau mula melibatkan diri secara khusus dalam
bidang ini dan memberikan pendidikan kepada para bakal jururawat mengenai penggunaan aktiviti terapi sebagai sebahagian daripada
rawatan. Tracy menggunakan terma Occupational Nurse atau jururawat cara kerja kepada jururawat yang berjaya dididik dalam
bidang ini.
Pada tahun 1914, dua orang individu memulakan siri kesinambungan yang melibatkan penemuan sebuah organisasi untuk individu
yang berminat dalam cara kerja. George E. Barton, seorang arkitek telah menghubungi Dr. William R. Dunton, Jr. kerana beliau
berminat untuk mendalami respon tubuh manusia pada terapi cara kerja.
Pada 15 Mac, NSPOT (The Nasional Society for the Promotion of Occupational Therapy) telah ditubuhkan. Ahli Charter termasuk;
Eleanor Clarke Slagle (seorang pekerja khidmat sosial yang separuh terlatih), George Edward Barton (seorang arkitek kurang upaya),
Adolph Meyer (seorang pakar psikiatrik), Susan Johnson, Thomas Kidner, Isabel G. Newton (setiausaha Barton yang kemudiannya
menjadi isteri beliau) dan Susan Tracy.
(Barisan perintis kepada terapi cara kerja)
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 3/13
Organisasi ini berkembang sepanjang tahun 1920-an dan 1930-an sehingga era The Great Depression. Pada masa inilah perkaitan
terapi cara kerja dengan organisasi perubatan menjadi lebih kuat. Hal ini seterusnya mengwujudkan pendekatan yang lebih saintifik
dalam bidang ini. Organisasi ini seterusnya dikenali sebagai American Occupational Theraphy Association pada hari ini.
Selepas The Great Depression, adalah sukar untuk mencari ahli terapi disebabkan oleh faktor kekurangan bajet untuk mengaji staf
klinik. Kemudian muncul Perang Dunia Ke-2 yang memerlukan tenaga setiap ahli terapi yang wujud! Pada ketika inilah ahli terapi cara
kerja dipanggil untuk mengembangkan program dan merawat askar cedera yang mana terlalu ramai jumlahnya.
Dari 1940-an sehingga 1960-an, Gerakan Rehabilitasi dijalankan secara besar-besaran. Dengan jumlah askar cedera (dari segi fizikal
dan mental) yang mencecah angka ribuan kembali selepas perang, terdapat permintaan yang tinggi terhadap khidmat ahli terapi cara
kerja. Pada ketika ini, ahli terapi cara kerja bukan sahaja merawat individu yang mengalami sakit mental yang telah diinstitusikan,
tetapi telah mula merawat individu yang mengalami kecacatan fizikal disebabkan oleh kecederaan semasa pertarungan.
(Terapi cara kerja digunakan untuk memulihkan para askar yang mengalami trauma emosi dan fizikal)
Selain pesakit mental, veteran peperangan yang cedera, terapi cara kerja turut dipanggil untul merawat pesakit yang terselamat
daripada keajaiban rawatan moden yang semakin meningkat. Kini, penggunaan terapi cara kerja semakin meluas dengan klien-klien
yang telah disebut sebelum ini, ditambah dengan pesakit yang terselamat daripada kecederaan tulang belakang, amputasi,
kecederaan otak traumatik dan cerebral palsy.
Pada tahun 1947, The Journal, Occupational Therapy and Rehabilitation dan buku teks major yang pertama, Willard & Spackmans
Principles Of Occupational Theraphy telah diterbitkan. Ahli terapi cara kerja telah mencapai status militari. Status ini membuka
peluang untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada ahli terapi cara kerja, dan ia
memberikan latihan kemahiran kepimpinan untuk ahli American Occupational Therapy Association.
Pada tahun 1956, pangkat The Certified Occupational Theraphy Assistant (COTA) telah diwujudkan untuk meringankan beban ahli
terapi cara kerja yang telah menjalankan kursus selama 4 hingga 6 tahun. COTA hanya memerlukan latihan minimal. COTA bertugas
sebagai pembantu.
Bidang terapi cara kerja terus berkembang. Pada tahun 1969-an, apabila perubatan menjadi suatu pengkhususan, begitu juga terapi
cara kerja. Ahli terapi cara kerja terus dipanggil dan mempunyai kelayakan untuk memberikan rawatan dalam bidang pediatrics dan
development disabilities.
Orang remain dikehendakki untuk melibatkan diri dengan institusi yang telah ditingkatkan untuk membantu pesakit mental, membantu
individu yang mengalami kelemahan fizikal dan menjadikan individu yang mengalami kelewatan perkembangan menjadi lebih berdikari
dan ahli masyarakat yang produktif. Ahli terapi cara kerja sesuai dengan peranan ini. Permintaan untuk ahli terapi cara kerja terus
meningkat
Pada tahun 1965, dibawah pembaharuan pada akta keselamatan sosial Amerika, servis terapi cara kerja diberikan di hospital.
Pada tahun 1975, Akta Pendidikan Orang Kurang Upaya telah diluluskan dan terapi cara kerja mula dimasukan dalam sekolah
sebagai servis yang berkaitan.
Pada tahu 1980-an dan 1990-an, terapi cara kerja telah mula memberikan fokus yang lebih kepada kualiti kehidupan seseorang. Oleh
itu, penglibatannya dalam pendidikan, pencegahan, dan kesihatan telah menjadi lebih besar. Matlamat terapi cara kerja adalah
tertumpu pada pencegahan, kualiti dan kemahiran berdikari yang berterusan.
Pada hari ini, terapi cara kerja merupakan focus utama dalam pekerjaan. Ia merupakan satu pekerjaan yang telah berevolusi dan
bergerak secara dinamik. Anda akan menemui ahli terapi cara kerja yang bekerja dengan klien yang terdiri daripada variasi umur,
kumpulan dan kecacatan yang berbeza.
Sesiapa yang mempunyai masalah fizikal, emosional atau perkembangan boleh menemui ahli psikiatrik, sekolah atau ibu bapa untuk
mana-mana sebab berikut :
- prematurity masalah kelahiran
- prematurity
- birth defect
- spina bifida
- attention deficit disorder
- developmental disabilities
- cerebral palsy
Bahagian 2:Terapi Cara Kerja Pada Zaman Kini
Bahagian 3: Siapa Yang Terlibat?
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 4/13
- sensory dysfunction
- autism
- hyperactivity
- down syndrome
- amputation
- stroke
- arthritis
- burns
- head injury
- dementia
- diabetes
- cardiac conditions
Terapi cara kerja adalah produk daripada, dan bergantung kepada sebuah persekitaran sosial yang menghargai seseorang individu dan
percaya bahawa setiap individu mempunyai kebolehan untuk bertindak atas sikap mereka sendiri untuk mencapai kesihatan yang
lebih baik melalui cara kerja. Masih banyak cabaran yang perlu dilalui. Namun, masa depan adalah bergantung pada kita semua
sebagai manusia yang menghargai semua ciptaan Tuhan.
i. Tidak mendengar arahan
Berlaku terutama pada murid autism dan hyperaktif. Tumpuan jangka pendek menyukarkan
pakar terapi atau guru untuk menarik perhatian mengikut masa yang diperuntukkan
Tidak faham arahan yang diberikan
ii. Emosi terganggu
Enggan melibatkan diri, dan mudah putus asa dengan terapi yang diberi
Mudah menangis diberi tugasan
Bergantung pada persekitaran di rumah
iii. Kemudahan berbeza mengikut sekolah
Terdapat sekolah tidak mempunyai prasarana yang mencukupi
iv. Sensory integration problem (masalah dalam sentuhan)
Enggan disentuh/ trauma apabila disentuh oleh orang luar
Memerlukan masa untuk membiasakan murid
Lebih mudah menjerit apabila disentuh
v. Mudah berkhayal diberi tugasan
Hidup dalam dunianya sendiri
1. 1. Taktik arahan bermaknan
Elakkan daripada menggunakan perkataan yang menjurus kepada arahan
Contoh: Membasuh rambut
- - Ajar murid memegang tuala dengan kuat Timbulkan soalan:kenapa ya?
-
2. Masalah dalam sentuhan
Berkongsi barang dengan menyediakan 2 barang dan biasakan untuk bertukar-tukar barang
Galakkan untuk berkongsi supaya murid belajar menyentuh barangan orang lain
Persekitaran perlu dipelbagaikan teksturnya. Contoh, lantai kasar,lembut
3. Emosi terganggu
Tinggalkan aktiviti dengn murid bersendirian dan lakukan pemerhatian dari jarak jauh.
Beri ganjaran sebalik terapi yang dijalankan\
Memaksa secara berkhemah peringkat demi peringkat
v 4. Kemudahan perlu dipelbagaikan
Bahagian 4: Masalah Yang Dihadapi
Bahagian 5: Cadangan Mengatasi Masalah
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 5/13
Guru tidak perlu menunggu peruntukan bahan bantu belajar, sebaliknya menggunakan kreativiti
mencipta bahan bantu belajar
Guru perlu berkolaborasi dengan pakar terapi berkaitan dengan aktiviti yang patut dilaksanakan.
1) Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi
ketidakupayaan semaksima yang mungkin.
2) Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang
vokasional dan kerjaya.
3) Pemulihan cara kerja atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah profesyen kesihatan yang memberi fokus
kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan , penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif,
berdikari dan bermakna.
4) Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi
ketidakupayaan semaksima yang mungkin.
5) Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang
vokasional dan kerjaya.
6) Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara kerja kepada murid Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan.
7) Contohnya : terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau Kemahiran Hidup.
8) Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat menjalani kehidupan dengan lebih tersusun dan sempurna.
1) Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi, dan makan sendiri.
2) Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik penggurusan emosi. Sebagai contoh,
tidak memukul orang lain ketika marah ataupun bertindak ganas bila menghadapi sebarang masalah.
3) Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan, seperti menulis tentang perasaan atau menyertai
dalam aktiviti fizikal.
4) Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri.
5) Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda, peralatan mandi, dan pengurusan pakaian.
6) Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan tangan mereka.
a) Gelang tangan manik
Bahan :-
Manik
Warna kuning
Warna merah
Warna biru
Tali
Pembaris
Gunting
Masa :- 15 minit
Cara Perlaksanaan:
1. Ukur panjang tali sebanyak 13-15 cm dengan pembaris.
2. Potong benang dengan menggunakan gunting.
3. kemudian masukkan tali ke dalam lubang manik satu demi satu mengikut warna yang disediakan. Penuhkan manik hingga ke
hujung tali
4. Akhir sekali, ikat hujung tali untuk membentuk gelang.
b)Sandwich
Bahan :
Roti sandwich
Sardin
Salad
Timun
Sudu
Pinggan
Masa : 10 minit
Cara Perlaksanaan:
1. Ambil 2 keping roti
2. Sapukan sardin diatas roti dengan rata
3. Atur timun dan salad yang telah dihiris di atas inti
4. Tindih dengan kepingan roti sandwich dengan padat
Bahagian 6: Cara Pelaksanaan Terapi Cara Kerja
Bahagian 7: Kepentingan Cara Kerja
Bahagian 8: Contoh-Contoh Aktiviti
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 6/13
Posted by pendidikan khas at 00:00 4 comments:
Labels: Cara Kerja, G5.3, PISMP, Terapi
5. Sandwich diletakkan di atas pinggan hidang
c) Membuat Doh
Bahan :
2 cawan tepung
1 cawan garam
Pewarna makanan 4 sudu makan
2 cawan air panas
2 atau 3 sudu makan minyak masak
Cara perlaksanaan :
1. Campurkan pewarna makanan dan minyak masak dan garam ke dalam air panas.
2. Kacau hingga garam itu larut.
3. Curahkan campuran air panas tadi ke dalam mangkuk atau besen yang berisi tepung.
4. Uli doh tersebut sehingga sebati dan lembut. Simpan di dalam bekas bertutup.
5. Doh ini boleh digunakan berulang kali, sekiranya di simpan di dalam peti ais sehingga berbulan-bulan lamanya.
d) Membungkus kerepek
Bahan :
Plastik lut sinar.
Senduk
Steapler
Kerepek
Penimbang
Bekas makanan
Cara pelaksanaan :
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Buka bahagian atas plastik.
3. Masukkan kerepek ke dalam plastik dengan menggunakan senduk.
4. Timbang bungkusan kerepek sebanyak 100 gram.
5. kemudian sealing bahagian atas menggunakan mesin sealing (jika ada)
6. -jika tiada,
7. Lipatkan bahagian atas plastik sebanyak 2 cm.
8. Kemudian, steapler bahagian yang dilipat bagi mengelakkan kerepek menjadi lemau.
Blog Asal : http://specialzone90.blogspot.com/
Recommend this on Google
Terapi Muzik [G 5.3]
Pengenalan
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik
bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu
teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil
kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh
bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Definisi:
Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud a planned, goal-
directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific
needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing
music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained
personnel to influence positive changes in an individuals condition, skills, thoughts, feelings or behaviours.
Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina I Ching
menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk
mengurangkan gangguan emosi seseorang (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-
alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan
budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa,
budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu
menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh
dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.
Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan. Para ulama bersetuju
muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19) yang
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 7/13
bermaksud: Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-
kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.Menurut al-Ghazali dalam ayat yang berkaitan,
Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.
Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan kehidupan dunia ini
hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."
Imam al-Ghazali berpandangan: Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al
Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan,
dan semua gurauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga
setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada
waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering
melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong
seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan
kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.
Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan orang Eropah di antaranya
ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The Melodies (Melodi)
dan The Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta Melodi). Begitu juga
al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori muzik iaitu Great Book on
Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The Classification of Rhythm (Klasifikasi
Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada
abad ke-12 Masehi.
Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada Islam-Arab, contohnya
seperti lute yang berasal daripada al-ud, rebec daripada rababah, gitar daripada qitara dan naker daripada
naqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).
Kajian-Kajian Lepas:
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh digunakan untuk
mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan).
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah kini terdapat
seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan kepada
masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser,
juga AIDS.
Jenis Peralatan Muzik
Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:
1. Muzik Tradisional
Dipalu -loceng, gong, kompang.
Digesek -rebab, gambus, oud, kecapi.
Ditiup -serunai, seruling,nafiri.
Digoncang -angklung.
2. Muzik Barat
Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.
Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.
3. Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik
Memperkenalkan alat muzik.
Demonstrasi
Warming up.
Teknik bermain dengan betul.
Postur badan yang betul
Menyembunyikan corak/pola ritma.
Memainkan pola/corak ritma.
Bermain ikut giliran.
Membuat gerakan yang sesuai
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 8/13
Bermain secara keseluruhan.
Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan
Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.
Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.
Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.
Muzik memberi interaksi antara sesama individu.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.
Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.
Muzik merupakan sumber epada keseronokan.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan
neurogikal.
Matlamat Terapi Muzik
i) memulihkan kekuatan fizikal
ii) menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
iii) memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
iv) memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran
Objektif terapi
Pengurusan T/L
Tingkatkn penglahiran perasaan
Tingkatkan harga diri
Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
Kembangkan emosi
Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
Latih pertuturan
Aktiviti terapi muzik
Membuat pergerakan mengikut lagu
Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
Bermain berlatar belakangkan muzik
Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
Latihan praktikal guna alat bunyian
Teknik Terapi Muzik
Teknik Penafsiran Klinikal Khusus- melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi
membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik
muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau
melukis menggunakan muzik.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza.
Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh
bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala
muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang
pusat tenaga pada minda dalam caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke dalam tubuh
kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imunasi kita akan diperkukuhkan
dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin,
iaitu penenang kesakitan semulajadi badan.
Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar thymus dan ini mengakibatkan
pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang
dan meningkatkan fungsi kalenjar-kalenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua
deria kita sekaligus meringankan tekanan.
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 9/13
KEBAIKAN TERAPI MUZIK
Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:
1. Murid Terencat Akal
Meningkatkan kemahiran berkmunikasi.
Meningkatkan kemahiran akademik.
Meningkatkan kemahiran psikomotor.
Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi.
Meningkatkan kemahiran hidup berdikari.
Meningkatkan kemahiran berseronok.
2. Murid Bermasalah Pembelajaran
Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.
Meningkatkan kemahiran akedemik
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Meningkatkan kemahiran bermuzik.
Meningkatkan kemahiran berseronok.
3. Murid Bermasalah Kesihatan
Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.
Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot
Intervensi menguatkan otot.
Intervensi mengawal pergerakan fizikal.
Menyediakan pengalaman berkomunikasi.
Meningkatkan penghargaan diri.
Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.
4. Murid Bermasalah Komunikasi
Meningkatkan kemahiran pernafasan.
Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif.
Meningkatkan kemahiran artikulasi.
Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan.
Meningkatkan kemahiran pembetulan suara.
Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia.
Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.
5. Murid Autistik
Menghasilkan komunikasi.
Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.
Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.
Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.
Meningkatkan kemahiran kognitif.
6. Nyanyian Lagu Kanak-Kanak

Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa muzik,
nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan
berpendidikan.
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 10/13
Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang
berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses
maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang
paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang
disukainya iaitu Twinkle, twinkle, twinkle little star. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati
rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat
mengeja Clark. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih
lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa
bulan.
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu,
terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien
(pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka
sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien
juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan
konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal.
Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan
kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih
meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin
melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang
hamper serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah
pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
Beberapa bukti kajian menujukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah di mana secara tidak
langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ), melegakan ketegangan otot dan meningkatkan daya
tahan badan.

KEKURANGAN TERAPI MUZIK
Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah atau tekanan berjaya keluar
dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan
dalam sesi kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien meredakan
keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga mempunyai kekurangan dari
pelbagai segi antaranya ialah terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya di mana
proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah ditetapkan oleh kaunselor.
Selain itu kekurangan terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling berbeza
dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik
yang memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan
masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu
dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk diamalkan di mana
kaunselor perlu menyelidik dan mengkaji kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan untuk klien.
Di samping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya menghilangkan tekanan yang
mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun
terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa
sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh klien.
Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh terima terapi muzik
sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak
berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak
sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya. Muzik
yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi dijalankan.
Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap kali sesi kaunseling
dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik
jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin
menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 11/13
menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja pejabat yang mempunyai tekanan kerja akan mendengar
muzik sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila terlalu
bergantung kepada muzik.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERAPI MUZIK
Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor perlulah memainkan peranan
yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan instrument yang digunakan dalam proses pemulihan
dengan menggunakan terapi muzik di mana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh klien.
Keberkesanan terapi muzik dalam sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang besar kepada klien dalam
proses pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka hadapi.
Cadangan yang paling utama dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang telah dihadapi oleh klien ialah
membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di mana ia adalah terapi muzik yang paling berkesan
mengurangkan tekanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terapi yang paling sempurna ini memainkan
peranan yang penting dalam mengurangkan perasaan marah, sedih dan sebagainya yang dialami oleh klien. Di
samping mendengar ayat suci Al-Quran klien juga didedahkan dengan proses mendekatkan diri kepada Allah
SWT. Selalunya kaunselor Islam mempraktikkan terapi ini dalam sesi kaunselingnya.
Selain itu cadangan bagi menambah baik terapi muzik ialah kita perlu menyediakan tempat atau ruang yang
sesuai bagi menyempurnakan terapi muzik dalam sesi kaunseling di antara kaunselor dan klien. Tempat bagi
melakukan terapi muzik ini mestilah selesa dan tenang di mana ia dapat membantu klien untuk menghilangkan
tekanan dan masalah yang mereka hadapi. Tempat yang selesa ini membantu klien menghilangkan kecelaruan,
konflik dan masalah diri yang melanda mereka. Semasa sesi terapi muzik dijalankan, amatlah penting dalam
menyediakan segala kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan terapi muzik dilaksanakan.
Bagi menjayakan lagi sesi kaunseling, dicadangkan supaya mengintegrasikan muzik dengan terapi yang lain
contohnya integrasikan terapi muzik dan terapi seni. Melalui proses integrasi terapi ini di dalam sesi kaunseling,
proses penyembuhan tekanan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Integrasi terapi ini sangat penting
dilakukan di mana proses pengintegrasian boleh dilakukan dengan teratur dimana terapi ini boleh dilakukan
pada hari yang sama atau sebaliknya. Semasa terapi muzik dijalankan, klien akan didedahkan supaya
menggunakan terapi seni dalam menyalurkan masalah dan tekanan yang mereka ada melalui lukisan, kraf
tangan dan sebagainya.
Di samping itu juga, antara cadangannya ialah perbanyakan bengkel-bengkel terapi muzik untuk kesedaran
umum dalam pentingnya terapi muzik dalam kehidupan seharian mereka jika mereka mempunyai masalah dan
tekanan yang tidak dapat disalurkan melalui alternatif lain selain dari terapi muzik. Melalui bengkel terapi muzik
ini, ia akan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa terapi muzik bukan sahaja untuk orang yang
bermasalah tapi untuk mereka yang mementingkan kesihatan melalui proses terapi muzik.
Di samping itu juga antara cadangannya ialah melalui terapi muzik ini, kaunselor hendaklah memberi
rangsangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi terapi muzik dijalankan. Melalui kaedah ini, ia mampu
membuat minda klien berfikir dan menilai sendiri baik buruk masalah yang melanda melalui muzik yang
bersesuaian. Selepas sesi terapi muzik selesai, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam
memberi bimbingan kepada klien untuk membuat dan memilih jalan yang sesuai sebagai pilihan mereka justeru
itu klien dapat menilai sejauh mana kebaikan dan keburukan masalah yang mereka hadapi.
Selain itu, antara cadangannya ialah menggalakkan klien mengarang dan mengubah lagu dimana melalui aktiviti
ini klien dapat meluahkan perasaan mereka justeru itu ia dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh klien.
Apabila klien melakukan aktiviti ini mereka dapat menyalurkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi
melalui lagu dan sebagainya. Gubahan lagu oleh klien akan menggambarkan masalah dan tekanan yang mereka
hadapi dan melaluinya juga klien akan mendapat ketenangan jiwa dan perasaan yang baik.
Cadangan yang terakhir ialah melakukan terapi muzik secara kumpulan dimanja mereka boleh melakukan
aktiviti bersama dan berbincang sambil meluahkan perasaan mereka. Melalui terapi muzik secara berkumpulan
klien dapat berkongsi masalah dan pandangan dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Ini akan
mempercepatkan lagi klien dalam mempelajari cara pengurusan tekanan yang baik dari ahli kumpulan mereka
justeru ia dapat menghilangkan tekanan dan masalah.
KAEDAH PELAKSANAAN TERAPI MUZIK
Strategi Umum Terapi Muzik
1.Struktur
Jadual waktu terancang yang menarik minat dan perhatian klien untuk menggalakkan kehadiran klien pada
setiap sesi terapi.
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 12/13
Posted by pendidikan khas at 00:00 No comments:
Labels: G5.3, Muzik, PISMP, Terapi
2. Hubungan terapeutik.
Hubungan baik antara kaunselor dan klien. Kaunselor memahami kehendak klien serta masalah yang dihadapi
klien, memastikan komunikasi berkesan setiap kali rawatan.
3.Interaksi muzik
Kaunselor atau ahli terapi harus menguasai kemahiran pengekalan interaksi muzik supaya kliennya mengambil
bahagian hingga tamat sesi rawatan.
4.Kawalan emosi
Ahli terapi menggunakan kaedah ataupun memilih cara dan muzik yang sesuai untuk menggalakkan klien
meluahkan perasaan dan emosi secara baik.
5.Integrasi sensori
Ahli terapi harus mempunyai pendekatan yang berbeza mengikut keadaan klien untuk mengelakkan kehilangan
fokus dan kegagalan dalam berkomunikasi
Kaedah Perancangan dan Pelaksanaan Terapi Muzik
Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor terlebih dahulu perlu mendapatkan persetujuan dengan klien
mengenai rawatan dan etika-etika ketika sesi rawatan atau kaunseling dijalankan. Antara perkara yang boleh
dibincangkan adalah seperti tentang kerahsiaan masalah klien. Seterusnya, kaunselor perlu mengatur
pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan sebenar dijalankan. Sesi ini bertujuan untuk membenarkan klien
menyelesakan diri dengan keadaan bilik persekitaran seperti membiasakan diri dengan keadaan bilik rawatan
dan juga kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan penilaian supaya strategi dan struktur dan terapi
yang sesuai dapat dirancang. Contohnya kaunselor perlu merancang waktu yang sesuai untuk rawatan, peralatan
yang perlu disediakan, dan juga pilihan muzik yang akan digunakan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang sesuai ketika
menjalankan rawatan dapat dirancang dengan teliti. Perancangan yang terperinci dan sesuai akan menghasilkan
kesan rawatan yang optimum.
Ketika sesi rawatan dijalankan, selain menjalankan rawatan terdapat beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian oleh kaunselor. Antaranya adalah merekod secara terperinci setiap aktiviti-aktiviti atau perkara yang
berlaku sepanjang sesi rawatan. Kaunselor boleh merekod dengan menggunakan kaedah rekod anekdot atau
catatan. Segala tingkah laku, maklum balas , pergerakan, luahan oleh klien perlu dicatatkan supaya mudah untuk
kaunselor membuat analisa.
Selepas setiap kali sesi terapi muzik dijalankan, kaunselor harus mengadakan sesi refleksi. Kaunselor dapat
mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi ketika rawatan. Dengan cara ini, pengubahsuaian kaedah yang
digunakan dapat dilakukan untuk mempertingkatkan lagi rawatan pada sesi berikutnya. Sebarang
penambahbaikan dapat dilakukan setelah kaunselor membuat refleksi terhadap rawatannya. Kaunselor
bertanggungjawab untuk memaklumkan klien dan penjaganya tentang rancangan serta sesi rawatan yang
berikutnya.
Sejurus tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi tersebut diakhiri dengan pendekatan dan
teknik yang sesuai. Klien juga perlu diberikan masa yang mencukupi supaya mereka dapat memahami serta
menerima kaedah terapi muzik.
Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui pentafsiran
klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik
mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan
mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan
muzik.
Kesimpulan
Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran
kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apapun genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal,
melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa
lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan
kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ia juga melahirkan
sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita
menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut.
Blog Asal : http://specialzone90.blogspot.com/
Recommend this on Google
2/28/14 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS
terapikhas.blogspot.com 13/13
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
hak cipta terpelihara. Hasil kerja ini diwartakan sebagai hasil kerjasama sem 5 ambilan 2010/ipgkik. Awesome Inc. template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai