Anda di halaman 1dari 17

G) Bahasa Melayu Tinggi dalam Komunikasi Rasmi

- Kita perlu menggunakan bentuk panggilan hormat menurut taraf orang yang dilawan bercakap. - Kita perlu memadankan panggilan kita dengan taraf sosial seseorang dalam masyarakat. - Kata panggilan dalam suasana tidak rasmi seperti dalam keluarga atau kenalan biasa : Abang, Kakak, Pak Cik, Mak Cik, Datuk, awak, engkau. - Kata panggilan dalam suasana rasmi .Contohnya : hubungan antara ketua dengan anak buahnya perlu menggunakan panggilan rasmi seperti Tan Seri, Datuk, Tuan Haji, Tuan, Puan, Saudara, Saudari dll.

Panduan panggilan hormat untuk urusan rasmi.


Jika diketahui orang itu mempunyai gelaran anugerah (Tun, Toh Puan, Datuk, Datin, Datuk Seri, Yang berhormat dll); nama profesion (Doktor, Ustazah dll); nama pangkat (Inspektor, Kolonel dll); gelaran tradisional (Tuk Empat, Tuk Lurah dll); anugerah kecemerlangan (Sasterawan Negara, Ibu Mithali dll); gunakan nama gelaran itu sebelum nama batang tubuh. Jika lebih daripada satu, gunakan gelaran yang tertinggi sahaja. Tuan untuk semua lelaki, terutama yang dikenali sebagai tokoh penting dalam masyarakat. Puan untuk semua wanita, terutamanya jika diketahui sudah berkahwin. Encik atau Cik boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Saudara dan saudari, untuk yang berumur antara 16 tahun hingga 25 tahun.

Faktor penggunaan bentuk panggilan dalam bahasa Melayu :


Suasana (rasmi atau tidak rasmi) Taraf orang yang dilawan bercakap

A) Susunan menggunakan gelaran Ada 3 jenis gelaran, iaitu :


BIL 1 2 3 4 5 PROFESIONAL Prof. Dr. Ir. Ar. ANUGERAH Dato Datin Tan Sri Puan Sri Tun WARISAN Tengku Syed Raja Ungku Tunku

Gelaran hendaklah disusun mengikut taraf seperti berikut :


PANGGILAN Y.A.Bhg. Y.B. Y.Bhg. NAMA ANUGERAH Tun Dato Sri Dato NAMA PROFESIONAL Dr. Dr. Brig.Jen. (B) Syed NAMA WARISAN Raja NAMA PENUH Ahmad Adam Rais Yatim Husin

B) Gelaran jawatan agama Jawatan seperti mufti, kadi, mudir, imam, bilal, siak, guru lebai dan mudim. Semuanya bergelar tuan.

C) Susunan Jawatan
Kerajaan Gabenor YDP Negeri Menteri Ketua Mneteri Menteri Besar Tradisional Tuk Empat Tuk Penggawa Tuk Penghulu Tuk Ketua Tuk Lurah Swasta Ketua Pegawai Eksekutif CEO Pengarah Urusan Pengurus Besar Pengerusi Pertubuhan Pengerusi Ketua 1 Presiden SU Kehormat SU Agung

KSN KSU
Penyimpan Mohor Raja-raja Melayu Datuk Bandar Ketua Pengarah Pegawai Daerah

Tuk Batin Undang


Tok Bomoh Tuk Dukun Mak Bidan Tuk Mudim

Presiden

D) Anugerah Kecemerlangan -Mereka yang telah diberi anugerah perlu dihormati dengan sapaan yang sewajarnya.
Anugerah Kecemerlangan Sasterawan Negara Biduan Negara Seniman Negara Olahragawan Negara Anugerah Dato Nama Kamaluddin Mohamad

Tokoh Maal Hijrah, Guru, dll

Menggunakan bahasa rendah dalam majlis rasmi


Contohnya, seorang artis wanita menggunakan bahasa pasar semasa berinteraksi dengan pengacara majlis di satu program televisyen. Bahasa pasar ialah bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Yang paling ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing, iaitu ai, yu,wiol, yuol, deiol, gua, lu,ane,bai dan sebagainya

Menggunakan bahasa kanak-kanak dalam majlis rasmi


Contohnya, menggunakan nama sendiri menggantikan saya adalah bahasa kanakkanak. Jika menggunakan bahasa kanakkanak, ia dianggap tidak matang, tidak tahu menghormati majlis atau orang. Apa yang diperhatikan, majoriti lelaki lembut gemar menggunakan nama sendiri bagi menggantikan saya

H) Keyakinan Masyarakat pada Bahasa Melayu Tinggi


Sebilangan anggota masyarakat kurang peka terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (contohnya, fenomena bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

Fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precint, parcel dan boulevard) Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi tidak mengutamakan bahasa Melayu.

Penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam dan penyiaran tidak tegas dan tidak selaras. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.

Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP mengusahakan penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan.

Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan dan pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib. Sikap pakar bahasa yang sering menukar itu dan ini dalam bahasa Malaysia merumitkan keadaan. Contohnya,nama bahasa kita sendiri sudah ditukar beberapa kali, sekejap bahasa Melayu, sekejap bahasa Malaysia dan tidak mustahil suatu masa nanti, akan digunakan semula bahasa Melayu

I) Kesimpulan
Bahasa Melayu tinggi ialah bahasa yang bukan sahaja betul dari segi ejaan, sebutan dan tatabahasanya, tetapi juga bahasa yang betul dari segi penggunaannya. Penggunaannya pula tidak sahaja terhad dalam situasi rasmi, tetapi juga situasi tidak rasmi, baik dalam penulisan mahupun pertuturan.

Abdullah Hassan, dalam makalahnya Bahasa Melayu Tinggi Wahana Budaya Intelektual dan Tinggi menegaskan bahawa dua aspek yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan bahasa Melayu tinggi, iaitu mematuhi aspek peraturan bahasa dan peraturan tatabudaya. Aspek peraturan bahasa yang perlu dipatuhi dalam bahasa Melayu tinggi meliputi sebutan, ejaan, perkataan, ayat dan makna secara rapi. Aspek peraturan tatabudaya yang perlu dipatuhi pula adalah seperti penggunaan ganti nama, sistem gelaran dan panggilan sesuai dengan taraf orang yang berkomunikasi, dan pemilihan perkataan yang sesuai dengan konteks.

Apabila penggunaan bahasa Melayu tinggi diamalkan dengan meluas dalam kalangan rakyat Malaysia, maka amalan tersebut akan meningkatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Amalan penggunaan bahasa Melayu rendah, seperti bahasa singkatan mesej singkat (SMS) dan bahasa rojak perlulah dihindarkan agar martabat bahasa Melayu terus terpelihara.

Dalam hal ini, semua pihak yang benar-benar mencintai bahasa Melayu perlulah bersikap positif untuk menggunakan bahasa Melayu tinggi dalam semua urusan, baik rasmi mahupun tidak rasmi. Tahap kecintaan yang tinggi terhadap bahasa Melayu ini perlu diasuh sejak kanak-kanak lagi. Peranan ibu bapa dan pendidik dituntut sebagai suri teladan mulia untuk menjamin maruah bahasa Melayu tetap terpelihara sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai