Anda di halaman 1dari 18

KESANTUNAN

MASYARAKAT MELAYU

BENTUK DAN JENIS


KESANTUNAN
Abd Jalil Md Yunos
DEFINISI KESANTUNAN BAHASA

Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan


bahasa semasa berkomunikasi sama ada melalui
lisan atau tulisan.
KONSEP KESANTUNAN

Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan


yang :
sesuai
tidak menimbulkan konflik
sentiasa menjaga air muka pendengar
ikhlas
merangkumi hubungan antara manusia dengan
manusia dan manusia dengan khaliq.
BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Kesantunan verbal.
Kesantunan non-verbal.
KESANTUNAN VERBAL

Maksud :- Kesantunan verbal ialah komunikasi seharian


dengan menggunakan bahasa secara sopan
dan beradab.
ASPEK-ASPEK KESANTUNAN VERBAL
1. Cara sapaan lisan atau bertulis dengan bahasa Melayu
dengan sopan santun dan tidak biadap.
2. Kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa.
3. Sistem sapaan dan panggilan tersendiri.
4. Mempunyai ciri-ciri tertentu. Penggunaan kosa kata
diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan,
pangkat, umur dan keakraban hubungan.
5. Termasuk juga bahasa istana seperti berangkat, bersiram
dan bercemar duli.
6. Sistem panggilan kekeluargaan.
7. Gelaran pergaulan tak bersahaja (formal).
8. Gelaran warisan.
9. Gelaran kurniaan.
CONTOH KESANTUNAN VERBAL

i. bertanya khabar atau memberi salam apabila bertemu dengan


kawan. Sebagai contoh " apa khabar", "assalamualaikum", "Sila
duduk"

ii. panggilan kekeluargaan atau panggilan berdasarkan usia:


"pakcik--untuk lelaki yang agak sebaya dengan ayah
sendiri"
"makcik--untuk wanita yang sebaya dengan emak sendiri"
" kakak--untuk wanita yang tidak setua emak sendiri dan tidak
semuda sendiri"
"pak long, pak ngah, Mak su, kak long, mak mentua"

iii. Gelaran formal seperti " tuan", "encik". "saudara"


KESANTUNAN NON-VERBAL
Maksud : perlakuan yang tidak menggunakan bahasa
lisan untuk menyampaikan mesej atau
maklumat yang dapat difahami.
: merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah,
bahasa tubuh dan isyarat.
Contoh : melalui media cetak seperti surat khabar,
majalah, jurnal dan buku.
Bahasa tubuh dan ekspresi wajah yang merangkumi
hubungan mata juga memainkan peranan penting bagi
melestarikan konsep kesantunan berbahasa tersebut.
ASPEK KESANTUNAN NON-
VERBAL
BAHASA TUBUH
Bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat
tangan, air muka dan gerakan badan.
Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan
mesej atau maklumat yang sukar dilahirkan melalui
pertuturan atau tulisan.
Komunikasi melalui bahasa tubuh mampu
menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status
sosial seseorang individu.
1. GERAKAN ANGGOTA BADAN
Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi
tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
Oleh itu, penggerakkan anggota dapat menyampaikan
mesej atau maklumat dalam komnikasi yang dihasilkan.
Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna
sejagat yang mudah difahami oleh semua orang seperti :
i. isyarat gerakan tangan.
ii. isyarat air muka.
iii. bahasa tubuh.
2. GERAKAN MATA
Mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa
lisan.
Contoh : mata yang bergerak ke sana ke mari
menunjukkan tidak berminat.
: mata dan dahi berkerut menunjukkan minat
tetapi tidak percaya.
: mata berkelip lebih laju daripada biasa
menunjukkan dia berdusta.
: tidak memandang mata menunjukkan berminat
tetapi malu atau tidak tenteram perasaannya.
3. GERAKAN TANGAN
Mempunyai sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang
tanpa mengira latar belakang kebudayaan.
Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan
dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk
menyampaikan maksudnya.
Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi
oleh budaya.
Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk
di hadapan mulut yang bermakna diam atau tolong senyap.
Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan
dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan
ucapan lisan seseorang.
4. MIMIK MUKA
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang
dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan
seseorang.
Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk
bertindak balas terhadap seseorang.
Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan
kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan
tersirat.
Merupakan satu naluri yang berhubung rapat
dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya
dapat diketahui keperibadian seseorang.
Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan
perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air
mukanya.
Riak air muka berperanan penting menentukan
jalinan komunikasi yang dilalui bagi membentuk
jalinan komunikasi yang mesra atau positif dengan
menunjukkan air muka yang jernih.
5. EMBLEMS
Isyarat tangan yang digunakan secara tersendiri untuk
menyampaikan sesuatu maksud.
Dipengaruhi oleh sesuatu budaya sesuatu bangsa,
sebagai contohnya, bunuh diri.
Maksudnya tepat dan mudah difahami penerima.
Bagi menyampaikan sesuatu maksud yang tidak mahu
diucapkan.
6. ILLUSTRATORS
Isyarat gerakan tangan yang digunakan bersama-
sama dengan ucapan bagi membantu atau
mengukuhkan pemahaman.

Anda mungkin juga menyukai