Anda di halaman 1dari 9

IBSE_RPH_B19 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN[RPH] Sekolah Tingkatan/Kelas Waktu Mata pelajaran Topik Tema Konsep utama Objektif Pembelajaran

Hasil pembelajaran 4 Tarikh Bilangan murid Tempoh masa

80 minit Kimia Ikatan Kimia Jirim di sekeliling kita Menganalisis sebatian ion sebatian kovalen 1. Memahami sebatian kovalen dan sebatian ionik 1. Menyatakan ciri sebatian kovalen dan sebatian ionik 2. Memberi contoh-contoh sebatian kovalen dan sebatian ionik Murid telah diperkenalkan dengan unsur logam dan bukan logam pada bahgain pembeljaran yang lepas Memerhati, Mengelas , Komunikasi , Mendefinasi secara operasi, membanding dan membezakan dan membuat keputusan Menghargai perbezaan dalam setiap unsur yang wujud di muka bumi Slide power point, lembaran kerja 1 dan 2 , air suling, klip buaya , mnetol dan bateri, etana Inkuiri penentukesahan

Pengalaman masa lalu murid Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Sikap saintifik/Nilai murni/Nilai patriotism Sumber pengajaran dan pembelajaran Pendekatan pengajaran

FASA/MASA Fasa 1 Set Induksi/Pengenalan ( 5 minit)

AKTIVITI P d P

CATATAN

murid ditayangakan dengan dua gambar sebatian yang diketahui mereka melalui power point(PPT) (Sebatian 1: sebatian garam Natrium Klorida, Sebatian 2 : Etanol) Murid diminta untuk membanding dan membezakan antara dua sebatian tersebut. Murid perkenalkan tajuk pelajaran hari ini iaitu sifat sebatian ionik dan sebatian kovalen

Soalan: 1. Apakah perbezaan diantara 2 sebatian ini? PPT 1 Jawapan: Sebatian 1 terbentuk dari gabungan unsur logam dan bukan logam Sebatian 2 terbentuk dari gabungan unsur bukan logam dan bukan logam Lembaran kerja 1: Sebatian Kovalen dan sebatian organik

Pencetusan Idea (10 minit)

Murid diagihkan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diedarkan dengan lembaran kerja 1 Setiap kumpulan diminta untuk mengelaskan sebatian yang terdapat dalam lembaran kerja 1 tersebut kepada jenis sebatian itu

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

IBSE_RPH_B19

FASA/MASA

AKTIVITI P d P

CATATAN

Perkembangan idea (15 minit)

Wakil dari satu kumpulan dipilih oleh guru diminta untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka di hadapan kelas. Ahli kumpulan yang lain diminta untuk menyemak jawapan masing-masing. Guru membimbing apabila diperlukan.

Pembentangan hasil dapatan Lembaran kerja 1 oleh kumpulan yang terpilih Penerangan berbentuk fakta yang mencirikan sifat kedua-dua sebatian dari sudut - keterlarutan dalam air - kebolehan mengkonduksikan elektrik dalam keadaan larutan atau leburan - takat lebur dan takat didih dalam power point (PPT)

Penstrukturan semula idea [Penerokaan] (20 minit)

Setiap kumpulan diarahkan untuk membuat sedikit eksperimen ringkas untuk mengkaji Lembaran 2 sifat kedua-dua sebatian ini dari sudut 4 jenis sebatian. diuji keterlarutan dalam air - sebatian Natrium kebolehan mengkonduksikan Klorida elektrik dalam keadaan larutan atau - sebatian kuprum sulfat leburan - larutan alcohol takat lebur dan takat didih - larutan metana Murid diminta untuk melakukan ekperimen seperti dalam lembaran disediakan

Aplikasi Idea (20 minit)

Lembaran 3 Murid diminta menulis hasil akhir keputusan esperimen mereka didalam jadual yang telah disediakan awal di papan tulis hadapan kelas Guru akan memilih satu hasil kerja aktiviti yang terbaik dan meminta dapatan penyampaian oleh ketua kumpulan yang terpilih tadi. Guru bersama murid membincangkan secara keseluruhan hasil keputusan eksperimen dan membandingkan jawapan yang betul. Guru mengedarkan aktiviti dalam lembaran 3. Murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

