Anda di halaman 1dari 20

LEE JIE XI (5SN) TAY LI JUN (5SN)

2012

Paradaban zaman semakin berlalu Meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik Santun si dara jadi ikatan Warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana

Masa itu telah jauh Zaman sudah berlalu santun sang sara dan warak sang teruna telah lenyap Si tua berduka lara Memandang teruna dara Berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan Adat sezaman ditinggal jauh Adat agama dipandang remeh Adat kuning jadi ikutan

Peradaban zaman semakin berlalu tetapi meninggalkan kesan yang mendalam pada kehidupan manusia.Peradaban itu sungguh indah dan amat mulia sifatnya kerana si dara bersopan santun dan teruna pula taat pada agama.Kedua-dua nilai ini menjadi ukuran dalam memilih pasangan. Orang tua begitu gembira dan tersenyum apabila melihat anak gadis dan teruna bersanding di atas pelamin.Zaman kehidupan masyarakat yang sopan dan berpegang teguh pada agama telah berlalu.Kini,orang tua berasa sedih kerana melihat anak gadis dan teruna bergaul mesra tanpa perasaan malu,melanggari batasan adat dan agama.Adat dan budaya bangsa telah ditinggalkan jauh daripada kehidupan.Malah, nilai dan ajaran agama juga tidak dipandang berat. Sebaliknya,budaya Barat yang kurang sopan dan tidak mempunyai nilai kemuliaan menjadi ikutan dan pegangan masyarakat kini.

1.

2.

Sajak Adat Sezaman bertemakan perubahan adat dan budaya mengikut zaman.Misalnya,pada zaman dahulu masyarakat mempunyai adat dan budaya yang indah dan mulia.Sebaliknya,adat dan budaya masyarakat hari ini telah rosak keindahan dan kemuliaannya kesan daripada pengaruh budaya kuning,iaitu pengaruh daripada kebudayaan Barat yang kasar dan bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran. Persoalannya pula ialah : nilai budaya dan adat Timur yang sungguh indah dan mulia dalam kehidupan zaman lampau, masyarakat hari ini tidak lagi berpegang pada rasa hormat dan malu, lelaki dan perempuan pada hari ini bergaul di luar batas tanpa rasa malu, orang tua berasa sedih melihat adat dan budaya masyarakat pada hari ini yang terpengaruh oleh budaya kuning, golongan perempuan boleh mendatangkan pelbagai fitnah dalam kehidupan jika tidak berpegang pada adab dan sopan.

1. Sajak Adat Sezaman terdiri daripada satu rangkap. 2. Sajak ini mempunyai dua puluh tiga baris. 3. Jumlah perkataan dalam baris-baris sajak Adat Sezaman bersifat bebas.Misalnya,pada baris pertama ada empat patah kata,baris kelapan dengan tiga patah kata,dan baris kesebelas pula hanya satu patah kata sahaja. 4. Jumlah suku kata dalam setiap baris juga bebas dan tidak seimbang.Contohnya,dalam baris pertama terdapat tiga belas suku kata.Sebaliknya,dalam baris ketujuh ada lapan suku kata dan pada baris kesebelas hanya lima suku kata sahaja. 5. Rima akhir dalam sajak ini juga bebas : abcdeeeffeffgafhffaiegge. 6. Tegasnya,sajak Adat Sezaman mempunyai bentuk tidak terikat,iaitu bebas daripada ciri-ciri khusus seperti bentuk,jumlah baris dalam rangkap,jumlah kata,dan suku kata serta skema rima.

1. Pemilihan kata atau diksinya indah(puitis). Contohnya:santun si dara jadi idaman. 2. Antara unsur gaya bahasa yang terkandung dalam sajak Adat Sezaman termasuklah: (a) anafora: Anafora atau pengulangan kata pada awal baris secara berturut-turut dalam sajak ini termasuklah: i. terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik (baris 3-4) ii. tanpa hormat tanpa batasan (baris 19-20)

2. (b) penggunaan kata panggilan: Dalam sajak Adat Sezaman ,penyair telah menggunakan kata panggilan seperti : i. si ii. sang

(c) penggunaan kata pinjaman: Penyair juga telah menggunakan kata pinjaman,iaitu warak.Perkataan warak ialah kata pinjaman daripada bahasa Arab yang bermaksud taat dalam mengamalkan perintah agama.

2. (d) perlambangan atau imejan : Penyair telah menggunakan beberapa perkataan yang berupa perlambangan.Antara perlambangan yang ada dalam sajak ini termasuklah: i. di singgahsana rangkap 1,baris 11. Singgahsana melambangkan pelamin atau perkahwinan. ii. adat kuning - rangkap 2,baris 23. Adat kuning melambangkan budaya Barat. (e) metafora : Perbandingan secara langsung juga dapat ditemukan dalam sajak ini,misalnya : i. si tua tersenyum mesra baris 7. Si tua dibandingkan dengan tersenyum mesra secara langsung. ii. si tua berduka lara baris 16. Si tua dibandingkan dengan berduka lara secara langsung.

2. (f) inversi : Gaya bahasa songsangan juga dapat dilihat dalam sajak ini, misalnya : i. adat sezaman ditinggal jauh baris 21. Songsangan daripada : [ (Kita/Masyarakat) meninggalkan adat sezaman jauh. ] ii. adat agama dipandang remeh ---baris 22. Songsangan daripada : [ (Kita/Masyarakat) memandang adat agama remeh. ]

2. (g) pengulangan kata : Beberapa bentuk pengulangan kata juga ditemukan dalam sajak ini,misalnya : i. apabila telah diulang pada baris 3 dan diulang pada baris 4. ii. jadi telah digunakan pada baris 5 serta diulang pada baris 6 dan baris 23. iii. dara telah digunakan pada baris 5 serta diulang pada baris 8,baris 14,dan baris 17.

3. Antara unsur bunyi yang dapat dikenal pasti dalam sajak Adat Sezaman termasuklah : (a) asonansi : Antara pengulangan bunyi asonansi termasuklah :
i. Pengulangan bunyi vokal a : * Peradaban zaman semakin berlalu baris 1. * si tua berduka lara baris 16. * memandang teruna dara baris 8. * adat agama dipandang remeh baris 22. ii. Pengulangan bunyi vokal u : * terlalu mulia apabila diselidik baris 4. * zaman sudah berlalu baris 13. * adat kuning jadi ikutan baris 23.

3. (a) iii. Pengulangan bunyi vokal i : * terlalu indah apabila dipandang baris 3. * adat kuning jadi ikutan baris 23. * warak si teruna jadi ikatan baris 6. iv. Pengulangan bunyi vokal e : * meninggalkan kesan mendalam baris 2. * terlalu mulia apabila diselidik baris 4. * si tua tersenyum mesra baris 7.

3. (b) aliterasi : Antara pengulangan bunyi aliterasi termasuklah : i. Pengulangan bunyi konsonan n : * meninggalkan kesan mendalam baris 2. * dan warak sang teruna telah lenyap baris 15. ii. Pengulangan bunyi konsonan d : * memandang teruna dara baris 8. * adat sezaman ditinggal jauh baris 21. iii. Pengulangan bunyi konsonan t : * tua tersenyum mesra baris 7. * adat sezaman ditinggal jauh baris 21.

Sajak Adat Sezaman bernada melankolik.Nada ini sesuai untuk sajak tersebut yang menggambarkan perasaan hampa dan sedih penyajak atas perubahan adat dan budaya masyarakat kini.

1. Nilai berbudi pekerti.Contohnya,teruna dara pada zaman dahulu tinggi nilai budi pekerti mereka. 2. Nilai kesopanan.Contohnya,masyarakat zaman dahulu lebih menekankan aspek kesopanan dalam pergaulan,khususnya antara perempuan dengan lelaki. 3. Nilai ketaatan.Contohnya,ketaatan pada ajaran agama dapat menghindarkan diri daripada tingkah laku yang tidak sopan dan tidak mulia generasi muda pada zaman sekarang.

1. Kita mesti memilih pasangan berlandaskan ukuran nilai kesopanan dan keagamaan untuk memastikan keharmonian dan kerukunan rumah tangga. 2. Pergaulan antara gadis dengan lelaki hendaklah menurut aturan adat dan ajaran agama supaya tidak berlakunya pelbagai perkara yang negetif. 3. Adat dan budaya bangsa serta nilai agama mesti dijadikan pegangan dalam kehidupan sehari-hari bagi memastikan diri tidak terjerumus dalam perkara yang tidak baik. 4. Kita hendaklah mencontohi masyarakat dahulu yang berpegang teguh pada adat dan agama kerana kedua-dua aspek itu dapat menjadikan masyarakat lebih sopan dan mulia.

5. Hubungan mesra antara gadis dengan lelaki hendaklah menerusi majlis perkahwinan dan bukannya menerusi pergaulan bebas tanpa batasan. 6. Agama dan adat budaya bangsa mesti diamalkan kerana agama dan adat budaya bangsa membawa kesejahteraan dan kemuliaan dalam kehidupan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai