Anda di halaman 1dari 16

Kata Panggilan Dalam Masyarakat Melayu.

Dalam konteks sistem panggilan dalam keluarga

masyarakat Melayu, aspek kesantunan merupakan antara perkara yang mesti ada kerana masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa yang sopan dan lemah lembut. Segala nasihat, teguran atau larangan sering kali tidak dilakukan secara langsung. Sebaliknya bahasa berlapik digunakan agar orang yang menjadi sasaran tidak tersinggung dan diaibkan di hadapan khalayak. Dalam pantun juga, unsur nasihat dan teguran telah diwujudkan, seperti pantun berikut:
Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Antara Ibu Bapa dan Anak.

Bagi memupuk rasa hormat menghormati kepada ibu bapa, kata

panggilan mak, mama, ayah, dan abah digunakan. Namun


begitu sejak akhir-akhir ini kata panggilan ummi, dan abi telah diambil dari bahasa Arab dan panggilan mummy dan daddy pula

diambil daripada bahasa Inggeris dan kata panggilan tersebut telah


diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu. Begitu juga rasa hormat kepada datuk atau nenek kata panggilan atuk. nenek, tok

ayah, dan tok wan digunakan. Tutur kata anak-anak kepada ibu
bapa hendaklah sopan, lembut dan penuh hormat dalam apa jua keadaan. Anak-anak tidak boleh sekali-kali beraku atau berengkau dengan ibu bapa atau memanggil dengan nama mereka. Tanggungjawab memastikan anak-anak menggunakan bahasa yang santun terpikul di atas bahu ibu bapa kerana ibu bapa merupakan

Antara Adik- Beradik.

Hubungan adik beradik disusun oleh urutan

kelahiran iaitu dari anak yang sulung kepada yang tengah dan yang bongsu. Yang muda mesti

menghormati yang tua, adik mesti menghormati


kakak dan abang dengan memanggil secara baik seperti yang biasa dalam masyarakat. Contoh gelaran seperti abang long, kak long, abang ngah, kak ngah, abang cik , kak cik dan adik untuk orang yang lebih muda.

Dalam Kalangan Masyarakat.

Penggunaan kata ganti nama diri dan kata panggilan yang

sesuai menyerlahkan lagi penutur dan pendengar di


samping menimbulkan rasa hormat antara penutur dengan pendengar, tanpa mengira usia dan taraf sosial mereka. Penggunaan kata ganti nama diri dan panggilan yang sesuai seperti tuk, pak cik, mak cik encik dan puan

menyerlahkan unsur budaya yang diterapkan dalam


kalangan masyarakat Melayu. Begitu juga dengan penggunaan kata ganti nama panggilan dalam keluarga

seperti saya, kamu, dia menunjukkan situasi umur dan


taraf sosial dalam kalangan penuturnya, manakala kau dan aku menunjukkan situasi yang tidak formal, bentuk

Majlis Formal ( Protokol)

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan

menetapkan penghormatan yang diberikan kepada


seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau

melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan


sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

Penetapan panggilan hormat ini berasaskan

kepada kepada kesesuaian panggilan kepada orang yang dipanggil atau dihormati, sebagai contoh : Yang Amat Mulia / Yang Mulia Anak-Anak Raja memerintah dan karabat Raja yang dianggap oleh masyarakat melayu sebagai golongan yang dimuliakan Yang Amat Berhormat Ketua Kerajaan dan Timbalan Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat Yang Berhormat Yang Amat Berbahagia Pembesar-pembesar Negara yang membawa gelaran Tun dan orang-orang kenamaan yang

Panggilan Hormat Semasa di Peringkat Persekutuan dan

Negeri
Panggilan-Panggilan Diraja
Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda


Raja Permaisuri Agong

Seri paduka Baginda


Raja memerintah dan Permaisuri Permaisuri

Kebawah Duli Yang Maha Mulia / Duli Yang Maha Mulia


Tengku mahkota / Raja Muda dan Tengku Ampuan Mahkota

Bekas Raja Permaisuri Agong dan pemangku Raja

Duli Yang Maha Mulia


Anakanda-Anakanda Raja yang memerintah dan

penerima-penerima gelaran tertentu dalam perlembagaan negeri Yang Amat mulia


Keluarga Diraja

Yang Mulia

Panggilan hormat kepada penerima darjah yang

memiliki gelaran akademik Panggilan hormat tertentu diperolehi kerana dianugerahkan sesuatu darjah kebesaran, manakala gelaran-gelaran akademik diperolehi setelah mencapai sesuatu tingkat dalam bidang akademik. Anugerah-anugerah tersebut membawa panggilan hormat sedangkan gelaran-gelaran akademik tiada. Oleh itu penggunaan panggilan hormat bagi golongan akademik ialah seperti berikut :
Yang Berbahagia Datuk Prof. Dr. Ibrahim Bin Samad bukannya Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Ibrahim Bin Samad

PERINGATAN; Pastikan Panggilan Hormat yang kita gunakan ke atas seseorang itu tepat dan betul. Penggunaan Panggilan Hormat yang salah akan menyinggung perasaan atau merendahkan martabat VIP yang berkenaan

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai