Anda di halaman 1dari 9

 

LMCR 1582 TEKNOLOGI ANGKASA

REPORT AKTIVITI DI PLANETARIUM

NAMA NUR AMIRA SHAFIQAH BINTI MOHD ALMIZAT


(A163373)
TUAN MUHAMAD AMIR BIN TUAN AZMI (A164139)
MUHAMMAD HAZIQ BIN NOR AZMI(A166050)
MUHAMMAD KHAIRUL NAIM BIN SAAEY(A164598)
MOHD HARITH FARHAN BIN SHAROL(A163756)
MUHAMMAD NABIL BIN MOHD ISHAM
(A165486)
SEMESTER 2

SESI 2019/2020

NAMA Dr. AFIFUDDIN HUSAIRI BIN MAT JUSOH@HUSSAIN


PENSYARAH
1. Latar Belakang Program

Pada 21 Oktober dan 4 November 2019 yang lalu, Agensi Angkasa Negara Malaysia
telah mengadakan Program National Space Challenge di Planetarium Negara melibatkan
pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh Malaysia terutamanya lembah Klang.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang serba sedikit ilmu
mengenai angkasa lepas selain memupuk semangat mereka untuk mendalami dan mencintai
ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan angkasa.

Program yang dilangsungkan seawal jam 8 pagi ini telah banyak membantu para pelajar yang
terlibat mendapatkan input-input berkaitan ilmu astronomi kerana suasana di Planetarium Negara
yang banyak menyediakan informasi berkaitan ilmu angkasa selain penglibatan fasilitator yang
sentiasa membantu mereka melakukan aktiviti-aktiviti di situ. Program National Space
Challenge ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah
untuk merasai sendiri suasana di Planetarium Negara yang merupakan satu-satunya mercu tanda
angkasa negara kebanggaan rakyat Malaysia. Dalam pada itu, para pelajar yang terlibat dalam
program National Space Challenge ini terlebih dahulu telah pun menjalani ujian pemilihan atas
talian dan perlu menepati beberapa kriteria untuk menyertai program ini.
2. Gambar Perjalanan Program Minggu Angkasa Negara
Berikut merupakan gambar-gambar perjalanan program Minggu Angkasa Negara yang
bertempat di Planetarium Negara pada 21 Oktober 2019 dan 4 November 2019.
3. Maklum Balas Pengalaman Sebagai Fasilitator

Alhamdulilah semua pelajar yang terlibat dalam program ini memberikan kerjasama yang
amat memberangsangkan. Para pelajar terdiri daripada sekolah menengah dan sekolah rendah di
kawasan lembah Klang berumur 7 tahun hingga 17 tahun. Ahli kumpulan kami menjadi
fasilitator kepada kumpulan 15 tahun dan dalam pertandingan itu, kumpulan kami mendapat
nombor 1. Para pelajar mempunyai idea yang kreatif dalam menyelesaikan tugas yang diberikan.
Mereka telah membina bentuk roket yang berat supaya roket tersebut stabil di ruang udara.
Selain itu, kami memberi idea untuk membuat reka bentuk yang aerodinamik supaya dapat
mengurangkan rintangan di udara.

Terdapat juga ahli kumpulan kami yang menjadi fasilitator untuk pelajar berumur 7 tahun
dan pengalaman kami adalah kami terpaksa memberikan idea dan juga membantu mereka untuk
membuat roket itu kerana mereka tidak ada kemahiran untuk membuatnya dan hanya menitik
beratkan aspek kecantikan dalam rekabentuk mereka. Semua golongan pelajar mendengar
nasihat dan pandangan kami supaya mereka dapat menyiapkan roket dengan lebih cepat dan
mengikut kriteria yang ditetapkan.

Pada sesi petang, kami menonton video tentang angkasa lepas dan alhamdulilah kami
dapat banyak mengetahui lebih pengetahuan tentang planet-planet di angkasa lepas. Video
tersebut berdurasi 40 minit. Kami juga untuk pertama kali melihat paparan di dome planetarium.
Dan akhirnya, pada sesi kemuncak kami mendengar sesi perkongsian daripada Dr. Sheikh
Muszaphar tentang pengalaman beliau di angkasa lepas dan berpeluang untuk menanyakan
soalan. Ahli kumpulan kami menanyakan soalan tentang black hole dan beliau menjelaskan
perkara tersebut dan kami semua mendapat ilmu baru. Dan akhirnya beliau memberikan 5 tips
dalam kehidupan untuk berjaya. Dan perkara yang paling terngiang di ingatan kami ialah “ don’t
be afraid to dream high”.
4. Maklum Balas Penglibatan Pelajar

