Anda di halaman 1dari 7

1.

0 SOALAN : ANDA DIKEHENDAKI MENILAI ASPEK KESANTUNAN, BENTUK


DAN JENIS KESANTUNAN BERBAHASA SECARA BERTULIS MELALUI SATU
BENTUK KOMUNIKASI BERTULIS YANG DIPILIH SAMA ADA SURAT KIRIMAN
RASMI, LAPORAN, KERTAS KERJA , TEKS PIDATO DAN LAIN-LAIN. BERIKAN
JUSTIFIKASI ANDA BERKAITAN ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DALAM
KALANGAN MASYARAKAT DAN PENGGUNA BAHASA DI RANTAU INI SERTA
NYATAKAN JALAN KELUAR PENYELESAIANNYA. ( NPDL GSB1012 ).

2.0 Pengenalan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2005, p. 1390 ) kesantunan membawa maksud
kesopanan dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Bertitik tolak daripada itu,
jelas kesantunan membawa erti yang penting terutama dalam kehidupan seharian kita.
Selain itu, konsep kesantunan tidak hanya merujuk kepada aspek non-verbal seperti
tingkah laku, mimik muka , dan nada suara. Oleh sebab itu, kesantunan diistilahkan
sebagai kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Konsep kesantunan
ini merangkumi segala perlakuan terpuji yang disempurnakan pula dengan pengunaan
bahasa yang santun.. Hal ini penting kerana, aspek kesantunan sentiasa
dititikberatkan dalam diri khususnya dari peringkat akar umbi lagi. Dalam masyarakat
Melayu, kesantunan berbahasa begitu memainkan peranan kerana bahasa
melambangkan ketulusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyrakat
tersebut. Oleh itu, setiap individu haruslah menggunakan bahasa yang elok dalam
pertuturan seharian supaya dapat mengekalkan bahasa yang sekian lama kita
pelihara. Jika diperhatikan aspek kesantunan berbahasa kepada tiga aspek iaitu aspek
bahasa, tingkah laku dan pakaian. Aspek-aspek ini akan diterangkan lebih lanjut dalam
poin seterusnya.

5
Verbal

KESANTUNAN
Penulisan Nonverbal
BERBAHASA

Lisan

Rajah 1 : Kesantunan berbahasa.

3.0 Aspek Kesantunan Verbal

3.1 Bahasa Sapaan

Budaya Melayu memang selalu dikaitkan dengan aspek kesantunan. Hal ini dapat
dilihat melalui cara hidup orang Melayu yang penuh dengan penghormatan, tutur kata
lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun, baik dalam komunikasi lisan mahupun
tulisan. Pada zaman dahulukala lagi aspek kesantunan senantisa dititikberatkan dalam
kehidupan seharian malah aspek ini turut mempengaruhi dalam institusi beraja ketika
berkomunikasi dalam kalangan kerabat diraja. Contoh situasi komunikasi secara
sapaan dalam golongan diraja yang terdapat ialah :

“Demi didengar Raja Harun al-Rasyid sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam ini, maka
ia pun menangis dengan tangis yang amat sangat serta katanya akan dia, “Dikasihan
Allah Taala akan tuan hamba, tambah pula bagi hamba pengajar tuan hamba. Maka
kata Syeikh Fadhil ibn Iyadh akan Raja Harun al-Rasyid, “Hai yang amat elok,
makanya tuan hambalah yang lagi akan ditanya Allah Taala pada Hari Kiamat daripada
segala makhluk-Nya”

(Jelani Harun. 2008, p. 79)

6
Berdasarkan petikan di atas karya Jelani Harun ( 2008 , p.91 ) jelas membuktikan
bahasa sapaan yang digunakan ialah dengan menggunakan istilah ‘hamba’ atau ‘tuan
hamba’ untuk menyapa antara satu sama lain. Jenis kesantunan bahasa yang
digunakan ialah kesantunan verbal. Kesantunan verbal adalah merupakan salah satu
bentuk komunikasi secara sopan dan beradab. Dalam masyarakat Melayu kesantunan
berbahasa sangat penting kerana dengan berbahasa , masyarakat mampu bersatu
padu dan bersama-sama hidup dalam satu komuniti masyarakat.

Mutakhir ini, banyak isu yang timbul mengenai pelajar dan juga ibu bapa yang
kurang santun atau kurang peka terhadap kesantunan. Hal ini boleh menyebabkan
konflik antara pihak yang terlibat. sehinggakan terjadinya kes tumbuk-menumbuk
antara guru dengan pihak ibu bapa pelajar. Jika diteliti perkara ini, penyebab utamanya
ialah masalah komunikasi yang kurang santun dalam menegur pihak pelajar atau ibu
bapa. Berkomunikasi secara baik sebenarnya tidak terlepas daripada penggunaan
bahasa secara baik. Dalam erti kata lain, etika berbahasa perlu dijaga. Kesantunan
berbahasa, baik secara lisan mahupun penulisan, bertujuan untuk menciptakan
keharmonian komunikasi. Pemilihan kata, kalimat atau tuturan secara santun
diharapkan tidak menyinggung perasaan pembaca atau yang mendengar, lantas
mengelakkan kemungkinan timbulnya konflik. Selain daripada timbulnya konflik, nilai
kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar juga didapati semakin berkurangan
berbanding dengan zaman dahulu. Kini, ada pelajar yang menggunakan kata ganti
nama diri yang kurang sesuai sehingga ada pelajar yang meng‘awak’kan guru yang
mengajarnya. Hal ini amat memalukan masyarakat kita yang sememangnya
memberatkan erti kesantunan.

Oleh itu, kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi tentunya penting buat


guru kerana ianya diharapkan dapat diteladani oleh pelajarnya. Kesantunan berbahasa
harus diupayakan tidak kira bila atau di mana, bukan sahaja dalam lingkungan
pendidikan atau sekolah. Penggunaan bahasa antara guru dengan guru atau guru
dengan pelajar hendaklah memperhatikan dan mengambil kira tata santun lebih-lebih
lagi jika situasi komunikasi tersebut disaksikan di hadapan para pelajar. Jika demikian
halnya, maka secara tidak langsung, guru telah meneladani pelajar-pelajarnya dengan
contoh praktik komunikasi yang baik. Oleh hal-hal yang demikian, kajian ini cuba
mengetengahkan suatu pemikiran tentang keterkaitan kesantunan berbahasa dengan
profesionalisme seseorang guru bahasa. Kajian ini tidak mahu membatas kepada guru
satu-satu bahasa tertentu, kerana pada dasarnya semua bahasa mengenal dan

7
menekankan perihal kesantunan. Kajian ini berlatarbelakangkan kenyataan dalam
kerja lapangan yang mendapati bahawa ramai guru bahasa di sekolah yang
mempraktikkan bahasa secara santun.

3.2 Ungkapan Rabbani

Ungkapan rabbani merupakan ungkapan yang digunakan ketika bertutur dan bercirikan
ketuhanan. Ungkapan ini dipercayai merupakan sebahagian daripada kesantunan
berbahasa dari sudut pandangan Islam. Ungkapan rabbani kebiasaannya
menggunakan strategi bismillah atau doa, strategi salam, strategi in sha Allah strategi
syukur. Secara umumnya, kajian ini menyimpulkan bahawa ungkapan-ungkapan
rabbani telah diamalkan oleh ahli forum dan ia melambangkan amalan kesantunan
berbahasa. Lazimnya, ungkapan syukur ini ditandai oleh perkataan, seperti
alhamdulillah dan syukur. Jika diperhatikan ungkapan ini sudah digunakan pada
zaman dahulu kala seperti yang terdapat dalam teks ini iaitu :

“ . . . maka berkatalah ia kepada fakir, ‘ Hamba hendaklah bersyukur dengan rezeki


yang ada, dengan ini nescaya tuan hamba kelak akan dirahmati oleh Allah S.W.T . . .”

(Awang Sariyan. 1980 , p.69)

Berdasarkan petikan dialog di atas jelas menunjukkan penggunaan ungkapan rabbani


yang menggunakan ungkapan ‘syukur’ dalam berdialog. Perkataan syukur ialah kata
serapan daripada bahasa Arab dan perkataan ini telah diserap ke dalam bahasa
Melayu. Perkataan ini membawa maksud “berterima kasih. kepada Allah SWT”. Dalam
Islam, sesiapa yang mengungkapkan kata-kata syukur kepada Allah SWT, Allah SWT
akan sentiasa menambahkan rezeki kepadanya. Dalam konteks kesantunan
berbahasa, ungkapan syukur adalah sebahagian daripada konsep kesantunan
berbahasa yang sangat tinggi. Hal ini kerana penutur yang mengungkapkan insya-
Allah sentiasa menghargai nikmat Allah SWT dan hal ini sekali gus menggambarkan
hubungan yang rapat antara dirinya dengan Allah SWT.

Dewasa ini, kita sering mendapat khabar berita mengenai sikap rata-rata
masyarakat kita yang tidak mempunyai adab ketika bertutur. Adab atau nilai
menghargai sesuatu perkara semakin menipis dalam sanubari. Mereka beranggapan
semuanya bergantung kepada usaha mereka sedangkan kita sebagai manusia yang
8
kerdil haruslah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Sebagai contoh
yang terdekat, lazimnya guru akan memberi ucapan dan akan dimulakan dengan
mensyukuri nikmat yang diberikan tetapi sebaliknya hari ini ucapan syukur jarang
sekali didengar malah lebih menfokuskan intipati ucapan itu sendiri. Hal ini bukan
sahaja mendidik anak-anak murid untuk tidak mempraktikkan amalan syukur dalam
kehidupan malah generasi yang angkuh, ego dan sombong tidak mustahil bakal
menggugat kehidupan pada zaman akan datang.

Oleh itu, pelbagai inisiatif telah digiatkan bagi mengatasi kebejatan yang
membelenggu kehidupan masyarakat kini. Antara langkah drastik yang diambil dalam
menangani masalah ini ialah mendidik insan dari peringkat akar umbi lagi. Oleh hal
yang demikian para siswa-siswi guru haruslah sentiasa menegur dan menasihati anak
murid secara langsung ataupun tidak langsung. Dengan ini mereka akan sentiasa
beringat untuk menghargai setiap perkara. Para guru haruslah bersungguh-sungguh
dalam mendidik anak murid untuk mensyukuri dengan nikmat yang sedia ada. Bertitik
tolak daripada itu, negara bukan sahaja melahirkan modal insan yang sentiasa
menghargai nikmat yang diberikan malah membina keperibadian yang elok dalam diri
masing-masing.

3.1 Ungkapan Hormat

Ungkapan hormat dilahirkan untuk menyatakan rasa hormat seseorang sewaktu


berhubung dengan orang lain. Penggunaan ungkapan hormat bukan bermaksud
menghina diri, tetapi menunjukkan sikap yang tidak sombong dan angkuh.
Penggunaan ungkapan ini juga mampu memaparkan sifat sopan santun yang dicirikan
oleh budi bahasa, tertib, beradat dan bertatasusila yang akan membentuk akhlak
terpuji yang berwatak mesra dan disenangi oleh semua anggota masyarakat. Namun
begitu, masih terdapat penulis yang mengabaikan penggunaan ungkapan hormat
hingga menimbulkan kesan negatif kepada kelangsungan berkomunikasi. Contoh
ungkapan hormat adalah seperti berikut :

1). Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2). Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
9
3) Dengan segala hormatnya hamba Dato’/saya di arah merujuk perkara di
atas.

( Dr Faridah Nasir. 2015, p.64 )

Berdasarkan bait atau ungkapan hormat di atas ungkapan hormat ini menyatakan
bahawa untuk merendah diri bukan bermaksud menghina diri, tetapi menunjukkan
sikap yang tidak riak dan angkuh. Kita perlu sedar bahawa peranan bahasa dalam
proses komunikasi, sama ada secara lisan ataupun bukan lisan sangat berkesan.
Segala persoalan dan keinginan yang cuba disampaikan hendaklah dilakukan
sebaik mungkin agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Maka peranan
kita dalam memilih ungkapan yang paling tepat tanpa meminggirkan ciri-ciri
kesantunan berbahasa adalah perlu, agar lebih dihormati dan kita akan berasa
selesa untuk berkomunikasi.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya , aspek kesantunan berbahasa menekankan pelbagai nilai murni


dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana, ianya bukan sahaja
merangkumi aspek tingkah laku dan pemakaian sahaja malah aspek bahasa turut
ditekankan. Aspek ini begitu dititberatkan kerana daripada aspek ini kita mapu
mencorak keperibadian anak bangsa kita sendiri. Kesantunan berbahasa juga
mendidik diri kita untuk sentiasa bersantun dalam apa jua keadaan khususnya dalam
pertuturan. Pada zaman dahulu lagi, kita diajar untuk melatih diri kita dalam
berkomunikasi secara bertertib dan penuh kesopanan. Hal ini kelak bakal melatih diri
kita untuk menghormati orang lain sekaligus mengeratkan hubungan antara satu sama
lain walaupun berbeza latar belakang.

10
11

Anda mungkin juga menyukai