Anda di halaman 1dari 1

(UCAPAN DALAM BUKU SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2015)

Salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih
kepada barisan jawatankuasa induk dan pelaksana yang terdiri daripada para pensyarah dan guru
pelatih atas usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh komitmen dalam merancang untuk
menjayakan Seminar Penyelidikan Pendidikan bagi tahun 2015. Seminar penyelidikan pendidikan
merupakan tradisi keilmuan semua Institut Pendidikan Guru Malaysia dan seminar pada tahun ini
merupakan kali keenam anjuran IPG Kampus Keningau. Dalam seminar kali ini, para pembentang
terdiri daripada pelatih PISMP ambilan Januari 2012 Semester 8 yang menggabungkan dua
opsyen, iaitu Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dan Pendidikan Seni Visual.
Kumpulan pelatih ini merupakan kohort keenam PISMP IPG Kampus Keningau.
Tema seminar penyelidikan pendidikan tahun ini ialah "Penyelidikan Pendidikan Penjana
Inovasi Guru". Sebagai bakal pendidik, tema ini wajar dihayati dan diserlahkan dalam profesion
keguruan pada masa kini. Kajian pedagogi perlu dijadikan sebagai suatu amalan kerja harian bagi
meningkatkan kualiti guru secara berterusan serta membantu anak murid di sekolah dalam
pembelajaran mereka. Hal ini penting kerana kualiti guru juga merupakan suatu kayu pengukur
kecemerlangan pendidikan yang dapat menjamin masa hadapan generasi muda dan seterusnya
ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pembentang iaitu guru pelatih PISMP Semester 8 yang bakal menjadi guru dan
sebagai peneraju dalam dunia pendidikan. Diharapkan agar hasil dapatan dan penemuan dalam
penyelidikan tindakan akan dapat membawa pandangan baharu dan seterusnya anjakan
paradigma pedagogi pedalaman khususnya ke arah kemajuan dalam pendidikan, sejajar dengan
tema seminar yang mementingkan inovasi dalam bidang keguruan.

PUAN RUJINAH BT MIKI


Pengarah,
IPG Kampus Keningau.

Anda mungkin juga menyukai