Anda di halaman 1dari 6

1.

0 : PENGENALAN

Kesopanan dalam berbahasa Melayu bukan hanya berpaut pada tingkah laku semata-mata,
namun ia juga melibatkan etika dalam berkomunikasi. Malahan, agama Islam juga
menekankan berkenaan dengan adab dalam berbahasa yang moleh diambil dari sepotong
dari ayat Al-Quran iaitu :

‫َّو اَل َتْنَهْر ُهَم ا َو ُقْل َّلُهَم ا َقْو اًل َك ِرْيًم ا‬


maksudnya: “maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

(Surah Al-Isra : 32)

Maka, kesantunan berbahasa amat penting untuk diterapkan di dalam kehidupan


sama ada secara lisan mahupun tulisan kerana ia mencerminkan keperibadian kita yang
luhur.

2.0 : BENTUK
2.1 : Kesantunan Verbal

Kesantunan verbal merujuk kepada kesantunan dalam berbahasa, yakni dengan


menggunakan bahasa yang halus dalam komunikasi sama ada melalui kaedah penulisan
mahupun lisan, dan hendaklah menitikberatkan sifat bersopan santun. Ia amat penting
supaya seseorang tersebut tidak dianggap sebagai tidak beradab, tiada budi bahasa dan
biadap. Sekiranya seseorang itu bersopan santun dalam berkomunikasi, ia secara tidak
langsung akan mencerminkan akhlak yang luhur dan tinggi ilmu pengetahuan. Oleh sebab
itu, kita sememangnya dididik sejak dari kecil lagi untuk memantapkan akhlak dahulu
sebelum kita menimba ilmu pengetahuan.

Kesantunan berbahasa dalam bahasa Melayu mempunyai sistem penyapaan dan


panggilan yang tersendiri. Ianya melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan
ganti nama. Aspek kesantunan berbahasa ini juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti
penggunaan kosa kata dan ganti nama yang diberi perhatian khusus agar bersesuaian
dengan pangkat, kedudukan, usia dan keakraban hubungan. Strategi bagi kesantunan
berbahasa juga dapat dilihat dengan melihat dari segi penggunaan bahasa, toleransi,
memberi salam, bertimbang rasa, kesopanan, ramah mesra dan berterima kasih.

Antara contoh penggunaan kesantunan verbal di dalam video adalah seperti


penyampai yang memberi salam sebelum memulakan perbahasan topik . Ini jelas
menunjukkan bahawa penyampai menerapkan nilai kesopanan dalam berbahasa serta
mengucapkan salam pada permulaan serta di akhir proses berkomunikasi. Natijahnya,
beradab menjadi kunci penting sebelum berkomunikasi kerana ia akan mencerminkan
kemurnian akhlak dan sifat diri kita.

Penyampai juga menggunakan kata ganti nama yang bersesuaian dengan


kedudukan audiens iaitu guru dan rakan-rakan. Penyampai menggunakan kata ganti diri
pertama, iaitu “saya” dan “kita” bagi melambangkan dirinya dan menyertakan dirinya dengan
pihak kedua dalam menghuraikan idea serta pendapat ketika proses penyampaian
maklumat berlangsung dan menggunakan kata ganti diri ke tiga untuk melambangkan
audiens yang mendengar, iaitu “guru” dan ‘rakan-rakan” pada fasa awal perbincangan
tersebut.
2.2 : Kesantunan Nonverbal

Kesantunan nonverbal pula merujuk kepada komunikasi secara bukan lisan dengan
menggunakan bahasa tubuh. Dalam berkomunikasi, kesantunan nonverbal juga merupakan
antara kaedah yang efektif dalam menyampaikan sesuatu kepada seseorang yang menjadi
sasaran sebagai penerima, Pancaindera, yakni deria asas manusia akan dikendali secara
terkawal bagi memberi isyarat yang mempunyai maksud yang difahami.

Antara mesej yang diberikan melalui kaedah nonverbal adalah dari segi isyarat,
ekspresi muka, kontak mata, pergerakan kaki dan tangan, postur badan, jarak, perawakan
dan nada suara yang memberi ungkapan mengenai medium komunikasi tanpa lisan. Aspek-
aspek kesantunan nonverbal ini amat penting dalam komunikasi supaya dapat menjalinkan
kesefahaman dalam berinteraksi. Strategi bagi kesantunan nonverbal dapat dilihat dari segi
bertoleransi, bertimbang rasa, memberi salam, bersopan-santun, merendah diri dan
berterima kasih.

Di dalam video tersebut, terdapat beberapa contoh bagi pengaplikasian kesantunan


nonverbal dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Antaranya, penyampai
mengaplikasikan strategi komunikasi wajah dimana penyampai menggunakan ekspresi
wajah yang tenang sekaligus amat bersesuaian dalam proses menyampaikan maklumat
kepada penonton. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa penyampai mampu menggunakan
ekspresi wajah yang sesuai dalam menyampaikan maklumat.

Selain itu, penyampai juga menggunakan pergerakan badan dalam melaksanakan


penyampaian maklumat. Ini dapat dilihat dimana penyampai menggerakkan tangannya
seiring dengan setiap penerangan terhadap pemberian maklumat dan menerangkan
mengenai perkara yang menjadi perbincangan. Dengan ini, maka jelaslah bahawa
penyampai memanfaatkan kemahiran menggunakan bahasa badan dalam proses
berkomunikasi sekaligus memastikan komunikasi itu menjadi lebih harmoni dan dapat
disampaikan dengan barkesan.

Tambahan juga, penyampai menggunakan mimik muka dalam berkomunikasi


dimana penyampai menggunakan mimik muka yang pelbagai dalam proses menerangkan
mengenai topik yang dibincangkankan olehnya. Penyampai akan menggunakan mimik muka
yang selari dengan proses penyampaian seperti menggunakan mimik mukanya dalam
menerangkan mengenai isu dan cabaran dalam topik perbincangan. Ini sekaligus dapat
menjadikan proses penerangan tersebut lebih menarik.
3.0 : PERATURAN BERBAHASA

3.1 : Konteks Percakapan

Konteks percakapan boleh dijelaskan sebagai sesuatu perkara yang terkandung di dalam
sesebuah komunikasi lisan tersebut. Kebiasaannya, setiap interaksi verbal akan berasaskan
beberapa faktor yang menjadi peranan dalam sesebuah peristiwa itu. Konteks di dalam
percakapan ini boleh dilihat dari segi penutur dan pendengar, waktu dan tempat komunikasi
tersebut berlaku. Menurut Hymes, Brown (1993), antara komponen dalam kontek pertuturan
adalah meliputi perbicaraan, latar, penghubung bahasa lisan dan tulisan, laras bahasa,
bentuk pesanan dan peristiwa percakapan.

(a) Topik pembicaraan

Berdasarkan video tersebut, terdapat ciri iaitu topik pembicaraan di dalam proses
penyampaian maklumat oleh penyampai dimana dia mengemukakan serta menjelaskan
dengan terperinci mengenai topik yang menjadi perbincangan dan perbahasan iaitu
mengenai isu serta cabaran bagi topik pembelajaran di sekolah dalam konteks Pendidikan
Awal Kanak-Kanak. Ini sekaligus dapat memberi kefahaman dan penjelasan kepada
penonton mengenai topik yang telah disampaikan oleh penyampai tersebut.

(b) Laras Bahasa

Laras bahasa yang diaplikasikan oleh penyampai di dalam video adalah laras bahasa
formal. Ia digunakan di dalam situasi formal, iaitu pendidikan. Karakteristik peraturan
bahasa, iaitu ayat dan imbuhannya bersifat gramatis, sebutan dan intonasi dan pemilihan
kosa katanya juga tepat dan bersesuaian.

(c) Bentuk pesanan dan maklumat

Penyampai menerangkan mengenai maklumat yang bertepatan dengan topik


perbincangan yang dibahaskan di dalam video, iaitu berkenaan dengan “pendidikan kanak-
kanak di rumah”. Penyampai memberikan pencerahan dengan sangat terperinci mengenai
isu dan cabaran berdasarkan topik perbincangan berkenaan. Oleh sebab itu, audiens dapat
memahami konteks yang cuba disampaikan oleh penyampai dan dapat menjadikan proses
memberi maklumat lebih mudah difahami.
3.2 : Pemilihan Kata

Pemilihan kata yang bersesuaian sama ada dalam penulisan mahupun lisan merupakan
antara tatacara penting bagi memastikan keberkesanan sesebuah komunikasi itu disamping
mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Kata-kata dan penulisan yang dipilih mestilah
sopan dalam menerapkannya ke dalam komunikasi verbal, nonverbal serta tulisan.

Penyampai sentiasa menggunakan perkataan yang sesuai dalam menerangkan isu


yang menjadi perbincangan di dalam video.
4.0 : PENUTUP

Secara keseluruhannya, kita hendaklah sentiasa menekankan penghayatan nilai


kesantunan dalam konteks komunikasi sama ada komunikasi secara tulisan mahupun
secara lisan. Hal ini demikian kerana, ia penting supaya diri kita tetap terpelihara dengan
nilai kesantunan, disamping memupuk nilai murni yang pekerti pada diri yang jelas
menunjukkan ketinggian martabat dan intelek, persis kata Imam Malik Rahimahullah,
“pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”.

Anda mungkin juga menyukai