Anda di halaman 1dari 4

 Pembentangan dalam bentuk power point.

 Setelah selesai pembentangan perlu menghantar laporan bertulis dalam MS Word dengan
aggaran Panjang 5-6 muka surat.

 Setiap ahli kumpulan wajib diberikan tugasan masing-masing, sila berbincang sesame sendiri
bagaimana membahagikan tugasan. 

 Isi penulisan

 Pendahuluan (takrif, konsep dan sebagainya)

 Isi (faktor, ciri-ciri, sejarah, asal usul, kebaikan, keburukan dan sebagainya)

 Penutup

Pendahuluan
Pantun merupakan pelengkap dan penyeri dalam majlis merisik. Sesetengah
masyarakat Melayu masih lagi menggunakan pantun sebagai mukadimah
sebelum bicara diteruskan kepada tujuan asal kehadiran mereka. Walaupun
jarang digunakan oleh masyarakat zaman sekarang, ia tetap popular bagi
sesetengah orang.
Ianya merupakan satu seni dalam berbahasa untuk menyatakan hasrat hati
atau biasanya disebut sebagai ‘ayat berlapik’. Dengan berbalas-balas pantun
ianya akan menambah lagi keceriaan dalam majlis merisik. Ia dimulakan dahulu
oleh keluarga pihak lelaki dan dibalas oleh wakil pihak perempuan.
Ketika sesi berbalas pantun berlangsung, kedua-dua belah pihak keluarga akan
mendengar dengan baik dan cuba untuk membalas dengan pantun yang
menarik. Terdapat juga elemen jenaka diselitkan bagi menambahkan lagi
suasana yang ceria.
Pantun yang selalu diguna pakai dalam majlis merisik ialah pantun empat
kerat. Ia sangat popular dibandingkan dengan pantun dua atau enam kerat.
Bagi pihak lelaki, pantun mereka akan mengandungi mesej tentang hajat
bertandang ke rumah belah perempuan
Mereka akan menerima balasan pantun yang menjemput mereka masuk ke
rumah. Namun, jika si gadis terus membuat keputusan, pantun yang diterima
akan mengandungi mesej samada menerima atau menolak pinangan.
Sesi membalas pantun ini cuma seketika dan tidak melibatkan si dara mahupun
si teruna. Ia diutarakan oleh keluarga kedua- dua belah pihak yang selalunya
diwakilkan kepada ibu bapa saudara lelaki dan perempuan. Ia tidak
memerlukan persediaan yang sukar kerana pembayang pantun biasanya
digunakan berdasarkan apa yang ada di persekitaran sahaja.
Hanya dua baris terakhir membawa maksud sebenar tentang tujuan yang ingin
disampaikan. Jadi, bagi mereka yang berhajat masuk meminang terapkanlah
khazanah Melayu yang tak ternilai ini agar ia tidak lapuk dek zaman. Siapa lagi
yang akan mengangkat seni warisan Melayu ini jika bukan kita sendiri.
Pada masa kini, ia jarang digunakan dan hanya sesekali sahaja dapat didengari
melalui beberapa majlis tertentu. Justeru itu, ambil lah peluang merisik ini
dengan membawa seni ini. Bagi yang sudah memaklumkan kehadiran untuk
masuk meminang, kedua-dua belah pihak boleh bersiap sedia dengan pantun
masing- masing agar majlis dapat berlangsung dengan lebih sempurna.
Adat merisik ini akan menambahkan lagi keindahan dalam perkahwinan
masyarakat Melayu. Walaupun sedang berada di zaman moden, ia sesuatu
yang tidak patut di pandang sepi.
Berbincanglah dengan bakal isteri anda untuk melaksanakan adat ini jika
berkesempatan. Ia tidak memerlukan modal yang besar, hanya memerlukan
usaha dan kesudian pihak wakil ibu dan bapa lelaki dan perempuan menjadi
orang tengah buat bakal mempelai.
Setelah berazam untuk berkahwin, sudilah menyatakan hasrat dengan tulus
ikhlas. Bawalah bakal pasangan anda berjumpa dengan kedua ibu dan bapa
kerana itu adalah yang terbaik dilakukan. Elakkanlah bercinta tanpa
pengetahuan mereka kerana restu ibu bapa sangatlah penting bagi
mendapatkan keberkatan dalam perkahwinan.
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada penggunaannya yang
paling meluas. Puisi ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira
pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragui
sifat keasliannya. Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda
dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila
dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun
pada mulanya merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil
nukilan atau karya seseorang. Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan
aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika
dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama,
yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut
tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan
makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau
abstrak. Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir
seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawakepada
pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun kanak-
kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka- teki, pantun
pujipujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun
adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.

Penutup

Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pantun
ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu. Pantun berbeza
berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya kerana mempunyai
kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat, bunga istiadat,
pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau. Karya klasik Melayu ini
mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang
tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud di
sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai
yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman. Pengaruh pantun dalam
masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk
menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan menzahirkan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada seseorang dalam sesuatu keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-
hal yang tidak rasmi. Selain itu, pantun juga dianggap sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat
menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran
masyarakat. Pantun juga menjadi medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan
berbentuk keagamaan. Di samping itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak
yang ditujukan kepada seseorang dengan niat untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau
sahsiah individu atau mereka yang berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki diri dan berubah
ke arah yang lebih baik. Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka
lama ini agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang
dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh orang-orang
Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari pantun Melayu, kita dapat mengenali
masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali masyarakat Melayu melalui
pantun dan kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita dengan masyarakat Melayu kerana
kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan akrab. Inilah peninggalan pusaka nenek
moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak bernama, khazanah yang memperkayakan
perbendaharaan sastera kita.
Kebaikan & keburukan

Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima
budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab
tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun begitu, oleh sebab terlalu
menerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba, terikat
kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak
tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan
dan ucapan terima kasih :

Pisang emas di bawa belajar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi
dibawa mati.

Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang berlaku terhadap
masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan melimpah ruah dapat
juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah jumlah hutang itu mengecil dan selesai
dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai
dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat
dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun. masyarakat pada zaman dahulu kala amat
mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu kala amat
menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang
pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal menantunya
berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk meminang untuk anak
mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak. Sekiranya didapati
tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal.

Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang
lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya. Budi yang dizahirkan
ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Contoh lain budi ialah pemberian sedekah,
bantuan berbentuk wang tunai atau kerja buat, cederahati kenangkenangan kepada orang-orang
miskin atau mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang
perlu ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah
kesihatan dan tidak berpendidikan.

Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-temurun dalam
kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang
berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga, kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan
pantun dengan tujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam
adat berkahwin dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana pantun menjadi wadah dan wahana yang
digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan
mudah difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.

Tiada keburukkan berpatun dalam adat merisik dan meminang sampai sekarang , ia dipinggirkan
hanya kerana perkataan “trend” sudah menguasai semua benda

Anda mungkin juga menyukai