Anda di halaman 1dari 14

1

Personaliti guru : Pengaruh ke atas pengajaran


dan pembelajaran
Oleh :
Azhani bt Adnan
M20081000262
Pengajian Sarjana (Kepimpinan Pedagogi) UPSI 2008

Abstrak

Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya


mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering
menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar
yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan
menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan
mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi
pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif
dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi.
Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan
pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan
meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung
mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru
perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu
mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering
menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat
khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru
turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru
dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini
segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga
personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat
yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan
kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan
hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai
satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.
2

Pendahuluan

Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang


mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut
Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil
paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang
manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh
manusia lain.

Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu


yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang
guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada
personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha
untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa
mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan
mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu
dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata
sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang


dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan
profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang
mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam
sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru
dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat
personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh
tingkah lakunya.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang


dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan
profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang
mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam
sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru
dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat
personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh
tingkah lakunya.
3

Latar belakang

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi


pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan
individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada
pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluan
menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru
semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala
kelemahan dan kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek
mental mahupun moral.

Aspek peribadi guru yang bersikap tidak sesuai dan tidak


mencerminkan seorang guru yang sejati dengan tingkah laku dan
gelagat yang merendahkan martabat diri contohnya lambat masuk
kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan pelajar membuat
kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan peribadi guru
itu perlu diubah. Aspek peribadi yang perlu ada pada seseorang guru
perlu mempunyai sikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan
dan kemahiran yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka (tidak
sempit, jumud dan beku), pandai mengurus masa dan keperibadian
yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat,
mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan
sejawat dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan
profesionaliti yang tinggi perlu ada pada diri setiap individu yang
bergelar pendidik.

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau


negatif, hitam atau putih; buruk atau baik, cemerlang atau kecundang,
begitu juga sikap kita sebagai guru-guru bukan sahaja professional
malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang professional dengan
guru yang tidak professional ,merujuk kepada gambarajah di bawah.
4

Bil Guru yang profesional Guru yang tidak profesional


1 Mula kerja awal pagi Memulakan kerja setelah
loceng berbunyi
2 Sedia bergerak awal pagi Sudah pun letih di awal pagi
3 Mengurus dengan merancang Mengurus dengan krisis
4 Ada perancangan & matlamat Ada berbagai alasan
5 Berpakaian secara’ professional’ Berpakaian selekeh
6 Guna waktu luang sebagai Guna waktu luang dengan
waktu ‘kerja’ mengumpat dan mengeji
7 Cari perkara-perkara untuk Cari perkara-perkara untuk
dipuji dikomplen
8 Sedia membuat keputusan dan Bertanya “Apa patut saya
menyelesaikan masalah buat?”

Kajian Literatur-

Terdapat beberapa sorotan kajian yang telah dilakukan oleh


beberapa orang pakar berkaitan dengan personaliti guru
mempengaruhi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
telah dijalankan oleh tokoh-tokoh pendidikan semenjak dahulu lagi,
semua kajian ini bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dan strategi
untuk mempertingkatkan mutu pengajaran guru.

Flanders(1960) telah mengkaji tentang jenis dan cara pengaruh


guru, sikap pelajar dan kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran matematik dan sains sosial. Beliau melaporkan bahawa
terdapat empat ciri positif guru yang dianggap sangat kuat
pengaruhnya terhadap motivasi, sikap dan pembelajaran pelajar di
dalam bilik darjah.

a) Guru yang boleh memain peranan yang spontan dalam


pelbagai situasi yang berbeza, iaitu daripada yang aktif
kepada yang agak pasif, sama ada peranannya sebagai
pengawas atau pembantu dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran.

b) Guru yang boleh menukar peranannya dengan serta


merta menurut kehendak situasi, dan tidak terikat
hanya kepada satu cara berinteraksi tanpa memikirkan
cara-cara lain yang lebih sesuai.
5

c) Guru yang cepat membuat diagnosis mengenai situasi,


dan cepat membuat keputusan mengenai sesuatu
tindakan yang seharusnya dijalankan.

d) Guru yang mempunyai kesedaran yang sensitif dan


kritis sebagai pengawas dan pemerhati di dalam bilik
darjah.

Thorndike, Hull dan B.F.Skinner(1971) telah membuat kajian


yang menunjukkan bahawa pembelajaran dapat dicapai dengan
berkesannya apabila usaha seorang pelajar diikuti oleh satu perasaan
pencapaian (pengukuhan). Cara untuk mendapatkan pelajar membuat
sesuatu dengan cepat dan menyukai kerja sekolah ialah dengan
memberi perhatian kepada kerja-kerja yang baik yang dibuat oleh
mereka. Semasa memenuhi keperluan untuk pencapaian ini, yang ada
pada semua pelajar, guru seharusnya mengendalikan aktiviti bilik
darjah pada ras pencapaian semasa bagi setiap orang pelajar.

J.S.Kounin dan P.V.Gump juga telah membuat kajian iaitu hasil


kajiannya menunjukkan bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi
tingkah laku pelajarnya. Dalam kajian ini, enam orang guru tahun
satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda
dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada
174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan
dengan ‘perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah’.
Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan
yang tidak sopan itu buruk.

Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika


dibandingkan kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai
guru yang suka mendenda “menunjukkan tingkah laku yang lebih
agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang
tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah,
tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di
sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.
6

Kajian yang telah dilakukan oleh Hart (1934) menunjukkan


empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang paling
disukai oleh 3725 orang pelajar di sekolah menengah di Amerika
Syarikat iaitu

Bil Alasan pelajar menyukai personaliti guru Peratus


1 Sedia menolong dalam kerja-kerja sekolah, 51
pengajarannya jelas dan menggunakan contoh-contoh
dalam pengajaran
2 Periang dan peramah, suka berlawak dan pelajar pun 40
boleh berlawak dengannya
3 Berperikemanusiaan, baik dan menganggap pelajar 30
sebagai ‘sahabat’
4 Mempunyai minat dalam hal-hal pelajar dan memahami 26
pelajar

Empat sebab yang paling kerap dinyatakan bagi guru-guru yang


paling tidak disukai oleh 3725 orang pelajar sekolah menengah.

Bil Alasan pelajar tidak menyukai personaliti guru Peratus


1 Terlampau kasar, keras, cerewet, tidak pernah senyum, 50
suka penyindir dan pembengis
2 Tidak membantu kerja-kerja sekolah, pengajaran tidak 30
jelas dan tidak teratur
3 Menyayangi sebahagian pelajar dan tidak menyayangi 20
pelajar yang lain
4 Sombong, besar diri, tidak kenal nama pelajar dan 20
tidak mempunyai minat terhadap pelajar

Kajian ini jelas menunjukkan bahawa selain teknik mengajar


yang boleh mempengaruhi pelajar, terdapat berbagai-bagai personaliti
guru yang boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
7

Kemahiran ini merupakan aspek penting kerana ianya


menggambarkan sifat interaksi guru-guru yang berjaya. Ini
merupakan sifat-sifat yang positif, selain pengetahuannya mengenai isi
sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Beliau juga mengatakan guru-guru yang kurang berjaya kerana


mereka terikat kepada sesuatu prosedur pengajaran dan cara
berinteraksi yang ketat. Mereka ini sangat ketat dalam pengawasan di
dalam bilik darjah dan tidak memberi kebebasan kepada pelajar
berinteraksi sesama mereka dan guru ini juga kurang sensitif kepada
keperluan pelajar sebagai individu.

Manakala menurut Sue Leach (2006) personaliti dan cara


pengendalian kelas boleh mencerminkan keperibadian seseorang guru.
Seseorang guru perlu belajar dari pengalaman sendiri, dari
pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru itu perlu
memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di
antara guru dan pelajar bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan berkesan. Seseorang yang bergelar
perlu mempunyai sikap menjadi seorang pendengar yang baik,
berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di antara guru
dan pelajar,pengetahuan pembendaharaan kata bagi memastikan
pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau
berkemahiran berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan,
berpengetahuan untuk daya memujuk pelajar dengan tidak terus
menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan
untuk menyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang
berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

Persoalan

i- Adakah personaliti guru mempengaruhi minat pelajar semasa


pengajaran dan pembelajaran dijalankan ?
8

Dapatan dan perbincangan

Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan


teknik personal pada seseorang guru semasa proses interaksi berlaku
antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan
persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar
dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang
digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah
diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya
memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan
di bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru
yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal
guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan
guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-
pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah
mempunyai sifat sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa,
adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan mendengar kritikan dan
teguran.

Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk


personaliti seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti
pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri.
Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah
seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai
perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau
mencerminkan keperibadian guru tersebut.

Cara duduk guru turut dalam pemerhatian pelajar di sekolah.


Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru berada dalam posisi
duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam
keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi
menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri
pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi
ini akan membolehkan guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa
lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.
9

Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi


apabila melayan pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan
memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam keadaan cergas,
bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya
tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina
bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan
mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan
bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat
untuk terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa
mengajar.

Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar


mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru.
Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka
mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan
penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran
manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan
membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan
sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah
mencapai sikap yang positif mengenai diri sendiri dan orang lain.
Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat bahawa pengajaran
yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara
kemajuan pemikiran dan perasaan; dan di antara penekanan kepada
isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara
faktor-faktor guru yang memainkan peranan penting dalam
pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah.

Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai


kelulusan akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa
masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi
pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu
adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap
pelajar.

J.S.Kounin dan P.V.Gump telah membuat kajian iaitu hasil


kajiannya menunjukkan bagaimana tingkahlaku guru mempengaruhi
tingkah laku pelajarnya.Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu
telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga
orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang
pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan dengan
‘perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah’. Setiap
10

orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang


tidak sopan itu buruk.

Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika


dibandingkan kedua-dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai
guru yang suka mendenda “menunjukkan tingkah laku yang lebih
agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang
tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah,
tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di
sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal.

Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut
memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu
dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu
mengambil kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik
yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan kondusif.
Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya
duduk di atas kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam
keadaan yang membolehkan guru dapat melihat keseluruhan posture
(kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru juga
perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak
terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter
hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontak atau
hubungan mata yang sesuai.

Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk
ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai ketika
proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa lisan
seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan
mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan kedudukan serta
pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta
suara separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-
aspek komunikasi dan tingkah laku tanpa lisan kerana mesej-mesej
yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu kepada
guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan
gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi
pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang
memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh
menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan
defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir
menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan
bimbang.
11

Manakala pergerakan yang mengangkat bahu membawa maksud


ragu-ragu dan tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang
mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela
nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang
dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini
mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang
disampaikan oleh guru.

Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar


lupa tentang apa yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan
seseorang guru, ini menunjukkan pelajar hanya berupaya mendengar
antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam masa seminit
atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini
menunjukkan tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada
kelajuan percakapan guru ketika mengajar. Personaliti ini banyak
dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan
oleh individu dan masyarakat setempat.

Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu


guru menafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat
yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga dapat membantu guru
memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan maklumat
yang diterimanya.
12

Rumusan dan cadangan

Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan


interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya
mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek
positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai
sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa
kemahiran tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima berada
di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan sosial biasa.
Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan
diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu
menanamkan sifat ini di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini
akan terus berkembang dari masa ke semasa mengikut pengalaman
guru itu berkhidmat.

Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya.


Pengalaman saya sendiri yang sering dialami sewaktu ke kedai atau
sesuatu tempat baru, walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak
memperkenalkan diri sebagai seorang guru tetapi peniaga terus
memanggil saya dengan panggilan “cikgu”.

Ketika disoal kepada peniaga tersebut, terus peniaga itu


mengatakan perwatakan saya mencerminkan personaliti seorang guru.
Katanya dari cara pertuturan, cara pemakaian, cara berjalan dan
sebagainya. Walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak mengiakan
tetapi peniaga tersebut berkeyakinan memanggil dengan panggilan
“cikgu” kerana katanya pada pengamatannya personaliti guru memang
mudah dikenali dalam pengalamannya berurusniaga dengan guru.

Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita


belajar di Maktab Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat
sebenarnya profession sebagai pendidik membentuk personaliti guru
sebenarnya. Situasi ini bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya,
malah rakan-rakan sekerja dan saya yakin sudah pasti Dr. Rajendran
sendiri pernah mengalaminya.
13

Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang


guru ini amat penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan
mereka menjadi pendidik yang berwibawa dan dapat mencorakkan
prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat
mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani
pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan
dalam dunia profesion perguruan yang mengalami perkembangan
yang terbuka dan dinamik.

Cadangan saya ialah seseorang yang bergelar pendidik perlu


menjaga personaliti ini untuk menjadikan profesion perguruan terus
dihormati oleh masyarakat umum. Personaliti guru sentiasa mendapat
perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat
membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap
profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku
seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen
persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi
menjayakan hubungan berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa.
Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu
pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada
pelajar.
14

Rujukan

i- Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan


Mengajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

ii- Ainon Mohd, Abdulah Hasan (2002), Guru sebagai pendorong


dalam darjah, PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd,Bentong, Pahang.

iii- Johns West–Burnham & Fergus O’Sullivan,penterjemah :


Hamidah Baba(2004), Mengembangkan Profesionalisme
di Sekolah, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
(ITNMB), Kuala Lumpur.

iv- _____________(1993), Cabaran,falsafah dan strategi


dalam pembentukan guru yang unggul. Kumpulan
Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9, Universiti
Kebangsaan Malaysia,Selangor.

v- Lihat Winfred F.Hil(1971), A Survey Of Psychological


Interpretations, Edisi Semula, San Fransisco, Chandler
Publishing Co.

vi- http://www.angelfire.com/journal2/fakir
zamani/ceramah8.htm

vii- Glenn Myers Blair etl.al, penterjemah: Noran Fauziah Yaakub


(1991), Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kuala Lumpur.

viii- Sue Leach(2006),How to be a successful Secondary Teacher,


Continuum, London,New York.

ix- Mel Silberman(2004),Active Learning :101 Strategies To


Teach Any Subjec,Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad, Kuala Lumpur