IBSE_RPH_B19

FASA/MASA

AKTIVITI P d P Guru meminta murid menampalkan hasil perbincangan kumpulan pada papan putih yang disediakan. Setiap kumpulan akan menyemak jawapan kumpulan lain dan memberi komen. Guru membuat peneguhan kepada jawapan yang betul. Murid diminta untuk menyatakan perbezaan sifat bagi sebatian Ionik dan sebatian kovalen dr sudut keterlarutan dalam air kebolehan mengkonduksikan elektrik dalam keadaan larutan atau leburan takat lebur dan takat didih

CATATAN

Penutup (10 minit)

Persembahan dalam bentuk power point (PPT) mengenai: 1. sifat sebatian ion dan sebatian kovalen. 2. Contoh-contoh sebatian kovalen dan sebatian ionik

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

IBSE_ RPH_B19 Lembaran 1 CONFIRMATION INQUIRY

LEMBARAN 1 1. kelaskan samada sebatian dalam jadual dibawah ini adalah sebatian ionik atau sebatian kovalen

Natrium Bromida Kuprum Klorida Kalium Nitrat Gula

Magnesium sulfat Eter

Methanol

Hidrogen Peroksida Glukosa Garam Masakan

Magnesium Iodida Nafthalena

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

IBSE_ RPH_B19

CADANGAN JAWAPAN LEMBARAN 1

1. kelaskan samada sebatian dalam jadual dibawah ini adalah sebatian ionik atau sebatian kovalen

Natrium Bromida Kuprum Klorida Kalium Nitrat Gula

Magnesium sulfat turpentin Magnesium Iodida Nafthalena

Methanol

Hidrogen Peroksida Glukosa Garam Masakan

Sebatian Ionik Natrium Bromida Magnesium Sulfat Kuprum Klorida Kalium Nitrat Magnesium Iodida Garam masakan

Sebatian Kovalen Methanol turpentin Hidrogen peroksida Glukosa Gula Naftalena

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

IBSE_ RPH_B19

Lembaran 2 SEBATIAN KOVALEN DAN SEBATIAN IONIK Aktiviti 1: Membandingkan sifat-sifat antara sebatian ion dan sebatian kovalen ujikaji 1.1 : Membandingkan takat lebur dan kemeruapan Bahan dan peralatan: sedikit pepejal Natrium klorida, pepjal naftalena, mangkuk pijar, tungku kaki tiga, penunu bunsen Prosedur: 1. Sedikit pepejal natrium Klorida(sebatian Ion) dimasukkan kedalam sebuah mangkuk pijar dan dipanaskan perlahan-lahan selama beberapa minit 2. Langkah 1 diulang menggunakan sedikit pepejal naftalena (sebatian kovalen)

Ujikaji 1.2 Membandingkan keterlarutan dalam air Bahan dan peralatan : pepejal natrium klorida, pepejal naftalena , air suling dan tabung uji. Prosedur : 1. Sedikit pepejal natrium klorida digoncang dengan beberapa cm3 air dalam sebuah tabung uji 2. langkah 1 diulang dengan sedikit pepejal naftalena

Ujikaji 1.3 Membandingkan sifat kekonduksian elektrik Bahan dan peralatan : Bateri, mentol, rod karbon, mangkuk pijar, klip buaya, Plumbum bormida, naftalena Prosedur 1. Sedikit plumbum bromida dimasukkan dalam mangkuk pijar seperti dalam rajah dan dipanaskan dengan penunu bunsen sehingga melebur. Mentol diperhatikan sama ada bernyala atau tidak. 2. Langkah 1 diulang dengan menggunakan naftalena
bateri mentol

rod karbon

plumbum bromida

mangkuk pijar

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

IBSE_ RPH_B19 Lembaran 2 CADANGAN JAWAPAN PELAJAR SEBATIAN KOVALEN DAN SEBATIAN IONIK Aktiviti 1: Membandingkan sifat-sifat antara sebatian ion dan sebatian kovalen ujikaji 1.1 : Membandingkan takat lebur dan kemeruapan Bahan dan peralatan: sedikit pepejal Natrium klorida, pepjal naftalena, mangkuk pijar, tungku kaki tiga, penunu bunsen Prosedur: 1 Sedikit pepejal natrium Klorida(sebatian Ion) dimasukkan kedalam sebuah mangkuk pijar dan dipanaskan perlahan-lahan selama beberapa minit 2 Langkah 1 diulang menggunakan sedikit pepejal naftalena (sebatian kovalen) Pemerhatian Selepas beberapa minit, pepejal Natrium klorida masih belum menunjukkan sebarang perubahan tetapi pepejal naftalena melebur dengan mudah.

Ujikaji 1.2 Membandingkan keterlarutan dalam air Bahan dan peralatan : pepejal natrium klorida, pepejal naftalena , air suling dan tabung uji. Prosedur : 1 Sedikit pepejal natrium klorida digoncang dengan beberapa cm3 air dalam sebuah tabung uji 2 langkah 1 diulang dengan sedikit pepejal naftalena Pemerhatian : Pepejal natrium klorida boleh melarut dalam air tetapi pepjal naftalena tidak melarut dalam air Ujikaji 1.3 Membandingkan sifat kekonduksian elektrik Bahan dan peralatan : Bateri, mentol, rod karbon, mangkuk pijar, klip buaya, Plumbum bormida, naftalena Prosedur 1 Sedikit plumbum bromida dimasukkan dalam mangkuk pijar seperti dalam rajah dan dipanaskan dengan penunu bunsen sehingga melebur. Mentol diperhatikan sama ada bernyala atau tidak. 2 Langkah 1 diulang dengan menggunakan naftalena Pemerhatian Mentol menyala apabila plumbum bromida dipanaskan tetapi tidak menyala apabila pepejal naftalena dileburkan.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

IBSE_ RPH_B19

Lembaran 3: Penilaian formatif (KBAT) 1. Seorang pelajar membuat satu ujikaji mengkaji kekonduksian elektrik untuk 2 sebatian yang berlainan iaitu larutan asid Hidroklorik dan larutan Kuprum Sulfat. Didapati litar yang dipasang mentol menyala untuk kedua-dua bahan yang digunakan.

a) Nyatakan yang mana satukah antara asid hdroklorik dan kuprum sulfat merupakan sebatian ionik dan sebatian kovalen ______________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Pengetahuan (2 markah) b) Mengapakah tidak terdapat perbezaan pada pemerhatian sedangkan kedua larutan digunakan adalah dua sebatian yang berbeza ionik dan kovalen? ______________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Analisis (2 markah) c) Daripada hasil pembelajaran didapati takat lebur dan takat didih bagi sebatian kovalen adalah sangat rendah sehingga mudah meruap. Intan dan berlian merupakan dua sebatian kovalen, mengapakah kedua unsur ini mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi. ______________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Penilaian (1 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

IBSE_ RPH_B19 Cadangan Jawapan pelajar Lembaran 3: Penilaian formatif (KBAT) 2. Seorang pelajar membuat satu ujikaji mengkaji kekonduksian elektrik untuk 2 sebatian yang berlainan iaitu larutan asid Hidroklorik dan larutan Kuprum Sulfat. Didapati litar yang dipasang mentol menyala untuk kedua-dua bahan yang digunakan.

a) Nyatakan yang mana satukah antara asid hdroklorik dan kuprum sulfat merupakan sebatian ionik dan sebatian kovalen Asid Hidroklorik sebatian kovalen Kuprum sulfat sebatian Ionik Pengetahuan (2 markah) b) Mengapakah tidak terdapat perbezaan pada pemerhatian sedangkan kedua larutan digunakan adalah dua sebatian yang berbeza ionik dan kovalen? Walaupun asid Hidroklorik merupakan sebatian kovalen tetapi asid merupakan satu larutan yang boleh terurai didalam air menghasilkan ion-ion yang bergerak bebas. Analisis (2 markah) c) Daripada hasil pembelajaran didapati takat lebur dan takat didih bagi sebatian kovalen adalah sangat rendah sehingga mudah meruap. Intan dan berlian merupakan dua sebatian kovalen, mengapakah kedua unsur ini mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi. Intan dan berlian merupakan sebatian kovalen raksaksa, ianya berbeza dengan sebatian kovalen yg lain kerana ia bersifat kompleks. Susunan zarah molekulnya adalah sangat rapat dan sangat besar, menyebabkan ia memerlukan tenaga yang banyak untuk memutuskan ikatan-ikatan yang mengikatnya. Analisis 3 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Anda mungkin juga menyukai