Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : APRESIASI ADAT SEZAMAN (SAJAK)

NAMA MURID : AMIRAH NABILAH BT. AHMAD ZUBIR


NO. KAD PENGENALAN : 950130-08-5006
TINGKATAN : 4 ALPHA
NAMA GURU : PN. ROSLINDA BT. DIN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ADAT SEZAMAN…
Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si tua tersenyum mesra
memandang teruna dara
sama cantik sama padan
berganding bersama
di singgahsana…
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun sang dara
dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
tanpa hormat
tanpa batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.

Wan Nazihah Wan Abdullah


Annyss Sophillea, 1997
Dewan Bahasa dan Pustaka

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGENALAN
1. Sajak ialah puisi moden yang lebih bebas dan mempunyai ciri yang berbeza dengan puisi
tradisional.
2. Sajak lebih mementingkan kata-kata yang berkesan dalam mengungkapkan perasaan.

MAKSUD SAJAK
 Perbezaan zaman sekarang dengan zaman dahulu amat ketara, terutama dari segi adat.
 Adat dipandang tinggi dan menjadi pegangan hidup generasi dahulu. Mereka amat
gembira apabila anak gadis dan anak teruna menjalinkan hubungan mengikut adat dan
mengamalkan nilai-nilai murni.
 Tetapi, kini golongan tua berdukacita dan kecewa kerana kesantunan anak gadis dan
kewarakan anak teruna telah lenyap.
 Keruntuhan moral dalam kalangan muda- mudi masa kini semakin berleluasa sehingga
mereka hilang rasa malu dan tidak mempedulikan batasan pergaulan.
 Hal ini demikian kerana mereka telah meniggalkan adat dan ajaran agama, sebaliknya
mengamalkan budaya kuning dari Barat.

BENTUK SAJAK
 Sajak ini terdiri daripada satu rangkap sahaja.
 Sajak ini mempunyai dua puluh tiga baris.
 Jumlah kata antara dua hingga enam patah kata sebaris.
-Contoh dua perkataan : tanpa / hormat
-Contoh enam perkataan : dan / warak / sang / teruna / telah / lenyap
 Jumlah suku kata antara empat hingga empat belas suku kata sebaris
-Contoh empat suku kata : tan/pa/hor/mat
-Contoh empat belas suku kata : ter/la/lu/mu/li/a/a/pa/bi/la/di/se/li/dik
 Rima akhir bagi sajak ini adalah : (a,b,c,d,e,e,f,f,e,f,f,g,a,f,h,f,f,a,i,e,g,g,e).
 Sajak Adat Sezaman ini berbentuk bebas kerana tidak terikat dengan unsur puisi
lama.
TEMA
 Sajak ini bertemakan kelunturan adat warisan dan budaya akibat perubahan zaman.
Menurut penyajak, perubahan zaman telah mengakibatkan amalan dan adat resam serta
budaya Timur mula terhakis daripada sanubari remaja.

PERSOALAN
 Remaja tiada jati diri akibat kesan modenisasi dunia.
-Sikap dan perlakuan remaja masa kini berubah seiring dengan perubahan zaman.
 Terhakisnya adat resam dan budaya Timur.
-Hal ini berkaitan dengan kesan pembangunan rohani dan jasmani yang tidak seimbang.
Generasi muda sudah membuang adat resam dan budaya Timur yang dihargai oleh nenek
moyang mereka selama ini.
 Buta budaya dan adat bangsa.
-Terhakisnya penghargaan terhadap adat resam dan pusaka bangsa menyebabkan
generasi muda buta budaya dan rakyat dibawa arus kemodenan yang tidak menentu.
 Hal-hal yang berkaitan dengan agama.
-Orang tua kini bersedih hati melihat lelaki dan perempuan bersama-sama tidak ada
perasaan segan silu dan pergaulan tanpa batasan serta hukum-hakam agama dipandang
ringan dan diambil mudah manakala budaya Barat dijadikan ikutan.

GAYA BAHASA
 Anafora (pengulangan di awal baris)
(a) -tanpa hormat (baris 19)
- tanpa batasan (baris 20)
(b)-adat sezaman ditinggal jauh (baris 21)
-adat agama dipandang remeh (baris 22)
-adat kuning jadi ikutan (baris 23)
 Responsi (pengulangan di tengah ayat)
-terlalu indah apabila dipandang (baris 3)
-terlalu mulia apabila diselidik (baris 4)
 Imejan (gambaran yang timbul daripada penggunaan perkataan,ungkapan,ayat)
-adat kuning jadi ikutan (baris 23)
 Bahasa istana
-di singgahsana(merujuk kepada kerusi atau bangku rasmi bagi kegunaan raja semasa adat
istiadat rasmi.) … (baris 11)
 Aliterasi (penggunaan huruf konsonan)
-meninggalkan kesan mendalam (baris 2)
 Asonansi (penggunaan huruf vokal)
-sama cantik sama padan (baris 9)

NADA
 Sajak ini bernada kritis. Penyajak mengkritik sikap generasi muda yang mudah
terjerumus dalam gejala sosial kerana mengikut budaya buruk dari Barat. Segelintir
generasi muda juga telah melupakan adat dan mengabaikan ajaran agama.

NILAI
 Berbudi bahasa dan kesopanan.
- Muda-mudi zaman dahulu sangat menjaga kesopanan dalam tingkah laku seharian,
terutama dalam pergaulan dengan jantina yang berbeza.
 Taat kepada agama.
- Lelaki muda dahulu taat kepada ajaran agama berbanding zaman sekarang.
 Menghargai maruah diri.
-Zaman dahulu maruah dijaga dan pasangan yang sepadan akan berkahwin. Tidak seperti
sekarang, lelaki dan perempuan berkepit tanpa segan dan silu.

PENGAJARAN
 Kita hendaklah menjaga adab dan tatasusila, terutama dalam soal pergaulan.
-Misalnya, penyajak menyatakan bahawa peradaban kita semakin ditelan zaman.
 Kita tidak sepatutnya menyakiti hati orang tua.
-Sebagai contoh, perbuatan anak dara perempuan dan lelaki berkelakuan yang tidak baik
boleh mengguris perasaan orang tua.
 Ibu bapa hendaklah mengawasi pergaulan anak-anak.
-Penyajak menyaran kepada semua orang agar tidak mengikut budaya kuning kerana ia
sendiri mendatangkan banyak masalah.
 Kita perlu menghargai maruah diri.
-Misalnya, lelaki dan perempuan sekarang kini berkepit tanpa sebarang ikatan tanpa
perasaan segan.

Anda mungkin juga menyukai