Maklum balas mengenai program yang telah dijalankan sebagai seorang pelajar adalah
keberkesanaan aktiviti yang terdapat dalam program ini. Terdapat beberapa aktiviti yang telah
dijalankan dalam program ini adalah pelancaran roket, melawat planeterium negara dan ceramah
bersama Dr Sheikh Muszaphar. Aktiviti ini memberi kesedaran mengenai angkasa dan
membangkitkan semangat yang tinggi kepada generasi muda yang menjadi pelapis masa
hadapan negara. Selain itu, memupuk semangat kecintaan terhadap sains dan matematik. Dari
program ini, Dr. Sheikh Muszaphar memberikan ceramah tentang pengalaman beliau ketika
berada di Angkasa. Beliau juga memberikan kata semangat kepada generasi muda iaitu pelajar
tentang mengkaji dan mendalami ilmu sains dan matematik. Akhirnya, memupuk semangat
kerjasama. Para pelajar dikehendaki untuk membina roket dan selepas itu roket akan dilancarkan.
Dari itu, para pelajar dapat membina semangat kerjasama di antara kumpulan bagi
merealisasikan pembinaan roket.
5. Cadangan Penambahbaikan Program

a. Peranan UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia sentiasa komited dan secara konsisten melihat peluang dan
melakukan penambahbaikan berterusan bagi mencapai visi dan misi university. Pihak
pengurusan UKM dan seluruh warga UKM maklum bahawa persekitaran dalaman dan factor
luaran banyak mempengaruhi perjalanan serta pengurusan CITRA terutamanya berkaitan secara
lansung dengan kurikulum dan program yang ditawarkan oleh pusat CITRA serta kesannya
terhadap pelbagai sumber yang berada di dalam kawalan seperti sumber pemantuan dan
implikasi kewangan berkaitan seperti kos lawatan, kos aktiviti dan seumpamanya. Perancangan
dan pemantuan dari semasa ke semasa dilakukan bagi mengenal pasti ruang dan peluang
penambahbaikan dengan lebih sistematik.

Penglibatan dan sumbangan pihak yang berkepentingan dalam menambahbaik program


juga merupakan elemen penting untuk menaik taraf program lawatan yang dianjurkan di bawah
pengendalian Pusat CITRA UKM. Pihak UKM telah menubuhkan Pusat Citra UKM yang
bertanggungjawab dalam memastikan penambahbaikan program prasiswasah dapat dijalankan
secara berturusan. Penglibatan pihak pihak luar adalah penting dalam proses penambahbaikan
ini. Universiti Kebangsaan Malaysia perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi
bagi memastikan sumber kewangan dan pemantuan kewangan dapat diberi untuk menjayakan
program yang dijalankan dibawah Pusat CITRA UKM.
b. Modul Perlaksanaan Kursus Teknologi Angkasa

1. Pengurusan Masa.

Oleh kerana pengilabatan program Kursus Teknologi Angkasa oleh prasiswazah yang
berbeza tahun dan fakulti, hal ini akan memberi kesukaran kepada prasiswazah untuk melibatkan
diri dalam program tersebut. Kami menyarankan program ini dapat dijalankan pada hari cuti iaitu
sabtu dan ahad seperti mana berikut merupakan hari cuti perkuliahan kepada semua prasiswazah.
Hal ini amat penting terutamanya prasiswazah yang sedang menjalankan projek tahun akhir pada
hari biasa iaitu isnin hingga jumaat. Perancangan ini dapat mengelakkkan dari berlakunya
kekangan masa dan kelewatan pelajar untuk hadir ke program tersebut. Selain itu, perancangan
yang rapi juga dapat mengelakkan campur tangan pentadbir pada hari perkuliahan pelajar.

2. Taklimat

Walaupun pengedali program memberikan taklimat ringkas sebelum program dijalankan,


tetapi para pelajar atau prasiswazah agak keliru apa yang perlu dilakukan. Kami mencadangkan
supaya sebelum program dijalankan pada ke esokkan hari, taklimat ringkas perlu di buat untuk
mengelakkan kekeliruan apa yang perlu dilakukan. Kami mencadangkan supaya suatu ceramah
atau taklimat khas perlu diberi sebelum hari program Teknologi Angkasa ini dijalankan. Hal ini
amat penting supaya para pelajar dan prasiswazah membuat persediaan tentang apa yang perlu
dilakukan.
c. Memperkasa Peranan Mahasiswa

Dalam menjayakan program ini, mahasiswa memainkan peranan yang penting


terutamanya dalam memastikan program berjalan lancar dan mempunyai tenaga kerja yang
mencukupi. Untuk penambahbaikan, saya berpendapat bahawa para mahasiswa yang terlibat
perlulah mempunyai kebolehan dalam membina roket dan mempunyai kemahiran dalam
menjaga dan menangani kanak-kanak. Ini kerana, terdapat beberapa kumpulan yang tidak pandai
berkomunikasi dengan ahli kumpulan dan mereka bermain dengan riang gembira tanpa
pengawasan.

Anda mungkin juga menyukai