Anda di halaman 1dari 2

SAJAK ORANG TUA (Puspa Rani a/p Munusamy)

Maksud sajak
Rangkap 1: Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita
terhadap nasib seorang wanita tua yang merempat di
tepi jalan dalam keadaan yang tidak terurus. Wanita
tua itu berjalan tanpa haluan sambil membawa begnya
yang buruk.

Rangkap 2: Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita
terhadap seorang lelaki tua yang begitu daifhidupnya.
Lelaki tua itu tiada tempat kediaman. Dia hanya
duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan
daripada restoran mamak.

Rangkap 3: Penyajak mempersoalkan keprihatinan
kita terhadap nasib orang tua yag terlibat dalam
kemalangan jalan raya. Lebih memilukan apabila
mayatnya tidak dihiraukan dan tiada waris yang
menuntut mayatnya di bilik mayat.

Rangkap 4: Penyajak menjelaskan bahawa kita adalah
serupa kerana kita semua ialah makhlu kciptaan
Tuhan. Yang berbeza antara kita dengan orang tua
itu ialah orang tua itu tidak dipedulikan oleh anak-
anaknya. Hal ini disebabkan rendahnya moral dan hati
budianak-anaknya.

Tema
Tema sajak ini ialah kesengsaraan yang dialami oleh
wanita tua akibat diabaikan.

Nada
Sinis


Persoalan
a)Penderitaan hidup warga tua.
b)Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan
tidak mengenang budi.
c)Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Gaya Bahasa
a)Repetisi (pengulangan kata dalam baris ayat yang
sama). Contohnya: ayat Nampakkah kau pada baris
pertama rangkap 1, 2, dan 3.
b)Sinkope. Contohnya: kau.
c)Peribahasa. Contohnya: mengalas perut.
d)Bahasa puitis. Contohnya: mukanya comot
rambutnya kusut.

Pengajaran
a)Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang
terhadap golongan warga emas terutamanya ibu bapa.
b)Kita hendaklah membalas budi kedua-dua ibu bapa
kita.
c)Kita janganlah mementingkan diri.
d)Kita janganlah lupa akan jasa ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai