Anda di halaman 1dari 13

KESANTUNAN DAN

KOMUNIKASI
AHLI KUMPULAN

ADNIN SOFIYA MAISARAH BT NUR IZZATI AISYAH


BT KASIM AZLI BT ZAINUDIN
PENGENALAN
Kesantunan dan komunikasi bahasa ialah
kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika
berkomunikasi sama ada melalui lisan atau
tulisan. Kesantunan bahasa dirujuk sebagai
panggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, bertatasusila dan menzahirkan
keperibadian luhur sebagai satu bentuk
penghormatan dalam penuturan dan
penulisan. Kesantunan dalam konteks yang
lebih luas tidak merujuk hanya kepada
amalan kesantunan dan berkomunikasi
semata-mata tetapi merujuk juga kepada
aspek nonverbal seperti tingkah laku,
mimik muka, dan nada suara.
BENTUK-BENTUK
KESANTUNAN

KESANTUNAN VERBAL

KESANTUNAN NONVERBAL

KESANTUNAN TULISAN
KESANTUNAN VERBAL

Kesantunan bahasa daripada segi verbal merujuk kepada semua aspek


komunikasi secara lisan

Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun,iaitu sikap yang berkait


rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau
ungkapan yang sesuai dengan situasi.

Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisen dan internet,
pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.

Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang


sopan santun semasa menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan.
KESANTUNAN NONVERBAL

Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata dan juga dikenali
sebagai bahasa tubuh yang beradab sopan

Bahasa tubuh merupakan penukaran fikiran dan idea kepada isyarat, ekspresi
wajah, pandangan mata, sentuhan, pergerakan tubuh yang bertujuan
menyampaikan sesatu maklumat atau mesej kepada pihak kedua.

Konsep kesantunan berbahasa non verbal merujuk kepada semua perlakuan


yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat
difahami.

Sebagai contoh,membongkokkan badan apabila melintas di hadapan orang


yang lebih tua
KESANTUNAN TULISAN

Kesantunan tulisan merujuk kepada kehalusan ketika menggunakan bahasa


yang melibatkan penggunaan dan pemilihan kata,frasa,ayat dan ungkapan
dalam penulisan

Kesantunan penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada


dalam situasi rasmi atau tidak rasmi

Aspek yang perlu diberi perhatian dalam kesantunan tulisan ialah seperti:
-kata sapaan dan gaya bahasa yang betul
-pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
-isi yang tidak menimbulkan sensitiviti

Format yang betul akan mencerminkan kesantunan tulisan itu dihasilkan oleh
seseorang yang mahir dan berilmu dalam mengujarkan sesuatu tujuan dan
maksud dalam bentuk penulisan.
PERATURAN
BERBAHASA
PERATURAN
PERATURAN
SOSIOLINGUISTIK
LIGUISTIK
Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan
Peraturan linguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan
peraturan penggunaan bahasa yang hubungan sosial antara pembicara dengan
menitikberatkan ketepatan bentuk dan pendengar dalam konteks komunikasi lisan
dan antara penulis dengan pembaca dalam
binaan bahasa
konteks komunikasi tulisan.

Sebutan, intonasi dan tatabahasa serta


Peraturan sosiolinguistik merupakan
penggunaan tanda baca seperti tanda soal, peraturan yang mengawal ketertiban
koma, dan titik mestilah dipatuhi dalam seseorang ketika bertutur dengan
komunikasi bertulis. seseorang yang lain.

Sangat dipentingkan dalam hal Contohnya ialah penggunaan kata sapaan


kepenggunaan bahasa yang bersangkutan yang betul, sama ada kata ganti diri
dengan urusan rasmi mahupun kata panggilan hormat yang
ditentukan menurut sistem dalam
masyarakat.
JARAK SOSIAL
Jarak sosial ialah keadaan yang mana seseorang atau masyarakat yang
berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain

Jarak sosial juga dikenali sebagai proksemik,iaitu kajian mengenai apa


yang dikomunikasikan dengan melihat cara seseorang itu
menggunakan ruang

Jarak sosial dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok


masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya

Faktor yang menentukan jarak sosial adalah darjah keakraban,perbezaan


status,usia,jantina,pendidikan,kelas pekerjaan dan etnik
KONTEKS
PERCAKAPAN
Wacana yang menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami
pemakaian bahasa

Penganalisis percakapan perlu mempertimbangkan konteks tempat


terdapatnya bahagian sebuah wacana serta perlu mengetahui siapa
penutur dan pendengarnya,waktu dan tempat ajuran

Setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang


mengambil peranan dalam suatu peristiwa itu

Komponen-komponen tutur dibahagikan kepada beberapa jenis iatu


penutur dan pendengar,topik perbicaraan,latar peritiwa,penghubung,laras
bahasa,bentuk pesanan dan maklumat serta peristiwa percakapan
TUJUAN ATAU
MATLAMAT
Tujuan dan matlamat dapat dikaitkan dengan bentuk wacana,iaitu tujuan
wacana informatif dan wacana khas

Tujuan dan matlamat lain termasuklah khusus kepada aspek bangsa,etnik,


agama,budaya,usia,jantina pendidikan dan kedudukan sosioekonomi

Topik,tema dan juga bidang pengkhususan mesti turut selari seperti


bidang ilmiah,bidang industri dan bidang pemasaran

Suasana komunikasi yang berkesan akan dapat dihasilkan dengan


mengambil kira semua perkara dan penilaian percakapan
GILIRAN
BERCAKAP
Keutamaan giliran bercakap wajar diberikan atau mendahulukan orang-
orang tua semasa dalam perbualan

Sistem pola penggiliran boleh digunakan dalam situasi percakapan rasmi


di dalam masyarakat atau organisasi

Semasa proses percakapan,setiap pandangan harus dihormati,didengar


dan dititip secara santun maka secara praktikalnya telah menjadikan
rantaian giliran percakapan

Sentimen dan emosi juga perlu dikawal kerana tema dan topik yang
dibincangkan sudah pasti tidak menepati keputusan dan keinginan semua
pihak.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai